Anda di halaman 1dari 3

PENERANGAN TENTANG KONSTRUK

Kebolehan kognitif di peringkat Pengetahuan, Pemahaman, Aplikasi, Analisis,


Sintesis dan Penilaian ( Bloom 1956 ) adalah meliputi objektif untuk
mengingat semula atau mengenal pasti elemen spesifik yang terdapat dalam
kandungan sukatan mata pelajaran. Kepelbagaian pengetahuan itu
dikelompokkan mengikut kumpulan tertentu dan dilabelkan sebagai konstruk.

Bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Pilihan 1 ada enam belas konstruk
yang telah dikenal pasti dan digunakan untuk menguji dan mentaksir
pencapaian pelajar dalam kertas ini.

Berikut ialah penerangan ringkas tentang bagaimana sesuatu soalan itu


dibina dan dilabelkan mengikut konstruk.

P01 : Pengetahuan tentang Terminologi.


Pengetahuan tentang nama, istilah atau memberi difinisi sesuatu perkara.

P02 : Pengetahuan tentang Fakta.


Pengetahuan tentang maklumat am atau khusus sesuatu perkara seperti
fungsi, keadaan atau tujuan sesuatu komponen.

P03 : Pengetahuan tentang Konvensyen


Pengetahuan tentang sesuatu yang diterima atau diiktiraf sebagai satu
kelaziman seperti simbol atau tanda lazim.

P04 : Pengetahuan tentang Urutan.


Pengetahuan tentang sesuatu proses, aktiviti atau tindakan yang berlaku
secara tersusun mengikut aturan atau prosedur yang telah dikenal pasti.

P05 : Pengetahuan tentang Pengelasan


Pengetahuan tentang pembahagian, pengkategorian atau mengelompokkan
sesuatu perkara untuk dilabelkan dibawah satu kumpulan.

P06 : Pengetahuan tentang Kriteria


Pengetahuan tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan ciri-ciri, sifat
atau komponen yang perlu ada pada sesuatu perkara.

P07 : Pengetahuan tentang Metodologi


Pengetahuan tentang cara, kaedah atau teknik yang standard dalam
melaksanakan sesuatu tugasan, arahan atau kerja.

P08 : Pengetahuan tentang Prinsip dan Generalisasi


Pengetahuan tentang idea atau pegangan tertentu yang menyimpulkan
pemerhatian terhadap sesuatu kajian, kejadian atau ketetapan.

P09 : Pengetahuan tentang Teori dan Struktur


Pengetahuan tentang prinsip yang menjadikan dasar pembentukkan sesuatu
fenomena yang dapat dibuktikan dengan kukuh hasil daripada kajian,
penyelidikkan atau pemerhatian.

1
C01 : Kefahaman
Kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa situasi
baru. Kefahaman boleh dobahagikan kepada tiga kemahiran kodnitif iaitu
Penterjemahan, Interpretasi dan Ektrapolasi

Penterjemahan

Kebolehan untuk menyatakan sesuatu konsep yang diketahui dengan


menggunakan perkataan / simbol

Interpretasi

Kebolehan menghubungkaitkan bahagian dalam sesuatu set komunikasi dan


menyatakan dalam bentuk lain dengan mengekalkan makna set komunikasi

Ektrapolasi

Kemahiran interpretasi melampau melibatkan maklumat yang terdapat dalam


set komunikasi seperti membuat ramalan, inferens, corak, atau trend dan
pengalaman

A01: Aplikasi

Kebolehan kognitif dalam menggunakan prinsip dan generalisasi tentang


sesuatu masalah dalam situasi baharu.
Pengetahuan sedia ada berasaskan pengelaman lepas digunakan untuk
menyelesaikan permasalahan yang baharu. Keadaaan ini berlaku kerana
sesuatu permasalahan yang baharu mengandungi sedikit eleman yang
berbeza daripada masalah sebelunnya.

A02: Analisis

Kebolehan kognetif untuk memisahkan sesuatu set komunikasi kepada


eleman atau bahagian-bahagian nya sehingga satu bentuk pertalian antara
elemen atau bahagian yang membina set komunikasi itu dapat dilihat dengan
jelas.
Analisis dapat dibahagikan kepada tiga iaitu Analisis Elemen, Analisis
Perkaitan dan Analisis Organisasi

Analisis Elemen

Kemahiran mengenalpasti perkara pokok yang terdapat dalam satu set


kumunikasi seperti anggapan, pandangan, sifat, fungsi, nilai dan sebagainya.

Analisis Perkaitan.

Kemahiran memperlihatkan saling kaitan antara elemen atau bahagian dalam


satu set komunikasi seperti hipotesis denga pemerhatian, anggapan dengan
hujah, sebab dan akibat sebagainya.

2
Analisis Organisasi

Kemahiran mengenal pasti susunan yang sistematik, perkaitan mengikut


urutan, struktur dan sebagainya yang mengorganisasi suatu set komunikasi.

A03 : Penilaian

Kebolehan membuat pertimbangan dangan menggunakan kaedah atau


kriteria yang piawai untuk menentukan kesesuaian, ketepatan, kecekapan
serta keberkesanan sesuatu tentang nilai, makna, pendapat, penyelesaian,
prosedur, produk dan sebagainya.
Penilaian dapat dibahagikan kepada dua itu Penilaian Berdasarkan Evidens
Dalaman dan Penilaian Bedasarkan Evidens Luaran.

Penilaian berdasarkan evidens dalaman

Kemahiran membuat pertimbangan terhadap sesuatu hasil kerja berdasarkan


kriteria dan piawan yang dirumus oleh individu yang mahir dalam didang
berkenaan.

Penilaian Bedasarkan Evidens Luaran.

Kemahiran membuat pertimbangan terhadap sesuatu hasi kerja berdasarkan


kriteria dan piawan yang dirumus oleh individu yang mahir dalam dibang
berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai