Anda di halaman 1dari 26

Tajuk ramalan karangan BM p1

1 modal insan kelas pertama (cara nk bentuk modal insan)

2 pengabaian wrga emas

3 kesan baik buruk tinggl dirumah pangsa

4 pembelajaran sepanjang hayat (cara nk galakkan rakyat Malaysia


melanjutkan pembelajaran spnjng hyat)

5 taman rekreasi (baik buruk)

6 banjir kilat (punca berlaku dan langkah)

7 pembalakan haram

8 kejayaan atlet dlm sukan (manfaat kpada negara)

9 perubatan alternatif (sebab masyarakat pilih perubatan ni)

10 penyakit brjangkit(cara selesaikan

Tajuk2 Esei BM P1 yg diberikan penekanan:

11 Banjir

12 Penebangan Hutan

13 Kesan pengabaian ibu bapa trhadap anak2

14 Teknologi maklumat

15 Pencemaran udara

15 Cara menjaga alam sekitar

16 Tanggungjawab majikan trhadap pekerja

17 Filem seram

Good Luck To ALL stpm candidates 2018

Hanya ramalan dan penekanan, kalau x keluar jgn marah..hehe


1.Cara Pembentukan Modal Insan

Soalan : Arus globalisasi, kemodenan dan kepesatan maklumat tanpa


sempadan merupakan cabaran dan pengaruh yang besar dalam
pembentukan insan kamil. Dalam mengharungi cabaran tersebut
kita diperlihatkan dengan gejala sosial terutama dalam kalangan
remaja. Nyatakan cara yang sesuai membentuk modal insan dalam
kalangan masyarakat pada masa kini.

Pendahuluan

- Pendidikan merupakan aspek terpenting dalam pembentukan modal


insan.
- Pendidikan dapat dinilai daripada kemajuan dan pencapaian
sesebuah negara.
- Kemajuan bidang teknologi maklumat merupakan cabaran terbesar
kepada pembentukan modal insan kamil dalam kalangan remaja di
negara ini.
- Terdapat beberapa cara yang sesuai untuk membentuk modal insan
dalam kalangan masyarakat masa kini.

Fakta-fakta Penting

1. Pembentukan modal insan melalui pendidikan.


- Pendidikan merupakan asas terpenting bagi setiap individu
- Individu yang tidak berpendidikan dianggap sebagai tidak bertamadun dan
dipandang rendah oleh sebahagian masyarakat.
- Pendidikan boleh dinilai daripada kemajuan dan kemajuan sesebuah
negara.
- Memperkasakan pendidikan islam dan moral agar remaja dapat
membezakan antara baik dan buruk sesuatu tingkah laku.

2. Peranan Ibu bapa dalam melahirkan modal insan kelas pertama.


- Ibu bapa memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak.
- Dengan pendidikan terutama pendidikan islam yang sempurna akan
membolehkan anak-anak terang hati menerima ilmu.
- Menguatkan pegangan anak-anak dalam kehidupan dan sentiasa ingin
memajukan negara.

3. Modal insan melalui kegiatan kokurikulum


- Dasar 1 murid 1 sukan mampu menjana modal insan kelas pertama.
- Melahirkan modal insan kelas pertama memiliki keseimbangan antara
keperluan akademik dan keperluan fizikal.
- Dasar ini secara tidak langsung akan dapat melahirkan insan yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
- Menjana modal insan yang cemerlang kepada bangsa dan negara melalui
bidang sukan.

4. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN ) menghasilkan modal insan kelas


pertama kepada pembangunan negara pada masa akan datang.
- Modal insan mampu dibentuk menjadi insan yang bertanggungjawab serta
mampu melakukan sesuatu perkara dengan usaha yang bersungguh-
sungguh.
- Melahirkan modal insan dengan daya pemikiran yang dinamik, progresif
dan eksklusif.
- Generasi pelapis yang mampu mewarisi tampuk pemerintahan negara.

5. Mentranformasikan pendidikan guru.


- Menjadikan profesion keguruan sebagai pilihan utama untuk melahirkan
modal insan kelas pertama.
- Guru yang baik akan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan
kemahiran serta perkembangan pendidikan terkini dari semasa ke semasa.
- Kualiti guru merupakan faktor yang paling penting dalam menentukan
keberhasilan murid.

6. Generasi muda hendaklah mempunyai jati diri yang unggul


- Generasi muda mempunyai tingkah laku yang sopan dan mempunyai darjah
kesusilaan yang tinggi beradasrkan prinsip rukun negara.
- Harus menyemai nilai-nilai kemanusiaan dan kerohanian.
- Modal insan berkeperibadian yang mulia menyumbang ke arah
pembangunan negara.
- Dapat mengharumkan nama negara.

Kesimpulan

- Kerajaan amat menitik beratkan sistem pendidikan negara demi mencapai


sistem pendidikan bertaraf antarabangsa
- Modal insan yang cemerlang dapat menjadi harapan dalam pembangunan
negara.
- Ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam menghasilkan modal
insan kelas pertama negara.
- Tanggungjawab ii bukan sahaja terletak di bahu kerajaan sahaja tetapi
melibtkan gandingan dan kerjasama semua pihak untuk menjayakan usaha
yang dilaksanakan ke arah melahirkan modal insan kelas pertama.
2.PENGABAIAN WARGA TUA

PENGENALAN
- Warga tua sering diabaikan – tidak mampu menyumbang kepada negara(ISU)
- Berumur 60 tahun keatas dan telah bersara bagi yang berkerjaya(KONSEP)
- Lebih berpengalaman dan berpengetahuan daripada orang muda (GAMBARAN)
- Memerlukan perhatian kasih sayang – selalu sakit dan kurang keupayaan dari
segi tenaga
- Terdapat segolongan warga tua tidak diberi penjagaan rapi – dihantar rumah
orang tua
- Pengabaian disebabkan pelbagai faktor dan keadaan ini menimbulkan
pelbagai kesan (KEHENDAK SOALAN)

FAKTOR-FAKTOR/PUNCA-PUNCA
1. Sikap manusia yang memandang rendah dan tidak mengambil berat
terhadap warga emas
- Memandang hina terhadap golongan ini- hantar ke rumah orang tua
- Anak tidak terfikir jasa –jasa yang telah diberikan
- Anggap warga emas membebankan - kecacatan, nyanyuk,
- tidak bersefahaman di antara anak, menantu dengan ibu bapa
- Kesibukan anak dengan tugas seharian dan masalah kewangan - kerjaya lebih
penting daripada ibu bapa
2. Punca pengabaian disebabkan oleh tindakan ibu bapa itu sendiri
- Pengalaman anak – anak sendiri di alam kanak-kanak
- Ibu bapa bengis, suka mendera – aspek fizikal dan mental
- Kurang pengetahuan agama – anak akan menyimpan perasaan dendam
terhadap ibu bapa yang dianggap kejam
- Satu cara untuk memuaskan hati mereka dengan mengabaikan kebajikan dan
kesihatan ibi bapa mereka setelah uzur dan tidak berupaya sebagaimana
dialami oleh anak-anak mereka dahulu
3. Proses urbanisasi dan modenisasasi
- Anak tinggal di kawasan perumahan -teres, apartmen, rumah pangsa dan
kondomunian - terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa
- Alas an- malu dan tidak mahu dipandang serong – komuniti dan masyrakat
setempat
- ibu bapa yang tua dan nyayuk – hantar ke rumah kebajikan
KESAN-KESAN
1. Warga tua yang diabaikan akan berasa sedih dan tersinggung
- Sedih – tidak ada orang yang mengambil berat akan kebajikan mereka
- Ingat- bahawa mereka pernah bergaul dan menghabiskan masa dengan orang
yang tersayang
- Usia tua- memerlukan banyak penjagaan yang rapi – kesihatan, ketrampilan dan
pemakanan
- Ahli keluarga sibuk mencari wang – warga tua akan berasa tersinggung -
mereka tidak menerima tumpuan atau kasih sayang
2. Pengabaian warga tua – menambahkan beban negara
- Banyak rumah penjagaan dan rumah orang tua akan dibina – tindakan anak
hantar orang tua mereka
- Persepsi anak-anak - ibu bapa akan mendapat penjagaan yang rapi
- Meningkatkan kos – lebih banyak pusat jagaan akan dibina
- Bilangan pekerja akan ditambah
- Makan minum penghuni turut meningkat
- Membebankan negara
3. Pengabaian warga tua memberi gambaran bahawa institusi kekeluargaan
di negara ini semakin rapuh
- Anak-anak akan menjadikan orang dewasa sebagai suri teladan
- Tingkah laku orang dewasa akan dipelajari dan dicontohi
- Gagal menunujukkan contoh yang baik – mengabaikan warga tua – anak akan
mengabaikan warga tua
- Mereka akan meneladani setiap perbuatan
- Institusi kekeluargaan akan terus dibebani dengan isu ini sampai bila-bila
4. Kesan jangka panjang – fenomena ini boleh mengugat kesejahteraan dan
kestabilan dalam masyarakat
- Mewujudkan kepincangan dalam masyarakat dan menjejaskan pembangunan
serta kemajuan ekonomi mahupun social negara
- Tindakan mengabaikan ibu bapa yang sudah tua dan tidak berdaya betapa
rapuhnya iman dan nilai moral
- Membuktikan sudah jauh kehidupan – berpaksikan agama – gagal menbezakan
baik buruk
- Tidak peduli dosa dan pahala atas tindakan ini

KESIMPULAN
- Keghairahan mengejar kemajuan- menterial – terdapat golongan warga tua
yang terabai (SENTUH ISU)
- Sepatutnya – layan kehendak dan kerenah mereka – hidup gembira dan bahagia
(CADANGAN PENAMBAHBAIKAN)
- Kita seharusnya bersikap sabar, cekal, tabah – melayani ragam mereka
(PENDAPAT)
- Sesungguhnya golongan ini yang melahirkan kita ke dunia
- Mereka mengasuh, mendidik dan membesarkan kita – dewasa dan berjaya di
dunia- pelajaran dan kerjaya
- Jasa dan bakti mereka – disanjung dan dihargai selagi hayat dikandung badan
(HARAPAN)
3.KEBAIKAN DAN KEBURUKAN RUMAH PANGSA DAN
PANGSAPURI

PENDAHULUAN
-Rumah pangsa merujuk kepada rumah yang bertingkat-tingkat dan berpetak-
petak. Manakala pangsapuri merupakan rumah pangsa moden yang lazimnya besar
dan luas serta dilengkapi dengan kelengkapan dan kemudahan yang selesa.
-Kediaman sebegini boleh ditemui di kawasan pinggir bandar dan di sekitar ibu
kota.
- Terdapat kebaikan dan keburukan rumah pangsa dan pangsapuri.

Kebaikan

1. Lokasi yang strategik


- terletak di lokasi yang strategik, iaitu berada di tengah-tengah kota dan
berhampiran dengan tempat kerja.
- tedapat akses mudah untuk ke tempat-tempat strategik seperti hospital, sekolah,
pusat membeli belah dan pusat hiburan.
2. Kemudahan yang lengkap
- dilengkapi dengan pelbagai kemudahan mewah seperti pusat kecergasan, kolam
renang, taman permainan, trek berjoging dan sistem parkir kereta yang canggih
dan selamat yang diselia selama 24 jam.
-memberi keselesaan kepada penghuni.
3. Tahap keselamatan yang tinggi
-Kawasan perumahan ini dilengkapi dengan sistem kawalan kad pintar
-Penghuni atau pelawat perlu mengesahkan kad pintar di pintu pagar .
-Kad pintar diperlukan untuk mengaktifkan lif.
-Selain itu, sebahagian besar rumah pangsa memiliki jeriji pada pintu masuk masuk
apartmen.
-Terdapat pondok jaga dan pengawal keselamatan yang bertugas dari semasa ke
semasa.
-keselamatan penghuni lebih terjamin
4. Bersifat lebih privasi
- lokasi sesetengah kediaman yang jauh daripada kesibukan kota memberi kesan
privasi kepada penghuni
- kedudukan rumah yang tidak berhadapan secara langsung dengan rumah-rumah
lain memberi keselesaan kepada penghuni, khususnya kepada mereka yang
inginkan ketenangan dan kedamaian
5. Mengatasi masalah kekurangan tanah
- pembinaan rumah pangsa dan pangsapuri mampu mengatasi masalah kekurangan
tanah
- dapat menampung jumlah penduduk yang semakin bertambah terutamanya di
bandar-bandar besar.
-menjimatkan ruang dan kos pembinaan rumah/ bangunan kediaman.
Keburukan

1. Sukar untuk membuat kerja-kerja pengubahsuaian rumah


- ruang yang terhad membataskan kerja-kerja pengubah suaian rumah.
- penghuni tidak dapat kepuasan untuk memiliki rumah idaman.
2. masalah ketidakselesaan penghuni
- lokasi rumah yang saling berhimpitan menimbulkan ketidakselesaan kepada
penghuni
-penghuni perlu menjaga tingkah laku/ tatatertib supaya tidak menganggu
ketenteraman penghuni yang lain.
3. tiada interaksi antara jiran
-bentuk rumah yang tidak berhadapan antara satu sama lain membataskan
interaksi antara jiran
-penggunaan kad pintar untuk masuk ke kawasan kediaman turut membataskan
pergaulan.
4. menimbulkan gejala sosial khusunya dalam kalangan remaja
-kawasan yang terhad membataskan pergerakan penghuni
-ruang rumah yang sempit memberi tekanan kepada ahli keluarga penghuni
-hal ini mendorong mereka untuk teribat dengan gejala sosial yang tidak sihat
seperti vandalism
-pihak pengusaha rumah pangsa dan pihak berwajib perlu meningkatkan
kemudahan di kawasan perumahan pangsa dan pangsapuri bagi memberi
keselesaan yang maksima kepada para penghuni.
5. menghalang aktiviti harian penghuni
- penghuni tidak dapat melakukan aktiviti harian dengan bebas
- aktiviti seperti berkebun tidak dapat dilakukan kerana tiada ruang yang sesuai
- penghuni tidak sihat kerana aktiviti yang menyihatkan badan tidak dapat
dijalankan
- jumlah penduduk yang terlalu ramai membataskan penggunaan kemudahan
sukan di kawasan perumahan

Penutup
-Rumah pangsa dan pangsapuri dibina untuk mengatasi masalah pertambahan
penduduk dan kekurangan tanah di kawasan bandar atau di bandar-bandar besar.
-Terdapat kebaikan dan keburukan pembinaan rumah pangsa dan pangsapuri.
6/11.BANJIR KILAT
Pengenalan
-banjir yang berlaku serta-merta atau dengan tidak disangka-sangka
-biasanya berlaku di kawasan rendah yang berhampiran dengan sungai
-kini banjir kilat kerap melanda bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur,
Georgetown, dan Ipoh.

Faktor-faktor banjir kilat


1.Hujan lebat yang turun secara berterusan.
-tanah tidak sempat menyerap air
-isi padu air yang banyak menyebabkan air melimpah.
2. Sistem saliran yang tidak efisien
-menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku
Jaafar, masalah perparitan dalam Bandar merupakan punca banjir kilat di Jalan
Bangsar, Jalan Sumatera dan Jalan Pantai Baharu pada pertengahan Mei 2016.
-saliran yang tidak efisien menyebabkan air hujan bertakung.
3.Tiada hutan tadahan hujan
-hutan digondolkan untuk proses pembangunan.
-air hujan mengalir terus ke sungai
-air hujan yang banyak menyebabkan air sungai melimpah
4.Pemendapan kelodak dalam sungai
-pembukaan tanah bukit untuk proses pembandaran dan pertanian
-berlakunya hakisan tanah
-air hujan membawa tanah yang terhakis ke dalam sungai
-berlaku pemendapan dasar sungai dan sungai semakin cetek
-sungai yang cetek tidak mampu menampung isipadu air yang banyak dan
menyebabkan banjir kilat
5. Aliran sungai tersekat oleh bahan buangan
-akibat pembuangan sampah sarap ke dalam sungai oleh golongan yang tidak
bertanggungjawab
-air tidak dapat mengalir dengan lancar, menyebabkan air sungai melimpah

Langkah-langkah
1.Mengawal penebangan hutan
-membasmi pembalakan haram
-Mengurangkan penerokaan hutan untuk proses pembangunan
-hutan perlu dipelihara untuk dijadikan hutan tadahan hujan
-kawasan tadahan hujan mampu menyerap 20% air hujan.
2. Sistem saliran diselenggara dengan baik
-Perlu sentiasa dibersihkan agar tidak tersumbat
3.Pendalaman sungai
-mengorek lumpur di dasar sungai
-sungai menjadi lebih dalam
-mampu mengalirkan jumlah air yang lebih banyak
4. Menjaga kebersihan sungai
-tidak membuang sampah sarap ke dalam sungai
-tindakan tegas perlu diambil oleh kerajaan terhadap pihak yang tidak
bertanggungjawab
-melakukan operasi pembersihan sungai
5. Sistem saliran diselenggara dengan baik
-Perlu sentiasa dibersihkan agar tidak tersumbat
6. Pendalaman sungai
-mengorek lumpur di dasar sungai
-sungai menjadi lebih dalam
-mampu mengalirkan jumlah air yang lebih banyak

Kesan positif
1.Melahirkan semangat tolong menolong dalam kalangan masyarakat
-pelbagai bantuan dihulurkan oleh pelbagai pihak
-dalam bentuk kewangan, pakaian, makanan
2. Menyuburkan tanah
- menguntungkan aktiviti pertanian dalam jangka masa panjang

Kesan negatif
1.-Mengorbankan nyawa
2.-Mengorbankan harta benda , tanaman, haiwan ternakan.
3.-Pelbagai penyakit mudah merebak, contohnya taun.
4.-Kemusnahan flora dan fauna
5-Merugikan kerajaan kerana perlu mengeluarkan kos untuk membaik pulih
infrastruktur.
Banjir adalah antara bencana alam yang kerap berlaku di negara ini. Bencana
tersebut ternyata meninggalkan pelbagai kesan.
Jelaskan kesan bencana banjir kepada rakyat dan negara.

KESAN BANJIR
IS 1. Kerosakan infrastruktur dan harta benda awam
IS 2. Mengorbankan banyak nyawa
IS 3. Penularan penyakit berjangkit
IS 4. Trauma terhadap bencana banjir
IS 5. Kekurangan sumber makanan
IS 6. Menjejaskan ekonomi negara
IS 7. Menjejaskan sektor pelancongan
IS 8. Kemusnahan flora dan fauna
IS 9. Kemunahan artifaks dan warisan sejarah

Pendahuluan
Salah satu bencana alam yang sering berlaku selain ribut taufan dan
gempa bumi ialah banjir. Banjir melibatkan keadaan air yang menenggelami
sesuatu kawasan yang luas dan kawasan tersebut biasanya kering Negeri-negeri
pantai Timur khususnya Kelantan, Terengganu dan Pahang merupakan negeri
yang berisiko dilanda banjir terutamanya pada hujung tahun. Namun begitu,
kebelakangan ini, negeri-negeri lain juga seperti Johor, Melaka dan Negeri
Sembilan turut dilanda banjir. Selain itu, banjir juga berlaku di bandar-bandar
utama dan dikenali sebagai banjir kilat. Bencana ini meninggalkan banyak kesan
yang negatif kepada rakyat dan negara.

Isi 1 : Menjejaskan aktiviti harian rakyat

Antara kesan banjir ialah menyebabkan aktiviti harian anggota masyarakat


terjejas. Hal ini dikatakan demikian kerana banjir yang menenggelamkan
kawasan penempatan anggota masyarakat menyebabkan mereka terpaksa
berpindah ke tempat yang lebih selamat. Hubungan pengangkutan juga terputus
akibat banjir. Oleh sebab itu, anggota masyarakat tidak dapat keluar untuk
berkerja, berurus niaga, dan menyelesaikan urusan seharian. Sebagai contoh,
petani tidak dapat ke sawah kerana ditenggelami oleh air dan murid-murid tidak
dapat ke sekolah. Jelaslah bahawa bencana banjir yang kerap berlaku di negara
kita telah menjejaskan aktiviti harian rakyat.

Isi 2 : Mengancam keselamatan dan nyawa orang ramai


Kesan banjir yang seterusnya merujuk kepada ancaman terhadap keselamatan
dan nyawa orang ramai. Banjir yang berlaku secara tiba-tiba mungkin
menyebabkan orang ramai panik dan tidak boleh bertindak secara rasional. Arus
yang deras dan paras air yang dalam menyukarkan pihak penyelamat
memindahkan mangsa banjir ke tempat yang selamat. Kanak-kanak pula akan
terdorong untuk bermain air. Keadaan ini akan menyebabkan keselamatan
anggota masyarakat terancam bahkan boleh menyebabkan kehilangan nyawa.
Banjir besar yang melanda negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang pada tahun
2014 telah meragut hampir 30 nyawa. Fenomena banjir yang kerap melanda
negara kita telah mengancam keselamatan dan nyawa anggota masyarakat.

Isi 3 : Harta benda musnah

Selain itu, kesan banjir yang melanda negara kita turut melibatkan
kemusnahan harta benda. Aliran air yang deras membawa pokok kayu, barang –
barang, dan lumpur telah merosakkan semua harta benda. Barang-barang seperti
perabot yang terendam dalam air banjir akan mengembang. Jalan raya yang
dinaiki air akan berlubang, rumah dan bangunan diselaputi lumpur, dan kereta
mengalami kerosakan enjin. Perkara ini akan menyebabkan kerugian yang amat
besar kepada semua penduduk terutamanya kepada kerajaan negeri yang
terbabit, seperti di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang pada tahun 2014.
Oleh itu, bencana alam iaitu banjir yang melanda negara kita menyebabkan
kemusnahan harta benda yang amat bernilai

Isi 4: Banjir menyebabkan merebaknya pelbagai penyakit

Banjir boleh menyebabkan merebaknya pelbagai penyakit. Ketika berlakunya


kejadian banjir, bekalan air bersih semakin berkurangan. Banjir juga
menyebabkan sampah sarap dan takungan najis keluar bersama limpahan air.
Sampah-sarap dan sisa najis ini bertaburan di merata-rata tempat. Kesannya,
penyakit berjangkit seperti pernafasan akut, konjunktivitis (sakit mata), cirit-
birit, demam kepialu, dan penyakit kulit mudah merebak. Kesesakan di pusat-
pusat pemindahan mangsa banjir turut memudahkan penularan sebarang
penyakit berjangkit. Oleh itu, kesihatan mangsa banjir sangat terdedah kepada
penyakit berjangkit terutamanya semasa dan selepas banjir.

Isi 5 : Negara mengalami kerugian apabila wang yang banyak terpaksa


dibelanjakan untuk membaiki atau menggantikan infrastruktur yang musnah.
Banjir menyebabkan negara mengalami kerugian apabila wang yang banyak
terpaksa dibelanjakan untuk membaiki atau menggantikan infrastruktur yang
musnah. Kemusnahan akibat banjir melibatkan kerosakan infrastruktur, seperti
sekolah, jalan raya, hospital,dan pusat perindustrian. Tempat kediaman
penduduk turut musnah. Peralatan untuk kemudahan elektrik seperti suis,
transformer, kabel, tiang elektrik turut rosak. Kerajaan perlu mengeluarkan
belanja yang besar untuk membaik pulih infrastruktur yang rosak dan musnah
ini. Proses pembinaan semula infrastruktur mengambil masa yang lama.
Kerajaan juga perlu memperuntukkan kos yang tinggi untuk tujuan
pembangunan semula prasarana. Jelaslah bahawa, negara terpaksa
menggunakan wang yang banyak hanya untuk tujuan membaiki infrastruktur
yang musnah

Isi 6 : Aktiviti pembangunan dan aktiviti ekonomi negara terpaksa ditangguhkan


akibat bencana banjir

Banjir juga menyebabkan aktiviti pembangunan dan aktiviti ekonomi negara


terpaksa ditangguhkan. Pembangunan terpaksa ditangguhkan apabila kawasan
yang melibatkan pembangunan tertentu dan kegiatan ekonomi dinaiki atau
ditenggelami air. Hal ini menyebabkan semua aktiviti tergendala. Bekalan elektrik
terputus yang menyebabkan semua peralatan elektronik tidak dapat berfungsi.
Selain itu, kawasan banjir ini terputus hubungan dengan pihak luar dan
menjejaskan kelangsungan aktiviti sama ada pembangunan atau ekonomi.
Kesannya, kawasan ekonomi seperti ladang terjejas kerana tanaman musnah.
Tapak pembinaan dan pembangunan juga akan rosak. Aliran air banjir yang deras
boleh menyebabkan hakisan di kawasan pembangunan. Jelaslah bahawa, banjir
yang berlaku akan menjejaskan aktiviti pembangunan dan ekonomi sesebuah
negara kerana tergendala buat sementara waktu.

CONTOH JAWAPAN KESIMPULAN

Kesimpulannya, kejadian banjir banyak memberi impak negatif bukan sahaja


kepada masyarakat tetapi juga kepada negara. Menurut dokumen daripada
Jabatan Parit & Saliran (JPS), di Malaysia memang terdapat kawasan yang mudah
dilanda banjir, iaitu seluas 29,800 km persegi atau 9% dari tanah Malaysia. Kesan
banjir dapat dilihat dengan penularan penyakit berjangkit dan menjejaskan
ekonomi negara. Selain itu, banjir bukan hanya menyebabkan kerosakan
infrastruktur dan harta benda awam, malah turut mengorbankan nyawa.
Kerajaan khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri
perlu menambah baik sistem yang sedia ada untuk menghadapi banjir di
Malaysia. Malaysia boleh mengambil langkah seperti Belanda dengan
menyediakan pintu tertentu yang akan menyalurkan semua limpahan air sama ada
ke dalam sungai yang dibesarkan, ladang-ladang yang perlukan air, tangki-tangki
rumah dan lain-lain secara efektif. Jadi air berlebihan itu boleh digunakan sebaik
mungkin.
7.KESAN PEMBALAKAN HARAM

PENDAHULUAN
Konsep pembalakan
 aktiviti penebangan balak secara tidak terancang dan menyalahi
undang-undang
 mengeluarkan kayu yang ditebang tanpa kebenaran atau dari kawasan
dilindungi penebangan spesies dilindungi atau pengeluaran balak
melampaui had yang dipersetujui.
 Terdapat beberapa kesan negatif akibat pembalakan haram.

KESAN PEMBALAKAN HARAM


1. Memusnahkan flora dan fauna -
- memusnahkan kawasan hutan yang kaya dengan flora, seperti
tumbuh-tumbuhan yang berguna dalam bidang perubatan seperti
Tongkat Ali, Kacip Fatimah dll.
- di samping itu, kemusnahan habitat bagi haiwan-haiwan liar dan
lain-lain - mungkin pupus - merugikan negara
2. Menyebabkan berlakunya bencana alam
- akar-akar pokok yang berfungsi mencengkam bumi sudah
dimusnahkan- kawasan hutan yang gondol mudah terdedah kepada
agen-agen hakisan seperti air hujan - berlaku hakisan yang serius
hingga menyebabkan tanah runtuh - mengancam nyawa
3. Menjejaskan kawasan hutan yang diwartakan sebagai kawasan
tadahan hutan dan hutan simpan
4. Meningkatkan suhu dunia - hutan mempunyai kesan penyejukkan
semula jadi
5. Kesan rumah hijau (penipisan lapisan ozon) - lapisan ozon bertindak
memusnahkan larutan karbon dioksida kepada organik - karbon di
udara akan meningkat mengakibatkan masalah pemanasan dunia -
menyebabkan suhu bumi meningkat.
6. Menjejaskan industri pelancongan - kekurangan kawasan hutan
semula jadi akan mengurangkan kemasukan pelancong asing ke
dalam negara - menjejaskan sumber ekonomi negara.
7. Menjejaskan punca rezeki dan kehidupan penduduk setempat
- bekalan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, dan
binatang buruan akan berkurangan
- kekurangan hasil-hasil hutan juga menjejaskan pendapatan
penduduk.

PENUTUP
 Pembalakan haram mendatangkan kesan negatif kepada ekosistem
 Membawa bencana kepada manusia dan seterunya boleh
menjeaskan ekonomi sesebuah negara
 Semua pihak harus bekerjasama untuk mengatasi masalah
pembalakan haram.
9.SEBAB RAWATAN ALTERNATIF MENJADI PILIHAN
MASYARAKAT
PENDAHULUAN
1. SKOP – Masyarakat Malaysia
2. KONSEP – Aliran perubatan selain perubatan moden yang diguna pakai di
klinik dan hospital sama ada yang dimiliki oleh kerajaan mahupun pihak swasta.
Matlamat – menyembuhkan penyakit, mencegah daripada berlakunya penyakit, dan
menambah baik tahap kesihatan.
3. ISU – Kerajaan membenarkan rawatan alternatif memasuki hospital
kerajaan mengejutkan banyak pihak, persaingan dengan rawatan moden, pemikiran
masyarakat telah berubah dan lebih suka menerima rawatan alternatif. Masyarakat
di kawasan bandar cenderung memilih rawatan alternatif / lebih popular.
4. KEHENDAK SOALAN – banyak sebab rawatan alternatif menjadi pilihan
masyarakat.

ISI
1. Keberkesanan dalam merawat sesuatu penyakit terutama yang kronik,
kritikal, kes kecemasan atau dianggap tiada harapan untuk sembuh

2. Kaedah rawatan alternatif selamat, berkesan dan semula jadi


- menggunakan teknik urutan berbeza daripada rawatan moden
- masyarakat lebih serasi dengan rawatan alternatif bagi mengubati penyakit
berkaitan saraf
- tiada proses pembedahan
- kesan baik mengubati penyakit berkaitan saraf ( patah , lumpuh/ strok )

3. Kesan penyembuhan memakan masa yang lebih pantas


- rawatan alternatif tidak menggunakan cara pembedahan – tiada kesan luka
- Tidak menggunakan teknologi tinggi seperti laser, kemoterapi

4. kos rawatan lebih murah berbanding dengan rawatan moden


- ubat – ubatan asli yang didapati daripada tumbuhan, akar kayu
- Guna bahan semula jadi
- ubatan lebih murah menyebabkan kos rawatan lebih murah

5. kurang kesan sampingan berbanding dengan rawatan moden


- guna ramuan asli bukan peralatan menyebabkan kurang kesan sampingan
- ubatan modan banyak kesan sampingan- kerosakan buah pinggang
- Ubatan perubatan alternatif diambil secara berlebihan juga tiada kesan
sampingan
- Kebanyakan ubatan bebas daripada bahan kimia

6. Layanan memuaskan & menjimatkan masa pesakit


- pesakit diberi layanan istimewa
- tidak perlu menunggu giliran menemui doktor
- tidak terikat peraturan seperti di hospital
- Komunikasi antara pesakit dengan doktor lebih baik

PENUTUP
1. Banyak sebab yang mendorong masyarakat memilih rawatan alternatif
2. cadangan – pelbagai pihak perlu bekerjasama untuk menaiktaraf perubatan
altermatif tetapi perlu kawalan daripada Kementerian Kesihatan
3. Harapan – Rawatan alternatif Malaysia terkenal di persada dunia,
penggunaan meluas.
10.PUNCA PENYEBARAN PENYAKIT BERJANGKIT -
SEJAUH MANAKAH?
PENDAHULUAN
Konsep penyakit berjangkit:
 Penyebaran virus melalui udara, serangga/binatang ternakan
 Contoh penyakit berjangkit - Ebola, H1N1, denggi, kepialu, dan sebagainya
 Saya bersetuju bahawa penyakit berjangkit disebabkan oleh pencemaran

ISI BERSETUJU
1. Tidak menjaga kebersihan di dalam dan di luar kawasan tempat tinggal
tidak dijaga - pembuangan sampah - punca pembiakan nyamuk, lalat, tikus
- penyebar penyakit seperti demam denggi, demam panas, kencing tikus.

2. Pengurusan ladang yang tidak terkawal - pembuangan sisa ladang yang


tidak sistematik - terutama ladang ternakan yang tidak dijaga kebersihan -
sisa buangan yang tidak diselenggara dengan baik - punca pembiakan tikus,
lalat, nyamuk - penyebaran penyakit seperti H1N1.

3. Pertambahan kawasan setinggan - tiada pembentungan dan sistem


pembuangan sampah yang sistematik - punca pembiakan lalat dan tikus -
penyebaran penyakit berjangkit.

4. Makan di kawasan atau kedai makan yang tidak bersih - kedai yang tidak
dijamin tahap kebersihan menyebabkan makanan tercemar - kedai makan
yang kotor penyebab kepada pembiakan serangga penyebar penyakit
seperti tikus, lalat - contoh penyakit kencing tikus, kepialu dan sebagainya.

5. Kawasan rekreasi yang tidak dijaga kebersihannya - pembuangan sampah


yang tidak diselenggara dengan baik - berlaku pencemaran - menjadi
tempat pembiakan nyamuk / lalat / tikus - vektor-vektor tersebut menjadi
penyebar penyakit berjangkit - seperti denggi, kepialu, kencing tikus dan
sebagainya - orang ramai yang mengunjungi kawasan tersebut mudah
terdedah kepada jangkitan penyakit tersebut.

KESIMPULAN
 Pentingnya menjaga kawasan persekitaran / tempat tinggal untuk
mencegah daripada terkena penyakit berjangkit. Penjagaan kawasan
persekitaran dapat mengelakkan pembiakan serangga/binatang yang
menjadi punca kepada penyebaran penyakit berjangkit.
14.TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

Pendahuluan
-penggunaan blog telah meningkat dan ramai membina halaman blog
-blog untuk mengulasatau berita mengenai sesuatu.
-mempunyai pelbagai pautan yang lain

Kebaikan
1.Pengkongsian maklumat
-penulis blog suka berkongsi maklumat tentang kehidupan, masakan
dan sebagainya.
-maklumat mudah dilayari dan mudah difahami.

2.Menjana pendapatan
- daftar dengan syarikat pengiklan
- masukkan maklumat
- pelawat mengenali barangan dan membeli

3. mengasah bakat
- tempat mengasah bakat penulisan
- penulisakan menerima komen dari peminat
- menulis dengan lebih baik

Keburukan
1.Maklumat palsu
-pelawat bijak menilai maklumat yang dipaparkan palsu atau benar
-maklumat tersebar dengancepat.

2.Memecah belahkan masyarakat/Negara


-rakyat pelbagaikaum,adat,kepercayaan
-isu sensitive,menguris hati seseorang

3.Penyebaran unsure-unsur tidak bermoral


-menyebar unsur-unsur yang tidak bermoral
-cerita yang tidak senonoh member kesan kepada golongan remaja

langkah bendung jenayah siber


1. Perketatkan undang-undang.
-kerajaan bersedia dengan ancaman jenayah siber
-penubuhan unit khas pemantauan siber
-tindakan yang tegas

2. peranan ibu bapa


- memberi kesedaran kepada anak-anak penggunaan internet
- mempunyai tanggungjawab ketika melayari intenet
- mengawal dan pemantauan tindakan anak-anak

3. peranan pihak sekolah


- kelas komputer wajib kepada murid-murid
- mengetahui langkah tidak terjebak dalam jenayah siber
- kerjasama guru dan murid amat penting

4. peranan pihak bank


- mempunyai cirri-ciri keselamatan yang tinggi
- penggunaan sistem digital yang pihak bertauliah
-pemantauan setiap masa maklumat palsu
- langkah diambil bagi mencegah jenayah siber

5. mengadakan kempen
- pihak kerajaaan / swasta - memberi kesedaran kepada masyarakat
- contoh melalui media massa – bahan bercetak dan alam maya.

Penutup
-semua pihak perlu kerjasama pihak kerajaan- masyarakat-individu-
-perlu kawalan semua pihak
-pengguna blog perlu berfikir sebelum menulis sesuatu.
ATAU
-pelbagai pihak bekerjasama membasmi jenayah siber
-jenayah siber perlu dibendung –menjamin kesejahteraan Negara
-usaha berterusan dapat mengatasi jenayah siber
15.PENCEMARAN ALAM
PENDAHULUAN
Sejak akhir-akhir ini isu pencemaran alam menjadi polemik di media massa.
Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan, namun masalah ini
masih belum dapat diselesaikan. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan
masalah ini berlaku.

Isi-isi.
1. Pembebasan asap dan gas bertoksik oleh kilang-kilang
- Sebagai negara yang sedang membangun, sector perindustrian berkembang
pesat di negara kita. Kilang-kilang banyak dibina bagai cendawan tumbuh selepas
hujan.
- kilang-kilang tidak menggunakan penapis asap yang berkesa. Membebaskan
asap yang kotor dan beracun ke udara.
2. Pertambahan bilangan kenderaan.
- peningkatan taraf hidup menyebabkan semakin ramai rakyat mampu memilik
kenderaan sendiri. Bilangan kenderaan yang berjuta-juta di atas jalanraya,
menyebabkan pembebasan asap dan gas karbon monoksida yang banyak hingga
mencemarkan kualiti udara.
- semua ini menjadi punca berlakunya hujan asid yang menjejaskan kesuburan
tanah-tanah pertanian.
3. Pembakaran terbuka
- Pembakaran secara terbuka oleh pengusaha ladang-ladang juga memburukkan
lagi keadaan. Syarikat-syarikat besar cuba menjimatkan kos pelupusan bahan-
bahan buangan dari ladang-ladang.
- Pemaju-pemaju perumahan juga melakukan pembakaran terbuka bahan-bahan
lebihan binaan seperti kayu-kayu, barangan getah dan plastic.
4. Pembuangan bahan-bahan domestik ke dalam sungai-sungai.
- Sisa-sisa domestic dari kawasan perumahan, hotel-hotel, premis-premis
kerajaan juga turut mencemarkan alam sekitar. Sisa-sisa yang terdiri dari minyak,
bahan pencuci sangat berbahaya ini mengalir ke laut yang akhirnya menjejaskan
hidupan akuatik. Dalam jangka masa yang lama, kesuluruhan ekosistem akan
terjejas.

PENUTUP
Walaupun pelbagai langkah telah dilaksanakan, namun masalah ini masih sukar
diatasi kerana sikap masyarakat itu sendiri. Masyarakat perlulah memiliki
kesedaran untuk menjaga kelestarian alam sekitar kerana alam sekitar adalah
warisan untuk generasi akan datang.
17.PERANAN MAJIKAN UNTUK MENINGKATKAN KUALITI
TENAGA KERJA

PENDAHULUAN
Konsep kualiti tenaga kerja
@ pekerja yang mempunyai produktiviti yang tinggi
@ peranan majikan untuk meningkatkan kualiti tenaga kerja dalam organisasi

Isi - Peranan majikan


1. Memberi penghargaan kepada kakitangan dalam organisasi - pekerja
yang memberikan sumbangan kepada organisasi akan diberikan ganjaran wang/
hadiah/ sijil bertujuan menaikkan semangat pekerja untuk meningkatkan kualiti
kerja-bekerja dengan lebih bersemangat untuk mendapatkan ganjaran.
2. Pemberian gaji/upah diberikan kepada pekerja yang menunjukkan prestasi kerja
tahunan- anugerah/ ganjaran dalam bentuk kenaikan gaji/ pangkat kepada pekerja
yang menunjukkan prestasi dalam sesebuah organisasi.
3. Pengurusan organisasi yang cekap daripada ketua/ majikan- prestasi kerja yang
cekap ditunjukkan oleh majikan sebagai motivasi kepada pekerja untuk
meningkatkan kualiti kerja- ketua jabatan/organisasi yang cekap - gambaran
pengurusan yang cekap bagi sesebuah organisasi.
4. Hari Keluarga diadakan dalam sesebuah organisasi kerja-contoh, setiap 4 bulan
sekali- perjumpaan dalam “ Hari Keluarga” membolehkan saling mengenali antara
pekerja/ majikan- hubungan yang lebih rapat kerana mengenali antara satu sama
lain.
5. Mengadakan seminar / “workshop” yang berkaitan dengan bidang masing-masing.
Majikan bertanggungjawab menghantar pekerja untuk mengikuti kursus yang
berkaitan dengan bidang kemahiran/ pengkhususan masing-masing. Latihan
membolehkan pekerja mendapat kepakaran meninggikan mutu perkhidmatan
masing-masing.
6. Meningkatkan penguasaan teknologi dan informasi berekaitan dengan kerja
masing-masing- majikan bertanggungjawab untuk menyediakan/ memberi latihan
kepada pekerja untuk penguasaan teknologi dan informasi berkaitan dengan kerja
masing-masing.

Penutup
 Majikan memainkan peranan penting untuk melahirkan pekerja yang
berkualiti.
 Pekerja bertanggungjawab terhadap pekerjaan dalam menentukan
pencapaian sesebuah organisasi
18.FILEM SERAM – SEBAB DIMINATI
 Pendahuluan
 Akhir-akhir ini wujud satu trend baharu, iaitu kita disogokkan dengan
filem yang berunsur seram. Perkara ini sudah tentu akan
mendatangkan impak yang negatif terhadap remaja dan kanak-kanak.
Hal ini demikian kerana, golongan yang suka menonton filem yang
bercorak sedemikian ialah golongan remaja dan kanak-kanak. Mereka
mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur seram yang terdapat dalam
adegan filem tersebut. Terdapat pelbagai punca yang mendorong
kepada percambahan minat pada filem-filem yang bercorak
sedemikian.

 Isi-isi
 1. Pemaparan tema cerita lebih senang difahami dan bersifat ringan
tidak membebankan akal penonton untuk berfikir. Menghilangkan
tekanan penonton
 2. Kemudahan melanggan siaran di astro first. Penonton tidak lagi
perlu ke pewagam untuk menonton filem-filem seram terkini
 3. Merungkaikan perasaan ingin tahu masyarakat tentang alam ghaib

 4. Menonjolkan unsur-unsur pengajaran –kebaikan mengatasi
kejahatan

 5. Membuka ruang kreativiti seni reka dan teknologi baru-penataan
cahaya, penataan bunyi dari sudut pengarahan

 6 . Genre yang mendapat penganugerahan filem terbaik


 Kesimpulan
 Filem-filem seram yang keterlaluan boleh menyumbang kepada
penyelewengan akidah. Kepercayaan seperti adanya kuasa ghaib yang
divisualkan dan mempunyai kuasa luar biasa boleh menyebabkan
masyarakat terpengaruh serta mempercayainya.


KEBAIKAN SISTEM STPM BAHARU

Pendahuluan
- Sistem baharu/modular STPM bermula pada Mei 2012 -pelajar kohort pertama
mula mendaftar.
- Sebelumnya dikenali sebagai sistem terminal- sistem penggal dengan satu kali
sahaja peperiksaan pada akhir pengajian / persekolahan di tingkatan enam.
- Majlis Peperiksaan Malaysia memperkenalkan sistem baharu itu bagi menyerupai
sistem semester di universiti - menjadi sistem prauniversiti kepada tiga penggal
pengajian dan tiga kali peperiksaan.

Isi -isi
1. Dapat mengulang subjek yang gagal - peluang baiki keputusan yang kurang baik
dengan hanya membayar RM50.00 untuk satu subjek.

2. Kerja kursus untuk semua subjek - hanya ada melalui sistem baharu STPM -
banyak membantu pelajar - para guru akan membantu pelajar sebaiknya.

3. Sukatan pelajaran yang dipelajari untuk setiap penggal/ enam bulan belajar akan
terus diuji secara berpusat sama seperti di universiti - tidak perlu mengingati apa
yang telah dipelajari penggal sebelumnya.

4. Pelajar-pelajar boleh berpakaian biasa / kasual- sesuai dengan kedudukan


mereka sebagai pelajar paling senior di sekolah.

5. Kolej tingkatan enam - sudah ada 10 buah di seluruh negara - terbaru


dilancarkan di Kulim, Kedah pada bulan Jun 2016 - satu usaha kerajaan untuk
memantapkan imej dan kualiti sistem pendidikan baharu tingkatan enam.

6. Pelajar-pelajar STPM punya laluan masuk program ijazah di universiti lebih tinggi
/eksklusif - dapat baucer buku 1Malaysia.

Kesimpulan
- Harap dapat menarik lebih ramai pelajar memasuki tingkatan enam- sistemnya
sudah sama dengan universiti.
- Apapun laluan yang pelajar pilih, semuanya bergantung kepada usaha pelajar itu
sahaja - sudah banyak terbukti kebaikan belajar di tingkatan enam.
PUNCA PELAJAR GAGAL MENGUASAI KEMAHIRAN LISAN
BAHASA MELAYU

Pendahuluan
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara
Bahasa Melayu diajar di semua peringkat persekolahan bermula sekolah
rendah hingga ke tingkatan 6. Namun, pelajar gagal menguasai bahasa
Melayu dengan baik, terutama kemahiran berkomunikasi secara lisan.
Pelbagai punca dikenal pasti sebagai penyebab kelemahan komunikasi lisan
pelajar.

Isi

1. Pelajar gagal menguasai ilmu tatabahasa bahasa Melayu dengan baik. Terutama
dari segi pembinaan ayat yang gramatis. Isi yang hendak disampaikan menjadi
kurang berkesan. Apatah lagi jika isi itu disampaikan secara lisan.

2. Bahasa lisan pelajar pelajar dipengaruhi oleh bahasa ibunda seperti bahasa Cina,
Tamil, malah bahasa Thai. Pelajar Melayu pula dipengaruhi oleh bahasa dialek.

3. Pelajar kurang pengetahuan tentang isi yang hendak disampaikan. Hal ini
disebabkan oleh kurang pembacaan bahan-bahan umum atau kurang pengetahuan
am.

4. Pelajar kurang mahir dari aspek gaya penyampaian menyebabkan penyampaian


isi tidak berkesan. Isi kurang difahami oleh pendengar.

5. Pelajar kurang keyakinan diri dalam berkomunikasi. Mereka mudah gemuruh dan
gugup semasa berhadapan dengan khalayak, apatah lagi jika berhujah di pentas.
Komunikasi menjadi tidak lancar.

6. Amalan berkomunikasi pelajar yang menggunakan bahasa rojak juga menjadi


penyebab pelajar gagal menguasai kemahiran lisan.Pelajar terbawa-bawa dengan
bahasa daripada laman sosial seperti laman “facebook”, laman “whatapps”,dan
sebagainya.

Kesimpulan
Amalan berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan bahasa Melayu
baku sangat penting.
Bahasa Melayu baku sebagai wahana perpaduan dan mencerminkan ime
negara.

Anda mungkin juga menyukai