Anda di halaman 1dari 14

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/319852084

Membangunkan Pendekatan Bersepadu Pendidikan STEM di Malaysia

Research · September 2017


DOI: 10.13140/RG.2.2.19846.06723

CITATIONS READS
0 2,930

1 author:

Muhammad Abd Hadi Bunyamin


Universiti Teknologi Malaysia
23 PUBLICATIONS   7 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Matching PCK with Instructional Practices: Amplifiers and Filters of Physics Teaching View project

Integrated STEM Education in Malaysia View project

All content following this page was uploaded by Muhammad Abd Hadi Bunyamin on 17 September 2017.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


1

Membangunkan Pendekatan Bersepadu Pendidikan STEM di


Malaysia
Muhammad Abd Hadi Bunyamin
University of Minnesota-United States
Universiti Teknologi Malaysia
Email: bunya002@umn.edu; mabhadi@utm.my

Pendahuluan
Cabaran terkini bagi meningkatkan tahap kecelikan Sains
dalam kalangan pelajar Malaysia sedang menjadi perbualan hangat
dalam arena pendidikan khususnya bagi kementerian yang
bersangkutan dengan isu ini iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), dan Kementerian
Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI). Dalam hal ini, tahap
kemasukan pelajar ke dalam aliran Sains yang rendah serta
pencapaian yang rendah dalam penilaian antarabangsa seperti
Program for International Student Assessment (PISA) dan Trends in
the International Mathematics and Science Study (TIMSS) menjadi
isu yang hebat diperkatakan.
Menurut Chew Cheng Meng, Noraini Idris, dan Leong Kwan Eu
(2014), nisbah kemasukan ke bidang Sains berbanding Sastera
masih belum mencapai target yang diletakkan oleh Kerajaan
Malaysia. Kerajaan meletakkan sasaran 60% kemasukan ke bidang
Sains dan 40% untuk bidang Sastera. Sejak diperkenalkan idea
STEM (science, technology, engineering and mathematics), nisbah
ini menampakkan peningkatan. Yang Amat Berhormat (YAB)
Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak berkata, nisbah kini
2

mencapai 42% untuk bidang STEM dan selebihnya 58% untuk


sastera (Mergawati Zulfakar, 2014). Pengenalan bidang STEM
bersepadu dalam sistem pendidikan sedia ada telah sedikit sebanyak
dapat meningkatkan nisbah kemasukan ini dengan mengambil kira
juga bidang teknikal, namun masih belum mencapai sasaran 60%
tersebut.
Dalam isu PISA dan TIMSS, kedua-dua penilaian antarabangsa
menunjukkan pelajar Malaysia masih di bawah tahap purata yang
diletakkan oleh Organization for Economic Cooperation and
Development (OECD) dan International Association for the
Evaluation of Educational Achievement (IEA). Jadual 1 dan 2
memperincikan hal ini.

Jadual 1: Pencapaian dalam PISA bagi subjek Sains


PISA/Tahun Purata OECD Purata Skor
Malaysia
PISA 2009 501 422
PISA 2012 501 420

Jadual 2: Pencapaian dalam TIMSS bagi subjek Sains


TIMSS/Tahun Purata IEA Purata Skor
Malaysia
TIMSS 1999 500 492
TIMSS 2003 500 510
TIMSS 2007 500 471
TIMSS 2011 500 426
3

Pencapaian yang rendah ini harus dijadikan asas untuk kerajaan dan
para pendidik Sains untuk sama-sama memperbaiki polisi,
pelaksanaan PDP Sains, dan mengambilkira jurang pencapaian
murid.
Seperkara lagi, Kamaleswaran, Rohaida Mohd Saat dan Rose
Amnah Abdul Rauf (2014) serta Kamisah Osman dan Rohaida Mohd
Saat (2014) menyifatkan bahawa kekurangan pelajar dalam bidang
Sains berfaktorkan kepada kelemahan dalam kurikulum Sains, laluan
kerjaya Sains yang kurang menarik di Malaysia, serta kurangnya
insentif diberikan untuk murid bagi mengambil jurusan Sains sewaktu
tingkatan empat. Realiti ini diperkuatkan dengan dapatan kajian
Kamaleswaran et al. (2014) yang mendapati bahawa kurangnya
kajian dilakukan terhadap bidang pendidikan STEM bersepadu
(integrated STEM). Menurut mereka, kebanyakan penyelidik
membuat kajian tentang pendidikan STEM secara terpisah mengikut
empat disiplin ilmu dalam idea STEM tersebut.

Persoalan Mendasar
Senario yang melibatkan tahap kemasukan murid ke dalam
bidang STEM dan juga pencapaian pelajar Malaysia dalam PISA dan
TIMSS harus dilihat sebagai cabaran besar untuk ditangani oleh
kerajaan dan para pendidik Sains. Setelah dianalisis sukatan
pelajaran subjek Sains bagi sekolah rendah dan menengah, didapati
bahawa unsur-unsur Kejuruteraan dalam pengajaran dan
pembelajaran (PDP) Sains tidak dinyatakan secara jelas. Hal ini
mudah difahami kerana sukatan pelajaran sedia ada digunakan sejak
tahun 2005. Namun, menarik untuk diperkatakan bahawa Pelan
4

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah


mengusulkan pendekatan STEM.
Kesemuan permasalahan ini memerlukan tindakan konkrit
untuk penyelesaian. Dalam hal ini, idea STEM perlu diperkemaskan
dengan melaksanakan idea STEM yang bersifat merentas disiplin
atau interdisciplinary. Memasukkan unsur Kejuruteraan dalam PDP
Sains mampu membina minat murid terhadap Sains kerana
Kejuruteraan menyediakan platform kepada murid untuk mengaitkan
Sains dengan pengalaman harian. Bybee (2010) dan Roehrig,
Moore, Wang, dan Park (2012) menyokong hal ini. Menurut mereka,
unsur Kejuruteraan mampu meningkatkan keterlibatan murid dalam
PDP Sains melalui pendekatan Rekabentuk Kejuruteraan
(Engineering Design) serta meningkatkan minat murid terhadap
Sains itu sendiri. Pendirian ini diambil berdasarkan keyakinan
bahawa Sains dan Kejuruteraan adalah tidak terpisah dan harus
diajar secara bersepadu dengan penggunaan Rekabentuk
Kejuruteraan.
Namun, apakah cara untuk Sains dan Kejuruteraan ini
diintegrasikan dengan lebih baik? National Research Council (2012)
di Amerika Syarikat mencadangkan penggunaan dokumen Next
Generation Science Standard (NGSS) (2013) bagi mendidik guru dan
murid tentang PDP bersepadu Sains dan Kejuruteraan.

Unsur-unsur Pengintegrasian Sains dan Kejuruteraan


Berdasarkan NGSS, lapan perkara telah dicadangkan bagi
memperbaharui pendekatan PDP Sains. Lapan perkara tersebut
ialah:
5

(1) Mengajukan persoalan (Sains) dan mendefinisikan masalah


(Kejuruteraan).
(2) Membangun dan menggunakan model.
(3) Merancang dan melaksanakan penyiasatan.
(4) Menganalisis dan menghuraikan data.
(5) Menggunakan kaedah pemikiran matematik.
(6) Membina penerangan (Sains) dan merekabentuk
penyelesaian (Kejuruteraan).
(7) Melibatkan diri dalam penghujahan berasaskan bukti.
(8) Memperoleh, menilai, dan mengkomunikasikan maklumat.

Kelapan-lapan pendekatan PDP ini dilihat mampu


mengintegrasikan Sains dan Kejuruteraan dalam kerangka yang lebih
bersepadu (integrated). Kesemua lapan pendekatan ini juga dilihat
selari dengan 4M yang telah diusulkan dalam PPPM 2013-2025 iaitu
Membaca, Menulis, Mengira, dan Menaakul. Unsur menaakul yang
merupakan unsur terbaru dalam PDP amat jelas dalam kerangka
lapan perkara yang dicadangkan dalam NGSS. Ia terlihat dalam
perkara ke-7 dan perkara ke-8.

Cabaran dalam Pengintegrasian Sains dan Kejuruteraan


Memandangkan pengintegrasian ini relatifnya masih baru
dalam konteks Malaysia, terdapat beberapa cabaran yang perlu
ditangani terlebih dahulu oleh pihak kerajaan dan pendidik Sains
sebelum melaksanakan perkara ini. Purzer, Moore, Baker, and
Berland (2014) mengusulkan 3 perkara:
6

(1) Pembangunan profesional guru Sains dan program


persediaan bakal guru Sains.
(2) Pembangunan dan capaian terhadap kurikulum baru dan
sumber-sumber rujukan PDP bersepadu Sains dan
Kejuruteraan.
(3) Pentaksiran.

Untuk cabaran pertama, rata-rata guru Sains di Malaysia masih


belum dibiasakan dengan pendekatan PDP Sains yang
mengintegrasikan Sains dan Kejuruteraan. Hal ini dapat difahami
kerana program persediaan guru tidak memberikan dedahan yang
cukup terhadap pendekatan PDP sebegini kepada bakal-bakal guru
subjek Sains. Oleh itu, guru-guru dan bakal guru Sains harus
diberikan latihan yang cukup bagi melaksanakan pendekatan PDP
Sains yang baru ini. Jika dilihat kepada beberapa sumber di Internet,
banyak laman web yang boleh digunakan oleh guru untuk
mempelajari pendekatan PDP ini. Ia termasuklah Khan Academy,
TED, mahupun Classroom 2.0. Pembelajaran secara berterusan ini
dilihat mampu memperkuatkan profesionalisme pengajaran mereka
dan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan bagi program Latihan
dalam Perkhidmatan (LDP). Perubahan cara berfikir guru Sains
adalah penting bagi mendidik mereka menjadi pendidik yang cintakan
ilmu dan berusaha sendiri meningkatkan kualiti PDP mereka.
Untuk cabaran kedua, keperluan terhadap kurikulum Sains
yang baru dilihat mustahak untuk merealisasikan PDP Sains yang
mengintegrasikan unsur Kejuruteraan. Dalam hal ini, Purzer et al.
(2014) mencadangkan bahawa kurikulum Sains yang baru harus
7

secara jelas menyatakan komponen Kejuruteraan dalam PDP Sains.


Selain itu, kurikulum baru Sains harus dibina berasaskan kajian-
kajian empirikal yang dibuat oleh penyelidik Sains di dalam dan di
luar negara. Kurikulum Sains yang baru ini harus juga mendidik murid
untuk berfikir secara kritikal melalui pertuturan dan penulisan. Hal ini
dilihat sejajar dengan idea kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
Dalam membina kurikulum baru Sains ini, kerajaan harus mengambil
masa yang cukup untuk membina perhubungan dengan semua pihak
yang berkenaan (stakeholders). Kepakaran tempatan di institusi
pendidikan tinggi awam dan swasta di Malaysia harus dimanfaatkan
untuk kebaikan bersama.
Bagi cabaran ketiga, pentaksiran dilihat sebagai perkara yang
paling menjadi bualan ramai. Berdasarkan pengalaman kerajaan
melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), pentaksiran
boleh menjadi rumit kerana melibatkan angka-angka dan
penghuraian pencapaian murid yang kompleks. Purzur et al. (2014)
mencadangkan agar pentaksiran PDP Sains dan Kejuruteraan harus
membina pentaksiran berskala kecil (dalam bilik darjah dan sekolah)
serta berskala besar (peringkat daerah, negeri, dan nasional). Untuk
itu, latihan untuk guru subjek Sains bagi melaksanakan pentaksiran
sebegini adalah perlu. Pensyarah dan penyelidik pendidikan Sains
juga harus mengambil peranan membantu kerajaan membina
pentaksiran berskala kecil dan besar ini. Hal ini memerlukan
dokongan ramai pihak termasuk ibu bapa kerana ibu bapa tentunya
mahukan anak-anak mereka tidak terpinggir dengan pentaksiran
sebegini.
8

Sungguhpun begitu, kerajaan sebenarnya telahpun membina


asas yang kukuh untuk pelaksanaan STEM bersepadu tatkala
memperkenalkan PBS. Sungguhpun PBS dilihat mendapat beberapa
tentangan, namun keberanian kerajaan untuk merombak sistem
pentaksiran pendidikan ini harus dipuji. Malaysia seharusnya tidak
terlalu bergantung kepada sistem pendidikan berorientasi
peperiksaan. Sebaliknya, murid-murid harus dididik untuk belajar bagi
manfaat kehidupan mereka seterusnya menjadi pelajar pada
sepanjang hayat.

Peluang-peluang dalam pelaksanaan STEM bersepadu


Terdapat dua peluang besar dalam melaksanakan agenda ini.
Pertama, pengenalan PBS telah membuka lembaran baru kepada
pentaksiran pendidikan di Malaysia dengan memberi lebih peluang
kepada guru merekabentuk pentaksiran untuk murid-murid mereka.
Guru kini dilihat mempunyai kuasa yang lebih besar dalam
menentukan soalan-soalan untuk murid berbanding bergantung
kepada peperiksaan nasional seperti Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pentaksiran
Tingkatan Tiga (PT3) misalannya telah memberikan guru lebih
peluang menentukan halatuju pendidikan murid-murid mereka.
Mengambil peluang dari PBS dan PT3 ini, pelaksanaan PDP Sains
dan Kejuruteraan secara bersepadu dilihat mampu dibuat oleh guru.
Ini disebabkan guru menikmati autoriti yang lebih besar dalam
mentaksir murid-murid mereka. PDP Sains dan Kejuruteraan ini
benar-benar menuntut kreativiti guru serta murid untuk membina PDP
yang inovatif, aktif, dan inklusif untuk semua. Guru dan murid harus
9

diberikan autonomi sebegini jika mahu PDP bersepadu Sains dan


Kejuruteraan dijalankan dengan penuh berjaya. PPPM 2013-2025
dilihat menyokong aspirasi ini dengan mengusulkan pendekatan
STEM dalam dokumennya.
Peluang kedua ialah kewujudan badan-badan dan institusi
berkaitan STEM seperti Malaysia Global Science and Innovation
Advisory Council (GSIAC), Malaysia STEM Exploration Centre, dan
Center of Engineering Education (CEE) Universiti Teknologi
Malaysia. Kesemua institusi ini harus diberikan peluang untuk
merangka pendidikan STEM yang lebih baik untuk Malaysia melalui
perkongsian kepakaran dan pengalaman dari dalam dan luar
Malaysia. Kesungguhan YAB Perdana Menteri dalam menghadiri
pertemuan GSIAC di New York, Amerika Syarikat dilihat sebagai
langkah serius oleh pihak kerajaan dalam merealisasikan pendidikan
STEM yang lebih bermutu untuk Malaysia.

Cadangan-cadangan dan Langkah ke Hadapan


Beberapa cabaran dan peluang yang telah dibincangkan di atas
memberikan beberapa panduan untuk membina langkah ke hadapan
untuk memperkasakan pendidikan STEM di Malaysia.
(1) Dalam menggubal kurikulum baru Sains dan pentaksiran
STEM, kerajaan wajar memanfaatkan kepakaran tempatan
dan badan-badan berkaitan STEM.
(2) Melatih secara berterusan guru-guru Sains untuk
melaksanakan PDP Sains dengan pendekatan Engineering
Design melalui program pembangunan profesional perguruan.
10

(3) Mengambilkira maklumbalas semua pihak yang terlibat


(stakeholders) bagi mengurangkan unsur kejutan dan salah
faham tentang pelaksanaan STEM bersepadu.
(4) Melihat kepada kemungkinan berlakunya kekurangan dana
dan peruntukan, integriti pelaksanaan, kekurangan bahan
rujukan STEM bersepadu, kekurangan latihan guru, serta
kekangan masa.
(5) Menjalin perhubungan dengan semua institusi yang
menyediakan program persediaan guru Sains bagi melatih
bakal-bakal guru menggunakan pendekatan PDP STEM yang
bersepadu.
(6) Mempromosikan pendekatan STEM bersepadu di media sosial
seperti Facebook dan Twitter khususnya untuk generasi muda
Malaysia yang gemar menggunakan media sosial ini.
(7) Melihat kepada lapan perkara yang dicadangkan dalam NGSS
dan membuat perubahan atau modifikasi bagi tujuan
pemantapan PDP Sains dan Kejuruteraan secara bersepadu
dalam konteks Malaysia.

Kesimpulan
Penggunaan pendekatan Sains dan Kejuruteraan secara
bersepadu melalui idea STEM dilihat dapat melahirkan generasi
Malaysia yang mampu menjadi pencipta alat, inovatif, dan kreatif.
Pendekatan PDP STEM bersepadu ini memberikan peluang besar
untuk guru dan murid meneroka pendekatan pendidikan yang bersifat
mesra kreativiti dan inovasi serta memperakui potensi murid dalam
mencipta objek dan projek dalam subjek Sains.
11

Zaini Ujang (2010) dan Wahid Omar (2015) menyifatkan


bahawa ekonomi Malaysia harus ditransformasikan untuk menjadi
lebih mapan dengan nilai-nilai budaya inovasi dan kreativiti dalam
kerangka pendidikan. Pada masa hadapan, pendekatan pendidikan
STEM bersepadu ini diharap dapat memacu ekonomi Malaysia yang
lebih mapan berdasarkan ekonomi bertunjangkan inovasi.

Pendekatan STEM bersepadu berupaya merealisasikan


aspirasi Malaysia dalam menjadi negara maju berpendapatan tinggi
pada tahun 2020 melalui sumber-sumber manusia berkualiti dan
menjadi bangsa pencipta. Ia terlihat jelas dalam dokumen Pelan
Transformasi Ekonomi yang mahukan warganegara Malaysia yang
mengungguli Sains dan Kejuruteraan melalui penciptaan.

Rujukan
Achieve. (2013). Next Generation Science Standards. Retrieved from
http://www.nextgenscience.org/next-generation-science-
standards on March 20, 2014.
Bybee, R. W. (2010). Advancing STEM education: A 2020 vision.
Technology and Engineering Teacher, 70(1), 30-35.
Chew, C. M., Noraini Idris., Leong, K. E. (2014). Secondary students’
perceptions of assessments in science, technology, engineering,
and mathematics (STEM). Eurasia Journal of Mathematics,
Science & Technology Education, 10(3), 219-227.
Kamaleswaran, J., Rohaida Mohd Saat., & Rose Amnah Abdul Rauf.
(2014). A review of science, technology, engineering &
mathematics (STEM) education research 1999-2013: A Malaysian
12

perspectives. Eurasia Journal of Mathematics, Science &


Technology Education, 10(3), 155-163.
Kamisah Osman & Rohaida Mohd Saat. (2014). Editorial: Science,
technology, engineering, and mathematics (STEM) education in
Malaysia. Eurasia Journal of Mathematics, Science & Technology
Education, 10(3), 153-154.
Mergawati Zulfakar. (2014). PM: Let’s make STEM cool and aim for
60%. Retrieved from
http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/09/24/PM-Lets-make-
STEM-cool-and-aim-for-60-Ignite-passion-among-the-young-Najib-
says/ on March 20, 2015.
Ministry of Education of Malaysia. (2005). Integrated curriculum for
secondary schools: Curriculum specification of Physics Form 4.
Kuala Lumpur: Curriculum Development Center.
Ministry of Education of Malaysia. (2013). Malaysia Education
Blueprint 2013-2025. Putrajaya: Ministry of Education of Malaysia.
National Research Council. (2012). A framework for K-12 science
education: Practices, crosscutting concepts, and core ideas.
Washington, DC: The National Academies Press.
Purzer, S., Moore, T. J., Baker, D., & Berland, L. (2014). Supporting
the implementation of NGSS through research: Engineering.
Retrieved from https://narst.org/ngsspapers/engineering.cfm
Roehrig, G. H., Moore, T. J., Wang, H.-H., & Park, M. S. (2012). Is

adding the E enough? Investigating the impact of K-12

engineering standards on the implementation of STEM

integration. School Science and Mathematics, 112(1), 31-44.


13

Wahid Omar. (2015). Menerajui inovasi ke arah kemakmuran sejagat.

Skudai: Penerbit UTM Press.

Zaini Ujang. (2010). Budaya inovasi prasyarat Model Baru Ekonomi.

Skudai: Penerbit UTM Press.

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai