Anda di halaman 1dari 1

Penulisan Refleksi Pengajaran Makro

Saya merasakan pengajaran saya baik kerana saya sentiasa membuatkan suatu
pergerakan semasa mengajar di hadapan. Gerakan yang dimaksudkan adalah
pergerakan saya ke hadapan, kebelakang, kiri dan kanan, dan pergerakkan tangan
semasa menyampaikan proses pembelajaran dan pengajaran akan memberikan kesan
positif di dalam bilik darjah. Buktinya pada minit ke _______ saya sentiasa melakukan
gerakan dengan berjalan ke arah pelajar, ke arah bahan eksperimen dan semasa
mengajar di hadapan kelas. Setiap kali saya ingin menerangkan sesuatu, saya akan
melakukan pergerakkan kearah pelajar dan bahan. Pergerakkan saya dalam kelas akan
memberi kesan kepada tumpuan pelajar di dalam kelas . Hal ini juga akan menyebabkan
minat dan perhatian mereka akan tertumpu sepenuhnya terhadap aktiviti pengajaran
saya. Saya yang pasif di dalam kelas akan menyebabkan suasana di dalam kelas sunyi.
Selain itu juga, pergerakkan saya di dalam kelas juga akan memudahkan pelajar untuk
memahami bahan konsep pengajaran saya dengan lebih baik lagi. Selain itu,
pergerakkan saya di dalam kelas melambangkan kesedia saya untuk mengajar dengan
yakin dan bersungguh-sungguh (Abd. Rahim, Abd Rashid, 1999). Saya merasakan
sangat gembira dan bertambah yakin apabila pengajaran saya dapat menarik tumpuan
pelajar dan pelajar juga memberikan respond kepada saya. Menurut Abd. Rahim, Abd
Rashid, (1999), menyatakan kelemahan daya tumpuan dan fokus murid dalam
pembelajaran adalah disebabkan suasana bilik darjah yang tidak ada pergerakkan.

Anda mungkin juga menyukai