Anda di halaman 1dari 12

Pengenalan

Nota merupakan antara salah satu bahan yang membantu kita dalam mempelajari
ilmu. Pada kebiasaannya, nota dibuat setelah sesuatu topik itu selesai dipelajari bagi
memudahkan pelajar untuk membuat rujukan atau mengulangkaji topik tersebut. Nota
dihasilkan melalui pelbagai cara dan kaedah mengikut kreativiti pelajar supaya nota tersebut
kelihatan lebih menarik dan mudah difahami. Perkara ini akan membantu pelajar dalam
mengejar kecemerlangan dalam setiap bidang ilmu seterusnya menjadikan anak bangsa
sebagai bangsa yang bertamadun dan berilmu pengetahuan. Nota yang komprehensif
dihasilkan ketika sesi pembelajaran dan menjadi rekod yang kekal dan boleh dirujuk kembali
pada bila bila masa. Oleh itu, nota amatlah penting untuk setiap pelajar sama ada pelajar
sekolah mahupun mahasiswa mahasiswa di universiti sebagai pemudah cara untuk mereka
belajar selaras dengan pembelajaran abad ke-21 yang diguna pakai oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Kemahiran Mencatat Nota

Mengambil nota adalah sebahagian daripada teknik pembelajaran yang mustahak.


Kegagalan dalam mengambil nota merupakan sebab kegagalan yang biasa untuk seseorang
pelajar. Nota dilihat sebagai salah satu medium yang menjadikan pelajar pelajar cemerlang
berjaya dalam peperiksaan mereka. Teknik amatlah penting dalam menghasilkan nota yang
baik.

Antara kemahiran mengambil nota ialah bijak menulis dengan kemas dan jelas.
Nota yang kemas dan teratur bermula dari tulisannya yang kemas, teratur dan jelas. Hal ini
amatlah penting kerana tulisan yang cakar ayam akan menjadikan nota tersebut
membosankan dan sukar untuk difahami dan nota tersebut tidak akan mendatangkan faedah
kerana sukar untuk dirujuk. Untuk mengatasi perkara tersebut, selepas nota diambil ketika
waktu pembelajaran pelajar seharusnya menaik taraf nota tersebut dengan mempelbagaikan
bentuk nota dan grafik namun isi kandungan nota tersebut tidak perlu diubah. Pelajar boleh
menggunakan pelbagai cara untuk menulis nota sama ada membuat kolum, membuat peta
minda dan lain lain.

Selain itu, pelajar juga perlu bijak menulis dengan cepat. Kemahiran untuk menulis
nota dengan cepat memerlukan latihan yang banyak kerana secara puratanya seseorang
dapat menulis sekitar 25 hingga 35 patah perkataan dalam masa seminit. Bagi meningkatkan
kemahiran tersebut, cuba untuk menulis dengan laju dalam masa seminit dan pastikan tulisan
tersebut berkualiti dan mudah dibaca. Pastikan diri berada dalam keadaan yang bersedia dan
selesa supaya proses menulis nota tersebut lebih lancar dan efektif. Pelajar boleh
menggunakan bahasa singkatan supaya masa ketika membuat nota dapat dijimatkan.
Sebagai contoh, perkataan kepada dipendekkan menjadi “kpd”, dalam menjadi”dlm” dan lain
lain lagi. Dengan cara ini pelajar dapat menulis lebih banyak dalam masa yang singkat
sekaligus maklumat di dalam nota akan lebih berkualiti. Pelajar juga perlu lebih peka pada
pelajaran yang disampaikan oleh pensyarah atau guru kerana tanpa tumpuan yang
sewajarnya nota tidak akan dapat diambil dengan baik.

Seterusnya, kemahiran yang perlu ada ialah bijak memilih dan menyalin. Pelajar
tidak perlu untuk menyalin bulat bulat setiap apa yang keluar daripada mulut pensyarah tetapi
pelajar hanya perlu untuk menyalin idea utama yang disampaikan oleh pensyarah. Pelajar
perlu menjadi lebih peka dan mencatat ayat ayat yang penting dan perlu sahaja. Sekiranya
kuliah tersebut menggunakan buku sebagai medium pembelajaran, pelajar hanya perlu
menggariskan, membulatkan, atau menghighlight idea utama supaya lebih jelas dan mudah
untuk mencarinya kembali sekiranya pelajar ingin membuat rujukan. Pelajar juga boleh
menghasilkan nota yang lebih kompak supaya boleh dibawa ke mana mana dan boleh dirujuk
pada bila bila masa. Namun perlu diingatkan supaya nota yang dibuat perlulah kemas supaya
mendatangkan semangat untuk pelajar membuat ulangkaji menggunakan nota tersebut.

Pelajar juga perlu mendengar secara aktif sewaktu mencatat nota.Sewaktu mencatat
nota, pelajar perlulah menghadirkan diri secara fizikal dan mental. Pelajar perlu mendengar
dengan teliti, khusyuk dan memberikan sepenuh tumpuan terhadap apa yang disampaikan.
Melalui perkara tersebut barulah pelajar dapat menghasilkan nota yang baik dan berkualiti.
Pelajar juga perlu sentiasa menyoal diri sendiri supaya secara tidak langsung akan
menggalakkan minda pelajar untuk sentiasa berfikir. Sekiranya terdapat sebarang
kemusykilan, pelajar mestilah bertanya kepada pensyarah atau rakan rakan. Proses menulis
kebiasaannya lebih lambat berbanding mendengar akan tetapi jika pelajar dapat melakukan
kedua dua proses ini serentak maka proses pembelajaran akan lebih efektif dan nota yang
dihasilkan lebih sarat dengan maklumat yang berguna.
Kemahiran Membuat Nota di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

Sebuah kaji selidik telah dijalankan di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali
Ismail, Kuala Nerus, Terengganu berkaitan dengan kemahiran membuat nota dan
penghasilan nota oleh siswa siswi guru di kampus ini. Kaji selidik ini dilakukan menggunakan
72 orang responden yang menjawab beberapa soalan yang telah diajukan kepada mereka.
Carta pai di bawah menunjukkan kekerapan pelajar di kampus ini membuat nota.

Adakah kamu kerap membuat nota?

Ya
46% 49% Tidak
Sesekali

5%

Berdasarkan carta pai tersebut, 49% responden mengatakan mereka kerap


membuat nota manakala 46% responden mengatakan mereka hanya membuat nota sesekali.
Bakinya mereka tidak membuat nota bagi membantu mereka dalam pembelajaran. Secara
keseluruhannya, pelajar di kampus ini gemar membuat nota bagi membantu mereka belajar
dengan lebih baik. Seterusnya carta palang di bawah menunjukkan tentang kaedah yang
responden gunakan dalam membuat nota.
Kaedah manakah yang anda gunakan untuk membuat
nota?
35

30

25

20

15

10

0
menggunakan highlighter menulis kata kunci(Outline membuat kolum (Column membuat rumusan (Nota
pen (Annotation) Notes) Notes) Rumusan)

Kaedah manakah yang anda gunakan untuk membuat nota?

Berdasarkan carta palang di atas, 32 responden menggunakan kaedah Annotation iaitu


dengan menggunakan highlighter pen bagi mengambil isi isi penting dalam pembelajaran
mereka. Seramai 31 responden menggunakan kaedah outline notes dalam membuat nota
iaitu dengan menuliskan kata kunci yang disampaikan oleh pensyarah mereka di dalam kuliah.
5 daripada 72 orang responden menggunakan kaedah nota rumusan dalam membuat nota
dan yang selebihnya menggunakan kaedah membuat kolum. Oleh itu dapat kita simpulkan
bahawa kebanyakkan pelajar di kampus ini menggunakan kaedah annotation dan outline
notes dalam membuat nota mereka. Soalan seterusnya yang dijawab oleh responden
berkaitan dengan carta palang di atas iaitu adakah kaedah yang mereka gunakan tersebut
berkesan dalam membantu mereka belajar. Carta bar di bawah menunjukkan keputusan yang
diperolehi.
Adakah kaedah yang anda gunakan membantu anda dalam
belajar?

Tidak

Ya

0 10 20 30 40 50 60 70 80

Adakah kaedah yang anda gunakan membantu anda dalam belajar?

Carta palang tersebut menunjukkan bahawa keputusan yang diperolehi


berdasarkan soalan iaitu adakah kaedah membuat nota yang anda gunakan membantu anda
dalam pembelajaran?. Seramai 71 daripada 72 responden menjawab ya bagi soalan tersebut
dan selebihnya menjawab tidak. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah kebanyakkan pelajar di
kampus ini berjaya mengadaptasikan kemahiran membuat nota yang mereka rasakan sesuai
untuk diri mereka dalam pembelajaran. Dalam kaji selidik itu juga soalan yang ditanyakan
kepada responden ialah adakah anda nota menggunakan peta i-think. Carta pai di bawah
menunjukkan keputusan yang diperolehi berdasarkan soalan tadi.
Adakah anda menggunakan peta i-Think
dalam membuat nota

29, 40% Ya
Tidak
60%

Carta pai di atas menunjukkan keputusan yang dikutip berdasarkan 72 orang


responden yang menjawab soalan tersebut. 60% iaitu 43 orang daripada keseluruhan
responden membuat peta i-Think dalam membuat manakala selebihnya tidak membuat peta
i-Think dalam membuat nota. Kesimpulannya, kebanyakkan pelajar di kampus ini
menggunakan peta i-Think dalam membuat nota kerana ianya lebih mudah untuk difahami
dan dirujuk.

Berdasarkan kesemua soalan di atas, dapat dilihat bahawa rata rata siswa dan siswi
guru di Kampus Dato Razali Ismail ini kerap membuat nota dan mereka merasakan nota amat
membantu mereka sepanjang mereka berada di sini. Oleh itu, soalan yang terakhir adalah
untuk mengetahui sejauh manakah nota membantu mereka dalam mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan atau penilaian. Carta palang di bawah menunjukkan keputusan
yang diperolehi.
10
9 13
8 17
7 12
AXIS TITLE

6 11
5 6
4 1
3 1
2 0
1 0

0 2 4 6 8 10 12 14 16 18
SEJAUH MANAKAH NOTA MEMBANTU ANDA DALAM MEMPEROLEHI KEPUTUSAN YANG
CEMERLANG

Series 1

Berdasarkan keputusan yang diperolehi melalui kaji selidik yang dilakukan


kebanyakkan responden memberikan skala 8 berdasarkan soalan yang diberikan. Hal ini
menunjukkan bahawa rata rata pelajar IPG Kampus Dato Razali Ismail memperolehi
keputusan yang cemerlang kerana nota yang dibuat oleh mereka membantu mereka dalam
memperolehi keputusan yang cemerlang. Jelaslah di sini bahawa nota amatlah membantu
dalam memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Penutup

Berdasarkan semua kenyataan di atas dapatlah kita simpulkan bahawa nota amatlah
membantu pelajar pelajar di IPG Kampus Dato Razali Ismail dalam pembelajaran mereka.
Nota yang baik dan berkualiti akan membantu keberkesanan dalam pembelajaran dan
terutamanya ketika musim peperiksaan kerana pada waktu itu pelajar perlu banyak merujuk
kembali ilmu ilmu yang telah mereka pelajari bukan sahaja bagi memenuhkan kertas
peperiksaan mereka malahan dada dada mereka dengan ilmu yang bemanfaat. Oleh itu,
biasakanlah diri dengan membuat nota agar diri kita dapat mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam hidup.
Penghargaan

Alhamdulillah hirabbil ‘alamin, saya merafakkan sepenuh rasa kesyukuran


kehadrat ilahi dengan limpah dan kurniaNya, dapat saya menyelesaikan kerja kursus
ini dengan jayanya. Sepenuh penghargaan kepada IPG Kampus Dato Razali Ismail
kerana telah banyak memberi kemudahan kepada saya dalam menyiapkan tugasan
ini antaranya perpustakaan yang menjadi sumber rujukan saya juga kemudahan
internet bagi memperolehi maklumat yang berguna. Terima kasih yang tidak terhingga
saya ucapkan kepada Encik Che Mansor bin Che Tom, Pensyarah Matapelajaran
Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB 1012) merangkap Ketua Jabatan Bahasa
Melayu atas kesudian beliau memberikan tugasan ini kepada saya. Beliau banyak
membantu saya sepanjang proses merealisasikan tugas ini berjalan. Saya juga
mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang banyak membantu
saya secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang melaksanakan kerja kursus
ini. Pelbagai ilmu yang dapat saya pelajari sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.
Selaras dengan anjakan paradigm dalam era globalisasi ini, begitulah kebiasaannya
sebagai seorang bakal pendidik untuk sentiasa mempelajari ilmu baharu bagi
memastikan diri dilengkapi dengan pelbagai ilmu pengetahuan supaya mahasiswa
tergolong dalam dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu
mencabar. Akhir kata, saya berharap agar segala tugasan yang diamanahkan kepada
saya dapat memberi manfaat kepada saya dan orang lain agar kita sama sama
menjadi pendidik yang berkualiti demi masa depan generasi muda kita.
Isi Kandungan

Bil. Perkara m/s

Penghargaan

Pengenalan

Kemahiran Mencatat Nota

Kemahiran Membuat Nota di IPG Kampus Dato Razali Ismail

Penutup

Penghargaan
Rujukan

i) BUKU

Ahmad, S. (2003). Kemahiran Belajar Berkesan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn Bhd.

Ali, H. H. (1999). Strategi Belajar yang Berkesan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Ali, P. H. (1994). Teknik Belajar Untuk Kejayaan. Hulu Kelang, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hamzah, D. M. (2014). Panduan Praktikal Kejayaan Prestasi Akademik. Alor Gajah, Melaka: Excellent
Wisdom Sdn Bhd.

Said, M. M. (2010). Studi Lebih Smart! Batu Caves, Selangor: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

ii) INTERNET

https://sites.google.com/site/hanisahredh/bab-5-kemahiran-mengambil-dan-membuat-nota
http://gsb1012kumpulan1.blogspot.com/2015/09/kuliah-7-kesantunan-lisan-dan-
penulisan.html
https://www.slideshare.net/NoraRahman/kemahiran-mengingat-kemahiran-membuat-nota
http://fredofrena.blogspot.com/2016/08/kemahiran-membuat-nota.html

Anda mungkin juga menyukai