Seni Dalam Pendidikan
Seni Dalam Pendidikan
Terdapat beberapa tokoh yang member pandangan yang menyokong bahawa Seni
Dalam Pendidikan memberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut merupakan
pandangan daripada tokoh-tokoh :
Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner terdapat tujuh jenis
kecerdasan yang seharusnya disuburkan. Pengabungan kesuburandapat menangani
masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak dapat menjana kecerdasan
minda murid dengan lebih menyeluruh.
Hermann (1991) didalam “Quadrant Concept” yang menkaji perkembangan otak kanan
dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang
individu.
Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami
deria manusia dimantapkan untuk pendidkan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai
penidikan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti
kemahiran muzik,kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif,personal dan
intrapersonal,praktik dan estetika, holistic dan analitik,emosional dan fizikal dan
intelektual.
Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam Pendidikan.
Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau menggabungkan
bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupan.
Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid di
sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu ia membantu guru itu sendiri untuk memahami
diri sendiri. Kemudian ia juga membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek
menyelesaikan masalah. Selain itu ia juga memotivasikan guru untuk menjadi lebih
kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional.
Kemudian ia juga membantu perkembangan insane secara seimbang dan menyeluruh.
Matlamat mata pelajaran ini adalah bertujuan untuk membentuk keperibadian generasi
Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis,
kreatif, inovatif dan inventif.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,
menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta
dapat menyumbangkan ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Seni dalam penidikan ini juga mengintegrasikan tiga kompenan yang mampu
melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Ia bertitik tolak daripada
pengintergrasian inilah perkembangan menyeuruh dari segi jasmani , emosi, rohani dan
intelek akan berlaku.
Seni Dalam Pendidkan lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan
melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh
perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi,
imaginasi dan konsepsi guru. Dengan ini, guru diharapkan dapat mengamalkannya.
Seni Dalam Pendidikan merangkumi perkara yang berkaitan dengan seni , muzik dan
pergerakan. Guru dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama
ada daripada aspek estetik mahupun gunaan. Melalui kefahaman aspek guru dapat
menerapkan penghayatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu guru juga didedahkan dengan ilmu seni visual, muzik dan pendidkan jasmani
yang berkaitan dengan bidang tertentu dan juga dapat menerapkan budaya menghargai
serta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas.
R Definisi Menggambar
.representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata.
.mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas
permukaan rata.
. gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang
.Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek
. Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.
. Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi
. Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap
sesuatu imej atau objek
LUKISAN
Rhasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan
menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit.
Rlanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu
kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan.
Rkarya seni atau hasil kerja seni yang dihasilkan di atas sesuatu permukaan rata.
RPenggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel,
pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat.
RProses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan.
RAplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja
dinamakan lukisan.
R bergantung kepada penggunaan garisan yang ekspresif dan nyata
CATAN
.proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata.
. mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak
.Dihasilkan melalui sapuan warnake atas permukaan rata dengan menggunakan berus
. Lukisan grafik mengandungi komposisi artistik dihasilkan dengan mengaplikasikan warna ke
atas permukaan
. Satu ciptaan gambar yang berwarna
. latihan mengaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan
dinding.
. Satu hasil kerja estetik dicipta dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D.
. Suatu teknik menyapu warna basah dengan berus atau alatan lain
. Satu hasil karya seni mempunyai kesan yang bermakna ke atas permukaan dengan
menggunakan bahantara pigmen warna.
Kolaj
.bermakna potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan
.perancis bermaksud gam. Kerja-kerja dibuat dengan menampal cebisan kertas-kertas, kain atau
bahan lain di atas permukaan 2D.
.satu hasil kerja seni mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah
disusun dan ditindih
.Teknik mencantum potongan gambar menjadi satu komposisi.
. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas disebut kolaj.
. Satu komposisi daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media.
.Kolaj bermakna menghasilkan satu komposisi artistic daripada imej atau gambar yang berlainan,
latarbelakang yang berlainan dan daripada berbagai warna dan corak.
. Satu teknik menggambar di mana foto, keratan akhbar atau manamana bahan berbentuk 2D
dilekat dan di satukan di atas permukaan.
.Teknik di mana imej bergambar atau corak berjalinan dihasilkan secara ”superimpose” di antara
satu sama lain
.Satu hasil kepingan seni dibuat dengan menggam berbagai elemen.
. Satu susunan objek dan bahan di atas dilekat di atas suatu permukaan supaya menjadi satu
gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.
MONTAJ
. Menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej
pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam sekitar
. Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari manamana media cetak untuk
menghasilkan satu tajuk atau tema.
. Satu corak tidak semestinya bermaksud sebagai kerja seni halus dibuat melalui proses
menampal satu bahan ke atas bahan yang lain
.Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi
ilustrasi
. imej yang terhasil daripada cantuman beberapa imejan
. hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah,
cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej.
.komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai
cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj.
. Proses membuat gambar dari beberapa gambar atau corak disusun secara bertindih di antara
satu sama lain.
.Teknik mencantum dalam satu elemen komposisi fofografi daripada sumber-sumber yang
berlainan seperti sebahagian daripada foto-foto.
. Proses menghasilkan satu komposisi gambar supaya menjadi satu komposisi daripada bahagian
gambar atau imej disusun menjadi satu hasil kerja seni
. Aktiviti superimpose daripada berbagai elemen
SENI DALAM PENDIDIKAN
Seni Dalam Pendidikan (SDP) merangkumi seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Guru
akan memberi peluang kepada murid untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan
penerokaan dengan menggunakan pancaindera. Murid juga diharapkan dapat mengamalkan
pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan bagi meningkatkan kreativit dan daya
imaginasi untuk mencapai objektif pembelajaran secara optimum, menyeluruh dan
menyeronokkan.
Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian
generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif,
kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid
meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,
keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,
keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Seni Dalam Pendidikan juga memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-
kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk
melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa
kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang
terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang
lebih bersifat holistik.
1.0 Kesan positif terhadap ketiga-tiga bidang utama mata pelajaran ini, , iaitu Seni visual, Muzik dan
Pergerakan.
Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Kursus ini
menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi
dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami
dan mengekspresi citarasa pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni
visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi
untuk
mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.
Kursus ini meliputi pengetahuan asas dalam Seni Visual, Muzik dan Pergerakan serta konsep Seni Dalam
Pendidikan. Mata pelajaran ini memberi pengenalan kepada kepentingan Seni Dalam Pendidikan bagi
mengembangkan proses pembelajaran di kalangan kanak-kanak untuk mencapai pembelajaran
optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Ia menekankan kepentingan aktiviti Seni Visual, Muzik dan
Pergerakan
yang melibatkan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kepelbagaian kecerdasan. Mata pelajaran ini juga
membantu guru-guru menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan ekspresi yang melibatkan
kepekaan deria kanak-kanak
Kursus ini juga memberi peluang kepada anda untuk memahami kepentingan seni dan kaitannya dengan
keinginan dan keperluan asas kanak-kanak dalam proses pertumbuhan dan perkembangan mereka
secara menyeluruh. Justeru, salah satu cara asas untuk memenuhi perasaan ingin tahu dan kehendak
kanak-kanak adalah melalui seni yang mampu membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan yang
kreatif dan imaginatif.
Kursus ini juga dapat menyedarkan tentang kepentingan deria yang dianugerahkan tuhan kepada setiap
insan untuk mengetahui, memahami dan mengenalpasti apa yang terdapat disekelilingnya. Dengan
menggunakan deria pelajar akan dapat kefahaman yang jelas tentang sesuatu perkara atau aktiviti yang
dilakukannya. Untuk itu kefahaman tentang deria adalah penting. Deria terdiri daripada pancaindera
lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima deria ini adalah penting dalam pengajaran dan
pembelajaran pendidikan seni visual.
Pada masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek yang berperanan
besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini merentasi kurikulum dalam subjek-subjek
lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual menjadi asas alat bantu mengajar yang baik melalui
penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna harmoni,dan reka bentuk maujud yang cantik. Di
kalangan pelajar, Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk berkreativiti bagi melahirkan
insanyang celik seni dan berbudaya.
Pendedahan tentang Pendekatan Bertema dalam kursus ini banyak membantu kerana seringkali
digunapakai untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak. Program ini
mantap dan efektif kerana ia menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya, pengalaman dan
kepakaran artistic.Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan minat
murid dan guru. Ia merupakan kandungan maklumat dan memberi peluang kepadapelajar untuk
memindahkan maklumat kepada ilmu melalui proses individu. Tema memberi makna dan tujuan untuk
pembelajaran.
Kursus ini membantu anda memahami pendekatan bertema dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
tema serta dapat membantu pelajar untuk meningkatkan tahap kefahaman dan kesedaran untuk lebih
mendalami tentang tema-tema yang ada serta dapat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran
dan pembelajaran bagi muzik, pergerakan dan seni visual.
2.0 Cara dan peranan guru dan murid dalam melaksanakan penghububungkaitan tersebut dalam
pengajaran dan pembelajaran
Penghubungkaitan dan pautan di dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan program-program
antara disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Ia boleh dilakukan dengan
beberapa cara seperti
Penghubungkaitan ini berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk membantu
melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial agar dapat membentuk
supaya setiap insan itu akan terus dihormati; menggalakkan sikap kepimpinan yang terpuji, berinisiatif
dalam menjalankan tugasan yang diberi oleh guru dan bersikap inovasi dalam melaksanakan satu-satu
aktiviti dan kemahiran serta dapat merangsang setiap pelajar untuk mencapai kecemerlangan dari segala
sudut baik akademik mahu pun kokurikulum. Ia secara tidak langsung akan mengaitkan mata pelajaran
seperti sejarah, sains dan teknologi, kajian sosial, bahasa danfizikal dan pembangunan sosial, meletakkan
keseluruhan kurikulum kedalam konteks kehidupan yang sebenar. Setiap pelajar berhak memperolehi
pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai bentuk walau pun mereka datang dari pelbagai latar
belakang dan taraf sosio ekonomi yang berbeza dan mempunyai sebarang kekurangan. Untuk itu seni
visual memainkan peranan yang penting dalam pendidikan keseluruhan dan pembangunan minda
pelajar.
Sebagai seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah
untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik.
Untuk mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan
penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar.
Selain itu guru berperanan memberi motivasi kepada pelajar.Motivasi bermakna seni praktik
menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar menunjukkan
prestasi dalam cara yang diingini.
Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam segala aktiviti yang diadakan
di sekolah tanpa ada sebarang pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara tidak
langsung dpat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat penilaian, pandangan, tanggapan
dan kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajar supaya akan menyebabkan
pembelajaran pelajar meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam tingkahlaku yang positif.
Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar memperolehi pelbagai pengalaman serta
pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka.
3.0 Pilih SATU (1) bidang mata pelajaran di sekolah rendah untuk anda gunakan dalam pengajaran yang
menggunakan pendekatan bertema.
Murid diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan sekolah dengan cara membawa
murid-murid melawat kawasan sekolah dan sebagainya. Selepas itu, murid diminta melakukan
pergerakan berkaitan dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan dengan pelbagai alat muzik.
Pelajaran diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti penerangan dalam kumpulan, sumbangsaran
tentang aktiviti yang telah dibuat.
Kesimpulan dari aktiviti-aktiviti itu secara tidak langsung akan dapat membantu,
- untuk mengesan bahagian-bahagian pokok (Sains)
- mengeluarkan sati urutan bunyi berkaitan dengan persekitaran (muzik)
- menunjukkan perasaan melalui sapuan berus dengan warna yang berbeza-beza
(seni visual)
- melakukan pergerakan lokomotor (pendidikan jasmani)
Tema Persekitaran : Pokok yang dipilih selain daripada mata pelajaran Sains, ia juga boleh digunakan
kepada semua matapelajaran. Dalam mata pelajaran matematik, pelajar boleh menggunakan aktiviti
mengira beberapa batang pokok dalam satu-satu tempat. Manakala dalam matapelajaran muzik, pelajar
akan menyanyikan lagu pokok dan membuat pergerakan seperti pokok bergoyang, pokok tumbang dan
sebagainya.
Tema Pokok ini juga berkaitan dengan pengalaman dengan kehidupan diri pelajar. Ini akan memudahkan
guru untuk membuat interaksi dan aktiviti seni dalam pendidikan dapat dijalankan dengan berkesan.
Tema Pokok juga bersesuaian dengan keadaan situasi, masa dan peristiwa yang berlaku pada masa kini.
Secara tidak langsung dapat memudahkan pelajar membuat perkaitan antara perkara yang diajar dengan
kedaan situasi yang sebenar.
Penyediaan kemudahan untuk memperolehi bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mudah didapati di persekitaran sekolah. Tema yang dipilih dapat
disampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai aktiviti dan langkah-langkah pengajaran
dari yang mudah kepada yang lebih mencabar.
3.2 Aktiviti pengintegrasian mata pelajaran yang boleh dijalankan dalam P&P
a)Penggabungjalinan
Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu
pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai
kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmonidan bersepadu, sama ada dalam satu
mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan
melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna serta menimbulkan
suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan strategi ini
membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan cara
bersepadu.
2)Penyerapan
Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsure isi pengetahuan
daripada suatu mata pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Proses
penyerapan lebih kepada unsure pengetahuan. Penyerapan merupakan proses mengintegrasikan unsur-
unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya,
daripada mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan
kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu
pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu.
3)Penerapan
Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan
kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai
kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan sebagainya.
4)Pemulihan
Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk membantu pelajar yang
mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti
pemulihan pula merupakan aktiviti yang dirancangkan untuk membantu murid mengatasi masalah
pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran.
5)Pengayaan
Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau lambat kadar
penerimaannya, oleh itu pengayaan adalah untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi sederhana atau
pintar cerdas.
3.3 Bagaimanakah aktiviti ini boleh membantu murid dalam pembelajaran?
Saranan mengintegrasikan seni dalam pendidikan ke dalam bidang-bidang kurikulum yang lain
mempunyai kebaikan dan kelebihan. Antaranya :
(a)Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unti-unit kerja. Apabila seni dalam
pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unit kerja, maka bertambahlah peluang pelajar untuk menceburi
aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dengan ini tahap kebolehan mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah
dalam sesuatu unit kerja akan meningkat kerana mereka telah mempunyai kelebihan media yang boleh
dijadikan sebagai alat bantu dalam menyelesaikan maslah Secara tidak langsung aktiviti seperti ini akan
memperkayakan dan menambahkan lagi kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan.
(b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan. Apabila setiap
aspek kurikulum dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk tujuan meleraikan proses penyelesaian
masalah, secara tidak langsung akan dapat mewujudkan peluang yang baik bagi menerap dan
melaksanakan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan.
c) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas. Apabila Seni dalam pendidikan
diintegrasikan dengan bidang kurikulum yang lain, akan terbit suatu tanggapan, baik di kalangan guru
mahupun pelajar, bahawa integrasi itu merupakan sebahagian daripada program aktiviti sekolah dan
bukannya sesuatu yang bersifat terasing dan terpisah
3.4 . Apakah alat/bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut untuk murid meneroka, memperolehi
pengalaman dan mengalami ekspresi? Apakah kesan penggunaan alat/bahan ini kepada proses
pengajaran dan pembelajaran?
Seni dalam Pendidikan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk meneroka pelbagai
sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir dengan
setiap aktiviti pembelajaran.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bertema persekitaran pokok ini pelajar menggunakan persekitaran
sebenar iaitu melihat, merasai dan menjiwai keindahan pokok-pokok di kawasan sekolah. Ini dapat
meneydiakan cara tambahan untuk belajar membaca, menulis dan mengira bahkan menggalakkan
mereka dengan memberi pelbagai pandangan dan bahasa untuk mereka berfikir secara kreatif,
imaginative dan kritis. Bukan itu sahaja, bahkan Seni dalam Pendidikan dapat memberikan kanak-kanak
keseronokkan dan kegirangan di dalam bilik darjah.
Pelajar digalakkan untuk meneroka dengan membuat ekperimen, menyelidik dan mencipta
menggunakan pelbagai idea dan bahan. Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar menjadi seorang
yang benar-benar lebih berimaginatif.
Pengalaman yang diperolehi dalam seni dalam pendidikan boleh melibatkan kesedaran kinestetik yang
mendalam, kepintaran mengunakan tubuh badan dan pengalaman ini akan memberi peluang kepada
kanak-kanak dan remaja untuk menyelesaikan masalah, membuat eksperimentasi, meneroka,
mengambil risiko, mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan bijak membuat pilihan.
Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang kepada pelajar
untuk menemui potensi ekspresif diri melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka. Bahasa-
bahasa simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalamaktiviti-aktiviti seni. Ini akan membatu
para pelajar untuk merasa, menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung dunia mereka dengan
cara tersendiri. Pelajar akan meluahkan pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan
apa yang dialami dan difahami oleh orang lain.
Penerokaan, memperolehi pengalaman dan luahah ekspresi merupakan satu aktiviti yang penting pada
seni dalam pendidikan. Ini adalah disebabkan pada topik ini pelajar diberi peluang pendedahan
mengenai cara-cara untuk penerokaan dan cara-cara untuk pengolahan dan memanipulasi sesuatu
aktiviti. Di samping itu juga pelajar telah diberi pendedahan mengenai dengan unsur-unsur perasaan dan
emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk menguruskan emosi supaya boleh meluhan perasaan terhadap
ekspresi diri.
UNIT 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Anda dikehendaki membaca beberapa artikel journal atau buku mengenai seni dalam pendidikan.
Senaraikan faedah mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan kepada seorang pendidik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Terangkan faedah itu dan kepentingan seni dalam pendidikan di
sekolah rendah dengan rujukan kepada teori pembelajaran
Jawapan anda hendaklah disokong dengan pandangan tiga orang tokoh dalam bidang ini.
.Kanak- kanak gemar bergerak bebas, mencipta hasil ciptan melalui kreativiti dan mempunyai
naluri terhadap rentak dan ritma. Kereka mempunyai beberapa ciri iaitu mempunyai
kecenderungan terhadap pergerakan yang luar biasa. Mengikut pendapat Dauer dan Pangrazi
(1983:11), kanak- kanak mempunyai keinginan untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif yang
tidak boleh dipuaskan. Mereka lari untuk mendapatkan kepuasan berlari semata-mata. Aktiviti
bagi mereka adalah intisari penghidupan. Sekiranya kanak- kanak tidak diberi bimbingan,
perhatian dan pengajaran yang sempurna maka terbantutlah perkembangan fisiologi dan
intelektual mereka.
Teori Howard Gardner menyatakan bahawa pendidikan sekolah memberi penekanan kepada 2
kecerdasan iaitu ligustik dan logik matematik berbeza dengan sentuhan muzik, gerakan
kinestetik, emosi dan seni.
Seni merangkumi muzik, drama, tarian, rentak dan irama, seni visual dan fotografi. Seni Dalam
Pendidikan sangat penting kepada seorang pendidik kerana dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ianya akan mengembangkan dan merangsangkan daya fikir seseorang murid serta
untuk pertumbuhan fizikal, mental dan sosial yang sihat. Dengan memiliki bakat yang sedia ada,
kanak- kanak mampu mengeluarkan daya kreativiti semula jadi mereka dengan cara
memerhatikan mereka bermain sama ada bersendirian atau dalam kumpulan.
Pengenalan seni dalam pendidikan mendatangkan faedah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. iaitu dapat menangani desakan jiwa kanak- kanak dengan melakukan pergerakan-
pergerakan ala tarian dan latihan jasmani yang merupakan suatu bentuk saluran yang dilakukan
dengan penuh sedar.
Melalui pergerakan yang dihasilkan oleh kanak-kanak, secara tidak langsung merangsang daya
kreativti yang tersimpan di dalam jiwa mereka. Ini akan memperkenalkan mereka kepada aliran
pergerakan serta memantapkan fakulti daya ekprisi spontan mereka. Fowler (1981)
mendefinisikan pendidikan pergerakan sebagai suatu pendekatan dalam keadah pengajaran,
kemahiran- kemahiran bermotor termasuk pergerakan kemahiran- kemahiran berasas,
permaianan, tarian dan aktiviti-aktiviti lain yang menggunakan proses penemuan dalam proses
pembelajaran serta menggabungkan kesemua faktor pergerakan yang disarankan oleh Rudolf
Laban. Analisis ini dapat mencernakan satu arah baru dalam pendidikan fizikal iaitu dalam
bidang pergerakan.
Kanak-kanak akan melakukan pergerakan sekiranya Kanak-kanak mendengar ritma atau alunan
muzik yang menarik perhatian mereka. Rasa sensasi yang terbit daripada perubahan-perubahan
dari segi intensiti, tekanan, kederasan dan kebebasan bergerak dalam melakukan pergerakan dan
tekanan- tekana fizikal akan menimbulkan perasaan riang kepada deria kanak- kanak. Di
samping itu, muzik tidak jauh beza dengan nada dan irama di mana ketinggian dan kerendahan
nada, intensiti dan tempoh akan mengiringi pergerakan-pergerkan gerak tari, memantap serta
memperlihatkan ekpresi emosi.
Pembelajaran tarian sangat penting kerana aspek ini dapat memberi kesan memori yang panjang
di mana mereka mudah mengingati apa yang dipelajarinya.
Sebagai contoh irama muzik yang selalu diiringi dengan melodi riang dan rancak rentaknya
seperti Lenggang- Lenggang Kangkung, Burung Kakak Tua, Air Pasang Pagi, Ikan Kekek dan
sebagainya akan menghasilkan satu tarian yang akan menghiburkan perasaan mereka.
Elemen masa boleh digambarkan menerusi rentakan dan alunan tubuh badan, seperti denyutan
nadi, denyutam jantung dan pernafasan. Setiap kanak- kanak memnpunyai naluri terhadap
susunan dan integrasi ynag terbit daripada gerak denyutan memberikan kepada mereka suatu
perlindungan dan rangsangan. Selain penggunaan alat muzik untuk mengiringi pergerakan
sebagai sebahagian persekitaran untuk pengajaran, mereka juga boleh mengeluarkan suara di
samping menghasilkan bunyi-bunyi dari hasil hentakan kaki dan tepukan tangan yang boleh
menggembirakan hati mereka.
Melalui pendidikan muzik dapat membantu mereka untuk merasai pergerakan secara intim,
memupuk naluri terhadap muzik dan meperkayakan pegalamann pergerakan mereka. Untuk
memperkayakan lagi pendidikan jasmani agar pergerakan kanak- kanak dapat dipertingkatkan
pendidik boleh menggunakan muzik dalam bentuk ritma. Di sini mereka lebih berasa puas, riang
dan seronok serta dapat munyuburkan minat mereka dan menghargai keindahan seni. Daripada
adunan ritma, aktivitu seperti berjalan, melangkah, berlari dan melompat dapat dihasilkan.
Penggunaan muzik dalam proses pembelajaran sangat meluas kerana ia meningkatkan kemahiran
berfikir dan pemahaman kanak-kanak. Dengan mendengar irama muzik mereka akan berasa
terhibur dan gembira. Pengembangan emosi yang sihat dapat dilihat apabila mereka menjiwai
irama muzik tersebut. Melalui pembelajaran muzik mereka dapat membuat keputusan dan
andaian serta menginterpretasi maklumat daripada pengalaman sedia ada. Ini dapat membantu
pendidik meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berfikir kanak-kanak dengan lebih berkesan
lagi. Dengan mempelajari muzik, akan mempertingkatkan daya saing antara satu sama lain.
Dalam erti kata lain, mereka mudah bergaul antara satu sama lain.
Teater dan drama juga perlu diberi penekanan kepada kanak- kanak kerana proses pembelajaran
untuk setiap mata pelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Ini bererti kanak- kanak
dapat berfikir secara spontan, membuat penyelesain masalah, memberi konsentrasi dan
kemahiran menganalisa.. Malah melalui drama juga ia dapat meningkatkan daya imaginasi
kanak- kanak di mana mereka cuba mengaitkan dengan keadaan hidup yang realiti. Ini dapat
meningkatkan pengetahuan, kemahiran berfikir dan perkembangan emosi yang sihat apabila
bekejasama dan bergaul dengan kanak-kanak yang lain.
SOALAN TUTORIAL
Berdasarkan senario waktu rehat di sekolah anda,tuliskan dan buat catatan dalam bentuk grafik
berasaskan pemerhatian yang berikut :
• Bunyi yang anda dengar
• Pergerakan manusia
• Susunan peralatan
• Warna-warna pada makanan,pakaian dan peralatan.
Reka satu aktiviti yang berkaitan dengan ruang, warna dan irama yang boleh diaplikasikan dalam
bilik darjah.
Pergerakan manusia:
• Semasa bunyi loceng murid bergerak perlahan dan beratur.
• Semasa sampai di kantin murid bergerak secara sederhana untuk membeli makanan
• Setelah membeli makanan pergerakan agak laju dan suasana yang bising.
Susunan peralatan :
• Makanan nasi goreng mee, nasi lemak, nasi ayam, laksa disusun pada satu tempat.
• ayam goreng, kentang goreng Kuih-muih, disusun pada satu sudut lain
• Tempat membeli makanan lelaki dan perempuan diasingkan.
• Sudut buah-buahan juga berasingan dengan sudut minuman
• Susunan meja kantin antara lelaki dan perempuan juga berlainan
• Tempat melatakkan pinggan dan cawan yang kotor disediakan
Warna pada makanan, pakaian dan peralatan:
• Warna makanan pelbagai dan menarik merah, hijau, kuning, ungu.
• Warna pekaian bercorak-corak dan bewarna
• Warna peralatan pinggan, mangkok, merah , hijau, kuning.
Aktiviti yang sesuai diaplikasikan di dalam bilik darjah ialah membuat pergerakan bebas
SOALAN TUTORIAL
i) Tuliskan satu refleksi individu yang ringkas tentang apa yang anda sudah pelajari dan alami
berasaskan kepentingan deria, terutamanya, dalam konteks anda sebagai seorang pelajar serta
guru.
1. Lihat -
• melihat dan menganalisis apa yang dilihat.
• melihat sesuatu pemandangan, objek atau peristiwa.
• memahami apa yang berlaku.
• berlaku dalan P&P sehari-hari murid melihat carta, gambar dan guru mengajar untuk
menambah ilmu pengetahuan.
2. Lidah (rasa)
• mengerut muka apabila merasa masin.
• menunjukkan sesuatu yang tidak disukai.
• guru boleh menggambarkan ekspresi muka yang berkerut apabila memarahi murid. Ini
menunjukkan guru tidak suka pada kelakuan tersebut.
3. Dengar
• mendengar muzik dan meggerakkan kaki, menari atau menghayati sesuatu yang didengar.
• suasana yang tenang ( tidak bising).
• mendengar pengajaran guru di dalam kelas.
4. Hidu
• Gembira – bau wangi
• Tidak ceria-bau busuk
• suasana kelas yang wangi, tidak berbau dengan bauan boleh meningkatkan kualiti pengajaran
& pembelajaran .
• bau badan akibat berpeluh tidak menyelesakan proses P&P.
ii) Dalam aktiviti yang berikut, anda akan diperkaya dengan kesedaran dan kepentingan deria
untuk mengetahui, memahami dan mengenalpasti perlakuan di sekeliling kehidupan harian anda.
iii) Anda dikehendaki menulis respon deria yang terlibat pada ruang yang disediakan .
Eksplorasi
Penggunaan Ruang, Warna dan Bunyi
Ruang : Perlakuan aktiviti jual beli / tempat berniaga / kawasan (tapak gerai)
Warna : Peralatan, Bahan Jualan, Pakaian, Tempat / Kedai
Bunyi : Muzik, Bising (orang bercakap), penggunaan alatan (Plastik, timbang, bakul-bakul dan
sebagainya
Pengalaman
Membeli barangan di pasar malam.
Contoh barangan yang dibeli : makanan buah-buahan, barang-barang kering, barang-barang
basah, pakaian, kasut, air dan barang-barang plastik.
Ekspresi
Proses tawar menawar antara pembeli dan penjual melibat ekspresi wajah.
Proses membeli dan menjual juga melibatkan ekpresi wajah.
1) Aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan mendorong kanak – kanak menggunakan
imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai – disokong oleh Howard Gardner yang
menyatakan bahawa setiap individu dikurniakan dengan potensi yang berbeza dalam fitrahnya.
Setiap potensi yang ada boleh diukur dengan darjah kecerdasan. Menurut Howard Gardner,
kecerdasan tersebut ialah:
2) Melalui aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan kanak – kanak dapat melibatkan diri
dalam pembelajaran secara aktif dan menyeronokan – Teori Konstruktivisme ada menyatakan
bahawa pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif dalam
sesuatu pembelajaran dan bukan menerimanya secara pasif. Mereka berusaha untuk mencapai
kefahaman terhadap maklumat baru dengan menggunakan cara membandingkan maklumat baru
dengan pengalaman yang sedia ada supaya dapat meyelesaikan sebarang perselisihan yang
timbul.Organ deria memainkan peranan yang penting dalam memperolehi pengalaman dan ilmu
pengetahuan yang terdapat di sekeliling. Organ – organ deria akan bertindakbalas dengan
rangsangan – rangsangan yang sesuai daripada persekitaran, kemudian di proses dalam otak
untuk menjadi pengalaman atau ilmu pengetahuan yang bermakna seterusnya diamalkan dalam
suatu situasi yang sesuai.
Jadi, berdasarkan teori ini guru memainkan peranan penting bagi membolehkan pelajar membina
pengalaman baru dengan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan seterusnya
pelajar boleh bertindak secara aktif. Misalnya, bagi matapelajaran Bahasa Inggeris guru boleh
meningkatkan minat pelajar terhadap matapelajaran tersebut dengan memperdengarkan kepada
pelajar beberapa buah lagu Inggeris. Pelajar diminta bersama – sama menyanyikan lagu
tersebut.Setelah selesai, pelajar dikehendaki mencatat dan menyebut beberapa perkataan yang
baru didengar. Jadi di sini, ia dapat menambahkan perbendaharaan kata pelajar tersebut sekaligus
mereka mendapat pengetahuan baru.
Menurut teori ini lagi, pembelajaran hanya boleh bermula apabila wujudnya tindakbalas terhadap
sesuatu rangsangan yang ada. Dengan adanya Seni Visual, Muzik dan Pergerakan ia boleh
dijadikan sebagai rangsangan kepada pelajar. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat
motivasi yang dapat mendorongnya berusaha memikirkan erti rangsangan tersebut.
3) Membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan melalui integrasi
Seni Visual, Muzik dan Pergerakan – Di sokong oleh Hermann yang menyatakan bahawa seni
membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu. Dengan adanya Seni
DalamPendidikan, ia dapat mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. Ini kerana,
dalam Seni Dalam Pendidikan terdapatnya integrasi antara seni visual ,muzik dan pergerakan.
Otak kiri dan otak kanan masing – masing mempunyai peranan yang tertentu. Menurut Roger
Sperry (1981), otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis,
urutan atau susunan, bahasa, fakta, matematik dan ingatan. Manakala otak kanan mempunyai
kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk seperti corak, pola,
ruang, lukisan, gambar, di samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi.
Kalau sebelum ini sistem pendidikan dilihat banyak memberi penekanan perkembangan otak kiri
iaitu membaca, menulis, mengira, menganalisis dan menaakul tetapi adanya Seni Dalam
Pendidikan, ia dapat membantu mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan melalui
integrasi seni visual, muzik dan pergerakan. Ini kerana, aktiviti – aktiviti tersebut dapat memberi
peluang kepada otak kanan untuk berfikir secara kreatif tentang apa yang dilihat dan disaksikan.
4) Aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan memudahkan proses menghubungkaitkan semua
benda alam. Dengan demikian, aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan membantu
mengaktifkan pembelajaran dan pemindahan pembelajaran – Kebolehan mengaplikasikan
kemahiran yang diperolehi dalam Seni Dalam Pendidikan boleh memudahkan proses
menghubugkaitkan semua benda alam. Penggunaan seni visual sebagai Alat Bantu Mengajar
dalam p&p boleh membantu mengaktifkan pembelajaran dan memudahkan pemindahan
pembelajaran. Ini kerana, kanak – kanak memang suka kepada sesuatu yang bergambar,
berwarna ( seni visual ), berbunyi dan berirama (muzik) serta aktiviti yang melibatkan
pergerakan. Hal ini di sokong oleh tokoh dalam Teori Konstruktivisme yang menyatakan bahawa
kanak – kanak melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif dan bukannya secara pasif.
Perkembangan Kanak-Kanak, Remaja dan Seni
Seni merupakan asas kepada perkembangan individu. Jika diajar dengan baik, maka dapat
meransang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagi pembelajaran. Kanak-
kanak mesti diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan pengetahuan yang mereka temui.
Suara keriangan kanak-kanak yang jelas kedengaran dalam bilik darjah patut digalakkan semasa
pembelajaran. Justeru itu seni membolehkan kanak-kanak menyertai proses pendidikan
sepenuhnya tanpa merasa sebarang perbezaan.
Melalui aktiviti seni, daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Contohnya, menggunakan
lagu untuk memperkenalkan tajuk “Lebah”. Semasa kanak-kanak menyanyikan lagu, mereka
akan bergerak mengikut irama seperti lebah sedang terbang. Seterusnya kanak-kanak
menghasilkan gambar lebah. Ini membantu pembelajaran terhadap tajuk tersebut. Semasa belajar
bersama-sama, mereka membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya dan masyarakat
umum.
Keperluan dan keinginan asas kanak-kanak dan remaja
Sembilan Keinginan Asas Kanak-Kanak.
1. Keinginan untuk bergerak.
- Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan diri dalam sebarang
kegiatan fizikal
2. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf
- Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu dihargai
3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat
- Kanak-kanak inginkan diri mereka diterima, disanjung, dihargai dan dihormati oleh orang lain
4. Keinginan untuk bersaing
- Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan fizikal dan setara
dengan rakan-rakan sebaya.
5. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik.
- Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri atau harga diri
untuk menyesuaikan dirinya dalam masyarakat.
6. Keinginan untuk meneroka
- Kanak-kanak gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar biasa tetapi
menyeronokkan.
7. Keinginan untuk pencapaian kreatif.
- Kanak-kanak gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif
8. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan.
- Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea mengenai diri dan
persekitaran mereka.
9. Keinginan untuk kefahaman.
- Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan kefahaman dan ingin
mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat meneroka, menyentuh dan merasai
pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran.
Semasa sekumpulan kanak-kanak sedang bermain ‘Sembunyi Sembunyi (Hide and Seek), cuba
perhatikan perkara-perkara berikut :
- Bagaimana mereka menguruskan permainan ini
- Bagaimana menyembunyikan diri mereka
- Tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh orang yang mencari
- Ekspresi mereka apabila mereka ditemui.
SEMBILAN KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK
Untuk setiap keinginan asas yang dinyatakan, anda dikehendaki memberi
contoh
berdasarkan pengalaman dan pemerhatian anda terhadap kanak-kanak. Keinginan untuk bergerak
11. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikanwarna, garisan, rupa, bentuk dan yang berkaitan
dengannya. Justeru itu, pergerakanjuga melibatkan pemikiran kita contohnya, sekiranya
kita bersenam di tempat yangluas dan mempunyai udara yang segar seperti di taman atau
di padang, kita akanmerasa lebih selesa dan secara tidak langsung keadaan akan
mempengaruhipemikiran kita. Kita akan merasa tenang dan segar dan puas. 11