TITAS Note PDF
TITAS Note PDF
A. Pengertian “tamaddun”
• Maddana
1. Memperhaluskan budi bahasa dan memperelokan tingkah laku (mengenai
manusia)
2. Membuka atau membuat Bandar (menetap, tidak lagi berhijrah)
• Madinah: bandar/kota
• Madani:
1. peradaban dan kemakmuran hidup
2. Bersifat sopan dan halus dalam tingkah laku
3. Mempunyai pencapaian material yang tinggi
B. Pengertian “civilization”
C. Takrifan lain:
Ibn Khaldun
Kehidupan beradab, berbudi bahasa dan bersifat halus serta maju dan makmur dalam
pencapaian material dan kebendaan
Albert Schweitzer:
Keseluruhan kemajuan manusia dalam semua aspek pemikiran dan tindakan yang
membawa kepada kesempurnaan
• Bangsa mempuyai pertalian rapat dengan sejarah, tradisi, budaya, dan kawasan
geografi.
• Tamadun merentasi batasan budaya dan geografi. Contoh: tamadun islam dan tamadun
barat moden (melalui penaklukan)
• Tamadun jepun unik kerana ia berkait rapat dengan bangsa, budaya dan Negara jepun
• Tamadun jepun tidak dipengaruh oleh bangsa lain, dan tidak mempengaruhi kawasan
lain
Kelahiran dan Perkembangan Tamadun
• Faktor geografi
i. Kedudukan strategik untuk penempatan masyarakat memperoleh sumber-sumber
semulajadi untuk kelangsungan kehidupan. Contoh: tamadun Mesopotamia di sungai
Tigris dan Euphrates
• Faktor agama
i. Sesebuah masyarakat yang menghayati kehidupan beragama akan berusaha untuk
membangunkan kehidupan yang menuju kepada kasempurnaan kemanusiaan dan
ketinggian budaya
• Faktor politik
i. Politik yang kukuh dan stabil adalah tulang belakang bagi perkembangan sesuatu
tamadun dan penentu jangka hayatnya
ii. Kestabilan politik membawa kepada kestabilan kehidupan, kelangsungan
pemerintahan dan pentadbiran
• Faktor ekonomi
i. Aktiviti pertanian, penternakan dan perikanan membawa kepada penempatan kekal
dan perkembangan sesebuah masyarakat akan menarik aktiviti ekonomi lain seperti
perdagangan, pengangkutan dan pertikangan dan lain-lain.
ii. Penciptaan kekayaan membolehkan pembinaan dan perkembangan tamadun manusia
• Faktor sosial
i. Nilai-nilai murni seperti kecintaan kepada ilmu kerajinan, ketekunan dan kreativiti
dan cinta kepada keindahan memain peranan penting dalam perkembangan dan
kemajuan sesuatu tamadun
ii. Contoh: perkembangan dalam ilmu matematik, geografi, perubatan, astronomi,
falsafah, persuratan, seni bina dan lain-lain membawa kepada pencapaian cermelang
dalam semua aspek kehidupan manusia
Contoh-contoh Sejarah
i. Pemerintah Kristian di Eropah telah berperang dengan orang Islam dalam siri
Peperangan Salib di mana ramai orang Kristian, Islam dan Yahudi terkorban
ii. Ketegangan dan pembunuhan di antara orang Hindu dan Islam di India
Contoh-contoh Semasa
i. Pembunuhan orang-orang islam bosnia di Yugoslavia oleh pemerintahan Serbia
ii. Pembunuhan rakyat palestin oleh pemerintahan Israel
17.07.2007
BAB 2 : MASYARAKAT MELAYU DAN
KEMUNCULAN TAMADUN MELAYU
1. Konsep Tamadun Melayu
• Sesebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia di suatu wilayah Asia
Tenggara yang dikenali sebagai Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) atau
Gugusan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu, dan Tanah Jawi
2. Latar Belakang
• 2 faktor yang mejadikan wilayah ini Melayu adalah:
Bahasa Melayu mejadi bahasa lingua franca atau bahasa perantara
Agama islam yang dianuti oleh majoriti penduduk di kepulauan melayu ini.
Peranan menyebarkan agama islam telah dijalankan oleh beberapa golongan iaitu
pedagang yang pada masa yang sama menjadi pendakwah, golongan bangsawan
tempatan yang memeluk islam dan menyebar kepada rakyat jelata, dan juga para
mubaligh, pendakwah, ulama, dan ahli sufi.
Mereka menyampaikan ajaran islam secara hikmah rasional dan bijaksana. Mereka
sendiri memiliki akhlak yang mulia yang berupaya memikat hati orang lain.
• Melalui penyebaran ini, maka lahirlah kerajaan melayu islam seperti:
Samundara-Pasai (1289-1400)
Kesultanan Melayu Melaka (1400-1511)
Aceh (1511-1650)
Johor-Riau-Lingga (1650-1800)
• Antara faktor yang menyumbang kepada kemunculan kerajaan Melayu Islam ini ialah
peranan yang dimainkan oleh kerajaan-kerajaan Melayu Islam yang tergolong dari
raja dan pemerintah
• Selain itu, cirri yang ada pada agama islam telah memudahkan orang ramai
menerimanya, antaranya:
Mudah difahami
Menekan kesamarataan antara lapisan masyarakat
Bersifat rasional dan logical
Mengutamakan akhlak dan kehalusan budi perkerti
• Kesan dari ajaran Hindu seperti sistem penglapisan masyarakat (sistem kasta) yang
memisahkan para bangsawan, golongan agama dan rakyat jelata sedikit sebanyak telah
menular ke dalam sistem sosial kelompok melayu.
• Dengan kedatangan islam, pandangan semesta telah berubah kepada Tuhan sebagai
segalanya (God-Centred) yang menjadikan Tawhid sebagai paksi atau asasnya
• Kedatangan Islam juga meletakkan ilmu sebagai faktor utama kbaikan dunia dan
akhirat.
• Bermakna hasil pencapaian bangsa melayu dalam pelbagai bidang utama kehidupan
kemanusiaan dan kebendaan.
• Telah dibangunkan oleh semua suku bangsa di kepulauan Melayu yang kebanyakan
beragama Islam dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan (lingua franca)
• Dibina melalui ilmu persuratan (kesusasteraan)
Apa sumbangan ilmu persuratan (kesusasteraan) ini?
Kerana di dalamnya terkandung minda peribumi dan minda asli melayu yang cuba
menetakrifkan identity dan budaya bangsanya melalui proses pemikikran kreatif,
imaginative, empirical dan rasional demi membentuk pandangan hidup melayu
tentang alam, adat dan budi bahasa, konsep kenegaraan, keadilan, bahasa, ilmu,
konsep kewujudan atau ontology, undang-undang, hubungan diplomasi dengan
kerajaan atau raja asing dan wira budaya melayu.
Mengenai wira budaya melayu misalnya, peranan budaya manusia melayu seperti
yang dilambangkan oleh watak hang tuah dalam Hikayat Hang Tuah
Pengarang cuba untuk memperlihatkan keperkasaan, kebangkitan semula dan
ketahanan Negara-bangsa atau empayar Melayu. Untuk mencapai tujuan ini, perlu
ada seorang Melayu jati diri yang mempunyai segala sifat, kebolehan dan kehandalan
yang luar biasa untuk membantu rajanya atau negerinya membina atau
mengembangkan semangat dan kesedaran jati diri bangsa melalui sebuah empayar
melayu yang besar, gagah perkasa dan dihormati dunia luar. Dan dalam Hikayat
Hang Tuah, watak Hang Tuah diberikan sifat seperti:
beradat (berbudi pekerti luhur, bersopan santun, amanah, jujur), berilmu (mengaji
dan khatam al-Quran pada sejak kecil dan menguasai 12 bahasa. Mesej pengarang
di sini menguasai banyak bahasa perlu untuk membolehkan wira budaya melayu
menjadi diplomat melayu yang berjaya dan berkesan di luar negeri. Tutur
bahasanya fasih, manis, memikat dan sedap didengar, taat (pada raja dan Negara)
Zaman Kesultanan Melaka (1400- 1511)
• Golongan pemerintah memainkan peranan penting kepentingan ilmu pengetahuan.
• Maka lahirlah karya agung iaitu Sejarah Melayu – yang ditulis oleh Tun Sri
Lanang dan Hikayat Hang Tuah.
• Sejarah Melayu- hasil tulisan berbentuk sejarah dan sastera kenegaraan.
• Karya sejarah yang ditulis dengan ciri-ciri kesusasteraan.
• Isinya berkaitan dengan sejarah sebuah Negara Kota dan susr galur keturunan raja
• Hikayat Hang Tuah (epik Melayu) – tentang keperwiraan pahlawan Melayu.
• Meskipun dalam kedua-dua karya ini ada unsur lagenda dan mitos, namun terdapat
jua fakta sejarah yang benar.
• Melalui buku ini diceritakan tentang sistem pemerintahan (politik), undang-
undang yang dilaksanakan (perundangan), sistem ekonomi (ekonomi) dan
pelbagai sistem hidup (sosial).
• Dalam Hikayat Hang Tuah, walaupun dipenuhi unsur mitos dalam format
penceritaannya, yang penting watak Hang Tuah yang ditonjolkan bukan sahaja
sebagai tokoh diplomat yang diutuskan untk menjalinkan hubungan dengan dunia
luar.
• Di dalam karya ini Hang Tuah dihantar ke majapahit dan china dan hal ini
menunjukkan bahawa masyarakat melayu memahami kepentingan hubungan
diplomatik dengan Negara luar sejak dahulu lagi.
• Falsafah yang ditekankan di sini, manusia tidak boleh hidup sendirian.
• Sebagai sebuah Negara kota, perlu mempunyai rakan dari Negara lain untuk
membantu membangunkan pemerintahannya.
• Melalui 2 buah buku yng dianggp canon ini, masyarakat melayu mula dibentuk
dengan sistem nilai, ekonomi, diplomatik.
• Di era 1800-1957 pula:
• Banyak tulisan yang bertujuan untuk membuka minda melayu agar menerima
kemajuan dan pembangunan dihasilkan. Tulisan-tulisan agar wujud perasaan cinta
kepada pembangunan.
• Antaranya ialah tulisan Abdullah Munsyi iaitu”Hikayat Abdullah” dan “Kisah
Pelayaran Abdullah”.
• Dalam “kisah Pelayaran Abdullah” isu pembangunan telah dibicarakan oleh
Abdullah dan terus dibicarakan hingga ke hari ini.
• Bagi Abdullah sekiranya masyarakat melayu ingin maju, pemikiran mereka perlu
lebih terbuka dan perlu meninggalkan pelbagai kepercayaan dan adat resam yang
sering dikatakan bodoh. Baginya sesetengah adat resam dan kepercayaan karut
yang menjadi pegangan orang Melayu akan mengongkong mereka daripada
melihat kehidupan masa hadapan.
• Pada zaman Munsyi Abdullah ini kerangka keilmuan Islam ini tidak berpecah,
walaupun tidak berkembang. Ini dapat dilihat daripada kritikan Abdullah terhadap
fahaman tahyul dan khurafat yang bertentangan dengan Islam danakal yang sihat
seperti amalan menjual anak, menggunakan jin untuk menangkap gajah, percaya
pada juasa hantu, ifrit, mambang, pelesit, polong dan sebagainya.
• Beliau juga mengkritik golongan yang suka menjual manuskrip kepada Tuan
Raffles, katanya dalam hikayat Abdullah, halaman 225-228 “Tiada disadarkan
orang-orang yang di belakang kelak menjadi bodoh. Satu suratpun tiada hendak
baca dalam bahasa sendiri, kerana kitab-kitab itu semuanya tulisan tangan. Jikalau
kitab dicap, tiadamengapa. Maka tiadalah lagi benih-benihnya sampai sekarang”.
• “Adapun sebabnya fikiran itu datang kerana tiada mereka itu mahu menurut adat
orang, lagipun tiada ia mempunyai ilmu, menjadi semakin hari semakin bodohnya
bertambah, seperti katak di bawah tempurung, adanya pada sangka katak itu
tempurung itulah langit” (kisah pelayaran Abdullah, 15)
• Beliau juga mengkritik sifat dan tabiat beberapa orang sultan dan pembesar
melayu yang antara lain kerana enggan menggalakkan putera mereka belajar
bidang seperti bahasa inggeris, ilmu kira-kira dan sebagainya di luar Negara
seperti India.
• Sepanjang sejarah islam di Alam Melayu, jelas kelihatan setiap kali seseorang
pemimpin mencapai keagungan sebagai pemimpin melayu yang besar, dia juga
mempunyai hubungan yang akrab dengan ulama besar di negeri berkenan.
• Contoh-contohnya:
Syeikh Abdullah al-Ymani dengan sultan muzaffar di kedah
Syeikh Ismail dan sultan Malikul adil di Pasai
Syed abdul aziz dan sultan Muhammad shah di melaka.
Pertembungan dua tamadun berlaku apabila orang luar ingin memahami minda dan
tamadun bangsa kita, maka mareka perlu memahami bahasa kita, kalau tidak mereka
terpaksa mempelajari melalui terjemahan.
Perkembagan bahasa berlaku apabila ada kemajuan akal fikiran dan daya budaya
bangsa yang menggunakan bahasa itu.
Sejak abad ke-7, bahasa melayu digunakan sebagai bahasa yang utama atau dominant
di pusat-pusat kerajaan, sebagai alat pengembangan agama, bahasa perdagangan dan
bahasa kesusasteraan serta ilmu.
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi bagi kerajaan-kerajaan awal di rantau Alam
melayu.
Bukti-bukti yang ditemui tentang penggunaan bahasa melayu:
Di zaman empayar Srivijaya daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud “kejayaan
yang gilang gemilang” ditemui batu-batu bersurat atau prasasti di sekitar Palembang
(ibu kota empayar melayu agung ini)
Batu bersurat talang tuwo (684 masihi) di Palembang
Batu bersurat kota kapur (686 masihi) di pulau Bangka
Batu bersurat karang berahi (692 masihi) di Jambi
Kandungan inskripsi pada batu-batu ini dengan jelas menunjukkan penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa pemerintahan dan secara mudah bahasa
wahana pembentukan sebuah tamadun melayu.
• Dalam abad ke-17 Aceh menjadi pusat perkembangan persuratan dan kegiatan
ilmu berbahasa Melayu yang sangat gemilang
• Tradisi ini bersambung dan kekal sampai ke zaman Eropah hinggalah kuasa
Eropah meninggalkan Indonesia pada 1945 dan tanah Melayu pada 1957
• Perlu diingatkan bahawa sewaktu Barat menguasai di rantau ini, mereka tidak
meninggalkan tamadun ilmu mereka dalam Bahasa Melayu sebagaimana yang
dilakukan oleh mubaligh dan pedagang Islam sebelum itu
• Orang Eropah datang atas nama Syarikat Hindia Timur semata-mata bertujuan
untuk menguasai pelabuhan-pelabuhan perdagangan daripada kerajaan Melayu-
Indonesia dari persisir Selat Melaka sampailah ke Pulau Jawa dan Kepulauan
Muluku.
• Bangsa Portugis pula datang untuk memerangi Islam
• Sebagai contoh bangsa Inggeris dan Belanda memang telah memperkenalkan
sistem pendidikan mereka di rantau ini, tetapi ini tidak bererti mereka membawa
tamadun ilmu ke dunia berbahasa Melayu
• Di England, standard Inggeris itu dituturkan oleh orang lulusan universiti dari
Cambridge dan Oxford, di Malaysia belum ada kelas atasan yang menggunakan
satu jenis bahasa Melayu kelas atasan
• Malaysia juga tidak ada universiti yang menghasilkan siswazah yang menuturkan
bahasa Melayu kelas terpelajar . Kita tidak ada apa yang dalam istilah ilmu bahasa
dipanggil lead group. Di England, Perancis lead group inilah merupakan mereka
yang terdiri dari kelas atasan dan orang terpelajar menuturkannya
• Belajarlah bahasa inggeris untuk dunia global dan belajarlah bahasa melayu untuk
jati diri dan maruah bangsa (win-win situation)
• Dalam zaman kuasa Inggeris dan Belanda, lahir tamadun persuratan dan kegiatan
intelektual dalam Bahasa Melayu, di Melaka yang diwakili oleh Abdullah Munshi
dan di Riau diwakili oleh Raja Ali Haji.
• Sastera Inggeris dan kegiatan intelektual dalam bahasa Inggeris tidak wujud di
rantau ini. Buku-buku “ilmu tinggi” atau “ilmu moden” Barat dalam bidang sains
tidak ada yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu atau dipelajari oleh orang
Melayu
• Dasar Inggeris tidak mahu orang Melayu pandai “do not overeducate the natives”,
kerana takut nanti mereka akan memberontak terhadap pemerintah Inggeris
• Pemahaman dan penghayatan kerangka keilmuan dan pandangan Islam berjaya
mengangkat orang Melaayu dan bahasanya sebagai bahasa dan bangsa yang
dihormati walaupun terpaksa menghadapi tentangan langsung daripada kuasa
ketenteraan dan pentadbiran Barat
• Kejatuhan umat Melayu di rantau ini bukanlah kerana kelemahan dalaman
kerangka keilmuan dan agama Islam, tetapi kerana kelemahan untuk memahami
dan lalai melaksanakan kerangka keilmuan dan akidah di kalangan, bermula
dengan pemimpin, yang menyebabkan akhlak mereka rapuh, tidak bersedia
mendengar naihat dan terlalu mementingkan tututan duniawi. Faktor inilah yang
banyak menyumbang kepada perpecahan dikalangan orang Melayu dan
memudahkan golongan penjajah.
• Pasai (1250-1524)
Kegiatan dikaitkan dengan kegiatan kerajaan Melayu yang pertama menerima
dan memeluk agama Islam di Alam Melayu
Di sinilah muncul bahasa Melayu persuratan yang merupakan wahana atau alat
untuk penyebaran agama dan kesusasteraan Islam
Tulisan Jawi digunakan
Karya yang dihasilkan : Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Hanafiyah
(tentang ketokohan pahlawan Islam)
• Melaka (1400-1511)
Lanjutan dari kesusasteraan Melayu Pasai
Kisah menegani nabi dan pahlawan Islam diMelayukan
Lahirlah sastera undang-undang iaitu Hukum Kanun Melaka (Undang-undang
Melaka)
Undang-undang laut Melaka (peraturan mentadbir negeri dan menegakkan
keadilan masyarakat umum
• Aceh
Kuasa politik dan ketenteraan dan pusat perdagangan dan kebudayaan
Melayu terpenting
Tumpuan alim ulama
Menjadi pusat keagungan tamadun Melayu tradisional untuk empat kurun
Perkebangan pesat untuk sama dan penulisan Sejarah
Mencapai zaman kemuncak paa kurun ke-17 dengan kemunculan nama-nama
seperti: Hamzah Fansuri dan Syamsuddin al-Sumatra
• Johor (1528-1779)
Setalah jatuhnya Melaka ke tangan Portugis
Terhasilnya:
Hikayat Hang Tuah
Adat Raja-raja Melayu
Sejarah Melayu
Sulalat la-salatin
Undang-undang Johor (dari Hukum Kanun Melaka) 29.7.2007
BAB 3 :TAMADUN ISLAM: ISTILAH DAN DEFINISI
Terdapat 4 istilah :
• Hadharah
• Umran
• Thaqafah
• Tamaddun
Istilah HADHARAH
1. Ibnu Khaldun
• Tahap kemuncak pembangunan yang bercirikan peningkatan kemewahan, keindahan
suasana dan minat atau pencapaian dalam bidang industri yang meningkatkan kualiti
kehidupan
2. Sayyid Qutb
• Tamadun Islam ialah segala bentuk pencapaian kemajuan yang dihasilkan oleh
sekumpulan masyarakat dalam bidang sosial, pemerintahan, kebudayaan, ekonomi dan
ilmu pengetahuan yang berasakan nilai-nilai ajaran Islam
Sasaran atau matlamat sistem hidup Islam (al-Din) adalah bahawa semua manusia
sentiasa terjamin hak-hak kehidupan dan setiap manusia mendapat peluang kehidupan
berdasarkan keperluan dan keupayaan
Semua manusia wajib menunaikan hak dan tanggungjawab secara maksima, berterusan
dan bersama, sehingga boleh mencapai kejayaan, kemajuan dan kebahagian di DUNIA
dan AKHIRAT (al-Din diggunakan, bukan “agama”)
Manusia
AQIDAH
Sumber (Tauhid / keimanan) Sumber Wahyu
manusia (al-Quran/Sunnah)
03.08.2007
BAB 4 : ISLAM HADHARI
1. Pengenalan
• Zaman kegemilangan pemerintahan Islam
Rasulullah s.a.w
Khulafa al-Rashidin
Bani Umayyah
Bani Abbasiyyah
Benua Eropah-Andalusia
• Zaman kejatuhan pemerintahan Islam (faktor negatif)
Militan
Huru-hara
Kemiskinan dan kemunduran
• Faktor-faktor kejatuhan
Kelemahan iman
Pemikiran Jumud
Penghyatan Islam yang lemah
Cintakan dunia
Kedangkalan ilmu
• Ciri-ciri yang hilang
Syumul/sempurna
Progresif
Dinamik
Kesembangan hidup
• Untuk megembalikan kecermelangan masyarakat islam, diperkenalkan ISLAM
HADHARI, iaitu satu pendekatan berdasarkan Siasah Syariyyah
• Siasah Syariyyah:
Apa-apa tindakan yang diambil pemerintah yang bawa kebaikan dan jauhkan
keburukan demi menjaga kepentingan umun biarpun tiada dalam al-Quran dan al-
Sunnah
2. Islam Hadhari
• Melayu : Islam hadhari
• Arab : al-Islam al-Hadhari
• Inggeris : civilizational Islam
• Konsep:
Bukan satu ajaran baru
Bukan Mazhab baru
Bukan agama baru
• Sebaliknya, ia satu pendekatan baru berasaskan Siasah Syariyyah bertujuan
mengembalikan umat Islam kepada asas-asas yang terkandung dalam al-Quran dan
al-Hadis yang merupakan teras kepada pembinaan tamadun Islam
3. Definisi – istilah:
• Hadhari: “yang bertamadun” atau “Islam yang menekankan aspek tamadun”
4. Takrif lengkap:
• “ satu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat, dan Negara Malaysia yang
bersifat menyeluruh berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam”
5. Pendekatan
• Menyeluruh dan lengkap (syumul)
• Tidak terpisah-pisah (juzi’e)
• Pembangunan hidup yang seimbang
• Peningkatan kualiti hidup dan peradaban yang unggul dalam menghadapi cabaran
alaf baru:
Ledakan maklumat
Globalisasi
Budaya materialisme
Krisis identiti / jati diri
Penjajahan pemikiran
• Selari dengan prinsip-prinsip syariah (maqasid al-syariah):
Agama
Akal
Nyawa
Harta
Keturunan
Maruah
Institusi keluarga
Alam sekitar
6. Visi
• Untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam, contoh iaitu sebuah Negara maju
mengikut acuan sendiri
• Negara yang mempunyai masyarakat membangun dan memiliki ilmu,
berkemahiran, berketrampilan, tergambar sebagai golongan berakhlak, berbudi
dan berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan agama.
7. Misi
• Melaksanakan agenda pembangunan Negara dan ummah berlandaskan
pendekatan Islam yang universal, maya, bertamadun, bertoleransi dan berimbang
8. Objektif
• Melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempuyai kekuatan rohani,
akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat kehadapan,
inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional,
praktikal dan damai
6. Kehidupan Berkualiti
• Pencapaian seimbang di dunia dan akhirat
• Tercapai melalui
• Pelihara amalan beragama
• Memajukan taraf pendidikan
• Hidup aman
• Hak miliki harta
• Institusi keluarga
• Persekitaran
JIHAD
• Ialah berusaha atau bersungguh-sungguh
• Tidak memberi maksud peperangan semata-mata
• Maknanya lebih luas mecakupi semua aspek kehidupan masyarakat
• Apa sahaja usaha atau perjuangan dilakukan untuk menegakkan islam dalam
kehidupan dan mencari keredhaan Allah s.w.t
Pembahagian Jihad
• Jihad melawan nafsu
• Jihad bersenjata
Perlaksanaan Jihad
• Berusaha memperbaiki dirinya untuk bertaqwa kepada Allah s.w.t
• Sentiasa meyeru kearah kebaikan dan menentang kemungkaran
• Berjuang untuk mencapai kemajuan nama, bangsa dan Negara
• Pertahankan Negara dari sebarang ancaman musuh baik dari dalam mahupun dari
luar
8. Hubungan manusia dengan ALLAH melalui IBADAT, dan hubungan sesama manusia
dan makhluk melalui perlindungan, pemeliharaan
11. Asas kepada kualiti kehidupan terletak kepada KEMULIAAN MANUSIA dari
segi ILMU, IMAN dan ADAT SUSULA
12. ANUGERAH kekayaan alam mesti dinikmati secara ADIL dan SAKSAMA,
secara HALAL dan MULIA
• Wasatiyah (Pertangahan/keserderhanaan)
• Salam (keamanan/kedamaian)
Falsafah ilmu
• Jalan mencapai kebenaran, kepastian, keyakinan
• Ilmu juga jalan kehidupan yang meningkatkan darjat pengetahuan dan kebijaksanaan
manusia
• Ilmu merupakan asas utama yang menghuraikan sesuatu dari definasi kepada
matlamat secara pasti dan yakin
Klasifikasi Ilmu
• Menurut Dr Yusuf al-Qardawi, ILMU dibahagikan kepada:
Berasaskan konsep Rabbaniyah (ketuhanan)
Teras kepada semua Ilmu, merangkumi Akidah (keimanan) dan ibadah
Kekayaan
2. Zaman Khalifah:
• 4 fokus perkembangan ilmu:
i. Pengkhususan dalam bidang perundangan islam
ii. Ilmu pentadbiran, pengurusan dan kenegaraan
iii. Ilmu perekonomian seperti perniagaan
iv. Ilmu-ilmu bidang kemasyarakatan
4. Al-Kindi (194-260H/809-837M)
• Ahli falsafah yang masyur
24.8.2007
Peranan Tamadun Melayu dalam Pembinaan Budaya
Kebangsaan Malaysia
• Mengalakkan atau memberi penekanan terhadap daya kreatif bebas dan dorongan
pemupukan bakat dan pemikiran budaya atau individu (seperti meningkatkan taraf
dan mutu seni muzik, lakon dan tarian)
• Mengetengahkan ciri-ciri dan nilai yang terbaik adalah sesuatu bidang (etika
kerja, disiplin, hormat pada ibu bapa, budaya penyayang, nilai yang boleh dikongsi
bersama)
• Dalam masyarakat yang berbilang kaum, menonjolkan ciri-ciri keperibadian
nasional perlu diperkenalkan dan harus menjadi salah satu matlamat utama supaya
Negara dikenali melalui identiti bangsanya bukan sesuatu kaum
• Di sinilah peranan tamadun Melayu menjadi asas kepada kebudayaan kebangsaan
Malaysia
Maka, sudah wajarnya kita menerima gagasan bahawa kebudayaan kebangsan yang
sedang dibentuk dan dicorakan itu hendaklah berlandaskan kebudayaan rakyat asal rantau
ini, bagaimanapun, patutlah juga kita mengambil unsure kebudayaan yang datanag ke
rantau ini dan membawa pengaruh ke atasnya semenjak beberapa lama supaya pengruh
yang bermanfaat dapat menyegarkan dan menentukan corak kebudayaan mesra di masa
hadapan
Pengertian seni:
Aristotle
• Peniruan bentuk alam di mana penciptaannya turut menceritakan ideanya dalam
peniruan tentang alam itu
Herbert Read
• Keindahan kepada kesatuan hubungan bentuk-bentuk sebagai hasil ekspresi yang
mengutamakan 2 proses aktiviti, iaitu proses fizikal dan psikologi
Seni Persuratan
• hasil seni menunjukkan hubungan manusia Melayu dengan manusia lain. Hubungan
manusia dengan alam semula jadi, manusia dengan kepercayaan dan agamanya
• kerbau di pegang talinya, manusia dipegang katanya
• hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa
• bawa rasmi padi, makin berisi makin tunduk, jangan bawa rasmi jagung, makin
berisi makin tegak
• ada padi ada batas, ada budi ada balas
• alam semula jadi sumber utama kreativiti orang melayu
i. seni ukir
ii. seni lukis
iii. seni muzik
iv. seni tarian
v. seni drama
• seni mempamerkan kerajinan, kreativiti dan pemikiran orang melayu dangan
menentukan pengisian hasil seni itu sama ada untuk kegunaan tarian, upacara dan
adapt istiadat
Proses sosialisasi
• proses mempelajari perkara-perkara yang diamalkan oleh masyarakat bagi
membolehkan seseorang berfungsi dalam masyarkat tersebut
• pembudayaan –proses penerapan unsur-unsur budaya bagi memastikan
seseorang itu bertindak dalam lingkungan peraturan, norma dan nilai (budaya)
masyarakat yang dianggotai
• proses sosialisasi dan pembudayaan ini bertuujuan mengekalkan kesinambungan
budaya dan identiti masyarakat dan seterusnya kehidupan bertamadun
• pembentukan jati diri dan peribadi melayu yang baik, beragama, berakhlak dan
berbudi
• menjadi keutamaan dalam proses sosialisasi dan pembudayaan
• kerjasama dan gotong-royong dalam masyarakat, pertalian sosial dan ekonomi
mereka khususnya melalui penyertaan dalam kegiatan serupa itu bagi kepentingan
komuniti
• keluarga menjadi agen sosialisasi utama dan islam menjadi teras dalam hal ini
• proses sosialisasi formal dijalankan di institusi sosial pendidikan seperti sekolah atau
universiti
• sekolah pula mesti diikuti dengan agama kerana kedua-dua ilmu ke ilmu dunia dan
akhirat perlu diperoleh secara seimbang
Cabaran
7.9.2007
BAB 5 : TAMADUN CINA
Asal-Usul Tamadun China
• Dinasti Terawal: Dinasti Chia/Xia @ Dinasti Shang (1766-1122 SM)
• Masyarakat terawal China bergantung kepada Sungai Kuning @ Sungai Huanghe
• Sekitar 3950-1700 SM muncul kebudayaan Neolitik China iaitu Kebudayaan
Yangshao
• 3000 SM muncul kebudayaan Longshan
Tahap Permulaan
• Dinasti Hsia/Xia (2200/2210-1600/1700 SM) dan Shang (1700-1027 SM)
• Diikuti dengan Dinasti Chou dan Chin/Qin
Tahap Kegemilangan
• Dinasti Han, Sui, Tang
• Kemuncak dinasti ini ialah di bawah pemerintahan Han Wu Ti.
• Keunggulan dinasti – “Anak cucu Han”
• Dinasti Sui (581-618 M)
• Dinasti Tang (618-907 M)
Tahap Peralihan
• Dinasti Song, Yuan, Ming, Ching dan Komunis
• Terbahagi kepada dua tahap:
Tahap pencerobohan orang luar atau gasar dan tahap kemasukan kuasa Barat
Hubungan Dinasti Ching dengan Barat
• Inggeris dan Belanda memperkenal perdagangan candu yang membawa kepada
peperangan Candu – Perang Candu I berlaku pada 1839 M
• Dr. Sun Yat Sen menerapkan ideologi demokrasi dan komunisme dan akhirnya
terdiri sistem republik
Nilai Kekeluargaan
• Konfusianisme amat mementingkan institusi perkahwinan
• He (keharmonian) dianggap penting dalam keluarga
• Jian (jimat cermat) dan qin (ketekunan)
Raja
Aristokrat
Sistem Masyarakat
• Golongan cerdik pandai
• Golongan petani
• Golongan tukang
• Golongan peniaga
Konsep Ren
• Ren adalah konsep asas dalam sistem etika masyarakat Cina
Konsep Junzi
• Junzi (Chun Tzu) adalah personaliti yang ideal dalam mazhab Konfusianisme
Kesenian Cina
• Muzik klasik
• Kaligrafi
• Seni Lukis
• Seni pembinaan
• Seni Cina yang lain
Bidang Astronomi
• Zaman awal dinasti Chou (11-3 SM), orang Cina telah cipta catalog bintang,
mencatat rekod gerhana dan komet
Bidang Matematik
• Perkembangan pesat sekitar abad 14 sebelum Eropah
• Abad ke-2 M penggunaan sempoa, kajian kuantiti negatif, nilai pai, sistem
perpecahan, sistem perpuluhan telah dihasilkan oleh pakar matematik Cina
Bidang Perubatan
• Mula 10,000 tahun dahulu
• Contoh: perubatan akupuntur Cina mengguna serpihan tulang yang ditajamkan
sebelum peralatan dicipta
• Huang-ti Nei-Jing adalah dokumen terawal mengenai perubatan tradisional Cina
• Konsep asas perubatan Cina yang dinyatakan dalam dokumen terawal adalah konsep
Yin dan Yang
• Yin adalah konsep pasif dan Yang adalah konsep aktif
• Mengikut teori mikrokosmos, tubuh manusia mempuyai dua sistem peredaran iaitu
sistem peredaran darah dan sistem peredaran angin
• Bagi membetulkan peredaran angin, mereka menggunakan kaedah akupuntur
Agama Islam dibawa masuk dan diperkenalkan melalui dua jalan pada kurun ke-8 M:
• Pertama – melalui peranan pedagang Islam Arab dan Parsi yang mendarat di
selatan China (mereka mendirikan masjid) iaitu di Guangzhou & Quanzhou
• Kedua – melalui peranan pedagang Islam yang menggunakan Jalan Sutera melalui
kawasan Parsi & Afghanistan
Kesan Globalisasi
• Menguntungkan Barat
• Menggugat keselamatan masyarakat dan Negara (fitnah di internet)
• Agenda Barat – kekuatan ekonomi, ketenteraan Barat mendominasi dunia
• Penjajahan pemikiran – Barat memindahkan nilai falsafah, pemikiran, ekonomi
kapitalis & budaya hedonisme
• Dilema dunia ketiga (menolak globalisasi: terpinggir / menerima: dijajah
neokolonialisme)
• Barat kuasai pasaran dunia
• Eksplotasi ke atas Negara membangun
• Kegawatan ekonomi
Cabaran Tamadun Dunia
• Runtuhnya peradaban dunia akibat Imperialisme & kolonialisme
• Masyarakat terumbang ambing & hilang pedoman
• Barat cuba halang masyarakat supaya tidak kembali mempercayai agama
• Cipta budaya negatif dan aliran yang menguntungkan mereka
• Kapitalis
• Menjadikan manusia bersifat individualistic
• Secular
• Menjuzukkan agama suku & politik suku
• Athies
• Buang terus agama dari kehidupan
Kesimpulan
Masyarakat dunia perlu:
i. Kembali kepada nilai dan etiktet dalam agama
ii. Ada penyatuaan & perkongsian ilmu
iii. Hapus sikap iri hati & permusuhan ethnic
BAB 6 : TAMADUN INDIA
Pengenalan
• Tamadun India : Satu-satunya tamadun silam terawal yang masih wujud.
• Muncul di sekitar 3000 SM di lembah Sungai Indus.
• Tamadun Sumer dan Mesir yang wujud lebih awal sedikit telah lenyap sama sekali
• Tamadun India bersifat dinamik. Ia telah menerima idea-idea baru dari luar dan
menerap yang mempunyai kelebihan.
• Di samping itu golongan yang menguasai dan memerintah India juga telah
mengkagumi kekayaan ilmu dan sastera India dan mengasimilasikan diri dalam
tamadun India.
• Tidak mengetahui banyak kerana simbol-simbol masih tidak dapat ditafsir. Wujud
dekat 3000 simbol. Rekod-rekod menceritakan soal agama dan metafizika dan bukan
sejarah sosial dan kehidupan seharian.
• Teori serangan puak Aryan. Tetapi Lembah Indus telah mula mengalami
kemerosotan sebelum datangnya Aryan.
• Puak Aryan memasuki India dari Asia Tengah (kawsan di antara Rusia dan Iran
Utara) menjelang 1800 SM. Ciri-ciri mereka adalah:
belum bertamadun
kehidupan nomad-berpindah randah
bahasa Sanskrit yang belum maju
memburu
membela binatang
menanam barley dan gandum
• Sanskrit maju menjadi bahasa yang tinggi nilai kesusasteraan. Tatabahasa yang
saintifik dapat diwujudkan.
• Epik Ramayana dan Mahabaratha ditulis pada zaman ini dalam Sanskrit.
• Veda-veda muncul. Semuanya empat veda. Rig, Sama, Yajur, Atharva Veda. Yang
paling tua sekali Rig.
• Iskandar telah berusaha untuk memupuk penyatuan antara kebudayaan barat dan
timur.
• Berkahwin dengan anak-anak raja India. Telah meminta askarnya yang berjumlah 10
000 berkahwin dengan wanita India.
• Beliau sendiri telah mempelajari ilmu falsafah India, telah adakan perdebatan dengan
sarjana-sarjana falsafah dan agama di India
• Buku ini memberi nasihat kepada pemerintah tentang cara merampas, mengekal dan
memanipulasikan kuasa.
• Namun selepas Asoka Empayar Maurya menjadi lemah dan kerajaan-kerajaan kecil
muncul.
• Menjelang 100 SM puak Kushan dari Asia Tengah berjaya menyatukan India Utara
sekali lagi.
• Tiga abad selepas kejatuhan Gupta puak-puak Islam dari Asia Tengah menyerang
India Utara.
• Akhbar merupakan pemerintah yang adil dan saksama. Telah berusaha untuk
menawan hati golongan majoriti, iaitu orang Hindu. Mengahapuskan Jizya.
Memberi jawatan tinggi kepada orang Hindu yang layak.
• Mereka adalah lemah dan lebih suka beperang dan bersuka ria.
• British berjaya menawan dan menyatukan sebahagian besar India dari Utara ke
Selatan dan dari Barat ke Timur di bawah Empayar British.
AGAMA DAN FALSAFAH HINDU
• Agama Hindu juga dikenali sebagai senatana dharma. Falsafah Vedik menekankan
lima konsep yang saling mempunyai perkaitan antara satu sama lain, iaitu:
Brahman, Atman, Karma, Moksha dan Samsara.
• Atman – Roh individu dalam badan manusia yang bertujuan untuk diserap ke
dalam roh duniawi, iaitu Brahman.
• Karma – Jumlah tindakan yang dilakukan oleh individu dalam suatu kehidupan
dan akibatnya yang akan dialami dalam kehidupan yang akan datang selepas
kematian.
• Tujuan tiap-tiap Atman adalah untuk membebaskan diri daripada karma dan
mencapai moksha.
• Pada asalnya, Brahman dan Atman adalah sama seperti yang dilihat daripada nama
Paramatman bagi Brahman dan Jivatman bagi roh indivvidu. Tetapi perbuatan
seseorang akan mengumpulkan karma. Karma ini akan menjauhkan Atman
daripada Brahman. Maksudnya, Atman mestilah menjauhi semua karma untuk
mendekati Brahman.
• Rig veda, Yajur Veda, Sama Veda, dan Atharva Veda dikenali sebagai sastera
samhita, iaitu karya puisi berbentuk mantera atau mazmur.
• Rig Veda (1500 S.M.): Veda yang tertua. 10 buah buku. Mengandungi mazmur dan
puji tentang dewa-dewi, makhluk halus dan soma.
• Yajur Veda (1500-1000S.M): Mengandungi mazmur untuk digunakan dalam
upacara
• Sama veda (1500-1000 S.M.): Merupakan antologi mazmur rig veda untuk
digunakan dalam upacara soma.
• Atharva veda (1200 S.M): Merupakan koleksi mazmur untuk makhluk halus supaya
mengelakkan keburukan seperti penyakit, kematian, sihir dan lain-lain.
Sistem kasta/Varna********
Sistem kasta merupakan suatu institusi unik bagi India, namun, tiada bukti tentang
kewujudannya di India Selatan pada Zaman Sangam awal. Hierarki sosial yang wujud di
situ bukan berdasarkan konsep kesucian dan kecemaran tetapi berdasarkan pelajaran,
kemahiran dan kebijaksanaan. Hanya apabila golongan Brahmin datang ke India Selatan
atas jemputan raja-raja Tamil untuk menjalankan upacara agama, idea tentang kasta dan
ketidaksentuhan mula berkembang di India Selatan.
Masyarakat Hindu dibahagikan kepada beberapa kasta seperti Brahmin, Kshatriya,
Vaisya dan Sudra. Dalam setiap kasta ini terdapat pembahagian yang lebih kecil
berdasarkan jenis pekerjaan serta beberapa faktor lain. Sebabkan ini wujudlah banyak
subkasta dalam masyarakat Hindu.
Hukum Karma dikatakan menentukan kedudukan mereka kerana setiap perbuatan dalam
hehidupan lampau tetap meniggalkan kesan. Kedudukan yang ditentukan melalui
kelahiran tidak boleh ditukar dan mobility hanya berlaku sekiranya seluruh kasta atau
kumpulan kasta menukar cara kehidupan, menukar nama dan memperkenalkan
metodologi baharu tentang asal usul.
• Kshatriya adalah kasta kedua tinggi. Professionnya adalah sebagai tentera dan
pemerintah
• Yang ketiga adalah Vaisya yang terlibat dalam perdagangan, perniagaan dan
petanian.
• Sudra merupakan kasta yang rendah sekali kerana tidak memiliki sebarang
kemahiran. Mereka menjadi buruh dan juga membuat semua kerja lain yang tidak
memerlukan kemahiran khas.
Upanishad
Beberapa amalan agama Hindu tidak dipersetujui oleh selapisan masyarakat. Pada kurun
ke-6 SM munculnya tiga orang reformis agama. Mereka menentang:
Keturunan hamba. Tidak puas hati dengan corak kehidupan yang dinikmati. Masuk ke
hutan. Bertapa. Menemui kebenaran kehidupan.
Ajaran Ajivika:
• Menekankan sembahyang dan pertapaan (meditation)
• Percaya bahawa semua kejadian di dunia ini ditentukan oleh Niyathi iaitu kuasa
spiritual dan tiada siapa berupaya untuk mengubahnya.
• Menolak sistem kasta
Nama asal Vardhamana. Kasta Kshatriya. Tidak puas hati dengan corak kehidupan.
Ajaran Jainisme
• Menekankan sembahyang dan pertapaan (mediatation)
• Menekankan konsep karma dan samsara
• Menekankan ahimsa iaitu elakkan kekejaman dan satya iaitu mengamalkan
kebenaran dan menolak segala keinginan akan kemewahan kebendaan.
AJARAN BUDDHA
Ajaran Buddha menekankan Empat Kebenaran Mulia dan Lapan Marga atau Prinsip.
Ajaran ini disusunkan dalam Pitaka. Wujudnya tiga antologi ajaran Buddha yang dkenali
sebagai Tripitaka yang bermaksud tiga Pitaka. Iaitu:
Lapan Marga Mulia ini adalah jalan untuk mengatasi api keinginan dan mencapai
Nirvana.
• Astronomi dan kalendar: kedudukan longitude matahari dan bulan telah dikira bagi
upacara brahmanik yang biasanya diadakan pada hari purnama. Kedudukan ini dikira
menggunakan asterisme (naksatra) atau bumi (constellation) di mana sistem
zodiak bertanda 27 dianggap tertua.
• Apabila zodiak Yunani 12 tanda diperkenalkan pada abad pertama Masihi ia tidak
menggantikan sistem naksatra. Kedua-dua sistem ini digunakan untuk
membahagikan tiap-tiap lambang zodiak kepada sembilan bahagian. Setiap unit
dalam 27 asterisme dibahagikan kepada empat bahgian untuk mendapatkan 108
bahagian. Manakala setiap unit dalam 12 asterisme Yunani dibahagikan kepada
sembilan bahagian untuk mendapatkan 108 bahagian, dengan ini ia menghubungkan
kedua-dua sistem zodiak, iaitu India dengan Yunani (12 x 9 = 4 x 27 = 108)
• Nombor 108 telah menjadi nombor rohani di India. Tambahan pula, masyarakat
India mengira hari dari waktu seubuh hingga waktu subuh berikutnya dan kekal
dengan kalendar bulan-matahari.
• Orang Arab telah mempelajari sistem matematik dan nombor India dan
memperkenalkan di Eropah. Kerana itulah ia dipanggil sebagai nombor Arab.
• Sifar adalah ciptaan istimewa orang India. Mereka juga memahami kuantiti positif
dan negarif. Mereka telah mengira punca kuasa dua, punca kuasa tiga dan telah
menggunakan persamaan kuadratik.
• Perubatan: perubatan bermula pada Zaman Vedik sebagai seni ilmu sihir. Unsur
bidang perubatan seperti fisiologi, pernafasan melalui amalan yoga, reproduksi
manusia, pembedahan, farmakologi dan perubatan binatang telah kembang sebelum
tahun Masihi. Teks Ayur Veda seperti Susrutu Samhita dan Cakara Samhita yang
disusun pada 100 SM dianggap penting untuk bidang ini sehingga sekarang.
• Fizik dan Kimia: Konsep jisim muncul berdasarkan intuisi dan logic bukannya
eksperimen. Percaya bahawa alam semesta dibuat daripada lima elemen, iaitu tanah,
angin, api, air dan angkasa. Aliran falsafah Vaisesika menjelaskan prinsip atom,
tetapi konsep bunyi ditentukan berdasarkan eksperimen. Kebolehan mendengar
mendapat latihan untuk memahami intonasi veda.
• Dalam bidang pertukangan besi, kemahiran mereka jelas nampak pada Iron Pillar di
Delhi yang dibuat pada abad ke-5 M. ini adalah sebatang besi berukuran 7m tinggi
dan begitu tulen sehingga tidak berkarat
• Hubungan awal India dengan Asia Tenggara bermula sejak zaman SM. Kegiatan
penyebaran agama Buddha dan Brahmanisme (Hindu) serta pelayaran putera2 diraja
India telah mepercepatkan hubungan perdagangan serta kebudayaan antara India
dengan Asia Tenggara.
• Kebudayaan India juga tersebar luas sehingga ke China menerusi jalan darat. Rekod
China menunjukkan kewujudan jalan darat dari Benggal ke China menerusi utara
Burma.
• Jalan ini digunakan pada 2 M dan merupakan jalan yang sukar dilalui. Ada pedagang
yang sampai ke Asia Tenggara dan berkahwin dengan orang tempatan dan menetap
di sana.
• Usaha mubaligh Hindu dan Buddha menegakkan pengaruh budaya dan agama India
di Negara Asia Tenggara. “The Greater India” merujuk kawasan ini, telah
menunjukkan pengaruh India begitu luas dan kuat.
• Penyebaran kebudayaan awal India serta pengaruhnya ke atas penduduk Asia
Tenggara sebelum tahun 1500 M
• Hubungan awal pada umumnya tidak berbentuk penaklukan politik kecuali ekspedisi
ketenteraan Rajendra Chola yang menyerang Sailendra di Sumatra serta menguasai
empayar termasuk Kedah. Nama seperti Suvarnabhumi (Tanah Keemasan) dan
Suvarnadvipa (Semenanjung keemasan) digunakan untuk merujuk rantau ini yang
mengeluarkan emas.
• Agama Hindu dan Buddha serta bahasa Sanskrit dan bahasa Tamil telah
memperkayakan kebudayaan Negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia.
• Setelah beberapa lama kawasan ini mula memainkan peranan sebagai pusat
perdagangan antara India dengan Tanah Melayu. Penyebaran agama Buddha berlaku.
• Di Gunung Jerai, ditemui patung suci Saivisme yang menjadi daya penarik penganut
agama ini. Penemuan patung Dewi Durga, Mahishasura, kepala Nandi (kenderaan
dewa Shiva) di Sungai Batu Pahat, Kedah juga membuktikan bahawa penduduk
kawasan itu telah menganuti agama Hindu.
• Di Candi Batu Pahat juga telah ditemui bukti pengaruh Hindu yang kuat seperti
patung singa, lembu, kura-kura dan bunga teratai yang dikaitkan dengan mazhab
Saivisme dan Vaisnavisme.
• Pengaruh India juga bertapak kuat di Alam Melayu dengan perkembangan konsep
Devaraja, iaitu anggapan bahawa raja adalah pembayang Tuhan di muka bumi. Ini
merupakan tradisi Hindu yang amat berpengaruh di Alam Melayu.
• Pengaruh Hindu juga jelas dalam kesusasteraan Melayu sehiggakan terdapat ‘zaman
Hindu’ dalam sejarah kesusasteraan Melayu lama. Yang paling popular ialah karya-
karya saduran epik-epik agung Hindu seperti Ramayana dan Mahabharata. Hikayat
Seri Rama dan Hikayat Pandawa Lima/Jaya merupakan contoh yang jelas.