Anda di halaman 1dari 14

Soalan:Sekiranya pantai Tanjung Lipat dibangunkan sebagai sebuah kawasan

tanah-tambak, impak persekitaran berbentuk manusiawi dan estetik LEBIH


BANYAK berlaku daripada impak bio-fizikal. Setujukah anda dengan pernyataan
ini? Hujahkan kes anda.

Pendapat 1:

Sekiranya Pantai Tanjung Lipat ditambak percayalah ianya akan menyebabkan


berlakunya perubahan pada alam fizikal, biologi, manusiawi dan estetiknya akan
turut berubah. Para pengunjung tempatan dan para pelancong akan kehilangan
ruang rekreasi seperti memancing, berehat sambil menanti mentari terbenam
serta menikmati keindahan alam semulajadi.

Pendapat 2:

Pada masa kini, Tanjung Lipat adalah satu kawasan yang menjadi tumpuan
segenap lapisan masyarakat. Ini kerana Tanjung Lipat menyediakan alam sekitar
yang memenuhi keperluan mereka dari segi spiritual kerana nilai estetiknya.
Sekiranya Tanjung Lipat ditambak-tanah, sudah pasti alam fizikal, biologi,
manusiawi dan estetiknya turut berubah. Yang pasti, impak persekitaran
manusiawi dan estetik lebih dirasai. Manusia yakni para pengunjung mahu pun
para pelancong akan kehilangan ruang rekreasi seperti memancing, berehat
sambil menanti mentari terbenam yang sudah semestinya melurutkan separuh
daripada tekanan kerja.

Dari segi estetik pula, kawasan garis pantai akan menjadi lebih sempit. Ini
menghadkan ruang nelayan menyusur pantai juga ruang tempat burung camar
bertebaran mencari makanan. Tempat ini juga pasti kehilangan separuh daripada
pengunjung setia yang cintakan keaslian kerana ruang untuk bersantai dan
menikmati keindahan alam sudah dirubah.

Pendapat 3:

“Jika Pantai Tanjung Lipat dibangunkan sebagai sebuah kawasan tanah-tambak


…impak persekitaran berbentuk manusiawi dan estetik LEBIH BANYAK berlaku
daripada impak bio-fizikal.”

Secara peribadi, kenyataan di atas seboleh mungkin saya sokong penuh.


Kenapa dan mengapa ia perlu disokong? Bagaimana mungkin kita
menidakkannya kerana saya berpendapat bahawa, kenyataan itu adalah cetusan
idea bagi mereka yang bergelar insan yang hendak melihat sesuatu dengan
renungan yang tajam. Lantaran itu, maka setiap pandangan akan dinilai dari
pelbagai sudut dan akhirnya lahirlah kenyataan utuh di atas yang tidak mungkin
terurai walau dihujani oleh beribu tebatan.
Andai kata Pantai Tanjung Lipat ditambak, penduduk sekitar mahupun ribuan
malah mungkin jutaan para pengunjung yang pernah bertandang di Tanjung
Lipat mungkin tidaklah merasai sangat akan kehilangan sifat bio-fizikalnya. Ini
kerana, Pantai Tanjung Lipat tidaklah memiliki keunikkan bio-fizikal seperti mana
yang terdapat di Pulau Tiga, Pulau Ligitan, Pulau Mabul, Pulau Sipadan dan
beberapa tempat lain yang kaya dengan bio-fizikal yang sungguh unik
khususnya keindahan dasar laut yang menjadi syurga kepada para penyelam.
Kekuatan daya tarikan Tanjung Lipat sebenarnya, adalah terletak pada nilai
estetiknya. Ramai pengunjung yang datang khususnya pada waktu petang untuk
menyaksikan “Sunset” yang begitu memukau pandang mata. Kewujudan Masjid
Bandaraya terapung, Menara Tun Mustapha dan Bangunan Innoprise yang
tersergam indah serta deretan pokok kelapa di sepanjang pantai adalah satu
konbinasi yang menambahkan lagi seri dan seterusnya menjadikan pantai
Tanjung Lipat begitu unik dan menarik. Kehadiran para nelayan tempatan yang
hanya bersampan mencari semangkuk lauk di kawasan teluk pada lewat senja,
menjadi insprasi bagi peminat sastera untuk mencipta sebuah sajak sambil
menikmati keindahan senja yang terbentang luas.
Pun begitu, bagi pengunjung yang sudah berumur sedikit, keindahan Tanjung
Lipat pada waktu senja tidak lengkap tanpa secawan kopi yang turut disediakan
oleh para pengusaha gerai dengan harga yang berpatutan. Lokasi indah Tanjung
Lipat yang sejuk mata memandang menjadikannya popular sebagai pilihan untuk
minum atau makan malam oleh para pengunjung. Keadaan ini sudah pasti
menjadi tempat mencari rezeki kepada para peniaga tempatan yang berniaga
secara kecil-kecilan. Aktiviti perlumbaan Perahu Naga yang diadakan setahun
sekali di kawasan ini bukan sahaja menceriakan suasana malah telah memikat
hati para pengunjung tempatan mahupun luar negeri untuk sentiasa memuja
Tanjung Lipat. Kemeriahan serta sajian keindahan pemandangan Tanjung Lipat
sudah pasti memahat sejuta kenangan buat pengunjung yang tahu menghargai
keindahan pemberian Ilahi.
So, andai kata Tjg. Lipat ditambak pasti segala unsur manusiawi dan estetiknya
akan hilang dan tak akan dapat dikembalikan. Setiap projek yang ingin
dilaksanakan di Tanjung Lipat haruslah ditimbang tera dari pelbagai sudut
terlebih dahulu kerana jika tersilap langkah ribuan malah mungkin jutaan
manusia akan menangis bersedih kerana merasa kehilangan akan keindahan
dan kedamaian Tanjung Lipat yang selama ini dipuja dan dipuji.

Pendapat 4:

Sekiranya Pantai Tanjung Lipat dibangunkan sebagai sebuah kawasan tanah-


tambak, impak persekitaran berbentuk manusiawi dan estetik lebih banyak
berlaku daripada impak bio-fizikal. Jika kita tambak kawasan ini maka
pendapatan para nelayan kecil di situ akan terjejas. Ini kerana penambakan
kawasan itu akan menyebabkan hidupan marin di kawasan tersebut turut
menerima impaknya. Di samping itu keselamatan penghuni di sekitar tempat itu
juga akan terancam. Terutamanya kepada pengusaha gerai makan yang
bergantung penuh pada pendapatan yang diperoleh dari tempat itu. Gerai yang
dijadikan sebagai pusat menjamu selera bagi para pengunjung akan hilang.
Begitu juga halnya dengan kawasan ini yang selama ini berfungsi sebagai
kawasan rekreasi dan sukan air yang dijadikan acara tahunan di tempat tersebut
juga tidak akan dapat dijalankan lagi. Kawasan tempat pengemar memancing
juga akan hilang .Impak persekitaran di Tanjung Lipat jika ia ditanah tambak
akan turut memberi kesan kepada persekitaran estetik, dan bio-fizikal yang
berlaku seiring dan serentak
Antara persekitaran estetik yang dapat dilihat di sini ialah ia merupakan sebauh
kawasan yang sangat indah dan mempesonakan apatah lagi dengan kewujudan
Masjid Bandaraya yang lokasinya di atas air serta Menara Tun Mustapha dan
Bangunan Innoprise yang tersergam indah Dengan kata lain kombinasi antara
ciri fizikal serta ciri budayanya telah menjadikan pantai Tg. Lipat begitu unik dan
menarik minat para pengunjung tempatan dan luar.
‘Mengekalkan keindahan alam semulajadi tanggungjawab bersama’.

Pendapat 5:

Dalam hal ini saya sangat bersetuju berlakunya impak persekitaran di Tanjung
Lipat ini bukan sahaja kepada manusia dan estetiknya , malah juga kepada bio
-fizikal di kawasan tersebut sekiranya ia dibangunkan sebagai sebuah kawasan
tanah tambak.
Pertamanya: Saya ingin menyentuh dari aspek manusiawi. Kita sudah sedia
maklum bahawa kawasan perairan tanjung lipat itu sudah lama menjadi tempat
para nelayan tempatan setempat dan nelayan daerah lain mencari rezeki di situ.
Di samping kawasannya yang selamat dan strategi oleh para nelayan, di situ
juga terdapatnya banyak hidupan laut di perolehi seperti ikan, udang dan kerang.
Jika kawasan ini di tambak sudah tentunya ianya akan menjejaskan sumber
pendapatan mereka.
Kedua: Dari sudut Estetik. Bila kita perhatikan suasana nyaman,riang, damai
dengan anak-anak berlari di pantai dan ramainya pengunjung yang berkumpul di
situ terutama di hujung minggu, sudah mengambarkan kepada kita bahawa
kawasan itu mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Jadi kenapa perlu kita
musnahkan? Tambakan ini bukan sahaja akan memusnahkan nilai-nilai estetik
yang ada di situ malah memusnahkan kemanusiaan antara sesama makhluk.
Ketiga: Dari sudut Bio-fizikal. Pengalaman lalu telah mengajar kita tentang erti
kemusnahan dan pencemaran. Adakah kita ingin melihat tanjung lipat seperti
kawasan tambakan lain yang banyak memberi kesan kepada kawasan
sekitarnya. Contohnya; kita lihat sahaja apa yang telah berlaku kepada pantai
kimanis papar akibat dari penambakan pembangunan Sutera Harbour Resourt di
Kota Kinabalu. Inilah impak yang sangat-sangat kita bimbangkan.
Kesimpulannya, tambakan ini bukan sahaja memberi impak manusiawi dan
estetik malah juga bio-fizikalnya. Fikir-fikirkan lah
Pendapat 6:

Sekiranya pantai Tanjung Lipat dibangunkan sebagai sebuah kawasan tanah-


tambak, impak persekitaran berbentuk manusiawi dan estetik LEBIH BANYAK
berlaku daripada impak bio-fizikal. saya sangat setuju dengan pernyataan
tersebut kerana Tanjung Lipat merupakan salah satu tempat perkelahan atau
tempat percutian yang menarik. Jika tempat itu dijadikan kawasan tanah-tambak
maka keindahan alam akan hilang. Di samping itu juga sumber pendapatan bagi
penduduk setempat juga akan terjejas akibat daripada kerakusan sesetengah
golongan. Kesan daripada itu akan terjadi pencemaran pantai serta eko-sistem
juga akan terjejas. Hargai alam sekitar untuk generasi masa kini dan juga
generasi masa akan datang.

Pendapat 7:

Saya bersetuju dengan hujah di atas. Jika kita tambak kawasan ini maka
pendapatan nelayan di situ akan terjejas. Ini kerana penambakan kawasan itu
akan mempengaruhi hidupan di situ. Ianya bukan sahaja akan menyebabkan
ikan-ikan akan kehilangan tempat pembiakan mereka, malah kerang-kerangan
yang hidup akan mati jika ianya telah ditambak. Impak estetikanya pula ialah
kawasan ini akan berubah bentuknya jika ditambak. Kita lihat sekarang betapa
kawasan ini begitu cantik dengan kedudukan teluknya yang begitu strategik.
Keindahan ini akan hilang jika kerja penambakan dilakukan.

Pendapat 8:

Hebat sekali kerja-kerja penambakan atau tebus guna tanah di sekitar Kota
Kinabalu untuk tujuan tapak bangunan atau jalan raya dan sehingga kita lupa
kawasan yang kita duduki dan jalan yang kita sering lalui pada suatu masa
dahulu merupakan kawasan laut.Panorama keindahan ciptaan manusia
membuatkan kita lupa bahawa sebahagian daripada jalan raya yang kita lalui
dari pusat bandar menghala ke Teluk Likas dimana teletaknya menara Yayasan
Sabah yang pernah menjadi kebangaan rakyat Sabah diatas keunikan
pembinaannya,adalah laut pada masa lalu.Untuk menjadikan kawasan itu lebih
menarik dan mudah dihubungi kerajaan telah membina jalan raya yang ditebus
guna yang kini menjadi laluan utama,yang hari makin hari diperindahkan dengan
tanaman pokok-pokok palma,pembinaan gerai-gerai makanan dan masjid
bandaraya .
Kombinasi ciptaan manusia seperti yang saya nyatakan dan kawasan semulajadi
yang masih dikekalkan menambahkan keindahan kawasan ini.Impak negatif dari
segi estetika amat ketara kalau kawasan semula jadi itu ditambak lagi.Apa jadi
dengan keunikan masjid bandaraya kalaulah kawasan air itu ditebus guna.ia
kelihatan sama seperti masjid-masjid yang lain.Kalau pun ada perancangan
penambahbaikan di kawasan tersebut rasanya janganlah ditebus guna kawasan
tersebut.Kalau boleh pindahkan rumah-rumah usang yang ada dikawasan
perairan berhampiran dengan Teluk Likas itu dan kawasan tersebut bolehlah
ditanam dengan pokok-pokok bakau bukan saja boleh menjadikan kawasan
menarik tetapi menjaminkan ekosistem di kawasan tersebut.Sekiranya kawasan
semulajadi yang ada disitu ditambak lagi impak persekitaran terutama nilai
estetika akan terjejas dan dalam jangkamasa yang panjang melibatkan kesan
pada bio fizikal pula.

Pendapat 9:

Pada pendapat saya, impak persekitaran di Tanjung Lipat jika ia ditanah tambak
akan memberi kesan kepada manusia, estetik, dan bio-fizikal yang berlaku
seiring dan serentak. Kesan pada 'kitaran alam' pasti akan berlaku dalam
penilaian biologi dan fizikal. Flora dan fauna akan terancam, musnah dan pupus.
Habitat haiwan terutama burung-burung di sekitar Taman Burung yang ada
berhampiran dengan tanjung itu akan terjejas dan mengubah kitaran hidupan
haiwan yang lain.
Begitu juga dengan bentuk muka bumi akan berubah. Kesan penambakan itu
juga akan menjejaskan sumber mineral serta mengganggu medan daya dan
bahang latar terhadap tempat dan sekitarnya. Lautan yang sering dikaitkan
dengan fenomena iklim juga akan mengalami kesannya jika pantai yang indah itu
ditambak dan ditimbus dengan tanah. Sudah tentu proses-proses 'bencana alam'
akan berlaku seperti banjir kilat kerana berlaku gangguan pada pengaliran air di
Muara Sg. Likas, kerana berlaku mendapan dan perlonggokan serta berlaku
ketidakstabilan tanah yang mungkin berlaku mendapan tanah.
Pastinya, ini akan memberikan kesan kepada manusia. Keselamatan penghuni
di sekitar tempat itu juga akan terancam. Ditambah lagi dengan kesan
berubahan status budaya mereka yang terjejas akibat tempat itu ditebus guna.
Terutama kepada pegerai dan nelayan kecil yang bergantung penuh pada
pendapatan yang diperoleh dari tempat itu. Kemudahan rekreasi seperti
memancing, berenang dan berkelah juga tidak lagi dapat dijalankan di tempat itu.
Gaya hidup manusia juga akan berubah dengan penambahan jumlah penduduk
di tempat itu sekiranya ia dijadikan sebagai tapak perumahan atau pusat
membeli-belah atau hotel mewah. Kemungkinan juga akan berlaku impak pada
kesihatan dan keselamatan manusia kerana ramai orang banyaklah ragam,
ramai orang banyaklah sampahnya juga. Sudah tentu keindahan Masjid
Bandaraya yang indah itu pasti terjejas dengan pemandangan yang kotor seperti
di Kg Sembulan.

Oleh itu, secara keseluruhannya impak persekitaran negatif lebih banyak


berbanding impak positif akan berlaku sekiranya Tanjung Lipat di jadikan tanah
tambak
Pendapat 10:

Tebus guna tanah memberi impak positif kepada nilai estetik dan manusiawi dari
segi pemandangan, keperluan rekreasi, kemudahan infrastruktur dan keperluan
asas seperti perumahan. Di Tanjung Lipat, lebuh raya yang indah di pesisir
pantai dengan landskap pokok palma sepanjang jalan menjadikannya sangat
menarik. Kawasan yang telah ditebusguna telah menjadi kawasan yang lapang
dengan pokok-pokok rendang dan shelter (tempat berteduh) sesuai untuk tempat
berkelah. Manakala kawasan yang terhakis telah di bina tembok batuan menjadi
tumpuan kaki pancing bukan kerana di situ banyak ikan tetapi ia tempat yang
menarik. Saya berpendapat, impak negatif wujud di Tanjung Lipat berpunca
daripada Sungai Inanam dan aliran dari kawasan Likas yang banyak
mengandungi sisa buangan kilang dan air kubahan

Pendapat 11:

Pntai Tanjung Lipat merupakan sebuah pantai yang sangat indah. Bentuk
pantainya yang unik berjaya menarik ramai pengunjug. Setiap masa pantai ini
dipenuhi oleh para pengunjug sama ada untuk tujuan bersantai mau pun
melakukan aktiviti memancing. Oleh sebab itu, apabila bekas Ketua Menteri
Negeri Sabah iaitu Dato Chong Kah Kiat mengumumkan untuk membangunkan
Tanjung Lipat sebagai sebuah kawasan tanah tambak, orang ramai memberi
bantahan. Jika rancangan penambakan ini dilaksanakan banyak kemusnahan
yang berlaku. Sama ada dari segi manusiawi mahu pun kemusnahan fizikalnya.
Kita harus mengambil iktibar ke atas kemusnahan yang telah berlaku pada
Pantai Manis di daerah Papar. Akibat kerakusan segelintir manusia pantai Manis
yang dulunya merupakan pantai yang menjadi tumpuan ramai, kini tinggal jadi
kenangan. Akibat pembinaan Sutera Habour, pantai Manis telah menerima
hakisan yang teruk sehinggakan pantai yang indah pada suatu masa lalu, tidak
ada bekas lagi yang tinggal.
Oleh sebab itu, saya tidak bersetuju kemusnahan manusiawi lebih besar
berbanding dengan kemusnahan fizikalnya. Walaupun kita lihat kemusnahan
manusiawi itu ada namun ia tidaklah kekal untuk selamanya kerana mereka
boleh mendapatkan alternatif yang lain. Sekali diubah ekosistem sesuatu tempat,
kemusnahannya akan menjadi kekal.Usaha membangunkan kawasan Pantai
Tanjung Lipat menjadi tanah tambak akan mengubah keadaan bentuk buka
buminya. Dan kita tidak dapat bayangkan kemusnahan seperti apa yang berlaku
di Pantai Manis akan berulang lagi.
Pendapat 12:

Sekiranya pantai Tg. Lipat dibangunkan sebagai kawasan tanah-tambak, impak


persekitaran berbentuk manusiawi dan estetik akan lebih banyak berlaku
berbanding dengan impaknya terhadap bio-fizikal. Kenyataan ini memang benar
kerana jika ditinjau secara logiknya, jika penambahan itu dilakukan akan
menjejaskan mata pencarian nelayan yang berada sipersekitaran tersebut yang
sepenuh masa bergantung kepada hasil laut seperti ikan dan kerang yang juga
semakin beerkurangan. Selain daripada itu, gerai yang dijadikan sebagai pusat
menjamu selera bagi para pngunjung akan hilang. Kawasan rekreasi dan sukan
air yang dijadikan acara tahunan di tempat tersebut juga tidak akan dapat
dijalankan lagi. Kawasan tempat pemgemar memancing juga akan hilang.
Keindahan landskap yang disilamkan oleh manusia dengan susunan yang begitu
menarik serta dapat menambat hati pengunjung daripada negara luar dan dalam
juga akan lenyap. Secara tidak langsunghal ini juga akan mengurangkan
keuntungan domestik negeri kita. Maka adalah lebih baik ianya dikekalkan
sedemikian dengan memikirkan cara penambahbaikan agar ianya bertambah
menarik lagi.

Pendapat 13:

Sememangnya impak persekitaran berbentuk manusiawi dan estetik akan


banyak berlaku sekiranya kawasan Pantai Tg Lipat dibangunkan sebagai sebuah
kawasan tambak tanah. Kita tahu bahawa pantai Tg Lipat merupakan suatu
kawasan yang mudah dikunjungi kerana kedudukan yang begitu strategik iaitu
terletak di tepi jalan raya utama. Kombinasi antara ciri fizikal serta ciri budayanya
telah menjadikan pantai Tg. Lipat begitu unik dan mempesonakan. Kecantikan
semulajadinya yang terletak di teluk yang sempit, pantainya yang melengkung,
deruan ombak yang memukul pantai serta ciri budayanya yang menghasilkan
nilai estetik yang begitu mempesonakan seperti deretan pepohon kelapa dan ru,
tembok konkrit, jalanraya pesisir pantai, Masjid Bandaraya, Bangunan Yayasan
Sabah akan hilang daya tarikannnya. ‘Kampung Air’ yang dianggap sebagai
suatu warisan budaya yang begitu berharga akan turut hilang keunikannya.
Dari sudut manusiawi pula akan hilangnya tempat bagi warga kota untuk
beristirehat bagi mencari ketenangan jiwa setelah penat lelah bekerja. Mereka
tidak lagi dapat bersantai bersama keluarga di waktu petang atau hujung
minggu. Begitu juga para peniaga kecil akan hilanglah mata pencarian mereka
selama ini. Manakala bagi para nelayan kecil yang seringkali bergantung kepada
perairan Tg. Lipat sebagai tempat mencari rezeki akan menjadi ‘seperti si buta
kehilangan tongkat’. Oleh yang demikian, pantai Tg. Lipat seharusnya dikekalkan
keadaan semulajadinya agar ia terus dapat memberi ketenangan,
keseronokan....keasyikan kepada pengunjungnya
Pendapat 14:

Ruang yang terhad, keperluan yang mendesak, kepesatan pembangunan


menyebabkan sebahagian pinggir pantai ditambak untuk tujuan pembangunan.
Sekiranya pantai Tanjung Lipat dibangunkan sebagai sebuah kawasan tanah
tambak sudah tentu memberi impak yang banyak terhadap bio-fizikal, walaupun
ianya dirancang dengan teliti. Alasannya, aktiviti menambak pantai Tg. Lipat
memerlukan banyak bahan batuan, tanah dan material lain. Bermakna , pasti
ada kawasan bukit yang diratakan untuk tujuan tersebut. Tanpa disedari kegiatan
menambak pantai Tg. Lipat, akan menyebabkan gangguan terhadap sistem
atmosfera , hidrosfera, litosfera dan biosfera. Pengambilan tanah pasti
memusnahkan alam flora. Kemusnahan tumbuhan akan menaikkan suhu
seterusnya mengurangkan oksigen. Lantas kualiti udara persekitaran mungkin
berubah. Kedua, bentuk muka bumi pinggir pantai berkenaan pasti berubah.
Banyak komponen/hidupan yang terdapat di kawasan yang ditambak itu
musnah. Lagipun, penambakan Tg. Lipat pasti mengubah kawasan pinggir
pantai di tempat lain. Adapun, alam sekitar manusia dan estetika mungkin
menerima impak yang bersifat sementara, kerana kawasan tanah tambak boleh
dimajukan sebagai tempat riadah, rekreasi dan sebagainya.

Pendapat 15:

Kita semua sedia maklum bahawa negara kita amat mengalu-alukan kedatangan
pelancong sama ada dari luar mahupun dari dalam negara kita sendiri.
Kedatangan para pelancong akan menggalakkan pertumbuhan industri
pelancongan dan seterusnya menjadikan sektor ini sebagai sumber pendapatan
yang amat lumayan kepada ekonomi negara. Untuk memastikan hala tuju
perkembangan industri pelancongan khususnya di negeri Sabah, kita perlukan
satu konsep yang boleh menjadi igauan kepada setiap pelancong. Keindahan
semulajadi negeri ini yang mendapat jolokan ‘negeri di bawah bayu’ oleh
pelancong Eropah sudah cukup membuktikan bahawa daya tarikan utama negeri
Sabah adalah fenomena alam semulajadinya. Jika negara China dan India gah
dengan konsep sejarah ketamadunan awalnya, Hong Kong dengan syurga
membeli-belahnya, Thailand syurga keseronokannya (TST) dan banyak lagi
konsep yang dieksploit oleh beberapa negara yang sudahpun maju indutri
pelancongannya. Sabah sepatutnya boleh berbangga dengan anugerah
keindahan alam semulajadinya yang unik.

Saya bersetuju sekiranya pembinaan struktur tambak yang boleh menambah


keindahan semulajadi Tanjung Lipat, contohnya pembinaan ‘waterfront’ seperti di
tebing sungai di Sarawak yang telah menjadi identiti kepada negeri Sarawak.
Jalan Tanjung Lipat itupun sebenarnya adalah tambakan rekaan manusia yang
telah menjadikannya lebih menarik daripada sebelumnya. Oleh itu, impak negatif
berbentuk manusiawi dan estetika dikatakan lebih banyak berlaku adalah kurang
tepat jika tambakkan itu berbentuk seperti mengubah suai rumah yang
menjadikan rumah itu lebih cantik.

Tetapi, saya tidak akan bersetuju jika tambakkan itu nanti akan dibina bangunan
pencakar langit atau lain-lain struktur tembok yang akan menutup terus
pandangan saujananya seperti yang berlaku di Hong Kong, New York dan yang
terdekat ialah Kuala Lumpur. Seperti kata seorang pelancong Taiwan yang saya
temui, bahawa negeri Sabah adalah Sabah, ianya tidak perlu meniru negara lain
di dunia kerana keindahan negeri ini ada kelainannya. Kelebihan Tanjung Lipat
terletak pada adunan dari ketam di pantai sehinggalah kepada latar Banjaran
Crocker nun jauh di belakang dan Laut China Selatan di hadapanya.

Pendapat 16:

Pada pendapat saya, sekiranya pantai Tanjung Lipat ini dibangunkan sebagai
sebuah kawasan tanah-tambak, impak persekitaran yang berbentuk manusiawi
dan estetik dan impak bio-fizikal yang berlaku adalah sama banyak. Ini adalah
kerana ianya berkaitan di antara satu dengan yang lain. Jika salah satu
daripadanya diubah atau terganggu maka impaknya akan turut terasa ke sistem-
sistem alam sekitar yang lain. Tidak dinafikan bahawa pantai Tanjung Lipat ini
sememangnya cantik dan sangat sesuai untuk berekreasi. Para ‘kaki pancing’
dan ‘nelayan sementara’ yang sering lepak di kawasan ini akan kehilangan satu
tempat yang strategik untuk melepaskan gian mereka atau mungkin juga sumber
pendapatan sampingan mereka. Begitu juga dengan para peminat seni yang
gemar mencari ilham di tepi-tepi pantai dengan berlatar belakangkan keindahan
bukit-bukau dan gunung-ganang yang menghijau.

Pun begitu, impak bio-fizikal juga sama banyaknya jika pantai ini ditanah tambak.
Contoh yang jelas dan akan menjadi pengajaran kepada kita ialah penambakan
laut untuk mendirikan Sutera Habour yang ada sekarang ini. Penduduk di sekitar
Pantai Manis, Papar yang kini merasai akibatnya. Oleh itu, jika penambakan
pantai Tanjung Lipat ini dilakukan juga kemungkinan besar kawasan tempat
tinggal saya atau anda sendiri akan turut menerima akibatnya nanti. Selain
daripada itu, taman burung yang terdapat di sekitar kawasan ini juga akan turut
terjejas ekoran daripada penambakan ini nanti. Taman ini telah menjadi salah
satu daya tarikan pelancung dan sekali gus menjadi sumber ekonomi negeri kita.
Seperti yang kita ketahui, terdapat pelbagai jenis spesis burung yang mendiami
kawasan ini. Terdapat juga spesis burung yang berhijrah daripada kawasan lain
yang singgah di sini. Di sini juga terdapat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang
dapat memberikan habitat serta sumber makanan kepada haiwan-haiwan di
sekitarnya. Oleh yang demikian, impak persekitaran berbentuk manusia dan
estetik adalah sama banyaknya dengan impak bio-fizikal jika pantai Tanjung
Lipat ditanah tambak. Sekian,terima kasih.
Pendapat17:

Setiap individu mempunyai persepsi yang berbeza-beza terhadap impak


persekitaran. Dalam kes Tanjung Lipat, saya berseutju jika tambakan dilakukan
ke atas tanjung ini sememangnya ia memberi lebih banyak impak manusiawi dan
estetika. Dari sudut manusiawi, jika tanjung ini ditambak maka kuranglah
pendapatan nelayan sepenuh masa yang bergantung kepada hasil laut di
kawasan ini. Ini adalah kerana kawasan pembiakan ikan dan kerang telah
terganggu akibat daripada pembangunan ke atas kawasan ini. Malah jika ia
ditambak maka ia tidak lagi sesuai dijadikan kawasan rekreasi seperti Lumba
perahu berhias yang diadakan setiap tahun. Aktiviti seperti ini tentunya boleh
menarik pelancong asing dan seterusnya meningkatkan ekonomi negeri Sabah.
Tanjung Lipat juga popular dengan akitivti memancing. Ini mungkin disebabkan
teluk yang agak terlindung serta sesuai dengan pembiakan ikan dan kerang. Jika
tanjung ini ditambak…Apa akan terjadi kepada para kaki pancing? Cari tempat
lain? Dimana? Yang sama seperti Tanjung Lipat.

Tanjung Lipat merupakan sebauh kawasan yang sangat indah dan menarik
apatah lagi dengan kehadiran masjid atas air serta bangunan Tun Mustapha
yang tersergam indah. Bagi individu yang sensitive terhadap keindahan ia
tentunya memberi ilham serta inspirasi. Jika ianya ditambak serta diubah
mungkin ia sedikut sebanyak mengganggu rohaniah individu ini. Gangguan ini
mungkin boleh menyebabkan penurunan prestasi kerja

Pendapat 18

Setiap individu mempunyai persepsi yang berbeza-beza terhadap impak


persekitaran. Dalam kes Tanjung Lipat, saya berseutju jika tambakan dilakukan
ke atas tanjung ini sememangnya ia memberi lebih banyak impak manusiawi dan
estetika. Dari sudut manusiawi, jika tanjung ini ditambak maka kuranglah
pendapatan nelayan sepenuh masa yang bergantung kepada hasil laut di
kawasan ini. Ini adalah kerana kawasan pembiakan ikan dan kerang telah
terganggu akibat daripada pembangunan ke atas kawasan ini. Malah jika ia
ditambak maka ia tidak lagi sesuai dijadikan kawasan rekreasi seperti Lumba
perahu berhias yang diadakan setiap tahun. Aktiviti seperti ini tentunya boleh
menarik pelancong asing dan seterusnya meningkatkan ekonomi negeri Sabah.
Tanjung Lipat juga popular dengan akitivti memancing. Ini mungkin disebabkan
teluk yang agak terlindung serta sesuai dengan pembiakan ikan dan kerang. Jika
tanjung ini ditambak…Apa akan terjadi kepada para kaki pancing? Cari tempat
lain? Dimana? Yang sama seperti Tanjung Lipat.

Tanjung Lipat merupakan sebauh kawasan yang sangat indah dan menarik
apatah lagi dengan kehadiran masjid atas air serta bangunan Tun Mustapha
yang tersergam indah. Bagi individu yang sensitive terhadap keindahan ia
tentunya memberi ilham serta inspirasi. Jika ianya ditambak serta diubah
mungkin ia sedikut sebanyak mengganggu rohaniah individu ini. Gangguan ini
mungkin boleh menyebabkan penurunan prestasi kerja.

Pendapat 19

Saya tidak bersetuju bahawa pembangunan Tanjung Lipat sebagai tanah tambak
lebih banyak memberi impak persekitaran berbentuk manusiawi dan estetik
semata-mata. Sebaliknya saya berpendapat bahawa penambakan Tanjung Lipat
akan memberi impak ke atas semua aspek baik dari segi manusiawi, estetik,
biologi mahupun fizikal berdasarkan alasan berikut:

Pertama, penambakan ini nanti secara tidak langsung akan mengubah pandang
darat fizikal pinggir pantai Tg. Lipat itu sendiri. Struktur pantai yang sedia ada
sekarang pasti akan mengalami perubahan dan sekaligus mengubah arah
pergerakan air , kelajuan ombak dan ritma air pasang-surutnya sekaligus
mengakibatkan kesan biologi kerana habitat spesis fauna dan flora yang sedia
ada sekarang turut musnah akibat penambakan itu. Secara tidak langsung, ianya
akan mengubah corak kehidupan nelayan kecil yang telah sinonim dengan
fenomena ini yang mana sebelum ini mereka menanti air surut setiap petang di
Tg. Lipat untuk menjana ekonomi mereka melalui pemungutan kerang, siput dan
menangkap ikan. Demikian juga dengan lagun berdekatan dengan Tg. Lipat
yang kini menjadi tempat persinggahan burung-burung hijrah seperti burung
camar dan sebagainya. Jika penambakan ini diteruskan, sudah pasti akan
didirikan juga pelbagai bangunan pencakar langit untuk memaksimakan
penggunaan tanah di sini. Pada waktu itu, akan sudikah lagi burung-burung
hijrah yang jarang kita lihat ini bertandang di sini?

Kedua, dalam aspek manusiawi dan estetika, Tg. Lipat mempunyai


keistemewaan tersendiri. Manusia menjadikan Tg. Lipat sebagai tempat rekreasi,
ruang keliaran kasual dan tempat menikmati pemandangan. Contohnya, kaki
pancing yang menjalankan kegiatan serampang dua mata ( memancing dan
menghayati keindahan persekitaran), pekerja pejabat yang singgah sebentar
menikmati keindahan matahari terbenam untuk melepaskan tekanan selepas
penat berkerja di pejabat yang tertutup, juga pasangan kekasih yang menyusuri
pinggir pantai menjelang senja. Pada hujung minggu pula, kelihatan kaum
keluarga beranak-pinak berkelah di Tg. Lipat ini setelah kawasan lain seumpama
ini telah dinaik taraf seperti Tanjung Aru , Mimpian Jadi dan Pantai Dalit yang
dahulunya boleh datang berkelah sesuka hati secara percuma tetapi sekarang
tidak lagi. Bagi penduduk pedalaman (tiada laut) spt Tamparuli dan Ranau, Tg.
Lipat mampu menyajikan pemandangan laut yang sebenar kepada mereka
sebelum memasuki Bandaraya Kota Kinabalu.
Kesimpulannya, pembangunan di Tg. Lipat amat perlu tetapi bukan dalam erti
kata pembangunan mega atau penambakan besar-besaran. Elemen terpenting
yang perlu dipertimbangkan ialah pembangunan tersebut bersifat ‘mesra rakyat’,
meminimakan pencabulan keharmonian alam sekitar sama ada aspek fizikal,
biologi,manusia ataupun estetika tetapi mampu memenuhi keperluan masa kini
dan generasi akan datang.

Pendapat 20

Sememangnya jika kawasan Tg. Lipat di tambak, akan memberi kesan yang
banyak dari segi impak manusiawi dan juga estetik. Kawasan Tg. Lipat
merupakan kawasan yang sesuai untuk rekreasi seperti berkelah, memancing
dan merehatkan minda.
Bagi mereka yang ingin mencari ketenangan, akan dapat menikmati keindahan
pantai terutama sekali di waktu senja (sunset) sambil menikmati minum petang di
Anjung Selera dengan tiupan angin senja yang sepoi-sepoi.
Jika kawasan ini di tambak, maka sudah tentu pengunjung tidak akan singgah ke
tempat tersebut kerana sudah tidak ada istimewanya dari segi nilai estetika yang
boleh mendamaikan jiwa manusia.

Pendapat 21

Sekiranya pantai Tanjung Lipat dibangunkan sebagai sebuah kawasan tanah-


tambak, impak persekitaran berbentuk manusiawi dan estetik LEBIH BANYAK
berlaku daripada impak bio-fizikal. Saya bersetujuh sangat dengan penyataan di
atas.

Ini disebabkan kawasan tanjung lipat mempunyai nilai komisialnya tersendiri


tanpa perlu dibangunkan. Perkara ini boleh dilihat dari hasil ekonomi kepada
negeri sabah, iaitu kegiatan pelancongan yang mana kawasan ini sering
digunakan untuk kegiatan perahu naga, perahu layar dan tritlon kebangsaan.
Disamping dengan perkembangaan ini masyarakat sekitar dapat menjana
ekonomi masing-masing.

selain daripada itu impak yang ketara dalam manusiawi adalah nilai estatik dan
rohani pengemar-pengemar keindahan yang mana setiap hujung minggu atau
cuti umum pantai tanggung lipat ini dipenuhi oleh warga yang berkelah
disamping dapat membina jalinan keluarga yang mesra.

Oleh yang demikian semua elemen ini perlulah diperhalusi untuk memastikan
pembangunan secara mapan dapat dijalankan dengan sebaik-baiknya. Sesuatu
kawasan mungkin perlu dibangunkan tetapi perlulah menilai impaknya bukan
sahaja kepada alam sekitar tetapi perlu dilihat dan diikaji dari segi manusiawi.
Sekian
Pendapat 22

Apabila penambakkan berlaku di Pantai Tanjung Lipat iannya akan membawa


impak yang besar kepada manusiawi dan estetik daripada biofizikal. Menurut
Alan Giphin, Alam sekitar manusia adalah merujuk kesemua unsur hidup dan
bukan hidup serta faktor sosial yang melingkungi manusia (Dictionary of
Environment Terms).

Perubahan kepada ruang yang strategi kepada penjaja-penjaja "gerai makan"


akan menyusut ekonomi mereka kerana puncannya para pengunjung tidak
berminat untuk mengunjunginya lagi. Tempat yang strategi dengan persekitaran
yang strategi dipinggir pantai dengan ombak berdesiran dan angin laut seperti
"sepoi-sepoi
bahasa" tidak dapat dirasai oleh para pengunjung. Manakala dari segi
sosioekonomi pula, para nelayan kampung yang berada kampung Likas tidak
dapat kelaut disebabkan jarak jauh ke laut amat menyukar juga para nelayan
untuk melabuh perahu mereka ditebing pantai, begitu juga punca pendapatan
semakin berkurangan ini akan mengakibatkan kemiskinan berlaku dikalangan
para nelayan.

Malahan kegiatan "memancing" tidak dapat dilaku seperti biasa menyebabkan


para kaki pancing akan merasa kebosanan dalam melayari kehidupan ini kerana
gian mereka tidak dapat dinikmati seperti dahulu, ini akan menimbulkan pelbagai
tekanan dalam kehidupan para kaki pancing. Aktiviti-aktiviti seperti berkelah
bersama keluarga,
berjoging dan juga menikmati keindahan pada waktu senja apabila matahari
terbenam kurang memberi kepuasan kepada para pengunjung ke sana. lebih-
lebih lagi kegiatan yang menyeronok seperti mencari kerang-kerang dan ketam-
ketam tidak dapat dijalankan seperti biasa. Jika penambakkan dilakukan maka
impak kepada manusia adalah sangat ketara dan akan merugi untuk kita
sepanjang hayat.

Isu alam sekitar adalah manifestasi kerakusan manusia yang semakin ekstrem
sehingga tidak berpadanan dengan norma dan sifat manusiawi itu sendiri kita
harus memahami bahawa manusia sebagai pengurus, unsur fizikal perlu dijaga
dan dipelihara dan unsur sosial perlu diurus dengan kompenan penentu kepada
status alam sekitar ini.
Pendapat 23

Tanjung Lipat adalah salah satu kawasan perkelahan yang indah di daerah K.K.
Keindahannya yang indah menggamit para pengunjung datang terutama pada
hujung minggu untuk merehatkan minda dan berkelah bersama dengan
keluarga. Namun apalah ertinya semua ini andai kawasan itu ditambak dengan
rakus oleh mereka yang hanya mementingkan keuntungan tanpa mengira
impaknya ke atas manusia. Keindahan pantainya akan hilang, sumber ekonomi
masyarakat juga turut lenyap kerana kurangnya pelanggan yang datang ke
tempat itu sekiranya ia ditambak. Gerai-gerainya indah dengan dipenuhi oleh
pelanggan setiap kali senja menjelang pasti tidak akan kelihatan lagi sekiranya
kawasan tersebut ditambak. Para peniaga yang mencari rezeki dengan
membuka gerai di situ pasti terjajas. Alangkah malangnya mereka. Justeru
penambakan Tanjung Lipat lebih banyak impaknya ke atas manusia dan nilai-
nilai estetik di kawasan tersebut. Seharusnya keindahannya perlu terus
dipelihara untuk kepentingan generasi hari ini dan akan datang.

Anda mungkin juga menyukai