Anda di halaman 1dari 23

Manhaj Sayyid Muhammad Ali al Sanusi Dalam Mentarbiah Ikhwan Sanusi dan

Pelaksanaannya di Pertubuhan Tarekat al-Muhammadiyyah al-Idrisiyyah al-Sanusiyyah

1. Pengenalan

Sayyid Muhammad Ali al-Sanusi adalah merupakan seorang Ulama besar yang lahir

di Mustaghanim, Algeria pada tahun 1202 Hijrah dan wafat pada tahun 1276 Hijrah

bersamaan 1859.1 Beliau aktif dalam berdakwah di jalan Allah hingga dapat melahirkan

tokoh-tokoh Ulama yang hebat dan pejuang-pejuang AgamaNya yang mulia seperti Falih

al-Zahiri, ‘Imran ibn Birkah, Ahmad al-Tawati, Abdul Rahim Mahbub dan ramai lagi.2

Daripada generasi anak didik beliau ini pula lahirlah lebih ramai lagi tokoh-tokoh dakwah

dan pejuang Islam antaranya anakanda beliau sendiri Sayyid Muhammad al-Mahdi dan

Sayyid Muhammad al-Syarif, cucunda beliau Sayyid Ahmad al-Syarif, Raja Libya yang

pertama Raja Muhammad Idris al-Mahdi, al-Syahid Umar Mukhtar dan ramai lagi.

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah bagi mengkaji manhaj Sayyid

Muhammad Ali al Sanusi dalam mentarbiah anak-anak murid beliau yang digelar sebagai

“Ikhwan Sanusi” dan pelaksanaan manhaj tersebut di Pertubuhan Tarekat

al-Muhammadiyyah al-Idrisiyyah al-Sanusiyyah. Pertubuhan ini merupakan satu-satunya

pertubuhan di Malaysia yang mengamalkan manhaj tarbiah yang digariskan oleh Sayyid

Muhammad Ali al Sanusi. Tariqat yang diamalkan oleh pertubuhan ini telah diiktiraf

kebenarannya oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan. Pihak Jabatan Mufti Negeri Sembilan

telah meluluskan permohonan pendaftaran pertubuhan ini sebagai tarekat yang sah di

1 Al-‘Allamah Syeikh Abdul Malik ibn Abdul Qadir al-Hasani. 2015. Menelusuri Sejarah Agung Tokoh-tokoh Sanusi
Membina Taman Cahaya di Bumi Gersang. Terj.Panel Penyelidik Bayt al-Hikmah. Sofa Production Sdn Bhd. Hlm.36.
Sayyid Ahmad ibn Idris, Nafahat al-Kubra. Terj. Panel Penyelidik Bayt al-Hikmah. Sofa Production Sdn Bhd. Hlm. 82
2Dr. Ahmad Muhammad Jaddallah. Al-Taribyyah wa al-Ta’lim fi Zil al-Da’wah al-Sanusiyyah Dirasah Tarikhiyyah
Wasfiyyah. 2017 Kertas Kerja Seminar Peranan Ulama Sanusi Dalam Bidang Dakwah dan Pendidikan
bawah peruntukan Undang-undang sub-seksyen 10(2) Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri

Sembilan) 2015.3

Metode kajian ini adalah secara kualitatif. Data akan diperolehi daripada

sumber-sumber seperti Kitab-kitab Tarekat Sanusiyyah, kajian-kajian lepas seperti

tesis-tesis, jurnal-jurnal, kertas kerja seminar, manuskrip dan lain-lain lagi. Untuk kajian

mengenai pelaksanaan manhaj Sayyid Muhammad Ali al Sanusi di FATIM, pengkaji akan

menggunakan kaedah temubual dengan beberapa Ahli Jawatankuasa FATIM.

Kajian ini adalah penting kerana bagi mengkaji bagaimana manhaj Sayyid

Muhammad Ali al-Sanusi mentarbiah anak-anak murid beliau sehingga mereka menjadi

tokoh-tokoh dan pejuang Islam yang hebat. Manhaj beliau ini juga telah digunapakai oleh

Ikhwan al-Muslimin yang dipelopori oleh Syeikh Muhammad ‘Abduh dan Syeikh Hasan

al-Banna.4 Kajian ini juga penting kerana mellibatkan pelaksanaan manhaj tersebut di

FATIM yang mungkin mempunyai cabaran dan pendekatan yang berbeza untuk

melaksanakannya.

2. Latarbelakang Kajian

Dakwah dan tarbiah adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan dalam menyebar

dan mengembangkan Agama Islam. Setelah membuat proses dakwah dengan

menyampaikan ajaran Islam, proses tarbiah perlu dibuat. Ini adalah untuk melahirkan

kader-kader dakwah yang akan menyampaikan pula ajaran Islam. Begitulah apa yang

3 https://www.facebook.com/sanusiyyah/
4 Prof. Dr. Muhammad Abdul Aziz Daud. Uni. Al-Azhar, Fakulti Usuluddin dan Dakwah Zaqaziq. Al-Tabsirah fi Fiqh
al-Dakwah, Hlm. 41.
dilaksanakan oleh Baginda Rasulullah ‫ ﷺ‬semasa awal perkembangan Islam. 5 Begitu

jugalah yang dilaksanakan oleh Sayyid Muhammad Ali al Sanusi ketika berdakwah di

Afrika di mana beliau membeli hamba-hamba, memerdekakan mereka, mengajar mereka

Islam dan mengutus mereka pulang ke kampung halaman mereka untuk menyebarkan

pula Islam.6

Sayyid Muhammad Ali al Sanusi yang telah dilahirkan di Algeria pada 12 Rabiul

Awwal tahun 1202 hijrah adalah merupakan seorang ulama yang telah ditarbiah dengan

sempurna oleh beberapa ulama besar zaman beliau. Dengan sebab pentarbiahan yang

sempurna ini, beliau berjaya pula mentarbiah dan akhirnya melahirkan ramai lagi

pendakwah-pendakwah yang berjuang di jalan Allah. Manhaj yang beliau asaskan sudah

semestinya berasal daripada kesan pentarbiahan beliau yang sempurna daripada

guru-guru beliau yang mulia.7

Pendidikan beliau bermula dengan hafazan Al Quran daripada sepupu beliau iaitu

Syeikh Muhammad al Sanusi. Dengan bimbingan sepupu beliau tersebut, beliau telah

berjaya menghafaz Al Quran dengan 7 bentuk Qiraat beserta ilmu penulisan khat dan

baris Mushaf. Kemudian beliau terus mempelajari segala cabang ilmu Agama dan Bahasa

Arab hingga kewafatan sepupu beliau yang mulia pada tahun 1219 hijrah. Setelah itu

pengembaraan beliau mencari ilmu diteruskan lagi di Mustaghanim selama 2 tahun.8

Seramai lebih 50 orang guru beliau daripada kalangan ulama Algeria, Maghribi,

Makkah, Madinah, Yaman dan Mesir telah mendidik beliau. Ini adalah termasuk guru
5Ahmad Mohd Salleh, Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi Pengajian Islam. 2011 Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Hlm.396
6 Opcit. Hlm. 40
7 Dr. Muhammad Ali al-Salabi. Tarikh al-Harakah al-Sanusiyyah fi Afriqiya. 2009 Dar al-Ma’rifah. Hlm. 96
8 Sayyid Ahmad ibn Idris, Nafahat al-Kubra. Terj. Panel Penyelidik Bayt al-Hikmah. Sofa Production Sdn Bhd. Hlm.
47-48
beliau yang utama iaitu Sayyid Ahmad ibn Idris yang mana beliau menjadi khalifah

tariqat guru beliau yang mulia selepas itu.9 Guru-guru beliau yang mulia inilah yang

telah membentuk dan mentarbiah beliau menjadi seorang yang hebat dari segi keilmuan,

ketinggian akhlak, himmah yang tinggi dalam memperjuangkan Islam dan sebagainya.

Pentarbiahan tersebut lebih sempurna apabila beliau juga turut mendapat pentarbiahan

daripada beberapa tariqat yang mu’tabar. Daripada tariqat-tariqat yang telah beliau jalani

inilah beliau merumuskan manhaj tarbiah beliau.

Kejayaan beliau mentarbiah ikhwan Sanusi telah mencetuskan idea kepada

gerakan-gerakan dakwah selepas itu terutamanya Ikhwan Muslimin yang dipelopori oleh

Syeikh Hasan al-Banna dan Syeikh Muhammad Abduh. Mereka terkesan dengan manhaj

yang dibawa oleh Sayyid Muhammad Ali al-Sanusi. Ini adalah kerana Syeikh

Muhammad Abduh dibesarkan seterusnya mendapat pentarbiahan di Zawiyyah yang

diasaskan oleh Sayyid Muhammad Ali al-Sanusi di kampung halaman beliau iaitu

al-Buhairah, Mesir.

2.1 Tinjauan Literatur

Kajian-kajian mengenai Sayyid Muhammad Ali al-Sanusi telah banyak dilakukan

oleh para pengkaji terdahulu. Ada pengkaji yang mengkaji berkenaan dengan biografi

beliau yang membincangkan mengenai kelahiran, pendidikan, guru-guru, perjalanan

dakwah beliau dan juga keluarga beliau yang mulia. Contohnya al-Fawaid al-Jaliyyah fi

Tarikh al-‘Aaliyyah al-Sanusiyyah oleh al-‘Allamah Syeikh Abdul Malik ibn Abdul Qadir

ibn Ali al-Idrisi al-Hasani. Kitab beliau ini telah diterjemah oleh Panel Penyelidik Bayt

9Al-‘Allamah Syeikh Abdul Malik ibn Abdul Qadir al-Hasani. 2015. Menelusuri Sejarah Agung Tokoh-tokoh Sanusi
Membina Taman Cahaya di Bumi Gersang. Terj.Panel Penyelidik Bayt al-Hikmah. Sofa Production Sdn Bhd.
Hlm.41-52.
al-Hikmah Yayasan Sofa Negeri Sembilan pada tahun 2015.

Selain daripada kajian yang membincangkan berkenaan dengan peribadi beliau,

terdapat banyak kajian mengenai gerakan Sanusiyyah sebagai pejuang menentang

penjajahan Itali. Antara kajian tersebut adalah al-Bu’d al-Jihadi al-Magharibi li

al-Tariqah al-Sanusiyyah oleh Sa’ud Dahdi (2009), Italian Colonisation & Libyan

Resistance: The al-Sanusi of Cyrenaica oleh Saima Raza (2012), Sufism and

Anti-Colonial Violent Resistance Movements: The Qadiria and Sanussi Orders in Algeria

and Libya oleh Fait Muedini (2015).

Ada juga kajian yang mengkaji banyak aspek mengenai perkara yang berkaitan

dengan Sayyid Muhammad Ali al-Sanusi seperti kelahiran, nasab, guru-guru, perjalanan

beliau dalam menuntut ilmu, penubuhan zawiyyah, manhaj tarbiah, prinsip beliau dalam

politik, pendekatan dakwah, pemikiran beliau dalam kitab-kitab beliau, begitu juga

tokoh-tokoh keluarga Sanusi yang lain. Antara contoh kajian seperti ini adalah

al-Sanusiyyah Din wa Daulah oleh Muhammad Fuad Syukri (1948), Tarikh Harakah

al-Sanusiyyah fi Afiriqia oleh Dr. Ali Muhammad al-Salabi (2009), al-Sanusi al-Kabir

oleh Muhammad Tayyib ibn Idris al-Asyhab.

Selain itu, ada juga kajian yang menyentuh mengenai tokoh-tokoh besar keluarga

Sanusi yang agung ini. Antaranya ialah Jihad in Exile: Ahmad al-Sharif al-Sanusi

1918-1933 oleh Claudia Anna Gazzini (2004), Wirawan Sufi al-Imam Sayyid Ahmad al

Syarif al-Sanusi: Pendirian dan Sumbangan Terhadap Khilafah Islamiyyah Uthmaniyyah

oleh Salahhuddin Azarai, al-Ikhwan al-Sanusiyyun: Muqarabah Tarikhiyyah Wasfiyyah

oleh Dr. Abdul Ghani Abdullah (2017), al-Ikhwan al-Sanusiyyun wa Dauruhum fi

al-Da’wah wa al-Jihad: al-Batal al-Sanusi al-Kabir Umar Mukhtar oleh Yusuf Abdul
Hadi al-Ahboush (2017).

Kajian mengenai manhaj tariqat dan ijazah ilmu beliau juga telah banyak dikaji.

Antaranya ialah al-Anwar al-Qudsiyyah fi Muqaddimah al-Tariqah al-Sanusiyyah,

al-Fuyudhat al-Ilahiyyah fi Ijazah al-Tariqah al-Sanusiyyah dan al-Nafahat al-Kubra

oleh Sayyid Ahmad al-Syarif. Begitu juga Aurad al-Tariqah al-Sanusiyyah oleh Raja

Libya yang pertama al-Malik al-Imam Sayyid Muhammad Idris al-Mahdi al-Sanusi.

Sementara kajian mengenai manhaj beliau dalam dakwah dan tarbiah juga disentuh

oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Antaranya adalah al-Anwar al-Qudsiyyah fi

Muqaddimah al-Tariqah al-Sanusiyyah oleh Sayyid Ahmad al-Syarif, Tarikh Harakah

al-Sanusiyyah fi Afriqiya oleh Dr. Muhammad Ali al-Salabi (2009) dalam bab al-Manhaj

al-Tarbawi, al-Tabsirah fi Fiqh al-Da’wah dalam bab Dirasah Mujazah lil Harakat

al-Islamiyyah oleh Prof. Dr. Muhammad Abdul Aziz Daud, Manhaj Tarbiah

al-Sanusiyyah oleh Muhammad Sufi Ibrahim dan al-Tarbiah wa al-Ta’lim fi Zhil

al-Da’wah al-Sanusiyyah: Dirasah Tarikhiyyah Wasfiyyah oleh Dr. Ahmad Jaddallah

(2017) dalam Seminar Sanusi Antarabangsa pada tahun 2017.

Kajian berkenaan dengan manhaj tarbiah beliau kebanyakannya adalah secara teori.

Adapun kajian dari segi pelaksanaan, permasalahan yang dihadapi, cabaran dan

sebagainya masih lagi kurang disentuh. Contohnya dalam al-Anwar al-Qudsiyyah fi

Muqaddimah al-Tariqah al-Sanusiyyah Sayyid Ahmad al-Syarif telah mengemukakan

kaedah-kaedah asas tarekat al-Muhammadiyyah al-Sanusiyyah al-Idrisiyyah untuk

ikhwan Sanusi menjalani tarekat. Pelaksanaan seperti masalah yang dihadapi dalam

melaksanakan manhaj tersebut tidak disentuh oleh Maulana Sayyid Ahmad al-Syarif.

Oleh itu kajian yang akan dijalankan oleh penulis adalah sama seperti kajian yang lepas
tetapi di tempat yang berbeza dan pendekatan yang berbeza.

Kajian mengenai pelaksanaan manhaj tarbiah Maulana Sayyid Muhammad Ali

al-Sanusi adalah penting bagi melihat bagaimana manhaj itu dipraktikkan. Ini ditambah

pula kajian yang akan dilaksanakan oleh pengkaji adalah di Pertubuhan Tarekat

al-Muhammadiyyah al-Sanusiyyah al-Idrisiyyah (FATIM) di Malaysia. Sudah pasti

terdapat perbezaan dari segi cabaran, pendekatan yang digunakan dan sebagainya

berbanding apa yang berlaku pada zaman Sayyid Muhammad Ali al-Sanusi.

Oleh yang demikian, kajian yang akan dijalankan oleh penulis ini insya Allah akan

memberikan sedikit sumbangan kepada bidang dakwah dan tarbiah. Ini kerana pada masa

kini terdapat banyak kes keruntuhan akhlak dan masyarakat tercari-cari apakah jalan

penyelesaiannya. Manhaj yang dibawa oleh Sayyid Muhammad Ali al-Sanusi ini

berkemungkinan boleh membawa jalan penyelesaian kepada masalah tersebut. Ini

terbukti dengan kejayaan Sayyid Muhammad Ali al-Sanusi melahirkan kader-kader

Ulama dan pendakwah selepas itu.

3. Pernyataan Masalah

Islam mementingkan ilmu. Kejahilan merupakan musuh nombor satu umat Islam.

Allah Taala berfirman:

ُ‫قُلُُهُلُُيُسُتُوُيُالُذُينُُيُعُلُمُونُُوُالُذُينُُلُُيُعُلُمُون‬
Maksudnya: Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang yang mengetahui

dan orang yang tidak mengetahui?10

Ayat ini jelas menunjukkan Islam menitikberatkan ilmu dalam kehidupan seorang

10 Surah al-Zumar ayat 9


muslim. Agama Islam terbina dengan asas ilmu dan pengetahuan. Tidak sepatutnya

seorang muslim berada jauh daripada cahaya ilmu. Oleh sebab itu Allah mengutus para

RasulNya untuk menghapuskan kejahilan. Sesungguhnya para Nabi dan Rasul tidak

mewariskan dinar ataupun dirham. Apa yang diwariskan adalah ilmu. 11 Tanpa ilmu,

seseorang akan terjerumus dalam melakukan kemaksiatan dan menurut hawa nafsu.

Gejala sosial, keruntuhan akhlak, kejahilan dan perpecahan yang berlaku dalam umat

Islam telah mencemarkan imej Islam. Perkara itu semua menyebabkan pandangan negatif

daripada orang bukan Islam. Sebagai contoh isu permasalahan jihad dan terorisme.

Kejahilan mengenai pemahaman jihad yang sebenar boleh membawa kemudaratan

kepada umat Islam sejagat.12

Sayyid Muhammad Ali al-Sanusi ketika keluar berdakwah melihat punca utama

kelemahan umat Islam adalah kejahilan. Oleh sebab itu, beliau telah mengasaskan sekian

banyak zawiyyah di mana diajarkan di situ Al Quran, ilmu-ilmu Agama dan pelbagai

fungsi lagi untuk keperluan ikhwan beliau dan para penduduk tempatan ketika itu. Beliau

juga telah membentuk manhaj beliau dalam mentarbiah para ikhwan dan seluruh umat

Islam.

Tarbiah atau pendidikan amat penting dalam membentuk satu generasi. FATIM

merupakan satu pertubuhan tarekat yang mengamalkan manhaj Sayyid Muhammad Ali

al-Sanusi.

FATIM yang mengamalkan manhaj Sayyid Muhammad Ali al-Sanusi sentiasa

mengutamakan ilmu pada setiap ahlinya. Semua aktiviti yang dilaksanakan adalah

11 Hasan ibn Ahmad al-Kaf. 2003. Al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah. Dar al-Mirath al-Nabawi. Hlm. 6
12Dalam Utusan Malaysia bertarikh 24 Julai 2016 pihak JAKIM telah diarahkan untuk menerangkan kepada
masyarakat awam mengenai jihad. Ini adalah kerana takut masyarakat salah faham mengenai jihad. Lihat
www.utusan.com.my
berteraskan ilmu dan pengetahuan.

Persoalan timbul apakah manhaj Sayyid Muhammad Ali al-Sanusi dapat

dilaksanakan dengan baik? Ini kerana sudah tentu ada perbezaan antara zaman Sayyid

Muhammad Ali al-Sanusi dengan zaman sekarang seperti masalah dan cabaran, suasana

dan tempat dan sebagainya. Ini ditambah pula keadaan di Malaysia yang a’jam bukan

berbangsa Arab dan rata-rata masyarakat tidak cenderung dengan ilmu terutama dengan

ilmu turath dan agak janggal dengan tarekat dan tawawwuf.

Daripada sorotan kajian lepas, didapati bahawa kebanyakan pengkaji yang

menyentuh mengenai manhaj tarbiah Sayyid Muhammad Ali al-Sanusi hanyalah secara

teori sahaja. Apa yang kurang disentuh adalah secara praktikal dan pelaksanaan manhaj

tersebut. Oleh kerana itu, penulis akan menjalankan kajian terhadap FATIM.

4. Objektif Kajian

1. Menganalisis kepentingan tarbiah di sisi Sayyid Muhammad Ali al Sanusi.

2. Menganalisis manhaj Sayyid Muhammad Ali al-Sanusi dalam mentarbiah Ikhwan

Sanusi

3. Menganalisis isu dan cabaran FATIM dalam melaksanakan manhaj Sayyid Muhammad

Ali al-Sanusi

4. Menganalisis pendekatan yang digunakan oleh FATIM dalam melaksanakan manhaj

Sayyid Muhammad Ali al-Sanusi


5. Persoalan Kajian

1. Apakah kepentingan tarbiah disisi Sayyid Muhammad Ali al-Sanusi?

2. Apakah manhaj Sayyid Muhammad Ali al-Sanusi dalam mentarbiah Ikhwan Sanusi?

3. Apakah isu dan cabaran FATIM dalam melaksanakan manhaj Sayyid Muhammad Ali

al-Sanusi?

4. Apakah pendekatan FATIM dalam melaksanakan manhaj Sayyid Muhammad Ali

al-Sanusi?

6. Limitasi Lepas

Pengkaji akan mengkaji mengenai manhaj tarbiah Sayyid Muhammad Ali al-Sanusi

sahaja. Aspek-aspek lain seperti pemikiran politik beliau, sistem zawiyyah yang diasaskan

oleh beliau dan sebagainya tidak akan disentuh oleh pengkaji.

Pengkaji juga akan membuat kajian di FATIM sahaja. Ini kerana FATIM adalah

satu-satunya pertubuhan tarekat di Malaysia yang membawa manhaj Sayyid Muhammad

Ali al-Sanusi. Pengkaji tidak akan mengkaji zawiyah Sanusi di Negara-negara yang lain.

Ini adalah untuk menfokuskan kepada pelaksanaan manhaj tersebut di Malaysia yang

mungkin berbeza dari segi isu, permasalahan, cabaran dan sebagainya berbanding semasa

zaman Sayyid Muhammad Ali al-Sanusi.

6. Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah penting dan diharapkan dapat memberikan sedikit sumbangan

kepada Agama, bangsa dan Negara. Inilah dia sekecil-kecil sumbangan seorang kekasih

kepada kekasihnya. Sepertimana yang dikatakan oleh Sayyid Muhammad Alawi


al-Maliki ketika mengungkapkan tujuan utama penulisan kitab beliau al-Ziarah

al-Nabawiyyah fi Dhau al-Kitab wa al-Sunnah adalah untuk mempertahankan maqam

dan kedudukan Rasulullah ‫ﷺ‬. Beliau menyatakan:

‫وهوُأقلُماُيقدمهُالحبيبُلحبيبه‬
Maksudnya: Dan usaha ini adalah sumbangan paling kurang yang dipersembahkan

oleh seorang kekasih kepada kekasihnya13

Begitulah juga yang diharapkan daripada kajian ini. Semoga kajian ini dapat

memberi sedikit sumbangan terhadap bidang tarbiah dan dakwah. Ini penting kerana

dewasa ini umat Islam menjadi lemah dan sering dipandang negatif oleh bukan Islam.

Puncanya ialah jahil tentang Agama mereka sendiri.

Manhaj yang dibawa oleh Sayyid Muhammad Ali al-Sanusi yang mementingkan

aspek ilmu iaitu al-Burhaniyah (pendalilan) mungkin boleh dijadikan panduan umat Islam

bagi memahami Agama Islam seterusnya insya Allah mengembalikan semula kemuliaan

dan ketinggian Agama Allah ini.

Pengkaji juga berharap agar kajian ini dapat memberikan sumbangan kepada

pihak-pihak tertentu diantaranya:

1. Badan-badan atau pusat dakwah di seluruh Malaysia secara amnya

2. FATIM secara khususnya

3. Institusi Tarekat di seluruh Negara dan terutamanya di Jabatan Mufti Negeri

Sembilan. Ini kerana kajian ini mempunyai kaitan dengan tarekat iaitu Tarekat

al-Muhammadiyyah al-Sanusiyyah al-Idrisyyah

4. Institusi pendidikan di seluruh Negara sama ada kerajaan atau bukan kerajaan di

13 Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki. Al-Ziarah al-Nabawiyyah fi Dhau al-Kitab wa al-Sunnah.Dar Jawami’
al-Kalim. Kaherah. Hlm. 6
mana kajian ini membuka ruang kepada pengkaji-pengkaji yang lain supaya

membuat kajian seperti menjadikan manhaj Sayyid Muhammad Ali al-Sanusi ini

sebagai modul di institusi mereka dan sebagainya.

7. Kerangka Teori

Tarbiah memang dititikberatkan oleh Agama Islam. Ini dapat dilihat daripada Al Quran dan

Hadith Nabi ‫ﷺ‬. Firman Allah Taala:

ُ‫وُمُاُخُلُقُتُُالجُنُُواإلنسُُإُلُُلُيُعُبُدُون‬
Maksudnya: Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka

beribadat kepada-Ku14

Daripada ayat di atas asas dalam tarbiah adalah seseorang perlu patuh dan tunduk

kepada Allah dan berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah dengan melaksanakan

perintah dan menjauhi laranganNya serta menjaga hubungan sesama makhlukNya.

Firman Allah Taala lagi:

ُ‫مُاُكُانُُلُبُشُرُُأُنُيُؤُتُيُهُُللاُُالكُتُبُُوُالحُكُمُُوُالنُبُوُةُُثُمُُيُقُولُُلُلنُاسُُكُونُواُعُبُادُا‬

ُ‫لُيُمُنُدُونُُللاُُوُلُكُنُكُونُواُرُبُنُيُنُُبُمُاُكُنتُمُتُعُلُمُونُُالكُتُبُُوُبُمُاُكُنتُمُتُدُرُسُون‬
Maksudnya: Tidaklah patut seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab

agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang

ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan

perbuatan menyembah Allah. Tetapi (sewajarnya ia berkata): “Hendaklah kamu menjadi

14 Surah al-Dzariyat ayat 56


menjadi orang-orang Rabbaniyyin (yang hanya menyembah Allah Taala – dengan ilmu

dan amal yang sempurna) kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu dan kamu

selalu mempelajarinya.15

Tarbiah mempunyai kaitan dengan konsep rabbani. Said Hawa menyatakan

bentuk-bentuk latihan bagi melahirkan golongan rabbani adalah menerapkan ilmu yang

tinggi, beramal dengannya serta menyampaikan ilmu tersebut kepada orang lain.

Sabda Rasulullah ‫ﷺ‬:

ُ‫إُنُمُاُبُعُثُتُُلُتُمُمُُمُكُارُمُُالُخُلُق‬
Maksudnya: Aku diutuskan hanyalah semata-mata untuk menyempurnakan

akhlak-akhlak yang mulia

Sabda Baginda ‫ ﷺ‬lagi:

‫أُدُبُنُيُرُبُيُفُأُحُسُنُُتُأُدُيبُي‬
Maksudnya: Allah sendiri telah mendidikku, oleh sebab itulah aku mendapat

pendidikan yang paling sempurna.

Menurut Sayyid Ahmad al-Syarif, Dr. Muhammad Ali al-Salabi dan Muhammad Sufi

Ibrahim16, Sayyid Muhammad Ali al-Sanusi telah membentuk satu manhaj tarbiah bagi

mentarbiah Ikhwan beliau secara khususnya dan umat Islam secara amnya. Manhaj

tersebut boleh disimpulkan sebagaimana berikut:

1. Berpegang kepada Al Quran dan Sunnah

15Surah Ali ‘Imran ayat 79


16Sayyid Ahmad al-Syarif. 2013. Al-Anwar al-Qudsiyyah fi Muqaddimah al-Tariqah al-Sanusiyyah. Sofa Production.
Hlm. 18-25, 176-182, Dr. Ali Muhammad al-Salabi. 2012.Tarikh al-Harakah al-Sanusiyyah fi Libya.Dar al-Ma’rifah.
Hlm. 102-118, Muhhammad Sufi Ibrahim. Manhaj Tarbiah al-Sanusiyyah. Kertas Kerja Seminar Sanusi Antarabangsa
2015. Hlm. 1-23
2. Menghimpunkan antara jalan Burhaniah (pendalilan) dan Isyraqiah (pancaran

rohani)

3. Memperbetulkan aqidah

4. Mempelajari ilmu Feqah dengan bersandarkan kepada dalil bukan ikutan buta

5. Tazkiyah al-Nafs (membersihkan diri) berlandaskan Al Quran dan Sunnah

6. Menunjukkan hamba-hamba Allah dan menyeru kepadaNya

7. Berjihad di jalan Allah dan meninggikan kalimahNya

8. Melazimi zawiyyah

9. Berusaha dengan tangan sendiri

10. Melazimi zikrullah

11. Muhasabah diri peribadi

12. Mendapatkan keredhaan Allah

13. Belas ihsan dan rahmat Allah

14. Kemuliaan akhlak

Daripada manhaj tersebut, maka terbentuklah insan yang berakhlak dan berperibadi

sebagaimana yang dituntut oleh Allah dan RasulNya ‫ﷺ‬. Oleh kerana itulah beliau

menegaskan tarekat beliau ini adalah tarekat Rasulullah ‫ ﷺ‬kerana manhaj yang beliau

gariskan ini adalah bertepatan dengan sunnah Rasulullah ‫ ﷺ‬dari sebesar-besar perkara

hinggalah sekecil-kecilnya. Sebagaimana yang beliau katakan:

ُ‫ونسبةُالطريقةُالمحمديةُإلىُسيدناُمحمدُﷺُدونُغيرهاُلمتابعةُالسنةُفي‬

‫القليلُوالكثير‬
Maksudnya: Dan penisbahan Tarekat al-Muhammadiyyah kepada Junjungan kami
Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬dan tidak kepada selain Baginda ‫ ﷺ‬kerana mengikut sunnah dari

sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besarnya17

8. Kerangka Konsep

17Sayyid Ahmad al-Syarif. 2013. Al-Anwar al-Qudsiyyah fi Muqaddimah al-Tariqah al-Sanusiyyah. Sofa Production.
Hlm. 18
Al Quran Hadith

Manhaj Tarbiah Sayyid


Muhammad Ali al-Sanusi

1. Berpegang kepada Al Quran dan Sunnah

2. Menghimpunkan antara jalan Burhaniah


FATIM Beberapa isu
(pendalilan) dan Isyraqiah (pancaran
dan cabaran
rohani)

3. Memperbetulkan aqidah

4. Mempelajari ilmu Feqah dengan

bersandarkan kepada dalil bukan ikutan buta

5. Tazkiyah al-Nafs (membersihkan diri)


- Pendekatan
berlandaskan Al Quran dan Sunnah FATIM dalam
6. Menunjukkan hamba-hamba Allah dan melaksanakan
manhaj Sayyid
menyeru kepadaNya
Muhammad Ali
7. Berjihad di jalan Allah dan meninggikan al-Sanusi
kalimahNya - Kesimambungan
Manhaj
8. Melazimi zawiyyah

9. Berusaha dengan tangan sendiri

10. Melazimi zikrullah

11. Muhasabah diri peribadi

12. Mendapatkan keredhaan Allah


Ikhwan Sanusi
13. Belas ihsan dan rahmat Allah dan Akhlaq
14. Kemuliaan akhlak Islamiah

9. Metode Kajian
Kajian ini secara dasarnya menggunakan metode kajian kualitatif. Penulis akan

menggunakan beberepa bentuk kajian untuk memperoleh maklumat dan data iaitu secara

analisis kandungan dan kaedah tembual. Penulis akan menerangkan terlebih dahulu

mengenai sumber untuk memperolehi data kajian ini. Sumber data kajian ini terbahagi

kepada dua bahagian iaitu:

1. Sumber primer

Sumber primer merupakan maklumat yang diperoleh daripada sumbernya secara

langsung. Antaranya adalah kitab-kitab yang dikarang oleh Sayyid Muhammad

Ali al-Sanusi mengenai manhaj tarbiah beliau iaitu seperti al-Salsabil al-Mu’in fi

al-Taraiq al-Arba’in, dan kitab karangan Sayyid Ahmad al-Syarif iaitu al-Anwar

al-Qudsiyyah fi Muqaddimah al-Tariqah al-Sanusiyyah.

2. Sumber sekunder

Sumber sekunder merupakan maklumat yang diperoleh daripada sumber yang lain

selain daripada sumber yang asal. Penulis akan menggunakan beberapa sumber

seperti tesis, jurnal, kertas kerja Seminar Sanusi Antarabangsa dan sebagainya

seperti al-Nafahat al-Kubra, Tarikh Harakah al-Sanusiyyah, al-Sanusiyyah Din

wa Daulah, al-Tarbiah wa al-Ta’lim fi Zhil al-Da’wah al-Sanusiyyah dan lain-lain

sebagai sumber sekunder.

Penulis akan menggunakan kaedah analisis kandungan setelah mana memperolehi

data-data tersebut. Analisis kandungan data-data tersebut dibuat berdasarkan kepada

kerangka teori, kerangka konsep, persoalan dan objektif kajian penulis. Kemudian

dianalisis secara induktif dan deduktif. Ini semua penting bagi memastikan objektif kajian

penulis dapat dijawab dengan baik.


Kemudian setelah itu, penulis menggunakan kaedah temubual bagi memperoleh data

dan maklumat daripada Ahli Jawatankuasa FATIM. Perkara ini bagi menjawab persoalan

berkenaan dengan pelaksanaan manhaj Sayyid Muhammad Ali al-Sanusi di FATIM.

Kaedah temubual digunakan kerana kaedah tersebut sesuai bagi mendapatkan maklumat

tentang pelaksanaan manhaj tersebut.

Temubual yang akan dijalankan akan menggunakan beberapa kaedah temubual sama

ada berstruktur, separa struktur atau tidak berstruktur. Untuk menganalisis data-data

temubual, beberapa langkah perlu dibuat iaitu data ditanskripsi kepada bentuk perkataan

dan ayat di dalam komputer. Setelah itu data disusun mengikut fokus tertentu dan

akhirnya dibentang dalam bentuk jadual, rajah, urutan dan sebagainya.

10. Definisi Operasi

Definisi operasi adalah untuk menjelaskan beberapa istilah yang berkaitan dengan tajuk

kajian iaitu:

10.1 Manhaj

Firman Allah Taala:

‫وُلُكُلُُجُعُلُناُمُنكُمُُشُرُعُةُُوُمُنُهُاجُا‬
Maksudnya: Untuk setiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang

terang18

Dalam Mu’jam al-Wasit asal kalimah manhaj adalah daripada perkataan ‫نهج‬ yang

bermaksud jalan yang jelas. Manakala manhaj dalam kamus dewan bermaksud kaedah

18 Surah al-Maidah ayat 48


atau cara.19

Secara istilahnya tiada definisi yang khusus mengenai manhaj. Kebiasaannya manhaj

membawa maksud kaedah atau metodologi atau satu medium untuk sampai kepada

maksudnya. Secara ringkasnya yang dimaksudkan dengan manhaj ialah sesuatu kaedah

atau cara yang jelas, sistematik dan tersusun untuk mencapai hasil yang tertentu.20

10.2 Tarbiah

Tarbiah bermaksud pendidikan dan pengasuhan. Tarbiah diambil daripada bahasa Arab

iaitu ُ‫رُبُىُيُرُبُيُتُرُبُيُة‬
Manhaj tarbiah dari segi istilah membawa maksud satu proses yang menfokuskan kepada

penyampaian sejumlah maklumat kepada pelajar. Secara ringkasnya tarbiah adalah

bersifat praktikal, bermula daripada saat seseorang lahir hingga akhir hayat. Tarbiah juga

mempunyai matlamat dan tujuan tertentu untuk membentuk keperibadian seseorang.

Sepertimana yang dicatatkan dalam sirah Nabawiyyah ‫ ﷺ‬tarbiah adalah untuk semua

peringkat umur.

10.3 Ikhwan Sanusi

Menurut Ahmad Basha Hasanain:

‫اإلخوانُهمُالعضاءُالعاملونُفيُهذهُالطائفةُ–ُيقصدُالطريقةُالسنوسية‬
Maksudnya: Ikhwan bermaksud mereka yang bekerja untuk kumpulan ini iaitu tarekat

Sanusiyyah

19 cprpm.dbp.gov.my
20 vb.mediu.my
Menurut al-Ustaz Muhammad al-Tayyib ibn Idris al-Asyhab dalam kitab beliau al-Sanusi

al-Kabir:

“Sesungguhnya penamaan pengikut al-Imam al-Sanusi sebagai ikhwan adalah satu nama

yang meliputi orang yang mengikut manhaj Sanusi, pengikut gerakan ini dan

orang-orang yang menolong gerakan ini di semua tempat di dunia”

Dalam kitab al-Ikhwan al-Sanusiyyun oleh Sayyid Ahmad al-Syarif, beliau telah

menyenaraikan sejumlah nama yang telah melazimi tiga orang masyaikh dalam tarekat

Sanusi ini iaitu Sayyid Ahmad ibn Idris, Sayyid Muhammad Ali al-Sanusi dan Sayyid

Muhammad al-Mahdi. Kesemua mereka digelar Ikhwan.21

Yang dimaksudkan manhaj dalam kajian ini adalah manhaj Sayyid Muhammad Ali

al-Sanusi dalam mentarbiah ikhwan beliau. Manhaj tersebut diperoleh daripada

kitab-kitab beliau sendiri seperti al-Salsabil al-Mu’in fi al-Taraiq al-Arba’in atau

kajian-kajian yang lepas seperti al-Anwar al-Qudsiyyah fi Muqaddimah al-Tariqah

al-Sanusiyyah dan sebagainya.

10.4 Pelaksanaan

Pelaksanaan bermaksud proses membina dan menjayakan sistem yang dirancang.

Pelaksanaan juga bermaksud mengusahakan dan menjalankan sesuatu. Sebagai contoh

Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar telah ditubuhkan untuk memastikan

bahawa rancangan pembangunan luar bandar berjalan dengan jayanya.22

Adapun yang dimaksudkan dengan pelaksanaan dalam kajian ini adalah pelaksanaan

manhaj Sayyid Muhammad Ali al-Sanusi dalam Pertubuhan Tarekat al-Muhammadiyyah

21 Sayyid Ahmad al-Syarif. 2015. Al-Ikhwan al-Sanusiyyun. Sofa Production. Hlm. 8-10
22 cprpm.dbp.gov.my
al-Sanusiyyah al-Idrisiyyah (FATIM) di Malaysia.

10.5 FATIM

FATIM bermaksud Pertubuhan Tarekat al-Muhammadiyyah al-Sanusiyyah

al-Idrisyyah yang berpusat di Seremban, Negeri Sembilan. Pertubuhan ini merupakan

satu-satunya pertubuhan di Malaysia yang mengamalkan manhaj tarbiah yang digariskan

oleh Sayyid Muhammad Ali al Sanusi. Tariqat yang diamalkan oleh pertubuhan ini telah

diiktiraf kebenarannya oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan. Pihak Jabatan Mufti Negeri

Sembilan telah meluluskan permohonan pendaftaran pertubuhan ini sebagai tarekat yang

sah di bawah peruntukan Undang-undang sub-seksyen 10(2) Enakmen Tarekat Tasawuf

(Negeri Sembilan) 2015.23

Syeikh tarekat merangkap pengerusi pertubuhan ini adalah Dato Haji Muhammad

Fuad bin Kamaludin. Beliau telah menerima ijazah tarekat yang mulia ini daripada empat

orang masyaikh dalam kalangan Sadah Sanusiyyah iaitu al-Imam Sayyid Ahmad Malik,

al-Imam Sayyid Nu’man, al-Imam Sayyid Nafi’ dan al-Imam Sayyid Umar ibn al-Arabi.

Kesemua mereka meriwayatkan daripada Raja Libya yang pertama al-Malik Sayyid

Muhammad Idris al-Mahdi daripada Sayyid Ahmad al-Syarif daripada ayahandanya

al-Imam Sayyid Muhammad al-Syarif dan ayahanda saudaranya al-Imam Sayyid

Muhammad al-Mahdi daripada al-Imam al-Akbar Sayyid Muhammad Ali al-Sanusi.24

11. Penutup

Manhaj yang dibawa Sayyid Muhammad Ali al-Sanusi dalam mentarbiah para

23 https://www.facebook.com/sanusiyyah/
24 Mujahid Abdul Wahab. 2015. Dato Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin. Sofa Production. Hlm. 426-437, al-Malik
Sayyid Muhammad Idris al-Mahdi al-Sanusi. 2014. Aurad al-Tariqah al-Sanusiyyah. Terj. Dato Haji Muhammad Fuad
bin Kamaludin. Dar al-Sanusi li al-Turath al-Islami
ikhwan beliau telah dapat melahirkan sejumlah besar para ulama yang mana selepas itu

membawa manhaj beliau seterusnya menyebarkan Islam. Hingga akhirnya diteruskan

dakwah tersebut di Malaysia iaitu di FATIM. Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat

melihat kesinambungan manhaj tersebut dilaksanakan dengan baik walaupun manhaj

tersebut telah berkubur sekian lama disebabkan oleh musuh-musuh Islam yang sentiasa

berusaha menjauhkan umat Islam daripada cahaya Allah dan RasulNya ‫ﷺ‬.

ُ‫وصلىُللاُعلىُسيدناُومولناُمحمدُوعلىُالهُوصحبهُوسلمُوالحمدُهلل‬

‫ربُالعالمين‬

12. Rujukan

Al Quran

Al-‘Allamah Syeikh Abdul Malik ibn Abdul Qadir al-Hasani. 2015. Menelusuri Sejarah
Agung Tokoh-tokoh Sanusi Membina Taman Cahaya di Bumi Gersang. Terj.Panel
Penyelidik Bayt al-Hikmah. Sofa Production Sdn Bhd. Hlm.36. Sayyid Ahmad ibn
Idris, Nafahat al-Kubra. Terj. Panel Penyelidik Bayt al-Hikmah. Sofa Production Sdn
Bhd.

Dr. Ahmad Muhammad Jaddallah. Al-Taribyyah wa al-Ta’lim fi Zil al-Da’wah

al-Sanusiyyah Dirasah Tarikhiyyah Wasfiyyah. 2017 Kertas Kerja Seminar Peranan

Ulama Sanusi Dalam Bidang Dakwah dan Pendidikan

https://www.facebook.com/sanusiyyah/

Prof. Dr. Muhammad Abdul Aziz Daud. Uni. Al-Azhar, Fakulti Usuluddin dan Dakwah
Zaqaziq. Al-Tabsirah fi Fiqh al-Dakwah, Hlm. 41.

Ahmad Mohd Salleh, Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi Pengajian Islam. 2011
Oxford Fajar Sdn. Bhd. Hlm.396

Dr. Muhammad Ali al-Salabi. Tarikh al-Harakah al-Sanusiyyah fi Afriqiya. 2009 Dar
al-Ma’rifah.
Sayyid Ahmad ibn Idris, Nafahat al-Kubra. Terj. Panel Penyelidik Bayt al-Hikmah. Sofa
Production Sdn Bhd.

al-Bu’d al-Jihadi al-Magharibi li al-Tariqah al-Sanusiyyah oleh Sa’ud Dahdi (2009),

Italian Colonisation & Libyan Resistance: The al-Sanusi of Cyrenaica oleh Saima Raza

(2012),

Sufism and Anti-Colonial Violent Resistance Movements: The Qadiria and Sanussi

Orders in Algeria and Libya oleh Fait Muedini (2015)

al-Sanusiyyah Din wa Daulah oleh Muhammad Fuad Syukri (1948),

Tarikh Harakah al-Sanusiyyah fi Afiriqia oleh Dr. Ali Muhammad al-Salabi (2009),

al-Sanusi al-Kabir oleh Muhammad Tayyib ibn Idris al-Asyhab.

Anda mungkin juga menyukai