Anda di halaman 1dari 3

JAWAPAN LATIHAN MENGENAL PASTI KESALAHAN PENGGUNAAN EJAAN DAN

KESALAHAN IMBUHAN
Assamualaikum.
Berikut saya paparkan jawaban/jawapan bagi Latihan Mengenal Pasti Kesalahan
Penggunaan Ejaan dan Kesalahan Imbuhan yang terdapat dalam siri 7. Jawapan ditulis
semula dalam ayat yang lengkap untuk menunjukkan kedudukan kesalahan tersebut dalam
ayat yang diuji sebagai panduan kita bersama.

(i) Kerajaan sudah meluluskan undang-undang yang membenarkan


pegawai penguat kuasa menahan individu yang berkelakuan tidak
bermoral.

(ii) Kenaikan harga barang sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa


agar tidak membebankan golongan berpendapatan rendah.

(iii) Ketua sindiket pemalsuan kad kredit telah diberkas oleh pihak
polis dalam serbuan semalam.

(iv) Wakil Rakyat di kawasan pedalaman itu telah mengesyorkan


pembinaan sebuah stesen janakuasa kecil di situ.

(v) Penggunaan e-mel memberikan kemudahan untuk seseorang


menyampaikan mesej dalam beberapa saat sahaja.

(vi) Kempen antidadah peringkat kebangsaan yang dilancarkan


oleh kerajaan mendapat sambutan menggalakkan daripada
masyarakat.

(vii) Semasa berada di peringkat prasekolah, kanak-kanak


diberikan pendedahan awal tentang alam persekolahan
(viii) Di samping beriadah, kita perlu mengambil makanan
seimbang bagi memastikan kesihatan terjamin.

(ix) Hasil kajian tentang kualiti alam sekitar itu perlu dianalisis
sebelum laporan terperinci dibuat.

(x) Malaysia mampu memajukan bidang ekopelancongan kerana


kekayaan sumber alam semula jadinya.

(xi) Guru bimbingan itu telah memberikan penerangan yang jelas


tentang profesion sebagai pakar bedah.

(xii) Persatuan belia yang baru ditubuhkan itu mengetengahkan


moto yang berteraskan perpaduan belia se-Malaysia.

(xiii) Syarikat pemaju perumahan akan membayar ganti rugi


kepada pembeli yang rumahnya gagal disiapkan mengikut jadual.

(xiv) Keterampilan berbahasa dalam kalangan penutur jati bahasa


Melayu mestilah diperkukuh dari semasa ke semasa.

(xv) Atur cara kejohanan olahraga tahunan yang lengkap


dimuatkan dalam buku program.

(xvi) Nawi selalu menasihati kawan-kawannya agar tabah dalam


menghadapi cabaran hidup tetapi ketika musibah menimpa dirinya,
dia tidak dapat menanggungnya.
(xvii) Kebanyakan pelancong lebih gemar berkunjung ke pulau-
pulau yang cantik di persisiran pantai Malaysia.

(xviii) Kerajaan menggalakkan orang ramai menyertai program


kemasyarakatan supaya hubungan antara kaum dapat dipererat.

(xix) Ketika mereka mengadakan latihan silat, langkah sumbang


anak muridnya itu telah dikenal pasti oleh mahaguru itu.

(xx) Kemajuan dan modenisasi dalam bidang komunikasi telah


menghasilkan penciptaan alat perhubungan untuk kemudahan
manusia sejagat

Anda mungkin juga menyukai