Anda di halaman 1dari 121

PENGLIBATAN MAHASISWA SECARA AKTIF DALAM AKTIVITI

SUKARELAWAN DAN KESAN TERHADAP PENCAPAIAN


AKADEMIK: SUATU KAJIAN KES DI FAKULTI SAINS SOSIAL
GUNAAN (FSSG), UNISZA GONG BADAK

Oleh:
MOHAMAD AIZUDDIN BIN ZAMZAM

LATIHAN ILMIAH YANG DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI


SYARAT PENGIJAZAHAN SARJANA MUDA KERJA SOSIAL
DENGAN KEPUJIAN

PUSAT PENGAJIAN KERJA SOSIAL


FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

2017
PERAKUAN HAKCIPTA

Nama :

No Matrik :

Saya dengan ini memperlakukan bahawa Latihan Ilmiah ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali untuk petikan dan ringkasan yang telah diperakui.

Tandatangan: Tarikh:

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang dan atau membuat salinan mana-
mana bahagian bab, ilustrasi atau isi kandungan Latihan Ilmiah ini dalam apa jua bentuk
dan dengan cara apa jua pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanika, rakaman atau
cara lain sebelum mendapat izin bertulis dari Dekan Pusat Pengajian Kerja Sosial, FSSG,
UniSZA.

ii
PERAKUAN PELAJAR
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali petikan, huraian dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah dinyatakan sumbernya. Saya juga menyerahkan hak cipta ini
kepada pihak Pengajian Kerja Sosial, Fakulti Sains Sosial Gunaan, Universiti Sultan Zainal
Abidin bagi tujuan penerbitan jika didapati sesuai.

Tarikh serahan _______________ ____________________

MOHAMAD
AIZUDDIN BIN ZAMZAM

PERAKUAN PENERIMAAN
Setelah diteliti Latihan Ilmiah yang bertajuk Penglibatan Mahasiswa Secara Aktif Dalam
Aktiviti Sukarelawan Dan Kesan Terhadap Pencapaian Akademik: Suatu Kajian Kes
Di Fakulti Sains Sosial Gunaan (Fssg), Unisza Gong Badak yang diusahakan oleh
Mohamad Aizuddin bin Zamzam no. matrik 037338, diterima sebagai memenuhi syarat
Pengijazahan Program Sarjana Muda Kerja Sosial Dengan Kepujian.

Diperakui oleh:

……………………………..

Dr. Mohamad Fauzi bin Abdul Talib

Pusat Pengajian Kerja Sosial

Fakulti Sains Sosial Gunaan

Universiti Sultan Zainal Abidin

Tarikh………………..

iii
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji mengenai penglibatan mahasiswa secara aktif dalam
aktiviti sukarelawan dan kesan terhadap pencapaian akademik di Fakulti Sains Sosial
Gunaan, UniSZA, Rata-rata ramai yang menganggap bahawa menyertai aktiviti sukarelawan
adalah penyumbang utama kepada kemerosotan prestasi akademik mahasiswa tersebut
menyebabkan mahasiswa mengabaikan pelajaran seterusnya menyebabkan CGPA mereka
merosot. Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk melihat adakah benar kenyataan
tersebut atau sebaliknya. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti faktor yang menarik minat
mahasiswa untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan, mengkaji kaedah pembelajaran
yang berkesan dan juga pembahagian masa belajar dan beraktiviti serta kesan kepada
pencapaian akademik apabila terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan. Kajian ini melibatkan
lima orang mahasiswa sebagai responden yang mana sampel dipilih secara sampel
bermatlamat dan kaedah penyelidikan kualitatif iaitu temubual yang mendalam. Hasil kajian
menunjukkan bahawa mahasiswa yang melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
sukarelawan tidak memberi kesan yang negatif terhadap pencapaian akademik tetapi
sebaliknya keputusan mereka lebih meningkat dan cemerlang.
Kata Kunci: Mahasiswa, Aktiviti Sukarelawan, Kecemerlangan Akademik.

iv
ABSTRACT
The purpose of this research is to study student's that are actively involved in volunteering
activities and it's effect towards the academic achievement of students from the Faculty of
Applied Social Science, UniSZA. Most argue that joining volunteering activities is the main
factor for their dwindling academic performance, students ignored their studies completely
causing their CGPA to slump. This study is to see whether that statement is true or otherwise.
The objectives of this research is to identify the factors that attract students to actively
involved themselves in volunteering activities, study effective learning methods and students
time management and involvement in activities and its effect towards their academic
achievement due to their active involvement in volunteering activities. This research involves
5 students as respondents which was picked through objectified sample and the reasearch
method used was qualitative by interview. Research findings show that students that by
involving themselves in volunteering activities does not give a negative effect on their
academic performance but it is the opposite.
Keywords: students, volunteering activities, academic achievement

v
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke-hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya saya
telah dikurniakan segala nikmat yang tidak ternilai ini. Tidak lupa juga selawat serta salam
kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., keluarga baginda serta para sahabat-
sahabat baginda. Ribuan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada penyelia saya, Dr.
Mohamad Fauzi bin Abdul Talib kerana sedia menunjuk ajar dan membimbing saya dalam
menyiapkan kajian ini sejak dari awal permulaan sehingga ke akhir penulisan kajian ilmiah
ini. Segala tunjuk ajar yang diberikan amat dihargai.
Selain itu, tidak dilupakan juga ucapan ribuan terima kasih kepada warga pendidik Fakulti
Sains Sosial Gunaan yang lain yang turut memberi ilmu yang sungguh berharga bagi
membantu saya dalam menyiapkan kajian ilmiah ini. Tidak dilupakan juga kepada staf-staf
perpustakaan UniSZA dan Perpustakaan Awam Terengganu kerana banyak membantu saya
dalam mencari bahan-bahan ilmiah sebagai rujukan saya.
Disamping itu juga, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya
iaitu Zamzam bin Othman dan Maimunah binti Jaafar yang tercinta kerana telah berkorban
masa, tenaga dan duit serta seluruh ahli keluarga saya yang sentiasa memberi semangat
kepada saya untuk menyiapkan kajian ilmiah ini. Ribuan terima kasih juga kepada
responden-responden saya yang merupakan mahasiswa dari Fakulti Sains Sosial Gunaan,
UniSZA kerana sudi membantu saya dalam menjawab soalan yang telah ditemubual
seterusnya membantu saya menyiapkan kajian ilmiah ini.
Seterusnya ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sentiasa berkongsi idea dan
maklumat serta sentiasa memberi semangat dalam menghasilkan kajian ilmiah yang terbaik.
Akhir sekali, terima kasih kepada individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam penghasilan kajian ilmiah ini. Segala yang baik datangnya daripada Allah S.W.T. dan
segala kekurangannya atas asbab kelemahan diri saya sendiri.

MOHAMAD AIZUDDIN BIN ZAMZAM


BJL14037338
ISM KERJA SOSIAL

vi
SENARAI JADUAL

No. Jadual
Halaman
Jadual 5.1 Faktor Yang Menarik Minat Mahasiswa Untuk Terlibat Aktif
Dalam Aktiviti Sukarelawan 61
Jadual 5.2 Kaedah Pembelajaran Yang Berkesan Dan Juga Pembahagian
Masa Belajar Dan Beraktiviti 66
Jadual 5.3 Kesan Kepada Pencapaian Akademik Apabila Terlibat Aktif
Dalam Aktiviti Sukarelawan 69

vii
SENARAI RAJAH

No. Rajah Halaman


Rajah 2.1 Kerangka Konseptual Kajian 25

viii
SENARAI SINGKATAN

FSSG -Fakulti Sains Sosial Gunaan


KPT -Kementerian Pendidikan Tinggi
IPTA -Institut Pelajaran Tinggi Awam
ISM -Ijazah Sarjana Muda
UNISZA -Universiti Sultan Zainal Abidin

ix
SENARAI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKASURAT
Perakuan ii-iii
Abstrak iv

Abstract v

Penghargaan vi

Senarai Jadual vii

Senarai Gambar Rajah viii

Senarai Singkatan ix

Senarai Kandungan x

BAB 1: PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Persoalan Kajian 5
1.5 Objektif Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Rumusan 9

BAB 2: TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan 10

2.2 Kesukarelawanan 10

2.3 Kesan Penglibatan Mahasiswa Dalam Sukarelawan 12

2.4 Faktor Penglibatan Dalam Aktiviti Sukarelawan 15


x
2.5 Kaedah Pembelajaran Berkesan 16

2.6 Kesan Penglibatan Dalam Sukarelawan Terhadap Pencapaian Akademik 18

2.7 Rumusan 19

BAB 3: KERANGKA KAJIAN

3.1 Pendahuluan 20

3.2 Kerangka Teoritikal 20

3.2.1 Teori Pertukaran Sosial 20

3.2.2 Teori Peranan Identiti 22

3.2.3 Teori Hibrid 23

3.3 Kerangka Konseptual 25

3.4 Definisi Konsep @ Operasional 26

3.4.1 Mahasiswa 26

3.4.2 Sukarelawan 26

3.4.3 Pencapaian Akademik 28

3.5 Rumusan 28

xi
BAB 4: METODOLOGI

4.1 Pendahuluan 29

4.2 Reka Bentuk Kajian 30

4.3 Persampelan 32

4.3.1 Populasi Kajian 33

4.3.2 Sampel Kajian 33

4.3.3 Kaedah Pemilihan Sampel Kajian 33

4.4 Lokasi Kajian 34

4.5 Kaedah Penjanaan Data 34

4.6 Temu Bual Mendalam 35

4.7 Pengurusan Data 36

4.8 Penganalisisan Data 37

4.9 Kesahan Dan Kebolehpercayaan 37

4.10 Etika Dan Kerahsiaan 38

4.11 Pengkaji Sebagai Instrumen 38

4.12 Instrumen Kajian 39

4.13 Etika Kajian 40

4.14 Rumusan 41

xii
BAB 5: DAPATAN KAJIAN

5.1 Pendahuluan 42

5.2 Sosio-Demografi Responden Kajian 42

5.2.1 Responden 1 (Nadia) 43

5.2.1.1 Latar Belakang Diri 43

5.2.1.2 Pengalaman Dalam Aktiviti Sukarelawan 43

5.2.2 Responden 2 (Wan) 44

5.2.2.1 Latar Belakang Diri 44

5.2.2.2 Pengalaman Dalam Aktiviti Sukarelawan 44

5.2.3 Responden 3 (Fikah) 45

5.2.3.1 Latar Belakang Diri 45

5.2.3.2 Pengalaman Dalam Aktiviti Sukarelawan 46

5.2.4 Responden 4 (Tehah) 46

5.2.4.1 Latar Belakang Diri 46

5.2.4.2 Pengalaman Dalam Aktiviti Sukarelawan 47

5.2.5 Responden 5 (Mimi) 48

5.2.5.1 Latar Belakang Diri 48

5.2.5.2 Pengalaman Dalam Aktiviti Sukarelawan 48

5.3 5.3 Hasil Penemuan Kajian 50

5.3.1 Faktor Yang Menarik Minat Mahasiswa Untuk Terlibat Aktif

Dalam Aktiviti Sukarelawan 50

5.3.1.1 Faktor Pengaruh Keluarga, Rakan Dan Universiti 50

xiii
5.3.1.2 Faktor Kepercayaan 54

5.3.1.3 Faktor Motivasi 55

5.3.1.4 Faktor Niat 57

5.3.1.5 Faktor Lain 58

5.3.2 Kaedah Pembelajaran Yang Berkesan Dan Juga Pembahagian

Masa Belajar Dan Beraktiviti 62

5.3.3 Kesan Kepada Pencapaian Akademik Apabila Terlibat Aktif

Dalam Aktiviti Sukarelawan. 67

5.4 Rumusan Hasil Kajian 70

BAB 6: PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

6.1 Pendahuluan 71

6.2 Maklumat Sosio-Demografi Responden 72

6.3 Perbincangan Hasil Penemuan Kajian 73

6.3.1 Faktor Yang Menarik Minat Mahasiswa Untuk Terlibat Aktif

Dalam Aktiviti Sukarelawan 73

6.3.2 Kaedah Pembelajaran Yang Berkesan Dan Juga Pembahagian

Masa Belajar Dan Beraktiviti 77

6.3.3 Kesan Kepada Pencapaian Akademik Apabila Terlibat Aktif

Dalam Aktiviti Sukarelawan 80

6.4 Cadangan 81

6.5 Implikasi Kajian 83

xiv
6.6 Kesimpulan 83

BIBLIOGRAFI 85

LAMPIRAN 88

xv
BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Mahasiswa merupakan aset penting dalam memacu pembangunan negara pada masa akan

datang. Perkataan “Mahasiswa” merupakan sebuah ungkapan yang secara terminologinya

melambangkan pendirian anak muda yang mempunyai jiwa dan semangat yang sentiasa

membara dalam mempersiapkan diri menuju kehidupan yang lebih baik. Mahasiswa juga

diharapkan untuk memimpin negara di masa akan datang. Selaras dengan hal berkenaan,

ramai mahasiswa masa kini yang melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukarelawan. Hal

ini sinonim dengan satu frasa yang menyatakan bahawa “Mahasiswa agen transformasi

masyarakat”. Melalui aktiviti sukarelawan mahasiswa mampu mengembangkan potensi diri

mereka dan secara tidak langsung dapat berinteraksi dengan masyarakat dengan lebih dekat.

Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga, (1996) mendefinisikan sukarela

sebagai dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa-paksa, tidak dikerah, dengan rela hati,

pekerja yang tidak digaji atau diupah. Manakala sukarelawan pula merupakan seorang yang

melakukan sesuatu dengan sukarela iaitu ingin memberikan khidmat mereka kepada

golongan tertentu dan tidak diperlukan mempunyai kelayakan tertentu.

Namun penglibatan secara aktif dalam sukarelawan secara tidak langsung memberi

kesan terhadap prestasi kecemerlangan akademik mereka sendiri. Memperoleh pencapaian

akademik yang cemerlang merupakan matlamat utama bagi setiap mahasiswa yang berjaya

menjejakkan kaki ke peringkat menara gading. Pencapaian akademik yang cemerlang

merupakan jaminan masa hadapan yang cerah dalam apa jua bidang yang diceburi apabila

1
tamat pengajian. Oleh yang demikian, kajian ini akan menekankan tentang penglibatan

mahasiswa secara aktif dalam aktiviti sukarelawan dan kesannya terhadap pencapaian

akademik. Mahasiswa yang terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan secara tidak langsung

mampu memberikan kesan yang positif mahupun negatif kepada pencapaian akademik

mereka sendiri. Bahagian ini akan membincangkan mengenai dengan perkara-perkara yang

menjadi asas kepada kajian ini. Dalam bahagian ini, terdapat latar belakang kajian, penyataan

masalah, persoalan kajian dan objektif kajian. Selain itu, kepentingan kajian serta batasan

kajian juga turut dibincangkan dalam bahagian ini.

Dalam latar belakang kajian, pengkaji akan menyentuh sedikit sebanyak pengenalan

berkenaan kajian yang dilakukan. Dalam penyataan masalah pengkaji akan membincangkan

mengenai sebab dan isu yang menyebabkan pengkaji berminat dan timbulnya idea untuk

melakukan kajian ini. Selain itu, bahagian ini juga akan membincangkan mengenai persoalan

kajian yang berkaitan dengan perkara yang menjadi persoalan dan perlu dijawab dalam kajian

ini. Pengkaji juga membincangkan objektif kajian dalam bahagian ini dan ditetapkan untuk

dicapai melalui kajian ini.

Kepentingan kajian pula akan membincangkan mengenai sumbangan yang boleh

diberikan oleh kajian ini kepada mahasiswa umumnya. Melalui batasan kajian, pengkaji

secara tidak langsung akan membincangkan mengenai kekangan-kekangan yang wujud

dalam memastikan kajian dapat dijalankan dengan lancar.

Di penghujung bab 1 ini, terdapat sebuah rumusan yang akan dirumuskan oleh

pengkaji. Rumusan ini berkaitan dengan rangkuman keseluruhan bahagian kajian yang

dibincangkan di dalam bab 1 ini. Rumusan ini tidak dianggap sebagai kesimpulan kajian

2
secara keseluruhannya, sebaliknya ianya hanyalah sebuah ringkasan terhadap perbincangan

yang dilakukan di dalam bab 1.

1.2 Latar Belakang Kajian

Kajian ini adalah berkaitan dengan penglibatan mahasiswa secara aktif dalam aktiviti

sukarelawan dan kesannya terhadap pencapaian akademik. Lebih menjurus lagi, kajian ini

adalah sebuah kajian yang melibatkan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA,

Kuala Terengganu khususnya yang terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan dan

keberkesanannya terhadap pencapaian akademik mereka. Kajian ini diilhamkan apabila

munculnya mahasiswa yang cemerlang dan dijadikan sebagai tokoh mahasiswa diperingkat

Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia kerana penglibatan aktif mereka dalam aktiviti

sukarelawan serta memperoleh pencapaian akademik yang begitu memberangsangkan.

Mengenai mahasiswa yang terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan, pengkaji telah

melihat ramai Mahasiswa Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA sendiri yang terlibat secara

aktif dalam aktiviti sukarelawan. Hal ini disebabkan UniSZA itu sendiri yang diiktiraf

sebagai “Universiti Komuniti” semenjak tahun 2014 ianya telah menjadikan satu galakan

kepada mahasiswa UniSZA untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan.

Pengkaji membayangkan bahawa dengan galakan seperti itu, sudah tentu terdapat

impak yang besar kepada mahasiswa itu sendiri. Atas dasar ini, pengkaji telah mendapat

ilham untuk menjalankan kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penglibatan

mahasiswa secara aktif dalam aktiviti sukarelawan dan kesannya terhadap pencapaian

akademik. Secara khususnya, pengkaji ingin mendapatkan dapatan kajian daripada

3
Mahasiswa Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA, Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu.

Maka untuk tujuan ini, kajian ini adalah yang paling sesuai untuk dijalankan.

1.3 Pernyataan Masalah

Mahasiswa mempunyai peranan yang penting di masa akan datang dalam pembangunan

negara. Keterlibatan mereka secara aktif dalam aktiviti sukarelawan secara tidak langsung

membantu mereka membangun potensi diri di samping membina kehidupan masyarakat ke

arah yang lebih baik. Peranan mahasiswa terhadap masyarakat dapat dilihat dengan jelas

antaranya mahasiswa berperanan sebagai agen dalam perubahan masyarakat. Pemikiran-

pemikiran yang individualisme dari mahasiswa seharusnya dibuang dan beralih kepada

pemikiran sosial dengan mewujudkan kehidupan berbangsa dan bernegara. Mahasiswa yang

bertoleransi dan berjiwa sosial terhadap lingkungan sekitar dalam era globalisasi ini sangat

diperlukan oleh masyarakat masa ini. Mahasiswa harus berfikir untuk mengembalikan dan

mengubah keadaan negara kita ini menjadi negara ideal dan mampu bersaing. Namun

perubahan yang dimaksud tentu perubahan ke arah yang positif dan tidak menghilangkan jati

diri kita sebagai mahasiswa dan rakyat Malaysia sebagai bangsa yang sopan, ramah, bermoral

dan memiliki akhlak yang mulia. Pada hakikatnya, realiti kehidupan kini menunjukkan

kebanyakan mahasiswa menyertai aktiviti sukarelawan secara aktif di atas sebab ingin

berseronok dan mencipta memori tanpa memikirkan soal prestasi kecemerlangan akademik

mereka, bahkan fenomena ini semakin berleluasa dan sangat membimbangkan. Hanya

segelintir mahasiswa sahaja di negara ini yang sentiasa mengambil berat soal pelajaran dan

menjadikan aktiviti sukarelawan sebagai pemangkin diri dengan menyemai nilai-nilai murni

dalam diri mereka.

4
Melihat kepada permasalahan ini, pengkaji menjalankan kajian khusus ini terhadap

Mahasiswa Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA, Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu

sendiri, untuk mengenal pasti sebab, kaedah pembelajaran, cara pembahagian masa dan

kesan terhadap pencapaian akademik apabila mereka terlibat secara aktif dalam aktiviti

sukarelawan.

1.4 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, terdapat tiga persoalan yang perlu dijawab. Soalan-soalannya adalah seperti

berikut:

a. Apakah faktor yang menarik minat mahasiswa terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan?

b. Bagaimanakah kaedah cara pembelajaran dan juga pembahagian masa belajar dan

beraktiviti?

c. Apakah kesan kepada pencapaian akademik apabila terlibat aktif dalam aktiviti

sukarelawan?

1.5 Objektif Kajian

Antara objektif kajian yang ingin dicapai oleh pengkaji adalah:

a. Mengenal pasti sebab yang menarik minat mahasiswa untuk terlibat aktif dalam aktiviti

sukarelawan.

b. Mengkaji kaedah pembelajaran yang berkesan dan juga pembahagian masa belajar dan

beraktiviti.

c. Mengkaji kesan kepada pencapaian akademik apabila terlibat aktif dalam aktiviti

sukarelawan.

5
1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini mempunyai impak yang tersendiri. Ini kerana terdapat beberapa manfaat yang

boleh diperolehi melalui kajian ini. Manfaat ini pula boleh digunapakai oleh pelbagai pihak

bukan kepada pihak-pihak yang tertentu sahaja. Antara pihak yang memperoleh manfaat

daripada kajian ini adalah mahasiswa universiti, pihak universiti, kerajaan negeri dan juga

Kementerian Pendidikan Tinggi.

Bagi mahasiswa universiti, kajian ini akan membantu mereka untuk mengenal pasti

kaedah pembelajaran yang berkesan dan juga cara pembahagian masa yang betul bagi

melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukarelawan tanpa menjejaskan pretasi pelajaran

di universiti. Ini bermakna kajian ini dapat membantu mahasiswa sendiri dalam mengenal

pasti potensi diri mereka dan kemampuan mereka untuk memberi komitmen dalam aktiviti

sukarelawan dan juga pembelajaran. Ini secara tidak langsung membantu mereka

memperbaiki kelemahan diri dan merancang jadual mereka dengan teratur tanpa

mengganggu pembelajaran walaupun terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan.

Bagi pihak universiti pula, kajian ini akan memberikan maklumat terkini berkenaan

prestasi kecemerlangan mahasiswa yang terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan. Lebih tepat

lagi, maklumat berkenaan boleh dijadikan sebagai garis panduan pihak universiti dalam

melahirkan mahasiswa yang mampu berdaya saing di peringkat yang lebih tinggi. Malahan

ianya juga boleh menaikkan lagi ‘rangking’ universiti sendiri dengan adanya mahasiswa

yang berkualiti dan cemerlang tidak kira dalam akademik mahupun aktiviti sukarelawan.

Bagi pihak kerajaan negeri, kajian ini akan membantu kerajaan negeri sendiri untuk

mengenal pasti dan menggalakkan mahasiswa untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan.

Hal ini boleh kita lihat sendiri melalui inisiatif daripada Kerajaan Negeri Johor mewujudkan

6
Duta Jauhar di seluruh IPTA/IPTS seluruh Malaysia yang disertai oleh Mahasiswa Johor itu

sendiri. Ini secara tidak langsung membantu kerajaan negeri untuk memajukan masyarakat

yang kurang bernasib baik dalam bentuk keusahawanan sosial.

Bagi pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), kajian ini secara tidak langsung

akan membantu untuk mengenal pasti program-program yang bersesuaian dalam

menghasilkan bakal graduan yang kompeten untuk memenuhi keperluan guna tenaga negara

dan antarabangsa dengan sasaran 75% graduan mendapat pekerjaan dalam bidang relevan

dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian. Kajian ini juga secara tidak langsung

membantu pihak KPT dalam mempertingkatkan keberkesanan program-program

sukarelawan yang dianjurkan seperti Yayasan Sukarelawan Siswa yang melibatkan

mahasiswa yang terpilih seluruh IPTA di Malaysia.

1.7 Batasan Kajian

Dalam kajian ini, terdapat beberapa batasan yang telah ditetapkan. Tujuan batasan-batasan

ini diwujudkan adalah untuk memastikan kredibiliti kepada kajian yang dilakukan. Batasan-

batasan kajian ini adalah berkaitan dengan lokasi, skop kajian, dan juga subjek kajian. Dalam

bahagian ini, pengkaji akan menerangkan tentang batasan-batasan yang dimaksudkan.

Dalam batasan lokasi, pengkaji hanya menetapkan kajian ini dilakukan di UnisZA,

Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu sahaja. Ini bagi memastikan dapatan kajian yang

diperoleh juga adalah daripada kawasan UnisZA, Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu

sahaja. Ini juga bagi mengelakkan pencemaran dapatan daripada kawasan lain akan berlaku

terhadap dapatan kajian yang bakal diperolehi.

7
Kajian ini juga menetapkan batasan skop kajian terhadap penglibatan mahasiswa

secara aktif dalam aktiviti sukarelawan dan kesan terhadap pencapaian akademik. Ini

bermakna pengkaji ingin melihat kesan aktiviti sukarelawan terhadap pencapaian akademik.

Pengkaji tidak akan melakukan kajian terhadap kos atau cara sukarelawan yang dilakukan di

universiti. Sebaliknya, pengkaji hanya akan melakukan kajian terhadap kesan penglibatan

aktif dalam sukarelawan terhadap pencapaian akademik di kalangan Mahasiswa Fakulti

Sains Sosial Gunaan, UniSZA. Ini bagi memastikan dapatan bagi skop kajian yang dikaji

tidak akan bercampur aduk dengan dapatan kajian yang lain.

Dalam kajian ini juga, pengkaji menetapkan batasan kajian terhadap subjek kajian.

Walaupun kajian ini berkenaan mahasiswa yang aktif terlibat dalam aktiviti sukarelawan,

namun begitu, bukan semua mahasiswa boleh dilibatkan di dalam kajian ini. Mahasiswa yang

akan dipilih untuk kajian ini adalah Mahasiswa Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA yang

terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan dan mempunyai pencapaian akademik yang

memberansangkan. Ini bagi memastikan tiada dapatan kajian berkenaan dengan mahasiswa

di universiti lain bercampur dengan dengan dapatan kajian ini. Ini akan membuatkan dapatan

kajian ini lebih jelas.

8
1.8 Rumusan

Secara keseluruhannya, pengkaji memilih tajuk berkaitan dengan penglibatan mahasiswa

secara aktif dalam aktiviti sukarelawan dan kesan terhadap pencapaian akademik ini

bertujuan untuk mengetahui secara jelas perkara yang berkaitan dengan kesan penglibatan

mahasiswa secara aktif dalam aktiviti sukarelawan yang akan mempengaruhi pencapaian

akademik mereka di peringkat universiti.

Di samping itu juga, bahagian ini telah membincangkan mengenai dengan perkara-

perkara yang menjadi asas kepada kajian ini. Dalam bahagian ini, terdapat latar belakang

kajian, penyataan masalah, persoalan kajian dan objektif kajian. Selain itu, kepentingan

kajian serta batasan kajian juga telah dibincangkan dalam bahagian ini.

Oleh yang demikian, segala perincian yang lebih jelas berkaitan tajuk ini akan

dibincangkan dalam bab seterusnya. Semoga kajian ini akan memberi manfaat dan kebaikan

untuk diri sendiri serta semua yang membaca segala yang ditulis dalam kajian ini.

9
BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Bab ini dibahagikan kepada beberapa bahagian yang merangkumi kajian-kajian yang telah

dilakukan oleh pengkaji terdahulu. Kajian-kajian yang dirumuskan adalah kajian yang

berkait rapat dengan kajian ini.

2.2 Kesukarelawanan

Dalam kajian Shweiki & Mauck (1993) mendefinisikan sukarelawan sebagai suatu pekerjaan

tanpa upah. Definisi ini dilihat selari dengan definisi yang diungkapkan oleh Kemp (2002)

dan Finkelstein et al., (2007) yang merujuk sukarelawan sebagai individu yang melibatkan

diri dengan kerja-kerja amal tanpa mengharapkan sebarang bentuk ganjaran. Manakala

Cnaan et al., (1996) pula mendefinisikan sukarelawan sebagai golongan yang meluangkan

masa lapang mereka dengan memberikan perkhidmatan kepada anggota masyarakat lain

tanpa mengharapkan sebarang bentuk ganjaran daripada mana-mana pihak atau organisasi

tertentu. Seseorang yang gemar melibatkan diri dengan aktiviti dan program berbentuk

sukarelawan dilihat mempunyai tahap keperibadian diri yang lebih baik berbanding dengan

mereka yang tidak pernah terlibat dengan mana-mana aktiviti berbentuk kesukarelawanan

(Mellor et al., (2009).

10
Selaras dengan misi pembentukan modal insan seperti yang dilaungkan oleh bekas

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Dato’ Shabery Cheek, penglibatan golongan belia secara

sukarela dalam mana-mana bidang kemasyarakatan juga perlu ditingkatkan.

Melihat kepada kajian lepas, didapati bahawa kesukarelawanan memiliki tiga

gabungan penting, iaitu kerja sukarela, sukarelawan dan sektor sukarela (Azizan, 2015).

Kerja sukarela yang dimaksudkan adalah khidmat atau aktiviti yang dijalankan tanpa

mengharapkan sebarang ganjaran. Manakala sukarelawan pula didefinisikan sebagai

individu atau kelompok manusia yang melakukan kegiatan sukarela dan sektor sukarela

adalah organisasi sukarela yang meliputi jaringan, pergerakan dan sebagainya.

Kajian mengenai peranan kesukarelawanan terhadap pembinaan kesihatan jiwa dari

pandangan Islam, didapati ramai yang tidak menyadari bahawa kegiatan-kegiatan

kesukarelawanan memupuk nilai yang tinggi di sisi agama, di samping memiliki peranan

dalam membina kesihatan jiwa seseorang individu (Nasir, 2014)

Kesimpulannya, dapat dilihat bahawa kesukarelawanan memberikan sumbangan

yang pelbagai demi pembangunan masyarakat. Semua pihak perlulah memahami secara

kritis serta turut terlibat dalam kegiatan bermanfaat ini.

11
2.3 Kesan Penglibatan Mahasiswa Dalam Sukarelawan

Penglibatan mahasiswa universiti dalam aktiviti sosial komuniti banyak mendatangkan

manfaat samada secara lansung atau tidak langsung. Mahasiswa adalah sebahagian golongan

dari belia. Menurut definisi data Kementerian Belia dan Sukan (1997) belia adalah mereka

yang berusia antara umur 15-40 tahun. Husain Mohamed (1997) mentakrifkan belia sebagai

golongan ‘orang muda’ yang bertenaga, produktif, dan menguntungkan dari aspek guna

tenaga kerja ekonomi.

Universiti merupakan tempat pendedahan mahasiswa kepada kemahiran insaniah

yang berbeza dari institusi lain samada dari aspek berkomunikasi dan juga budaya bekerja

berpasukan disemai dalam kalangan rakan pelbagai etnik dan bangsa misalnya menganjurkan

acara sambutan perayaan, program mobiliti mahasiswa dan khidmat masyarakat dengan

rakan sebaya, pensyarah dan anggota masyarakat. Walaupun aktiviti ini menjanjikan

pengalaman, pembangunan keperibadian dan kebolehpasaran yang baik, namun mahasiswa

agak keberatan memainkan peranan memberi sumbangan sewaktu dan tindak balas yang baik

dalam aktiviti bersifat kemasyarakatan dan kebajikan.

Musick & Wilson (2003) dalam kajiannya mendapati bahawa penglibatan seseorang

individu dengan aktiviti berbentuk kesukarelawanan boleh membawa kesan positif dalam

diri seseorang individu berkenaan. Ini kerana ia secara tidak langsung membantu

meningkatkan kesejahteraan fizikal mereka, membentuk jaringan sosial yang lebih luas dan

seterusnya membantu menyelesaikan isu-isu sosial yang wujud dalam kalangan masyarakat.

Memandangkan aspek-aspek yang berkaitan dengan kesukarelawanan dalam kalangan

mahasiswa mampu memberi nilai tambah ke arah pembentukan peribadi dan sahsiah yang

positif, maka kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti penglibatan dan motivasi

12
mahasiswa terhadap kerja-kerja berbentuk kesukarelawanan. Hasil kajian mampu

menyediakan makumat asas kepada pihak pentadbir di institusi pengajian tinggi dalam

merangka program sukarelawan yang boleh menarik minat mahasiswa untuk terus memberi

khidmat masyarakat kepada komuniti yang memerlukan.

Kajian yang dijalankan oleh Musick & Wilson (2008) mendapati bahawa penglibatan

mahasiswa dengan aktiviti kesukarelawanan sebenarnya bergantung kepada latar belakang

serta pengalaman peribadi seseorang individu berkenaan. Individu yang terlibat dengan

kerja-kerja amal sejak diperingkat awal usia muda dikatakan lebih bersikap terbuka untuk

menolong orang ramai apabila mereka menjadi dewasa.

Manakala kajian yang dijalankan oleh Ekerdt (1986) menyatakan bahawa

keterlibatan mahasiswa dengan aktiviti berbentuk kesukarelawanan adalah berhubungan

dengan faktor jantina. Hasil kajian beliau mendapati majoriti daripada kaum lelaki lebih

gemar menjalankan kerja-kerja kesukarelawanan walaupun selepas mendirikan rumah

tangga. Keadaan ini berbeza dengan kaum wanita yang dilihat kurang aktif untuk melibatkan

diri dengan aktiviti berbentuk sukarelawan selepas berkahwin memandangkan mereka

mempunyai tanggungjawab yang lebih besar untuk menjaga dan mendidik anak-anak.

Hasil dapatan Ekerdt (1986) dilihat bertentangan dengan hasil kajian yang dijalankan

oleh Knauft, 1992 yang mendapati bahawa kaum wanita dianggap lebih positif untuk terlibat

dengan aktiviti sukarelawan dan membantu masyarakat berbanding dengan kaum lelaki. Ini

adalah kerana kaum wanita dilihat lebih mempunyai sifat prihatin mengenai isu-isu yang

berkaitan dengan kemasyarakatan dan kebajikan berbanding dengan kaum lelaki.

Program kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa mampu melahirkan seseorang

mahasiswa yang bertanggungjawab terhadap isu-isu sosial yang wujud dalam kalangan

13
masyarakat kerana mereka perlu melibatkan diri secara langsung bagi membantu

menyelesaikan masalah ketidakseimbangan yang wujud dalam sesebuah masyarakat

berkenaan (Kendall & Associates, 1990).

Menurut kajian yang dijalankan oleh Mabry (1998), mahasiswa yang terlibat dengan

aktiviti yang berkaitan dengan kesukarelawanan dikenalpasti mempunyai perubahan yang

ketara daripada aspek nilai sosial yang dimiliki oleh mereka. Keadaan ini wujud

memandangkan mereka mempunyai pengalaman berkomunikasi dengan pelbagai lapisan

masyarakat berbanding dengan mereka yang tiada pengalaman langsung dalam aktiviti

berbentuk kemasyarakatan.

Astin & Sax (1998) menyatakan bahawa penglibatan mahasiswa dengan aktiviti

sukarelawan bukan sahaja mampu meningkatkan tahap pencapaian mereka daripada aspek

kurikulum dan ko-kurikulam, malahan mereka mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi

untuk membantu komuniti sekeliling yang berada dalam keadaan yang memerlukan.

Manakala kajian yang dijalankan oleh Haski-Leventhal et al., (2008) pula

menunjukkan bahawa mahasiswa universiti yang melibatkan diri dengan aktiviti berbentuk

kesukarelawanan mempunyai gaya kehidupan yang lebih berdisiplin dan kebanyakan mereka

dilihat lebih mempunyai keyakinan diri dan mampu menpensyarahs masa dengan lebih

sistematik.

Kesimpulannya aktiviti sukarelawan banyak memberikan kesan yang positif kepada

perkembangan mahasiswa universiti. Keterlibatan mahasiswa dengan aktiviti

kesukarelawanan dilihat sebagai petanda yang baik ke arah pembentukan pemikiran yang

positif dan pembangunan personaliti yang mantap dalam kalangan mahasiswa.

14
2.4 Faktor Penglibatan Dalam Aktiviti Sukarelawan

Berhubung dengan faktor keterlibatan seseorang individu dengan kerja-kerja

kesukarelawanan, hasil kajian yang dijalankan oleh Nichols & King (1999) mendapati

bahawa majoriti individu yang terlibat dengan aktiviti kesukarelawanan adalah disebabkan

oleh keinginan yang tinggi untuk membantu masyarakat. Hasil kajian ini dilihat selari dengan

kajian yang dijalankan oleh Jago & Deery (2002) yang mendapati bahawa kebanyakan

individu yang terlibat dengan kerja-kerja sukarelawan adalah bertujuan untuk membantu

memenuhi keperluan asas masyarakat yang memerlukan.

Clary, Snyder & Stukas (1996) dalam kajiannya pula mendapati bahawa seseorang

individu terlibat dengan aktiviti kesukarelawanan adalah bertujuan untuk memenuhi

matlamat sosial dan psikologi yang berbeza-beza seperti sikap keprihatinan terhadap orang

lain, keinginan untuk meningkatkan tahap pengetahuan, mencari pengalaman baru dalam

kehidupan, kesediaan untuk memenuhi keperluan bagi masyarakat yang mengalami

kegagalan dalam kehidupan dan bertujuan untuk meningkatkan nilai-nilai positif dalam diri

mereka (Hutchison, 2003).

Thapa (2001) juga pernah mengkaji pengaruh demografi seseorang sukarelawan.

Beliau mendapati demografi mempunyai peranan besar dalam usaha pengambilan

sukarelawan kerana mereka adalah bakal pendidik, penggubal dasar, perancang dan

pentadbir. Hal ini dibuktikan juga oleh Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (2004) berkaitan

dengan pengambilan pelatih bagi tujuan sukarelawan Program Latihan Khidmat Negara

(PLKN) iaitu profil peserta yang terlibat, permasalahan pelatih dan perkembangan diri boleh

mempengaruhi kejayaan semangat kesukarelawanan. Malah, majoriti pelatih yang berumur

18 tahun masih tidak matang dari segi emosi dan akal serta mengamalkan gaya hidup sosial

15
yang bebas dan terlalu memikirkan keseronokan. Hal ini turut dibuktikan menerusi kajian

oleh Caldwell et al. (2008) iaitu umur yang terlalu muda menjadikan seseorang itu gagal

menghayati erti sebenar kesukarelawanan. Oleh itu, Schlegelmilch dan Tynan (1989)

berpendapat golongan muda perlu meningkatkan ilmu pengetahuan kerana ia adalah asas

untuk pembangunan diri.

Kesimpulannya terdapat banyak faktor-faktor penglibatan mahasiswa dalam aktiviti

sukarelawan yang telah dinyatakan pengkaji terdahulu dan kesemua faktor yang telah

dinyatakan amat memberi pengaruh besar kepada penglibatan mahasiswa dalam aktiviti

sukarelawan.

2.5 Kaedah Pembelajaran Berkesan

Kaedah pembelajaran merupakan satu set ciri-ciri peribadi yang mempengaruhi bagaimana

seseorang menerima, mengumpul dan memproses maklumat (Ismail dan Marzuki, 2000).

Dalam bilik kuliah, setiap mahasiswa mempunyai kaedah pembelajaran yang berbeza. Oleh

itu pensyarah perlu membantu mahasiswa untuk memilih kaedah pembelajaran yang sesuai

untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam pembelajaran mereka (Ahmad et al. 2002).

Menurut Ahmad (2004), kaedah pembelajaran ialah cara mempelajari sesuatu mengikut

kecenderungan individu, proses memperolehi maklumat dan pegetahuan, penguasaan

kemahiran dan pembentukan sikap serta kepercayaan. Terdapat pelbagai kaedah atau strategi

pengajaran yang digunakan oleh pensyarah bagi menggalakkan proses pembelajaran

mahasiswanya seperti pembelajaran koperatif, pembelajaran aktif, pembelajaran kendiri,

pembelajaran visual, pembelajaran auditori, pembelajaran kinestetik dan sebagainya

(Murdoch Teacher Centre, 2002).

16
Mahasiswa perlu mengetahui kepelbagaian kaedah pembelajaran tersebut supaya

mereka dapat mengenalpasti kaedah pembelajaran yang sesuai untuk diri mereka supaya

mereka mencapai keputusan pembelajaran yang lebih baik dalam Matematik (Dunn dan

Dunn, 2008). Amalan pembelajaran yang tidak berkesan akan banyak membazirkan tenaga,

masa dan hasil yang diperolehi tidak setimpal dengan usaha (Kagan, 1994). Oleh itu, penting

bagi setiap mahasiswa memilih kaedah pembelajaran yang mampu meningkatkan

pemahaman dan pencapaian dalam setiap mata pelajaran. Kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai akan memberi kesan yang positif terhadap prestasi mahasiswa

dalam suatu pelajaran (Johnson dan Johnson, 2003). Untuk memenuhi kaedah pembelajaran

mahasiswa yang berbeza, pensyarah perlu memberi penekanan kepada kaedah pembelajaran

yang sesuai yang dapat memberikan manfaat yang berkesan kepada mahasiswa. Berdasarkan

kajian-kajian lalu didapati kaedah pembelajaran koperatif ternyata banyak memberikan

manfaat kepada mahasiswa (Panitz, 2009; Dunn dan Dunn, 2008; Johnson, Johnson dan

Smith, 2003; Slavin 1995; Dumas, 1984). Pembelajaran koperatif menggalakkan mahasiswa

belajar bersama-sama dengan berkesan melalui pembentukan kumpulan yang heterogenous

dan ia sesuai bagi semua peringkat umur mahasiswa dan semua mata mahasiswaan (Philips,

2002).

Teknik belajar ialah cara tertentu yang dapat melipatgandakan keberkesanan

pembelajaran. Mengikut Siti Hawa (1987), teknik belajar adalah penting. Kajian beliau

mendapati ramai pelajar tidak dapat bimbingan tentang teknik belajar yang berkesan seperti

penggunaan masa, membaca dan mencatat nota, mengadakan rundingcara dan masalah

menghadapi peperiksaan. Walaupun ilmu mengenai kaedah pembelajaran berkesan memang

sudah lama wujud, malangnya tidak ramai pelajar yang mengetahuinya. Ramai pelajar

belajar mengikut cara yang diamalkan melalui percubaan dan pengalaman. Ada juga yang

17
mencuba hasil daripada pemerhatian dari rakan-rakan yang mempunyai prestasi akademik

yang tinggi. Walaubagaimanapun, masih terdapat pelajar berkebolehan paling tinggi

sekalipun jarang menyedari dan mengetahui cara pembelajaran berkesan tanpa bantuan.

Kesimpulannya, kaedah pembelajaran yang berkesan perlu dititik beratkan oleh

mahasiswa bagi menjamin keputusan peperiksaan yang cemerlang.

2.6 Kesan Penglibatan Dalam Sukarelawan Terhadap Pencapaian Akademik

Menurut kajian Lee Wee Lim dan Yahya bin Buntat (2006) sememangnya penglibatan dalam

aktiviti berpersatuan bukanlah satu-satunya punca kemerosotan akademik pelajar. Data-data

kajian telah menunjukkan bahawa walaupun pelajar tersebut begitu aktif dalam JKM, tetapi

masih lagi mampu menunjukkan peningkatan yang mantap. Begitu juga dengan GPA/CPA

mereka yang masih berada dalam kedudukan Kelas pertama dan Kelas Kedua Tinggi. Banyak

faktor sebenarnya yang menyebabkan kemerosotan akademik pelajar. Antaranya,

pengurusan masa yang tidak teratur, kaedah pembelajaran yang tidak sesuai, kurangnya

motivasi diri, sikap malas, masalah cinta dan sebagainya. Pelajar yang cemerlang akademik

adalah pelajar yang pandai menguruskan masa, mempunyai motivasi diri yang tinggi serta

kaedah pembelajaran yang betul. Pelajar yang cemerlang mestilah seimbang dari segi

pencapaian akademik dan sahsiah diri. Dengan berpersatuan, sifat kepimpinan pelajar dapat

dipupuk. Malah, terdapat beberapa sifat pemimpin yang membezakan mereka daripada

individu biasa. Antaranya ialah fizikal yang sihat dan bersemangat, personaliti yang

meyakinkan, jujur dan amanah, keyakinan diri yang tinggi, kemampuan bersosial dan

bekerjasama, berdiplomasi, bijak dan adil serta mahir dan mampu membuat keputusan dalam

apa jua situasi. Pelajar yang berpersatuan juga dilatih dari segi pengurusan, seperti

18
pengurusan masa, perancangan strategik, kemahiran komunikasi dan sistem dokumentasi

berkesan. Selain daripada itu, pelajar juga berpeluang mengikuti aktiviti aktiviti luaran yang

menjana ke arah kepimpinan yang tidak lesu dan sentiasa cergas bertenaga.

Di sini jelaslah bahawa penglibatan mahasiswa dalam aktiviti sukarelawan bukan

menjadi sebab kemerosotan pencapaian akademik seseorang mahasiswa malahan ianya

memberikan kesan yang positif kepada pencapaian akademik mahasiswa itu sendiri.

2.7 Rumusan

Dalam bahagian ini, dapatlah dirumuskan bahawa pengkaji telah membincangkan mengenai

kajian-kajian lepas yang telah dijalankan oleh pengkaji terdahulu dengan lebih terperinci dan

mendalam. Pengkaji mendapati bahawa terdapat perkaitan antara faktor penglibatan

mahasiswa secara aktif dalam aktiviti sukarelawan dan kaedah pembelajaran yang berkesan

dan pembahagian masa belajar dan beraktiviti yang memberi kesan kepada pencapaian

akademik.

19
BAB 3

KERANGKA KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Dalam bahagian ini, pengkaji akan membincangkan mengenai kerangka teoritikal,

konseptual dan juga definisi konsep yang berkaitan dengan kajian. Aspek-aspek ini akan

ditekankan secara menyeluruh bagi menunjukkan gambaran mengenai kajian yang telah

dijalankan.

Melalui kerangka teoritikal, pengkaji akan membincangkan mengenai teori-teori

yang terlibat bagi tujuan untuk memberikan pemahaman bahawasanya yang dilakukan

pengkaji ini mempunyai asas teorinya. Selain itu juga, kerangka konsep pula merupakan

bahagian di mana kerangka bagi kajian ini dapat dilihat secara kasar. Di samping itu, pengkaji

juga mengambil kira definisi-definisi yang boleh menunjuk arah tuju bagi kajian ini. Akhir

sekali, rumusan akan dibincangkan bagi merumuskan keseluruhan bab ini.

3.2 Kerangka Teoritikal

3.2.1 Teori Pertukaran Sosial

Menurut Roloff (1981) dalam Corrigan (2001), teori pertukaran sosial merupakan satu

pertukaran sukarela antara objek atau aktiviti yang rawak daripada seseorang kepada orang

lain bagi tujuan mendapatkan objek lain atau aktiviti lain. Foa dan Foa (1974) dalam Corrigan

20
(2001) turut memberikan pandangan bahawa perilaku antara individu berlaku untuk

mendapatkan sumber atau sesuatu yang berguna (Corrigan, 2001).

Menurut West dan Tunner (2000) pula mengatakan teori pertukaran sosial yang lebih

khusus, iaitu teori kebergantungan adalah teori yang menyatakan bahawa terdapat kelompok

yang melihat kehidupan sebagai sebuah pasaran yang mempunyai ganjaran yang boleh

didapati bergantung kepada kosnya. Ini berlaku apabila seseorang berinteraksi dengan orang

lain dengan tujuan untuk memperoleh ganjaran yang maksimum dan mengurangkan kos.

Disebabkan hal ini, setiap kumpulan manusia bergantung kepada kelakuan kelompok yang

lain dan juga kelakuan dan motif mereka. Secara teorinya, ganjaran yang dicari oleh

seseorang itu akan mempengaruhi kos kelompok orang lain itu sendiri (Corrigan, 2001).

Dalam sudut hubungan antara sukarelawan dan orang yang dibantu mereka, kita dapat

melihat dua interaksi yang boleh dikatakan sebahagian daripada teori pertukaran sosial. Dari

perspektif orang yang dibantu sukarelawan, sukarelawan merupakan orang yang boleh

membantu mereka untuk mendapatkan ganjaran. Ganjaran yang dimaksudkan adalah dalam

bentuk bantuan makanan, tenaga, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain. Ganjaran bagi orang

yang dibantu oleh sukarelawan ini adalah sering kali melibatkan pengeluaran kos oleh

sukarelawan itu sendiri. Bagi sukarelawan pula, mereka melihat orang yang perlu dibantu itu

sebagai orang yang boleh memberikan ganjaran kepada mereka. Ganjaran yang dimaksudkan

bukanlah ganjaran daripada segi kewangan mahupun barangan, namun lebih kepada

kepuasan, pengalaman dan juga ilmu baru dalam melakukan kerja amal.

21
3.2.2 Teori Peranan Identiti

Identiti merupakan sebuah terma yang boleh diguna pakai bagi perkara yang mewakili

sesuatu atau meletakkannya di dalam sesebuah kelompok. Melalui proses pengelompokan

diri sendiri atau pengenalan diri sendiri, sebuah identiti akan terbentuk. Menurut Burke dan

Tully (1997) dalam Stets dan Burke (2000), identiti adalah berteraskan kepada pengelasan

diri sendiri yang menjadi pengisi kepada sesebuah peranan, makna peranan tersebut dan juga

makna yang akan memberikan sebuah perkara yang akan membantu membimbing peranan

tersebut (Stets & Burke, 2000). Melalui pernyataan ini, dapat dijelaskan bahawa seorang

mahasiswa yang menganggap dirinya seorang sukarelawan akan mempunyai perlakuan dan

peranan yang dijangkakan daripada seorang sukarelawan. Ini kerana perkara tersebut sering

dijadikan sebagai panduan bagi dirinya untuk memberikan khidmat sukarelawan kepada

mereka yang memerlukan.

Teori peranan identiti menggariskan bahawa seseorang mahasiswa itu mempunyai

pelbagai identiti yang dibentuk menerusi hubungan dan jangkaan. Ini bermakna, apabila

seseorang mahasiswa menganggap atau memainkan peranan seorang sukarelawan, dia

menggabungkan peranan tersebut bersama konsep dirinya. Apabila seseorang itu mempunyai

tahap kaitan identiti dan pembatinan yang tinggi, terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa

mereka akan berterusan melakukan kesukarelawanan (Finkelstein, 2009). Menurut Penner

(2002), reputasi sesebuah organisasi dan budaya pekerja dan faktor lain seperti ciri-ciri

personaliti, kepercayaan, dan nilai juga mempengaruhi keputusan seseorang untuk menjadi

sukarelawan.

Dalam teori ini, seseorang mahasiswa akan secara tidak langsung melihat peranan

identiti mereka berputik daripada persepsi yang mereka punyai tentang diri mereka dan

22
peranan mereka. Peranan ini diperolehi mereka apabila mereka melakukan peranan sosial

mereka. Ini menjadikan peranan identiti tersebut sebagai satu perkara yang akan

mempengaruhi kehidupan seseorang mahasiswa kerana menjadi sumber rujukan utama untuk

rancangan tindakan peribadi mereka. Ini menunjukkan bahawa mereka mampu untuk

melakukan tugasan dengan kreatif dan improvisasi yang masih termaktub dalam lingkungan

kedudukan sosial mereka (Owens, Robinson & Smith-Lovin, 2010). Apabila kita mengambil

pendekatan ini dan membandingkanya dengan peranan seseorang sukarelawan, kita akan

dapat melihat bahawasanya seseorang itu akan menjiwai peranannya sebagai seorang

sukarelawan, namun masih tidak akan melangkaui kedudukan sosial mereka. Ini mungkin

boleh dikaitkan dengan peranan mereka di luar aktiviti sukarelawan iaitu peranan sebagai

seorang mahasiswa. Sebagai contoh, sekiranya seorang mahasiswa itu boleh bertutur dan

mahir dalam mengajarkan sesuatu perkara, tidak mustahil mereka mampu menyumbangkan

segala ilmu yang mereka miliki kepada mereka yang memerlukan. Di sini adalah di mana

mereka melakukan improvisasi terhadap peranan sukarelawan di dalam lingkungan peranan

sosial mereka yang lain.

3.2.3 Teori Hibrid

Teori Hibrid ini mengabungkan tiga jenis teori lain yang dikaitkan dengan satu sama lain.

Akhirnya, ketiga-tiga teori ini digabungkan, dijalinkan dan dihubungkaitkan sehingga

menjadi sebuah Teori Hibrid yang melengkapi satu sama lain. Tiga teori ini adalah Teori

Konteks Sosial, Teori Integrasi Sosial dan Teori Peranan Sosial. Dalam Teori Hibrid ini,

setiap kerangka teori ini mempunyai pandangan yang tersendiri (Einolf & Chambre, 2011).

23
Dalam Teori Konteks Sosial, sukarelawan dikatakan akan mula bergerak dan

melakukan peranan mereka sebagai satu tindak balas kepada masalah kecemasan. Selain itu,

isu-isu sosial yang menyebabkan berlakunya kesukaran kepada kelompok tertentu akan

menyebabkan kesukarelawanan mula berkembang. Semangat ini dipengaruhi oleh kawasan

tempat tinggal seseorang sukarelawandan budaya membantu orang lain (Einolf & Chambre,

2011). Ini bermakna seseorang ahli sukarelawan itu akan muncul apabila berlakunya masalah

yang besar dan menyukarkan orang lain. Ini boleh dikaitkan dengan sukarelawan yang

muncul semasa banjir dan bencana alam yang lain.

Teori Integrasi Sosial pula menyatakan bahawa sukarelawan lebih terlibat di dalam

aktiviti sosial dan aktiviti berpasukan atau berorganisasi. Ini kerana mereka mempunyai

tahap penglibatan yang tinggi di dalam pelbagai kerja sosial, sukarelawan dan juga aktiviti

santai (Einolf & Chambre, 2001). Ini menunjukkan bahawa sukarelawan adalah manusia

yang sememangnya bercampur dengan orang lain. Ini juga menunjukkan bahawa

sukarelawan adalah manusia yang memang menyertai kelompok manusia yang lain di luar

kerja sukarelawan mereka. Ini turut dapat dikaitkan dengan Teori Peranan Identiti di mana

mereka mempunyai dua identiti yang berbeza namun berkait rapat.

Dalam Teori Peranan Sosial, sukarelawan dan peranan sosial mereka lain

menentukan peluang dan halangan kepada mereka untuk melakukan kerja sukarelawan. Ini

kerana sukarelawan adalah lanjutan daripada peranan sosial lain (Einolf & Chambre, 2011).

Ini bermakna, peranan sosial seseorang sukarelawan amat membantu seseorang sukarelawan

tersebut melakukan kerja sukarelawan. Namun begitu, sebaliknya juga kerja sukarelawan

boleh terganggu akibat daripada peranan sosial sukarelawan tersebut.

24
3.3 Kerangka Konseptual

Berdasarkan tinjauan literatur dan melalui pembacaan yang telah dilakukan, pengkaji telah

membentuk satu kerangka konseptual berdasarkan objektif kajian ini dilakukan. Kerangka

konseptual adalah merangkumi adaptasi daripada kajian-kajian yang menyatakan tentang

faktor penglibatan mahasiswa secara aktif dalam aktiviti sukarelawan, kaedah pembelajaran

yang berkesan dan cara pembahagian masa belajar dan beraktiviti serta kesannya terhadap

pencapaian akademik. Rajah 3.1 di bawah mempamerkan kerangka konseptual yang

digunakan dalam kajian ini.

Rajah 2.1:
Kerangka Konseptual Kajian

Faktor penglibatan
mahasiswa secara aktif
dalam aktiviti sukarelawan

Kesan kepada pencapaian


akademik
Kaedah pembelajaran yang
berkesan dan cara
pembahagian masa belajar
dan beraktiviti

Dalam kerangka konseptual kajian ini, pengkaji telah memasukkan elemen yang

menjadi persoalan kepada kajian ini. Persoalan yang dimaksudkan adalah faktor penglibatan

mahasiswa secara aktif dalam aktiviti sukarelawan, kaedah pembelajaran yang berkesan dan

cara pembahagian masa belajar dan beraktiviti serta kesannya terhadap pencapaian

akademik. Selain itu, dalam kerangka konseptual ini juga, dapat dilihat bahawa pengkaji

ingin melihat perkaitan antara faktor mahasiswa terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan

25
serta kaedah pembelajaran yang berkesan dan cara pembahagian masa belajar dan beraktiviti

yang membawa kesan terhadap pencapaian akademik. Ini dilakukan bagi melihat samada

penglibatan mahasiswa secara aktif dalam aktiviti sukarelawan memberi kesan yang positif

atau negatif terhadap pencapaian akademik mahasiswa. Ini akan dapat dijawap selepas kajian

ini dilakukan. Elemen-elemen ini akan menjadi fokus kepada kajian ini. Ini kerana elemen-

elemen ini telah menjadi sebahagian daripada persoalan dan objektif kajian.

3.4 Definisi Konsep @ Operasional

3.4.1 Mahasiswa

Kamus Dewan (2003) mentakrifkan mahasiswa sebagai pelajar atau penuntut di universiti.

Dalam kajian ini mahasiswa bermaksud pelajar yang berdaftar sepenuh masa mengikut

Seksyen 52 (18) Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia. Ertinya seorang pelajar yang

sedang mengikuti kursus pengajian di Universiti untuk mendapatkan suatu ijazah atau

diploma.

3.4.2 Sukarelawan

Menurut Bezruchka (2000), perkataan kesukarelawanan (Bahasa Inggerisnya adalah

volunteerism) berasal daripada kata kerja volunteer yang pertama digunakan dalam konteks

perkhidmatan tentera disebabkan oleh keperluan kepada khidmat negara terhadap seseorang

warganegara. Menurut Bezruchka (2000), segala kerja-kerja amal dan kebajikan yang

dihulurkan adalah tanpa mengharapkan apa-apa balasan sama ada berbentuk upah, bayaran

atau pertukaran barangan.

26
Eyler (1999) dan Geiser et al. (2014) berpendapat biasanya tiada unsur mementingkan

diri kerana semata-mata demi kebaikan semua pihak dan meningkatkan kualiti hidup

manusia. Menurut Roberts (2006), kesukarelawanan lebih kepada penajaman kemahiran,

sosialisasi dan keseronokan apabila bersama sesuatu pihak lain. Bagi Xu dan Ngai (2011),

kesukarelawan yang sebenar seharusnya gembira dapat membantu, menyediakan sumbangan

dan menghulurkan bantuan kepada seseorang atau pihak lain walaupun tanpa ganjaran

berbentuk nyata atau tidak nyata.

Menurut Blau dan Duncan (1967), ramai sukarelawan yang berkhidmat adalah

terlatih dalam bidang tugas masing-masing seperti aspek perubatan, pendidikan atau

kecemasan. Menurut Musick dan Wilson (2003) serta Wilson (2000), istilah sukarelawan

ditafsirkan sebagai individu atau kelompok individu yang istimewa dari aspek ciri peribadi

dan keikhlasan terhadap khidmat sukarela, kerja kemasyarakatan atau usaha kemanusiaan

yang diceburinya melibatkan aktiviti seperti gotong-royong, membantu dan meringankan

beban pihak lain.

Dorsch et al. (2002) juga berpendapat bahawa sukarelawan penting kerana mereka

menyumbangkan kepakaran, kemahiran, pengetahuan dan tenaga. Ini termasuklah menjadi

sukarelawan kepada sesebuah organisasi mahupun memberi sebarang bantuan dalam aktiviti

kesukarelawanan kepada masyarakat. Walau bagaimanapun, Azizan Bahari (2003) serta

Musick dan Wilson (2003) berpendapat kesukarelawanan pula merupakan suatu konsep kerja

atau khidmat secara sukarela iaitu seseorang yang menyumbang bakti dengan rela hati tanpa

paksaan atau mempunyai niat ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran kebendaan.

27
3.4.3 Pencapaian Akademik

Pencapaian akademik memberi maksud kemampuan dan kebolehan pelajar-pelajar menerima

dan menguasai pelajaran yang dipelajari di universiti. Dengan kata lain, pencapaian juga

dapat ditakrifkan sebagai kejayaan yang diperolehi oleh para pelajar dalam peperiksaan yang

diadakan di universiti sama ada cemerlang, sederhana atau lemah. Dalam kajian ini,

pencapaian akademik pelajar adalah berdasarkan keputusan CGPA yang diperolehi oleh

pelajar.

3.5 Rumusan

Secara keseluruhannya dalam bahagian ini, dapatlah dirumuskan bahawa pengkaji

membincangkan mengenai kerangka teori, konseptual dan definisi konsep dengan lebih

terperinci dan mendalam. Kajian-kajian lepas yang dijalankan oleh pengkaji terdahulu

mendapati bahawa terdapat perkaitan antara faktor penglibatan mahasiswa secara aktif dalam

aktiviti sukarelawan dan kaedah pembelajaran yang berkesan dan cara pembahagian masa

belajar dan beraktiviti yang membawa kesan terhadap pencapaian akademik. Kerangka

kajian juga dibentuk sebagai panduan dalam menjalankan kajian ini kepada pengkaji dan bab

yang seterusnya akan menerangkan mengenai metodologi kajian dengan lebih terperinci.

28
BAB 4

METODOLOGI KAJIAN

4.1 Pendahuluan

Kajian ini merupakan suatu kajian yang berkait rapat dengan kesukarelawan serta pencapaian

akademik. Lebih tepat lagi, kajian ini adalah berkenaan dengan penglibatan mahasiswa

secara aktif dalam aktiviti sukarelawan dan kesannya kepada pencapaian akademik. Dalam

kajian ini, aspek-aspek ini akan dikaji dengan lebih mendalam bagi mendapatkan dapatan

kajian dan akan dianalisis bagi mendapatkan dapat kajian yang sudah dianalisis. Setelah itu,

dapatan kajian yang sudah dianalisis ini akan dibincangkan dan dianalisis untuk dirumuskan

dan disimpulkan di akhir kajian. Ini akan dijalankan berdasarkan objektif dan persoalan

kajian yang telah ditetapkan pada awal kajian. Oleh sebab itu, kaedah kualitatif telah

digunakan kerana kaedah ini dianggap tepat kerana pengkaji akan bertemu bertentang mata

bersama respondan secara langsung. Informasi yang diperlukan akan dicatat dan dilaporkan

berdasarkan persepsi, perasaan, pengalaman dan pengetahuan respondan yang telah dipilih

di awal kajian.

Bab ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian penting iaitu reka bentuk kajian,

pendekatan kajian, kaedah penjanaan data dan aspek teknikal kajian kualitatif. Bahagian

pertama akan membincangkan mengenai reka bentuk kajian, mengapa kaedah kualitatif

diguna pakai, penentuan prosedur persampelan, iaitu dari segi pemilihan peserta, lokasi dan

jangka masa kajian yang dijalankan. Bahagian kedua membincangkan kaedah penjanaan data

yang melibatkan prosedur pengumpulan data dan analisis data serta membincangkan kaedah

29
utama yang digunakan dalam penerokaan kajian iaitu kaedah temu bual. Manakala di

bahagian akhir kajian ini akan membincangkan mengenai aspek teknikal yang memberi

tumpuan kepada kesahan dan kebolehpercayaan, etika kerahsiaan dan peranan pengkaji

sebagai instrumen kajian.

4.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian yang dilaksanakan ini merupakan kajian berbentuk kualitatif. Kajian ini

menggunakan pendekatan kajian kes. Hal ini kerana kajian yang dijalankan lebih

memfokuskan kepada persekitaran atau situasi yang dialami oleh Mahasiswa FSSG, UniSZA

sendiri yang melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukarelawan dan kesannya kepada

pencapaian akademik mereka. Kebiasaannya kajian kes berfokuskan konteks tertentu atau

persekitaran dan memiliki garis sempadan yang nyata dari aspek yang dikaji (Noraini, 2010).

Kajian yang dijalankan hanya berpusatkan kepada Mahasiswa FSSG, UniSZA sahaja yang

terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan. Dalam kajian kes, kajian mestilah berpusatkan kes

tertentu seorang individu, satu kumpulan atau sebuah masyarakat (Noraini, 2010). Pengkaji

sekaligus dapat memahami situasi yang dialami kelompok yang diselidik dengan menyelami,

mengalami dan merasai pengalaman nyata yang dialami oleh seseorang yang terlibat dengan

perkara yang diselidiki. Reka bentuk kajian kes digunakan bagi memperolehi pemahaman

yang mendalam mengenai sesuatu situasi serta definisi tersebut bagi mereka yang

mengalaminya.

Pertimbangan utama dalam pemilihan kaedah kajian adalah sama ada teknik tersebut

bersesuaian dengan tujuan dan objektif kajian yang dijalankan. Kaedah kajian yang

digunapakai adalah kualitatif, ianya dianggap bersesuaian apabila pengkaji bertujuan

30
memahami sesuatu fenomena yang berlaku. Kaedah kualitatif amat bersesuaian dirasakan

pengkaji kerana boleh digunakan dengan secara interaktif dan humanisme. Maksudnya

pengkaji boleh berinteraksi secara langsung dengan respondan dan menghayati segala

jawapan yang diberikan oleh respondan. Kaedah mengumpul data secara tradisional

dilaksanakan dengan menggunakan kaedah temu bual. Kaedah kualitatif yang diguna pakai

mampu menghuraikan pelbagai realiti berdasarkan latar sosial yang sebenar. Pengkaji

kualitatif adalah bersifat interpretatif. Ini membawa maksud pengkaji perlu menginterpretasi

data dengan mengembangkan deskriptif daripada pandangan individu, dan latar, analisa

kategori tema dan membuat interpretasi secara personal. Maka ianya boleh dikatakan suatu

kajian yang lebih luas sifatnya, kompleks, interaktif dan lebih bersifat naratif, juga bersifat

lebih baik daripada kajian kuantitatif.

Kajian kualitatif mengkaji latar semula jadi, berusaha merasionalkannya dan

seterusnya menterjemahkan makna dalam bentuk yang mudah difahami. Kaedah ini

dianggap mempunyai kekuatan kerana mempunyai fokus kajian untuk menjawab soalan

mengapa dan bagaimana. Kaedah kualitatif ini juga amat wajar digunakan disebabkan

beberapa faktor, antaranya kaedah ini mampu merungkai jawapan dengan lebih terperinci

dan oleh sebab itu kajian ini hanya melibatkan bilangan sampel yang kecil (Noraini, 2010).

Faktor kedua ialah ianya membantu pengkaji untuk mempelajari mengapa dan bagaimana

manusia itu berfikir dan memahami sesuatu perkara. Ketiga ianya mampu melihat struktur

dan suatu proses itu berlaku. Dan yang terakhir ianya hanya melibatkan penerokaan sesuatu

konteks sahaja. Menerus kaedah kualitatif, keyakinan mampu diteguhkan dengan proses

pengumpulan data yang dijalankan di tempat yang khusus, iaitu di Universiti Sultan Zainal

Abidin (UniSZA), Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu. Maka kefahaman fakta dan isu

yang tersirat berkemungkinan akan menjadi lebih kukuh dan tepat. Kajian ini juga dapat

31
memberi sumbangan dari sudut kesukarelawan serta pencapaian akademik mahasiswa

sendiri. Kajian kualitatif yang digunakan secara tidak langsung dapat menjelaskan dengan

lebih tepat mengenai amalan dan proses yang dilalui oleh respondan berdasarkan konteks

tertentu.

4.3 Persampelan

Perbincangan dalam prosedur persampelan ini merangkumi tiga aspek iaitu populasi kajian,

sampel kajian, dan kaedah pemilihan sampel kajian yang dijalankan. Bagi pemilihan

persampelan, dua pertimbangan telah pun diambil kira iaitu pengkaji perlu meletakkan

sempadan iaitu mengambil kira kes kajian berdasarkan definisi kajian yang dijalankan,

tertakluk kepada batasan waktu serta keupayaan dan kebenaran dari pihak respondan sendiri.

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan cara kajian kes iaitu melihat dengan secara

terperinci mengenai penglibatan Mahasiswa FSSG, UniSZA sendiri dalam aktiviti

sukarelawan dan kesannya kepada pencapaian akademik mereka. Mahasiswa yang dipilih

adalah mereka yang dilihat terlibat secara aktif dalam aktiviti sukarelawan samada di dalam

mahupun di luar Universiti. Kajian ini mahu melihat mengapa mahasiswa melibatkan diri

secara aktif dalam aktiviti sukarelawan, bagaimana cara pembelajaran dan apakah kesannya

terhadap pencapaian akademik mereka. Pengkaji akan menemu bual secara langsung

mahasiswa-mahasiswa yang dipilih untuk mendapatkan segala maklumat yang diperlukan.

32
4.3.1 Populasi Kajian

Pengkaji telah memilih Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA sebagai lokasi kajian kerana

memiliki populasi kajian yang sedikit iaitu seramai 868 pelajar.

4.3.2 Sampel Kajian

Seramai 5 orang mahasiswa telah dipilih oleh pengkaji daripada jumlah mahasiswa yang ada

sebagai sampel kajian.

4.3.3 Kaedah Pemilihan Sampel Kajian

Pemilihan sampel kajian atau respondan adalah mereka yang dapat memberikan segala

maklumat yang berkaitan dan menjadi fokus kepada kajian ini, iaitu Mahasiswa FSSG,

UniSZA yang terlibat secara aktif dalam aktiviti sukarelawan. Dinyatakan bahawa dalam

sesebuah kajian kualitatif, respondan kajian dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan

dan diselaraskan dengan permasalahan kajian yang ingin dikaji. Oleh itu, kajian ini memilih

untuk menggunakan kaedah persampelan bermatlamat. Persampelan bermatlamat

bermaksud andaian pengkaji mahu memahami dan meneroka secara terperinci maklumat

daripada sampel yang boleh memberikan maklumat yang berkaitan (Noraini, 2010).

Persampelan bermatlamat secara kebiasaannya dipilih disebabkan kuantiti sampel yang kecil,

lokasi sebenar dan kajian yang lebih mendalam. Logik dan kuasa persampelan bermatlamat

terletak pada pengumpulan maklumat yang lebih mendalam. Terdapat beberapa faktor

kepentingan persampelan bermatlamat, iaitu dapat mewakili tentang latar, individu dan

aktiviti yang dipilih. Selain itu, pemilihan sampel yang sengaja dipilih bertujuan untuk

33
meneliti kes kajian. Terakhir sekali, ianya dapat membentuk perbandingan khusus bagi

menjelaskan faktor perbezaan latar dan individu (Noraini, 2010).

Kajian kualitatif ini akan memilih sampel yang terdiri daripada Mahasiswa FSSG,

UniSZA yang terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan iaitu seramai 5 orang. Pemilihan

kelima-lima orang respondan tersebut adalah persampelan bermatlamat yang mengatakan

berdasarkan pengetahuan sedia ada pengkaji tentang tujuan kajian ini dijalankan. Oleh itu,

pemilihan respondan adalah berdasarkan kegiatan aktif mereka dalam aktiviti sukarelawan.

Mereka menjadi respondan yang dapat memberikan maklumat yang amat diperlukan oleh

pengkaji.

4.4 Lokasi Kajian

Lokasi kajian adalah di Fakulti Sains Sosial Gunaan, Universiti Sultan Zainal Abidin

(UniSZA), Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu. Pengkaji memilih lokasi

kajian ini kerana Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA banyak melahirkan mahasiswa

cemerlang serta terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan.

4.5 Kaedah Penjanaan Data

Istilah bagi penjanaan (generating) digunakan kerana dalam kaedah kualitatif, pengkaji harus

meneroka dan mengeluarkan data dari lapangan, bukan mengumpul data yang telah tersedia.

Kajian ini dijalankan berdasarkan kaedah utama kualitatif iaitu temu bual. Kajian ini

digunakan bagi mendapatkan sebanyak mungkin maklumat dalam jangka masa yang terhad.

Empat ciri dalam kaedah kualitatif, iaitu pengkaji sebagai instrumen, melibatkan kajian

34
lapangan, penggunaan pendekatan induktif dan memerlukan laporan mendalam (Noraini,

2010).

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan temu bual mendalam dan

mengemukakan soalan-soalan separa berstruktur. Setiap sesi temu bual berlangsung

sekurang-kurangnya satu jam atau lebih. Pelbagai soalan separa berstruktur yang

dikemukakan seperti sebab yang menarik minat Mahasiswa FSSG, UniSZA terlibat aktif

dalam aktiviti sukarelawan, kaedah pembelajaran dan pembahagian masa dalam beraktiviti

dan juga belajar dan kesan terhadap pencapaian akademik mereka sendiri.

4.6 Temu Bual Mendalam

Teknik temu bual secara mendalam digunakan bagi mendapatkan maklumat untuk

melengkapkan kajian ini. Teknik ini merupakan teknik yang dominan untuk mendapatkan

sesuatu maklumat. Kaedah temu bual mendalam dilaksanakan kerana ia berkait rapat dengan

kemampuan mengesan pengalaman orang lain serta dapat melihat kerangka nilai dan

kepercayaan individu yang tidak mungkin kita perolehi tanpa interaksi secara berdepan

dengannya (Noraini, 2010). Oleh sebab itu, teknik ini boleh dikatakan amat bersesuaian dan

bertepatan digunakan dalam kajian ini kerana pengkaji akan dapat mengesan pengalaman

sebenar yang dilalui oleh mahasiswa UniSZA yang terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan.

Temu bual yang dijalankan dengan memberikan pelbagai soalan separa berstruktur

dan temu bual secara mendalam dengan bercirikan penyiasatan terperinci dan juga soalan-

soalan terbuka. Selain temu bual separa struktur, pengkaji juga menggunakan temu bual tidak

formal. Penggunaan teknik ini amat penting kerana ketika perbualan berlaku adakalanya

ianya secara tidak formal dan spontan. Kekuatan temu bual tidak formal ini kebiasaannya

35
respondan lebih responsif dan pengkaji dapat mewujudkan satu hubungan yang bersahaja

dan selesa dengan respondan. Pendekatan ini telah digunakan oleh pengkaji untuk

bertanyakan soalan mengenai latar belakang respondan, pandangan mereka mengenai aktiviti

sukarelawan dan persepsi masing-masing dalam melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti

sukarelawan. Pendekatan ini kebiasaannya digunakan semasa berbual ketika di waktu lapang.

Pengkaji mencatatkan semua isi temu bual tidak formal dalam buku catatan sebagai rujukan

di masa akan datang. Selain tiu, pita rakaman juga digunakan bagi merakamkan data-data

yang diperlukan.

Selain temu bual dan membuat catatan, pengkaji juga mendengar, merenung dan

memerhati keadaan persekitaran termasuk bahasa bukan verbal. Pengkaji berusaha bagi

mendapatkan jawapan daripada setiap soalan yang dikemukakan di samping membuat

penyataan susulan jika ada jawapan yang tidak difahami. Pengkaji melakukan temu bual

sekurang-kurangnya sekali dengan setiap respondan.

4.7 Pengurusan Data

Setelah penjanaan data, terdapat dua perkara penting dalam kaedah kualitatif iaitu

pengurusan data dan juga penganalisisan data. Pengurusan data merupakan satu keperluan

dalam menyediakan satu pengoperasian penjanaan data yang lebih bersistematik, logik dan

penyimpanan serta pencarian data yang lebih tersusun. Pengoperasian ini bertujuan bagi

memastikan data yang diperolehi bersifat aksesibel dan berkualiti, pendokumentasian data

serta pengeluaran data pada bila-bila masa yang diperlukan. Penganalisisan data merangkumi

tiga proses utama iaitu pembersihan data, persembahan data dan kesimpulan.

36
4.8 Penganalisisan Data

Menganalisis data kualitatif merupakan suatu proses mencari dan menyusun transkrip temu

bual. Ianya bertujuan bagi meningkatkan kefahaman pengkaji serta dapat melaporkan apa

yang diteroka kepada pembaca (Noraini, 2010). Proses menganalisis data kaedah kualitatif

merupakan satu proses bekerja dengan data, mengurus dan menyisih kepada unit yang mudah

difahami, menggabungkannya dan mencari dan menemui pola yang penting.

Pengkaji yang menggunakan kaedah kualitatif amat cenderung dalam menganalisis

data secara induktif. Pola, tema juga kategori muncul dari data tanpa ditentukan sebelum

penjanaan dan analisis data dan ianya merupakan satu proses yang berterusan.

Langkah kedua dalam penganalisisan data adalah lebih kompleks dan terperinci.

Jumlah data yang besar dan pelbagai iaitu transkripsi temu bual dengan Mahasiswa FSSG,

UniSZA yang terlibat secara aktif dalam aktiviti sukarelawan memerlukan ketelitian dan

masa yang panjang. Pengkaji menggunakan cara manual dengan membuat analisis secara

menulis apa sahaja isu yang dinyatakan respondan berdasarkan baris demi baris.

4.9 Kesahan dan Kebolehpercayaan

Kualiti dapatan data kajian bergantung kepada aspek kesahan dan kebolehpercayaan. Dalam

kajian ini, trigulasi dalam kaedah yang digunakan adalah untuk meningkatkan

kebolehpercayaan data kajian yang dikumpulkan. Trigulasi dalam kaedah adalah perbuatan

berkaitan mereplika kajian untuk memastikan kebolehpercayaan dan pengesahan teori

melalui penglibatan sumber data yang pelbagai (Noraini, 2010). Dalam kajian ini, pengkaji

telah melibatkan beberapa Mahasiswa FSSG, UniSZA yang terlibat secara aktif dalam

aktiviti sukarelawan yang terdiri daripada latar belakang yang pelbagai. Untuk mendapatkan
37
kesahan yang mendalam bagi kajian ini, pengkaji telah menggunakan strategi memberi check

iaitu menjalankan setiap temu bual dan transkripsi, pengkaji mendapatkan penjelasan yang

lebih lanjut mengenai isu tersebut supaya dapatan yang diperolehi bertepatan dengan apa

yang telah dikemukakan oleh mereka. Selain itu, komen serta pandangan yang berterusan

daripada penyelia dan pensyarah amat membantu pengkaji melihat data yang banyak dengan

lebih berkesan. Pensyarah yang terlibat akan membaca dan meneliti dapatan, serta

memberikan pandangan merangkumi kaedah dan reka bentuk kajian, penganalisisan data dan

tahap liputan tinjauan ‘literature’. Pensyarah tersebut akan memeriksa data mentah dan juga

dapatan keseluruhan kajian dan akan menilai sama ada dapatan yang diperolehi munasabah

dan dapat digunakan.

4.10 Etika dan Kerahsiaan

Aspek kerahsiaan dan juga etika amat dititik beratkan memandangkan kaedah kajian ini

melibatkan ‘orang’ dan juga pencapaian akademik mereka.

4.11 Pengkaji sebagai Instrumen

Pengkaji bertindak sebagai instrumen utama semasa penjanaan dan penganalisisan data

dalam kajian ini. Dalam proses temu bual yang dijalankan, pengkaji telah menggunakan

perakam suara dan mencatat segala perkataan yang dikeluarkan oleh respondan. Hal ini

bertujuan supaya pengkaji dapat menyemak semua apa yang diperkatakan oleh respondan

demi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan dalam temu bual (Noraini, 2010). Selain

itu, temu bual direkod adalah untuk memastikan tiada sebarang maklumat yang tercicir atau

tertinggal. Melalui temu bual yang telah dijalankan, pengkaji akan menyediakan satu
38
transkrip hasil daripada temu bual tersebut. Kemahiran komunikasi, pengalaman kerja, kajian

rintis serta bacaan yang meluas amat diperlukan bagi pengkaji untuk bertindak sebagai

instrumen semasa kajian dijalankan. Pengkaji perlu berkebolehan mengemukakan soalan

demi memastikan jawapan yang diberikan oleh respondan adalah tidak terpesong daripada

fokus kajian (Noraini, 2010). Dalam kajian ini, pengkaji bukan sahaja memainkan peranan

dalam memastikan respondan bertindak balas terhadap soalan-soalan temu bual yang

diberikan, malah pengkaji juga memainkan peranan dalam menilai serta memberikan tafsiran

makna kepada perbuatan, perkataan dan juga pengalaman yang dilalui oleh respondan.

4.12 Instrumen Kajian

Temu bual merupakan satu instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini. Hasil daripada

temu bual, pengkaji akan memperolehi data yang berbentuk kualitatif. Data-data yang

diperolehi akan membantu pengkaji secara tidak langsung dalam menyokong hasil kajian

temu ramah yang telah dijalankan ke atas respondan. Temu bual dapat menjelaskan dengan

terperinci berkenaan corak pemikiran seseorang respondan. Sumber maklumat yang

diperolehi hasil daripada temu bual juga lebih kaya dan mendalam, terutamanya apabila

membincangkan proses pemikiran seseorang respondan.

Terdapat dua jenis temu bual, iaitu temu bual berstruktur dan temu bual separa

berstruktur. Namun dalam kajian ini pengkaji hanya menggunakan temu bual separa

berstruktur. Temu bual separuh berstruktur merupakan satu bentuk kaedah temu bual yang

melibatkan soalan-soalan yang lebih terbuka dan memberi kebebasan kepada respondan

untuk mengutarakan respon mereka. Untuk membantu proses kelancaran pelaksanaan temu

bual dalam kajian ini, pelbagai perkataan yang berbentuk pemangkin daripada pengkaji

39
kepada respondan telah digunakan seperti perkataan ‘adakah’, sejauhmana dan sebagainya.

Penyelidik telah menyediakan beberapa protokol temu bual yang terdiri daripada pengenalan,

soalan pembuka, soalan kunci, soalan-soalan yang berkaitan dengan kata kunci dan soalan

penutup. Protokol temu bual yang disediakan dapat membantu menjawab persoalan bagi

sesebuah penyelidikan (Noraini, 2010).

4.13 Etika Kajian

1. Menyediakan kertas kerja kajian.

2. Mengisi borang permohonan kebenaran untuk menjalankan kajian ilmiah daripada

Pusat Pengajian Kerja Sosial, FSSG, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong

Badak, Kuala Terengganu, Terengganu.

3. Setelah itu, satu borang perjanjian harus ditandatangani antara pengkaji bersama

respondan bagi memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan

pengkaji tidak boleh menyebarkan maklumat respondan kepada awam.

4. Menyediakan soalan-soalan temu bual yang akan dikemukakan kepada Mahasiswa

FSSG, UniSZA yang telah dipilih berserta dengan borang maklumat peribadi

respondan.

5. Membuat temu janji dengan respondan untuk mengadakan sesi temu bual.

6. Menjalankan sesi temu bual dengan respondan yang terlibat.

7. Menyusun data untuk tujuan analisis (mengumpul data).

8. Menganalisis data.

9. Menyiapkan laporan akhir.

40
4.14 Rumusan

Secara keseluruhan, dapatlah dirumuskan bahawa kaedah temu bual ini adalah amat

bertepatan untuk digunakan dalam kajian ini. Kaedah ini amat sesuai digunakan bagi

mendapatkan data daripada respondan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti

sukarelawan dengan lebih terperinci. Kajian kes yang dijalankan ini memberikan penumpuan

terhadap persekitaran atau situasi yang dialami sendiri Mahasiswa FSSG, UniSZA yang

terlibat secara aktif dalam aktiviti sukarelawan juga kesan kepada pencapaian akademik

mereka. Lebih tegas lagi, melalui bab ini telah dinyatakan bahawa pengkaji telah berperanan

sebagai instrumen kajian dengan menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur untuk

memahami sendiri situasi dan kesan Mahasiswa FSSG, UniSZA yang terlibat secara aktif

dalam aktiviti sukarelawan. Melalui kaedah kualitatif ini juga, pengkaji melaporkan segala

fakta seperi yang dinyatakan, berdasarkan kepada pendapat dan tafsiran para respondan

menerusi petikan temu bual, mempersembahkan tema yang mencerminkan pilihan perkataan

respondan serta melengkapkan bukti untuk tema-tema tersebut.

Penyelidikan kualitatif yang dijalankan secara langsung dapat memberikan maklumat

yang boleh dikira atau disenaraikan, malahan ianya juga mampu menampakkan gambaran

sebenar tentang sesuatu fenomena itu diterangkan dengan menggunakan perkataan dan

mimik muka respondan sendiri. Aspek sebegini tidak dapat dicapai atau dikenal pasti melalui

penyelidikan bersifat kuantitatif yang lazimnya hanya membolehkan penyelidik memahami

serta menghayati kejadian yang dialami oleh peserta kajian serta konteks sebab sesuatu

kejadian itu berlaku (Noraini, 2010).

41
BAB 5

DAPATAN KAJIAN

5.1 Pendahuluan

Kesemua data serta maklumat yang diperolehi melalui proses temu bual yang telah

dijalankan akan dihuraikan dalam bab ini. Pengkaji telah membuat transkripsi berdasarkan

soalan yang telah ditemubual dan menyusunnya secara sistematik mengikut objektif kajian

iaitu mengenal pasti faktor yang menarik minat mahasiswa untuk terlibat aktif dalam aktiviti

sukarelawan dan juga mengkaji kaedah pembelajaran yang berkesan dan juga pembahagian

masa belajar dan beraktiviti serta kesannya kepada pencapaian akademik apabila terlibat aktif

dalam aktiviti sukarelawan. Pengkaji akan memulakan bab ini dengan maklumat sosio-

demografi responden yang terlibat dalam kajian ini.

5.2 Maklumat Sosio-Demografi Responden

Bahagian ini menceritakan tentang sosio-demografi responden iaitu latar belakang diri dan

juga pengalaman terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan setiap responden yang terlibat

dalam kajian ini. Bagi menjaga kerahsiaan dan mematuhi etika kajian, nama samaran telah

pun digunakan oleh pengkaji iaitu Nadia, Wan, Fikah, Tehah dan Mimi.

42
5.2.1 Responden 1 (Nadia)

5.2.1.1 Latar Belakang Diri

Nadia merupakan seorang pelajar perempuan berbangsa Melayu serta beragama Islam,

berusia 22 tahun dan berasal dari Johor Bharu, Johor. Mengambil jurusan ISM Kerja Sosial

dibawah Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA. Merupakan anak ketiga dari lima orang adik

beradik di mana kesemuanya adalah perempuan.

5.2.1.2 Pengalaman Dalam Aktiviti Sukarelawan

Nadia mula menceburkan diri dalam bidang kesukarelawan ketika beliau berada di semester

akhir Diploma dan seterusnya sehinggalah ke bidang Ijazah. Berikut adalah senarai aktiviti

sukarelawan yang pernah beliau sertai:

a. Program Bersih Kubur 2013

b. Program Cakna Kampung (Gotong-Royong Kampung) 2014

c. Program Cakna Aedes dan Denggi 2014

d. Hari Sukarelawan Peringkat KPT 2015

e. Program Sukarelawan Jejak Menara Gading 2015

f. Sukarelawan Tautan Kasih di Rumah Anak Yatim Perkaya 2016

g. Volunteer Homehelp Service 2016

h. Sukarelawan Masjid UniSZA (Memasak) 2016

i. Sukarelawan Cakna Komuniti JKM 1.0 2016

j. Sukarelawan Cakna Komuniti JKM 2.0 2016

k. Sukarelawan Program Gelandangan Di Kuala Terengganu 2016

l. Program Sukarelawan Cakna Kampung di Melaka 2016


43
m. Sukarelawan Program Tautan Ma’nisa di Pusat Perlindungan Raudatus Sakinah 2017

n. Sukarelawan Bumi Hijau 2017

o. Program Sukarelawan di Medan, Indonesia 2017

p. Legasi Kesukarelawanan Sosial Antarabangsa, Kemboja 2017

q. Volunteer UniSZA RUN 2017

r. Sukarelawan Program Jelajah Kepulauan Borneo 2017

s. Sukarelawan Projek Mural Sempena Hari Sukarelawan Sedunia 2017 Peringkat

Kebangsaan 1.0 2017

t. Sukarelawan Projek Mural Sempena Hari Sukarelawan Sedunia 2017 Peringkat

Kebangsaan 2.0 2017

5.2.2 Responden 2 (Wan)

5.2.2.1 Latar Belakang Diri

Wan merupakan satu-satunya responden lelaki didalam kajian ini. Beliau merupakan seorang

pelajar yang berbangsa Bugis serta beragama Islam, berusia 22 tahun dan berasal dari Negeri

Bawah Bayu, Sabah. Mengambil jurusan ISM Antropologi dan Dakwah dibawah Fakulti

Sains Sosial Gunaan, UniSZA. Merupakan anak ketiga daripada 4 adik beradik.

5.2.2.2 Pengalaman Dalam Aktiviti Sukarelawan

Wan terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan bermula dari semester pertama Ijazah, ketika

beliau ditaklifkan sebagai kepimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial Gunaan,

UniSZA. Bermula dari situ beliau melihat bagaimana aspek kesukarelawanan itu

44
diaplikasikan kepada masyarakat komuniti setempat. Berikut adalah senarai aktiviti

sukarelawan yang pernah beliau sertai:

a. Misi sukarelawan siswa YSS-ASEAN ke Miri, sarawak 2017

b. Bakti siswa ( Bicara Siswa) di SMK Bakong, Subis Sarawak 2017

c. Program Khidmat Masyarakat TaHa@U 2016

d. International Social Science and Tourism Research Conference ( ISSTRC 2016)

Volunteer

e. Bakti Siswa Mega 2017 Kg Simpang Gelami, Negeri Sembilan

f. Program Semarak Kasih Anak-Anak Yatim Darul Falah Bukit Payung, Kuala

Terengganu 2017

g. Bakti Siswa Di Kampung Telemong Hulu Terengganu 2017

h. Menuju Puncak Bersama FSSG hari Sukarelawan UniSZA di Smk Ibrahim Fikri 2017

5.2.3 Responden 3 (Fikah)

5.2.3.1 Latar Belakang Diri

Fikah merupakan seorang pelajar perempuan yang berbangsa Melayu serta beragama Islam,

berusia 22 tahun dan berasal dari negeri Pahang tetapi menetap di Bangi, Selangor.

Mengambil jurusan ISM Antropologi dan Dakwah dibawah Fakulti Sains Sosial Gunaan,

UniSZA. Beliau merupakan anak ketiga dari 4 adik beradik dan juga merupakan anak

perempuan tunggal.

45
5.2.3.2 Pengalaman Dalam Aktiviti Sukarelawan

Fikah mula menceburi bidang kesukrelawanan ketika berada di tahun pertama ijazah, beliau

telah ditawarkan untuk menyertai satu program sukarelawan ke benua Eurasia iaitu Negara

Turki. Dari situlah beliau mula berminat untuk menyertai pelbagai aktiviti sukarelawan.

Berikut adalah senarai aktiviti sukarelawan yang pernah beliau sertai:

a. Menjejaki kesultanan Al-Fateh, Turki 2016

b. Yayasan sukarelawan siswa, KPT. Misi Laos 14 Sept 2017- 1 Oktober 2017

c. Homeless Need Disember 2015

d. Perwakilan pelajar ke bumi Indonesia 2012

e. Khidmat pelajar negeri pahang, Yayasan Pahang. Madrasah Penang 2013

5.2.4 Responden 4 (Tehah)

5.2.4.1 Latar Belakang Diri

Tehah merupakan seorang pelajar perempuan yang berbangsa Melayu serta beragama Islam,

berusia 23 tahun dan berasal dari Besut, Terengganu. Sekarang beliau merupakan pelajar

tahun akhir dalam jurusan ISM Kerja Sosial dibawah Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA.

Beliau merupakan anak bongsu dari 5 adik beradik.

46
5.2.4.2 Pengalaman Dalam Aktiviti Sukarelawan

Tehah mula terlibat aktif dalam bidang kesukarelawanan semenjak dari bangku sekolah lagi,

beliau juga dididik oleh keluarga sendiri untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan.

Malahan masuk kea lam universiti juga bukan menjadi penghalang untuk beliau terlibat aktif

dalam aktiviti sukarelawan. Berikut adalah senarai aktiviti sukarelawan yang pernah beliau

sertai:

a. Sukarelawan pejabat kesihatan daerah (ahli aktif) 2009

b. Sukarelawan bantuan kecemasan dan banjir PBSM 2010

c. Sukarelawan Perdana beruniform tentera darat 2010

d. Sukarelawan pejabat kesihatan daerah (ahli aktif) 2010

e. Sukarelawan banjir (PBSM: ahli kesihatan) 2011

f. Sukarelawan Banjir di Felda Seberang Tayor, Kemaman 2014

g. Baitul Cakna Lelaki Terengganu (pemulihan penagih dadah lelaki) 2014

h. Sukarelawan Banjir di Sekolah Lak Loh, Kuala Krai 2014

i. Voluntering Is Happening (PERSIS) 2015

j. Safe our water 2015

k. Jalinan Kasih Mahasiswa/wi PERKIM-UniSZA-JAKOA di Perkampungan Orang Asli,

Sg. Rual, Jeli Kelantan 2016

l. Program Cakna Bersih dan Sihat “CBS” Masyarakat Orang Asli Terengganu dan

Kelantan 2016

m. Volume Volunteer 2016

n. Jelajah Sukarelawan Siswa Merentasi Kepulauan BORNEO 2016

o. Program Nature Of Village Redang Island 2016 (agribio)

p. Sukarelawan “Young Leader Volunteer Icon” 2016


47
q. Islamic Student Leadership Summit (ISLC2016) : sukarelawan pendidikan

r. Program Mahasiswa Bersama Komuniti “Unisza Prihatin” 2016

s. Sukarelawan community health 2016

t. Legasi Kerja Sosial Antarabangsa, Kemboja (LEKSA) 2017

u. Sukarelawan health for Malaysia UKM 2017

v. Islamic Student Leadership Summit (ISLC2017) : sukarelawan pendidikan

w. Selamatkan komuniti tersayang 2017

5.2.5 Responden 5 (Mimi)

5.2.5.1 Latar Belakang Diri

Mimi merupakan seorang pelajar perempuan yang berbangsa Melayu serta beragama Islam,

berusia 22 tahun dan berasal dari Bachok, Kelantan. Beliau merupakan pelajar jurusan ISM

Kerja Sosial , Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA. Beliau merupakan anak bongsu

perempuan daripada dua adik beradik.

5.2.5.2 Pengalaman Dalam Aktiviti Sukarelawan

Mimi mula mengenali sukarelawan ketika melangkah masuk kealam university di tahun yang

pertama ijazah. Beliau menyertai Pertubuhan Sukarelawan Siswa (PERSIS), UniSZA serta

beberapa persatuan dan kelab lain yang banyak menjalankan aktiviti sukarelawan. Berikut

adalah senarai aktiviti sukarelawan yang pernah beliau sertai:

a. Peserta Program Gema Kasih Komuniti 2016

b. Peserta Program Jalinan Kasih Bersama Keluarga Angkat Di Gua Musang,Kelantan 2016
48
c. Urusetia Konvensyen Kepimpinan Mahasiwa Islam Peringkat Kebangsaan 2017

(ISLC2017)

d. Peserta Sukarelawan Prihatin Negeri Terengganu 2017

e. Peserta Bakti Siswa FSSG 2017

f. Peserta Ziarah Prihatin di HSNZ 2017

g. Peserta Jejak Amal Gelandangan Pulau Pinang 2017

h. Peserta Konvensyen Pembangunan Mahasiswa & Mahasiswa OKU 2017

i. Urusetia Zumba For Charity 2017

j. Urusetia Konvensyen Kepimpinan Mahasiwa Islam Ipt (Islc16)

k. Peserta Seminar Vape Di Umt 2017

l. Peserta Program 1malysia Culture Builder 2017

m. Peserta Khidmat Komuniti Di Menggelabang Telipot 2017

n. Peserta Khidmat Masyarakat Di Masjid Penarik 2017

49
5.3 Hasil Penemuan Kajian

Dalam bahagian kedua ini pengkaji akan membentangkan pula hasil penemuan kajian yang

telah dijalankan terhadap 5 orang responden. Pembentangan hasil penemuan kajian tersebut

adalah mengikut objektif kajian di mana bagi setiap satu soalan kajian yang telah ditemu bual

kepada responden akan dibentangkan jawapan tersebut. Setelah pengkaji mengemukakan

kesemua jawapan responden bagi setiap persoalan kajian, pengkaji akan mempamerkan pula

kata kunci kepada jawapan-jawapan setiap responden dalam bentuk jadual untuk

memudahkan lagi pembaca melihat secara jelas jawapan yang telah diberikan oleh

responden.

5.3.1 Faktor Yang Menarik Minat Mahasiswa Untuk Terlibat Aktif Dalam Aktiviti

Sukarelawan.

Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, didapati kesemua responden menjelaskan

dengan baik faktor yang menarik minat mereka untuk terlibat aktif dalam aktiviti

sukarelawan. Pengkaji telah meletakkan 5 faktor utama untuk dikenal pasti sama ada ianya

membawa pengaruh yang besar dalam menarik minat responden untuk terlibat aktif dalam

aktiviti sukarelawan ataupun tidak.

5.3.1.1 Faktor Pengaruh Keluarga, Rakan Dan Universiti

a. Faktor Pengaruh Keluarga

Kesemua responden bersependapat dan setuju bahawasanya faktor keluarga memainkan

peranan penting dalam menarik minat mereka untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan;

50
“Yes, Mak Ayah saya sendiri merupakan Sukarelawan kat Masjid, dimana mereka
merupakan orang kuat Masjid sebenarnya dan bila ada program kat Masjid macam
MauliduRasul, Qurban, diorang banyak participate, diorang yang ketuai program itu, jadi
saya sebagai anak saya nampak benda itu jadi why not kita buat apa yang parents kita buat
kan. Dan kalau balik kampung ada rewang memang kita akan buat benda itu. So faktor
family memang sangat ada, macam itulah.”
(R.1)

“Untuk pengetahuan saudara, keluarga saya merupakan pengiat aktif Sukarelawan di Sabah
juga sendiri, kerana apa dari aspek Sukarelawan itu apabila saya melihat saudara mara
contohnya keluarga yang terdekat misalnya saudara pakcik saya sendiri merupakan pengiat
terhadap Sukarelawan di Sabah dan mereka telah mengadakan satu konsert dan
menyumbang kepada mangsa-mangsa kebakaran di Tawau disana. Dan dalam aspek itulah
saya lihat betapa mereka bersungguh-sungguh dalam membantu dan berkhidmat kepada
komuniti Sabah khususnya.”
(R.2)

“Dalam ahli keluarga saya sendiri takde yang terlibat dalam aktiviti Sukarelawan ni, tapi
ayah saya sendiri yang banyak mengajar melatih anak-anak dia untuk sentiasa berkhidmat
kepada masyarakat lain. Walaupun dia kerja sebagai Engineer, tapi dia still ada aktiviti
mingguan dalam tempat kerja dia. Contohnya bagi sumbangan makanan kepada orang
susah, jadi dilatihkan benda tu kepada anak-anak dia.”
(R.3)

“Yup, Keluarga saya sendiri merupakan ahli Sukarelawan dan juga penganjur kepada
aktiviti-aktiviti Sukarelawan, mereka banyak memfokuskan kepada golongan-golongan
mualaf yang perlu dibantu, dari itulah saya mula mengikuti setiap aktiviti-aktiviti
sukarelawan bersama keluarga saya.”
(R.4)

“Ok, untuk soalan ni, ada. Tetapi aktiviti sukarelawan biasalah seperti bagi sedekah dekat
makcik-makcik kat pasar. Hmm, bagi sedekah dekat tabung masjid.”
(R.5)

51
b. Faktor Pengaruh Rakan

Kelima-lima responden berpendapat sama dengan mengatakan faktor pengaruh rakan-rakan

juga wujud dalam menarik minat mereka untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan;

“Yes, saya ramai kawan-kawan yang terlibat dalam aktiviti Sukarelawan, tapi kawan-kawan
yang rapat, maksudnya kawan yang saya betul-betul rapat, takde. Saya kawan yang bukan
dalam kelas kecuali kawan saya sorang nilah nama dia Hazirah bt Wahid dimana dia juga
merupakan Sukarelawan dan kiteorang sentiasa bila ada program “eh jom join
Sukarelawan, ok on” tapi kawan-kawan lain, kurang sikit, mereka tak berapa minat sangat.
So saya tak berapa kisah benda tu, at least kita ada kawan, even kalau takde kawan pun saya
akan boleh bergerak sendiri.”
(R.1)

“Sebenarnya timbul minat Sukarelawan ini merupakan daripada aspek persekitaran saya
sendiri iaitu dari aspek rakan-rakan saya sendiri bagaimana saya melihat rakan-rakan saya
beranjak demi satu demi satu tangga kejayaan apabila mereka terlibat dalam aspek
Kesukarelawanan. Saya amek contoh saudara Ammar Rafiq (Presiden MPP UniSZA
2017/2018) sebabnya dia lebih dekat dengan saya dan juga merupakan rakan sekelas. Jadi
saya melihat betapa kebanyakan kegiatannya melibatkan diri merupakan aspek
Kesukarelawanan, jadi saya melihat itu merupakan salah satu faktor pendorong untuk saya
lebih bergiat aktif bukan hanya akademik tetapi saya cuba mengimbangkan amtara
keduanya Sukarelawan dan juga Akademik.”
(R.2)

“Ya ramai kawan-kawan saya yang terlibat aktif dalam aktiviti Sukarelawan ni, terutama
kawan baik saya sendiri, kawan-kawan saya dari diploma sampai degree semua ada
penglibatan terhadap aktiviti Sukarelawan, contoh macam kawan saya PERSIS (Pertubuhan
Sukarelawan Siswa), ada yang pergi misi Kemboja Qurban, lepastu ada yang ke Medan,
Indonesia. Dan ianya memang membuktikan bahawasanya saya mempunyai ramai kawan
yang terlibat aktif dalam aktiviti Sukarelawan dan ianya mempengaruhi saya untuk turut
terlibat aktif dalam aktiviti Sukarelawan.”
(R.3)

52
“Ya ramai kawan-kawan saya yang terlibat aktif dalam aktiviti Sukarelawan ni, tetapi tidak
semuanya dari kalangan rakan sekelas. Kebanyakan mereka dalam bidang Antropologi dan
Dakwah, Perakaunan dan Perubatan.”
(R.4)

“Ya ada, hmm, saya ada ramai kawan yang turut terlibat secara aktif dalam aktiviti
sukarelawan ni. Biasanya kalau saya ada program untuk join aktiviti sukarelawan ni, saya
akan mengajak kawan-kawan saya untuk turut sertalah dengan program yang saya join tu.”
(R.5)

c. Faktor Pengaruh Universiti

Kelima-lima responden amat bersetuju dan bersependapat bahawa pengaruh universiti

memainkan peranan penting dalam menarik minat mereka untuk terlibat aktif dalam aktiviti

sukarelawan;

“Universiti juga merupakan faktor yang penting sebenarnya untuk kita sebagai student,
kalau universiti tak menggalakkan, kita pun tak boleh nak gerak dan kita pun susah nak
gerak sebenarnya bawah universiti. Jadi universiti ni kalau kita nak buat program
Sukarelawan mereka akan support, mereka akan bagi dana, mereka akan tolong apa yang
patutlah, apa yang mereka boleh tolong. So universiti memang satu faktor yang pentinglah
dalam Sukarelawan samada peringkat universiti mahupun peringkat kebangsaan.”
(R.1)

“Saya bersyukur kerana ditempatkan di Universiti Sultan Zainal Abidin kerana Universiti
Hepa (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) khususnya amat menggalakkan kita untuk mengikuti
aktiviti Kesukarelawan lagi, apatahlagi apabila kita punya TNC (Timbalan Naib Canselor)
sendiri menggalakkan mahaiswa turun kepada komuniti, sebab kita sedia maklum bahawa
Universiti Sultan Zainal Abidin adalah merupakan Universiti yang dekat dengan komuniti.
Jadi saya bersyukur kerana pihak Universiti menggalakkan semua mahasiswa terlibat dalam
aspek Kesukarelawanan.”
(R.2)

53
“Setakat ni Alhamdulillah, Universiti sentiasa mendorong saya dari semasa kesemasa,
Universiti banyak memberi peluang kepada saya untuk melibatkan diri dalam aktiviti
Sukarelawan sehingga diberi peluang untuk menyertai Yayasan Sukarelawan Siswa dibawah
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Laos selama 3 minggu.”
(R.3)

“Universiti sentiasa memberi peluang dan ruang kepada pelajar untuk terlibat aktif dalam
aktiviti sukarelawan dan saya selalu memanfaatkan setiap peluang dan ruang yang mereka
beri.”
(R.4)

“Ok, ya pihak Universiti sangat mengalukan dan memberi sokongan kepada Mahasiswa
yang berminat untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti sukarelawan ni. Sebagai contohnya,
hmm, pihak Universiti meluluskan program-program yang beraspekkan sukarelawan.
Seperti, hmm, yang saya pernah sertai adalah aktiviti sukarelawan membersih pantai teluk
ketapang, dan ini dalah aktiviti saya yang first saya sertai ketika saya semester satulah. Dan
ada banyak lagilah aktiviti sukarelawan yang saya join.”
(R.5)

5.3.1.2 Faktor Kepercayaan

Responden 1,2 dan 4 bersependapat bahawa apa yang mereka lakukan akan memberi kesan

pada masa akan datang. Malahan mereka percaya ianya membantu untuk meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran mereka sendiri serta interaksi sosial;

“Hmmm, sebenarnya kepercayaan ni saya suka tengok orang, saya suka observe, saya suka
perhatikan orang, jadi disebabkan orang tu saya nak turun buat Sukarelawan. Tak kisahlah
program cikai-cikai kutip sampah ke, bersihkan kubur ke, sebenarnya kutip sampah, bersih
kubur merupakan Sukarelawan pertama yang pernah saya buat, saya pergi je sebab kita nak
benda tu kan. So kat situ saya percaya yang sebenarnya kita boleh belajar daripada orang-
orang yang ada dekat situ.”
(R.1)

54
“Saya percaya bahawa satu pepatah mengatakan apa yang kita beri kita akan dapat lebih
banyak daripada apa yang kita berikan dan sebagai kesukarelawanan ini kita lakukan
dengan sukarela dengan hati yang ikhlas dan niat yang ikhlas. Jadi apabila kita turun kepada
komuniti misalnya kita dekat dengan komuniti dan memberi pertolongan dan kepercayaan
saya ini apabila kita memberi InshaAllah kita akan dapat lebih banyak lagi dimasa akan
datang.”
(R.2)

“Faktor kepercayaan, hmm, saya percaya apa yang kita lakukan pada hari ini akan memberi
kesan pada masa akan datang.”
(R.4)

Responden 3 dan 5 pula bersependapat dengan mengatakan mereka percaya apa yang

mereka lakukan mampu membantu masyarakat yang lebih memerlukan;

“Kepercayaan kepada diri saya sendiri, kemampuan saya untuk berkhidmat dalam
menyumbangkan tenaga dan kudrat saya kepada masyarakat lain. Jadi saya percaya diri
saya mampu untuk buat orang lain tersenyum kembali.”
(R.3)

“Kat sini saya percaya bahawa, sekecil-kecil bantuan yang kita hulurkan itu adalah sebesar-
besar pertolongan bagi mereka yang memerlukan bantuan. Jadi saya rasa amat berbesar
hatilah, sekiranya saya diberi peluang, memang saya akan bergerak secara aktiflah dalam
aktiviti sukarelawan ni.”
(R.5)

5.3.1.3 Faktor Motivasi


Responden 1 menyatakan bahawa yang memotivasikan dirinya untuk terlibat aktif dalam

aktiviti sukarelawan adalah memperolehi kawan-kawan baru dari pelbagai tempat dan

budaya.

55
“Yang memotivasikan saya adalah kawan baru. Asalkan perkataan kawan tu saya nak join
Sukarelawan sebab saya pergi program ni akan dapat kawan baru, saya pergi program tu
saya dapat kawan baru. Sebab faktor kawan tu saya nak join program Sukarelawan. Tak
kisahlah apa-apapun asalkan kita dapat berhubung dengan orang baru. Sebab kita nak
berhubung dengan orang dan kita perlukan banyak link and ada banyak connection so
melalui Sukarelawan ni saya rasa saya ada banyak connection untuk saya mudah untuk next
planning pada masa akan datang.”
(R.1)

Responden 2,4 dan 5 pula bersependapat bahawa yang memotivasikan mereka adalah

aspirasi dan keinginan mereka untuk membantu orang yang kesusahan serta menyayangi

insan yang memerlukan;

“Yang memotivasikan saya adalah diri saya sendiri, sebab kita tidak tahu apa masalah yang
berada ditempat komuniti tersebut. Jadi kita sebagai mahasiswa kita perlu dekat dengan
komuniti, kita perlu turun dengan komuniti dan kita perlu lihat apa masalah yang ada dengan
komuniti pada hari ini dan sebagai pengerak mahasiswa pada hari ini kita perlu lihat
bagaimana masalah-masalah yang dihadapi dan kita pun merasai kerana kita tidak merasai
apa yang mereka rasakan dan itu merupakan salah satu motivasi yang kuat dalam diri saya
untuk turun sebagai seorang Sukarelawan.”
(R.2)

“Yang memotivasikan diri saya adalah apabila saya melihat tidak semua manusia
mempunyai apa yang kita ada. Jadi saya ingin berkongsi dengan mereka apa yang saya
miliki dan mampu.”
(R.4)

“Ok, apa yang memotivasikan saya adalah mereka itu sendiri, ataupun mereka yang
memerlukan bantuan daripada kita semua ni, daripada saya, daripada mahasiswa-
mahasiswa lainlah. Ataupun pihak-pihak tertentu. Ok, kita sebagai seorang hamba Allah ni
tak mampu untuk menghapuskan rasa empati dalam diri kita, jadi apabila timbulnya
perasaan empati tu, mesti kita akan rasa macam nak menolong. Jadi merekalah yang
menjadi motivasi yang terbesar bagi saya.”
(R.5)

56
Manakala responden 3 pula menjelaskan bahawa yang memotivasikan dirinya adalah

apabila banyak rancangan-rancangan berkenaan sukarelawan yang ditayangkan di kaca

televisyen dan itu menyebabkan beliau ingin melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan;

“Yang memotivasikan diri saya adalah apabila saya menceburi bidang sukarelawan ni
firstly, motivasi diri saya sebab join ceramah Sukarelawanan, tengok program-program
banyak kat TV, jadi saya nak rasa berada dalam situasi tersebut. Dan program pertama yang
saya rasa saya pernah join yang ke Turki, keluar TV dan sebagainya.”
(R.3)

5.3.1.4 Faktor Niat

Responden 1 menyatakan bahawa niat beliau terlibat aktif dalam sukarelawan adalah untuk

menjelajah seluruh dunia untuk mengenal budaya dan bangsa lain;

“Salah satu faktor niatnya saya suka travel. Bagi saya kalau saya join Sukarelawan saya
boleh travel. Sambal Sukarelawan sambil tu kita boleh travel, boleh explore, kita boleh
observe dan macam sebelum ni kami ke Sarawak, Kemboja dan itu merupakan niat saya,
saya nak travel dan sambil Sukarelawan.”
(R.1)

Responden 2,3 dan 5 pula bersependapat niat mereka terlibat aktif dalam aktiviti

sukarelawan adalah untuk berbakti kepada masyarakat serta menyumbangkan tenaga buat

mereka yang memerlukan;

“Niat muncul dan teringin mengikuti Sukarelawan ni kita ingin lebih dekat dengan komuniti
dan kita ingin lihat apa masalah yang mereka hadapi sekarang. Macam saya sendiri saya
duduk dibandar dan saya pun tidak tahu persekitaran dikawasan perkampungan, dikawasan
luar bandar misalnya. Jadi kita sebagai seorang yang ingin tahu dan ingin lebih dekat. Niat
itu terbina dan terjalin apabila kita lihat bagaimana masalah itu berlaku dan kita sebagai
57
seorang mahasiswa tidak tahu dan kita tidak dapat membantu. Jadi niat itu kita lihat kepada
masalah yang dihadapi dan kita ingin tahu dan gali apa masalah yang mereka hadapi.”
(R.2)

“Kalau sentuh tentang niat ni, niat pertama saya adalah first sekali adalah memang untuk
berkhidmatlah untuk masyarakat, waktu saya ssekolah menengah, saya memang nak
berbakti untuk Masyarakat, sebab saya tahu saya ni tidak sesempurna seperti orang lain,
amalan saya ke, apa ke, mungkinlah kurang, jadi saya nak buktikan pada orang lain yang
saya mampu standing dengan diorang walaupun saya ada masalah sakit macamni tapi saya
mampu untuk berdiri dengan diorang, untuk bagi sumbangan dengan diorang, untuk
sumbangkan tenaga walaupun tenaga saya tak banyak macam diorang. Jadi saya nak
buktikanlah pada diri saya, itulah niat saya.”
(R.3)

“K, niat saya dari sampailah sekarang hanyalah satu, iaitu untuk membantu mereka diluar
sana, dengan harapan agar mereka ni dapat hidup dalam kesejahteraan dan mereka merasa
bahagia dengan nikmat kehidupan dan tidak terasa asing daripada masyarakat. Maksudnya
semua sama, semua dapat merasa nikmat kehidupan tu.”
(R.5)

Manakala responden 4 pula menjelaskan niat beliau adalah untuk menimba

pengalaman buat dirinya;

“Niat saya adalah untuk menimba pengalaman dan saya pernah berjanji dalam diri saya
sendiri, sekali aku melangkah kealam Sukarelawan, tak akan aku berundur walaupun
terpaksa membahagikan masa dengan pelbagai komitmen.”
(R.4)

5.3.1.5 Faktor Lain


Setiap responden telah menjelaskan faktor lain yang mempengaruhi mereka untuk terlibat

aktif dalam aktiviti sukarelawan. Responden 1 menjelaskan bahawa faktor lain yang

mempengaruhi beliau adalah faktor minat;

58
“Faktor-faktor lain mungkin sebab minat kot. Sebab saya cakap tadi saya suka travel dan
saya suka hunter something, saya suka food hunter, bagi saya kalau Sukarelawan kita boleh
buat macam-macam. Bukan sahaja kita tolong orang tapi pada masa yang sama kita boleh
sambil menyelam sambil minum air, dia macam tulah. Jadinya satu yang menyeronokkanlah,
dan sebenarnya ianya satu kepuasan kalau kita betul-betul memang minat. Kita akan dapat
satu kepuasan yang orang lain tak dapat rasalah, susahlah nak cakap dengan kata-kata.”
(R.1)

Responden 2 pula menjelaskan bahawa faktor pengalaman mempengaruhi beliau

untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan. Ianya kerana bagi beliau pengalaman

merupakan guru pertama dalam mengajar makna kehidupan;

“Faktor-faktor lain adalah pengalamanlah, kerana bagi saya pengalaman adalah guru
pertama yang mengajar tentang kehidupan.”
(R.2)

Responden 3 menjelaskan bahawa faktor lain yang mempengaruhi beliau adalah

faktor masa hadapan. Bagi beliau penglibatannya dalam aktiviti sukarelawan akan memberi

kesan yang besar pada masa hadapan beliau;

“Faktor-faktor lain, saya lihat kepada masa hadapan sayalah kot, untuk kerjaya, sebab saya
memang nak bidang Sukarelawan. Jadi faktornya saya kena minat dan selalu join program
–program Sukarelawan. Untuk masa hadapanlah.”
(R.3)

Responden 4 pula menjelaskan bahawa faktor lain yang mempengaruhi beliau adalah

faktor ingin membantu golongan yang memerlukan tidak kira sesiapapun;

59
“Hmm, Faktor lain adalah saya ingin membantu golongan yang memerlukan. Tidak kira
mangsa banjir, orang asli atau apa-apa yang boleh dikaitkan dengan bidang sukarelawan.”
(R.4)

Responden 5 juga menjelaskan wujudnya faktor lain yang mempengaruhi beliau

untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan. Faktor lain yang dimaksudkan adalah faktor

ingin mencontohi tokoh-tokoh hebat dalam aktiviti sukarelawan;

“Ya, saya akui ada, saya mendengar kisah daripada orang-orang yang hebatlah dari aktiviti
sukarelawan ni seperti Muhammad Jantan, Presiden Muslim Volunteer Malaysia, dimana
diusia beliau, beliau telah banyak membantu saudara Muslim kita sendiri dan juga non
muslim didalam dan juga luar negara. Dan dia merupakan salah satu aspirasilah dan juga
pendorong untuk saya terus terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan.”
(R.5)

Daripada dapatan mengenai faktor yang menarik minat mahasiswa untuk terlibat aktif

dalam aktiviti sukarelawan ini, dapat disimpulkan bahawa ke lima-lima faktor yang

ditetapkan oleh pengkaji amat mempengaruhi responden untuk terlibat aktif dalam aktiviti

sukarelawan. Jadual 5.1 di bawah mempamerkan kata kunci kepada jawapan setiap

responden berkaitan dengan faktor yang menarik minat mahasiswa untuk terlibat aktif dalam

aktiviti sukarelawan.

60
Jadual 5.1:
Faktor Yang Menarik Minat Mahasiswa Untuk Terlibat Aktif Dalam Aktiviti Sukarelawan

Faktor Yang Menarik Minat Mahasiswa Untuk Terlibat


Responden
Aktif Dalam Aktiviti Sukarelawan
1. Faktor pengaruh keluarga, rakan dan Universiti.
2. Faktor kepercayaan: Boleh belajar dengan masyarakat
setempat.
3. Faktor motivasi: Memperolehi kawan-kawan baru dari
Responden 1
pelbagai tempat dan budaya.
4. Faktor niat: Menjelajah seluruh dunia untuk mengenal
budaya dan bangsa lain.
5. Faktor lain: Minat.
1. Faktor pengaruh keluarga, rakan dan Universiti.
2. Faktor kepercayaan: Segala yang disumbangkan kepada
masyarakat akan memperolehi manfaat yang lebih
banyak.
Responden 2
3. Faktor motivasi: Aspirasi dan keinginan untuk
membantu orang yang kesusahan.
4. Faktor niat: Ingin lebih dekat dengan komuniti.
5. Faktor lain: Pengalaman.
1. Faktor pengaruh keluarga, rakan dan Universiti.
2. Faktor kepercayaan: Kemampuan diri sendiri untuk
menyumbang kepada masyarakat.
3. Faktor motivasi: Rancangan Sukarelawan yang
Responden 3
ditayangkan di kaca televisyen.
4. Faktor niat: Untuk buktikan kepada orang lain dirinya
mampu menyumbang untuk orang lain.
5. Faktor lain: Masa hadapan.
1. Faktor pengaruh keluarga, rakan dan Universiti.
2. Faktor kepercayaan: Segala yang dilakukan pada hari
ini akan memberi kesan dimasa akan datang.
3. Faktor motivasi: Ingin berkongsi setiap apa yang
Responden 4
dimiliki.
4. Faktor niat: Menimba pengalaman buat diri sendiri.
5. Faktor lain: Ingin membantu golongan yang memerlukan
tidak kira sesiapapun.
1. Faktor pengaruh keluarga, rakan dan Universiti.
2. Faktor kepercayaan: Sekecil-kecil bantuan yang
dihulurkan adalah sebesar-besar pertolongan bagi
mereka yang memerlukan bantuan.
Responden 5 3. Faktor motivasi: Sifat empati kepada mereka yang
memerlukan bantuan.
4. Faktor niat: Untuk berbakti kepada masyarakat.
5. Faktor lain: Ingin mencontohi tokoh-tokoh hebat dalam
aktiviti sukarelawan.

61
5.3.2 Kaedah Pembelajaran Yang Berkesan Dan Juga Pembahagian Masa Belajar

Dan Beraktiviti

Bahagian ini pula pengkaji akan membentangkan hasil dapatan kajian berdasarkan kepada

objektif kedua kajian. Bahagian ini telah pun mengenalpasti kaedah pembelajaran yang

berkesan dan juga pembahagian masa belajar dan beraktiviti yang selalu digunakan oleh

responden. Berdasarkan hasil temubual mendalam ke atas semua responden, kaedah

pembelajaran serta cara pembahagian masa yang digunakan oleh responden telah

dikemukakan. Berikut merupakan perkongsian yang telah diberikan oleh responden

mengenai kaedah pembelajaran yang berkesan dan juga pembahagian masa belajar dan

beraktiviti:

Responden 1:

Mengikut responden pertama iaitu Nadia, apabila diajukan soalan berkenaan kaedah

pembelajaran berkesan, perkongsian yang telah diberikan adalah:

“Saya satu je, bila saya belajar, saya belajar. Maksudnya kalau time kuliah saya tak akan
skip kelas untuk program. Melainkan kalau terpaksa. Macam Sukarelawan, dan nama pun
Suka-rela-wan jadi bila kita masa je kita akan join. Jadi kalau time kelas memang saya tak
akan skip, seminggu kelas memang akan seminggu saya akan ke kelas, saya tak akan masuk
dalam mana-mana program. Dan kebanyakkannya Sukarelawan ni, program dia pada
hujung minggu, Jumaat Sabtu, ataupun ketika cuti semester, mid sem. Bila ada saya join. So
saya takde masalah untuk kita belajar, bila time final pun saya tak kan kacau, final final,
bila final akan memang final. Saya struggle.”
(R.1)

62
Berikut pula perkongsian mengenai cara pembahagian masa belajar dan juga beraktiviti:

“Macam tadi saya cakaplah, bila belajar, belajar. Dan saya takdelah seorang yang belajar
sangat. Kekadang, kita dah study seminggu kelas 5 hari and then Jumaat Sabtu ada Program
Sukarelawan, kita pergi program Sukarelawan. Tapi bila ada assignment group, kita kena
pandai-pandailah. Maksudnya saya tak tetapkan masa saya tapi saya ada jadual saya
sendiri. Kita memang kena ada calendar.”
(R.1)

Responden 2:

Mengikut responden kedua iaitu Wan, apabila diajukan soalan berkenaan kaedah

pembelajaran berkesan, perkongsian yang telah diberikan adalah:

“Saya pun macam pelajar biasa juga, saya pun taklah hebat sangat mana, dari aspek
pengurusan masa pun saya masih still terikat dengan jadual pembelajaran, cumanya apa
saya ingin kongsikan pada waktu saya semester 3 saya telah mengikuti satu Sukarelawanan
sepanjang waktu kuliah iaitu saya telah tinggalkan 3 minggu waktu kuliah, yang begitu
lamalah bagi saya. Jadi cara saya untuk mengatasi benda-benda yang saya tertinggal dalam
aspek pembelajaran adalah dengan adanya jadual belajar itu sendiri. Dan saya juga ada
satu kumpulan perbincangan dalam akademik, misalnya. Dan apabila memerlukan
perbincangan barulah baru saya akan turun. Jadi dengan adanya jadual belajar juga study
group itu merupakan salah satu faktor yang membantu saya untuk mengimbangi antara
Sukarelawan dan juga Akademik. Jadi dua faktor ini yang mendorong saya dan memberi
bantuan sebanyaknya untuk saya lebih fokus dan tidak ketinggalan jauh dari aspek
Akademik.”
(R.2)

Berikut pula perkongsian mengenai cara pembahagian masa belajar dan juga beraktiviti:

“hah, macamtulah. Macam sekarang ni saya turut memegang jawatan sebagai Presiden
Majlis Kolej Kediaman. Jadi untuk saya mengimbangkan waktu pelajaran dan juga waktu
Sukarelawan khususnya, saya tidak mencampur adukkan, maksudnya saya kalau akademik,
waktu belajar saya akan fokus belajar and kalau waktu Sukarelawan saya fokus
Sukarelawan. Cuma khususnya waktu Sukarelawan ni saya akan lakukan pada hujung
63
minggu. Dan baru-baru ni juga saya telah terpilih untuk mengikuti IAVE 2017 dimana
International Assiociation Volunteer Effort ini merupakan salah satu lonjakan dan salah satu
langkah besar untuk kita sertai dimana International Conference itu melibatkan 32 buah
negara. Jadi antara aspek cara untuk saya mengimbangkan masa tulah yang perlu kita
kuatkan dengan adanya kawan dan rakan-rakan sekelas yang banyak membantu.”
(R.2)

Responden 3:

Mengikut responden ketiga pula iaitu Fikah, apabila diajukan soalan berkenaan kaedah

pembelajaran berkesan, perkongsian yang telah diberikan adalah:

“Cara pembelajaran tersendiri tu takdelah, sebab saya pun Cuma lebih fokuskan kepada
study sendiri, dekat library, buat ulangkaji sendiri, mana yang tak faham saya akan tanya
pada lecturer. Untuk kaedah pembelajaran sendiri tu takdelah, setakat ni belajar sendiri
jelah kat library tak boleh study ramai-ramai.”

(R.3)

Berikut pula perkongsian mengenai cara pembahagian masa belajar dan juga beraktiviti:

“Sepanjang saya join Kesukarelawanan ni, cara saya bahagikan masa belajar dan
beraktiviti ni dengan adanya jadual tahunan saya, jadi setiap dalam jadual tu akan tulis
minggu ni ko ada misi ni, minggu ni aku ada misi ni, minggu ni aku ada program ni.
Semuanya aka nada dalam time table saya.”
(R.3)

64
Responden 4:

Mengikut responden keempat iaitu Tehah, apabila diajukan soalan berkenaan kaedah

pembelajaran berkesan, perkongsian yang telah diberikan adalah:

“Kaedah pembelajaran saya adalah selalu fokus didalam kelas serta sentiasa mengulang
pelajaran bersama rakan-rakan. Jika ada yang tak faham saya akan bertanya kepada
lecturer ataupun rakan-rakan yang tahu.”
(R.4)

Berikut pula perkongsian mengenai cara pembahagian masa belajar dan juga beraktiviti:

“Hmm, cara saya membahagikan masa adalah dengan adanya time table saya sendiri.
Jadual waktu belajar dan juga bersukarelawan.”
(R.4)

Responden 5:

Dan mengikut responden kelima pula iaitu Mimi, apabila diajukan soalan berkenaan kaedah

pembelajaran berkesan, perkongsian yang telah diberikan adalah:

“Ok, secara jujurnyalah, saya tidak ada kaedah pembelajaran yang tersendiri, sebab saya
bukan yang jenis mengikut jadual beajar. Kaedah pembelajaran saya adalah mengikut mood
dan juga waktu lapang. Itupun depend pada mood kalau tak busy dengan kerja lain kita
studylah. Tapi yang tugasan kita kena buat kenalah buat, orang kata nak taknak kena buat.”
(R.5)

65
Berikut pula perkongsian mengenai cara pembahagian masa belajar dan juga beraktiviti:

“K, sebagai Mahasiswa masa tu betulah amat penting kan, saya rasa dalam pembahagian
masa ni saya takde cara yang khusus, tapi dalam pengurusan masa ni boleh dikatakan saya
banyak berkorbanlah, berkorban dari segi waktu tidur dan beriadah. Sebabnya kita banyak
terlibat dengan aktiviti-aktiviti dan sebagai seorang pelajar kita ada assignment, kita kena
siapkan. Bagi saya kenalah korbankan waktu tidur tu, tapi kenalah qada’ balik.”
(R.5)

Bersandarkan kepada dapatan mengenai kaedah pembelajaran yang berkesan dan

juga pembahagian masa belajar dan beraktiviti ini, dapat disimpulkan disini bahawa

mahasiswa yang sibuk dengan aktiviti sukarelawan sekalipun mempunyai kaedah

pembelajaran yang tersendiri dan juga acara pembahagian masa belajar dan juga beraktiviti.

Jadual 5.2 di bawah akan mempamerkan kata kunci kepada jawapan setiap responden

berkaitan dengan kaedah pembelajaran yang berkesan dan juga pembahagian masa belajar

dan beraktiviti.

Jadual 5.2:
Kaedah Pembelajaran Yang Berkesan Dan Juga Pembahagian Masa Belajar Dan
Beraktiviti

Kaedah Pembelajaran Yang Kaedah Pembahagian Masa


Responden
Berkesan Belajar Dan Beraktiviti
1. Hujung minggu khas
1. Tidak skip kuliah kerana untuk aktiviti
Responden 1 program. sukarelawan.
2. Struggle ketika final exam. 2. Perlu ada jadual sendiri
atau calendar.
1. Adanya jadual belajar yang 1. Hujung minggu khas
Responden 2 khusus. untuk aktiviti
2. Study group. sukarelawan.

66
1. Mengulangkaji pelajaran di 1. Adanya jadual tahunan
library. atau time table sendiri.
Responden 3
2. Bertanyakan kepada lecture
subjek yang kurang difahami.
1. Sentiasa fokus ketika 1. Buat jadual sendiri dan
didalam kelas. juga planner.
2. Mengulangkaji pelajaran
bersama-sama rakan-rakan
Responden 4
kuliah.
3. Bertanyakan kepada
pensyarah subjek yang
kurang difahami.
1. Ikut mood dan juga masa 1. Banyak korbankan
lapang. waktu tidur dan juga
Responden 5
2. Sentiasa siapkan tugasan beriadah.
yang harus dilakukan.

5.3.3 Kesan Kepada Pencapaian Akademik Apabila Terlibat Aktif Dalam Aktiviti

Sukarelawan.

Bahagian ini pula pengkaji akan membentangkan hasil kajian berdasarkan objektif kajian

yang ketiga. Bahagian ini telah mengenalpasti kesan kepada pencapaian akademik responden

apabila terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan. Melalui kajian ini, didapati bahawa kesemua

responden telah menyatakan impak yang positif. Berikut adalah kenyataan-kenyataan yang

telah diberikan oleh responden berkaitan dengan isu ini:

“Kesan, saya rasa bergantung pada individu itu sendiri. Kalau macam saya, mindset saya
tak dekan takpe asalkan CGPA maintain. Jangan terlalu jatuh, naik bagus, tapi jangan
terlalu jatuh. Kalau kita target 3.50 ok, maintain 3.50 sampai habis, kalau naik
Alhamdulillah lah, tapi dalam pembelajaran ni sepanjang 5 semester ni saya pernah drop
3.20 something so dia sangat menyedihkanlah waktu tu. Kena ada inisiatif sendiri untuk
bantu naikkan balik kita punya pointer. Busy busy juga tapi belajar jangan lupa. Sebab
belajar ni benda utama kita.”
(R.1)

67
“Orang kata kalau kita terlalu aktif khususnya dalam Sukarelawan kita akan terabai dalam
aspek pembelajaran, kita akan ketinggalan sebab kita terlalu aktif. Jadi pandangan saya
pada pendapat itu adalah salah sebenarnya, kerana ianya bergantung kpada diri kita sendiri
sebenarnya bagaimana kita dapat mengimbangkan masa dengan Akademik dan juga
Sukarelawan. Tapi Alhamdulillah bagi saya ianya adalah kepercayaan diri kita sendiri, bagi
saya juga Alhamdulillah nampak peningkatan dari semester by semester Alhamdulillah saya
dapat kekal pointer saya pada tahap dekan itu still saya pegang. Jadi masalah pendapat
mengatakan kita aktif dalam Sukarelawan, kita aktif Persatuan dan Akademik diabaikan itu
adalah pendapat yang tidak betul sebenarnya, ianya terpulang pada diri sendiri bagaimana
kita nak imbangkan waktu dan bahagikan masa kita untuk beraktiviti dan belajar.”
(R.2)

“Setakat ni memuaskanlah Alhamdulillah, tak setanding orang lain juga, tapi walaupun tak
masuk kelas apa semua, tapi still saya boleh backup semua tu, still saya boleh mantainkan
pointer dan ada peningkatan. Saya peroleh ilmu yang banyak dari aktiviti Sukarelawan ni.”
(R.3)

“Alhamdulillah, kesan terhadap pencapaian akademik amatlah positif, aktiviti sukarelawan


banyak membantu dan memberi ilmu tambahan kepada saya lebih-lebih lagi saya mengambil
bidang yang berkait rapat dengan kesukarelawan.”
(R.4)

“Kesannya bagi saya amat positif, mungkin ianya sedikit sebanyak dapat membantu
meningkatkan daya pemikiran yang kreatif kerana pembelajaran dalam aktiviti sukarelawan
ni takkan dapat dipelajari dalam bilik kuliah. Contohnya dalam kuliah kita sering
mendengar tentang teori tetapi secara praktikalnya kita mungkin dapat tapi sikit, ia tak sama
dengan pengalaman apabila berada diluar. Jadi dengan penglibatan dalam aktiviti
sukarelawan ni, saya amat banggalah, sebabnya kita boleh belajar benda yang kita tak boleh
dapat dalam kelas.”
(R.5)

Bersandarkan kepada hasil dapatan kajian mengenai kesan kepada pencapaian akademik

responden apabila terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan, dapat disimpulkan bahawa

terlibat aktif dalam sukarelawan bukan asbab untuk tidak cemerlang dalam bidang akademik,

malahan ianya banyak membantu mahasiswa untuk mempertingkatkan potensi diri serta daya

pemikiran yang kreatif. Jadual 5.3 di bawah akan mempamerkan kata kunci kepada jawapan

68
setiap responden serta keputusan peperiksaan responden berkaitan dengan kesan kepada

pencapaian akademik apabila terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan.

Jadual 5.3:
Kesan Kepada Pencapaian Akademik Apabila Terlibat Aktif Dalam Aktiviti Sukarelawan

Pngs/Pngk
Kesan Kepada Pencapaian Akademik Apabila
Responden Peperiksaan
Terlibat Aktif Dalam Aktiviti Sukarelawan
Akhir
1. Positif.
Pngs: 3.87
Responden 1 2. Sentiasa ada inisiatif untuk tingkatkan
Pngk: 3.55
kualiti akademik.
Pngs: 3.50 1. Positif.
Responden 2
Pngk: 3.64 2. Sentiasa meningkat setiap semester.
1. Positif.
Pngs: 3.39
Responden 3 2. Memperoleh ilmu yang banyak daripada
Pngk: 3.48
aktiviti sukarelawan.
1. Positif.
Pngs: 3.83
Responden 4 2. Aktiviti sukarelawan banyak memberi
Pngk: 3.56
input tambahan.
1. Positif.
Pngs: 3.60
Responden 5 2. Membantu meningkatkan daya pemikiran
Pngk: 3.53
yang kreatif.

69
4.4 Rumusan Hasil Kajian

Dapat dirumuskan bahawa kajian ini telah mencapai objektif yang ingin dicapai oleh

pengkaji iaitu mengenal pasti faktor yang menarik minat mahasiswa untuk terlibat aktif

dalam aktiviti sukarelawan dan juga mengkaji kaedah pembelajaran yang berkesan dan juga

pembahagian masa belajar dan beraktiviti serta kesannya kepada pencapaian akademik

apabila terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan. Daripada hasil kajian bagi objektif pertama

iaitu mengenal pasti faktor yang menarik minat mahasiswa untuk terlibat aktif dalam aktiviti

sukarelawan, pengkaji dapat melihat bahawa faktor pengaruh keluarga, rakan dan juga

universiti merupakan faktor utama mahasiswa terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan.

Selebihnya adalah faktor kepercayaan, motivasi, niat dan juga faktor lain, namun

kesemuanya lebih cenderung kepada pembangunan kendiri masing-masing.

Daripada hasil kajian bagi objektif kedua pula, terdapat pelbagai kaedah pembelajaran

dan cara pembahagian masa belajar dan beraktiviti yang digunakan oleh mahasiswa bagi

memastikan keseimbangan antara bidang akademik dan juga aktiviti sukarelawan.

Yang terakhir daripada hasil kajian bagi objektif ketiga pula, pengkaji mendapati bahawa

terdapat impak yang positif kepada pencapaian akademik mahasiswa yang terlibat aktif

dalam aktiviti sukarelawan. Ini membuktikan bahawa aktiviti sukarelawan sama sekali tidak

menjejaskan pencapaian akademik mahasiswa malahan ianya banyak mendatangkan kesan

yang positif serta meningkatkan daya pemikiran mahasiswa.

70
BAB 6

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN

6.1 Pendahuluan

Seterusnya, di dalam bab ini pengkaji akan membincangkan dan memberi tumpuan kepada

hasil kajian yang diperolehi berdasarkan objektif kajian. Bab ini akan membincangkan faktor

yang menarik minat mahasiswa untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan, kaedah

pembelajaran yang berkesan dan juga pembahagian masa belajar dan beraktiviti dan juga

kesan kepada pencapaian akademik apabila terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan serta

cadangan kepada mahasiswa agar untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan di samping

meningkatkan kualiti pencapaian akademik. Bab ini merangkumi perbincangan, rumusan

serta cadangan kajian.

Data-data atau maklumat yang telah diperolehi telah dianalisis secara bersistematik

dan segala dapatan kajian telah pun dinyatakan secara terperinci dalam bab 5. Diharapkan

kajian ini mampu dijadikan panduan serta bermanfaat kepada pihak yang terlibat dalam

membangun mahasiswa yang berkualiti dan kesukarelawanan bukan sahaja di FSSG,

UniSZA malahan di universiti seluruh negara.

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor yang menarik minat

mahasiswa untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan dan juga mengkaji kaedah

pembelajaran yang berkesan dan juga pembahagian masa belajar dan beraktiviti serta

kesannya kepada pencapaian akademik apabila terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan. Bagi

mencapai ketiga-tiga objektif ini, pengkaji telah menjalankan satu kajian kualitatif terhadap

5 pelajar dari Fakulti Sains Sosial Gunaan, Kampus Gong Badak, UniSZA, Terengganu.
71
Pengkaji telah menemu bual seramai 5 orang responden yang berkenaan dengan satu sesi

bagi setiap seorang.

Perbincangan dan rumusan dapatan kajian ini akan dimulakan dengan sosio-

demografi responden, seterusnya kepada persoalan kajian pertama, apakah faktor yang

menarik minat mahasiswa terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan, kemudian diteruskan

dengan persoalan kedua iaitu bagaimanakah kaedah cara pembelajaran dan juga

pembahagian masa belajar dan beraktiviti. Terakhir sekali, perbincangan akan diteruskan

dengan persoalan ketiga kajian, iaitu apakah kesan kepada pencapaian akademik apabila

terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan.

6.2 Maklumat Sosio-Demografi Responden

Dalam kajian ini pengkaji telah menemu bual seramai 5 orang mahasiswa dari FSSG,

UniSZA. Dari segi tanah kelahiran yang pelbagai iaitu Johor, Sabah, Pahang, Terengganu

dan juga Kelantan. Dari segi umur 4 orang responden berumur 22 tahun dan seorang lagi

berumur 23 tahun. Dari segi jantina pula hanya seorang responden lelaki selebihnya adalah

perempuan. Selain itu, 3 orang daripada mereka merupakan mahasiswa ISM Kerja Sosial dan

2 orang lagi responden merupakan mahasiswa ISM Antropologi dan Dakwah. Seorang

responden berbangsa Bugis dan yang selebihnya berbangsa Melayu. Kesemua responden

beragama Islam. Dan yang terakhir kesemua responden mempunyai pengalaman yang

tersendiri mengenai penglibatan dalam aktiviti sukarelawan.

72
6.3 Perbincangan Hasil Penemuan Kajian

6.3.1 Faktor Yang Menarik Minat Mahasiswa Untuk Terlibat Aktif Dalam Aktiviti

Sukarelawan.

Berdasarkan dapatan kajian yang telah dibincangkan, pengkaji telah menetapkan 5 faktor

yang perlu dikenal pasti responden sama ada ianya membawa pengaruh terhadap penglibatan

mereka dalam aktiviti sukarelawan. Faktor yang pertama adalah faktor pengaruh keluarga,

rakan dan juga universiti. Kelima-lima responden bersependapat bahawasanya faktor

keluarga, rakan dan juga universiti membawa pengaruh yang besar kepada mereka untuk

terlibat aktif dalam sukarelawan. Kelima-lima responden mempunyai latar belakang keluarga

yang turut terlibat dalam aktiviti sukarelawan, ini secara tidak langsung mendorong anak

remaja mereka terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan. Selain itu, mereka juga menyatakan

bahawa mereka dikelilingi rakan-rakan yang sentiasa terlibat aktif dalam aktiviti

sukarelawan, ini juga secara tidak langsung mendorong mereka untuk terlibat aktif dalam

aktiviti sukarelawan. Tidak dikecualikan juga, kelima responden bersependapat bahawa

pihak universiti banyak memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk terlibat aktif dalam

aktiviti sukarelawan.

Faktor yang kedua adalah faktor kepercayaan. Kajian dan perbincangan mengenai

sikap terhadap aktiviti sukarelawan dipelopori oleh Clary et al. (1998) dan Law (2008)

dengan menyenaraikan lima tahap kepercayaan seseorang individu untuk terlibat dengan

aktiviti sukarelawan berasaskan fungsi serta peranan, iaitu yang pertama adalah memenuhi

tuntutan orang lain berbanding tuntutan diri sendiri dengan membantu dan menghulurkan

bantuan. Kedua memenuhi tuntutan sendiri, iaitu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.

Ketiga mempertingkatkan interaksi sosial. Keempat mendapatkan peluang kerjaya dan

73
menambah kawalan jaringan dan yang kelima memperkaya keperluan psikososial seperti

meningkatkan keyakinan diri, daya saing dan juga keberanian. Walau bagaimanapun,

sesetengah sukarelawan beranggapan bahawa aktiviti sukarela sebagai memenuhi tuntutan

keperluan sosial terhadap masyarakat, manakala sebahagian menganggap aktiviti sukarela

sebagai kemahiran yang perlu digarap untuk diri sendiri.

Tiga orang responden bersependapat bahawa apa yang mereka lakukan akan memberi

kesan pada masa akan datang. Malahan mereka percaya ianya membantu untuk

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka sendiri serta interaksi sosial apabila turun

membantu masyarakat. Manakala dua responden lagi pula bersependapat dengan

mengatakan mereka percaya apa yang mereka lakukan mampu membantu masyarakat yang

lebih memerlukan.

Seterusnya faktor ketiga adalah faktor motivasi. Kajian mendapati motivasi dalam

aktiviti sukarelawan turut dipengaruhi oleh pemboleh ubah seperti agama, pembangunan

masyarakat, upah, sokongan, pembangunan kerjaya, trend, tahap pengetahuan dalam kerja-

kerja sukarelawan dan tahap pengetahuan dalam pertubuhan sukarelawan mempunyai

hubungan yang signifikan dengan aktiviti kesukarelawanan (Turiman et al., 2011). Hyde dan

Knowles (2013) telah mengenal pasti sembilan aspek penting yang memotivasikan golongan

belia untuk terlibat dengan aktiviti sukarela iaitu aspirasi dan keinginan untuk membantu

orang yang kesusahan, membuat orang lain gembira dengan masa yang diberikan,

menyokong masyarakat setempat, menyertai ahli keluarga yang terlibat, membalas budi

kepada ahli sukarelawan. menyayangi insan yang memerlukan, menyumbang barang

keperluan orang yang memerlukan, mengisi masa yang terluang dan bertanggungjawab

kepada agensi sukarela.

74
Salah seorang responden menyatakan bahawa yang memotivasikan dirinya untuk

terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan adalah memperolehi kawan-kawan baru dari

pelbagai tempat dan budaya. Apabila kita terlibat dengan pelbagai aktiviti sukarelawan sudah

pastinya akan berkenalan dan berinteraksi dengan sahabat dan suasana yang baru. Tiga orang

responden pula bersependapat bahawa yang memotivasikan mereka adalah aspirasi dan

keinginan mereka untuk membantu orang yang kesusahan serta menyayangi insan yang

memerlukan seperti yang telah dinyatakan. Dan seorang respondan lagi menyatakan bahawa

yang memotivasikan dirinya adalah apabila banyak rancangan-rancangan berkenaan

sukarelawan yang ditayangkan di kaca televisyen dan itu menyebabkan beliau ingin

melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan. Tidak dapat disangkalkan lagi, di zaman era

globalisasi kini aktiviti-aktiviti sukarelawan sering mendapat liputan televisyen dan

sebagainya apatah lagi ianya merupakan satu rancangan yang bermanfaat buat masyarakat

dan bertujuan untuk mengalakkan lagi ramai belia remaja untuk terlibat dalam aktiviti

sukarelawan.

Faktor keempat adalah faktor niat. Menurut Teori Gelagat Terancang Ajzen (1991),

kawalan gelagat ditanggap adalah darjah kawalan individu terhadap sesuatu gelagat yang

akan dilakukan. Dalam aktiviti sukarela, faktor niat ialah pemboleh ubah kawalan gelagat

ditanggap yang mencerminkan persepsi seseorang individu. Sebagai contoh, banyak sumber

luaran yang mempengaruhi niat untuk terlibat dalam aktiviti sukarela seperti bersedia

menyumbang masa dan harta benda, berkongsi idea, berminat terhadap aktiviti yang

dijalankan dan sebagainya. Manakala, sumber dalaman termasuklah kemahiran, keupayaan,

maklumat, sumber manusia yang dimiliki, emosi, personaliti dan sebagainya. Pertembungan

di antara kedua-duanya, iaitu sumber luaran dan dalaman akan menentukan kawalan gelagat

ditanggap dapat diteruskan sehingga menggerakkan sesuatu tingkah laku untuk terlibat

75
dengan aktiviti sukarela. Walau bagaimanapun, menurut teori ini sungguhpun seseorang

sukarelawan mempunyai niat yang sangat kuat untuk melaksanakan program dan aktiviti

sukarela namun kekurangan sumber dalaman dan luaran akan menyebabkan usaha ini

terbantut.

Salah seorang responden menyatakan bahawa niat beliau terlibat aktif dalam

sukarelawan adalah untuk menjelajah seluruh dunia untuk mengenal budaya dan bangsa lain.

Mengenal budaya dan bangsa lain secara tidak langsung dapat mengembangkan pola

pemikiran seseorang. Tiga lagi responden pula bersependapat niat mereka terlibat aktif dalam

aktiviti sukarelawan adalah untuk berbakti kepada masyarakat serta menyumbangkan tenaga

buat mereka yang memerlukan. Manakala seorang lagi responden pula menjelaskan niat

beliau adalah untuk menimba pengalaman buat dirinya. Tidak dapat dinafikan, penglibatan

dalam aktiviti sukarelawan banyak memberikan pengalaman pahit manis yang mengajar kita

tentang makna kehidupan.

Selain itu, terdapat juga faktor lain yang mempengaruhi penglibatan responden secara

aktif dalam aktiviti sukarelawan. Salah seorang responden menjelaskan bahawa faktor lain

yang mempengaruhi beliau adalah faktor minat. Minat akan sesuatu membolehkan seseorang

bergerak tanpa batasan kerana ianya sudah sebati dalam dirinya. Seorang lagi responden turut

menyatakan bahawa faktor pengalaman mempengaruhi beliau untuk terlibat aktif dalam

aktiviti sukarelawan. Ianya kerana bagi beliau pengalaman merupakan guru pertama dalam

mengajar makna kehidupan. Faktor masa hadapan turut dinyatakan oleh salah seorang

responden. Bagi beliau penglibatannya dalam aktiviti sukarelawan akan memberi kesan yang

besar pada masa hadapan beliau. Selain itu, salah seorang responden juga menyatakan faktor

lain yang mempengaruhi adalah faktor ingin membantu golongan yang memerlukan tidak

kira sesiapapun. Dan yang terakhir, salah seorang responden turut menyatakan bahawa
76
adanya faktor lain yang wujud iaitu faktor ingin mencontohi tokoh-tokoh hebat dalam aktiviti

sukarelawan. Seperti Muhammad Jantan, Presiden Muslim Volunteer Malaysia, di mana di

usia beliau, beliau telah banyak membantu saudara Muslim kita sendiri dan juga non muslim

di dalam dan juga luar negara.

Daripada dapatan kajian mengenai faktor yang menarik minat mahasiswa untuk

terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan ini, dapat disimpulkan bahawa faktor keluarga, rakan

dan universiti memainkan peranan penting dalam penglibatan mahasiswa dalam aktiviti

sukarelawan. Malahan faktor kepercayaan, motivas, niat dan faktor-faktor lain turut

mempengaruhi mahasiswa untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan.

6.3.2 Kaedah Pembelajaran Yang Berkesan Dan Juga Pembahagian Masa Belajar

Dan Beraktiviti.

Hasil kajian menunjukkan beberapa responden memiliki kaedah pembelajaran dan juga cara

pembahagian masa yang sama yang digunakan bagi memastikan memperolehi pencapaian

akademik yang cemerlang. Kaedah pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam

usaha kita menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan

yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran. Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada

satu 'formula' yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk

menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri. Apa

yang penting untuk dijelaskan ialah beberapa garis panduan yang besar sahaja dikenal pasti

untuk dijadikan landasan bagi seseorang pelajar bergerak menghadapi peperiksaan.

Salah seorang responden menyatakan bahawa perlu sentiasa hadir ke kuliah supaya

tidak ketinggalan info-info penting tentang subjek pembelajaran. Mahasiswa sering terikat

77
dengan jadual kuliah yang begitu padat sehinggakan ramai mahasiswa yang tidak hadir ke

kuliah berkali-kali dengan alasan terlibat dengan program. Sebagai seorang mahasiswa yang

berkualiti, kuliah harus diutamakan terlebih dahulu kerana ianya amat penting bagi

memastikan segala info yang diberi oleh pensyarah diterima dan tidak ketinggalan.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa pentingnya bersungguh-sungguh ketika

menghadapi peperiksaan. Sesetengah mahasiswa hanya mengambil inisiatif untuk lulus

sahaja tanpa memikirkan keputusan peperiksaan yang bakal diperolehi.

Dua lagi responden bersependapat bahawasanya perlu adanya perbincangan bersama

rakan-rakan dan juga pensyarah. Sikap berlagak pandai tidak akan membawa keberuntungan

kepada sesiapapun. Setiap mata pelajaran yang tidak difahami perlulah bertanya kepada

rakan-rakan yang memahami ataupun bertanyakan langsung kepada pensyarah pelajaran

yang berkaitan.

Seterusnya, salah seorang responden berpendapat bahawa fokus ketika sesi kuliah

dijalankan juga merupakan antara kaedah terbaik dalam pembelajaran. Kebanyakan

mahasiswa sekarang lebih cenderung untuk bermain whatsapp, instagram dan juga twitter

ketika sesi kuliah sedang dijalankan. Tindakan tersebut bukan sahaja melalaikan malahan

akan memberi kesan yang negatif kepada sesi pembelajaran.

Salah seorang responden juga berpendapat bahawa belajar perlu ikut kepada mood

dan juga masa lapang. Ini kerana dengan lambakan kerja yang kita ada terkadang akan

membuat kita hilang mood study dan juga stress dengan keadaan sekililing. Masa lapang

yang ada juga jangan disia-siakan, perlu mengulangkaji pelajaran dengan memanfaatkan

masa lapang yang ada.

78
Selain itu juga, beliau berpendapat bahawa tugasan yang sedia ada perlu disiapkan

terlebih dahulu bagi memastikan proses pembelajaran dapat dijalankan dengan sempurna.

Sikap suka menangguh pekerjaan ini ibarat virus atau barah yang senang membejati setiap

mahasiswa. Hasilnya setiap kerja yang ditangguhkan tidak dapat disiapkan dan akhirnya

mengganggu proses pembelajaran.

Selain kaedah pembelajaran, cara pembahagian masa juga penting dalam

mengimbangi antara pembelajaran dan juga sukarelawan. Dua responden bersependapat

bahawa waktu hujung minggu adalah waktu khas untuk beraktiviti dan juga bersukarelawan.

Ini kerana ianya tidak akan menganggu sesi perkuliahan dan mahasiswa tidak perlu tinggal

kuliah hanya kerana ingin terlibat dalam aktiviti sukarelawan.

Selain itu juga, tiga responden bersependapat bahawa perlu adanya jadual tahunan

bagi memastikan segala perancangan aktiviti juga pembelajaran dapat dijalankan mengikut

jadual yang telah ditetapkan. Perancangan tahunan yang tersusun secara tidak langsung

memudahkan mahasiswa untuk sentiasa bergerak aktif dalam aktiviti sukarelawan tanpa

menganggu sesi pembelajaran mereka.

Yang terakhir, salah seorang responden berpendapat bahawa perlu mengorbankan

waktu tidur dan juga beriadah. Kerana baginya tidur yang berlebihan mampu memudaratkan

dan mengganggu sistem saraf otak untuk berfikir.

Bersandarkan dapatan mengenai kaedah pembelajaran dan juga cara pembahagian

masa belajar dan juga beraktiviti ini, dapat disimpulkan disini bahawa mahasiswa yang

berkualiti sentiasa memiliki kaedah pembelajaran yang tersendiri serta jadual masa yang

terancang bagi memastikan mereka dapat terus terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan tanpa

menganggu sesi pembelajaran.

79
6.3.3 Kesan Kepada Pencapaian Akademik Apabila Terlibat Aktif Dalam Aktiviti

Sukarelawan.

Melalui kajian ini, didapati bahawa kesemua responden menyatakan impak yang positif serta

pelbagai. Dua responden menyatakan bahawa aktiviti sukarelawan banyak memberikan input

tambahan dan juga ilmu pengetahuan yang baru. Ilmu yang diperolehi tidak sama dengan

ilmu yang diperolehi dalam sesi kuliah. Jelas, penglibatan di dalam kesukarelawanan ini

bukan sahaja membuahkan hasil yang positif di dalam kemaslahatan sosial. Secara langsung

ataupun tidak langsung, penglibatan di dalam kesukarelawanan ini memberikan impak positif

kepada mereka yang menceburinya. Penglibatan di dalam pelbagai aktiviti sukarelawan

seringkali memberi peluang kepada para sukarelawan untuk mengaplikasikan pelbagai ilmu

dan kemahiran yang ada pada diri mereka. Melalui pelbagai jaringan hubungan dan

sumbangan yang disalurkan semasa aktiviti, sama ada dalam bentuk tenaga, masa, idea,

pengalaman, kemahiran atau kepakaran serta idea, mereka akan mempelajari perkara baru

dan juga meningkatkan tahap ilmu dan kemahiran sedia ada.

Selain itu, salah seorang responden berpendapat bahawa penglibatan dirinya secara

aktif dalam sukarelawan sentiasa membuatkan dirinya berinisiatif untuk meningkatkan

kualiti akademik. Sebagai seorang mahasiswa yang berkualiti secara tidak langsung bukan

hanya ingin cemerlang dalam aktiviti sukarelawan sahaja malahan perlu cemerlang dalam

pencapaian akademik juga. Secara kebiasaannya mereka yang cemerlang dalam bidang

kesukarelawanan akan dipandang tinggi oleh mahasiswa lain, oleh sebab itu kualiti akademik

perlu dijaga juga.

Salah seorang responden turut mengatakan kesan daripada penglibatan dalam aktiviti

sukarelawan secara tidak langsung membantu meningkatkan keputusan peperiksaan setiap

80
semester. Ini jelas terbukti bahawa penglibatan secara aktif dalam sukarelawan bukanlah

penghalang untuk tetap cemerlang dalam bidang akademik.

Selain itu juga, salah seorang responden menjelaskan bahawa penglibatan secara aktif

dalam aktiviti sukarelawan membantu meningkatkan daya pemikiran yang kreatif.

Penglibatan di dalam aktiviti kesukarelawanan kerap kalinya dapat mencungkil potensi dan

bakat terpendam di dalam diri seseorang. Bak kata pepatah lama, “belakang parang kalau

makin diasah lagikan tajam”.

Bersandarkan dapatan mengenai kesan kepada pencapaian akademik apabila terlibat

aktif dalam aktiviti sukarelawan ini, dapatlah disimpulkan bahawa bergiat aktif dalam aktiviti

sukarelawan dapat membantu mahasiswa mempertingkatkan daya potensi diri dan juga

pemikiran yang kreatif dalam melahirkan mahasiswa yang berkualiti.

6.4 Cadangan

Berdasarkan hasil-hasil dapatan yang telah dibincangkan, pengkaji mencadangkan beberapa

cadangan agar kesukarelawanan di kalangan mahasiswa sentiasa diberi perhatian dan

ditingkatkan ke arah yang lebih baik.

Dari segi aspek keluarga, pengkaji mendapati bahawa pengaruh keluarga memainkan

peranan penting dalam membentuk dan memupuk semangat kesukarelawan di kalangan

mahasiswa. Namun begitu, masih ramai keluarga yang bersikap sambil lewa dan

menunjukkan contoh yang tidak baik kepada anak remaja mereka sehingga terikut-ikut

sehingga ke alam universiti. Oleh itu, pengkaji mencadangkan agar setiap ahli keluarga

memberikan contoh yang terbaik dalam apa jua bidang sekalipun bagi melahirkan mahasiswa

yang berkualiti dalam kesukarelawanan serta akademik.


81
Seterusnya, pemilihan rakan di kampus juga memainkan peranan penting dalam

membina mahasiswa yang berkualiti. Pengaruh rakan sebaya banyak memberi kesan dalam

kehidupan lebih-lebih sebagai mahasiswa yang bebas jauh dari pengetahuan keluarga.

Pengkaji mencadangkan agar mahasiswa sentiasa memilih rakan yang tepat dan boleh

dicontohi agar tidak terpengaruh dengan perkara-perkara yang negaif.

Selain itu juga, pengkaji mencadangkan agar pihak Universiti terus menerus

memberikan peluang dan ruang kepada mahasiswa untuk terlibat aktif dalam sukarelawan.

Dorongan dan sokongan yang kuat dari pihak universiti secara tidak langsung membantu

mahasiswa untuk terus terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan.

Tambahan pula, pengkaji juga ingin mencadangkan agar mahasiswa yang ingin

terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan perlu sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan. Perlu

adanya kaedah pembelajaran juga jadual tahunan yang teratur agar dapat mengimbangi antara

bidang sukarelawan dan juga akademik.

Bagi memastikan kaedah atau metodologi untuk memupuk semangat sukarelawan

dikalangan mahasiswa dapat dilaksanakan secara efektif, pihak kerajaan sendiri atau pihak

KPT perlu merancang semula aktiviti sukarelawan yang dianjurkan dan melibatkan

mahasiswa, agar tidak menganggu sesi perkuliahan yang dijalankan.

82
6.5 Implikasi Kajian

Dapatan kajian melalui temubual mendalam yang dijalankan terhadap 5 orang pelajar FSSG,

UniSZA telah menonjolkan beberapa implikasi:

a. Hasil dapat kajian membuktikan bahawa sebilangan besar mahasiswa yang terlibat aktif

dalam aktiviti sukarelawan adalah atas faktor pengaruh keluarga, rakan dan juga

universiti.

b. Persepsi mahasiswa bahawasanya terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan tidak mampu

cemerlang dalam akademik salah sama sekali. Sebilangan besar mereka yang terlibat

aktif dalam sukarelawan mendapat keputusan akademik yang cemerlang.

c. Kaedah pembelajaran yang berkesan dan juga mempunyai jadual tahunan yang teratur

merupakan perkara terpenting yang perlu dilakukan sekiranya ingin mendapatkan

keputusan yang cemerlang didalam bidang akademik.

6.6 Kesimpulan

Penglibatan mahasiswa dalam aktiviti sukarelawan bukan sahaja mampu mempertingkatkan

potensi diri malahan ianya merupakan satu amalan mulia serta menyumbang pelbagai

kebaikan kepada individu, masyarakat, agama dan negara.

Secara keseluruhannya, melalui kajian ini pengkaji telah berjaya memperoleh dapatan

selari dengan objektif dan persoalan kajian. Pengkaji telah dapat mengenalpasti faktor-faktor

yang mempengaruhi penglibatan mahasiswa secara aktif dalam aktiviti sukarelawan.

Pengkaji juga ada menyentuh mengenai kaedah pembelajaran yang berkesan serta cara

pembahagian masa beraktiviti dan juga beraktiviti. Terdapat pelbagai kaedah yang diguna

pakai oleh mahasiswa yang sering terlibat aktif dalam sukarelawan bagi memastikan mereka
83
sentiasa memperolehi keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik. Dari aspek kesan

terhadap pencapaian akademik pula, penglibatan aktif dalam aktiviti sukarelawan

memberikan impak yang positif kepada pencapaian akademik mahasiswa. Malahan ianya

membantu mempertingkatkan potensi diri serta keyakinan diri.

Secara rumusannya, pengkaji telah berjaya mencapai objektif kajiannya iaitu faktor

yang menarik minat mahasiswa untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan, kaedah

pembelajaran yang berkesan dan juga pembahagian masa belajar dan beraktiviti dan juga

kesan kepada pencapaian akademik apabila terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan serta

cadangan kepada mahasiswa agar untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan di samping

meningkatkan kualiti pencapaian akademik.

84
BIBLIOGRAFI

Ahmad, A., Siti Haishah, A. R. & Nur Atiqah T.A. (2002). Tahap keupayaan pengajaran
guru Sejarah dan hubungannya dengan pencapaian murid di sekolah berprestasi rendah.
Jurnal Pendidikan 34 (1):53-66.
Ahmad, S. (2004). Kemahiran Belajar Berkesan. Kuala Lumpur: Utusan Publication and
Distributor.
Astin & Sax. (1998). How Undergraduates Are Affected By Service Participation. Journal
of College Student Development, 39: 251-263.
Azizan Bahari (2003) Menghayati kerja sukarela. Qarya Sdn Bhd., Petaling Jaya.
Azizan Bahari. (2009). Menjadi sukarelawan. Petaling Jaya: Qarya.
Bezruchka S (2000) Medical tourism as medical harm to the third world: why? for whom?
Wilderness and Environmental Medicine 11, 77-78.
Blau PM, Duncan OD (1967) The American occupational structure. Wiley, New York.
Caldwell SD, Farmer SM, Fedor DB (2008) The influence of age on volunteer contributions
in a nonprofit organization. Journal of Organizational Behavior 29, 311-333.
Clary, E. G., Snyder, M., & Stukas (1996). Volunteers Motivations. Nonprofit and Voluntary
Sector Quarterly 25: 485–505.
Cnaan, R. A., Handy, F. Wadsworth, M. (1996). Defining Who Is A Volunteer: Conceptual
and Empirical Considerations, Nonprofit and Voluntary. Sector Quarterly 3: 364–383.
Corrigan, M. W. (2001). Social exchange theory, interpersonal communication motives, and
volunteerism: Identifying motivation to volunteer and the rewards and costs associated
(Doctoral dissertation, West Virginia University).
Dorsch KD, Riemer HA, Sluth V, Paskevich DM, Chelladurai P (2002) What affects a
volunteer’s commitment? Canadian Centre for Philanthropy, Toronto.
Dumas, J. (1984). “Learning In Group”. London: London Kogan Page Limited.
Dun, R & Dunn, K. (2008). Dunn and Dunn Learning Style Model. Dicapai daripada
http:www.learningstyles.net
Einolf, C., & Chambre, S. M. (2011). Who volunteers? Constructing a hybrid theory.
International Journal of Nonprofit and Voluntary Sector Marketing, 16 (4), 298-310.
Ekerdt, D.J. (1986). The Busy Ethic: Moral Continuity Between Work and Retirement. The
Journal of Higher Gerontologist, 3: 239-44.
Eyler J (1999) Where's the learning in service-learning? Jossey-Bass, San Francisco.
Finkelstein, M. A., & Brannick, M. T. (2007). Applying theories of institutional helping to
informal volunteering: Motives, role identity and prosocial personality. Social Behavior
and Personality, 35, 101-114.

85
Haski-Leventhal, D., Cnaan, R., Handy, F., Brudney, J. L., Holmes, K., & Hustinx, L.,
(2008). Students’ vocational choices and voluntary action: A 12 nation study. Vol.19(1),
1-21.
Hussain Mohamed. 1997. Belia di Malaysia : Masalah, Gerakan dan Masa depan. Kuala
Lumpur. Berlian Press.
Hutchison, S (2003). Group Processes and Volunteering: Enhancing Recruitment and
Retention. Administration in Social Work 33: 23-33.
Ismail, M. & Marzuki,M. (2000). Kajian Terhadap Penggunaan Bahasa Arab Sebagai
Bahasa Interaksi Di Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Johor. Johor: UTM.
Jago, L., Deery (2002). An Investigation of Volunteer Use in Tourism Organizations.
International Journal of Contemporary Hospitality Management, 5: 229-236.
Johnson, D.W. and Johnson, R.T. (2003). What is Coopeartive Learning. Dicapai daripada
http:www.co-operation.org
Kagan,S. (1994). The Structural Approach to Cooperative Learning. Educational
Leadership. 47, 12-15.
Kamus Dewan. Edisi Ketiga. 1996. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. 1994. Laporan Bancian Kementerian Belia dan
Sukan Malaysia 2004. Kementerian Belia dan Sukan Malaysia :Kuala Lumpur.
Kemp, S. (2002). Volunteers Learning in the Olympics. Journal of European Industrial
Training, 26: 109-116.
Kendall, J. C., & Associates. (1990). Combining Service and Learning: A Resource Book for
Community and Public Service. National Society for Internships and Experiential
Education.
Knauft, D (1992). Predicting the Retention of University Students. Research in Higher
Education 10: 35-37.
Lim, Lee Wee and Buntat, Yahya (2006) Penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti
kolej dan kesan terhadap pencapaian akademik: Suatu kajian kes di Kolej Tuanku
Canselor (KTC), UTM Skudai. In: National Student Development Conference
(NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia.
Mabry, J.B. (1998). Pedagogical variations in service-learning and student outcomes: How
time, contact and reflection matter. Michigan Journal of Community Service Learning,
5(1), 32-47.
Mellor, Hayashi, Stokes. (2009). Volunteering and Its Relationship with Personal And
Neighborhood Well-Being, Nonprofit And Voluntary. Sector Quarterly: 144–159.
Musick M, Wilson J (2003) Volunteering and depression: The role of psychological and
social resources in different age groups. Social Science and Medicine 56(2), 259-269.
Musick, M. and Wilson J. (2003) “Volunteering and Depression: The Role of Psychological
and Social Resources in Different Age Groups.” Social Science and Medicine, 56(2):
259-269.
86
Musick, Marc, and John Wilson. (2008). Volunteers: A Social Profile. Indianapolis: Indiana
University Press.
Nichols, G, King. (1999). Redefining the Recruitment Niche for the Guide Association In The
UK. Leisure Sciences. 21: 307-320.
Owens, T. J., Robinson, D. T., & Smith-Lovin, L. (2010). Three faces of identity. Annual
Review of Sociology, 36, 477-499.
Panitz, T. (2009). “What Are Teachers Like, Who Use Cooperative Learning Techniques”.
http://home.capecod.net/~tpanitz/discussions/character.html
Penner, L. A. (2002) Dispositional and organizational influences on sustained volunteerism:
An interactionist perspective. Journal of Social Issues, 58 (3), 447-467.
Phillips, J. A. (2002). “Memperkembangkan Daya Pemikiran Pelajar Melalui Mata
Pelajaran KBSM”. http://www.homestead.com/peoplelearn/thinkingKBSM.htm
Roberts M (2006) Duffle bag medicine. Journal of the American Medical Association 295,
1491-1492.
Schlegelmilch BB, Tynan C (1989) Who volunteers? An investigation into the characteristics
of charity volunteers. Journal of Marketing Management 5(2), 133-151.
Shweiki & Mauck. (1993). Volunteering In Cross-National Perspective: Initial
Comparisons. Civil Society Working Paper 10. London: London School Of Economics,
Centre For Civil Society.
Siti Hawa Munji (1987). Kajian Penggunaan Teknik Belajar Oleh Pelajar-pelajar Universiti
Pertanian Malaysia Cawangan Sarawak. Sarawak: Universiti Pertanian Malaysia.
Slavin, R. E. (1995). Cooperative learning: Theory, research and practice. 2nd ed Boston:
Allyn and Bacon.
Stets, J. E., & Burke, P. J. (2000). Identity theory and social identity theory. Social
pshychology quarterly, 224-237.
Thapa B (2001) Environmental concern: A comparative analysis between students in
recreation and park management and other departments. Environmental Education
Research 7(1), 39-53.
Wilson J (2000) Volunteering. Annual Review of Sociology 26, 215-240.
Xu Y, Ngai NP (2011) Moral resources and political capital: theorizing the relationship
between voluntary service organizations and the development of civil society in China.
Nonprofit and Voluntary Sector Quarterly 40(2), 247–269.

87
LAMPIRAN

88
SURAT PERJANJIAN
Surat perjanjian ini digunakan sebagai bukti antara pengkaji dan juga respondan.

Nama:
Kos Pengajian:
Semester:
Fakulti:

Saya __________________________________________ pelajar kos pengajian


____________________
dengan ini bersetuju menjadi respondan bagi kajian ilmiah mengenai “Penglibatan Mahasiswa
secara aktif dalam aktiviti Sukarelawan dan Kesannya terhadap Pencapaian Akademik:
Kajian Kes Terhadap Mahasiswa Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA, Terengganu. Saya juga
bersetuju untuk menyerahkan Slip Keputusan Peperiksaan sebagai bahan rujukan pengkaji. Saya juga
mengakui segala kenyataan yang telah saya berikan adalah benar.

Tandatangan Respondan: _________________________


Nama:
Tarikh:
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……....

Saya __________________________________________ pelajar kos pengajian


____________________
sebagai pengkaji kajian ilmiah mengenai “Penglibatan Mahasiswa secara aktif dalam aktiviti
Sukarelawan dan Kesannya terhadap Pencapaian Akademik: Kajian Kes Terhadap
Mahasiswa Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA, Terengganu berjanji akan menjaga rahsia dan
tidak menyebarkan maklumat mengenai respondan kepada orang awam.

Tandatangan Pengkaji: ___________________________


Nama:
Tarikh:
89
Transkrip Temubual Respondan 1

Pengkaji: Assalamualaikum, kita akan mulakan dengan soalan pertama, boleh tak ceritakan
sedikit

mengenai latar belakang saudari?

Respondan 1: Waalaikumussalam, nama saya Fara, berasal dari Johor Bharu, saya berumur 22
tahun, erm,, saya anak yang ketiga daripada lima orang adik beradik, dimana adik
beradik saya semua perempuan, dan antara teraktif sayalah, maksudnya aktif dari
segi aktiviti luar saya, saya yang paling aktif antara adik beradiklah, dan yang kedua
aktif adalah adik bongsu saya, yang lain cuma biasa-biasa je. Saya dulu bersekolah
Menengah Agama Arab di Kampung Melayu, Johor dan saya sambung STAM (Sijil
Tinggi Agama Malaysia) di Maahad Johor, itupun sekejap je. Kemudian saya
sambung diploma dalam Pengajian Pentadbiran Islam di UniSZA and then degree
saya sambung juga di UniSZA dalam Pengajian Kerja Sosial dibawah Fakulti Sains
Sosial Gunaan. Sebenarnya start degree baru saya mula aktif dalam aktiviti
Sukarelawan berbanding diploma, diploma diakhir semester saya baru start aktif
sampai degree.

Pengkaji: Ok, kita akan terus kepada soalan seterusnya, Faktor-faktor yang menarik minat
saudari terlibat dalam aktiviti sukarelawan. Adakah ada dikalangan ahli keluarga
turut terlibat aktif dalam aktiviti Sukarelawan?

Respondan 1: Yes, Mak Ayah saya sendiri merupakan Sukarelawan kat Masjid, dimana mereka
merupakan orang kuat Masjid sebenarnya dan bila ada program kat Masjid macam
MauliduRasul, Qurban, diorang banyak participate, diorang yang ketuai program itu,
jadi saya sebagai anak saya nampak benda itu jadi why not kita buat apa yang parents
kita buat kan. Dan kalau balik kampung ada rewang memang kita akan buat benda
itu. So faktor family memang sangat ada, macam itulah.

Pengkaji: Dan macamana pula dengan rakan-rakan? Adakah ada rakan-rakan yang terlibat aktif
dalam aktiviti Sukarelawan?

90
Respondan 1: Yes, saya ramai kawan-kawan yang terlibat dalam aktiviti Sukarelawan, tapi kawan-
kawan yang rapat, maksudnya kawan yang saya betul-betul rapat, takde. Saya kawan
yang bukan dalam kelas kecuali kawan saya sorang nilah nama dia Hazirah bt Wahid
dimana dia juga merupakan Sukarelawan dan kiteorang sentiasa bila ada program
“eh jom join Sukarelawan, ok on” tapi kawan-kawan lain, kurang sikit, mereka tak
berapa minat sangat. So saya tak berapa kisah benda tu, at least kita ada kawan, even
kalau takde kawan pun saya akan boleh bergerak sendiri.

Pengkaji: Ok, adakah pihak Universiti juga mendorong untuk terlibat dalam aktiviti
Sukarelawan?

Respondan 1: Universiti juga merupakan faktor yang penting sebenarnya untuk kita sebagai
student, kalau universiti tak menggalakkan, kita pun tak boleh nak gerak dan kita pun
susah nak gerak sebenarnya bawah universiti. Jadi universiti ni kalau kita nak buat
program Sukarelawan mereka akan support, mereka akan bagi dana, mereka akan
tolong apa yang patutlah, apa yang mereka boleh tolong. So universiti memang satu
faktor yang pentinglah dalam Sukarelawan samada peringkat universiti mahupun
peringkat kebangsaan.

Pengkaji: Apa yang menyebabkan saudari percaya untuk melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti Sukarelawan?

Respondan 1: Hmmm, sebenarnya kepercayaan ni saya suka tengok orang, saya suka observe, saya
suka perhatikan orang, jadi disebabkan orang tu saya nak turun buat Sukarelawan.
Tak kisahlah program cikai-cikai kutip sampah ke, bersihkan kubur ke, sebenarnya
kutip sampah, bersih kubur merupakan Sukarelawan pertama yang pernah saya buat,
saya pergi je sebab kita nak benda tu kan. So kat situ saya percaya yang sebenarnya
kita boleh belajar daripada orang-orang yang ada dekat situ.

Pengkaji: Ok, apakah yang memotivasikan saudari untuk terlibat aktif dalam aktiviti
Sukarelawan?

Respondan 1: Yang memotivasikan saya adalah kawan baru. Asalkan perkataan kawan tu saya nak
join Sukarelawan sebab saya pergi program ni akan dapat kawan baru, saya pergi
program tu saya dapat kawan baru. Sebab faktor kawan tu saya nak join program
Sukarelawan. Tak kisahlah apa-apapun asalkan kita dapat berhubung dengan orang
baru. Sebab kita nak berhubung dengan orang dan kita perlukan banyak link and ada
banyak connection so melalui Sukarelawan ni saya rasa saya ada banyak connection
untuk saya mudah untuk next planning pada masa akan datang.
91
Pengkaji: Ok, apakah niat saudari untuk terlibat aktif dalam aktiviti Sukarelawan?

Respondan 1: Salah satu faktor niatnya saya suka travel. Bagi saya kalau saya join Sukarelawan
saya boleh travel. Sambal Sukarelawan sambil tu kita boleh travel, boleh explore,
kita boleh observe dan macam sebelum ni kami ke Sarawak, Kemboja dan itu
merupakan niat saya, saya nak travel dan sambil Sukarelawan.

Pengkaji: Adakah wujud faktor-faktor lain yang mempengaruhi penglibatan saudari secara
aktif dalam aktiviti Sukarelawan?

Respondan 1: Faktor-faktor lain mungkin sebab minat kot. Sebab saya cakap tadi saya suka travel
dan saya suka hunter something, saya suka food hunter, bagi saya kalau Sukarelawan
kita boleh buat macam-macam. Bukan sahaja kita tolong orang tapi pada masa yang
sama kita boleh sambil menyelam sambil minum air, dia macam tulah. Jadinya satu
yang menyeronokkanlah, dan sebenarnya ianya satu kepuasan kalau kita betul-betul
memang minat. Kita akan dapat satu kepuasan yang orang lain tak dapat rasalah,
susahlah nak cakap dengan kata-kata.

Pengkaji: Ok, kita pergi ke soalan yang seterusnya, bagaimana cara pembelajaran dan juga
pembahagian masa belajar dan juga beraktiviti? Kita sebagai student, kita mesti
terikat dengan belajar dan juga apabila terlibat aktif dalam Sukarelawan ni kita
terpaksa bahagikan masa. Dan soalan pertama saya, adakah saudari mempunyai
kaedah pembelajaran yang tersendiri? Kalau ada boleh kongsikan?

Respondan 1: Saya satu je, bila saya belajar, saya belajar. Maksudnya kalau time kuliah saya tak
akan skip kelas untuk program. Melainkan kalau terpaksa. Macam Sukarelawan, dan
nama pun Suka-rela-wan jadi bila kita masa je kita akan join. Jadi kalau time kelas
memang saya tak akan skip, seminggu kelas memang akan seminggu saya akan ke
kelas, saya tak akan masuk dalam mana-mana program. Dan kebanyakkannya
Sukarelawan ni, program dia pada hujung minggu, Jumaat Sabtu, ataupun ketika cuti
semester, mid sem. Bila ada saya join. So saya takde masalah untuk kita belajar, bila
time final pun saya tak kan kacau, final final, bila final akan memang final. Saya
struggle.

Pengkaji: Ok, bagaimana saudari membahagikan masa, antara belajar dan juga beraktiviti?

Respondan 1: Macam tadi saya cakaplah, bila belajar, belajar. Dan saya takdelah seorang yang
belajar sangat. Kekadang, kita dah study seminggu kelas 5 hari and then Jumaat
Sabtu ada Program Sukarelawan, kita pergi program Sukarelawan. Tapi bila ada

92
assignment group, kita kena pandai-pandailah. Maksudnya saya tak tetapkan masa
saya tapi saya ada jadual saya sendiri. Kita memang kena ada calendar.

Pengkaji: Ok, soalan seterusnya berkenaan dengan kesan terlibat aktif dalam aktiviti
Sukarelawan terhadap pencapaian akademik. Soalan pertama, apakah kesan terhadap
pencapaian akademik apabila terlibat aktif dalam aktiviti Sukarelawan?

Respondan 1: Kesan, saya rasa bergantung pada individu itu sendiri. Kalau macam saya, mindset
saya tak dekan takpe asalkan CGPA maintain. Jangan terlalu jatuh, naik bagus, tapi
jangan terlalu jatuh. Kalau kita target 3.50 ok, maintain 3.50 sampai habis, kalau naik
Alhamdulillah lah, tapi dalam pembelajaran ni sepanjang 5 semester ni saya pernah
drop 3.20 something so dia sangat menyedihkanlah waktu tu. Kena ada inisiatif
sendiri untuk bantu naikkan balik kita punya pointer. Busy busy juga tapi belajar
jangan lupa. Sebab belajar ni benda utama kita.

Pengkaji: Ok, Terima Kasih diatas kesudian saudari untuk ditemu bual. Diharap saudari terus
cemerlang dimasa akan datang dalam apa jua bidang yang diceburi.

93
Transkrip TemuBual Respondan 2

Pengkaji: Assalamualaikum, ok, boleh kita mulakan? boleh tak saudara perkenalkan diri, latar
belakang serba sedikit dan juga pengalaman terlibat dalam aktiviti Sukarelawan?

Respondan 2: Baiklah, Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum w.b.t. nama saya Wan, berasal


dari negeri bawah bayu Sabah, semester 5 daripada kos ISM Antropologi & Dakwah
Fakulti Sains Sosial Gunaan dan berumur 22 tahun. Berbangsa Bugis dan juga
beragama Islam. Baiklah, dari aspek pengalaman aspek Sukarelawan, saya bermula
pada semester yang pertama. Dimana bermulanya saya mengikuti Persatuan
Mahasiswa Fakulti Sains Sosial Gunaan. Disitulah baru saya lihat bagaimana aspek
Kesukarelawan itu diaplikasikan dalam Universiti Sultan Zainal Abidin yang dekat
pada komuniti. Jadi aspek Kesukarelawan itu lahir daripada saya bermulanya
bertapak di semester pertama, sebab waktu saya disekolah menengah dibangku
sekolah lagi saya tak pernah pun terlibat dalam aspek Kesukarelawanan khususnya
kerana saya cuma melibatkan diri dalam aspek Kepimpinan. Jadi dengan langkah ke
Universiti ini barulah terlihat dari aspek Kesukarelawan itu melalui aktiviti-aktiviti
yang dijalankan dalam Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial Gunaan. Jadi
situlah bermulanya pengalaman dan juga apa orang kata? (berfikir sejenak)
bermulanya ilmu Kesukarelawan ini timbul dan minat akan Kesukarelawan itu
sendiri.

Pengkaji: Ok, kita akan pergi ke soalan faktor-faktor yang menarik minat saudara melibatkan
diri dalam aktiviti Sukarelawan dan soalan pertama ialah adakah ada dikalangan ahli
keluarga saudara yang turut terlibat aktif dalam aktiviti Sukarelawan?

Respondan 2: Untuk pengetahuan saudara, keluarga saya merupakan pengiat aktif Sukarelawan di
Sabah juga sendiri, kerana apa dari aspek Sukarelawan itu apabila saya melihat
saudara mara contohnya keluarga yang terdekat misalnya saudara pakcik saya sendiri
merupakan pengiat terhadap Sukarelawan di Sabah dan mereka telah mengadakan
satu konsert dan menyumbang kepada mangsa-mangsa kebakaran di Tawau disana.
Dan dalam aspek itulah saya lihat betapa mereka bersungguh-sungguh dalam
membantu dan berkhidmat kepada komuniti Sabah khususnya.

Pengkaji: Ok, dari aspek rakan pula, adakah ada rakan-rakan yang terlibat aktif dalam aktiviti
Sukarelawan?
94
Respondan 2: Sebenarnya timbul minat Sukarelawan ini merupakan daripada aspek persekitaran
saya sendiri iaitu dari aspek rakan-rakan saya sendiri bagaimana saya melihat rakan-
rakan saya beranjak demi satu demi satu tangga kejayaan apabila mereka terlibat
dalam aspek Kesukarelawanan. Saya amek contoh saudara Ammar Rafiq (Presiden
MPP UniSZA 2017/2018) sebabnya dia lebih dekat dengan saya dan juga merupakan
rakan sekelas. Jadi saya melihat betapa kebanyakan kegiatannya melibatkan diri
merupakan aspek Kesukarelawanan, jadi saya melihat itu merupakan salah satu
faktor pendorong untuk saya lebih bergiat aktif bukan hanya akademik tetapi saya
cuba mengimbangkan amtara keduanya Sukarelawan dan juga Akademik.

Pengkaji: Jadi adakah pihak Universiti juga mendorong saudara untuk terlibat aktif dalam
aktiviti Sukarelawan?

Respondan 2: Saya bersyukur kerana ditempatkan di Universiti Sultan Zainal Abidin kerana
Universiti Hepa (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) khususnya amat menggalakkan kita
untuk mengikuti aktiviti Kesukarelawan lagi, apatahlagi apabila kita punya TNC
(Timbalan Naib Canselor) sendiri menggalakkan mahaiswa turun kepada komuniti,
sebab kita sedia maklum bahawa Universiti Sultan Zainal Abidin adalah merupakan
Universiti yang dekat dengan komuniti. Jadi saya bersyukur kerana pihak Universiti
menggalakkan semua mahasiswa terlibat dalam aspek Kesukarelawanan.

Pengkaji: Ok, faktor kpercayaan. Apakah yang menyebabkan saudara percaya untuk
melibatkan diri dalam aktiviti Sukarelawan?

Respondan 2: Saya percaya bahawa satu pepatah mengatakan apa yang kita beri kita akan dapat
lebih banyak daripada apa yang kita berikan dan sebagai Kesukarelawanan ini kita
lakukan dengan sukarela dengan hati yang ikhlas dan niat yang ikhlas. Jadi apabila
kita turun kepada komuniti misalnya kita dekat dengan komuniti dan memberi
pertolongan dan kepercayaan saya ini apabila kita memberi InshaAllah kita akan
dapat lebih banyak lagi dimasa akan datang.

Pengkaji: Ok, apakah yang memotivasikan saudara untuk terlibat aktif dalam aktiviti
Sukarelawan?

Respondan 2: Yang memotivasikan saya adalah diri saya sendiri, sebab kita tidak tahu apa masalah
yang berada ditempat komuniti tersebut. Jadi kita sebagai mahasiswa kita perlu dekat
dengan komuniti, kita perlu turun dengan komuniti dan kita perlu lihat apa masalah
yang ada dengan komuniti pada hari ini dan sebagai pengerak mahasiswa pada hari
ini kita perlu lihat bagaimana masalah-masalah yang dihadapi dan kita pun merasai
95
kerana kita tidak merasai apa yang mereka rasakan dan itu merupakan salah satu
motivasi yang kuat dalam diri saya untuk turun sebagai seorang Sukarelawan.

Pengkaji: Niat pula. Apakah niat saudara sebenarnya untuk terlibat aktif dalam aktiviti
Sukarelawan?

Respondan 2: Niat muncul dan teringin mengikuti Sukarelawan ni kita ingin lebih dekat dengan
komuniti dan kita ingin lihat apa masalah yang mereka hadapi sekarang. Macam saya
sendiri saya duduk dibandar dan saya pun tidak tahu persekitaran dikawasan
perkampungan, dikawasan luar bandar misalnya. Jadi kita sebagai seorang yang
ingin tahu dan ingin lebih dekat. Niat itu terbina dan terjalin apabila kita lihat
bagaimana masalah itu berlaku dan kita sebagai seorang mahasiswa tidak tahu dan
kita tidak dapat membantu. Jadi niat itu kita lihat kepada masalah yang dihadapi dan
kita ingin tahu dan gali apa masalah yang mereka hadapi.

Pengkaji: Adakah wujud faktor lain yang mempengaruhi saudara untuk terlibat aktif dalam
aktiviti Sukarelawan?

Respondan 2: Faktor-faktor lain adalah pengalaman, kerana bagi saya pengalaman adalah guru
pertama yang mengajar tentang kehidupan.

Pengkaji: Ok, kita akan pergi ke soalan seterusnya iaitu bagaimana cara pembelajaran dan juga
pembahagian masa belajar dan beraktiviti. Kita sebagai student semestinya terikat
dengan belajar dan kita nak beraktiviti, aktiviti Sukarelawan seperti mana yang kita
tahu bila terlalu aktif ni so kita akan menhadapi masalah dalam belajar juga. So
adakah saudara mempunyai kaedah pembelajaran yang tersendiri? Kalau ada boleh
kongsikan?

Respondan 2: Saya pun macam pelajar biasa juga, saya pun taklah hebat sangat mana, dari aspek
pengurusan masa pun saya masih still terikat dengan jadual pembelajaran, cumanya
apa saya ingin kongsikan pada waktu saya semester 3 saya telah mengikuti satu
Sukarelawanan sepanjang waktu kuliah iaitu saya telah tinggalkan 3 minggu waktu
kuliah, yang begitu lamalah bagi saya. Jadi cara saya untuk mengatasi benda-benda
yang saya tertinggal dalam aspek pembelajaran adalah dengan adanya jadual belajar
itu sendiri. Dan saya juga ada satu kumpulan perbincangan dalam akademik,
misalnya. Dan apabila memerlukan perbincangan barulah baru saya akan turun. Jadi
dengan adanya jadual belajar juga study group itu merupakan salah satu faktor yang
membantu saya untuk mengimbangi antara Sukarelawan dan juga Akademik. Jadi

96
dua faktor ini yang mendorong saya dan memberi bantuan sebanyaknya untuk saya
lebih fokus dan tidak ketinggalan jauh dari aspek Akademik.

Pengkaji: Ok, bagaimana pula dengan cara membahagikan masa antara belajar dan juga
beraktiviti?

Respondan 2: hah, macamtulah. Macam sekarang ni saya turut memegang jawatan sebagai
Presiden Majlis Kolej Kediaman. Jadi untuk saya mengimbangkan waktu pelajaran
dan juga waktu Sukarelawan khususnya, saya tidak mencampur adukkan, maksudnya
saya kalau akademik, waktu belajar saya akan fokus belajar and kalau waktu
Sukarelawan saya fokus Sukarelawan. Cuma khususnya waktu Sukarelawan ni saya
akan lakukan pada hujung minggu. Dan baru-baru ni juga saya telah terpilih untuk
mengikuti IAVE 2017 dimana International Assiociation Volunteer Effort ini
merupakan salah satu lonjakan dan salah satu langkah besar untuk kita sertai dimana
International Conference itu melibatkan 32 buah negara. Jadi antara aspek cara untuk
saya mengimbangkan masa tulah yang perlu kita kuatkan dengan adanya kawan dan
rakan-rakan sekelas yang banyak membantu.

Pengkaji: Ok, ini adalah soalan berkenaan Kesan terlibat dalam aktiviti Sukarelawan terhadap
pencapaian Akademik. So apakah kesan terhadap pencapaian Akademik saudara
apabila terlibat terlalu aktif dalam aktiviti Sukarelawan?

Respondan 2: Orang kata kalau kita terlalu aktif khususnya dalam Sukarelawan kita akan terabai
dalam aspek pembelajaran, kita akan ketinggalan sebab kita terlalu aktif. Jadi
pandangan saya pada pendapat itu adalah salah sebenarnya, kerana ianya bergantung
kpada diri kita sendiri sebenarnya bagaimana kita dapat mengimbangkan masa
dengan Akademik dan juga Sukarelawan. Tapi Alhamdulillah bagi saya ianya adalah
kepercayaan diri kita sendiri, bagi saya juga Alhamdulillah nampak peningkatan dari
semester by semester Alhamdulillah saya dapat kekal pointer saya pada tahap dekan
itu still saya pegang. Jadi masalah pendapat mengatakan kita aktif dalam
Sukarelawan, kita aktif Persatuan dan Akademik diabaikan itu adalah pendapat yang
tidak betul sebenarnya, ianya terpulang pada diri sendiri bagaimana kita nak
imbangkan waktu dan bahagikan masa kita untuk beraktiviti dan belajar.

Pengkaji: Jadi terima kasih kepada saudara diatas kesudian berkongsi pengalaman dalam
aktiviti Sukarelawan. Dan saya berharap saudara terus cemerlang dimana jua saudara
berada samada dalam bidang akademik mahupun Sukarelawan.

97
Transkrip Temubual Respondan 3

Pengkaji: Assalamualaikum, firstly, boleh tak ceritakan sedikit mengenai latar belakang
saudari serta pengalaman sepanjang terlibat dalam aktiviti Sukarelawan?

Respondan 3: Waalaikumussalam, nama saya Fikah, saya berumur 22 tahun, latar belakang
keluarga saya mempunyai 4 orang adik beradik, saya anak perempuan tunggal. Saya
menetap di Selangor. Pengalaman saya sepanjang 22 tahun menjadi manusia dalam
aktiviti Sukarelawan, pertama kalinya apabila saya menceburi dalam persatuan iaitu
Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial Gunaan UniSZA pada tahun 2016. Saya
mendapat tawaran untuk menjadi salah seorang Sukarelawan dibumi Turki (Benua
Eurasia) dan keduanya pada tahun ini (2017) saya diberi peluang oleh KPT
(Kementerian Pengajian Tinggi) untuk mengikuti Yayasan Sukarelawan Siswa
dibumi Laos selama 3 minggu.

Pengkaji: Ok, kita akan terus kepada soalan seterusnya, Faktor-faktor yang menarik minat
saudari terlibat dalam aktiviti sukarelawan. Adakah ada dikalangan ahli keluarga
turut terlibat aktif dalam aktiviti Sukarelawan?

Respondan 3: Dalam ahli keluarga saya sendiri takde yang terlibat dalam aktiviti Sukarelawan ni,
tapi ayah saya sendiri yang banyak mengajar melatih anak-anak dia untuk sentiasa
berkhidmat kepada masyarakat lain. Walaupun dia kerja sebagai Engineer, tapi dia
still ada aktiviti mingguan dalam tempat kerja dia. Contohnya bagi sumbangan
makanan kepada orang susah, jadi dilatihkan benda tu kepada anak-anak dia.

Pengkaji: Dan macamana pula dengan rakan-rakan? Adakah ada rakan-rakan yang terlibat aktif
dalam aktiviti Sukarelawan?

Respondan 3: Ya ramai kawan-kawan saya yang terlibat aktif dalam aktiviti Sukarelawan ni,
terutama kawan baik saya sendiri, kawan-kawan saya dari diploma sampai degree
semua ada penglibatan terhadap aktiviti Sukarelawan, contoh macam kawan saya
PERSIS (Pertubuhan Sukarelawan Siswa), ada yang pergi misi Kemboja Qurban,
lepastu ada yang ke Medan, Indonesia. Dan ianya memang membuktikan
bahawasanya saya mempunyai ramai kawan yang terlibat aktif dalam aktiviti
Sukarelawan dan ianya mempengaruhi saya untuk turut terlibat aktif dalam aktiviti
Sukarelawan.

98
Pengkaji: Ok, adakah pihak Universiti juga mendorong untuk terlibat dalam aktiviti
Sukarelawan?

Respondan 3: Setakat ni Alhamdulillah, Universiti sentiasa mendorong saya dari semasa kesemasa,
Universiti banyak memberi peluang kepada saya untuk melibatkan diri dalam aktiviti
Sukarelawan sehingga diberi peluang untuk menyertai Yayasan Sukarelawan Siswa
dibawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Laos selama 3 minggu.

Pengkaji: Apa yang menyebabkan saudari percaya untuk melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti Sukarelawan?

Respondan 3: Kepercayaan kepada diri saya sendiri, kemampuan saya untuk berkhidmat dalam
menyumbangkan tenaga dan kudrat saya kepada masyarakat lain. Jadi saya percaya
diri saya mampu untuk buat orang lain tersenyum kembali.

Pengkaji: Ok, apakah yang memotivasikan saudari untuk terlibat aktif dalam aktiviti
Sukarelawan?

Respondan 3: Yang memotivasikan diri saya adalah apabila saya menceburi bidang Sukarelawan
ni firstly, motivasi diri saya sebab join ceramah Sukarelawanan, tengok program-
program banyak kat TV, jadi saya nak rasa berada dalam situasi tersebut. Dan
program pertama yang saya rasa saya pernah join yang ke Turki, keluar TV dan
sebagainya.

Pengkaji: Ok, apakah niat saudari untuk terlibat aktif dalam aktiviti Sukarelawan?

Respondan 3: Kalau sentuh tentang niat ni, niat pertama saya adalah first sekali adalah memang
untuk berkhidmatlah untuk masyarakat, waktu saya ssekolah menengah, saya
memang nak berbakti untuk Masyarakat, sebab saya tahu saya ni tidak sesempurna
seperti orang lain, amalan saya ke, apa ke, mungkinlah kurang, jadi saya nak buktikan
pada orang lain yang saya mampu standing dengan diorang walaupun saya ada
masalah sakit macamni tapi saya mampu untuk berdiri dengan diorang, untuk bagi
sumbangan dengan diorang, untuk sumbangkan tenaga walaupun tenaga saya tak
banyak macam diorang. Jadi saya nak buktikanlah pada diri saya, itulah niat saya.

Pengkaji: Adakah wujud faktor-faktor lain yang mempengaruhi penglibatan saudari secara
aktif dalam aktiviti Sukarelawan?

99
Respondan 3: Faktor-faktor lain, saya lihat kepada masa hadapan sayalah kot, untuk kerjaya, sebab
saya memang nak bidang Sukarelawan. Jadi faktornya saya kena minat dan selalu
join program –program Sukarelawan. Untuk masa hadapanlah.

Pengkaji: Ok, kita pergi ke soalan yang seterusnya, bagaimana cara pembelajaran dan juga
pembahagian masa belajar dan juga beraktiviti? Kita sebagai student, kita mesti
terikat dengan belajar dan juga apabila terlibat aktif dalam Sukarelawan ni kita
terpaksa bahagikan masa. Dan soalan pertama saya, adakah saudari mempunyai
kaedah pembelajaran yang tersendiri? Kalau ada boleh kongsikan?

Respondan 3: Cara pembelajaran tersendiri tu takdelah, sebab saya pun Cuma lebih fokuskan
kepada study sendiri, dekat library, buat ulangkaji sendiri, mana yang tak faham saya
akan tanya pada lecturer. Untuk kaedah pembelajaran sendiri tu takdelah, setakat ni
belajar sendiri jelah kat library tak boleh study ramai-ramai.

Pengkaji: Ok, bagaimana saudari membahagikan masa, antara belajar dan juga beraktiviti?

Respondan 3: Sepanjang saya join Kesukarelawanan ni, cara saya bahagikan masa belajar dan
beraktiviti ni dengan adanya jadual tahunan saya, jadi setiap dalam jadual tu akan
tulis minggu ni ko ada misi ni, minggu ni aku ada misi ni, minggu ni aku ada program
ni. Semuanya aka nada dalam time table saya.

Pengkaji: Ok, soalan seterusnya berkenaan dengan kesan terlibat aktif dalam aktiviti
Sukarelawan terhadap pencapaian akademik. Soalan pertama, apakah kesan terhadap
pencapaian akademik apabila terlibat aktif dalam aktiviti Sukarelawan?

Respondan 3: Setakat ni memuaskanlah Alhamdulillah, tak setanding orang lain juga, tapi
walaupun tak masuk kelas apa semua, tapi still saya boleh backup semua tu, still saya
boleh mantainkan pointer dan ada peningkatan. Saya peroleh ilmu yang banyak dari
aktiviti Sukarelawan ni.

Pengkaji: Ok, Terima Kasih diatas kesudian saudari untuk ditemu bual. Diharap saudari terus
cemerlang dimasa akan datang dalam apa jua bidang yang diceburi.

100
Transkrip Temubual Respondan 4

Pengkaji: Assalamualaikum, firstly, boleh tak ceritakan sedikit mengenai latar belakang
saudari serta pengalaman sepanjang terlibat dalam aktiviti Sukarelawan?

Respondan 4: Waalaikumussalam, nama saya Tehah, berumur 23 Tahun. Berbangsa melayu,


berasal daripada Besut, Terengganu. Merupakan pelajar semester 7 dari Ijazah
Sarjana Muda Kerja Sosial, Fakulti Sains Sosial Gunaan UniSZA. Baiklah, saya
mula terlibat dalam aktiviti sukarelawan dari Sekolah Menengah lagi, banyak
aktiviti-aktiviti sukarelawan yang dianjurkan oleh pihak sekolah yang saya sertai
sehinggalah masuk ke Universiti saya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti
sukarelawan yang dianjurkan oleh pelbagai kelab dan persatuan di Universiti.

Pengkaji: Ok, kita akan terus kepada soalan seterusnya, Faktor-faktor yang menarik minat
saudari terlibat dalam aktiviti sukarelawan. Adakah ada dikalangan ahli keluarga
turut terlibat aktif dalam aktiviti Sukarelawan?

Respondan 4: Yup, Keluarga saya sendiri merupakan ahli Sukarelawan dan juga penganjur kepada
aktiviti-aktiviti Sukarelawan, mereka banyak memfokuskan kepada golongan-
golongan mualaf yang perlu dibantu, dari itulah saya mula mengikuti setiap aktiviti-
aktiviti sukarelawan bersama keluarga saya.

Pengkaji: Dan macamana pula dengan rakan-rakan? Adakah ada rakan-rakan yang terlibat aktif
dalam aktiviti Sukarelawan?

Respondan 4: Ya ramai kawan-kawan saya yang terlibat aktif dalam aktiviti Sukarelawan ni, tetapi
tidak semuanya dari kalangan rakan sekelas. Kebanyakan mereka dalam bidang
Antropologi dan Dakwah, Perakaunan dan Perubatan.

Pengkaji: Ok, adakah pihak Universiti juga mendorong untuk terlibat dalam aktiviti
Sukarelawan?

Respondan 4: Universiti sentiasa memberi peluang dan ruang kepada pelajar untuk terlibat aktif
dalam aktiviti sukarelawan dan saya selalu memanfaatkan setiap peluang dan ruang
yang mereka beri.

Pengkaji: Apa yang menyebabkan saudari percaya untuk melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti Sukarelawan?

101
Respondan 4: Faktor kepercayaan, hmm, saya percaya apa yang kita lakukan pada hari ini akan
memberi kesan pada masa akan datang.

Pengkaji: Ok, apakah yang memotivasikan saudari untuk terlibat aktif dalam aktiviti
Sukarelawan?

Respondan 4: Yang memotivasikan diri saya adalah apabila saya melihat tidak semua manusia
mempunyai apa yang kita ada. Jadi saya ingin berkongsi dengan mereka apa yang
saya miliki dan mampu.

Pengkaji: Ok, apakah niat saudari untuk terlibat aktif dalam aktiviti Sukarelawan?

Respondan 4: Niat saya adalah untuk menimba pengalaman dan saya pernah berjanji dalam diri
saya sendiri, sekali aku melangkah kealam Sukarelawan, tak akan aku berundur
walaupun terpaksa membahagikan masa dengan pelbagai komitmen.

Pengkaji: Adakah wujud faktor-faktor lain yang mempengaruhi penglibatan saudari secara
aktif dalam aktiviti Sukarelawan?

Respondan 4: Hmm, Faktor lain adalah saya ingin membantu golongan yang memerlukan. Tidak
kira mangsa banjir, orang asli atau apa-apa yang boleh dikaitkan dengan bidang
sukarelawan.

Pengkaji: Ok, kita pergi ke soalan yang seterusnya, bagaimana cara pembelajaran dan juga
pembahagian masa belajar dan juga beraktiviti? Kita sebagai student, kita mesti
terikat dengan belajar dan juga apabila terlibat aktif dalam Sukarelawan ni kita
terpaksa bahagikan masa. Dan soalan pertama saya, adakah saudari mempunyai
kaedah pembelajaran yang tersendiri? Kalau ada boleh kongsikan?

Respondan 4: Kaedah pembelajaran saya adalah selalu fokus didalam kelas serta sentiasa
mengulang pelajaran bersama rakan-rakan. Jika ada yang tak faham saya akan
bertanya kepada lecturer ataupun rakan-rakan yang tahu.

Pengkaji: Ok, bagaimana saudari membahagikan masa, antara belajar dan juga beraktiviti?

Respondan 4: Hmm, cara saya membahagikan masa adalah dengan adanya time table saya sendiri.
Jadual waktu belajar dan juga bersukarelawan.

Pengkaji: Ok, soalan seterusnya berkenaan dengan kesan terlibat aktif dalam aktiviti
Sukarelawan terhadap pencapaian akademik. Soalan pertama, apakah kesan terhadap
pencapaian akademik apabila terlibat aktif dalam aktiviti Sukarelawan?

102
Respondan 4: Alhamdulillah, kesan terhadap pencapaian akademik amatlah positif, aktiviti
sukarelawan banyak membantu dan memberi ilmu tambahan kepada saya lebih-lebih
lagi saya mengambil bidang yang berkait rapat dengan kesukarelawan.

Pengkaji: Ok, Terima Kasih diatas kesudian saudari untuk ditemu bual. Diharap saudari terus
cemerlang dimasa akan datang dalam apa jua bidang yang diceburi.

103
Transkrip Temubual Respondan 5

Pengkaji: Assalamualaikum, firstly, boleh tak ceritakan sedikit mengenai latar belakang
saudari serta pengalaman sepanjang terlibat dalam aktiviti Sukarelawan?

Respondan 5: Waalaikumussalam, nama saya Mimi. Berumur 22 tahun. Pelajar semester 5 Ijazah
Sarjana Muda Kerja Sosial, Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA. Berbangsa
melayu dan beragama Islam.

Pengkaji: Ok, kita akan terus kepada soalan seterusnya, Faktor-faktor yang menarik minat
saudari terlibat dalam aktiviti sukarelawan. Adakah ada dikalangan ahli keluarga
turut terlibat aktif dalam aktiviti Sukarelawan?

Respondan 5: Ok, untuk soalan ni, ada. Tetapi aktiviti sukarelawan biasalah seperti bagi sedekah
dekat makcik-makcik kat pasar. Hmm, bagi sedekah dekat tabung masjid.

Pengkaji: Dan macamana pula dengan rakan-rakan? Adakah ada rakan-rakan yang terlibat aktif
dalam aktiviti Sukarelawan?

Respondan 5: Ya ada, hmm, saya ada ramai kawan yang turut terlibat secara aktif dalam aktiviti
sukarelawan ni. Biasanya kalau saya ada program untuk join aktiviti sukarelawan ni,
saya akan mengajak kawan-kawan saya untuk turut sertalah dengan program yang
saya join tu..

Pengkaji: Ok, adakah pihak Universiti juga mendorong untuk terlibat dalam aktiviti
Sukarelawan?

Respondan 5: Ok, ya pihak Universiti sangat mengalukan dan memberi sokongan kepada
Mahasiswa yang berminat untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti sukarelawan ni.
Sebagai contohnya, hmm, pihak Universiti meluluskan program-program yang
beraspekkan sukarelawan. Seperti, hmm, yang saya pernah sertai adalah aktiviti
sukarelawan membersih pantai teluk ketapang, dan ini dalah aktiviti saya yang first
saya sertai ketika saya semester satulah. Dan ada banyak lagilah aktiviti sukarelawan
yang saya join.

Pengkaji: Apa yang menyebabkan saudari percaya untuk melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti Sukarelawan?

Respondan 5: Kat sini saya percaya bahawa, sekecil-kecil bantuan yang kita hulurkan itu adalah
sebesar-besar pertolongan bagi mereka yang memerlukan bantuan. Jadi saya rasa
104
amat berbesar hatilah, sekiranya saya diberi peluang, memang saya akan bergerak
secara aktiflah dalam aktiviti sukarelawan ni.

Pengkaji: Ok, apakah yang memotivasikan saudari untuk terlibat aktif dalam aktiviti
Sukarelawan?

Respondan 5: Ok, apa yang memotivasikan saya adalah mereka itu sendiri, ataupun mereka yang
memerlukan bantuan daripada kita semua ni, daripada saya, daripada mahasiswa-
mahasiswa lainlah. Ataupun pihak-pihak tertentu. Ok, kita sebagai seorang hamba
Allah ni tak mampu untuk menghapuskan rasa empati dalam diri kita, jadi apabila
timbulnya perasaan empati tu, mesti kita akan rasa macam nak menolong. Jadi
merekalah yang menjadi motivasi yang terbesar bagi saya.

Pengkaji: Ok, apakah niat saudari untuk terlibat aktif dalam aktiviti Sukarelawan?

Respondan 5: K, niat saya dari sampailah sekarang hanyalah satu, iaitu untuk membantu mereka
diluar sana, dengan harapan agar mereka ni dapat hidup dalam kesejahteraan dan
mereka merasa bahagia dengan nikmat kehidupan dan tidak terasa asing daripada
masyarakat. Maksudnya semua sama, semua dapat merasa nikmat kehidupan tu.

Pengkaji: Adakah wujud faktor-faktor lain yang mempengaruhi penglibatan saudari secara
aktif dalam aktiviti Sukarelawan?

Respondan 5: Ya, saya akui ada, saya mendengar kisah daripada orang-orang yang hebatlah dari
aktiviti sukarelawan ni seperti Mohamad Jantan, Presiden Muslim Volunteer
Malaysia, dimana diusia beliau, beliau telah banyak membantu saudara Muslim kita
sendiri dan juga non muslim didalam dan juga luar negara. Dan dia merupakan salah
satu aspirasilah dan juga pendorong untuk saya terus terlibat aktif dalam aktiviti
sukarelawan.

Pengkaji: Ok, kita pergi ke soalan yang seterusnya, bagaimana cara pembelajaran dan juga
pembahagian masa belajar dan juga beraktiviti? Kita sebagai student, kita mesti
terikat dengan belajar dan juga apabila terlibat aktif dalam Sukarelawan ni kita
terpaksa bahagikan masa. Dan soalan pertama saya, adakah saudari mempunyai
kaedah pembelajaran yang tersendiri? Kalau ada boleh kongsikan?

Respondan 5: Ok, secara jujurnyalah, saya tidak ada kaedah pembelajaran yang tersendiri, sebab
saya bukan yang jenis mengikut jadual beajar. Kaedah pembelajaran saya adalah
mengikut mood dan juga waktu lapang. Itupun depend pada mood kalau tak busy

105
dengan kerja lain kita studylah. Tapi yang tugasan kita kena buat kenalah buat, orang
kata nak taknak kena buat.

Pengkaji: Ok, bagaimana saudari membahagikan masa, antara belajar dan juga beraktiviti?

Respondan 5: K, sebagai Mahasiswa masa tu betulah amat penting kan, saya rasa dalam
pembahagian masa ni saya takde cara yang khusus, tapi dalam pengurusan masa ni
boleh dikatakan saya banyak berkorbanlah, berkorban dari segi waktu tidur dan
beriadah. Sebabnya kita banyak terlibat dengan aktiviti-aktiviti dan sebagai seorang
pelajar kita ada assignment, kita kena siapkan. Bagi saya kenalah korbankan waktu
tidur tu, tapi kenalah qada’ balik.

Pengkaji: Ok, soalan seterusnya berkenaan dengan kesan terlibat aktif dalam aktiviti
Sukarelawan terhadap pencapaian akademik. Soalan pertama, apakah kesan terhadap
pencapaian akademik apabila terlibat aktif dalam aktiviti Sukarelawan?

Respondan 5: Kesannya bagi saya amat positif, mungkin ianya sedikit sebanyak dapat membantu
meningkatkan daya pemikiran yang kreatif kerana pembelajaran dalam aktiviti
sukarelawan ni takkan dapat dipelajari dalam bilik kuliah. Contohnya dalam kuliah
kita sering mendengar tentang teori tetapi secara praktikalnya kita mungkin dapat
tapi sikit, ia tak sama dengan pengalaman apabila berada diluar. Jadi dengan
penglibatan dalam aktiviti sukarelawan ni, saya amat banggalah, sebabnya kita boleh
belajar benda yang kita tak boleh dapat dalam kelas.

Pengkaji: Ok, Terima Kasih diatas kesudian saudari untuk ditemu bual. Diharap saudari terus
cemerlang dimasa akan datang dalam apa jua bidang yang diceburi.

106

Anda mungkin juga menyukai