Anda di halaman 1dari 1

SI RAMA-RAMA YANG SOMBONG

Di sebuah taman, tinggal Si Belalang, Si Lebah, Si Kumbang dan Si Rama-Rama. SI Rama-


Rama sangat sombong kerana ia mempunyai sepasang kapok yang berwarna-warni.

“ Akulah puteri rama-rama, aku tak boleh bekerja kerana kepakku yang cantik ini akan rosak,” kata
SI Rama-Rama yang sombong itu. Rama-rama sentiasa mengarah SI Lebah untuk mecari makanan.

Si Belalang dan Si Kumbang tidak senang hati dengan perangai SI Rama-Rama.

“ SI Lebah, janganlah kau selalu tolong Si Rama-Rama mencari makanan,” kata SI Belalang.

“ Tak apalah, aku juga perlu mencari makanan. Tidak menjadi masalah bagiku untuk mencari
makanan untuk Si Rama-Rama,” kata Si Lebah.

Pada suatu hari, sedang Si Lebah menghantar madu kepada Si Rama-Rama, tiba-tiba madu
tertumpah. Si Rama-Rama naik angin lalu memarahi Si Lebah,

“ Hei Lebah! Macam mana kau buat kerja ni? Takkan bawa madu pun tidak pandai? Habis tumpah
semua madu aku! Pergi kau dari sini, aku tak mahu tengok muka kau lagi!” marah SI Rama-Rama.

Si Lebah yang sedang sedih terjumpa Si Belalang dan Si Kumbang.

“ Usah bersedih Lebah. Biar dia mencari makanan sendiri. “ kata Si Kumbang.

Beberapa hari kemudian, Si Rama-Rama jatuh sakit. Si Lebah dan rakan-rakannya terus pergi
melawat SI Rama-Rama. Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat Si Rama-Rama yang nyawa-
nyawa ikan.

“ Apa yang telah berlaku?” Tanya SI Lebah

“ Sudah tiga hari aku tidak makan. Aku tidak dapat terbang lagi kerana sudah lama aku tidak
terbang,” jawab Si Rama-Rama.

Mereka bertiga terus berusaha untuk menyelamatkan Rama-Rama.. Beberapa hari kemudian, Si
Rama-Rama sihat seperti sediakala.

“ Maafkan aku kawan-kawan. Aku berjanji tidak akan sombong lagi dan akan bersama-sama kamu
semua pergi mencari makanan.,” kata SI Rama-Rama dengan ikhlas.

Si Rama-Rama telah insaf. Akhirnya mereka berempat menjadi kawan baik. Rama-Rama tidak
sombong lagi.

Kawan-kawan, pengajaran yang boleh kita dapat ialah kita tidak boleh bersikap sombong dan malas.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai