Anda di halaman 1dari 5

JURNAL REFLEKTIF MINGGU KELIMA

(22/ 02 / 2016 HINGGA 26 / 02 / 2016)

Tajuk Jurnal : Masalah Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah laku Murid

1. Isu / Masalah / Peristiwa

Pada minggu kelima saya telah menghadapi masalah pengurusaan bilik


darjah dan tingkah laku murid, iaitu tidak dapat mengawal disiplin murid – murid
tahun 3 vetri semasa berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran.
Keadaan ini telah menyebabkan proses PdP tergugat di mana saya gagal
nebyediakan suasana pembelajaran yang kondusif untuk semua murid. Saya
mendapati terdapat segelitir murid suka untuk menjerit semasa menjawab soalan
yang dikemukakan oleh guru.
Tambahan lagi, mereka suka bergerak ke tempat duduk orang lain serta
menimbulkan kekacauan. Keadaan ini telah mengakibatkan proses pengajaran
dan pembelajaran tergugat. Kelemahan ini juga akan menyebabkan pelajar tidak
akan memahami isi kandungan pelajaran yang diikuti. Mengikut Carroll (1989),
sikap pelajar terhadap pelajaran adalah tinggi, jika ia mudah untuk memahami
pengajaran, pelajar akan tekun belajar dan akhirnya mudah untuk memahami
sesuatu konsep dan kemahiran. Begitu juga jika pengajaran guru itu baik maka
pelajar akan belajar dengan mudah.

Analisis Masalah

Disiplin murid – murid yang kurang memuaskan memang membawa banyak


masalah kepada guru dalam mengendalikan proses pengajaran dan
pembelajaran. Mereka tidak menghormati guru. Sebagai contoh apabila saya
masuk ke dalam kelas, tiada murid yang bangun untuk memberi salam kepada
saya. Semua murid sibuk membuat kerja sendiri. Selepas saya meminta ketua
kelas bangun untuk memberi salam, terdapat murid – murid yang tidak bersedia
dia mana mereka tidak berdiri dengan betul – betul.
Tambahan pula, mereka tidak mengikuti arahan dan kata – kata guru.
Murid – murid tidak menghiraukan teguran guru langsung. Apabila dimarahi oleh
guru, barulah mereka ikut arahan tersebut. Selepas itu, mereka kembali kepada
sikap asal yang menyakitkan kepala. Misalnya menjerit – jerit dalam kelas,
bergerak ke tempat duduk kawannya, tidak memberi tumpuan terhadap
pengajaran guru.
Masalah disiplin murid – murid telah mengakibatkan suasana
pembelajaran iaitu bilik darjah berada dalam keadaan yang huru – hara di mana
aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan lancar.
Kesannya pelajar yang lain akan hilang tumpuan belajar disebabkan beberapa
orang yang mempunyai masalah disiplin ini. hal ini menimbulkan masalah bagi
saya untuk mencapai objektif khususnya objektif yang akhir dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran pada hari berikutnya.

3. Cadangan

Bagi mengatasi masalah pengurursan bilik darjah dan tingkah laku murid
– murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran, saya telah membuat
beberapa cadangan yang boleh digunakan bagi mengatasi ini. antara
cadangan saya ialah:
Saya kan berusaha untuk menjadi guru yang lebih tegas agar lebih
dihormati oleh murid.
Saya akan membaca buku – buku yang berkaitan dan melayari
internet untuk memperoleh pengetahuan berkaitan pengurusan
bilik darjah dan tingkah laku murid – murid supaya proses
pengajaran dan pembelajaran saya dalam keadaan yang terkawal.
Saya akan lebih tegas kepada murid supaya mereka mendengar
kata dan menjadi murid yang berdisiplin.
Bagi memastikan saya dapat mengawal murid , saya akan
mendenda murid yang bising dan bermain di dalam kelas seperti
berdiri selama 3 minit dan denda – denda yang tidak menyebabkan
kecederaan..
Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan
pensyarah pembimbing disamping perbincangan dengan rakan –
rakan guru pelatih.
Selepas itu, saya akan meneruskan kepada rutin pembelajaran.
Untuk melaksanakan rutin ini saya akan memastikan pelajar saya
memberi focus kepada P&P yang akan saya lakukan. Saya juga
akan menentukan garis panduan dan tingkah laku serta yang
sesuai semasa proses PdP.

4. Tempoh Penyelesaian

Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses
pengajaran dan pembelajaran. Jadi saya akan cuba untuk menyelesaikan
masalah ini pada minggu hadapan, iaitu dari 29 Feb hingga 4 Mac 2016.

5. Tindakan susulan

Sebagai seorang guru, saya bercita – cita untuk mengatasi masalah ini
dalam tempoh seminggu dan dari masa ke semasa. Sebagai guru saya
bertanggungjawab untuk membuat persediaan yang terancang dan teliti supaya
dapat menghasilkan PdP yang berkesan. Watson (1998) menasihatkan agar
guru - guru pelatih membuat perancangan yang rapi sebelum memulakan sesi
pengajaran di dalam bilik darjah agar guru mengetahui apa yang akan diajar
kepada pelajar sentiasa memberikan dorongan serta tunjuk ajar. Sebelum
memulakan sesi p&p, guru perlu menetapkan peraturan dan undang – undang
semasa di dalam bilik darjah dan semasa sesi p&p. Murid akan diberi motivasi
serta memastikan keadaan bilik darjah dalam keadaan kondusif.
Bagi murid – murid yang bermasalah disiplin dan melanggar peraturan bilik
darjah, guru – guru dicadangkan untuk menggunakan peneguhan negative untuk
mengubah tingkah laku murid – murid yang tidak begini. Misalnya , menarik balik
kelayakan murid – murid untuk melibatkan diri dalam permainan sekiranya
mereka membuat bising. Sejajar dengan itu, saya juga akan memberi hukuman
secara membina kepada murid – murid yang bermasalah disiplin. Sebagai
contoh, memberi kerja rumah yang lebih kepada mereka sebagai salah satu
hukuman. Ini bukan sahaja dapat mengubah tingkah laku murid – murid malah
dapat mengukuhkan penguasaan mereka terhadap isi pelajaran.
Pada masa yang sama, untuk mengekalkan focus dan tumpuan murid –
murid dalam proses pdp, saya akan menggunakan pendekatan pengajaran
berpusatkan murid. Misalnya, saya akan menganjurkan lebih aktiviti
pembelajaran sama ada secara hands-on atau minds – on
untukmemaksimumkan penglibatan murid – murid. Strategi pengajaran
berpusatkan guru iaitu penerangan guru secara tradisional tidak lagu releven
terutama bagi murid - murid yang hiperaktif dan cenderung kepada aktiviti
kinestetik.
Perlaksanaan terhadap langkah – langkah penambahbaikan
dijalankan
Sebelum bermulanya pengajaran, saya akan membuat perjanjian dengan murid
– murid saya supaya murid – murid mematuhi peraturan bilik darjah yang
ditetapkan terutamanya murid – murid yang nakal. Antara peraturan – peraturan
yang ditetapkan ialah tidak membuat bising, tidak meninggalkan tempat duduk
sendiri tanpa kebenaran guru, menumpukan perhatian kepada pengajaran guru.
Saya berusaha untuk memastikan murid – murid bertingkah laku baik melalui
penggunaan Teori Behaviorisme. Saya telah memberi peneguhan positif melalui
permainan cop sebagai pengiktirafan dan tanda penghargaan kepada murid –
murid yang berkelakuan dan berprestasi baik.
Dengan demikian, saya telah menyediakan lembaran ‘ Saya paling banyak
“ LIKE” untuk setiap murid. Murid – murid boleh mengumpul copnya sepanjang
masa proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi murid – murid yang Berjaya
mengumpul 5 cap atau ke atas mereka akan diberikan satu hadiah kecil sebagai
tanda pengiktirafan dan penghargaan ke atas usaha murid – murid dalam
mencapai prestasi dan tingkah laku yang baik. Dengan demikian saya dapat
mendorong murid – murid terus mengekalkan sikap belajar mahupun tingkah
laku yang baik dan menyenangkan orang lain.

Pelajar Disemak oleh Guru Pembimbing: Disemak oleh Pensyarah Pembimbing:

Tandatangan: Tandatangan: Tandatangan:

Nama: Nama: Nama:

Tarikh: Tarikh: Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai