Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA

PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN INKLUSIF

MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

________________________________________________________________

KOD KURSUS : HBEF3503

TAJUK KURSUS : PENDIDIKAN INKLUSIF

SEMESTER : JANUARI 2013

NAMA : SITI LORENA BINTI EDMUND

NO. MATRIKULASI : 720917125282001

NO. KAD PENGENALAN : 720917-12-5282

NO. TELEFON : 0198089621

E-MEL : sitilorenaedmund@yahoo.com
KERTAS KERJA PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN INKLUSIF

UNTUK MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

SEKOLAH KEBANGSAAN TUN FUAD 2013

1. 0 Pengenalan

Program inklusif merupakan program di mana pelajar pendidikan khas dimasukkan ke dalam
pendidikan aliran perdana. Mereka dimasukkan ke dalam aliran perdana dengan memasuki
kelas, mengikuti silibus pelajaran dan pengajaran dan pembelajaran aliran perdan. Pendidikan
Inklusif adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan
khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal dan diajar oleh guru biasa. Murid
akan di inklusifkan secara sepenuh masa atau separa masa di dalam kelas yang dirasakan sesuai
dengan kebolehan mereka.

Kertas kerja ini mencadangkan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) untuk
Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) di Sek. Keb. Tun Fuad, Kunak, Sabah.
Menyedari pelaksanaan program inklusif di sekolah bukanlah sesuatu yang mudah. Maka ia
memerlukan penglibatan semua pihak samaada yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung. Walaupun banyak isu berbangkit namun implikasi pendidikan inklusif banyak
memberi faedah kepada murid berkeperluan khas. Oleh yang demikian objektif kertas kerja ini
adalah ingin merungkai permasalahan yang berkaitan dengan perlaksanaan program inklusif
dan merangka satu Program Integrasi Pendidikan Inklusif yang berkesan.

Permasalahan yang timbul biasanya berkait dengan kekeliruan peranan yang dihadapi
oleh setiap pihak dalam pendidikan inklusif. Kertas kerja ini diharap dapat mengupas isu apakah
peranan-peranan yang perlu dimainkan oleh guru, ibu bapa, sekolah dan pihak luar dalam
menjayakan program inklusif yang berkesan di sekolah. Program integrasi ini akan
menempatkan murid bermasalah pembelajaran dalam kelas biasa yang akan disertasi oleh
seorang guru pendidikan khas (guru damping) yang akan membantu murid-murid tersebut.
Semua guru kelas dan guru mata pelajaran akan diberi kursus pendedahan berkaitan dengan
murid-murid bermasalah pembelajaran dan Program Pendidikan Inklusif dari Jabatan
Pendidikan Khas.
Melalui pelaksanaan program ini diharap guru-guru kelas dan guru mata pelajaran akan
yang terlibat dapat menjalin kerjasama yang baik dengan guru-guru pendamping untuk
membantu aktiviti pembelajaran murid-murid bermasalah pembelajaran. Melalui program ini
murid-murid berkeperluan khas dapat didik untuk belajar bersama-sama dengan rakan sekelas
yang lain dan berdikari sekiranya guru pendamping tidak hadir.

Program Integrasi Pendidikan Inklusif Sekolah Kebangsaan Tun Fuad bertujuan untuk
membantu sistem pendidikan bagi murid-murid berkeperluan khas untuk cemerlang dalam
semua aspek samada dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Mereka yang
berpotensi diberi peluang untuk mengikuti silibus pelajaran kelas perdanadan diberi
pendedahan untuk menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Program ini secara
tidak langsung dapat meningkatkan keberkesanan pendididikan inklusif dalam membentuk
murid-murid dari liabiliti menjadi satu aset yang penting dan berguna kepada masyarakat dan
negara agar mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti.

2.0 Rasional

Pendidikan inklusif menjadi satu faktor terpenting dalam usaha meningkatkan intelek, taraf
hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua warganegara. Program
Integrasi Pendidikan Inklusif ini akan memastikan :

i. Perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya.

ii. Peluang berinteraksi antara murid-murid berkeperluan khas dengan murid-murid lain.

iii. Pengagihan perkhidmatan yang lebih adil.

iv. Pengagihan sumber yang lebih luas dan adil.

v. Memberi peluang kepada murid-murid berkeperluan khas menyesuaikan diri dalam


masyarakat.

vi. Menerapkan nilai-nilai murni antara murid-murid berkeperluan khas dengan


murid-murid lain.
3.0 Matlamat

Program Integrasi Pendidikan Inklusif bertujuan menjadikan murid-murid berkeperluan


khas sealiran dengan murid-murid normal di sekolah biasa. Program integrasi ini merujuk
kepada percampuran (mainstreaming) murid-murid pendidikan khas yang bermasalah
pembelajaran dengan murid-murid normal di kelas dan sekolah perdana. Murid-murid
berkepeluan khas yang berpotensi diberi peluang mengikuti kurikulum biasa, mendapat
bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran dengan dibantu oleh guru pendidikan khas (guru
pembimbing). Mereka juga akan diberi pendedahan dan persediaan untuk menghadapi Ujian
Penilaian Sekolah Rendah bersama-sama murid-murid lain.

Melalui program ini juga murid-murid berkeperluan khas akan berpeluang untuk
menyertai pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan di kelas normal.
Pengalaman pembelajaran ini akan memberi mereka peluang untuk menyesuaikan diri dari awal
lagi dalam semua aspek kemasyarakatan dan seterusnya mewujudkan golongan yang berupaya,
mampu berdikari dan berkeyakinan.

4.0 Objektif

4.1 Memberi peluang kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menerima pengajaran,

Pembelajaran mengikut silibus kelas perdana serta menyertai semua aktiviti-aktiviti


yang terdapat di sekolah

bersama- sama murid-murid normal.

4.2 Memberikan pendedahan kepada murid-murid berkeperluan khas yang berpotensi


untuk menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

4.3 Dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang
terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat.

4.4 Menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat
yang menyumbang.

4.5 Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat.
5.0 Kumpulan Sasaran

Seramai dua orang murid-murid pendidikan khas yang telah menguasai kemahiran asas 3M
iaitu membaca, menulis dan mengira akan diintegrasikan ke kelas yang sesuai dengan
kemampuan mereka. Murid-murid berkenaan mampu untuk mengurus diri, berkomunikasi
dengan yang lain serta tidak mempunyai tingkahlaku yang ganjil yang akan menjejaskan
komunikasi dengan guru mata pelajaran dan murid-murid lain serta tidak menganggu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Murid-murid berkenaan akan ditempatkan
di kelas biasa untuk belajar bersama murid-murid lain agar mendapat pendedahan dan
pengalaman berkaitan kurikulum kelas perdana dan persediaan menghadapi Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR). Ibu bapa murid akan dimaklumkan mengenai proses pemilihan murid
untuk program ini. Hanya ibu bapa yang bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan oleh
pihak sekolah yang akan dipilih untuk mengikuti program ini.

6.0 Keperluan Logistik

Dari segi keperluan logistik dan sumber bantuan pembelajaran untuk murid-murid khas
tiada perubahan atau penyesuaian fizikal atau bahan bantuan mengajar yang telah dibuat oleh
pihak terlibat. Setiap kelas inklusif akan mendapat khidmat guru pendamping dari yang
bertindak sebagai guru pembantu atau pembimbing. Penyesuaian ini adalah untuk keberkesanan
dan membantu murid-murid bermasalah pembelajaran semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Guru pendamping akan bertanggungjawab kepada murid-murid khas dan akan
sentiasa berada bersama-sama sepanjang waktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dijalankan.

7.0 Garis Panduan Perlaksanaan Program Integrasi Pendidikan Inklusif

7.1 Peranan Dan Tanggungjawab Guru Besar

i. Pengerusi Jawatankuasa program pendidikan inklusif sekolah

ii. Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pengurusan dan khtisas program


pendidikan inklusif

iii. Bertanggungjawab terhadap Polisi dan Objektif


iv. Bertanggungjawab terhadap semua perancangan dan pelaksanaan program
pendidikan inklusif di sekolah

v. Ketua Penilai dan Pemantau semua hasil kerja guru, dan murid program
pendidikan inklusif di sekolah

vi. Ketua bimbingan bagi semua guru yang terlibat dengan program pendidikan

inklusif di sekolah

vii. Merancang dan melaksana Program Motivasi murid program pendidikan


inklusif

7.2 Peranan dan Tanggungjawab Guru Penolong Kanan Pendidikan

i. Naib Pengerusi Jawatankuasa program pendidikan inklusif sekolah

ii. Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pengurusan dan ikhtisas program


pendidikan inklusif

iii. Bertanggungjawab terhadap Polisi dan Objektif

iv. Bertanggungjawab terhadap semua perancangan dan pelaksanaan program


pendidikan inklusif di sekolah.

v. Penolong Ketua Penilai dan Pemantau semua hasil kerja guru, dan murid
program pendidikan inklusif di sekolah.

vi. Penolong Ketua bimbingan bagi semua guru yang terlibat dengan program
pendidikan inklusif di sekolah.

vii. Merancang dan melaksana Program Motivasi murid program pendidikan


inklusif
7.3 Peranan dan Tanggungjawab Guru Kelas

i. Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif

ii. Bersama guru pendidikan khas merancang dan menyediakan rancangan


pengajaran semasa

iii. Menerima kemasukan murid berkeperluan khas

iv. Membuat penilaian

v. Membuat laporan prestasi murid berkeperluan khas

7.4 Peranan Guru Mata Pelajaran

i. Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif

ii. Bersama guru pendidikan khas merancang dan menyediakan rancangan


pengajaran semasa

iii. Menerima kemasukan murid berkeperluan khas

iv. Membuat penilaian

v. Membuat laporan prestasi murid berkeperluan khas

7.5 Peranan dan Tanggungjawab Guru Pendidikan Khas (Guru Pembimbing)

i. Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif

ii. Merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa bersama guru


mata pelajaran

iii. Mengenalpasti kesediaan murid berkeperluan khas untuk ditempatkan di pra


inklusif

iv. Merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di pra inklusif

v. Menilai pelaporan prestasi dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya


vi. Membimbing murid berkeperluan khas secara individu atau berkumpulan di
Kelas Pendidikan Khas semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran di
kelas aliran perdana

vii. Menjalankan pengukuhan dan pengayaan pada murid berkeperluan khas


selepas pengajaran dan pembelajaran di aliran perdana

viii. Mendapatkan kebenaran bertulis dari ibu bapa / penjaga berhubung dengan
penempatan ke Program Integrasi Pendidikan Inklusif

7.6 Peranan dan Tanggungjawab Murid Berkeperluan Khas

i. Menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira)

ii. Tiada masalah tingkah laku berat

iii. Bersedia belajar di kelas aliran perdana

iv. Boleh berinteraksi dengan semua pihak dengan baik

7.7 Peranan dan Tanggungjawab Rakan Pembimbing

i. Menerima kehadiran murid berkeperluan khas dalam kelas

ii. Rakan Pembimbing

iii. Menjadi ‘role model’

7.8 Peranan dan Tanggungjawab Ibu bapa

i. Memberi sokongan moral terhadap murid berkeperluan khas

ii. Memberi motivasi kepada murid berkeperluan khas

iii. Membantu mengulangkaji pelajaran di rumah

iv. Memberi kebenaran bertulis untuk mengikuti program pendidikan inklusi


7.9 Pencalonan

Pencalonan dibuat berdasarkan kemampuan dan prestasi murid berkeperluan khas yang berada
di program pendidikan khas yang dikenalpasti boleh :

i. Mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam aliran perdana

ii. Bersosialisasi

iii. Menduduki peperiksaan awam

7.10 Pra Inklusif di kelas pendidikan khas

Pra Inklusif merupakan penempatan sementara murid berkeperluan khas sebelum mengikuti
program pendidikan inklusif dari aspek :

ii. Kurikulum perdana

iii. Masa pembelajaran

iv. Asas kemahiran

7.11 Mesyuarat Jawatankuasa Inklusif

1. Melantik Jawatankuasa Program Integrasi Pendidikan Inklusif

Pengerusi: Guru besar

Naib pengurusi: Guru penolong kanan kurikulum

Setiausaha: guru pendidikan khas

Ahli jawatankuasa:

i. Guru kelas

ii. Guru mata pelajaran

iii. Guru pembimbing (guru pendidikan khas)

iv. Guru bimbingan dan kaunseling


2. Menetapkan kelas yang sesuai berdasarkan pencapaian murid berkeperluan khas.

3. Merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa.

4. Merancang dan membina instrumen penilaian

5. Menetapkan mata pelajaran yang bersesuaian bagi murid berkeperluan khas dalam
program pendidikan separa inklusif

7.12 Pelaksanaan

i. Murid berkeperluan khas ditempatkan ke kelas mengikut keputusan mesyuarat

ii. Guru pendidikan khas akan bersama murid berkeperluan khas sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran.

iii. Murid berkeperluan khas diberi tempoh percubaan 3 bulan untuk tujuan penyesuaian
di Program Integrasi Pendidikan Inklusif.

7.13 Penilaian

i. Penilaian murid berkeperluan khas dibuat dengan menggunakan senarai semak / ujian
formatif dan sumatif dari aspek:

ii. Tingkah laku

iii. Sosial

iv. Akademik

v. Murid-murid berkeperluan khas yang berjaya melepasi penilaian akan terus berada di
program pendidikan inklusif.

vi. Murid berkeperluan khas yang gagal melepasi penilaian dalam tempoh percubaan akan
kembali semula ke program pendidikan pra inklusif.
8.0 PENUTUP

Pembaharuan perlu dibuat bagi memastikan kejayaan dan meningkatkan keberkesanan


pendidikan inklusif di sekolah perdana. Mengubah sikap untuk menerima pendidikan inklusif
bukannya mudah bagi memenuhi keperluan kanak-kanak berpendidikan khas. Oleh yang
demikian kelas inklusif yang berjaya, guru biasa dan guru Pendidikan Khas perlu memberi
penekanan terhadap komunikasi semua guru yang terlibat dalam program ini mesti bersikap
jujur dan terbuka dalam menangani segala masalah dan peranan yang timbul.

Guru-guru yang terlibat dalam kelas inklusif hendaklah bersedia untuk menghadapi
sebarang rintangan dan halangan yang mendatang.Untuk menjana suasana pembelajaran yang
kondusif, hubungan positif antara guru dan murid adalah penting. Sebagaimana sedia maklum
murid-murid berkeperluan khas mempunyai konsep kendiri yang rendah hasil interaksi yang
negatif dan pengalaman yang tidak konstruktif. Untuk mengubah konsep kendiri murid
berkeperluan khas, kerjasama semua pihak dan usaha gigih sangat diperlukan.

Kolaborasi antara semua pihak yang terlibat amat diperlukan seperti kolaborasi antara
pihak profesional seperti guru-guru mata pelajaran, guru kelas, guru pembimbing dan pihak
pentadbir serta ibu bapa. Kolaborasi yang berkesan dapat diwujudkan jika semua pihak yang
terlibat mengamalkan pemikiran yang terbuka dan mempunyai matlamat yang sama, iaitu
memaksimumkan potensi dan meminimumkan ketidakupayaan kanak-kanak khas. Pelaksanaan
Program Integrasi Pendidikan Inklusif memerlukan kerjasama semua pihak agar keberkesanan
program dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pendidikan Inklusif ini memberi peluang ke arah
pemantapan sistem pendidikan untuk golongan bekeperluan khas di Negara kita sekaligus
mengangkat martabat pendidikan Malaysia dipersada dunia.

Disediakan oleh :

----------------------------------

SITI LORENA BINTI EDMUND


Sek.Keb. Tun Fuad, Kunak

Anda mungkin juga menyukai