Anda di halaman 1dari 9

PENGGUNAAN KAEDAH STRACA DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN

MENOLAK NOMBOR BULAT DENGAN MENGUMPUL SEMULA BAGI MURID


TAHUN 2

KAVIRAJ A/L RAJASEGARAN


ONG YOKE MOOI, Ph.D
PISMP UNIT N4
rajakavi94@gmail.com

ABSTRAK
Kemahiran menolak nombor bulat dengan mengumpul semula sentiasa menjadi masalah
kepada murid-murid. Maka, kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu murid Tahun 2
dalam menguasai kemahiran menolak dengan mengumpul semula melalui Kaedah Straca.
Kajian ini juga dilaksanakan untuk menambah baik amalan pedagogi bagi membantu murid
dalam penguasaan kemahiran menolak nombor bulat dengan mengumpul semula dengan
menggunakan Kaedah Straca. Peserta kajian terdiri daripada empat orang murid Tahun 2
yang dipilih berdasarkan markah yang diperolehi dalam lembaran kerja. Pengumpulan data
telah dilakukan melalui ujian pra, ujian pasca, lembaran kerja, pemerhatian dan temu bual.
Hasil analisis data menunjukkan peningkatan dalam pencapaian ujian pasca berbanding
dengan ujian pra. Penggunaan Kaedah Straca berjaya meningkatkan prestasi pencapaian
murid dalam menguasai kemahiran menolak nombor bulat dengan mengumpul semula.
Analisis temu bual menunjukkan murid dapat menolak nombor bulat dengan mengumpul
semula dengan menggunakan Kaedah Straca. Dapatan kajian juga menunjukkan amalan
pedagogi dalam penggunaan Kaedah Straca melalui bahan konkrit ke abstrak, demonstrasi
guru, pembelajaran secara berkumpulan dan individu sesuai dalam meningkatkan kemahiran
menolak nombor bulat dengan mengumpul semula bagi murid Tahun 2.

Kata Kunci : Kaedah Straca, pencapaian murid, demonstrasi, bahan konkrit ke abstrak,
pembelajaran secara berkumpulan, pembelajaran secara individu, pemerhatian, temu bual

PENGENALAN

Matematik ditakrifkan sebagai alat meningkatkan intelektual individu dalam membuat


penaakulan logik, gambaran ruang, penganalisisan dan pemikiran abstrak (Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 2011). Nombor
dan Operasi merupakan satu bidang pembelajaran dalam Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) Matematik Tahun 2 yang merangkumi tajuk ‘Penolakan’.
Kemahiran menolak dengan mengumpul semula adalah suatu kemahiran yang
penting dalam tajuk ini. Ia masih terikat kepada fakta asas tolak seperti didefinisikan
oleh Booker (2004, seperti dinyatakan dalam Muhamad Aizuddin Rosman & Abd
Samat Taib, t.t), iaitu nombor-nombor mudah perlu ditolak daripada nombor besar.
Tetapi, ramai murid masih tidak dapat menguasai kemahiran menolak dengan
mengumpul semula walaupun sudah menguasai fakta asas tolak.

FOKUS KAJIAN

Kajian ini berfokuskan bagaimana saya dapat membantu murid Tahun 2 dalam
menguasai kemahiran menolak nombor bulat dengan mengumpul semula. Saya
berminat dalam kajian ini kerana murid-murid saya tidak dapat menguasai proses
pengumpulan semula, walaupun mereka sudah menguasai fakta asas tolak. Saya
telah menggunakan dekak-dekak dan Blok Dienes dalam mengajar kemahiran ini.
Namun, murid tidak dapat melihat dengan jelas proses pengumpulan semula, iaitu
satu menjadi sepuluh apabila dikumpul semula dari satu nilai tempat ke nilai tempat
yang lain. Contohnya, satu di puluh apabila dikumpul semula menjadi sepuluh di nilai
tempat sa. Menurut Ohlsson (1988, seperti dinyatakan dalam Nor Baiti & Mas
Norbany, 2012), penolakan melibatkan pengumpulan semula merupakan sesuatu
yang kompleks untuk difahami oleh murid. Murid juga sering kali cuai dalam
melakukan pengiraan. Jadi, saya ingin merancang dan mengadakan satu kaedah
yang merangkumi peringkat konkrit hingga abstrak dalam membantu murid
menguasai kemahiran menolak nombor bulat dengan mengumpul semula.
Murid-murid juga digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam mempelajari
penolakan nombor bulat dengan mengumpul semula dengan menggunakan kaedah
ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk :


a) Meningkatkan kemahiran menolak nombor bulat dengan mengumpul semula
menggunakan Kaedah Straca bagi murid-murid Tahun 2.
b) Memperihalkan amalan penambahbaikan pedagogi guru dalam meningkatkan
penguasaan murid Tahun 2 dalam kemahiran menolak nombor bulat dengan
mengumpul semula menggunakan Kaedah Straca.

SOALAN KAJIAN

a) Sejauh manakah Kaedah Straca dapat meningkatkan kemahiran menolak nombor


bulat dengan mengumpul semula bagi murid-murid Tahun 2 ?
b) Bagaimanakah guru menambah baik amalan pedagogi bagi meningkatkan
penguasaan murid Tahun 2 dalam kemahiran menolak nombor bulat dengan
mengumpul semula melalui penggunaan Kaedah Straca?

PESERTA KAJIAN

Peserta kajian ini merupakan empat orang murid Tahun 2 yang terdiri daripada tiga
orang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Mereka dipilih kerana prestasi
mereka adalah sederhana dan lemah dalam lembaran kerja, iaitu mendapat kurang
daripada 10 soalan betul. Mereka aktif, suka bercakap, lambat menyiapkan kerja,
sukar memberi tumpuan dan suka mengacau kawan.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Saya telah melaksanakan tiga sesi tindakan bagi membantu murid menguasai
penggunaan Kaedah Straca dalam kemahiran menolak dengan mengumpul semula.

Sesi Tindakan Pertama : Penggunaan Straca (straw dan cawan)

Sesi tindakan ini mengandungi penggunaan straw dan cawan nilai tempat dalam
pengiraan. Terdapat tiga ikatan straw yang mewakili bilangan sa, puluh dan ratus.
Satu straw bilangan sa, satu ikatan 10 straw mewakili bilangan puluh dan satu ikatan
100 straw mewakili bilangan ratus. Tiga cawan nilai tempat yang mewakili ratus (biru),
puluh (kuning) dan sa (merah) telah digunakan. Jadual 1 menunjukkan cara
penyelesaian menggunakan straw dan cawan bagi 123 - 48 .
Jadual 1
Penyelesaian dengan Kaedah Straca

Contoh Penyelesaian Penerangan


1. Masukkan bilangan straw
Ra Pu Sa dalam cawan nilai tempat
bagi 123.
2. Keluarkan 8 straw daripada
cawan sa untuk tolak 8.
Ra Pu Sa 3. Tidak boleh keluarkan 8
straw kerana hanya terdapat
3 straw.
4. Ambil satu ikatan straw dari
cawan puluh.
Ra Pu Sa (Satu ikatan = 10 straw)
5. Menekankan konsep
1 puluh = 10 sa.
6. Buka ikatan straw dan
masukkannya ke dalam
cawan sa. (Jumlah adalah 13
straw)
7. Keluarkan 8 straw dari cawan
sa. (Bakinya adalah 5)
Ra Pu Sa

1. Keluarkan 4 ikatan straw dari


Ra Pu Sa cawan puluh untuk tolak 4.
2. Tidak boleh keluarkan 4
ikatan kerana hanya
terdapat 1 ikatan.
3. Ambil satu ikatan straw dari
cawan ratus.
Ra Pu Sa (Satu ikatan = 100 straw)
4. Menekankan konsep
1 ratus = 10 puluh.
5. Buka ikatannya dan
masukkan dalam cawan
puluh. (Jumlahnya adalah
11)
6. Keluarkan 4 ikatan dari
cawan puluh. (Bakinya adalah
7)
7. Tidak ikatan straw perlu
dikeluarkan dari cawan ratus.
8. Jawapannya adalah 75.
Ra Pu Sa

Sesi Tindakan Kedua : Garisan Sepuluh

Dalam sesi ini, garisan sepuluh dan carta nilai tempat digunakan. Murid melukiskan
garisan sepuluh yang mengandungi 10 garisan sebagai peringatan kepada
pengumpulan semula. Carta nilai tempat pula mengandungi tiga warna, iaitu biru
(ratus), kuning (puluh) dan merah (sa). Jadual 2 menunjukkan cara penyelesaian
dengan menggunakan garisan sepuluh bagi 231 - 57 .

Jadual 2
Penyelesaian dengan Garisan Sepuluh

Contoh Penyelesaian Penerangan

1. Murid menulis nombor pada soalan


mengikut nilai tempat.
Ra Pu Sa
2. Murid mula menolak di nilai tempat
sa.
2 3 1 3. Guru bertanya ‘Boleh tolak 7
- 5 7 daripada 1?’.
4. Jika tidak, murid meminjam satu
daripada puluh, tolak satu pada
angkanya.
5. Murid melukis 10 garisan di atas
angka 1 dan jumlahnya adalah 11.
Ra Pu Sa 6. Murid memotong 7 garisan sebagai
2 proses menolak angka subtrahend,
2 3 1 iaitu 7.
- 5 7 7. Murid menambahkan bilangan
garisan yang tidak dipotong dengan
angka minuend, iaitu 1.
8. Murid menulis hasil tolakan, iaitu 4 di
nilai tempat sa.
Ra Pu Sa
2
2 3 1
5 7

Ra Pu Sa
2
2 3 1
- 5 7
4

1. Guru bertanya soalan lagi ‘Boleh


Ra Pu Sa tolak 5 daripada 2?’.
2. Jika jawapannya tidak, murid
1 2 meminjam satu daripada ratus
2 3 1 dan menolak satu pada angkanya.
- 5 7 3. Murid melukiskan 10 garisan atas
angka 2 dan jumlahnya adalah 12.
4 4. Murid memotong 5 garisan sebagai
proses menolak subtrahend, iaitu 5.
5. Murid menambahkan bilangan
garisan yang tidak dipotong dengan
Ra Pu Sa angka minuend, 2.
6. Murid menulis hasil tolakan, iaitu 7 di
1 2
nilai tempat puluh.
2 3 1 7. Murid tidak menolak di nilai tempat
7 ratus kerana tidak ada angka
- 5
subtrahend yang perlu ditolak.
4 8. Murid terus menulis 1.
9. Maka, jawapannya adalah 174.

Ra Pu Sa

1 2
1
2 3
7
- 5
7 4

Ra Pu Sa

1 2
2 3 1
7
- 5
1 7 4

Sesi Tindakan Ketiga : Lembaran Kerja

Bagi sesi ini, murid-murid menyelesaikan lembaran kerja secara kumpulan dan
individu.
DAPATAN KAJIAN

Soalan kajian 1:

Sejauh manakah Kaedah Straca dapat meningkatkan kemahiran menolak


nombor bulat dengan mengumpul semula bagi murid-murid Tahun 2 ?

Bagi menjawab soalan ini, saya membincangkan pencapaian dan pemahaman murid
terhadap penolakan dengan mengumpul semula.

Pencapaian murid (Analisis markah ujian pra, ujian pasca dan lembaran kerja)

Rajah 1. Pencapaian markah dalam ujian pra dan ujian pasca.

Jadual 3
Pencapaian Murid dalam Lembaran Kerja

Murid A B C D

Lembaran
83 83 83 67
Kerja 1 (%)

Lembaran
50 67 100 50
Kerja 2 (%)

Lembaran
67 100 50 83
Kerja 3 (%)
Rajah 1 menunjukkan pencapaian markah murid dalam ujian pra dan pasca. Secara
keseluruhannya, semua peserta kajian menunjukkan peningkatan markah. Seorang
murid mendapat 100%, dua orang murid mendapat 90% dan seorang murid lagi
mendapat 80%. Jadual 3 pula menunjukkan pencapaian markah murid dalam
lembaran kerja. Markah lembaran kerja menunjukkan peningkatan berbanding
dengan ujian pra.

Pemahaman Murid (Analisis Temu Bual dan Pemerhatian)

Analisis temu bual digunakan untuk mengkaji pemahaman murid terhadap penolakan
nombor bulat dengan mengumpul semula.

Guru : Adakah anda boleh menolak nombor bulat dengan mengumpul


semula tanpa Kaedah Straca ?
Murid A : Hmmm…..
Murid B : Ya…..
Murid C : (Murid menggangguk ya)
Murid D : Boleh…
Guru : Mengapa ?
Murid A : Cikgu ada ajar….saya ingat dan buat….
Murid B : Sebab saya ada buat….saya yakin saya boleh buat….
Murid C : Boleh guna tangan….guna garisan
Murid D : Boleh kira guna garisan….jari….

Saya telah menggariskan perkataan-perkataan yang menunjukkan pemahaman


murid terhadap penolakan dengan mengumpul semula. Berdasarkan temu bual di
atas, saya dapati murid-murid boleh menyelesaikan soalan diberikan kerana
mengingati apa yang dipelajari dan mengaplikasikannya mengikut kefahaman
masing-masing. Saya perhatikan murid mampu menyelesaikan soalan diberikan
mengikut cara berbeza yang difahami oleh mereka.

Pendek kata, penggunaan Kaedah Straca telah meningkatkan pencapaian dan


pemahaman murid terhadap penolakan nombor bulat dengan mengumpul semula.

Soalan kajian 2:

Bagaimanakah guru menambah baik amalan pedagogi bagi meningkatkan


penguasaan murid Tahun 2 dalam kemahiran menolak nombor bulat dengan
mengumpul semula melalui penggunaan Kaedah Straca?

Catatan peristiwa yang menarik (analisis pemerhatian) dan analisis temu bual

Saya telah menggunakan Kaedah Straca untuk membantu murid saya meningkatkan
kemahiran menolak dengan mengumpul semula. Saya membincangkan catatan
peristiwa menarik dan analisis temu bual untuk membincangkan penambahbaikan
amalan pedagogi.

Pedagogi pertama adalah demonstrasi guru. Kaedah ini telah saya gunakan dalam
sesi tindakan pertama dan kedua untuk menunjukkan cara penggunaan Kaedah
Straca, iaitu straw dan cawan serta garisan sepuluh dalam menolak nombor bulat
dengan mengumpul semula kepada murid-murid. Hal ini akan memudahkan
pemerhatian murid terhadap cara penggunaan Kaedah Straca dan garisan sepuluh
mengikut langkah demi langkah dan membolehkan mereka mengaplikasinya.
Demonstrasi juga membantu dalam memberi bimbingan tambahan kepada
murid-murid yang kurang menguasai Kaedah Straca dengan beberapa contoh soalan.
Dapatan pemerhatian turut menunjukkan murid-murid dapat menyelesaikan soalan
diberikan dengan betul menggunakan Kaedah Straca mengikut langkah-langkah
yang ditunjukkan oleh guru.

Menurut Teori Pembelajaran Bruner (1996, seperti dinyatakan dalam Yeo, 2017),
pembelajaran konsep baru harus mengandungi tiga peringkat perwakilan, iaitu enaktif,
ikonik dan simbolik. Berpandukan teori ini, saya mengamalkan pembelajaran
daripada konkrit, semikonkrit ke abstrak sebagai pedagogi kedua. Saya telah
gunakan Kaedah Straca bermula daripada penggunaan straw dan cawan (konkrit)
kepada garisan sepuluh (semikonkrit) dan akhirnya lembaran kerja (abstrak).
Langkah ini menjadi pendekatan beransur maju dalam memberikan murid-murid
pemahaman konsep mengumpul semula dan kemahiran menolak dengan
mengumpul semula berbanding sebelum sesi tindakan. Hal ini disokong oleh dapatan
pemerhatian bahawa murid bersungguh-sungguh dalam menggunakan Kaedah
Straca (straw dan cawan) untuk menjawab soalan diberikan dan hasilnya pencapaian
murid meningkat (Rujuk Jadual 3).

Pedagogi selanjutnya adalah pembelajaran secara berkumpulan. Setiap sesi


tindakan yang dilaksanakan mengandungi aktiviti kumpulan sebagai rangsangan
penglibatan aktif murid melalui interaksi antara mereka. Dalam aktiviti kumpulan juga
murid dapat berbincang dan memberi bimbingan antara satu sama lain dalam
menyelesaikan soalan diberikan dengan betul. Dapatan pemerhatian menunjukkan
bahawa murid-murid menegur antara satu sama lain dalam membetulkan kesilapan
mereka terhadap penggunaan Kaedah Straca. Selain itu, perbincangan antara murid
juga memantapkan pemahaman dan kemahiran murid untuk menolak nombor bulat
dengan mengumpul semula.

Pedagogi seterusnya adalah pembelajaran secara individu. Kaedah ini digunakan


sepanjang sesi tindakan dijalankan di mana murid-murid berpeluang untuk
menyelesaikan sendiri soalan berkaitan penolakan dengan mengumpul semula
dengan menggunakan Kaedah Straca, garisan sepuluh dan bentuk lazim. Saya
perhatikan seorang murid cuba menyelesaikan soalan dengan cara tersendiri dan
semak ketepatan jawapannya dengan menggunakan Kaedah Straca (straw dan
cawan). Hal ini bukan sahaja menampakkan penguasaan murid terhadap Kaedah
Straca, malah penerokaan ilmu dipelajarinya dengan gaya tersendiri. Seterusnya,
amalan pedagogi ini turut membolehkan murid mendapat bimbingan ‘one-to-one’
daripada guru. Hal ini dapat dilihat apabila seorang murid kurang memahami
penggunaan Kaedah Straca dalam sesi tindakan pertama dan guru telah memberi
bimbingan kepadanya. Analisis temu bual menunjukkan bahawa murid-murid juga
mampu menyelesaikan soalan-soalan diberikan tanpa Kaedah Straca kerana mereka
sudah memahami konsep dan kemahiran menolak dengan mengumpul semula dan
mampu menggunakan cara tersendiri dalam menjawab soalan.

REFLEKSI

Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan pelaksanaan kajian tindakan ini
dengan berjaya. Amalan pedagogi yang ditambah baik menjadi kekuatan dalam
kajian ini, Manakala, kelemahan pula dari segi lukisan garisan sepuluh dan kurang
kepekaan saya terhadap situasi murid.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Saya mencadangkan supaya lukisan garisan sepuluh ditukarkan dengan jalur kertas
garisan sepuluh dan menandakan bulatan pada angka subtrahend sebagai
peringatan penambahan perlu dilakukan pada angka minuend dengan garisan tidak
dipotong. Hal ini akan tidak mengelirukan murid dan mengurangkan kesilapan
disebabkan lukisan garisan yang tidak tepat.

RUJUKAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2011). Kurikulum Standard Sekolah Rendah


Tahun 2: Nombor dan Operasi. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Muhamad Aizuddin Rosman, & Abd Samat Taib. (t.t). Penggunaan Alat “Butak”
Bagi Meningkatkan Penguasaan Murid Dalam Kemahiran Tolak Dengan
Mengumpul Semula. Tesis tidak diterbitkan. Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu, Malaysia.

Nor Baiti Azera Ahmad & Mas Norbani Abu Samah. (2012). Penggunaan “Pocket
Clothes Peg” bagi meningkatkan penguasaan murid tahun 3 yang
berpencapaian rendah dalam kemahiran menolak dengan mengumpul semula.
Tesis tidak diterbitkan. Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail,
Kuala Terengganu, Malaysia.

Yeo, H. L. (2017). Penggunaan Bahan Bantu Belajar ‘Jam Bunga’ Meningkatkan


Pencapaian Murid Tahun 2 Merekod Masa dan Waktu Pada Jam Analog.
Prosiding : Artikel Penyelidikan Tindakan Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP)
Dengan Kepujian Ambilan Jun 2013. (m/s 133-140).

Anda mungkin juga menyukai