Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Nama pengkaji : Nur Syazana Binti Mohd Sanusi


Sekolah : SMK Kempas
Tajuk kajian : Mengenalpasti proses pengoksidaan dan penurunan.

.
MEREFLEK

Saya mengajar di kelas tingkatan 5 Sains 2 bagi mata pelajaran kimia.


Pada 5 Julai 2010, saya telah mengajar tajuk TINDAK BALAS REDOKS ( redox
reaction ), subtopiknya adalah menganalisis tindak balas redoks dari segi
nombor pengoksidaan.Masalah utama bagi murid saya ialah mereka tidak
dapat mengenalpasti proses pengoksidaan dan penurunan apabila satu
persamaan kimia diberikan dan seterusnya menyebabkan mereka tidak dapat
menyatakan agen pengoksidaan dan agen penurunan. Para pelajar menjadi
keliru untuk menentukan proses dan agen ini kerana mereka tidak mempunyai
satu formula yang mudah untuk mengingati proses ini. Pada hari pembelajaran
dan pengajaran berlansung semua pelajar memang memberikan sepenuh
perhatian terhadap penerangan yang diberikan tetapi apabila kerja rumah diberi,
pulangannya tidak memuaskan hati saya. Jawapan yang diberikan oleh pelajar
kebanyakannya songsang daripada penerangan yang saya berikan. Statistik
hasil daripada penyemakan buku menunjukkan 80% pelajar tidak dapat
menentukan proses dan agen dalam tindak balas redoks. Ini menyebabkan
pelajar menganggap tajuk ini susah dan mereka semakin hilang minat serta
hampir berputus asa untuk menguasai tajuk ini.

Contoh jawapan pelajar adalah seperti di bawah:


Jawapan yang sepatutnya diperolehi:

oxidation

Mg + CuSO4  MgSO4 + Cu

reduction

FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan dan
menguasai topik tindakbalas redoks ini. Jika hal ini tidak saya tangani dengan
segera akan menyebabkan pelajar kehilangan markah terutamanya ketika
menjawab soalan kertas dua bahagian struktur. Mengikut analisis soalan kimia
SPM, tajuk tindakbalas redoks adalah soalan kegemaran kerana saban tahun
soalan daripada tajuk ini akan keluar.
Bagi mengatasi masalah ini, saya telah memikirkan satu langkah kerja
yang mudah tetapi memerlukan pelajar melakar graf bernombor yang melibatkan
nombor pengoksidaan dalam persamaan yang diberikan. Pada pendapat saya,
kebanyakan jenis pemikiran pelajar dalam kelas 5 Sains 2 lebih kepada suka
kepada gambarajah lantaran mereka juga mengambil jurusan kejuruteraan. Jadi
dengan lakaran graf bernombor ini, saya percaya pelajar-pelajar dapat
menentukan jenis proses pengoksidaan atau penurunan dan seterusnya
menyatakan agen pengoksidaan atau penurunan.
Tujuan kajian ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar menentukan jenis
proses tindakbalas redoks dan menyatakan jenis agennya.
Kajian ini melibatkan tiga puluh lima orang pelajar dari kelas 5 Sains 2.
MERANCANG

Kaedah ini saya gunakan selepas mengambil kira kelemahan pelajar


dalam membezakan integer positif dan negatif. Kaedah ini dinamakan graf
bernombor. Kaedah penyelesaiannya adalah seperti berikut:

Soalan :

Indicate in the chemical reaction below, the oxidation and reduction takes
place. State the oxidation and reduction agent.

2Mg + CO2  2MgO + C

Penyelesaian:

Langkah 1: Tentukan nombor pengoksidaan bagi setiap unsur yang terlibat

2Mg + CO2  2MgO + C

0 0
+4 +2

: Penentuan nombor pengoksidaan ini telah pun dikuasai oleh pelajar


lantaran mereka telah menghafal nombor ion yang telah dipelajari
dari tingkatan empat lagi.
Langkah 2: Lukis graf bernombor yang melibatkan nombor pengoksidaan di atas.

+4

+2

Langkah 3: Bagi unsur Mg, lukiskan garis lurus bermula dari nombor 0  +2

: Apabila graf menunjukkan garis menegak ke atas, maka ini adalah


proses pengoksidaan.
Langkah 4: bagi unsur C, lukiskan garis lurus dari +4 ke 0

: Apabila graf menunjukkan graf menegak ke bawah, maka ini adalah


proses penurunan
BERTINDAK

Kaedah : Graf bernombor


Langkah : rujuk pada bahagian merancang di atas.
Pemerhatian :
Pada mulanya, sesetengah pelajar agak malas untuk melukis graf
bernombor ini, tetapi memandangkan setiap kali perbincangan dalam kelas
dijalankan saya akan menerapan kaedah ini maka mereka telah terbiasa untuk
melukisnya. Hanya beberapa orang pelajar sahaja yang tidak dapat menguasai
kaedah ini kerana masalah ketidakhadiran ke sekolah dan beberapa masalah
disiplin yang lain.
Refleksi :
80% daripada jumlah pelajar dapat menguaai subtopik nombor
pengoksidaan manakala 20% lagi masih dibantu sepenuhnya sehingga
sekarang.

Contoh jawapan pelajar yang betul:

MEMERHATI
Berdasarkan kepada latihan yang diberikan, didapati kaedah ini dapat
membantu pelajar dalam menguasai subtopik ini memandangkan subtopik ini
merupakan asas kepada subtopik yang seterusnya. Tajuk tindak balas redoks
susah untuk pelajar-pelajar 5 Sains 2 menguasai dan memahaminya. Jadi jika
mereka dapat menguasai kaedah ini sekurang-kurangnya ia dapat membantu
pelajar mendapat markah bagi soalan yang beraras rendah dan beraras
sederhana dalam peperiksaan SPM nanti.
Walaubagaimanapun, masih terdapat banyak kekurangan dalam proses
pembelajaran dan pengajaran kimia terutamanya bagi mengajar tajuk-tajuk yang
susah seperti kadar tindak balas dan sebatian karbon yang memerlukan pelajar
menghafal faktanya dan memahami konsepnya.

Anda mungkin juga menyukai