Anda di halaman 1dari 6

Ideologi Kebangsaan Dr “History is an infinite number of events, an

infinite number of facts. Inevitably you must


Burhanuddin al-Helmy
Menuntut satu pembentukan radikal select from that number of facts those things
which you are going to present, if you are going
oleh Syed Zulfaqar to write, if you are going to teach. What’s is
going to go into this book, into your lecture, your
15 Oktober 2014
classroom? There’s no way of avoiding the
Pendahuluan process of selection. Once you make that
selection, that selection is based on your point of
Saya telah meneliti satu video yang disarankan
view whether you acknowledge it or not, whether
kepada saya tentang wacana kebangsaan Melayu
you even know it or not. There’s a way in which
tokoh kemerdekaan Malaysia Dr Burhanuddin
you can reproduce the point of view that has been
al-Helmy, pemikir, politikus, islamis dan seorang
dominant in your culture without understanding
nasionalis kiri.1 Video ini walaupun berhak
that you are reproducing the dominant point of
mendapat pujian (kerana usahanya dalam
view. You make selection according to what you
mengangkat idea dan pemikiran Dr Burhanuddin
think is important. And different people think
serta galakan secara tidak langsung kepada
different things are important.” 2
masyarakat Malaysia untuk merebut kembali
khazanah yang ditinggalkan beliau) jauh sekali Jadi, saya dapat melihat bagaimana pemilihan
bagi saya daripada mengagumkan atau jujur fakta dan naratif yang diutarakan pembentang
kepada idea Dr Burhanuddin. Ianya bagi saya dibuat berdasarkan ideologi dan kepentingan
adalah satu usaha populis bagi membenarkan yang beliau ataupun organisasinya wakili. Ini
naratif dan kepentingan pembentang tentang tidak bermakna fakta-fakta yang diberikan tidak
bagaimana wacana politik di Malaysia benar (kerana saya percaya dia memetik terus
seharusnya. petikan-petikan itu daripada karangan Dr
Burhanuddin) tetapi pemilihan fakta-fakta yang
Hal ini bagaimanapun bukanlah sesuatu yang
beliau berikan tidak neutral dan tidak dapat lari
luar biasa. Dalam menilai kembali fakta-fakta,
daripada kepentingan yang beliau wakili.
terutamanya fakta sejarah, seorang sejarawan
atau penyampai pasti akan membuat pilihan Saya bukanlah seorang sarjana jauh sekali
daripada jutaan fakta yang ada untuk menyokong seorang sejarawan mahupun seorang politikus.
dan membenarkan naratifnya. Dan pilihan itu Saya cuma seorang yang yakin akan
tidak dilakukan secara neutral melainkan kemajmukan perspektif dan penafsiran dalam
bergantung kepada kepentingan dan ideologi menilai sesuatu bahan sejarah. Jadi, dalam
sejarawan atau penyampai itu. makalah ini saya akan memberikan tafsiran saya
tentang ideologi kebangsaan Melayu Dr
Hal ini diungkapkan dengan baik oleh seorang
Burhanuddin sepertimana yang saya fahami dan
sejarawan Amerika Syarikat, Howard Zinn yang
direkodkan sejarah. Dan saya sepertimana
saya rasa berbaloi untuk saya petik secara
pembentang akan berpihak (yakni tidak neutral)
panjang:
dalam memilih dan menyampaikan fakta-fakta
saya.
Kebangsaan Melayu (plurality) dalam masyarakat di Tanah Melayu
ketika itu. Beliau merupakan seorang yang
Dr Burhanuddin telah menulis dalam Falsafah
pragmatik dan pantas menerima dan menanggapi
Kebangsaan Melayu (1954):
realiti baru ini. Justeru, dasar kebangsaan Melayu
“Kebangsaan Melayu bukan dibina semata-mata yang baru menurut fikirannya perlu “menurut
kerana seseorang itu bangsa Melayu atau keadilan dan kemanusiaan yang luas dan sama
bapanya Melayu, datuknya Melayu, tetapi berhak dan adil, bukan sekali-kali kebangsaan
kebangsaan Melayu itu adalah diasaskan dan yang sempit”. Beliau sedar bahawa ada ikatan
dibina di atas kebangsaan Melayu iaitu yang lebih besar dari had sedia ada yang dibatasi
kebangsaan mengikut tabiat semula jadi oleh unsur perkauman seseorang. Jadi, ideologi
kedudukan bumi, keturunan pusaka, kebudayaan kebangsaan Melayu yang baru perlu lebih
baka dan penduduk hak mutlak bumi pertiwi ini. universal dan terbuka. Beliau juga sedar bahawa
Yang bersatu hasrat pada azamnya, bersatu Islam yang beliau anuti lebih tinggi daripada
padu dalam ideologi kebangsaannya…” 3 mana-mana ideologi justeru menegaskan bahawa
faham kebangsaan ini perlu ditanggapi secara
"Kita hendak mendirikan negara kebangsaan
“sederhana” dan ideologi ini perlu digunakan
Melayu di atas dasar kebangsaan, menurut
hanya untuk mencapai “cita-cita mulia yang
keadilan dan kemanusiaan yang luas dan sama
besar dan abadi” iaitu ketika zamannya untuk
berhak dan adil, bukan sekali-kali kebangsaan
hidup bebas dan mengecap merdeka.
yang sempit, jauh sejauh-jauhnya dari berbau
perkauman dan perasaan kolot dan kuno." 4 Saya justeru melihat ada masalah dalam
pandangan pembentang tentang konsep
“Islam memandang kebangsaan itu sebagai
kebangsaan Melayu Dr Burhanuddin ini. Apa
suatu alat bukan tujuan. Kebangsaan hendaklah
yang pasti ialah beliau tidak petik petikan
mengambil tempat yang sederhana dan bulat
pertama dan kedua diatas. Pembentang saya lihat
sebagai suatu lambang yang boleh menarik dan
seakan cuba menisbahkan kebangsaan Melayu
menyatukan suatu bahagian tenaga untuk
sebagai ‘milik’ orang-orang Melayu.
mencapai cita-cita mulia yang besar dan abadi,
Kebangsaan Melayu seperti dalam tafsiran beliau
sebagaimana Islam memandang dunia bukan
adalah untuk menghimpunkan dan menyatukan
tujuan tetapi hanya satu alat atau tunggangan
orang-orang Melayu. Jika Dr Burhanuddin
yang menyampaikan ke akhirat.” 5
berpendapat seperti beliau, beliau tidak akan
Yang pertama menurut Dr Burhanuddin, ideologi membawa PKMM keluar dari UMNO pada Jun
kebangsaan Melayu bukan eksklusif untuk orang 1946 yang Prof Ramlah Adam gambarkan
Melayu. Ianya bukan “dibina semata-mata sebagai “kali pertama dan terakhir orang-orang
kerana seseorang itu bangsa Melayu atau Melayu seluruhnya bersatu dalam sejarah
bapanya Melayu, datuknya Melayu”. Tetapi mereka”.6 Hal ini jelas kerana apa yang
ianya menerima sesiapa yang mempunyai diinginkan beliau “bukan sekali-kali kebangsaan
pertalian dengan tanah ini dan sanggup pula yang sempit’ dan jauh sekali “sejauh-jauhnya
memakai ideologi kebangsaannya serta dari [kebangsaan] berbau perkauman dan
menumpahkan taat setia kepada tanah ini. Dr perasaan kolot dan kuno." Beliau inginkan
Burhanuddin sudah lama menerima kemajmukan kesatuan dan himpunan bukan sahaja Melayu
tetapi seluruh warga Tanah Melayu tanpa lupa kepada bangsanya. Benar seperti kata
mengira ras yang sanggup untuk bergabung pembentang, kita tidak boleh mengharapkan
dibawah satu ideologi kebangsaan yang baru. bangsa lain untuk memajukan bangsa kita. Sebab
itu Dr Burhanuddin terlibat secara langsung
dalam organisasi seperti LEPIR (Lembaga
Cita-cita identiti negara bangsa baru buat Pendidikan Rakyat), PEPERMAS (Pusat
Tanah Melayu. Perekonomian Melayu Se-Malaya) dan MATA
(Majlis Tinggi Agama).8 Ini adalah antara usaha
Jalan yang mahu dirintis oleh Dr Burhanuddin ini
beliau untuk membantu kaumnya sendiri dalam
bukan mudah. Sebab itu beliau dizamannya
aspek pendidikan, ekonomi dan agama.
diberikan gelaran seperti komunis, radikal, kiri
dan sebagainya. Ideologi kebangsaan Melayu Saya justeru setuju dengan kata pembentang
yang menerima semua bangsa dengan “sama “kita tidak boleh mengharapkan bangsa lain
berhak dan adil” pasti tidak akan disukai gologan untuk memajukan bangsa kita”. Tapi intonasi
elit dan feudal Melayu yang mendapat tempat pembentang saya lihat seakan mengarahkan
kerana sokongan dan dokongan dari majoriti kenyataan ini kepada kita tak boleh
kaum Melayu. Golongan-golongan ini justeru mengharapkan bangsa lain untuk bersama
memerlukan ideologi berasaskan perkauman memajukan negara ini. Pertama sekali, kalau ini
untuk terus mandiri. Jadi Dr Burhanuddin yang beliau maksudkan saya fikir beliau perlu
sememangnya radikal, kerana dia mencabar akar kembali kezaman dahulu kerana samaada dia
masalah masyarakat Melayu: pengaruh mahu atau tidak, hampir 50% populasi di negara
feudalisme yang menebal. Cita-cita identiti ini terdiri daripada bukan Melayu. Mereka-
bangsa Dr burhanuddin ini saya lihat mirip mereka ini lahir disini dan tidak pernah mengenal
kepada idea bangsa Indonesia yang berteraskan tanah air lain melainkan bumi ini. Mereka telah
pancasila. Hal ini mungkin jika dilihatkan kepada mempunyai hubungan dengan “tabiat semula jadi
pengaruh gerakan kemerdekaan Indonesia kedudukan bumi, keturunan pusaka, kebudayaan
kepada masyarakat di Tanah Melayu pada zaman baka dan penduduk hak mutlak bumi pertiwi
itu. [Malaysia] ini”. Ini justeru merupakan negara
kita bersama. Mereka adalah rakyat tanah air ini
Tapi tidak dinafikan bahawa Dr Burhanuddin
tidak lebih dan tidak kurang daripada kita
melihat ke-Melayuan (dalam ertikata yang besar)
merupakan rakyat tanah air ini. Kenapa pula
perlu menjadi teras dalam ideologi kebangsaan
mereka tidak boleh bersama memajukan negara
yang baru ini. Contohnya dalam isu bahasa
ini? Kalau hanya kerana berbeza kaum, itu adalah
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
satu kenyataan yang jijik dan rasis.
rasmi persekutuan misalnya. Ahmad Boestamam
menulis bahawa ini adalah antara isu yang hangat Dr Burhanuddin berfikir lebih jauh dari itu.
dan lama diperdebatkan dalam gabungan Beliau pragmatik, berpijak pada realiti dan
PUTERA-AMCJA dalam mengusulkan menerima hakikat kemajmukan masyarakat di
perlembagaan alternatif kepada British yang zamannya. Beliau lihat kaum lain merupakan
kemudiannya dikenali sebagai Perlembagaan ‘stakeholder’ yang penting buat negara ini.
Rakyat 1947.7 Dan Dr Burhanuddin tidak pernah Untuk mendiamkan dan melupakan peranan
mereka dalam negara ini adalah satu kesilapan menakjubkan kerana penglibatan pihak yang
dan jenayah yang besar. Tetapi untuk pelbagai didalamnya, tapi tetap jelas dapat dilihat
membentuk sebuah negara bangsa yang baru bahawa sebahagian isi perlembagaan ini dapat
dalam kemajmukan ini ia berkehendakkan menggambarkan ideologi kebangsaan yang
kepada satu ideologi kebangsaan yang inklusif diingini oleh Dr Burhanuddin.
yang tidak mengenepikan kepentingan majoriti
The PUTERA was formed on the basis of ten
dan tidak pula menafikan kepentingan minoriti.
principles, the first six being identical with those
Beliau tidak pernah meminta kaum lain untuk
of the A.M.C.J.A., while the remaining four were:
memajukan kaumnya - dia boleh lakukannya
that Malay should be the official language of the
sebagaimana dia telah pun melakukannya. Tapi
country; that Foreign Affairs and Defence of the
apa yang dia minta adalah supaya seluruh warga
country should be the joint responsibility of the
Tanah Melayu – tanpa mengira ras, datang
government of Malaya and His Majesty’s
bersama dan sama-sama membantu untuk
Government; that the term “Melayu” should be
membina negara baru ini.
the title of any citizenship or national status in
Malaya; and that the national flag of the country
should incorporate the Malay national colours. 9
Peranan dalam Gabungan AMCJA-PUTERA
Lihat, salah satu dari cadangan PUTERA itu
1946-47 adalah antara zaman kemuncak gerakan
ialah “Melayu” dirujuk sebagai status
kiri di Tanah melayu. Pertama adalah dengan
kewarganegaraan dan rupabangsa kebangsaan di
pembentukan Gabungan AMCJA-PUTERA
Tanah Melayu. Berlainan dengan apa yang
yang menghimpunkan gerakan-gerakan kiri
dicadang UMNO-British:
seluruh Tanah Melayu. PUTERA (Pusat Tenaga
Raa’ayat) secara ringkas menghimpunkan The form of citizenship proposed under the new
badan-badan kiri yang dianggotai oleh orang Constitution is not a nationality. It will not, for
Melayu dan AMCJA (All-Malaya Council for example, affect or impair, in any respect
Joint Action) pula dianggotai badan-badan kiri whatsoever, the status of British subjects in the
yang dianggotai oleh orang bukan Melayu. Settlements or the status of subjects of the Rulers
PUTERA diterajui oleh Dr Burhanuddin dan in the Malay States.10
AMCJA oleh Tun Tan Cheng Lock. Gabungan
Maksudnya ialah ianya satu jenis
AMCJA-PUTERA pada Ogos 1947 telah
kewarganegaraan dengan dikekalkan rupabangsa
mengusulkan apa yang digelar sebagai
kebangsaan masing-masing (Melayu, Cina,
Perlembagaan Rakyat sebagai alternatif kepada
India). Kerana dalam cadangan ini
Perlembagaan Persekutuan UMNO-BRITISH.
kewarganegaraan dan kebangsaan merujuk
Ini adalah fakta sejarah. Bahawa Dr Burhanuddin kepada dua perkara berbeza.
sudah lama menerima kemajmukan negara ini.
Inilah bagi saya lebih tepat menggambarkan apa
Dia tiada masalah bergabung dan bersama
yang dimaksudkan dengan kebangsaan Melayu
dengan kaum-kaum lain untuk menggubal masa
sepertimana yang diperkatakan Dr Burhanuddin.
hadapan negara ini. Walaupun perlembagaan ini
Pluralistik, inklusif dan terbuka. Melayu dalam
terhasil dengan kompromi – yang tidak
ertikata kebangsaan Melayu adalah Melayu
dalam pengstilahan politik yang lebih besar mengecap kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Jadi
bukan hanya bermaksud orang Melayu. apakah yang tinggal dari perjuangannnya buat
“Melayu” ialah mereka yang menerima Tanah masa ini? Jelas sekali kita masih belum dapat
Melayu sebagai tanah airnya dan bersedia keluar sebagai sebuah bangsa Malaysia yang
menumpahkan taat setianya atau seperti yang utuh. Tanah kita sudah merdeka tapi pemikiran
diperkata Dr Burhanuddin bersedia untuk kita masih terbelenggu dalam perangkap politik
“bersatu padu dalam ideologi kebangsaannya”. perkauman yang sempit. Inilah masalah yang
tidak selesai sejak zaman Dr Burhanuddin hingga
zaman kini.
Negara Melayu 1948, Malaysia 1964
Dr Burhanuddin mahu kita walau berbeza kaum
Negara Melayu. Inilah konsep yang pembentang bermimpi menjadi satu bangsa. Orang mungkin
kelihatan terkesima dan kelihatannya tidak menghalang kita membentuk realiti ini tetapi
terkata mendengarnya. Kalau beliau betul tiada siapa yang mampu menghalang kita untuk
memahami semangat zaman ketika itu, ini terus bermimpi.
hakikatnya bukanlah satu perkara yang luar
“Maka wujud kebangsaan Melayu kita ini,
biasa. Kita tidak perlu hairan apabila Dr
tidaklah sumbang atau ganjil, malah tepat dan
Burhanuddin merujuk kepada pengsitilahan
betul seperti juga pendirian Ghandi, penganjur
seperti Kebangsaan Melayu, status
besar India dengan kebangsaan Indianya pun
kewarganegaraan sebagai Melayu dan Negara
ada berkata: ‘Saya seorang nasionalis tetapi
Melayu. Hal ini kerana, ketika ini kita sudah
nasionalisme saya ialah kemanusiaan’” 11
patutnya faham apa yang dimaksudkan Dr
Burhanuddin dengan “Melayu”. Ianya yang pasti Rasanya pembentang dapat bersetuju dengan
“bukan sekali-kali kebangsaan yang sempit”. saya bahawa banyak perkara lagi yang perlu kita
Melayu disini lebih merujuk kepada satu prinsip, merdekakan di negara ini. Ayuh kita bersama-
satu ideologi, satu semangat kebangsaan yang sama berubah dan bertempik, merdeka!
baru.

Perlu dijelaskan bahawa kebanyakan tulisan


Catatan kaki:
beliau dibuat sebelum merdeka. Walaupun Dr
Burhanuddin berbeza tentang idea penubuhan 1. Rujuk video YouTube, Burhanudin Al-
Malaysia, tetapi hal yang beliau utarakan lebih Helmi, Politik Melayu & Islam. Pautan:
https://www.youtube.com/watch?v=k8VqH
kurang seperti konsep bangsa Malaysia dari segi
xakmvY&list=UU_nZ1Q6G_wLrPxZhcPD
ruhnya. Pada tahun 1963, ia mungkin dikenali 9TfA
sebagai Kebangsaan Malaysia, warganegara
Malaysia dan Negara Malaysia. 2. Lihat Howard Zinn dan Anthony Arnove.
Howard Zinn Speaks : Collected Speeches,
1963-2009. Chicago, Ill.: Haymarket Books,
Melempar Tenaga ke Masa Kini 2012, halaman 95.

Perjuangan Dr Burhanuddin mungkin dikira 3. Lihat Burhanuddin Al-Helmy. Falsafah


sebagai sudah tamat setelah Tanah Melayu Kebangsaan Melayu (1954), halaman 7-10.
4. Ibid, halaman 74.

5. Ibid, halaman 44.

6. Lihat video YouTube, Bukit Kepong: Siapa


wira Sebenar? -- Prof Ramlah Adam (part
1), minit ke 7:24 – 7:30. Pautan:
https://www.youtube.com/watch?v=7csz7iIo
YTU

7. Lihat Ahmad Boestamam, Merintis Jalan ke


Puncak (1972) didalam Memoir Ahmad
Boestamam: Merdeka dengan Darah dalam
Api, Penerbit UKM, 2004.

8. Untuk penglibatan Dr Burhanuddin dalam


organisasi-organisasi ini, lihat analisa
sumbangan beliau dalam pembangunan
ekonomi politik Islam di Malaysia melalui
carian di repositori jurnal tempatan atau
Google.

9. Lihat The People’s Constitutional Proposals


for Malaya. Kuala Lumpur: Ta Chong Press
Co., Nov. 1947, halaman 3-4.

10. Lihat Summary of Constitutional Proposals


for Malaya. Malayan Union Government
Press Kuala Lumpur: H. T. Ross
Government Printer, 1946, halaman 6

11. Lihat Burhanuddin Al-Helmy. Falsafah


Kebangsaan Melayu (1954), halaman 91.

Anda mungkin juga menyukai