Juruacara Teks-Hari-Sukan-Negara
Juruacara Teks-Hari-Sukan-Negara
Bismillahirrahmanirrahim
Yang Berusaha, Guru Besar Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor Bahru, Puan Hajah Zainab binti
Harun,
Yang Dihormati, Guru Penolong kanan 1, Puan Hajah Farizah Binti Haji Niat,
Yang Dihormati, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Abd Hadi bin Amar
Assalamualaikum WBT, Salam 1 Malaysia, Salam Muafakat Johor dan Salam Sehati Sejiwa.
Merentas desa sudah, bola jaring dan bola tampar pun sudah,
Alhamdulillah, izinkan saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke Ilahi kerana dengan limpah
dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dan berkumpul di Dewan Terbuka Sekolah Rendah Agama
Bersepadu Johor Bahru, pada tengah hari yang terik ini bagi melaksanakan Majlis Penutupan dan
Penyampaian hadiah Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor Bahru
bagi tahun 2016.
Oleh itu, sekolah kita tidak ketinggalan untuk menyambut Hari Sukan Negara ini. Pada pagi tadi,
pelbagai aktiviti sukan telah kita adakan seperti senam aerobic, merentas desa,perlawanan bola
jaring dan perlawanan bola tampar.
Tanpa membuang masa lagi, bagi memberkati majlis, majlis menjemput Ustaz Ghozahar Bin Ghozi
untuk membacakan doa…dipersilakan.
****BACAAN DOA***
Terima kasih kepada Ustaz Ghozahar Bin Ghozi atas bacaan doa itu tadi.
Seterusnya, Majlis dengan takzimnya menjemput Guru Besar Sekolah Rendah Agama Bersepadu
Johor Bahru, Puan Hajah Zainab binti Harun diiringi oleh Puan Hajah Farizah Binti Niat untuk
memberikan ucapan. Dipersilakan.
***UCAPAN GB***
Terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar atas ucapan itu tadi.
Berkebaya batik berwarna merah,
Kini, tibalah kita ke acara kemuncak pada hari ini iaitu acara penyampaian hadiah. Untuk itu, majlis
dengan segala hormatnya menjemput Puan Hajah Zainab binti Harun, diiringi Puan Hajah Farizah
binti Niat untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah..Dipersilakan.
*******PENYAMPAIAN HADIAH****
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Guru Besar atas menyempurnakan acara
penyampaian hadiah ITU TADI.
Dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada tengah hari ini.
Majlis diakhiri dengan SERANGKAP PANTUN.