Anda di halaman 1dari 2

Saya mencadangkan agar kita tidak terlalu memakan mee segera kerana ianya adalah

penyebab penyakit kronik terutamanya oleh serbuk perasanya. Jadikan mee segera
hanya sebagai makanan terakhir jika tiada pilihan atau makanan yang diambil jika
tiada makanan lain yang boleh didapati.

.
Jika tidak boleh berbuat demikian, kurangkan separuh dari pengunaan serbuk perasa
tersebut dan jangan hirup kuah mee segera itu.

.
CARA YANG BETUL UNTUK MEMASAK MEE SEGERA

.
Biasanya, cara kita memasak mee segera ialah dengan meletakkan mee ke dalam periuk
dengan air, kemudian mengisi serbuk perasa dan biarkan bahan bahan tersebut dididih
bersama selama 3 minit. Kemudian ia sudah sedia untuk dimakan.

.
Ini adalah kaedah memasak mee segera yang SALAH.
Dengan melakukan cara begitu, kita sebenarnya merebus bahan-bahan yang ada dalam
serbuk perasa, terutamanya MSG, yang mana ia akan mengubah struktur molekul MSG dan
menyebabkan MSG tersebut berubah menjadi toksik.

.
Perkara lain yang anda mungkin sedar atau mungkin tidak sedar adalah, mee itu
disalut dengan pengawet makanan. Pengawet makanan amat berbahaya pada tubuh jika
diambil berterusan.

.
KAEDAH YANG BETUL UNTUK MEMASAK MEE :

.
1. Rebus mee di dalam periuk air.

2. Setelah mee dimasak, toskan mee, dan buang air tersebut yang telah mengandungi
bahan pengawet.

3. Rebus air dalam periuk yang lain hingga mendidih, kemudian masukkan mee tadi ke
dalam air mendidih panas itu dan matikan api.

4. Hanya pada tahap ini ketika api telah dimatikan, dan ketika air masih sangat
panas, masukkan serbuk perasa ke dalam air tersebut, untuk membuat sup mee.

5. Sekiranya, jika anda inginkan mee kering, keluarkan mee dan masukkan serbuk
perisa dan toskannya untuk mendapatkan mee kering.

Mee segera adalah makanan berproses dan bukanlah makanan yang sihat. Jika
pengambilan mee segera lebih daripada 3 kali seminggu, maka ia sangat berbahaya.

.
APA ITU MSG?

.
MSG ialah 'Mono Sodium Glutamate' sejenis bahan perasa yang mampu merangsang sistem
saraf rasa dan otak yang menyebabkan ketagihan terhadap makanan yang diletakkan
MSG.

.
Walaubagaimana pun MSG tidak membunuh kita secara mendadak, tetapi membunuh kita
perlahan lahan. Selain MSG, perhatikan bahan-bahan kimia sintetik yang menjadi
racun dalam makanan kita.

.
*1 - Perasa
*2 - Pewarna
*3 - Penaik
*4 - Penstabil
*5 - Pemanis
*6 - Pengawet

.
Jadi berhati-hati ketika memilih makanan kita.

#HealthDrZubaidi

Anda mungkin juga menyukai