Anda di halaman 1dari 5

Disediakan oleh : Cikgu yie@ SMK Merpati

MODUL EKSPERIMEN
SET 1

EKSPERIMEN BERFOKUS

 Inersia (T4)
 Hukum Hooke (T4)
 Pembiasan cahaya (T4)
 Hukum Ohm (T5)

TARIKH : 27 FEB 2016


HARI : SABTU
TEMPAT : MAKMAL FIZIK 2
NAMA :

KELAS :

TARGET FIZIK SPM :

* Sila hantar laporan amali (PEKA) untuk SEMUA eksperimen di dalam modul ini
pada 28 MAC 2016 (ISNIN). Sebarang kelewatan penghantaran laporan ini
TIDAK akan dilayan.
EKSPERIMEN 1 : INERSIA

Tujuan : Mengkaji hubungan antara jisim dengan inersia


Inferens : Inersia bergantung kepada jisim
hipotesis : Semakin jisim tinggi semakin tinggi inersianya
Pemboleh ubah :
i) Manipulasi : Jisim plastisin
ii) Bergerak balas : Tempoh ayunan bilah bergaji
iii) Dimalarkan : Ketebalan bilah gergaji
Definisi secara : Petunjuk inersia objek adalah tempoh ayunan. Semakin besar tempoh ayunan,
operasi (pilihan) semakin besar ayunan
Radas / bahan : Bilah bergaji, pengapit-G, Jam randik/ digital, plastisin, penimbang
Prosedur : 1. Neraca inersia disusun seperti rajah di bawah.

2. Bilah gergaji diapitkan secara mengufuk pada kaki meja menggunakan


pengapit-G
3. Seketul plastisin berjisim 30 g diletakkan pada hujung bebas bilah gergaji itu
4. Bilah bergaji itu disesarkan sedikit dan dilepaskan supaya bilah bergaji
berayun
5. Masa untuk 10 ayunan lengkap dicatatkan.
6. Eksperimen diulang dengan menggunakan plastisin 40g, 50g, 60 g dan 70 g.
7. Graf tempoh ayunan melawan masa diplotkan.
Merekod data :
Jisim Masa untuk 10 ayunan Tempoh masa, T, (s)
plastisin,m, (g) lengkap, t (s)
T=
30
40
50
60
70
Menganalisis : Graf tempoh ayunan melawan masa diplotkan.
data
Perbincangan : 1. Apakah hubungan antara tempoh ayunan suatu objek dengan inersianya?
2. Berdasarkan graf anda, apakah tempoh ayunan suatu objek dengan jisim?
3 Jika jisim objek kecil, apakah yang berlaku kepada inersianya?
Langkah :
berjaga-jaga
kesimpulan :
EKSPERIMEN 2 : KEKEYALAN

Tujuan : Mengkaji hubungan antara daya dan pemanjangan spring


Inferens : Pemanjangan spring bergantung kepada daya yang dikenakan
hipotesis : Semakin besar daya yang dikenakan, semakin besar pemanjangan spring
Pemboleh ubah :
i) Manipulasi : Daya (berat)
ii) Bergerak balas : Pemanjangan spring
iii) Dimalarkan : Jenis spring
Definisi secara : Pemanjangan spring = panjang spring yang diregang – panjang asal spring
operasi (pilihan)
Radas / bahan : Pembaris meter, kaki retort dan pengapit, pengapit –G, spring, jisim pemberat
berslot, pin
Prosedur : 1. Radas dan bahan disusun seperti rajah di bawah.

2. Kedudukan awal pin ketika tiada pemberat berslot ditanda pada pembaris
meter dan dicatat bacaannya. (panjang asal spring,)
3. Jisim pemberat berslot 20 g dilekatkan pada hujung spring dan kedudukan
baru pin diambil bacaannya. (panjang spring yang diregang)
4. Pemanjangan spring, x dikira dengan menggunakan rumus:
Pemanjangan spring, x = panjang spring yang diregang – panjang asal spring
5. Eksperimen diulang dengan menggunakan jisim pemberat berslot 40g, 60g,
80 g dan 100 g
6. Graf pemanjangan spring melawan daya diplotkan.
Merekod data :
Jisim pemberat 20 40 60 80 100
berslot, m (g)
Daya (berat),
F, (N)
Pemanjangan
spring,x (cm)

Menganalisis : Graf pemanjangan spring melawan daya diplotkan.


data
Perbincangan : 1. Apakah hubungan antara daya dengan pemanjangan spring?
2. Kira kecerunan graf yang diplot.
3 Menggunakan hukum Hooke, kirakan pemalar spring berdasarkan keputusan
eksperimen yang diperoleh.
Kecerunan graf, m = 1/K, di mana K adalah pemalar spring.

Langkah :
berjaga-jaga
kesimpulan :
EKSPERIMEN 3 : PEMBIASAN CAHAYA

Tujuan : Mengkaji hubungan antara sudut tuju dan sudut bias bagi cahaya yang bergerak
dari medium yang berlainan.
Inferens : Sudut biasan bergantung kepada sudut tuju
hipotesis : Semakin besar sudut tuju, semakin besar sudut tuju.
Pemboleh ubah :
i) Manipulasi : Sudut tuju, i
ii) Bergerak balas : Sudut biasan, r
iii) Dimalarkan : Indek biasan bongkah kaca.
Definisi secara : Sudut tuju adalah sudut antara sinar tuju dengan garis normal
operasi (pilihan) Sudut biasan adalah sudut antara sinar biasan dengan garis normal
Radas / bahan : Bongkah kaca semi bulatan, kotak sinar / pen laser, protraktor,pembaris, pensel,
kertas putih.
Prosedur : 1. Radas dan bahan disusun seperti rajah di bawah.

2. Garisan bongkah kaca semi bulatan disurih di atas sekeping kertas putih dan
pusat bongkah kaca ditanda dengan O.
3. Blok kaca dialihkan. Dengan bantuan protraktor dan pembaris, garis normal
dilukis dan sudu tuju, i = 15o, 30o, 45o, 60o, 75o ditandakan pada kertas putih.
4. Bongkah kaca diletakkan semula pada kedudukan asal dan kotak sinar / pen
laser diarahkan pada sudut tuju, i =15o
5. Kedudukan sinar biasan terhasil ditanda. Bongkah kaca dialihkan dan sudut
biasan, r diukur dengan protaktor. Nilai direkodkan.
6. Eksperimen diulang untuk sudut tuju,i = 30o, 45o, 60o, 75o
7. Graf sin i melawan sin r diplotkan.
Merekod data :
Sudut tuju, i (o) 15 30 45 60 75
Sudut tuju, r (o)
Sin i
Sin r

Menganalisis : Graf sin i melawan sin r diplotkan.


data
Perbincangan : 1. Apakah hubungan antara sin i dengan sin r?
2. Kira kecerunan graf yang diplot.
3 Apakah kuantiti fizik yang diwakili oleh kecerunan graf?
4 Berdasarkan graf yang diperoleh, berapakah indek biasan bagi bongkah kaca
semi bulatan yang digunakan?
Langkah :
berjaga-jaga
kesimpulan :
EKSPERIMEN 4 : HUKUM OHM

Tujuan : Mengkaji hubungan antara arus,I dengan beza keupayaan,V bagi konduktor ohm.
Inferens : Beza keupayaan, V bergantung kepada arus, I yang melalui kondutor ohm
hipotesis : Semakin besar arus, I yang mengalir melalui konduktor ohm semakin besar beza
keupayaan, V.
Pemboleh ubah :
i) Manipulasi : Arus, I
ii) Bergerak balas : Beza keupayaan, V
iii) Dimalarkan : Ketebalan dawai konduktor ohm
Definisi secara : Arus adalah bacaan ammeter manakala beza keupayaam adalah bacaan
operasi (pilihan) voltmeter.
Radas / bahan : Pemegang bateri, ammeter (0-1A), voltmeter (0-5V), rheostat, dawai
penyambung, suis dan 10 cm dawai konstantan (konduktor ohm)
Prosedur : 1. Radas dan bahan disusun seperti rajah di bawah.

2. Suis dipasang dan reostat dilaraskan sehingga ammeter membaca arus, I =


0.3 A
3. Bacaan beza keupayaan, V diambil daripada voltmeter. Bacaan direkodkan
4. Eksperimen diulang dengan menggunakan arus, I = 0.4 A, 0.5 A, 0.6 A dan
0.7 A.
5. Graf beza keupayaan, V melawan arus, I diplot.
Merekod data :
Arus, I (A) 0.3 0.4 0.5 0.6 0.7
Beza
keupayaan,V
(v)

Menganalisis : Graf beza keupayaan, V melawan arus, I diplot.


data
Perbincangan : 1. Apakah hubungan antara beza keupayaan, V dengan arus, I bagin konduktor
ohm?
2. Kira kecerunan graf yang diplot.
3 Apakah kuantiti fizik yang diwakili oleh kecerunan graf?
4 Berdasarkan graf yang diperoleh, berapakah nilai rintangan bagi dawai
konstatan yang digunakan?
Langkah :
berjaga-jaga
kesimpulan :

Anda mungkin juga menyukai