Anda di halaman 1dari 2

Kumpulan 1: Etika Dalam Penyeliaan (UKM 2018/2019)

Definasi etika professional

1. Sikap dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan (Garner, 1986).
2. Suatu set prinsip-prinsip moral yang bertanggungjawab menentukan tindakan seseorang itu
baik atau buruk (Iwa Buchi, 1990).
3. Satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan
manusia yang betul (Uthman, 1986).

Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi etika individu: (Janib Johari, 2001)

1. Pengaruh keluarga
2. Pengaruh rakan
3. Pengalaman hidup
4. Nilai peribadi dan prinsip moral
5. Faktor situasi

SOALAN TEMUBUAL

kod etika akademik

1. Apakah gaya penyeliaan yang digunakan oleh penyelia anda semasa membuat penyeliaan dari
segi struktur dan sokongan yang diberikan?

2. Bagaimanakah cara penyelia membantu anda dalam perkembangan penyelidikan anda?

3. Daripada pemahaman anda, bagaimanakah kod etika akademik yang dilaksanakan oleh penyelia
anda?
3.1. Berapa lama tempoh masa perbincangan dengan penyelia anda? Adakah mencukupi?
Jelaskan.
3.2. Bagaimanakah tahap kerahsiaan penyelia anda terhadap maklumat yang dibincangkan
bersama?

4. Jelaskan halangan-halangan yang anda hadapi semasa proses penyeliaan dari segi:
4.1. Peruntukan masa
4.2. Kesediaan temujanji dengan penyelia
4.3. Komunikasi

5. Bagaimanakah cara penyelia anda dalam proses membantu dalam penyeliaan penyelidikan anda?

6. Bagaimanakah maklum balas yang diberikan oleh penyelia membantu dalam penyelidikan anda?

7. Apakah etika yang diamalkan dalam temujanji anda.


7.1. Bagaimanakah anda membuat temujanji?
7.2. Pernahkah masa temujanji ditangguhkan?
7.3. Berapa kekerapan temujanji ditangguhkan?
7.4. Apakah halangan yang dihadapi dalam membuat temujanji?
Kod Etika Sosial:

1. Bagaimanakah cara berpakaian semasa proses penyeliaan dijalankan?


2. Pernahkah berkongsi masalah peribadi dengan penyelia anda? Jelaskan.

Anda mungkin juga menyukai