Anda di halaman 1dari 5

http://zahirzainudin.blogspot.com/2010/03/implikasi-ketidaksamaan-peluang_15.

html

Implikasi ketidaksamaan peluang pendidikan terhadap individu, masyarakat


dan negara (1)

Penekanan dalam aspek pendidikan sentiasa dititik berat memandangkan pendidikan mampu
mengubah taraf hidup sesebuah masyarakat. Pendidikan membolehkan setiap individu
menguasai ilmu pengetahuan dan seterusnya mampu mengatasi ranjau dan rintangan
kehidupan. Di Malaysia, kerajaan sentiasa merancang dan memperkemaskan sistem
pendidikan melalui belanjawan tahunan dan Rancangan Malaysia. Justeru, sepanjang tempoh
dua setengah dekad semenjak tahun 1970, Malaysia telah mencapai kemajuan yang
membanggakan dari segi pertumbuhan ekonomi sekali gus dapat memenuhi objektif sosial
(Malaysia, 1999: 4-5).

Salah satu objektif Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) ialah menggiatkan dan
memperluaskan pembangunan sumber manusia (Malaysia, 1965). Objektif program pendidikan
adalah membaiki kualiti pendidikan dan peluang pendidikan yang mana merupakan agenda
penting bagi setiap strategi pembangunan di Malaysia. Berdasarkan objektif ini, aspek
pendidikan merupakan instrumen penting dalam meningkatkan kualiti hidup. Dalam Rangka
Rancangan Jangka Panjang Malaysia Pertama 1971-1990 (RRJP1), akses pendidikan telah
dikenal pasti sebagai salah satu langkah utama yang berdaya tahan dan berkesan dalam usaha
mengurangkan jurang pendidikan dan kemiskinan di antara kawasan bandar dan luar bandar
(Malaysia, 2001: 158).

Sistem pendidikan negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan dan
kemampuan negara sehingga pengenalan kepada dasar pendemokrasian pendidikan pada
tahun 1962. Dasar ini memberi penekanan ke atas pendidikan percuma kepada semua pelajar.
Ia diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila
pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan
peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah.
Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan
universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992.

Semasa Dasar Pembangunan Negara 1991-2000, perubahan yang pesat jelas dapat dilihat
dalam hala tuju pendidikan negara. Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan
diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan
pendidikan seperti Akta Pendidikan 1996, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan
Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996. Selain itu beberapa perubahan turut berlaku
termasuk:

1. Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya di peringkat tertiari.


2. Perkembangan ICT dalam pendidikan seperti sekolah Bestari pada tahun 1999.
3. Naik taraf kelayakan guru-guru dari sijil ke diploma.
4. Naik taraf Maktab Perguruan Sultan Idris menjadi universiti.
5. Naik taraf sekolah menengah vokasional ke sekolah menengah teknik.

Dunia tanpa sempadan telah menyebabkan kebanjiran maklumat, askes yang lebih mudah
kepada sumber dan memberi cabaran kepada sektor pendidikan. Cabaran kehidupan, global
village dan borderless world akan terus memberi impak secara langsung terhadap kehidupan
pelajar dalan perkampungan global ini. Justeru, Rancangan Jangka Panjang Ketiga bagi
tempoh 2001-2010 dan Dasar Wawasan Negara telah memberikan usaha untuk
membangunkan tenaga manusia yang memiliki tahap pengetahuan tinggi menerusi dasar
pendidikan seumur hidup.

Antara penambahbaikan tersebut ialah Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002), Program
Bimbingan (Keputusan Jemaah Menteri, 2002), Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris 2003 (Keputusan Jemaah Menteri, 2002), Bayaran Insentif
Subjek Pendidikan (BISP) 2003 dan Program j-QAF 2005 (Keputusan Jemaah Menteri, 2003).

Perubahan paling besar dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah penubuhan
Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2004. Kementerian ini bertanggungjawab ke atas
institusi pengajian tinggi awam dan swasta manakala Kementerian Pelajaran memberi fokus
kepada pembangunan pendidikan prasekolah, sekolah rendah dan menengah, matrikulasi dan
pendidikan guru.

Implikasi ketidaksamaan peluang pendidikan di Malaysia boleh dilihat daripada perutusan


Tahun Baru 2006 Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein yang menyatakan,

‘merapatkan jurang pendidikan yang merangkumi jurang antara bandar dan luar bandar, jurang
antara yang miskin dan kaya, jurang digital dan jurang antara mereka yang berkeperluan khas
agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara.’

Daripada kenyataan ini, ketidaksamaan peluang pendidikan dapat dibahagikan kepada kelas
sosial, gender, kumpulan minoriti dan murid berkeperluan khas.

1. Kelas sosial

Kelas sosial berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat sama ada dari
segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat atau pekerjaan. Bagi maksud
ketidaksamaan peluang pendidikan berdasarkan kelas sosial, ia meliputi kemudahan untuk
mendapatkan guru, bahan-bahan rujukan dan peluang mendapatkan pekerjaan selepas tamat
belajar.

Kajian-kajian juga mendapati hubungan yang signifikan di antara pencapaian akademik dengan
pendapatan dan tahap pendidikan ibu bapa. Umumnya semakin tinggi pendapatan ibu bapa,
tahap pencapaian akademik anak-anak semakin baik kerana keupayaan ekonomi mampu
memenuhi segala perbelanjaan persekolahan anak-anak.

Implikasi ketidaksamaan peluang pendidikan terhadap individu, masyarakat


dan negara (2)

2. Gender

Kecenderungan pelajar lelaki dan perempuan memilih mata pelajaran yang bersifat
‘kelakian’ dan ‘keperempuanan’ menyebabkan wujudnya jurang yang besar khususnya
di IPT dan sektor awam. Pemisahan ini telah jelas di bidang pengurusan di mana lebih
60 peratus tenaga pengajar di sekolah terdiri dari kalangan perempuan. Kementerian
Pelajaran yang mewajibkan setiap pelajar menyertai satu jenis sukan di sekolah turut
memberi tekanan ke atas sistem pendidikan untuk mencari calon guru yang sesuai
dengan berbagai-bagai jenis sukan kerana tidak semuanya bersesuaian dengan guru
perempuan.

3. Kumpulan minoriti

Kumpulan minoriti adalah kumpulan kecil dalam sesebuah masyarakat dan tidak
berupaya mempengaruhi kumpulan etnik lain. Contohnya Orang Asli yang
kebanyakannya tinggal di dalam atau pinggir hutan. Sebahagian besar masyarakat ini
mengamalkan ekonomi berasaskan pertanian dan bersifat sara diri. Dari segi
pencapaian dalam pendidikan, tahap akademik mereka amat rendah dan jauh
ketinggalan.

Keadaan ini berlaku kerana kemudahan infrastruktur dan prasarana pendidikan yang
kurang lengkap. Bekalan elektrik, air bersih, jalan raya dan bilik darjah belum
sempurna. Di samping itu, keciciran sekolah juga menjadi faktor yang menghalang
kemajuan pendidikan. Daripada kenyataan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, minat belajar
dalam kalangan kanak-kanak Orang Asli masih berada di tahap yang rendah di mana
kadar keciciran ialah 45 peratus dan kadar buta huruf 49.2 peratus.

4. Murid berkeperluan khas

Murid berkeperluan khas memiliki kecerdasan yang amat rendah berbanding dengan
kecerdasan purata dan menghadapi masalah penyesuaian diri dalam masyarakat dan
program sekolah biasa. Mereka memerlukan pendidikan khas kerana berdepan dengan
masalah menyesuaikan diri di sekolah biasa.

Terdapat tujuh kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan program pendidikan


khas iaitu kerencatan mental, masalah pembelajaran, kecelaruan tingkah laku, cacat
pendengaran dan masalah komunikasi, cacat penglihatan, cacat fizikal serta pintar-
cerdas dan berbakat istimewa.

Sekiranya kelompok ini tidak diberi perhatian dalam pendidikan mereka, kadar keciciran
akan bertambah dan menjadi beban kepada masyarakat dan negara. Langkah kerajaan
memperkenalkan Akta Pendidikan Khas 1996 amat penting kerana memberi kuasa
kepada Kementerian Pendidikan untuk menyediakan kemudahan pendidikan khas,
menggubal kurikulum yang sesuai, pendidikan yang sesuai dengan watak murid dan
tindakan-tindakan lain bagi mengembangkan pendidikan khas.

Selain daripada keempat-empat implikasi peluang pendidikan yang tidak sama,


persoalan kecemerlangan akademik di Malaysia lebih menjurus kepada perbezaan
pelajar bandar dan luar bandar. Sebaik sahaja kerajaan mengumumkan dasar
penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik sejak 2003,
hampir separuh pelajar tingkatan satu dan dua di luar bandar telah gagal dalam kedua-
dua subjek berkenaan. Kajian Kementerian Pelajaran pada 2005 mendapati pelajar
tingkatan satu di sekolah menengah luar bandar hanya lulus 41.1 peratus bagi subjek
Sains manakala pelajar tingkatan dua 43 peratus. Bagi subjek Matematik, pelajar
tingakatan satu mendapat 42.1 peratus kelulusan dan tingkatan dua 46.3 peratus.

Sekolah di bandar mencatatkan kelulusan yang lebih tinggi di mana bagi subjek
Matematik, sebanyak 57.5 peratus pelajar tingkatan satu telah lulus dan 59.6 peratus
pelajar tingkatan dua turut lulus (Utusan Malaysia, 1 Julai 2005).

Jurang pendidikan di antara bandar dan luar bandar boleh memberi impak negatif
terhadap pembangunan masyarakat dan negara. Polarisasi penduduk luar bandar yang
terlibat dalam pertanian sara diri sentiasa meletakkan diri mereka dalam tahap
kemiskinan. Mereka juga kurang terdedah dengan aktiviti-aktiviti pembangunan, akses
kepada kemudahan asas yang terhad, prasarana pendidikan dan kesihatan yang
rendah serta limpahan pembangunan bandar yang lambat. Semua faktor ini
menyumbang kepada jurang ketidaksamaan bagi mendapatkan peluang-peluang
pendidikan.

Selaras dengan perkembangan ekonomi yang maju, Malaysia memerlukan lebih ramai
tenaga manusia yang cergas dan memiliki latar belakang pendidikan yang lebih baik.
Langkah kerajaan memperkenalkan konsep Sekolah Bestari, projek Sekolah Net, projek
Smart Lab dan projek Sekolah Vista adalah sebagai lonjakan kepada pemantapan
sektor pendidikan negara. Usahasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan National
Implementation Task Force (NITF) untuk menambah baik jurang pendidikan adalah
komitmen kerajaan bagi memperkasa pendidikan negara.

Rujukan

Malaysia (1965). Rancangan Malaysia Pertama 1966-1970. Kuala Lumpur: Jabatan


Percetakan Negara.

Malaysia (1999). Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990. Kuala Lumpur: Jabatan


Percetakan Negara.
Malaysia (2001). Rancangan Malaysia Kelima 2001-2005. Kuala Lumpur: Jabatan
Percetakan Negara.

Anda mungkin juga menyukai