Anda di halaman 1dari 5

TUGASAN 2: PENULISAN ESEI II

Dalam tugasan ini, saya diminta untuk melaksanakan sebuah aktiviti kemahiran bahasa
berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu
Kebangsaaan Tahun Empat dengan menggunakan satu pendekatan, satu strategi, satu kaedah
dan satu teknik yang bersesuaian dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan.

Oleh itu, aktiviti PdP yang saya laksanakan melibatkan penekanan pada kemahiran menulis iaitu
merujuk pada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang berikut:

Standard Kandungan Standard Pembelajaran


3.2 Menulis huruf, suku kata, perkataan, frasa 3.2.6 Menulis ayat dalam perenggan secara
dan ayat secara mekanis dengan betul dan mekanis dengan betul dan kemas.
kemas

Berikut merupakan langkah-langkah pelaksanaan aktiviti yang hendak dilaksanakan.

Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan


Kenal pasti 1. Guru mengenal pasti masalah yang dihadapi
masalah dan oleh murid. Pembelajaran berasaskan
membina objektif a. Murid kelas 4 Anggerik mengalami masalah:
pengajaran masalah untuk menulis dengan betul Mengenal pasti masalah
dan kemas. ( Pada Langkah 1 & 2 )
2. Guru menentukan objektif pembelajaran
berdasarkan masalah yang dihadapi dan juga
tahap kemampuan murid
3. Guru melaksanakan aktiviti menggunakan
kaedah tatabahasa terjemahan.
Pengajaran hukum 1. Murid akan dibahagikan kepada beberapa Teknik:
tatabahasa oleh kumpulan kecil. Kaedah :
guru 2. Guru menyatakan tajuk dan objektif Strategi:
pengajaran yang hendak diajar kepada murid. Pendekatan Deduktif :
3. Guru menyampaikan isi pengajaran kepada Peringkat Pendedahan dan
murid. Peringkat mengemukakan
generalisasi
a. Guru menerangkan terlebih dahulu
rumus tatabahasa yang ingin diajar
kepada murid
i. Guru menerangkan tajuk “Kata
Banyak Makna” kepada murid.
Mencari bahan 1. Murid diminta untuk mencari dan mendapatkan Teknik Latih Tubi
teks Bahasa bahan teks dalam Bahasa Inggeris Kaedah Tatabahasa
Inggeris a. Murid tidak boleh memilih bahan teks Terjemahan:
berbentuk sastera seperti prosa dan
puisi. Strategi: Pembelajaran
2. Murid perlu menterjemah bahan teks yang Berasaskan Masalah:
diperoleh ke dalam Bahasa Melayu. Mencari maklumat

Pendekatan Deduktif:
Peringkat menganalisis
konsep
Menyenaraikan 1. Murid perlu menyenaraikan kata banyak Teknik:
kosa kata melalui makna yang diperoleh dalam teks yang Kaedah : Tatabahasa
diperoleh
bahan teks Terjemahan
2. Murid perlu menggunakan buku garis tiga
Strategi:
untuk melakukan penterjamahan teks dan
Pendekatan:
menyenaraikan kata banyak makna
3. Murid menyerahkan senarai kata banyak
makna yang berjaya diperoleh kepada guru
Menilai 1. Guru melakukan ujian kefahaman berdasarkan Teknik: Latih tubi
senarai yang diberikan oleh murid Kaedah :
a. Murid perlu memilih kata banyak Strategi Pembelajaran
makna yang diminati dalam senarai Berasaskan Masalah:
tersebut Menguji hipotesis
b. Murid perlu memberikan makna kata Pendekatan Deduktif :
yang dipilih Peringkat Penutup
2. Senarai kata banyak makna dikongsikan
kepada rakan-rakan sekelas yang lain.
3. Murid perlu menyerahkan hasil terjemahan
mereka kepada guru untuk dinilai.
1. Murid diminta untuk menggariskan perkataan Teknik: Latih tubi
yang dirasakan lemah terjemahannya
2. Murid perlu menterjemahkannya semula Kaedah :
perkataan tersebut
3. Guru mengadakan ujian sekali lagi untuk Pendekatan Deduktif :
menilai tahap pencapaian dan penguasaan Peringkat Penutup
murid terhadap kosa kata yang dipelajari.

Dalam aktiviti yang telah dijelaskan di atas, saya telah menerapkan kaedah, pendekatan, strategi
dan teknik yang dirasakan bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan. Dari segi kaedah PdP, saya menggunakan kaedah tatabahasa terjemahan di mana
konsep utama kaedah ini ialah perkaitan antara tatabahasa dan juga penterjemahan. Hal ini di
mana pembelajaran hukum tatabahasa dianggap berlaku melalui proses penterjemahan ayat (Nik
Norimah & Maheram , 2014). Kaedah tatabahasa terjemahan dilihat sesuai dengan aktiviti yang
dijalankan kerana kaedah ini sendiri sememangnya menumpukan kepada kemahiran menulis
dan membaca. Pada masa yang sama, aktiviti ini penekanan kepada bahasa ibunda yang
bertujuan untuk menganalisis bahasa, membahaskan peraturan tatabahasa, memberikan
panduan dan arahan, menjelaskan kesilapan bahasa serta menyemak kefahaman (Auerbach,
1993). Di samping itu, penggunaan bahasa ibunda juga memberikan peluang kepada guru untuk
menyampaikan makna, menerangkan peraturan bahasa, mengurus kelas dan pelajar boleh
menggunakan dalam pembelajaran kolaboratif serta berfungsi sebagai strategi pembelajaran
individu (Shahin Vaezi & Mehdi, 2007). Oleh itu, penyampaian pengajaran adalah melalui aktiviti
penterjemahan dari bahasa asing ke bahasa ibunda dan sebaliknya (Nik Norimah & Maheram ,
2014).

Dari aspek pemilihan strategi PdP, saya memilih untuk menggunakan strategi pembelajaran
berasaskan masteri (PBM) kerana pendekataannya memfokuskan penguasaan murid dalam
sesuatu perkara yang diajar (Bloom, 1968). Pembelajaran masteri ialah satu set idea dan amalan
pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten (Block &
Anderson, 1975). Dengan pelaksanaan pembelajaran masteri ini, murid dilatih untuk
meningkatkan kemahiran menulis secara mekanis dengan menggunakan kertas garis tiga di
mana kertas garis tiga ini merupakan platform terbaik bagi meningkatkan kemahiran menulis
secara mekanis dalam kalangan murid di mana murid boleh memperbaiki tulisan mereka supaya
lebih kemas dan menjadi latihan kepada mereka untuk meningkatkat kemahiran menulis mereka.

Dari aspek pemilihan teknik PdP pula, saya menggunakan teknik latih tubi dalam aktiviti yang
dilaksanakan kerana menurut Sheila (2012) mengatakan bahawa penggunaan garis tiga
merupakan asas latihan kemahiran menulis mekanis. Menurut Kamarudin Husin (1988) pula
menyatakan bahawa tujuan latih tubi ialah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut
dan menjamin ketekalannya. Pemilihan kaedah latih tubi ini juga dapat membantu melatih otot-
otot tangan. Lina Ping Madang (2010) juga turut mengatakan bahawa penggunaan kaedah latih
tubi berupaya membantu murid mengukuhkan kemahiran menulis. Penerapan teknik latih tubi
dilaksanakan apabila murid menterjemahkan teks yang diperoleh dan menyenaraikan kosa kata
yang baru menggunakan kertas garis tiga.

Dari aspek pemilihan pendekatan pula, pendekatan secara deduktif digunakan dalam aktiviti ini
kerana pada permulaan aktiviti guru memulakan pengajaran dengan menyediakan murid terlebih
dahulu, kemudian memperkenalkan tajuk, tujuan pengajaran dan isi pengajaran. Perkaitan
penyataan di atas dengan aktiviti yang dilaksanakan ialah pada permulaan aktiviti, murid
dibahagikan terlebih dahulu kepada beberapa kumpulan. Hal ini diikuti dengan penerangan oleh
guru mengenai tajuk dan objektif pengajaran yang hendak diajarkan kepada murid. Langkah-
langkah ini sememangnya lebih berbentuk kepada deduktif. Hal ini disokong oleh Afiqah Noor
(2011) di mana prosedur pelaksanaan pendekatan deduktif dimulakan dengan peringkat
pendedahan, peringkat mengemukakan generalisasi, peringkat menganalisis konsep, peringkat
mencuba generalisasi dan diakhiri dengan peringkat penutup. Mengapakah saya memilih untuk
menggunakan pendekatan deduktif dalam aktiviti ini? Hal ini kerana pendekatan ini merupakan
satu bentuk pendekatan yang mudah untuk disampaikan isi pelajarannya. Pada masa yang sama,
pendekatan ini sesuai dilaksanakan kerana secara tradisinya guru sememangnya akan
menerangkan terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. Jadi,
pendekatan ini menjimatkan masa kerana bersifat jelas dan guru tidak perlu melakukan banyak
persediaan (Amin, 2017).
RUJUKAN
Amin. (2017, Februari 27). Pendekatan Pengajaran. Dipetik daripada EDUP 3033: Murid dan
Pembelajaran: http://edup3033.aminteach.com/2017/02/27/pendekatan-kaedah-teknik-
dan-strategi/

Auerbach, E. (1993). Reexamining English only in the ESL classroom. TESOL Quarterly, 18.

Block, J., & Anderson, L. (1975). Mastery learning in classroom instruction. New York: Rinehart
& Winston Inc.

Bloom, B. (1968). Learning for Mastery. Evalution Comment, 1-5.

Kamarudin, H. (1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia.

Lina Ping, M. (2010). Penggunaan Kertas Kotak Bergaris Dalam Membantu Murid Tahun Dua
Menulis Huruf „J‟ Besar dan Kecil Dengan Betul Semasa Menjawab Soalan Pemahaman
Bahasa Melayu. Buku Koleksi Artikel PT, Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2010
IPG KBL (BM Pendidikan Rendah), 157-171.

Nik Norimah, T., & Maheram , A. (2014). Perspektif Awal Kaedah Terjemahan Dalam Pengajaran
Bahasa Kedua. Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab , 1-12.

Noor, A. (2011, November 12). Strategi,pendekatan, kaedah dan teknik. Dipetik daripada
slideshare.net: https://www.slideshare.net/loverskaka/strategipendekatan-kaedah-dan-
teknik

Shahin Vaezi , & Mehdi, M. (2007). The Effect of Using Translation from L1 to L2 as a Teaching
Technique on the Improvement of EFL Learners' Linguistic Accurracy - Focus on Form.
Humanising Language Teaching, 40-54.

Sheila , J. (2012). Kesan Kaedah Latih Tubi Garis Tiga Dalam Mengurangkan Kesilapan Menulis
Huruf Kecil "k" dan 'p' Dalam Bahasa Melayu Murid Tahun Empat. Seminar Penyelidikan
Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 222-233.

Anda mungkin juga menyukai