Anda di halaman 1dari 4

Kemahiran PAK-21

Written by AZMAN BIN SAFII. Posted in PAK21

KERANGKA PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ABAD KE-21

Profesion perguruan bertanggungjawab dalam memastikan dasar dan sistem pendidikan


berupaya untuk merealisasikan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara (FPN) iaitu menjana
dan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
(JERIS). Selain itu FPN juga memberi penekanan kepada kemahiran 3M (membaca,
mengira dan menulis), sejajar dengan kemahiran baru seperti sains dan teknologi,
kemahiran komunikasi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal .

Bagi mencapai dan merealisasikan hasrat ini, KPM telah membangunkan satu gagasan
pendidikan atau Blueprint mengenai hala tuju pendidikan negara sehingga tahun 2025,
yang dikenali sebagai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM).
PPPM memberi penekankan terhadap mentransformasi pendidikan negara dengan
menggariskan lima aspirasi sistem dan enam aspirasi murid, yang ditunjangi oleh sebelas
anjakan utama.

Antara anjakan yang terkandung dalam pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 adalah seperti kesamarataan akses dalam pendidikan bertaraf antarabangsa,
melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai, transformasi keguruan sebagai
profesion pilihan, memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah
dan memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Kesemua
aspirasi tersebut dan sebelas anjakan yang dihasratkan akan dilaksanakan dalam tiga
gelombang iaitu Gelombang 1, Gelombang 2 dan Gelombang 3.

Melalui PPPM kesamarataan pendidikan kepada setiap murid yang berada di Malaysia,
tidak kira di mana kedudukan geografinya, budayanya dan bangsanya, serta sosio
ekonominya akan diberi keutamaan. Kualiti pendidikan yang diterima dan yang akan
dibangunkan adalah berdasarkan kualiti pengajaran yang berkesan untuk
mentransformasi pendidikan ke arah abad ke-21. Justeru itu dalam PPM ini fokus juga
terarah kepada usaha untuk meningkatkan kualiti pengajaran sekolah dengan
memperkukuhkan amalan terbaik sedia ada, dan memberikan ganjaran kepada guru
berkualiti dalam bentuk laluan kerjaya yang lebih baik untuk mereka.

Kemahiran Pembelajaran PAK21 secara tidak langsung telah diberi perhatian oleh KPM
bagi mencapai tujuan PPPM ke arah melahirkan generasi pemangkin negara yang ideal.
Menurut kajian yang dijalankan oleh D’Andrea dan Daniels (2002), mendapati bahawa
standard pelajar di abad ke-21 adalah memerlukan kemahiran baru yang lebih berdaya
saing dan berjaya dalam dunia pendidikan dan juga kehidupan seharian.

Kemahiran abad ke-21 pada kebiasaannya digunakan dalam menghuraikan pelbagai


kebolehan yang diperlukan untuk berjaya di zaman global. Justeru itu juga, proses
pembelajaran dalam bilik darjah perlu merangkumi literasi teknologi, pembelajaran
kolaboratif, penggunaan pendekatan pembelajaran berasakan projek serta aplikasi
pemikiran aras tinggi, termasuk pemikiran kritis untuk mengsintesis dan menilai
maklumat dalam menyelesaikan masalah.

Kemahiran-kemahiran PAK21 yang dapat dinyatakan secara umum adalah seperti jadual
berikut :-

No Jenis Kemahiran Huraian


1. Komunikasi Pertukaran pemikiran dan idea menerusi lisan
dan tulisan
2. Kepekaan Silang Budaya Dapat memahami dan bekerjasama dalam
pelbagai budaya
3. Pelbagai Bahasa Keupayaan untuk berkomunikasi menggunakan
lebih dari satu bahasa
4. Kemahiran Mengurus Keupayaan untuk mengurus dan membantu
orang lain melaksanakan, menyelesaikan
masalah dan konflik
5. Kerja Berpasukan Dapat bekerjasama dalam satu pasukan untuk
mencapai sesuatu matlamat
6. Kreativiti Dapat menyumbangkan pemikiran yang
berbentuk kreatif dan artistik dalam
menyelesaikan sesuatu masalah
7. Keupayaan Untuk Menyesuaikan Mempunyai kemampuan untuk menghadapi dan
Diri menyesuaikan diri dengan perubahan
8. Empati Kemampuan untuk memahami perasaan dan
idea orang lain dari sudut pandangan mereka
9. Pengurusan Stress (Relaxation) Berkemampuan untuk mengawal situasi stress
dan mengenal pasti punca stress
10. Etika Kerja Dapat mempamerkan etika dan disiplin kerja
yang baik dan tinggi
11. Disiplin Diri Dapat mengawal diri dan tingkah laku dalam
kaunseling dan hal peribadi
12. Tanggungjawab Mempunyai aspirasi untuk mencapai tahap
akauntabiliti yang tinggi
13. Pemikiran Diskriminatif Keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan
pemikiran yang berbeza
14. Kemahiran Tatabahasa Mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan
pandangan dan idea yang lebih baik

15. Kemahiran Analitikal Kemampuan untuk menggunakan pemikiran


logik dan abstrak

16. Ekonomi & Perniagaan Kemampuan untuk menggunakan prinsip-


prinsip ekonomi dan perniagaan dalam
perhubungan
17. Kemahiran Matematik Keupayaan untuk menggunakan dan
mengaplikasikan teori asas matematik dalam
kehidupan

18. Kemahiran Komputer Keupayaan untuk menggunakan computer


dalam perkhidmatan kaunseling

19. Telekomunikasi Keupayaan untuk menggunakan talian


komunikasi sebagai satu alat perhubungan
dalam perkhidmatan kaunseling

Selain itu juga, elemen-elemen yang terkandung dalam kemahiran abad ke-21 adalah
kreativiti dan inovasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, komunikasi dan
kolaborasi, literasi maklumat, literasi media, literasi teknologi maklumat dan komunikasi,
keupayaan menyesuaikan diri (fleksibiliti), produktiviti dan akauntibiliti serta
bertanggungjawab.

Elemen-elemen ini telah lama wujud secara semula jadi bagi setiap individu, namun,
kemahiran tersebut memerlukan peneguhan yang konsisten dan lebih jelas tujuannya.
Kemahiran-kemahiran ini adalah subjektif, pengukuhan yang diberi adalah untuk
membentuk perihal yang lebih sistematik. Sebagai contoh, dalam mendedahkan pelajar
dalam dunia siber yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), nilai-nilai
positif seharusnya ditekankan bagi menerapkan kesedaran di kalangan mereka.

Kebanyakan kemahiran abad ke-21 adalah berdasarkan kepada pendedahan terhadap ICT,
berbanding dahulu di mana literasi Cuma merangkumi membaca, menulis dan mengira,
manakala di abad 21 ini melibatkan literasi digital. Guru-guru memainkan peranan dalam
membimbing pelajar-pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih
perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan bimbingan guru
juga dapat memberi kesedaran secara global kepada era digital sepatutnya mudah dicapai
dan seharusnya meningkat.

Dalam mencetuskan PAK21, ‘softskill’ amat diperlukan untuk memudahkan mereka


berkomunikasi dalam perbincangan yang menggalakkan mereka berinteraksi sesama
mereka. Komunikasi interaktif bukan sahaja berlaku secara bersemuka (face to face) pada
hari ini, bahkan komunikasi tersebut berlanjutan sehingga ke alam maya seperti dalam
facebook , Twitter dan seumpamanya.Di samping itu, dengan adanya gabungan
kemahiran-kemahiran di atas juga dapat menyatukan masyarakat majmuk di negara kita,
seterusnya dapat mewujudkan gagasan 1 Malaysia yang berilmu dan bermatlamat yang
futuristik.

Kita sememangnya tidak dapat merealisasikan sesebuah sistem pendidikan yang ideal
tanpa tunggak utama barisan pendidik. Bagi mencapai hasrat negara membangunkan
generasi yang mempunyai kemahiran abad-21, seseorang guru itu perlu komited dalam
menguasai pelbagai bidang ilmu bagi menjadikan mereka relevan dan sesuai dengan arus
perubahan yang berlaku.

Selain itu, guru juga perlulah mengikuti perkembangan tentang dasar dan isu pendidikan
semasa, mahir dalam pedagogi seperti menggunakan teori konstruktivisme dan tidak
terlalu bergantung kepada guru (teacher centered). Guru juga mestilah melengkapkan diri
dengan persediaan yang terkini dalam penggunaan teknologi terkini dan penerapan nilai-
nilai murni (akhlak) mestilah diteruskan tidak kira di mana atau bila situasinya.

Anda mungkin juga menyukai