Anda di halaman 1dari 2

KATEGORI UMAT AKHIR ZAMAN

1. Al-Ruwaibidah: Zaman munculnya banyak golongan Penipu, Penzalim &


Penyangak
RASULULLAH ‫ ﷺ‬pernah berpesan bahawa akan datang satu zaman, si penipu
akan diangkat dan dibenarkan. Sabda Rasulullah ‫ﷺ‬:

‫ ويُ ْؤتَ َم ُن‬،‫ق‬


ُ ‫صا ِد‬ ُ َّ‫ و يُ َكذ‬، ‫ِب‬
َّ ‫ب فيها ال‬ ُ ‫ق فيها الكَاذ‬ َ ُ‫ ي‬، ُ‫سنَ َواتٌ َخدَّاعَات‬
ُ ‫ص َّد‬ َ ‫الناس‬ ِ ‫سيأتي على‬ َ
: ‫ضةُ ؟ قال‬ ُّ ‫ وما‬: ‫ قيل‬. ُ‫ضة‬
َ ِ‫الر َو ْيب‬ َ ِ‫الر َو ْيب‬
ُّ ‫ق فيها‬ُ ‫ ويَ ْن ِط‬، ُ‫ َويُ َخ َّو ُن فيها األ َ ِمين‬، ‫فيها ال َخائِ ُن‬
‫ يتكلَّ ُم في أ َ ْم ِر العَا َّم ِة‬، ُ‫الرج ُل التَّافَه‬
“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipu
daya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan percakapan orang yang
benar pula didustakan, amanah diberikan kepada pengkhianat dan dikhianati
orang-orang yang amanah.
Kemudian akan bersuaralah golongan al-Ruwaibidah. Baginda ditanya : Siapakah
golongan al-Ruwaibidah? Maka baginda menjawab: Orang yang bodoh lagi fasik
berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar”. (HR al-Bukhari).
i. Menurut al-Imam Ibn Taimiyyah, hadis ini menggambarkan mengenai
kerosakan akhlak dan intergriti pada ummah akhir zaman. Golongan penipu
dan pendusta diangkat menjadi pemimpin lalu mereka mengeluarkan
pandangan dalam perkara-perkara yang penting.
ii. Dalam hadis ini juga Rasulullah ‫ ﷺ‬mengingatkan kita mengenai kemunculan
golongan yang dipanggil al-Ruwaidbidah. Iaitu golongan yang jahil lagi
fasiq yang memberikan pandangan hal urusan yang besar.
iii. Baginda turut berpesan kepada kita bahawa kepimpinan ini adalah amanah.
Dan sekiranya amanah diberikan kepada golongan yang salah, maka ia akan
membawa kepada kemusnahan dan kerosakan. Sabda Rasulullah ‫ﷺ‬:

َ ‫س َد ْاأل َ ْم ُر إِلَى‬
‫غ ْي ِر أَه ْه ِل ِه‬ ِ ‫ إِذَا ُو‬: ‫عت ُ َها ؟ قَا َل‬ َ ‫ َك ْي‬: ‫ قَا َل‬. َ‫ساعَة‬
َ ‫ف ِإ‬
َ ‫ضا‬ َّ ‫فَ ِإذَا ضُيِعَتْ ْاأل َ َمانَةُ فَا ْنت َ ِظ ْر ال‬
‫ساع ََة‬ َّ ‫فَا ْنت َ ِظ ْر ال‬
“Sekiranya sesuatu amanah itu disia-siakan, maka tunggulah akan berlakunya
kiamat (kerosakan). Lalu sahabat bertanya: Apa yang engkau maksudkan dengan
mensia-siakan amanah wahai Rasulullah ‫ ?ﷺ‬Rasulullah ‫ ﷺ‬lalu bersabda:
Sekiranya sesuatu urusan diberikan kepada yang bukan ahlinya (yang tidak
berkelayakan), maka tunggulah akan berlakunya kiamat (berlakunya kerosakan).
(HR al-Bukhari).
Makna al-Ruwaibidah berdasarkan tafsiran ulama’ :
Para ulama’ telah menafsirkan beberapa makna bagi al-Ruwaibhidah, antaranya
ialah :
Al-Ruwaibhidah adalah sighah tasghir bagi Rabhidah (‫ )رابضة‬dan ta’ marbuthah di
akhirnya bagi menunjukkan mubalaghah. Al-Rabhidah ialah seseorang yang lemah
dan tenggelam di dalam hal-hal keduniaan dan sentiasa menginginkannya.[ Lihat :
Hasyiah al-Sindi ‘ala Ibn Majah, 2 : 494]
Riwayat di dalam Musnad Ahmad mengatakan : Orang yang bodoh bercakap perkara
umum.[Musnad Ahmad, no. hadith 7912]
Riwayat di dalam Syarh Musyhkil al-Athar : Orang yang fasiq bercakap perkara
umum.[Syarh Musyhkil al-Athar, no. hadith 13299]
Imam al-Syatibi di dalam al-‘Itisham : Orang yang bodoh dan keji bercakap berkaitan
perkara umum sedangkan dia bukan ahli dalam perkara tersebut tetapi masih ingin
bercakap.[ al-‘Itisham, 3:100]
Fiqh al-Hadith
Antara yang dapat diambil kesimpulannya daripada hadith ini ialah :
Baginda Nabi SAW memberi amaran kepada umatnya agar berhati-hati ketika
menghadapi hari-hari yang penuh dengan tipu daya dan pada waktu itu, kebenaran
dan amanah akan terletak pada orang-orang yang bodoh dan keji lagi fasik. Mereka
ini digelar sebagai al-Ruwaibidah.
Nabi SAW menyifatkan al-Ruwaibidah dengan dua sifat iaitu sebagai orang yang
keji atau kurang ilmunya dan dalam masa yang sama bercakap berkaitan perkara-
perkara umum yang besar sedangkan dia tidak mempunyai ilmu padanya.
Akhirnya, semoga Allah SWT jadikan kita dalam kalangan hamba-hambaNya yang
berilmu, soleh serta sentiasa beramal dengan ilmunya.
Kesannya:
i. Persengketaan dan Permusuhan banyak berlaku sehingga menyebabkan
banyak yang tidak bersalah terkorban dan terseksa.
ii. Urusan dunia dan agama dicampur-adukkan bagi meraih keuntungan dan
demi kepentingan diri yang sentiasa tercapai.
iii. Melahirkan generasi tamadun manusia dimana kehidupan seperti tiada
pegangan dan rujukan kepada Al-Quran & As-Sunnah dalam kehidupan
mereka. Halal Haram semua rembat, Dosa digemarkan Pahala dijauhkan,
Hiburan dipenuhkan Masjid kesepian, Ibu-Bapa diperhambakan Kawan
diagungkan.

Anda mungkin juga menyukai