Anda di halaman 1dari 28

KURSUS:

METODOLOGI FALSAFAH DAN PEMIKIRAN ISLAM

(PPPQ6243)

TAJUK TUGASAN:

KONSEP NEGARA MADANI MENURUT RASHID AL-GHANNOUSHI

NAMA PELAJAR:

WAN MUHAMMAD AKHYAR BIN HJ AB SHATAR (P85138)

SITI BADARIAH BINTI MOHAMAD (P85203)

NURULFATHONAH BINTI MOHD EFFENDY (P85771)

SITI NUR FALAH BINTI ZULKIFLI (P85772)

NAMA PENSYARAH:

Dr. MUHAMAD RAZAK BIN IDRIS

JABATAN USULUDDIN DAN FALSAFAH

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN 2

2.0 BIOGRAFI GHANNOUSHI 3


2.1 Pengenalan 3
2.2 Pendidikan 3
2.3 Kerjaya 5
2.3.1 Kecenderungan Politik 5
2.3.2 Kecenderungan Dakwah 6
2.4 Karya Penulisan 7

3.0 ANALISIS METODOLOGI DEMOKRASI RASHID AL- 8


GHANNOUSHI

4.0 PEMIKIRAN DEMOKRASI RASHID AL-GHANNOUSHI 9

5.0 DEFINISI DEMOKRASI 12

6.0 WACANA NEGARA ISLAM DAN NEGARA MADANI 13


6.1 Wacana Negara Islam 13
6.2 Wacana Negara Madani 13

7.0 KONSEP NEGARA MADANI 16


7.1 Demokrasi Islam 19
7.2 “Shura” Tema Utama Negara Madani 20
7.3 “Al-Hurriyyah” (kebebasan) dan “Huquq al-Insan” (Hak Asasi) 22
Tuntutan Utama Negara Madani
7.4 Pengiktirafan Budaya dan Identiti 23

8.0 KESIMPULAN 25

9.0 RUJUKAN 26
2

1.0 PENDAHULUAN

“The root of the problem in the Muslim World lies in the hegemony of
despotism. Therefore, our main task now is to combat despotism in
favour of a genuine and true transition of democracy”.
(Rashid al-Ghannoushi)

Kebangkitan rakyat yang berlaku di Tunisia melalui Revolusi Jasmin, Revolusi


Tahrir di Mesir, revolusi menentang rejim Gaddafi di Libya dan beberapa
perkembangan politik di Timur Tengah menunjukkan betapa kebebasan dan hak asasi
menjadi tuntutan utama. Kekejaman dan ketidakadilan rejim diktator yang
berselindung di bawah “pseudodemocracy” atau demokrasi palsu ini tidak dapat
membendung hasrat dan aspirasi rakyat (Zulkifli Hasan 2016: 33).

Perkembangan ini menimbulkan persoalan mengenai kerelevanan demokrasi


dankedudukannya dalam Islam. Persepsi terhadap demokrasi semakin membarah
apabila demokrasi “pasca” revolusi ini gagal untuk memberikan harapan yang
sewajarnya kepada rakyat. Mesir misalnya, demokrasi telah dicabuli oleh tentera
malahan secara tidak perikemanusiaan membunuh rakyat sesuka hati atas nama tiket
demokrasi palsu. Ratusan rakyat tidak bersenjata di bunuh dan ribuan cedera hanya
kerana warga yang ingin mempertahankan demokrasi dan mengharapkan tentera
menghormati pilihan majoriti rakyat (Zulkifli Hasan 2016: 33).

Sehubungan dengan ini, penulis akan menjelaskan serba ringkas mengenai


konsep negara madani. Ia bermula dari pengenalan tokoh (kelahiran, pendidikan,
kerjaya atau kecenderungan tokoh serta karya penulisan beliau), metodologi dan
pemikiran demokrasi Ghannoushi, definisi demokrasi secara ringkas, wacana negara
islam dan negara madani dan konsep negara madani yang dibawa oleh Ghannoushi.
3

2.0 BIOGRAFI GHANNOUSHI

2.1 Pengenalan

Rashid al-Ghannoushi dilahirkan pada tahun 1941 di perkampungan Hamma, Qabis,


Selatan Tunisia. Semasa kecil, beliau dibesarkan dalam didikan agama. Bapanya
mempunyai dua orang isteri tetapi hidup dalam keadaan kasih sayang sehingga isteri
kedua ayahnya juga dipanggil “ummi” (ibu). Kehidupan keluarganya serba sederhana
kerana ayahnya adalah seorang petani. Rumah keluarganya besar kerana mereka
tinggal bersama dengan bapa saudara beliau. Rumah Ghannoushi memiliki
keistimewaan kerana bersuasana keagamaan dan satu-satunya rumah di kampung itu
yang memahami bacaan dan penulisan. Ayah beliau adalah hafiz al-Quran, menjadi
imam, pengajar al-Quran kepada kanak-kanak serta menjadi tempat bertanya kepada
masyarakat sekeliling (Mohd Rumaizuddin: 1).

2.2 Pendidikan

Beliau mendapatkan pendidikan rendah di kampungnya, lalu kemudian ke bandar


Qabis dan kemudiannya ke ibu negara Tunisia untuk meneruskan pengajian di
Universiti al-Zaytun sehingga tamat pada tahun 1962. Semasa di Universiti al-Zaytun,
beliau amat meminati subjek falsafah. Apabila beliau tamat di al Zaytun, ia tidak
memberi satu kepuasan dari ilmu Islam kepadanya kecuali perkara yang diajarkan
oleh bapanya. Hal ini kerana sistem pembelajaran secara tradisional, jauh dari realiti
masyarakat dan tidak menimbulkan keyakinan kepada Islam (Mohd Rumaizuddin: 1).

Apabila belajar dalam halaqah ilmu fiqh, kita hanya bertindak sebagai pengkaji
sejarah dan apabila keluar dalam dunia realiti, maka tidak ada hubungan antaranya
dengan Islam. Tidak ada dalam pembelajaran tersebut hubungan dengan kehidupan
semasa, malah tidak pernah syeikh-syeikh tersebut membicarakan tentang ekonomi
negara Islam, kesenian Islam atau Islam sebagai manhaj hidup. Oleh kerana minatnya
dalam ilmu-ilmu falsafah, beliau telah mempelajari bahasa Jerman dan keinginannya
untuk terus belajar timbul apabila melihat dua orang abangnya telah berjaya menjadi
4

qadhi dan seorang lagi menjadi peguam. Beliau berazam dengan mengumpulkan wang
dan bertekad ke Mesir (Mohd Rumaizuddin: 2).

Beliau kemudiannya memasuki Fakulti Pertanian di Universiti Kaherah pada


tahun1964. Peristiwa penyingkiran Tunisia dari Mesir disebabkan pertikaian oleh
Jamal Abdul Nasser dan Habib Bourgiba yang berlaku telah membawa beliau ke
Syria. Semasa di Mesir, beliau juga mengagumi Jamal Abdul Nasser dan keadaan ini
berubah apabila beliau menyambung pelajaran di Syria. Pada asalnya, beliau hendak
pergi belajar ke Jerman tetapi menukar untuk belajar falsafah di Universiti Damsyik.
Kemungkinan besar kerana ramai pelajar Tunisia dan Maghribi yang belajar di sana
(Mohd Rumaizuddin: 2).

Ghannoushi menetap di Damsyik dari tahun 1964 hingga 1968. Beliau


mengenali Ramadan al-Buti dan Wahbah al-Zuhaili serta saling berdialog mengenai
isu Palestin dan jalan untuk memerangi zionis. Keadaan dunia Arab yang kucar kacir
dengan perang tahun 1967, kejatuhan Bukit Golan dan al Quds, perselisihan nasionalis
Arab menjadi asas utama perubahan dalam dirinya kepada Islam. Kebanyakan pelajar
di Universiti Damsyik mengikuti aliran kebangkitan Islam. Ghannoushi menganggap
bahawa beliau bukan seorang muslim sejati dan mengambil keputusan untuk
memasuki “Islam” setelah selama ini hanya mengikut taqlid, tradisi serta adat serta
tidak membawa Islam sebagai syiar dan manhaj kehidupan dan ketamadunan (Mohd
Rumaizuddin: 3).

Noktah perubahan dalam dirinya berlaku pada 15 Jun 1966 dengan doa dan
pertolongan Allah untuk keluar dari alam yang selama ini kabur dan memasuki ke
alam baru. Malam itu, beliau masuk “Islam” dan meninggalkan perkauman sekular
dan Islam tradisi secara serentak. Beliau memasuki fasa “Islam” yang berteraskan
sumber yang asli iaitu wahyu dan Sunnah. Baki dua tahun tinggal di Syria iaitu tahun
1966-1968, beliau menumpukan perhatian dalam aktiviti pemikiran falsafah dan
membaca buku-buku Iqbal, Maududi, Sayyid Qutb, Hassan al-Banna, al-Siba’iy, al-
Nadwi dan Malik Bennabi. Beliau juga turut serta dalam pengajian tafsir, hadis dan
fiqh (Mohd Rumaizuddin: 3).
5

Beliau kemudiannya menyambung pelajaran peringkat tinggi di Sorbonne,


Perancis pada pertengahan tahun 1968. Semasa di Paris, beliau menyertai Jemaah
Tabligh untuk melakukan aktiviti dakwah dan sebagai membendung budaya barat.
Beliau menetap di Perancis selama satu tahun setengah dan pulang ke Tunisia sambil
singgah di Sepanyol serta menziarahi masjid di sana. Beliau juga singgah di Algeria
dan bertemu dengan Malikbennabi. Pertemuan tersebut telah memberi kesan dalam
jiwanya yang selama ini hanya membaca pemikiran melalui buku-bukunya,
Kehebatan Malikbennabi adalah analisisnya terhadap pernasalahan masyarakat dan
juga sejarah (Mohd Rumaizuddin: 3-4).

2.3 Kerjaya

2.3.1 Kecenderungan Politik

Sekembalinya ke Tunisia, beliau mengajar falsafah di peringkat sarjana muda di


Fakulti Kesusasteraan dan telah menubuhkan sebuah organisasi pembaharuan Tunisia
berdasarkan prinsip Islam. Beliau merupakan pengasas kepada Hizb al-Nahdah, Parti
Pembaharuan Tunisia. Semasa di Sorbonne, beliau mula bergaul dengan pekerja
aktiviti dakwah dan Jemaah Tabligh di kalangan orang Arab dan pekerja-pekerja dari
Maghribi. Semasa belajar di Eropah, beliau melawat negara di sana seperti Jerman,
Perancis, Belanda dan banyak membaca buku-buku berkaitan kritikan terhadap barat,
Pembacaan ini telah membentuk pemikiran Islam dalam dirinya yang sebelum ini
amat kagum dengan nasionalisme arab (Mohd Rumaizuddin: 4).

Di Tunisia, beliau membawa slogan pembaharuan Islam, di samping itu


memasuki kuliah Sharia’ah dan berjaya dalam sijil kelayakan penyelidikan yang
bertajuk “Konsep Qadar menurut Ibn Taimiyyah” dan tidak sempat mengemukakan
tesis yang bertajuk “Kebebasan dalam Negara Islam” disebabkan keadaan politik di
sana. Apabila ruang politik semakin luas yang diberikan oleh Bourgiba pada tahun
1981, Ghannoushi mengasaskan “al-Ittijah al-Islami” atau “Kecenderungan
Pergerakan Islam” yang kemudian dikenali dengan Hizb al-Nahdhah. Jemaah ini yang
asalnya sebuah pertubuhan Islam menukar menjadi sebuah parti politik. Namun,
6

kerajaan Tunisia tidak membenarkannya dan menghukum Ghannoushi serta


pengikutnya. Gerakan ini berakar umbi kepada Islam yang sederhana, tidak menaja
keganasan dan menekankan pembinaan semula kehidupan ekonomi yang lebih
saksama, penerimaan pluralisme politik dan demokrasi (Mohd Rumaizuddin: 4).

2.3.2 Kecenderungan Dakwah

Beliau mula melakukan aktiviti dakwahnya di kalangan para pelajar di


sekolah, universiti, masjid dan kelab kepada orang awam. Menjelang akhir Julai 1981,
Ghannoushi dan pengikutnya telah ditangkap, dihukum penjara sebelas tahun di
Penjara Bizerte dan diseksa. Komuniti agama dan sekular, termasuk pertubuhan
politik sekular menyokong beliau. Beliau dibebaskan pada tahun 1984 tetapi kembali
ke penjara pada tahun1987 dan dihukum penjara seumur hidup. Beliau sekali lagi
dibebaskan pada tahun 1988. Ghannoushi secara terus mengkritik dasar politik rejim
Presiden Zine el-Abidine Ben Ali sehingga mencetuskan kesedaran rakyat untuk
bangkit melakukan revolusi. Apabila Ben Ali berjaya digulingkan, beliau kembali ke
Tunisia pada 39 Januari 2011 selepas menghabiskan masa selama 22 tahun hidup
dalam buangan politik di London (Mohd Rumaizuddin: 4-5).

Penjajahan barat yang berlaku telah menjadi faktor yang memisahkan


kehidupan dan agama. Sekolah-sekolah dan kolej agama termasuk Universiti al-
Zaytun masih dengan sistem lama. Oleh itu, gerakan Islam di Tunisia tidak lahir dari
Universiti al-Zaytun tetapi lahir daripada pengaruh luar terutamanya dari Mesir. Pada
tahun 1905, Muhammad Abduh mengunjungi Tunisia dan menyeru syeikh di al-
Zaytun untuk melakukan perubahan pembelajaran di sana. Menurut beliau, gerakan
Islam di Tunisia terbina daripada tiga asas utama iaitu meraikan mazhab Maliki yang
menjadi mazhab penduduk Tunisia, semangat islah Timur dan pengetahuan aqliah
moden (Mohd Rumaizuddin: 5).
7

2.4 Karya Penulisan

Sepanjang hayat beliau, Ghannoushi banyak menghasilkan karya-karya penulisan


pemikiran beliau. Antara penulisan beliau yang terkenal adalah (Mohd Rumaizuddin:
5):

1. Tariquna ila al-Hadharah (Jalan Kita Menuju Ketamadunan);


2. Nahnu wa al-Gharb (Kita dan Barat);
3. Haq al-Ikhtilaf wa Wajib Wahdah al-Saf (Hak Berbeza Pendapat dan
Kewajipan Bersatu Padu);
4. Qadiyyah al-Falastiniyah fi Muftaraq al-Tariq (Isu Palestin di Persimpangan
Jalan);
5. Al-Mar’ah Bayn al-Quran wa Waqi’ al-Muslimin (Wanita antara al Quran dan
Realiti Kaum Muslimin);
6. Huquq al-Muwatanah fi al-Dawlah al-Islamiyyah (Hak Warganegara dalam
Negara Islam);
7. Min al-Fikr al-Islami bi Tunis (Dari Pemikiran Islam di Tunisia);
8. Al-Hurriyyah al-‘Ammah fi al-Dawlah al-Islamiyyah (Kebebasan dalam
Negara Islam);
9. Al-Qadr ‘inda Ibn Taimiyyah (Konsep Qadar Menurut Ibn Taimiyyah);
10. Muqarabat fi al-‘ilmaniyyah wa al-Mujtama’ al-Madani (Kesamaan Sekular
dan Masyarakat Sivil);
11. Al-Harakah al-Islamiyyah wa Mas’alah al-Taghyir (Gerakan Islam dan
Perubahan);
12. Min Tajribah al-Harakah al-Islamiyyah fi Tunis (Pengalaman Gerakan Islam
di Tunisia); dan
13. Al-Dimoqratiyyah wa Huquq al-Insan fi al-Islam (Demokrasi dan Hak-hak
Kemanusiaan).
8

3.0 ANALISIS METODOLOGI DEMOKRASI RASHID AL-GHANNOUSHI

Meneliti sejarah dan pengalaman Tunisia adalah sangat menarik kerana sikap berhati-
hati mereka terhadap nilai-nilai demokrasi di sebalik skeptisme yang menyelubungi
kewujudannya di persada kuasa. Walaupun Ghannoushi memimpin pemikiran politik-
Islam dalam kerangka demokrasi dan kenegaraan. Beliau turut menghadapi pelbagai
cabaran menghadapi ahli al-Nahda sendiri, yang mana mereka menganggap beliau
terlalu lembut dengan dasar Islamnya. Terdapat tiga peringkat ideologi Islam yang
dirujuk oleh al-nahda sebagai keutamaannya, antaranya adalah (Azzam S. Tamimi.
2001):

1. Peringkat dogma dan perundangan iaitu fiqh sebagai idealism al-Nahda;


2. Peringkat penafsiran atau ta’wil kepada teks-teks muamalat yang tidak
diputuskan; dan
3. Ruang luas dari pilihan-pilihan yang ada terhasil dari ijtihat yang dibuat
dengan mengambil kira maslahah sebagai premisnya.

Terdapat beberapa metodologi Rashid al-Ghannoushi, antaranya adalah:

1. Maqasid Syari’ah;

Berdasarkan kepada teori maqasid shari’ah adalah hukum-hakam yang telah


disyariatkan oleh Allah s.w.t. adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan hidup
manusia dan keperluan mereka iaitu maslahah, serta bertujuan untuk mengelakkan
mereka dari bencana dan kemunduran didunia dan di akhirat. Ini adalah berdasarkan
kepada Abu Hamid al-Ghazali yang yang telah mengajukan teori maqasid shari’ah ini
dengan menghadkan adanya pemeliharaan shari’ah terhadap lima unsur utama iaitu
agama, jiwa,akal, kehormatan dan harta benda.

Demokrasi yang mengutamakan hak asasi, kebebasan dan keadilan adalah


sama sekali tidak bercanggah dengan syariat Islam kerana ia berlandaskan kepada
nilai-nilai Islam. Demokrasi meletakkan objektif tertinggi syariat untuk dicapai
melalui aktiviti politik umat Islam. Terdapat beberapa mekanisma demokrasi yang
9

berlaku seperti pilihan raya, sistem berparlimen dan pemisahan kuasa yang wujud.
Sekiranya dilihat secara teliti, perjuangan asal untuk mendapatkan demokrasi itu
merupakan usaha suci rakyat untuk mendapatkan kebebasan dan hak daripada
golongan penindas. Bahkan membebaskan mereka daripada sistem perhambaan secara
langsung atau tidak langsung. Ini sangat bertepatan dengan ajaran Islam yang secara
jelas menjamin kesamarataan hak dan kebebasan.

2. Ijtihad; dan

Ijtihad adalah usaha untuk menemukan penyelesaian hukum bagi segala


bentuk persoalan-persoalan baru (muncul daripada akibat perkembangan zaman) yang
tidak disebutkan dalam nas wahyu. Ia memerlukan ijtihad dalam memberikan hukum
kepada persoalan baru. Ijtihad dalam metodologi Ghannoushi merupakan dari aspek
al-siyasi (politik, duniawi atau relatif) yang termasuk dalam hal mentadbir urusan
politik dan mengenai kelayakan kuasa pemerintahan. Antara perkara yang diambil
kira ialah:

a. Keperluan hidup manusia;


b. Keadilan;
c. Kebebasan;
d. Kesamarataan; dan
e. Bertolak ansur.

3. Maslahah.

Ia merujuk kepada potensi untuk memperkukuhkan persatuan melalui


pemerkasaan politik, budaya, pendidikan, ekonomi yang merupakan maslahah umum
yang perlu diutamakan.

4.0 PEMIKIRAN DEMOKRASI RASHID AL-GHANNOUSHI

Jika kita meneliti sejarah peradaban manusia maka yang dapat kita saksikan adalah
begitu banyaknya perubahan yang berlaku dalam sistem pemerintahan Negara hari ini.
10

Maka munculnya gerakan Islam yang cuba mendamaikan keadaan yang berlaku hari
ini agar ianya sesuai dengan tuntutan syariat Islam. Gerakan Islam hari ini dilihat telah
menghadapi revolusi dan cabaran yang sangat hebat. Antaranya revolusi yang berlaku
di Tunisia, revolusi tahrir di mesir, kebangkitan rakyat di Libya, Syria dan lain-lain
Negara telah membuka mata dunia bahawa kebangkitan Islam itu semakin dapat
dirasakan (Zulkifli Hasan 2013: 3).

Akan tetapi apa yang perlu difahami adalah mengisi agenda pasca-revolusi
adalah lebih rumit berbanding sebelumnya. Kelemahan gerakan Islam akan
menyebabkan timbulnya pelbagai konflik yang akan berlaku maka suatu kaedah dan
pendekatan yang lebih universal serta menyeluruh perlu dilaksanakan bagi
memastikan kerelevanan dan kemampuan gerakan Islam dapat dilaksanakan (Zulkifli
Hasan 2013: 3).

Oleh itu, Ghannoushi telah menyatakan keperluan gerakan Islam adalah


dengan memperbanyakkan aktiviti kemasyarakatan kerana dengan inilah yang akan
mendekatkan mereka dengan rakyat, sebagaimana yang dilakukan oleh Umar Bin
Abdul Aziz sebelum menjadi khalifah. Umar telah melakukan banyak kerja-kerja
kemasyarakatan sehingga menjadi sebutan dan contoh teladan sehingga kini (Mohd
Rumaizuddin Ghazali et. 2016: 29).

Sebagai seorang aktivis tegar gerakan Islam dan juga merupakan intelektual
reformis, Rashid al-Ghannoushi telah bertindak menjadi seorang yang berperanan
besar didalam mencetuskan idea-idea segar pembaharuan terhadap gerakan Islam hari
ini. Oleh itu seiring dengan perkembangan gerakan Islam di seluruh dunia, maka
Ghannoushi yang merupakan seorang pemikir terkehadapan, yang mana telah
mencipta satu pendekatan yang bersifat universal dan berhikmah bersesuaian dengan
keadaan semasa. Pendekatan yang digunakan secara umumnya sangat relevan dan
signifikan kepada masyarakat dan gerakan Islam secara khususnya (Zulkifli Hasan
2013: 4).

Kematangan, pengalaman, kekuatan ilmu dan kecerdasan pemikiran serta


penglihatan secara langsung dengan gerakan Islam menjadikan beliau antara
11

intelektual yang bukan sahaja bertindak sebagai theorist tetapi realistik dan sangat
praktikal. Oleh itu melihat kepada pemikiran dan penglibatan dalam gerakan Islam
yang dibawa oleh Ghannoushi secara keseluruhannya adalah meliputi perbincangan
berkaitan hak wanita, perjuangan palestin, demokrasi dan islah tajdidi (Zulkifli Hasan
2013: 5). Adapun disini akan dibincangkan secara lebih terperinci mengenai
pemikiran beliau berhubung konsep demokrasinya (Zulkifli Hassan 2016: 163).

Perbincangan yang lebih sistematik dan kritis harus dilakukan dalam


memahami konsep demokrasi yang dibawa serta difahami oleh Ghannoushi. Ini
kerana perbincangan yang lebih bersifat kritislah yang akan dapat memahami makna
sebenar konsep Negara demokrasi. Beliau juga merupakan seorang pemikir Islam
penting selain dari al-Qaradhawi dan al-Turabi, yang mana merupakan pemimpin
gerakan al-Nahda di Tunisia. Perbincangan mengenai idea beliau berhubung konsep
demokrasi ini dapat dilihat berdasarkan kepada sebuah buku karangan beliau iaitu “al-
Hurriyyah al-‘ammah fi al-Dawlah al-Islamiyyah” iaitu kebebasan umum dalam
negara Islam (Zulkifli Hassan 2016: 163).

Beliau telah memulakan perbahasannya mengenai konsep demokrasi dengan


menyatakan bahawa demokrasi bukan merupakan satu perkara yang mudah seperti
tanggapan sesetengah pihak. Walaupun demokrasi menawarkan kebebasan dengan
pelbagai mekanisme berupaya mewujudan muafakat dalam sebuah Negara bangsa,
namun demokrasi tidak terlepas dari menghadapi pelbagai kemungkinan. Ghannoushi
berpandangan bahawa Islam tidak bertentangan dengan demokrasi bahkan berkongsi
beberapa ciri yang sama di mana kepentingan bersama dapat bertukar antara satu
dengan lain dan formula hidup bersama dapat diadakan (Zulkifli Hassan 2016: 164).
12

5.0 DEFINISI DEMOKRASI

Secara umumnya maksud demokrasi adalah pendekatan barat yang diambil dari
konsep shura didalam Islam. Secara bahasa demokrasi adalah terdiri atas dua kata
iaitu demos dan kratos yang bererti kekuasaan di tangan rakyat. Terdapat tiga
pemikiran yang mendasari konsep demokrasi, iaitu (Zulkifli Hassan 2016: 164):

Pertama menetapkan bahawa Islam adalah sifat bagi dasar demokrasi


yang dengannya ditetapkan bahawa konsep syura, ijtihad dan ijma’
adalah sama dengan konsep demokrasi.

Kedua pula menyatakan bahawa Islam tidak berhubungan dengan


demokrasi. Menurut pandangan ini kedaulatan rakyat tidak boleh
berdiri diatas kedaulatan Tuhan. Selain itu, tidak boleh disamakan
antara muslim dan non muslim, begitu juga antara lelaki dan
perempuan.

Ketiga iaitu theodemocracy yang diperkenalkan oleh al-Maududi


berpandangan bahawa Islam merupakan dasar demokrasi. Meskipun
kedaulatan rakyat tidak boleh disamakan dengan kedaulatan tuhan,
tetapi perlu diakui bahwa kedaulatan rakyat merupakan subordinasi
kedaulatan Tuhan.

Berdasarkan kepada apa yang ditakrifkan seperti diatas adalah jelas bahawa
Ghannoushi telah menerima definisi demokrasi yang telah digunakan oleh Malik
Bennabi. Malik Bennabi merupakan seorang pemikir Islam ternama dari Algeria pada
abad ke-20. Beliau telah berpendapat bahawa tamadun adalah suatu yang lain dari
Islam dan kemungkinan ia menjadi seorang muslim yang bertamadun apabila
memahami Islam yang sebenar. Ini dapat dilihat berdasarkan perumpamaan tentang
seorang hakim muslim yang tidak adil dan seorang hakim yang bukan Islam tetapi adil
adalah lebih bertamadun (Zulkifli Hasan 2013: 19).
13

6.0 WACANA NEGARA ISLAM DAN NEGARA MADANI

6.1 Wacana Negara Islam

Wacana kebangkitan Islam yang tercetus setelah berlakunya penjajahan di hampir


keseluruhan negara Islam dan wujudnya negara bangsa menimbulkan pelbagai
polemik dan reaksi umat Islam di seluruh dunia. Wacana awal kebangkitan Islam yang
merujuk kepada aspirasi “Islamist” untuk menegakkan negara Islam mendominasi
perbincangan intelektual. Idea pemikiran al-Maududi, Sayyid Qutb dan beberapa
pemikir yang lain yang menganjurkan penegakkan sebuah negara Islam dan
mengembalikan sistem khalifah yang menjadi antara matlamat gerakan Islam pada
masa itu. Idea awal berkonsepkan penubuhan negara Islam ini walaubagaimanapun
mula mendapat pelbagai kritikan. Malahan ia perlu membuat kajian semula (Zulkifli
Hasan: 27).

Al-Maududi dalam karyanya seperti “al-Ahkam al-Sultaniyyah” dan “The


Islamic Law and Constitution”, beliau telah membuat gagasan Negara Islam
bermodelkan “theo-democracy”. Begitu juga Sayyid Qutb yang membicarakan
Negara Islam melalui beberapa konsep seperti al hakimiyyah, masyarakat jahiliah dan
ketamadunan. Konsep negara Islam yang diaspirasikan oleh golongan ini lebih
menjurus kepada pembentukan dar al-Islam. Konsep negara Islam juga telah
ditafsirkan oleh sesetengah pihak seperti Hizb al-Tahrir sebagai usaha
mengembalikan sistem khalifah. Idea-idea ini kemudiannya menimbulkan persoalan
setakat mana relevannya pendekatan Negara Islam dalam konteks sosio-politik negara
dan antarabangsa masa kini (Zulkifli Hasan: 28).

6.2 Wacana Negara Madani

Setelah berlakunya beberapa peristiwa penting yang melanda gerakan Islam, yang
mana ia gagal untuk merealisasikan penegakkan Negara Islam seperti yang terjadi
pada parti Front Islamic Salvation (FIS) yang dipimpin oleh Abbas Madani di Algeria.
Eksperimen Hasan al-Turabi di Sudan turut termasuk kegagalan di Afghanistan
pimpinan Taliban. Ini membuatkan pendekatan “Islamist” perlu dikaji semula. Selain
14

itu, gerakan Islam yang berorientasikan perjuangan Negara Islam ini juga sering
dilihat sebagai gerakan yang seakan ingin memonopoli “authority of Islam”, mudah
melabelkan pihak tidak se-fikrah sebagai kafir dan tidak bersesuaian dengan sosio-
ekonomi-politik Negara dan antarabangsa (Zulkifli Hasan: 28).

Ali Abd al-Raziq merupakan antara intelektual terawal yang mengkritik idea
Negara Islam dalam buku kontroversinya “al-Islam wa usul al-Hukm”. Abdelwahab
el-Effendi dalam karyanya yang popular “Who Needss an Islamic State” secara
kritikal telah mengetengahkan hujah-hujah yang mempersoalkan beberapa gagasan
Negara Islam. Beliau berpandangan bahawa aspirasi penubuhan Negara Islam ini
adalah lemah sama ada dari sudut nas mahupun aspek al-siyasi (Zulkifli Hasan: 28).

Perkembangan wacana Negara Islam semakin kurang mendapat tempat di


kalangan gerakan Islam kontemporari terutamanya di Eropah dan Timur Tengah.
Malah muncul beberapa idea pemikiran, antara yang diketengahkan adalah konsep
“Daulah Madaniyah” atau Negara Sivil Beridentitikan Islam. Antara pemikir yang
membicarakan idea gerakan Islam dalam kerangka Negara Madani ini dipelopori oleh
al-Ghannoushi. Al-Nahdah di bawah pimpinan Ghannoushi telah mengisytiharkan
komitmen untuk menubuhkan sebuah Negara Sivil melalui sistem demokrasi.
Ghannoushi menyatakan bahawa wacana Negara Islam ini perlu dikaji semula. Sesuai
dengan perkembangan semasa, beliau menganjurkan bahawa gerakan Islam perlu
mentransformasikan pendekatan demi merealisasikan hasrat mereka (Zulkifli Hasan:
28).

Gagasan dan perasaan Ghannoushi semakin bertambah kuat, tatkala beliau


sendiri melalui cabaran getir di Tunisia apabila ribuan aktivis al-Nahdah telah diseksa
dan dizalimi termasuk beliau sendiri yang mana dijatuhi hukuman mati oleh rejim Ben
Ali. Sebagai antara pengasas kepada gerakan awal di Tunisia melalui “Islamic
Tendency Movement” yang kemudiannya dikenali sebagai Hizb al-Nahdah,
pengalaman cabaran dan halangan berdepan dengan rejim Habib Borguiba dan Ben
Ali mempengaruhi pemikiran Ghannoushi. Beliau sendiri melihat bagaimana rejim ini
telah menangkap lebih 3000 aktivis al-Nahdah, menyeksa, menzalimi, memenjarakan,
15

menjatuhkan hukuman bunuh dan pelbagai kekejaman yang lain atas dasar ancaman
untuk menegakkan Negara Islam (Zulkifli Hasan: 28-29).

Berbeza dengan pendekatan “Islamist” yang masih berpegang kepada misi


menubuhkan Negara Islam dan mengembalikan sistem khalifah termasuk
membolehkan penggunaan kekerasan. Ghannoushi membicarakan konsep Negara
Sivil (dawlah madaniyyah) yang berasaskan kepada nilai-nilai dan ajaran Islam
(Negara Sivil Berteraskan Shari’ah atau Negara Sivil Beridentitikan Islam) dan
dipandu oleh maqasid shariah serta mengutamakan jaminan kebebasan (al-hurriyah)
dan hak asasi (huquq al-Insan) (Zulkifli Hasan: 29).

Ghannoushi meluaskan definisi Dar al-Islam sebagai Negara yang menjamin


kebebasan semua untuk mengamalkan agamanya secara adil dan tanpa perasaan takut.
Idea ini sebenarnya bukanlah idea ekslusif Ghannoushi kerana ia juga dibicarakan
oleh pemikir yang lain seperti Yusuf al-Qaradawi, Abdul Karim Soroush dan Tariq
Ramadan. Konsep Negara Madani ini dikembangkan oleh Ghannoushi dalam bentuk
idea dan perlaksanaan melalui eksperimen yang cuba dilaksanakan di Tunisia (Zulkifli
Hasan: 29).

Apabila membicarakan konsep Negara Islam dan “Civil State with Islamic
Reference”, terdapat beberapa persamaan dan perbezaan. Matlamatnya adalah sama
tetapi fokus dan pendekatan adalah berbeza. Berbeza dengan konsep Negara Islam
khususnya yang digagaskan oleh Sayyid Qutb dan al-Maududi termasuk Hizb al-
Tahrir yang bercirikan undang-undang dan penguatkuasaan. Manakala konsep Negara
Madani lebih berorientasikan suara rakyat atau masyarakat sivil. Negara Madani ini
juga mengambil kira faktor keamanan, perkongsian kuasa dan mengamalkan
pluralisme politik. Ini dibuktikan dengan persetujuan al-Nahdah untuk menerima
pelantikan Moncef Marzouki daripada parti Republik yang memenangi 29 kerusi
berbanding al-Nahdah 89 kerusi. Sikap keterbukaan gerakan Islam yang lebih bersifat
harmoni dan pro-keamanan ini membolehkan perkembangan dakwah dan kebangkitan
Islam secara berperingkat dan berterusan (Zulkifli Hasan: 29).
16

Ghannoushi menolak pandangan yang mengharamkan demokrasi. Beliau


mengkritik teori-teori negara Islam yang tidak jelas seperti yang diutarakan oleh
Sayyid Qutb tentang teori al-hakimiyyah, masyarakat jahiliah dan ketamadunan.
Menurut beliau, tidak adil mengatakan bahawa demokrasi itu sepenuhnya berasal dari
barat dan menyatakan bahawa ia merupakan konsep yang boleh membawa kesyirikan
sepertimana yang difahami oleh segelintir umat Islam. Walaupun demokrasi itu
dipelopori oleh masyarakat barat tetapi harus difahami kedinamikan sistem demokrasi
yang ada pada hari ini. Ia telah melalui satu proses yang amat panjang bahkan
melibatkan pertumpahan darah, perang saudara, konflik agama, krisis antara
bangsawan dan rakyat dan sebagainya (Zulkifli Hasan: 30).

Sekiranya dilihat secara teliti, perjuangan asal untuk mendapatkan demokrasi


itu merupakan usaha suci rakyat untuk mendapatkan kebebasan dan hak daripada
golongan penindas. Bahkan membebaskan mereka daripada sistem perhambaan secara
langsung atau tidak langsung. Ini sangat bertepatan dengan ajaran Islam yang secara
jelas menjamin kesamarataan hak dan kebebasan. Pengaruh daripada ketinggian dan
ketamadunan Islam yang hebat di zaman pentadbiran Umayyah, Abasiyah, Uthmaniah
dan Andalus yang sudah pasti terjaminnya “al Hurriyyah” pada waktu itu, ia sangat
memberikan kesan yang hebat kepada tercetusnya gerakan kebangkitan di Eropah
yang akhirnya menatijahkan demokrasi. Ghannoushi sangat yakin bahawa idea dan
prinsip-prinsip demokrasi yang diperjuangkan oleh masyarakat barat juga menerima
pengaruh intelektual Islam dengan terbuktinya karya-karya agung ilmuan Islam yang
menjadi rujukan di barat (Zulkifli Hasan: 30).

7.0 KONSEP NEGARA MADANI

Ghannoushi tidak membicarakan secara khusus konsep Negara Madani atau “Negara
Sivil berteraskan Shari’ah” atau “Negara Sivil Beridentitikan Islam” dalam mana-
mana karyanya. Wacana Negara Sivil yang dibicarakan oleh Ghannoushi dapat dilihat
secara tidak langsung melalui karya-karyanya, laporan wawancara, siri syarahan dan
ceramah beliau termasuk makalah-makalah dan penulisan yang mengkaji pemikiran
beliau. Ghannoushi menyifatkan bahawa isu politik termasuk di dalam ruang ijtihad
(Tamimi 1993). Beliau berpandangan bahawa isu-isu politik dikategorikan sebagai al-
17

siyasi dan ia terbuka luas untuk ruang ijtihad. Bahkan aspek al-siyasi ini juga adalah
salah satu daripada perkara faraghaat atau lacuna yang membuka ruang yang sangat
luas untuk berijtihad dan membuat keputusan berasaskan kepada maslahah umum dan
keadaan semasa.

Oleh itu, konsep Negara Islam atau Negara Madani ini termasuk dalam ruang
ijtihad yang masih terbuka luas untuk dibicarakan. Negara Sivil yang dimaksudkan
oleh Ghannoushi tidak bermakna ia meminggirkan aspirasi menegakkan syiar Islam
tetapi ia merujuk kepada bentuk Negara yang paling ideal sebagai model
pemerintahan dan pentadbiran sesebuah Negara. Konsep Negara Sivil ini sama sekali
tidak menolak Shari’ah sebagai salah satu ciri Negara tetapi merujuk kepada
pelaksanaan sistem keadilan yang menyeluruh, menjamin keharmonian bernegara dan
menjunjung nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Ghannoushi meletakkan bahawa Negara
Madani itu mempunyai ciri untuk menjamin persamaan hak dan menghormati hak
asasi, kebebasan bersuara, berfikir dan kepercayaan.

Antara sumbangan Ghannoushi yang signifikan melalui konsep Negara


Madani ialah meyakinkan “Islamist” untuk menerima demokrasi, pluralisme politik
dan perkongsian kuasa. Beliau melihat perubahan sosial dan politik hanya akan
berlaku dengan berkesan melalui pendekatan sederhana dan berperingkat. Walaupun
secara umumnya, Ghannoushi masih berpandangan bahawa aspirasi menegakkan
kerajaan Islam yang ideal itu adalah tanggungjawab semua umat Islam, tetapi sesuai
dengan keadaan sosio-politik, pendekatannya perlu bersesuaian dengan keadaan
semasa. Selain daripada tanggungjawab menegakkan sebuah kerajaan Islam yang adil,
beliau melihat bahawa antara matlamat utama sesebuah Negara Madani ini adalah
untuk melaksanakan perkara ma’ruf dan mencegah kemungkaran.

Konsep Negara Madani yang dimaksudkan oleh Ghannoushi juga mengangkat


martabat dan karamah insaniah. Ghannoushi lebih cenderung kepada sebuah Negara
yang didominasi masyarakat sivil (Ghannoushi 1999). Beliau juga konsisten
memperjuangkan kesamarataan seperti hak-hak asasi manusia, hak-hak wanita kepada
pendidikan, pemilikan harta dan partisipasi politik. Di samping mengiktiraf Shari’ah
sebagai rujukan utama dalam konsep Negara Madani, Ghannoushi berpandangan
18

bahawa beberapa hukum yang menyentuh hak asasi yang bersifat peribadi tidak boleh
dilaksanakan secara paksa. Beliau menganggap hal ehwal yang melibatkan peribadi
seperti pemakaian tudung perlu dikekalkan sebagai hak peribadi individu itu.

Konsep Negara Madani ini juga tidak bermakna pentadbiran Negara itu perlu
berorientasikan “secularisme”. Negara Madani yang dimaksudkan adalah Negara
yang berteraskan tauhid dan menghormati hasrat dan aspirasi warganegara atau rakyat
dengan menjadikan nilai-nilai Islam dan Shari’ah sebagai rujukan. (Ghannoushi
2001). Ghannoushi sering kali menyatakan pandangan beliau yang menolak idea yang
memisahkan antara agama dan Negara dan kehidupan sosial (Al Ghannoushi 2011).
Beliau tegas menyatakan Islam tidak pernah mengasingkan antara politik, agama dan
Negara. Beliau juga berpandangan polemik antara “secularist” dan “Islamist” yang
sering dimainkan oleh golongan tertentu akhirnya hanya membolehkan rejim diktator
menguasai dan menaungi sistem pemerintahan Negara. Walaupun Ghannoushi
menolak “secularisme” sebagai asas politik, beliau berpandangan bahawa adalah
salah untuk sesebuah Negara menindas dan mendiskriminasi golongan sekular
(Ghannoushi 2013).

Konsep Negara Madani ini juga merujuk kepada slogan “Islam sebagai cara
hidup” dalam karyanya “al-Hurriyat al-‘amma fi al-dawla al-Islamiyya”, Ghannoushi
merujuk antara ciri konsep Negara Madani ini sebagai “Islamic democracy”
(Ghannoushi 1993 & 2012). Demokrasi Islam mengiktiraf pilihan majoriti rakyat dan
mengangkat Shari’ah sebagai rujukan. Bukan itu sahaja, Ghannoushi juga mengiktiraf
budaya dan tamadun Islam sebagai suatu yang signifikan dalam konsep bernegara.
Negara Madani menurut Ghannoushi juga merujuk kepada pengiktirafan budaya dan
tamadun di samping nilai-nilai etika Islam.

Ghannoushi adalah sangat realistik dan tidak cenderung kepada idea


menubuhkan Negara Islam ataupun mengembalikan sistem khalifah dalam konteks
semasa. Beliau memilih pendekatan berhikmah secara berperingkat (al-tadarruj) dan
mengambil kira faktor aspirasi serta hasrat rakyat dalam melaksanakan perubahan.
Beliau berpandangan bahawa dalam konteks Negara bangsa yang merujuk kepada
persempadanan antara Negara, apa yang lebih utama adalah untuk memastikan
19

kesatuan warganegara dan pembangunan Negara (Nadia al Turki 2011). Bagi


merealisasikan kesatuan umat Islam pula, beliau melihat potensi untuk
memperkukuhkan kesatuan ini melalui pemerkasaan politik, budaya, pendidikan dan
ekonomi sebagai maslahah umum yang perlu diutamakan.

Secara umumnya, konsep Negara Madani menurut Ghannoushi merujuk


kepada konsep Negara yang menggabungkan antara elemen demokrasi Islam, Shura,
al Hurriyyah, hak asasi dan pengiktirafan budaya dan identiti. Beliau menterjemahkan
idea ini dalam bentuk yang sangat matang dan realistik. Konsep Negara Madani ini
adalah universal dan bertepatan dengan aspirasi Islam yang menjamin dan
mengangkat karamah insaniah setiap individu.

7.1 Demokrasi Islam

Demokrasi sering kali dikaitkan dengan ideologi barat yang tidak boleh diterima dan
diamalkan oleh sesetengah pihak. Hatta ada segelintir golongan yang menolak
demokrasi secara total dan ada juga yang menganggapnya sebagai perbuatan
menyekutukan Tuhan. Dalam konteks dunia masakini khususnya setelah terbinanya
konsep negara bangsa, konsep demokrasi ini juga seharusnya difahami dengan makna
yang lebih luas dan terbuka (Zulkifli Hassan 2016: 49).

Malahan, jika diteliti secara objektif, didapati kebanyakan negara maju dan
negara-negara yang menguasai teknologi tinggi, berpengaruh, berkuasa dan
terkehadapan adalah terdiri daripada negara-negara yang mengamalkan demokrasi.
Manakala negara yang tidak mengamalkan demokrasi adalah negara-negara yang
mundur dan bermasalah serta mengalami pencabulan hak asasi. Keadaan atau fakta ini
sahaja boleh menggambarkan secara tidak langsung pengaruh dan kesan demokrasi
yang positif (Zulkifli Hassan 2016: 49).

Ulama kontemporari terutamanya ulama haraki dan intelektual kontemporari


secara umumnya menerima demokrasi sebagai salah satu wadah dan saluran untuk
melaksanakan Islam sebagai satu gaya hidup dan Ghannoushi adalah salah seorang
20

daripadanya. Beliau berpandangan bahawa demokrasi yang mengutamakan hak asasi,


kebebasan dan keadilan adalah sama sekali tidak bercanggah dengan syariat Islam
malahan ia sangat seiring dengan tuntutan Maqasid Shari’ah. Ini disepakati oleh ramai
ulama kontemporari seperti Yusuf al-Qaradawi termasuk Huwaidiy, yang juga
membicarakan konsep demokrasi menurut perspektif Islam dengan mendalam di
dalam bukunya “al-Islam Wa al-Dimuqratiyyah” (Zulkifli Hassan 2016: 49-50).

Ghannoushi menggunakan istilah ‘Islamic Democracy’. Walaupun menerima


konsep umum demokrasi, beliau turut mengkritik keras demokrasi berorientasikan
falsafah liberal barat. Beliau masih berpegang teguh kepada demokrasi yang
berlandaskan kepada nilai-nilai Islam dan berpandukan kepada Maqasid Shari’ah.
Beliau jelas menegaskan bahawa demokrasi sebagai salah satu produk “modernity”
yang terhasil melalui pengalaman dan sejarah panjang tamadun barat adalah diterima
dalam Islam. Demokrasi yang menjunjung keadilan sosial dan menganjurkan
keamanan dan keharmonian adalah selari dengan ajaran Islam (Zulkifli Hassan 2016:
50).

7.2 “Shura” Tema Utama Negara Madani

Selaras dengan ajaran Islam yang mengutamakan institusi Shura, tema utama dalam
pemikiran Ghannoushi adalah demokrasi itu serasi dengan Islam. Beliau melihat
bahawa demokrasi pada asasnya adalah sama sekali tidak bertentangan dengan Islam.
Beliau menegaskan bahawa demokrasi adalah bertepatan dengan konsep Shura dalam
bentuk yang lebih segar dalam dunia kontemporari. Demokrasi adalah diterima selagi
mana nilai-nilai Islam dijadikan rujukan dan diaplikasikan.

Bagi membicarakan perkara ini, Ghannoushi membezakan antara al-din


(keagamaan, suci atau mutlak) dan al-siyasi (politik, duniawi atau relatif). Al-din
adalah berbeza dengan aspek al-siyasi. Berbeza dengan al-din, ruang ijtihad adalah
sangat luas dari aspek al-siyasi dan ini termasuk hal mentadbir urusan politik dan
mengenai kelayakan dan kuasa pemerintah. Elemen inilah yang membuktikan
fleksibiliti dan kesesuaian sistem politik Islam.
21

Rashid al-Ghannoushi melihat demokrasi sebagai sesuatu yang progresif dan


dinamik iaitu sistem yang berpusatkan kepada kuasa rakyat “al-sha`b masdar al-
sultah” (rakyat adalah sumber kekuasaan) bagi menjamin hak-hak dan kebebasan.
Dalam konteks demokrasi Islam, ia lebih daripada sekadar hak dan kebebasan tetapi
merujuk kepada amanah menegakkan syiar Islam di muka bumi ini. Oleh kerana Islam
meletakkan musyawarah sebagai asas atau teras sama ada dalam aspek politik,
ekonomi, sosial dan sebagainya. Dengan itu, Ghannoushi beranggapan bahawa
demokrasi yang diamalkan pada waktu ini juga menepati ciri-ciri Shura ini dalam
bentuk yang baru.

Dalam erti kata lain, demokrasi yang berstruktur dan bebas ini boleh juga
dianggap sebagai proses penginstitutian konsep Shura dalam bentuk yang lebih segar,
moden dan sesuai dengan waqi’ moden. Walaupun diakui bahawa ada segelintir pihak
di kalangan gerakan Islam sendiri yang menolak demokrasi. Namun beliau menerima
konsep demokrasi ini sebagai suatu perkara yang relevan malahan menepati kehendak
Shari’ah. Baliau menganggap bahawa prinsip-prinsip demokrasi yang bertepatan
dengan hak asasi manusia sesungguhnya juga terkandung dalam ajaran Islam, seperti
keadilan (‘adl), persamaan (musawah), musyawarah (Shura) dan sebagainya.

Ghannoushi menegaskan bahawa proses membuat keputusan secara kolektif


dalam konteks demokrasi adalah sangat relevan dengan konsep Negara Madani.
Berdasarkan kepada pengalaman dan pemerhatian, baliau berpandangan bahawa
konsep Shura ini merupakan tema utama falsafah politik Islam yang meraikan suara
ramai demi memberi keadilan kepada semua dan dalam masa yang sama melindungi
rakyat daripada di zalimi di samping memberi ruang untuk mendengar suara rakyat
(Ghannoushi 2012). Pandangan beliau ini diterjemahkan dalam perlembagaan parti al-
Nahdah yang secara khusus menyatakan bahawa Shura menjadi tema utama asas
kepada gerakan.
22

7.3 “Al-Hurriyyah” (kebebasan) dan “Huquq al-Insan” (Hak Asasi) Tuntutan


Utama Negara Madani

Ghannoushi mengungkapkan bahawa “modernity without freedom is false


modernity”. Beliau menggagaskan bahawa idea utama “modernity” iaitu kebebasan
dan hak asasi sebagai tema utama dan salah satu daripada tuntutan dalam Islam.
(Mohd Mansoor Alam et. al. 2005). Beliau membicarakan tema kebebasan dan hak
asasi ini dengan begitu mendalam dalam beberapa karya dan siri syarahannya
(Ghannoushi 1993 dan 2012). Beliau sering menggunakan istilah “al-Hurriyyah”
apabila membincangkan topik kebebasan dan “huquq al-Insan” bagi merujuk aspek
hak asasi manusia.

Al-hurriyyah atau kebebasan dan jaminan perlindungan hak asasi merupakan


salah satu daripada matlamat demokrasi. Dalam isu ini, Rashid Al Ghannoushi
menerusi karyanya “al-Hurriyah al-‘ammah fi al-Dawlah al-Islamiyyah” (Kebebasan
Umum dalam Negara Islam) yang dianggap sebagai karya penting dalam wacana
pemikiran politik Islam kontemporari membicarakan demokrasi sebagai natijah
daripada proses dan perjuangan yang sangat panjang untuk mendapatkan kebebasan
dan hak (Ghannoushi, 1993). Karya terkini beliau bertajuk “al-Dimuqratiyah wa al-
Huquq al-Insaan fi al-Islam” mengupas kedudukan hak asasi dalam Islam dan
peranan sesebuah kerajaan atau pentadbiran menjamin hak asasi ini pada setiap
individu (Ghannoushi 2012).

Dalam konteks realiti dunia masa kini, al-Hurriyyah atau kebebasan yang
dijamin melalui proses demokrasi yang berpaksikan ilmu dan etika merupakan unsur
utama yang mesti dicapai sebelum dapat meneruskan agenda menegakkan syiar Islam
(Ghannoushi 1993). Beliau yakin berdasarkan pemerhatian dan pengalamannya di
Eropah, bahawa Islam itu akan subur dan segar di mana sahaja al-Hurriyyah itu
didokong. Menurut Ghannoushi kebebasan bukan bermakna kebebasan yang
ditafsirkan berdasarkan pendekatan sekular ataupun “humanistic approach” tetapi ia
merujuk kepada definisikan oleh epistemologi Islam bersandarkan wahyu.
23

Konsep al-Hurriyyah, Ghannoushi menekankan konsep “Pluralisme Politik”


dan keperluan menjamin hak asasi manusia. Ketika diwawancara oleh Asharq Al
Awsat, beliau tegas menyatakan bahawa kepimpinan gerakan al-Nahdah komited
dengan manifesto mereka untuk memastikan pluralisme politik dan hak asasi manusia
ini dipelihara (Nadia al Turki 2011). Ini jelas menunjukkan keterbukaan Ghannoushi
dengan menerima amalan pluralisme politik.

Ketegasan Ghannoushi dalam aspek al-Hurriyyah ini dizahirkan ketika


diajukan soalan mengenai kejayaan revolusi Tunisia dan setelah kembali menjejakkan
kaki ke Tunisia selepas 22 tahun di dalam buangan di luar negara. Beliau menyatakan
bahawa revolusi telah mengembalikan kebebasan, harga diri dan “dignity” rakyat
Tunisia. Kebebasan ini juga menatijahkan kebenaran di mana sejarah akan ditulis
semula melalui kebebasan berkarya. Pengalaman beliau selama lebih 22 tahun di
Eropah mematangkan lagi pola dan bentuk pemikiran terutamanya dari aspek
demokrasi. Beliau mengiktiraf dan berterima kasih kepada masyarakat Eropah yang
memberikan kebebasan bukan sahaja kepada beliau malahan kepada lebih 2000
aktivis bagi tempoh lebih 22 tahun. Kebebasan inilah yang memberi peluang kepada
gerakan al-Nahdah untuk meneruskan survival mereka hingga kini.

Sebagai model pendekatan yang pragmatik, dinamik dan realistik sesuai


dengan fiqh waqi’ di Tunisia, antara perlaksanaan awal yang dipimpin oleh
Ghannoushi ialah memastikan pilihanraya yang adil dan bebas disertai oleh pelbagai
lapisan masyarakat dan latarbelakang termasuk wanita. Perlembagaan juga mengambil
kira hasrat rakyat Tunisia dan mengambil kira pluralisme politik di samping menjamin
kebebasan bersuara, kebebasan beragama, kebebasan media dan pembahagian kuasa
yang adil.

7.4 Pengiktirafan Budaya dan Identiti

Ghannoushi mempunyai kemampuan dalam memahami falsafah Islam dan barat.


Berbeza dengan al-Maududi yang keras menentang elemen-elemen dari barat, beliau
lebih cenderung kepada pendekatan harmonisasi antara falsafah Islam dan barat.
Beliau melihat bahawa banyak nilai-nilai bersifat universal antara falsafah Islam dan
24

barat yang boleh diharmonisasikan. Malahan, beliau berpandangan bahawa elemen ini
berpotensi untuk dijadikan asas kepada kerangka gerakan Islam untuk berhadapan
dengan cabaran “modernity” dan “post-modernity”.

Melalui kerangka pemikiran inilah, Ghannoushi mengiktiraf peranan budaya,


tamadun dan identiti sesuatu Negara, bangsa termasuk geo-politik. Perkara ini
diterjemahkan di dalam perlembagaan al-Nahdah di mana terdapat perkara khusus
dalam perlembagaan yang menegaskan tentang pengiktirafan budaya dan identiti
sesuatu bangsa dan Negara. Konteks Tunisia, Ghannoushi melihat bahawa identiti dan
budaya bangsa Arab dan kesatuan Arab itu adalah sangat signifikan. Ini menunjukkan
bahawa beliau mengiktiraf peranan budaya dan identiti sesuatu bangsa dalam
merencana agenda politik gerakan Islam.

Dalam perlembagaan al-Nahdah, jelas menyebut bahawa antara elemen


penting pendekatan gerakan ialah untuk mengembalikan identiti Arab-Islam melalui
budaya, tamadun, cara hidup dan bahasa Arab. Elemen-elemen ini menjadikan
pendekatan Ghannoushi menjadi lebih menarik dan bersesuaian dengan keadaan
sosio-politik sesebuah Negara itu. Budaya dan identiti merupakan antara asas
penyatuan dan keharmonian dan semestinya menjadi faktor utama kestabilan dan
kemakmuran sesebuah Negara.
25

8.0 KESIMPULAN

Sebagai seorang intelektual reformis, Ghannoushi telah memberikan sumbangan yang


begitu berharga dalam merancakkan lagi wacana konsep “Civil State with Islamic
Reference” sebagai alternatif kepada idea Negara Islam yang sekian lama menjadi
aspirasi banyak gerakan Islam. Walaupun idea mengenai konsep “Daulah
Madaniyyah” ini bukanlah eksklusif dibicarakan oleh Ghannoushi tetapi dibahaskan
oleh ramai intelektual lain. Kelebihan Ghannoushi yang terlibat secara langsung
dengan gerakan Islam serta pengalaman politik dan interaksi dengan dunia barat dan
Islam menjadi punca kerangka pemikiran beliau lebih diterima dan sangat signifikan.

Sebalik keberkesanan dan kejayaan pendekatan Ghannoushi, masih terdapat


banyak halangan dan cabaran yang perlu dilalui oleh setiap gerakan Islam. Cubaan
menjatuhkan kerajaan pimpinan Recep Tayyib Erdogan di Turki, rampasan kuasa oleh
tentera di Mesir dan peralihan pimpinan utama di Qatar termasuk gerakan untuk
menggulingkan kerajaan pimpinan al-Nahdah di Tunisia merupakan antara bukti
cabaran besar gerakan Islam. Tambahan lagi, faktor campurtangan asing yang sentiasa
ingin melihat kerajaan pimpinan gerakan Islam gagal dan seterusnya cuba untuk
membuktikan pimpinan Islam tidak mampu mentadbir dengan berkesan dan adil.

Secara umumnya, Ghannoushi menerima konsep demokrasi melalui acuan


Islam dan menolak demokrasi yang berorientasikan falsafah liberal barat, menjadikan
Maqasid Shari’ah sebagai panduan, konsep Shura sebagai tema utama, pengiktirafan
budaya dan identiti, mengiktiraf suara rakyat dan mengangkat karamah insaniah serta
hak asasi manusia. Elemen-elemen Negara Madani (daulah madaniyah) ini yang
dibahaskan oleh Ghannoushi secara komprehensif dan realistik ini menjadikan idea
pemikiran beliau mengenai konsep Negara Sivil ini di antara yang terkehadapan
dikalangan intelektual yang lain. Sewajarnya, wacana konsep “Civil State with Islamic
Reference” ini dibicarakan secara intensif dan menyeluruh serta dijadikan
“discourse” arus perdana agar gelombang kebangkitan Islam melalui agenda gerakan
Islam terus segar, relevan dan kembali bersinar.
26

9.0 RUJUKAN

Al-Ghannoushi, Rashid. 2013. Visions For A New Tunisia: How Islam & Democracy
Can Support Each Other. Akses: http://www.ikhwanweb.com/article.php.

Al-Ghannoushi, Rashid. 2012. Al Dimuqratiyah wa al Huquq al Insaan fi al Islam.


Doha: Aljazeera Centre For Studies.

Al-Ghannoushi, Rashid . 2011. Islam and Secularism. Akses:


http://www.blog.samialdeeb.com/2012/03/09/full-transcript-of-rached-
ghannouchis lecture-onsecularism- march-2-2012/.

Al-Ghannoushi, Rashid . 2001. ‘On the Dilemma of the Islamic Movement: A Political
Party or a Reformist Organization?’ in El-Affendi, A., Rethinking Islam and
Modernity. Leicester: The Islamic Foundation.

Al-Ghannoushi, Rashid . 1999. Muqarabat fi al `ilmaniyya w’al mujtam‘ al madani.


London: Maghreb Center for Research and Translation.

Al-Ghannoushi, Rashid . 1993. Al Hurriyat al ‘Ammah fi al Dawlah al Islamiyah.


Beirut: Arab Unity Studies Center.

Azzam S. Tamimi. 2001. Ghannouchi: A Democrat Within Islamism. New York:


Oxford University Press.

Mohd Mansoor Alam, Z. M. Khan, A.R. Momin, Mansoor Ahmad, Shaukat Ullah
Khan and Z.A. Nizami. 2005. 100 Great Muslim Leaders of the 20th Century.
New Delhi: Institute of Objective Studies.

Mohd Rumaizuddin. Rashid al-Ghounnoushi: Tokoh Kontemporari Gerakan


Islam. Dlm. Dr Zulkifli Hasan (pnyt.). Rashid al-Ghannoushi: Intelektual
Reformis Gerakan Islam, hlm. 1-17. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam
Malaysia.

Muhamad Rumaizuddin Ghazali. 2013. Biografi Sarjana Muslim Timur Tengah Abad
19 dan 20. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Nadia al Turki. 2011, 29 November. A Talk with the Ennahda Movement’s Rachid
Ghannouchi. Akses: http://asharq-e.com/news.asp?section=3&id=27849

Tamimi, Azzam. 1993. Rachid Al Ghannoushi: A Democrat Within Islamism. Oxford:


Oxford University Press.

Waqas Ahmad. 2013. Harmonising Islam and Democracy. First Forum for Decision
Makers. London: First Magazine Ltd.
27

Yasmine Ryan. 2012. Ghannouchi Says Political Islam on Track. Akses:


http://www.aljazeera.com/indepth/features/2012/09/2012913653599865.html?
utm_content=features&utm_campaign=features&utm_source=twitter&utm_ter
m=rss&utm_medium=tweet

Zulkifli Hasan. Konsep Madani Menurut Rashid al-Ghounnoushi. Dlm. Dr Zulkifli


Hasan (pnyt.). Rashid al-Ghannoushi: Intelektual Reformis Gerakan Islam,
hlm. 22-40. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai