Anda di halaman 1dari 16

Isu-Isu Politik Konflik

dan

Dunia Semasa Eropah


di dan

Timur Tengah

Isu Semasa
Konflik Dunia Semasa
Yang Berlaku
Di
Di
Timur Tengah
Eropah

BREXIT MESIR
2.0 ISU BREXIT

B Rexit atau Britain Exit ialah satu referendum atau pungutan suara
yang dicadangkan Perdana Menteri UK, David Cameron selepas
pilihan raya pada 2015 bagi mengutip undi rakyat United
Kingdom (UK) untuk menentukan sama ada UK kekal atau keluar
dari Kesatuan Eropah (EU). Ia bukanlah kali pertama rerendum berhubung isu ini
diadakan di Britain. Pada tahun 1975, referendum yang sama pernah dilaksanakan
bagi menentukan keahlian UK dalam Komuniti Ekonomi Eropah (EEC), badan
kerjasama awal dalam kalangan negara Eropah yang kemudiannya dibentuk menjadi
EU pada 1993. Pada tahun tersebut, 67 peratus
rakyat Britain mengundi untuk Britain kekal
dalam EEC.

2.1 Keputusan pilihan raya bagi


keahlian uk dalam Komuniti ekonomi
eropah pada 2016
Pada pihan raya yang dibuat pada Khamis,16 Jun
2016 , 51.9 peratus atau 17,410,742 pengundi
menyokong negara itu meninggalkan EU
sementara 48.1 peratus atau 16,141,241
pengundi memilih untuk kekal dalam EU. Ekoran
daripada itu, Perdana Menteri EU, David
Cameron mengumumkan perletakan
jawatannya dari posisi tersebut
berkuatkuasa pada bulan Oktober 2016
selepas kempennya untuk kekal di dalam
Kesatuan ditolak oleh hampir 52 peratus
rakyatnya.

Selain itu, bahana ‘euroscepticisme’ atau penolakan terhadap EU semakin dirasai di


Sweden, Republik Czech, Perancis, Denmark, Itali, Belanda, Austria, Greece,
Sepanyol, Poland, Hungary serta Ireland.
Tambahan pula, isu ini telah belaku pada
tahun 1975, iaitu Ratu Elizabeth sendiri
pernah mengadakan referendum sama ada
untuk keluar dari Kesatuan Eropah atau
sebaliknya.

Hakikatnya kempen ‘Leave’ dan ‘Remain’


ini mewakili golongan yang berbeza di dalam negara tersebut. Kempen ‘Leave’ lebih
didominasi oleh sentimen golongan veteran dan pertengahan. Istilah Brexit boleh
diistilahkan sebagai ‘ucapan selamat tinggal secara perlahan-lahan kepada idea
bangsa Eropah’ kecuali terdapat pembaharuan yang serius mengenai perkara itu.

Bagi jiran terdekat Britain iaitu Ireland, sempadan darat antara negara itu dan Ireland
Utara mungkin perlu diselenggara semula apabila Britain keluar daripada EU.

Pada masa yang sama, hubungan dagangan yang baharu juga perlu digariskan
semula bagi memastikan kerjasama komersial yang rapat antara Britain dan Ireland
dapat diperkukuhkan.
2.0 FAKTOR-FAKTOR
BERLAKUNYA BREXIT
Antara faktornya adalah kemasukan pendatang asing yang tidak terkawal dari negara
Kesatuan Eropah ke negara Bretain. Berdasarkan rekod semasa, sebelum tahun
1993, iaitu ketika EU masih bergelar Kesatuan Ekonomi Eropah, imigrasi ke UK
bersifat minus. Lebih ramai penduduk Britain yang keluar berbanding mereka yang
berhijrah ke negara tersebut. Namun bermula tahun 1993 sehingga 2014, warga asing
yang lahir di Britain meningkat secara mendadak daripada 3.8 juta orang kepada 8.3
juta orang. Dalam masa yang sama, jumlah warga asing yang berhijrah dan menetap
di negara tersebut juga bertambah daripada hanya sekitar 2 juta orang kepada lebih
5 juta pada hari ini. Ia membangkitkan kebimbangan penduduk tempatan yang melihat
bagaimana India dan Pakistan tiba-tiba berada di tangga pertama dan ketiga tertinggi
negara yang mempunyai warga mereka di bumi Britain. Perasaan tidak senang
terhadap kebanjiran warga asing ini mendorong warga tua dan pertengahan di negara
tersebut mengundi untuk keluar dari EU.

Selain itu, golongan muda Britain pula merasakan bahawa mereka akan kehilangan
hak untuk menetap dan mencari pekerjaan di 27 buah negara Kesatuan Eropah yang
lain. Bukan sahaja hak untuk mencari pekerjaan tetapi hak untuk berkeluarga, belajar,
melancong dan sebagainya juga akan hilang d. Jika sebelum ini mereka menikmati
keistimewaan selaku anggota negara EU, selepas ini segalanya dibimbangi bertukar
menjadi sebaliknya. Pro-Brexit yakin dan tegas dengan pendirian mereka bahawa bisnes
dan ekonomi UK dikawal ketat oleh peraturan yang ditetapkan oleh EU dan jika keluar
daripada EU, UK boleh mencapai tahap ekonomi yang lebih baik malah dapat menjimatkan
banyak duit yang dikeluarkan oleh UK kepada negara-negara miskin EU. Dan mereka juga
yakin EU akan terus eksploitasi hasil daripada UK.Pro-Brexit melalui professional pula
risau akan masalah ekonomi yang bakal berlaku sekiranya Brexit kerana UK akan
kehilangan pasaran eksport terbesarnya iaitu EU dengan purata sebanyak 45%.
Mereka juga menyangkal Pro-Brexit apabila Pro-Brexit menekankan, mengongkong
UK, sedangkan UK berkembang maju dengan cepat dengan berada dalam EU.
3.0 KONFLIK DI MESIR
3.1 Latar Belakang Mesir

Mesir merupakan Negara pusat bagi umat Islam. Mesir atau Republik Arab
Mesir adalah Negara sosial demokrasi berbentuk republik dengan diketuai oleh
seorang presiden. Secara keadaan geografinya, Mesir merupakan salah satu Negara
yang berada di Wilayah Afrika Utara dengan iklim yang panas. Namun apabila dilihat
dari sudut sejarah dan kebudayaannya, Mesir merupakan bahagian dari Asia Barat.
Mesir terkenal dengan budaya Islam dan dijadikan sebagai penghasil peradaban
Islam. Namun,Negara islam yang aman ini juga telah menimbulkan beberapa isu
konflik dari segi politik yang telah menimbulkan peperangan saudara di Mesir.

3.2 Kejatuhan Hosni Mubarak

Mesir adalah antara Negara sekutu Amerika Syarikat bersama Israel yang
menjadi penerima bantuan ketenteraan Washington. Sebelum ini Mesir dipimpin oleh
Hosni Mubarak. Mesir tidak dapat kemanan mutlak disebabkan pemimpin yang sering
melakukan korupsi. Di bawah pemerintahan Mubarak, Mesir menjadi anggota sekutu
pada Perang Teluk di tahun 1991. Keterlibatan Mesir dalam meja bulat ini dinilai
krusial oleh pemerintah Amerika Syarikat dalam menjaring dukungan negara-negara
Arab dalam pembebasan Kuwait. Selain memperkuatkan posisi Mesir di dunia Arab,
keterlibatan ini juga membawa keuntungan ekonomi bagi pemerintah Mesir kerana
setelah Perang Teluk berakhir, Amerika Syarikat , negara-negara Arab di Teluk Persia
dan Eropah telah menghapuskan hutang Mesir yang bernilai $14 milyar.
Pengalamannya melihat presiden pendahulunya dibunuh tepat di hadapannya
dan kerjaya pemerintahan yang panjang membuatkan Mubarak lebih fokus pada
masalah keamanan berbanding dengan presiden-presiden sebelumnya. Sehingga
pad awal pemerintahannya ia telah memperbesarkan Mabahith Amn Ad-Dawla,
jabatan kajian keamanan negara Mesir dan Jabatan Keamanan Pusat, jabatan anti
huru-hara. Mubarak mencari nasihat dan persetujuan tidak dari “menteri terpandang”,
“penasihat senior”, atau “tenaga ahli”, melainkan dari para ketua keamanannya
selama mengikat jamin para aktivis muda dan ahli politik dipenjara tanpa melalui
persidangan. Pada tahun 2005 Freedom House, lembaga kemajuan masyarakat telah
melakukan penelitian mengenai demokrasi, melaporkan bahawa pemerintah Mesir di
bawah Mubarak membuat peraturan yang menyuburkan korupsi. Perhitungan Indeks
Persepsi Korupsi (Corruption Perceptions Index, CPI) yang dilakukan oleh
Transparency International kepada 178 negara memberikan nilai 3,1 kepada Mesir
dalam skala 10 adalah sangat bersih dan 0 adalah sangat korupsi. Demo besar-
besaran terhadap Mubarak dan rejimnya pecah di Kairo dan kota-kota Mesir lainnya
pada tanggal 25 Januari 2011. Para pendemo menuntut Mubarak segera
mengundurkan diri. Wakil Presiden Omar Suleiman mengumumkan pengunduran diri
Mubarak di tanggal 11 Februari dan tampuk kekuasaan akan dipindahkan ke tangan
militer Mesir.
3.3 Presiden Mohamed Morsi dan pengkhianatan yang telah beliau hadapi

Jatuhnya pucuk pemerintahan Hosni Mubarak, seorang pemimpin telak dilantik


melalui sistem demokrasi iaitu Presiden Mohamed Morsi. Sejarah menilai Morsi,
beliau merupakan pemimpin Arab yang terbaik dibandingkan dengan para pemimpin
lain dan kita akan dapat tahu sendiri. Beliau bukanlah seperti pemimpin yang
mengambil duit rakyat dan memasukkan dalam poket sendiri. Mohamed Morsi
merupakan presiden pertama yang dilantik di kalangan rakyat, dia juga merupakan
Presiden dari masyarakat biasa yang pertama yang hafal Al-Quran, yang
mempersilakan orang ramai untuk mengkritiknya, terdapat lebih 30 saluran di Mesir
yang menghina beliau siang dan malam. Mursi mencapai kemenangan bergaya dan
menjadi ketua negara selepas era Mubarak. Sejak itu, dia telah berusaha
mengukuhkan kedudukannya dan fokus ke arah itu adalah dengan memperkenalkan
perlembagaan baru. Dia bagaimanapun menghadapi tentangan keras terhadap setiap
usahanya untuk menjadi lebih berkuasa. Badan kehakiman membubarkan Parlimen
atas sebab teknikal dan seterusnya membatalkan tugas Majlis Perlembagaan untuk
menulis perlembagaan baru. Krisis perlembagaan terbaru ini pula telah memberi
inspirasi kepada pembangkang yang melihat hal ini sebagai satu peluang untuk
melemahkan Mursi dan seterusnya merebut manfaat daripada kelemahan
pemerintahan presiden Mesir itu.

Dari segi badan kehakiman pula, badan ini memang tidak sekepala dengan Mursi
sejak hari pertama Mursi menjadi presiden. Mahkamah Agung Administrasi pula
dipenuhi oleh mereka dari era rejim Mubarak yang terkenal dengan membuat
keputusan yang tidak pernah adil. Apa yang nyata dapat dilihat dari era Mubarak ialah
diamnya pihak tentera dengan keputusan-keputusan para hakim ini yang secara
implisit menunjukkan sokongan tentera terhadap keputusan-keputusan yang dibuat.
Dengan campur tangan secara konsisten oleh badan kehakiman ke atas pihak
Eksekutif, ini membuatkan mereka terus relevan di dalam merubah landskap politik
Mesir.
Pengaruh kuat dan campur tangan tentera dalam pemerintahan negara
melemahkan lagi presiden. Sejak Mubarak disingkirkan, pihak tentera sentiasa
memastikan agar urusan dalaman harian berada di tangan kerajaan tetapi polisi luar
dipegang erat oleh tentera. Pihak tentera selalu berada di garisan tepi dan tidak
melangkah untuk membantu Mursi. Walaupun di saat demonstrasi bertukar menjadi
ganas, pihak tentera tidak berganjak kecuali sedikit, malah selalu menyatakan yang
mereka berada di pihak rakyat. Tatkala istana presiden dan ibu pejabat Ikhwanul
Muslimin diserang, sikap tentera yang hanya memerhati ini melemahkan lagi kuasa
Mursi. Setelah berlaku banyak pertumpahan darah, akhirnya pemimpin tentera dan
tokoh politik ,Andel Fattah al-Sisi telah mengisytiharkan penjatuhan Morsi.
Namun,masyarakat Mesir masih lagi tidak sepakat kerana terdapat beberapa
penyokong Morsi yang marah akan tindakan tentera Mesir.
1.0 Pengenalan

Secara umumnya pengertian sistem politik adalah sebuah sistem yang


terdapat dalam suatu negara atau masyarakat dan telah memiliki badan badan atau
organisasi. Menurut Robert Dahl pula, sistem politik adalah merupakan suatu pola
yang tetap melalui hubungan manusia dan melibatkan banyak aspek, seperti
pentadbiran, undang-undang dan ekonomi.

Selain itu, Sistem politik yang bersifat matang adalah penting bagi sesebuah
negara untuk diamalkan. Hal ini kerana, urusan pentadbiran yang dipimpin orang
atasan akan memberi kesan kepada golongan bawahan iaitu rakyat sama ada dari
aspek positif atau sebaliknya. Seperti yang kita tahu, sisem yang dicipta manusia tidak
akan mencapai kesempurnaan, maka terdapat beberapa isu politik yang berlaku di
setiap negara di dunia ini.Hal ini kerana, negara-negara di dunia ini tidak boleh lari
dari permasalahan ini kerana perkara ini telah menjadi fitrah dalam berpolitik.

Akibat daripada sifat manusia yang tidak mahu bertolak ansur sesama mereka,
maka telah lahir perbalahan atau salah faham di antara mereka tidak kiralah hal yang
dibalah itu remeh atau penting. Perbalahan atau salah faham yang berlaku ini disebut
sebagai konflik yang terjadi sesama mereka. menurut Robbins, Konflik adalah suatu
proses yang dimulai bila satu pihak merasakan bahwa pihak lain telah memengaruhi
secara negatif atau akan segera memengaruhi secara negatif pihak lain. Oleh sebab
itu, negara-negara di dunia ini mempunyai pelbagai konflik sesama mereka. Perkara
ini akan berterusan jika tiada negara yang mahu mengundur diri atau mengalah dari
ruang konflik tersebut.
Permasalahan yang berlaku di dunia ini khususnya di Eropah dan Timur
Tengah amatlah memberi kesan kepada negara-negara lain. Hal ini kerana, negara-
negara yang menjalinkan hubungan politik dengan negara yang berlaku konflik atau
sesuatu isu politik akan terkesan dari aspek ekonomi terutamanya.
4.0 Kesan-kesannya terhadap Pendidikan di Malaysia.
Isu Brexit telah mengakibatkan banyak kesan negatif kepada ekonomi negara.
Hal ini kerana, mata wang Britain iaitu Great Britain Pound telah merundum teruk
selepas Britain memutuskan untuk keluar dari kesatuan eropah. Jika mata wang
negara itu merudum teruk, maka tidak kuranglah dengan mata wang di negara kita.
Antara kesannya adalah kos pendidikan di negara luar akan bertambah. Apabila kos
pendidikan bertambah, perkara ini akan menyukarkan dan menambah beban kepada
pelajar-pelajar yang sedang atau sedang merancang untuk belajar di luar negara.
Beban dari kos wang yang tinggi ini akan menjejaskan perkembangan tahap
pendidikan pelajar di Malaysia kerana pelajar tidak mendapat pendedahan tentang
pelajaran yang maju ke hadapan di negara-negara luar. Pendidikan negara akan
terbantut dan tidak berkembang di kalangan pelajar Malaysia. Hal ini akan
mengakibatkan tiada pelapis pemimpin yang mempunyai fikiran seperti negara maju
yang lain. Apabila negara kita gagal melahirkan pemimpin berfikiran maju kehadapan,
negara kita akan menjadi mundur dan ketinggalan berbanding negara-negara maju
yang lain.

Huru-hara yang berlaku di Mesir telah mengancam keselamatan pelajar


Malaysia suatu ketika dahulu. Universiti Al-azhar adalah antara universiti yang
menjadi tumpuan di kalangan pelajar-pelajar Malaysia. Walaupun tiada kemalangan
jiwa dalam kalangan pelajar Malaysia di Mesir yang dilaporkan, trauma tentang
keganasan tentera Mesir ketika meleraikan demontrasi tetap menghantui mereka. Hal
ini akan mengakibatkan gangguan terhadap pemikiran dan pembelajaran pelajar
Malaysia di sana.
5.0 Hasil Dapatan

Antara perkara yang dapat dijadikan jawapan atau punca dari semua konflik
yang berlaku di Eropah dan Timur Tengah ini antaranya adalah kematangan seorang
pemimpin sesebuah negara dalam memikirkan masa depan negaranya.Selain itu,
keyakinan dengan kebolehan negara sendiri adalah amat memaikan peranan penting
dalam isu Brexit ini. Britain bersifat teguh untuk berdikari dalam membangunkan
negara mereka. Justeru, kuasa rakyat dalam menentukan masa depan sesebuah
negara amat berperanan penting kepada sistem politik. Sebagi contoh kita dapat lihat
pada kejatuhan husni mobarak dan bangkitnya presiden Mohamed Mursi. Di samping
itu, diskriminasi yang berlaku dalam kancah politik amat memberi kesan kepada
sesebuah negara. Hal ini boleh dilihat apa bila pengkhianatan yang berlaku kepada
presiden Morsi telah menyebabkan keseluruhan negara kucar-kacir. Perkara yang
terakhir adalah, masalah yang berlaku di antara negara berkuasa besar telah memberi
kesan kepada negara-negara di sekelilingnya. Perkara ini boleh dibuktikan apabila
ekonomi Malaysia merosot teruk selepas isu Brexit ini berlaku. Segala hasil dapatan
yang dapat dihuraikan boleh dijadikan tauladan dan sempadan kepada negara-negara
pemerhati yang lain demi kebaikan dan kemakmuran itu sendiri
6.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, kemajuan sesebuah negara tidak semestinya menjamin


kemakmurannya. Hal ini kerana, kebanyakan negara yang berlaku konflik adalah
negara-negara maju di mana kemajuannya amat dikagumi oleh negara-negara di
sekelilingnya. Puncanya adalah rasuah yang berleluasa pada pucuk kepimpinan
dalam pentadbiran. Walaupun negara itu tidak maju sekalipun tetapi rasuah yang
berlaku kurang parah, maka kemakmuran dan kesejahteraan negara tersebut akan
terjamin. Perkara ini menunjukkan rasuah adalah punca utama kepada perbalahan,
peperangan dan kemunduran sesebuah negara. Oleh itu, Kita haruslah membanteras
gejala rasuah ini bermula dari bangku sekolah sehinggalah ke balairung seri
7.0 Refleksi

Pengajaran yang saya dapat sepanjang mebuat tugasan ini adalah saya akan lebih
berkeyakinan dalam membuat sesuatu keputusan. Selain itu, saya juga akan
menyumbang jasa kepada negara dengan kemampuan saya sendiri. Justeru, jika
saya ada dalam sesuatu organisasi itu, saya akan teguh berganding bahu sesama
ahli organisasi dalam menjayakan sesebuah upacara. Akhir sekali, pengajaran yang
saya dapat adalah kita haruslah menjauhkan diri dari gejala rasuah tidak kiralah apa
jua kerjaya.

BIBLIOGRAFI

Azizul Osman. (26-06-2016) . Krisis Brexit: Pelajar Malaysia dapat manfaat jika
sambung belajar di UK. Dipetik pada 18 September 2016

http://antarapos.com/bm/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wna5Zw

Ibrahim, D, M. Et. al. (2015). Cabaran dan Isu Semasa Dunia. Selangor Darul Ehsan;

Penerbitan Multimedia Sdn Bhd

Anda mungkin juga menyukai