Anda di halaman 1dari 1

PIDATO KEMERDEKAAN

Yang berusaha tuan Guru Besar, Encik Fareezuan Ong bin Abdullah, guru-guru penolong
kanan, para guru dan warga sekolah sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ting! Ting! Ting!.” Detik 12 malam tanggal 31 Ogos tahun 1957, turunnya bendera Union
Jack diiringi dengan laungan “Merdeka!!! Merdeka!!!Merdeka!!!” oleh perdana Menteri
Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Detik bersejarah yang tersemat
kukuh dalam sanubari setiap rakyat Tanah Melayu. Andai patah sayap rajawali, bertongkat
jua saya ke mari. Bukan sekadar ingin menghibur hati, tetapi untuk membawa anda semua
untuk sama-sama kita menyelami, mendalami dan berkongsi mauduk bicara yang bertajuk
“Kemerdekaan”

Para hadirin sekalian,

Negara kita telah merdeka sejak tahun 1957. Kini pada tahun 2018, negara kita telah
menyambut sambutan hari kemerdekaan bagi kali yang ke-61. Berkat dan usaha
negarawan kita yang banyak berjasa itulah yang harus kita sanjungi. Rakyat Malaysia
haruslah bersama-sama memperjuangkan kemerdekaan negara. Kita mesti sanggup
berbuat apa sahaja untuk negara sehingga ke titiisan darah yang terakhir.

Selain itu, negara kita maju dalam pelbagai bidang seperti perindustrian,pertanian dan
perhubungan. Ini jugalah yang menarik perhatian penjajah untuk menjajah negara kita.
Kita juga harus memupuk rrasa cinta dan bertuah kerana dapat tinggal di negara yang
aman dan berdaulat ini.

Hadirin sekalian,

Rakyat Malaysia juga mesti hidup harmoni, bersatu-padu dan memupuk semangat
muhibah di dalam diri. Kedatangan penjajah ke negara kitalah yang menyebabkan
rakyatnya berpecah-belah. Hal ini demikian yang menyebabkan negara kita dijajah oleh
kuasa luar.

Sebagai rakyat yang patuh akan Rukun Negara, kita hendaklah bersama-sama berganding
bahu membangunkan negara daripada dijajah kembali. Dengan cara yang berikut jugalah
akan memupuk semangat cinta akan negara di kalangan penduduk berbilang kaum seperti
Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain lagi.

Hadirin yang dihormati,

Kesimpulannya, negara kita akan terus makmur jika kita hidup aman harmoni. Kita
hendaklah terus menyayangi akan negara kita selari dengan tema hari kemerdekaan pada
tahun ini iaitu “Sayangi Malaysiaku”

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai