Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (MODEL KITARAN 5E)

Matapelajaran : Sains

Tahun : 5 Dahlia

Masa : 9.15 pagi – 10.15 pagi

Tarikh : 29 Ogos 2018

Bilangan murid : 40 orang

Tema : Bumi dan sains angkasa.

Bidang pembelajaran : Sistem Suria

Standard Kandungan : 11.2 Fasa-fasa Bulan

Standard pembelajaran :
11.1.1 Memerihalkan Bulan tidak mengeluarkan cahaya tetapi
memantulkan cahaya daripada Matahari.

11.2.3 Menggunakan perhubungan ruang dan masa untuk menggambarkan fasa Bulan seperti anak
bulan, bulan sabit, bulan separa dan bulan purnama dalam satu edaran lengkap dengan
mengikut taqwim Qamari.

Objektif pembelajaran : Pada akhir pembelajaran,murid dapat:

1. Menyatakan Bulan tidak mengeluarkan cahaya tetapi memantulkan cahaya Matahari secara lisan.

2. Menyatakan Bulan berputar pada paksinya pada masa yang sama beredar mengelilingi Bumi.

3. Melakar fasa Bulan seperti anak bulan,bulan sabit, bulan separa dan bulan purnama dalam satu
edaran lengkap dengan mengikut takwim Qamari yang betul.

Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melihat Bulan pada waktu malam seperti mana
dinyatakan oleh guru.

Kemahiran proses sains : Meramalkan, Membuat inferens, Berkomunikasi .

Kemahiran berfikir : Menghubungkaitkan, Membandingkan dan membezakan, Membuat gambaran


mental.
Nilai-nilai murni : Berani mencuba, berfikir secara rasional, berfikiran terbuka, bekerjasama,
minat dan bersifat ingin tahu tentang fasa-fasa bulan.
Bahan bantu mengajar : Model fasa-fasa Bulan, buku teks.
Fasa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Catatan
Pembelajaran
Penglibatan 1. Soalan 1. Guru bertanya khabar kepada Kemahiran proses
(Engagement) a) Pernahkah kamu semua murid-murid. Sains (KPS)
5 Minit melihat Bulan pada waktu 2. Guru mengarahkan 1. Meramal
malam? membayangkan suasana pada 2. Berkomunikasi
b) Adakah Bulan mempunyai waktu malam.
cahayanya sendiri? 3. Guru bertanyakan soalan
c) Apakah bentuk-bentuk kepada murid tentang cahaya
Bulan yang kamu semua Bulan dan bentuk-bentuk Bulan.
pernah lihat? 4. Murid menjawab soalan guru
secara lisan.
5. Guru mengaitkan jawapan
murid dengan tajuk pelajaran
hari ini
Penerokaan Penggunaan kit persembahan 1. Guru menerangkan tentang BBM
(Exploration) fasa-fasa bulan. Bulan tidak memancarkan Kit fasa Bulan
20 Minit cahaya sendiri tetapi
memantulkan cahaya Matahari. Nilai
4. Guru menyatakan fasa bulan Kerjasama
mengikut kedudukan matahari.
5. Guru mengarahkan pelajar KPS
memerhati dan melabelkan Berkomunikasi
fasa-fasa bulan pada kit Meramal
persembahan secara Membuat inferens
berkumpulan (2-3 orang).
6. Murid melabelkan fasa-fasa
bulan dengan bantuan rujukan
buku teks dan bantuan guru.
Penjelasan Penerangan tentang fasa-fasa 1. Murid diterangkan bahawa BBB
(Explanation) Bulan Bulan beredar mengelilingi Bumi 1. Gambar
10 Minit mengikut orbitnya. 2. Buku teks m/s
2. Murid dinyatakan bahawa 196-197.
Bulan mempunyai 8 fasa yang
mengikut takwim Qamari. Kemahiran berfikir
Membuat gambaran
mental
Penghuraian 1. Refleksi kendiri 1. Murid diminta membuat KPS
(Elaboration) refleksi dengan menyatakan 1. Berkomunikasi
15 Minit 2. Rumusan kembali apa yang telah mereka
Mari kita sama-sama rasai dan pelajari pada hari ini. Penilaian
menyanyi lagu fasa-fasa 2. Murid diterangkan tentang Pengajaran &
bulan. hikmah kejadian siang dan Pembelajaran
malam. 1. Lisan
3. Soalan: 3. Murid diarahkan untuk
 Adakah Bulan menyanyikan lagu fasa-fasa
mempunyai cahaya? bulan dengan bimbingan guru Nilai.
 Dari manakah sebagai rumusan pelajaran. 1. Menghargai
datangnya cahaya 4. Murid diajukan soalan fenomena alam
Bulan? mengenai apa yang telah semesta.
 Nyatakan fasa-fasa dipelajari. 2. Berfikiran
Bulan 5. Guru memberi penghargaan rasional.
kepada murid-murid atas 3. Bekerjasama.
kerjasama dan semangat yang
telah ditonjolkan sepanjang
proses pengajaran dan
pembelajaran pada hari ini.
Penilaian Lembaran kerja 1. Guru mengarahkan pelajar Penilaian
(Evaluation) menjawab soalan pada Pengajaran &
10 Minit lembaran kerja yang diedarkan. Pembelajaran
2. Guru memberi masa untuk 1. Lembaran kerja.
menjawab soalan

Anda mungkin juga menyukai