Anda di halaman 1dari 7

Penjajahan Kuasa Barat Di Tanah Melayu

Penaklukan Melaka oleh Portugis pada 1511 telah memulakan suatu era baru
campurtangan kuasa Barat di rantau Asia Tenggara khususnya di Tanah Melayu.
Menyedari bahawa rantau Asia Tenggara memiliki kekayaan, khususnya pusat
pengeluaran rempah yang pada masa itu menjadi barang dagangan paling berharga, ini
telah menyebabkan kuasa Barat berlumba-lumba menjelajah ke Asia Tenggara dengan
tujuan untuk mendapatkan dan memonopoli perdagangan rempah, meluaskan pasaran
serta pengaruh politik mereka.

PENAKLUKAN PORTUGISKE ATAS MELAKA (1511–1641)

Kejatuhan Melaka ke tangan orang Portugis pada 1511 telah menandakan berm ulanya
penjajahan kuasa Barat di kepulauan Melayu. Penaklukan Melaka oleh Portugis
berdasarkan kepentingan ekonomi kerana Portugis berhasrat menggunakan pelabuhan
Melaka sebagai pengkalan untuk mengawal kuasa perdagangan mereka di Pulau
Hindia Timur.

Di samping itu, kedatangan Portugis ke Timur adalah bertujuan untuk menghancurkan


agama Islam dan mengembangkan agama Kristian serta memecahkan monopoli
perdagangan yang selama ini dikuasai oleh orang Islam. Orang yang
bertanggungjawab merencanakan strategi menawan Melaka ialah Alfonso d’
Albuquerque.
Bagi mencapai matlamatnya, Albuquerque telah menawan Goa di India pada 1510
untuk dijadikan markas kekuasaan dan gerakan Portugis di Timur. Pada 1509, Lopez
de Sequeira telah dihantar untuk memulakan hubungan dagang dengan Melaka.
Setibanya mereka di Melaka, rombongan de Sequiera telah ditahan.Walau
bagaimanapun, de Sequiera berjaya melarikan diri

dan melaporkan peristiwa tersebut kepada Alfonso.Dengan alasan penahanan


rombongan tersebut, Alfonso telah menghantar angkatan tenteranya untuk menyerang
Melaka. Serangan ke atas Melaka telah dimulakan pada 1 Julai 1511 dan akhirnya
Melaka telah berjaya ditakluki oleh Portugis pada bulan Ogos 1511.

PUNCA KEJATUHAN MELAKA KE TANGAN PORTUGIS

Antara punca utama yang telah dikenal pasti sehingga menyebabkan Melaka berjaya
ditawan oleh Portugis adalah kerana berlakunya pengkhianatan dalam negeri diikuti
dengan ketiadaan Bendahara yang berkaliber seperti Tun Perak, serta kekuatan
angkatan tentera Portugis, khususnya pemilikan senjata moden dan strategi
peperangan yang lebih teratur.

PENAKLUKAN BELANDA KE ATAS MELAKA (1641–1824)

Tekanan yang dihadapi oleh Belanda di Eropah di abad ke- 16 telah menguatkan lagi
azam Belanda untuk menjadi bangsa yang merdeka, berkuasa, kuat dan
berdaulat.Penindasan Sepanyol ke atas Belanda, penutupan pelabuhan Lisbon
terhadap kapal Belanda dan penerbitan buku Itinerario oleh Van Linschoten yang
membongkar rahsia jalan laut dan tempat yang kaya dengan hasil rempah telah
mendorong orang Belanda mengembangkan pengaruh ke rantau Asia Tenggara.

Dalam usaha menyatukan kekuasaan Belanda di Timur, seluruh kapal perniagaan


Belanda yang berdagang di Timur telah digabungkan dan dikenali sebagai Syarikat
Hindia Timur Belanda. Di samping itu, pada 1606, Belanda telah mengikat perjanjian
dengan Negeri Johor untuk membuat pakatan bagi melancarkan serangan bersama ke
atas Portugis di Melaka.

Bagi mengukuhkan kedudukannya pihak Belanda telah berjaya menawan dan


menubuhkan pusat pentadbiran di Betawi. Setelah kedudukannya menjadi bertambah
kukuh, hasrat Belanda untuk menawan Melaka telah diteruskan. Dalam bulan Jun 1640
sehingga Januari 1641, Melaka telah dikepung oleh Belanda dengan bantuan Johor.
Pengepungan yang berterusan ini telah menyebabkan kebuluran yang teruk di
kalangan tentera Portugis dan akhirnya pada 16 Januari 1641, pihak Portugis telah
menyerah kalah tanpa syarat dan Melaka jatuh ke tangan Belanda.

PENYERAHAN MELAKA KEPADA KUASA INGGERIS (SYARIKAT HINDIA TIMUR)


PADA 1795

Menjelang berlakunya Revolusi Perancis, Britain dan Belanda telah membuat satu
perjanjian persahabatan yang memberi hak kepada mana-mana negara tersebut untuk
menduduki tanah jajahan sekiranya negara-negara tersebut terlibat dalam peperangan
dan gagal mengawal tanah jajahan tersebut. Berikutan dengan perjanjian tersebut pihak
Belanda telah membenarkan Inggeris mengambil alih tanah jajahan Belanda, setelah
pihak Belanda telah dikalahkan oleh negara Perancis pada 1795. Dengan perjanjian
tersebut Syarikat Hindia Timur Inggeris telah mengambil-alih tanah jajahan Belanda di
Timur dan pada Belanda telah menyerahkan Melaka kepada kuasa Inggeris. Namun
begitu apabila Perang Napolean telah ditamatkan pada 1815, Melaka telah
dikembalikan semula ke tangan Belanda dan kedudukan ini kekal sehinggalah
termeterainya perjanjian Inggeris-Belanda pada 1824 yang telah menyerahkan Melaka
kepada pemerintahan Inggeris.

PENYERAHAN PULAU PINANG PADA 1786

Pada 1600 pedagang Inggeris telah menubuhkan Syarikat Hindia Timur Inggeris
selaras dengan hasrat untuk memperkembangkan perdagangan mereka di Timur. Pada
permulaan kegiatannya, Inggeris lebih cenderung memusatkan perhatian dan kegiatan
mereka di India. Kehilangan kekuasaan ke atas Amerika akibat Peperangan
Kemerdekaan 1783 telah mendorong Inggeris untuk memperluaskan tanah jajahan
mereka di kawasan Timur. W alaupun Syarikat Hindia Timur Inggeris telah berjaya
menubuhkan loji mereka di Madras dan Benggala pada pertengahan abad ke-18 tetapi
mereka sentiasa terdedah kepada serangan musuh, khususnya Perancis yang sedang
mencari tapak untuk meluaskan penaklukannya di Timur. Menyedari hakikat ini,
Inggeris telah berusaha untuk membangunkan sebuah pelabuhan di Timur Teluk
Benggala. Ini akan membolehkan perdagangan dengan negara China dapat diteruskan.
Inggeris juga cuba mengelak untuk menggunakan pelabuhan Melaka yang terletak di
bawah kekuasaan Belanda.

Penggunaan pelabuhan Bangkahulu pula dianggap tidak menguntungkan kerana


kedudukan pelabuhan tersebut terpisah jauh dari Selat Melaka yang merupakan laluan
perdagangan utama di antara China dengan India.
FRANCIS LIGHT DAN PEMBUKAAN PULAU PINANG PADA 1786

Pada 1771, Francis Light telah mendapat tawaran daripada Sultan Kedah (Sultan
Abdullah) yang membenarkan pihak Inggeris mendirikan pusat perniagaan di mana-
mana kawasan di sepanjang pantai negeri Kedah dengan syarat Inggeris memberi
perlindungan kepada Kedah dalam menghadapi ancaman Siam dan Bugis. Akhirnya
Syarikat Hindia Timur Inggeris dan Sultan Kedah telah mencapai persetujuan yang
membenarkan Syarikat Hindia Timur Inggeris mendirikan penempatan di Pulau Pinang.
Pulau Pinang telah dibuka dengan rasminya pada 11 Ogos 1786. Pulau Pinang telah
dijadikan pelabuhan bebas pada 1788 dan menjelang 1800 suatu perjanjian telah
dibuat, iaitu menyerahkan Seberang Prai kepada pihak Inggeris. Namun begitu Pulau
Pinang tidak dapat membangun dengan pesat. Pulau Pinang yang mengalami
kekurangan pendapatan menyebabkan timbulnya masalah kewangan.Keadaan
diburukkan lagi apabila British telah menguasai Batavia pada 1811 dan seterusnya
pembukaan Singapura pada 1819 telah mengakibatkan kemerosotan Pulau Pinang.

PEMBUKAAN SINGAPURA 1819

Selepas berakhirnya Perang Napoleon di Eropah, Belanda telah kembali berkuasa di


Timur khususnya di Kepulauan Melayu. Selaras dengan konvensyen London pada 13
Ogos 1814, Britain bersetuju untuk memulangkan kesemua tanah jajahan mereka di
Hindia Timur. Belanda juga telah kembali mengawal jalan perdagangan melalui Selat
Melaka dan Selat Sunda dan keadaan ini telah menyebabkan Inggeris terpaksa
mencari alternatif lain dalam mencari kawasan yang strategik bagi meneruskan
perdagangannya. Bagi memastikan kepentingan perdagangan British dengan China
dapat diteruskan, British memerlukan suatu penempatan baru di Kepulauan Melayu
bagi melindungi perdagangannya dengan negeri China. Penempatan tersebut mestilah
memenuhi keperluan tertentu antaranya;
1) Dapat menyediakan kemudahan bagi kapal British berlabuh dan meneruskan
pelayaran ke India dan British;

2) Terletak di tengah-tengah jalan perdagangan bagi kepulauan Melayu. Pulau Pinang


tidak begitu sesuai kerana kedudukannya jauh ke Utara manakala Bangkahulu terpaksa
bersaing dengan Betawi, selain kedudukannya yang terpisah dari jalan perdagangan
antarabangsa;

3) Penempatan tersebut mestilah terletak di luar pengaruh kawasan politik Belanda.


Bagi menjayakan hasrat tersebut, Stamford Raffles telah mendapat kepercayaan untuk
mencari penempatan baru. Dalam bulan Ogos 1818 Raffles telah mengemukakan
cadangan untuk membuka pelabuhan baru di Selatan Selat Melaka. Pada Januari 1819
Raffles dan William Farguhar telah tiba di Singapura dan telah membuat keputusan
untuk mengkaji kemungkinan untuk mendirikan penempatan Inggeris di pulau tersebut.

PERPECAHAN EMPAYAR JOHOR

Singapura merupakan sebahagian daripada Empayar Johor tetapi sehingga


kedatangan Inggeris ke Singapura, tiada penempatan Inggeris di Singapura. Menyedari
kedudukan Singapura yang strategik di samping masalah perebutan tahta antara Sultan
Abdul Rahman (Sultan Johor yang sah di sisi Belanda) dengan Tengku Hussain,
Raffles telah mengiktiraf Tengku Hussain sebagai Sultan Johor yang sah. Akhirnya
pada 6 Januari 1819 satu perjanjian telah ditandatangani yang telah mengesahkan
pendudukan Inggeris di Singapura dan juga mengiktiraf Tengku Hussain sebagai Sultan
Johor. Pendudukan Inggeris di Singapura ini telah menimbulkan bantahan kepada
pemerintah Belanda apatah lagi dengan kemajuan pesat Singapura telah mengancam
kedudukannya daripada penguasaan perdagangan di Selat Melaka.

PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA 1824

Selama lebih daripada 200 tahun, hubungan Inggeris- Belanda di Timur saling berm
usuhan antara satu sama lain. Pembukaan Melaka oleh Raffles pada 1819 telah
membangkitkan lagi kemarahan Belanda ke atas pemerintahan Inggeris.Untuk
memperbaik hubungan antara kedua-dua pihak yang menjadi semakin rumit, beberapa
siri rundingan telah diadakan di antara 1820 hingga 1823. Tetapi rundingan ini gagal
mencari jalan penyelesaian. Sementara itu kemajuan pesat Singapura telah
menyebabkan Inggeris berazam untuk mengekalkan kekuasaan ke atas Singapura.
Setelah beberapa perundingan diadakan, akhirnya satu perjanjian telah dicapai dan
kedua-dua pihak telah memeterai perjanjian yang dikenali juga sebagai perjanjian
London. Tujuan perjanjian ini adalah untuk menamatkan pergeseran yang berterusan
antara kedua-dua belah pihak demi untuk kepentingan masing-masing. Antara perkara
penting yang terkandung dalam perjanjian tersebut ialah Inggeris akan kekal berkuasa
ke atas Singapura, manakala Melaka diserahkan kepada Inggeris dan Bangkahulu
diserahkan kepada Belanda. Dengan termeterainya perjanjian ini, pembahagian kuasa
antara Inggeris dengan Belanda telah disaksikan dan kedudukan politik Inggeris dan
Belanda telah dikukuhkan lagi. Perjanjian 1824 ini juga telah menamatkan sejarah
Empayar Johor, apabila kekuasaannya di kawasan Riau-Lingga terletak di baw ah
pengaruh Belanda. Perjanjian ini juga telah membolehkan Inggeris menguasai Pulau
Pinang, Melaka dan Singapura yang juga dikenali sebagai Negeri Selat

Anda mungkin juga menyukai