Anda di halaman 1dari 13

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


ISI KANDUNGAN ** Expression is
faulty **
SOALAN ** Expression is
faulty **
PENGHARGAAN ** Expression is
faulty **
1.0 PENGENALAN 1
2.0 KONSEP PERKEMBAGAN KANAK-KANAK 1
3.0 PERKEMBAGAN KANAK-KANAK DARI SEGI KOGNITIF, 2
MORAL DAN SOSIO EMOSI
4.0 PERKEMBAGAN KOGNITIF JEAN PIAGET 2
4.1 SKEMA 2
4.2 ASIMILASI 3
4.3 AKOMODASI 3
4.4 KESEIMBAGAN 3
5.0 PERKEMBAGAN MORAL LAWRENCE KHOLBERG 4
5.1 TAHAP PRAKONVENSIAONAL 4
5.2 TAHAP KONVESIAONAL 4
5.3 PASCAKONVESIONAL 5
6.0 PERKEMBAGAN SOSIO EMOSI ERIK ERIKSON 5
7.0 PERBEZAAN INDIVIDU 7
8.0 KONSEP KENDIRI 7
9.0 PERSONALITI 8
10.0 MOTIVASI 8
11.0 RUMUSAN 8
RUJUKAN 10

I
TUGASAN 2 : PENULISAN (40%) NPDL – EDUP2033

Pernyataan : Guru berkepribadian kompeten perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam

tentang psikologi pendidikan selain daripada menguasai kemahiran megurus pengajaran dengan

baik termasuk mengadun model kurikulum dengan kurikulum yang bakal diajar, bersesuaian

dengan faktor dan peringkat perkembagan kanak-kanak hingga awal remaja. Guru yang

berkeperibadian kompeten juga seharusnya berupaya mematuhi etika keguruan serta dapat

melaksanakan tanggungjawab selaras dengan kehendak dunia pendidikan masa kini.

Berdasarkan idea besar “Keperibadian Guru Kompeten”, teliti secara kritis teori-teori

perkembagan kanak-kanak dan membincangkan teori-teori berkenaan berdasarkan perbezaan

individu, personality, konsep kendiri dan motivasi pembelajaran kanak-kanak. Hasilkan

perbincagan anda hendaklah dijelmakan dalam satu penulisan yang panjangnya lebih kurang

1600 patah perkataan.

II
PENGHARGAAN

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh…

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat dan kurnia-

Nya, dapat kami menyiapkan tugasan Psikologi ini dalam masa yang telah ditetapkan. Di

sebalik kejayaan dan kami dalam mencari maklumat bagi menyelesaikan tugasan ini,

terdapat insan-insan lain yang sentiasa teguh berdiri di belakang kami bagi memberi

sokongan. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah kami, Encik Azmi Bin

Abdul Hamid dan Puan Mastura Binti Karimudin yang telah memberi kami maklumat-

maklumat berkaitan dengan tugasan ini. Tanpa bantuan daripada mereka, agak sukar bagi

kami untuk menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan dengan jayanya. Terima

kasih juga diucapkan kepada kedua ibu bapa kami yang tidak pernah henti dalam

memberikan sokongan dan tunjuk ajar serba sedikit serta kata-kata nasihat dalam

menyelesaiakan tugasan ini. Berkat doa dan kesabaran ibubapa dan para pensyarah maka

terhasillah satu penulisan bagi menyelesaiakn tugasan yang telah diberikan. Tidak lupa juga

kepada rakan-rakan seperjuangan yang sanggup bersama-sama berhempas-pulas

membantu kami menyiapkan tugasan ini.

III
1.0 Pegenalan

Guru berkeperibadian kompeten perlu mempunyai pengetahuan mendalam tentang

psikologi pendidikan selain daripada menguasai kemahiran melaksanakan pengajaran

dengan baik dan berkesan. Ilmu pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan

adalah merupakan perkara asas yang sangat penting dalam dalam merancang dan

melaksanakan kurikulum serta teknik mengajar yang bersesuaian pada semua peringkat

perkembangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru adalah

bertanggungjawab untuk memahami aspek pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak

pada semua peringkat usia bagi merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang

akan dilaksanakan serta membuat pemilihan bahan pengajaran yang bersesuaian. Guru

seharusnya mengetahuai potensi serta kecenderungan kanak-kanak bagi membimbing dan

memberi dorongan supaya potensi tersebut dapat ditonjolkan serta dikembangkan dalam

proses pembelajaran di sekolah sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

2.0 Konsep perkembangan kanak-kanak

Menurut Gesell (1949), secara global kanak-kanak yang normal cenderung mengikut

susunan pertumbuhan yang biasa dilaluai oleh kanak-kanak. Mengikut Mok Song Sang

(2009) perkembangan adalah satu proses yang berterusan daripada peringkat lahir

sehingga peringkat kematangan. Konsep perkembangan pada asasnya ialah perubahan

tingkah laku metal. Menurut Santrock (2008) dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel

mendefinisikan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan

sosiaoemosi seseorang individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga

ke akhir hayat. Manakala menurut Dr. Ragbir Kaur (2008), perkembangan boleh

didefinisikan sebagai perubahan sistematik yang berterusan dalam diri sesorang dari sejak

lahir hingga akhir hayat.

Kesimpuannya perkembagan dapat ditakrif sebagai satu perubahan kuantitatif dari

awal hingga akhir hayat sesuatu organisma dan berlaku secara berterusan tanpa henti

1
meliputi aspek biologi,kognitif dan sosioemosi. Seorang guru kompeten harus memahami

tahap-tahap perkembagan tersebut dan mengaplikasikannya di dalam ruang lingkup

pengajaran bagi menghasilkan pengajaran yang berkesan.

3.0 Perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif, moral dan sosioemosi

Mengikut kajian psikologi, perkembagan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada lima

aspek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Kelima-lima aspek ini pula

dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Ahli psikologi

berpendapat bahawa tiada individu di dunia ini yang yang mempunyai kadar perkembagan

yang sama, faktor baka dan faktor perseskitaran adalah sebagai penyebab utama

ketidasamaan kadar perkembagan setiap individu.

4.0 Perkembangan kognitif Jean Piaget

Berdasarkan kajian Jeans Piaget, perkembagan kognitif kanak-kanak terbahagi

kepada empat peringkat iaitu peringkat deria motor dari usia 0 hingga 2 tahun, peringkat

praoperasi darai usia 2 hingga 7 tahun, peringkat operasi konkrit dari usia 7 hingga 12 tahun

dan yang terakhir iaitu operasi formal berlaku selepas usia 12 tahun.

4.1 Skema

Menurut Jean Piaget skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan

individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema adalah

maklumat atau pengetahuan sedia ada seseorang individu tentang seseuatu yang telah

disetkan pada mindanya. Apabila seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum dan

semakin bayi itu membesar skema yang diperoleh semakin meningkat dan skema itu

semakin diperhalusi. Skema adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan,

menyusun dan mengurus. Pada peringkat ini guru kompeten berperanan memperbetulkan

skema sedia ada yang salah pada kanak-kanak.

2
4.2 Asimilasi

Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumat baharu

atau pengalaman baharu ke dalam skema yang sedia ada atau penyerapan maklumat baru

ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa

melalui pelbagai maklumat dan pengalaman. Guru haruslah memaikan peranan dengan

memberikan maklumat dan menyediakan pengalaman baru kepada pelajar untuk menyerap

pengetahuan baharu ke dalam skema yang sedia ada.

4.3 Akomodasi

Akomodasi iaitu penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta

perkembangan skema. Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang ada, maka

ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat yang diterima tidak sesuai, maka

maklumat itu akan ditolak atau diubahsuai. Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila

skema yang sedia ada diubah suai untuk digabungkan dengan maklumat atau pengalaman

baharu. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema yang sedia

ada. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap

pemahaman yang stabil dan mantap terhadap sesuatu perkara. Pada tahap ini guru

kompeten berperanan menyampaikan maklumat yang bersesuaian dengan skema yang

sedia ada suapaya dapat diserap ke dalam skema yang sedia ada.

4.4 Keseimbagan

Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses

penyerapan dan pengubahsuaian. Apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat

atau pengalaman baharu, kanak-kanak tersebut akan menyerap maklumat itu ke dalam

skemanya. Sekiranya berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika

maklumat dan pengalaman tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui

3
pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baharu. Jikalau maklumat baru itu dapat

disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan

bermula dari bayi sehingga dewasa.

5.0 Perkembagan moral Lawrence Kholberg

Teori yang dikemukan oleh Laerence Kholberg ialah lanjutan daripada teori Jean

Piaget dan ahli falsafah John Dewey. Lawrence Kholberg membahagikan perkembagan

moral kepada tiga tahap iaitu tahap prakonvensiaonal, tahap konvensiaonal dan tahap

pascakonvensional. Setiap tahap perkembagan tersebut boleh dibahagikan kepada dua

peringkat.

5.1 Tahap prakonvensiaonal

Tahap Prakonvensional merupakan tahap yang paling bawah dalam penakulan moral.

Pada tahap ini sesuatu perbuatan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman yang akan

diterima akibat dari perbuatan tersebut. Peringkat satu merupakan orientasi kepatuhan dan

hukuman. Kepatuhan kanak-kanak kepada sesuatu arahan atau amanran adalah untuk

mengelakkan daripada dikenakan hukuman. Peringkat dua pula ialah orientasi ganjaran

peribadi. Peringkat ini lebih menumpukan kepada kehendak dan perasaan sendiri. Sesuatu

perkara itu dinilai baik atau jahat adalah berdasarkan penilaian terhadap kesan ke atas

mereka. Guru boleh menggunakan kaedah ini megawal tingkah laku serta disiplin pelajar

sewaktu di sekolah dengan memberikan ganjaran kepada pelajar yang patuh pada arahan

dan megenakan tidakan kepada pelajar yang ingkar.

5.2 Tahap konvesiaonal

Tahap Konvensiaonal merupakan tahap pertengahan di dalam teori perkembangan

moral Lawrence Kohlberg. Pada tahap ini individu sudah mula mengaplikasi peraturan

berdasarkan sesuatu yang telah ditetapkan oleh ibubapa, guru dan komuniti. Tahap ini

4
mengandungi dua peringkat iaitu orientasi perlakuan baik dan akur kepada sistem sosial.

Peringkat tiga merupakan orientasi perlakuan baik. Individu pada peringkat ini menolong

orang supaya beliau dianggap sebagai seorang yang baik. Peringkat empat pula ialah akur

kepada sistem sosial dan etika peraturan. Individu pada peringkat ini mula mematuhi

undang-undang di atas rasa keyakinan beliau terhadap undang-undang yang ada dan

sanggup pula memperjuangkannya. Pada tahap ini pelajar mula patuh pada peraturan yang

telah di tetapkan dan mempunyai keyakinan terhadap pearaturan tersebut.

5.3 Pascakonvesional

Tahap penaakulan moral pascakonvensional adalah yang paling tinggi dalam

perkembangan moral Lawrence Kohlberg. Pada tahap ini, individu mula meneroka pilihan,

memilih alternatif-alternatif lain dalam penaakulan moral. Mereka mula mempunyai moral

dan etika yang tersendiri. Dua peringkat yang terdapat pada tahap ini ialah etika kontrak

sosial dan hak individu dari etika prinsip sejagat. Peringkat lima merupakan etika kontrak

sosial dan hak individu. Tingkah laku moral adalah berteraskan kepada kepentingan sosial

dan perjuangan ke arah kedaulatan masyarakat. Individu pada peringkat ini menghormati

undang-undang dan percaya bahawa undang-undang perlu diubahsuai untuk kesejahteraan

masyarakat. Peringkat enam pula ialah Etika prinsip sejagat. Pada peringkat ini individu

menunjukkan ciri-ciri tingkah laku moral berdasarkan kesedaran kendiri yang meletakkan

nyawa manusia, keadilan dan maruah pada peringkat tertinggi. Mereka juga sanggup

menerima hukuman di atas kesalahan yang dilakukan kerana patuh pada undang-undang

yang telah ditetapkan.

6.0 Perkembagan sosio emosi Erik Erikson

Teori perkembagan psikososial Erik Erikson adalah salah satu daripada teori-teori

yang paling terkenal dalam psikologi. Mengikut Erik Erikson manusia mempunyai keperluan

asas yang sama dan perkembagan individu bergantung pada tindak balas terhadap

keperlua asas tersebut. Erik Erikson juga berpendapat perkembagan manusia mengikut

5
tahap-tahap yang tertentu, setiap tahap mempunyai konflik dan ianya mesti diatasi sebelum

individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap yang berikutnya. Kegagalan mengatasi

konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan tahap berikutnya. Peringkat perkembagan

emosi mengikut teori Erik Erikson terbahagi kepada lapan peringkat yang utama.

Fasa autonomi merupakan fasa kedua peringkat sosio emosi kanak-kanak, fasa ini

merupakan fasa autonomi lawan keraguan yang berlaku pada kanak-kanak berumur 18

bulan hingga 3 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan cuba berdikari untuk melakukan

aktiviti fizikal tanpa memerlukan bantuan orang dewasa. Guru kompeten boleh memberikan

peluang kepada kanak-kanak pada peringkat ini untuk melakukan sesuatu sendiri dengan

pegawasan.

Peringkat ketiga ialah fasa inisiatif lawan rasa bersalah, fasa ini akan dilaluai oleh

kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak akan berdikari

dengan meneroka persekitaran dan kemahiran baharu yang diminatinya. Mereka sering

bertanyakan soalan dan mahukan penjelasan untuk setiap situasi yang berlaku. Sokongan

yang diberi akan menggalakkan inisiatif dalam diri kanak-kanak tersebut. Sebaliknya, kanak-

kanak yang tidak diberi peluang atau dihukum akan rasa bersalah dan hilang keyakinan diri.

Pada peringkat ini peranan guru kompeten adalah sangat penting bagi menggalakkan

pelajar meneroka apa yang ingin diteroka dan menjawab soalan yang igin mereka ketahuai

bagi megembangkan lagi pemikiran kanak-kanak.

Peringkat keempat ialah fasa industri lawan rendah diri yang wujud pada kanak-kanak

yang berumur 6 hingga 12 tahun. Peringkat ini kanak-kanak akan melaluai pembelajaran

kemahiran baharu atau menghadapai risiko rasa rendah diri jika menemui kegagalan.

Peringkat kelima ialah fasa identiti lawan kekeliruan yang berlaku pada kanak-kanak

yang sudah meningkat remaja. Mereka mula mencari identiti diri sama ada dalam

personaliti, bidang pekerjaan, perasaan jantina, politik dan agama. Pada peringkat ini,

mereka keliru terhadap identiti diri dan mudah terpengaruh terutamanya persekitaran sosial

mereka.

6
7.0 Perbezaan individu

Perbezaan individu adalah aspek yang penting dalam memahami tingkah laku

manusia yang pelbagai. Personaliti setiap manusia adalah berbeza antara satu sama lain.

Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu ini berlaku adalah dari aspek

perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi di kalangan individu. Manakala menurut

pandangan Tang (1993), perbezaan individu adalah satu hakikat yang tidak boleh dinafikan

dan perkara ini sering diabaikan dalam menyelesaiak sesuatu masalah. Penting sebagai

seorang kompeten untuk mengetahui dan mengambil perhatian terhadap wujudnya

perbezaan individu dengan memahami bahawa setiap murid adalah berbeza dari aspek

budaya, latar belakang keluarga, tahap sosioekonomi dan lain-lain lagi. Perbezaan individu

ini akan memberi kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka. Demi mencapai

objektif pengajaran dan pembelajaran, guru berperanan memahami dan mengenali setiap

jenis murid di dalam kelas dan mengolah pengajaran yang sesuai.

8.0 Konsep kendiri

. Konsep kendiri merupakan penilaian, persepsi atau tanggapan individu terhadap diri

sendiri yang meliputi kepercayaan, sikap, nilai dan perasaannya. Penilaian, persepsi atau

tanggapan terhadap diri yang diperoleh daripada pengalaman yang dilalui dan alam

sekeliling boleh berlaku dalam bentuk positif mahupun negatif. Dari kedua-dua jenis konsep

kendiri tersebut, konsep kendiri positif merupakan matlamat dalam pembinaan dan

pembentukan peribadi manusia. Sebagai seorang guru berkepribadian kompeten haruslah

menjadi model kepada pelajarnya untuk mendemonstrasikan bagaimana menghargai diri

sendiri dan memuji setiap kejayaan yang dicapai oleh diri sendiri bagi meningkatkan konsep

kendiri dalam diri pelajar. Guru kompeten juga harus menunjukkan rasa percaya terhadap

murid-murid dalam menyelesaikan sesuatu tugasan bagi meningkatkan keyakinan pelajar

terhadap kebolehan sendiri.

7
9.0 Personaliti

Personaliti ialah satu organisasi dinamik berkaitan dengan sistem psikofizikal dalam diri

individu yang akan menentukan penyesuaian individu terhadap persekitaran. Personaliti

disifatkan sebagai organisasi dinamik kerana ianya saling berintegrasi serta berhubungan di

antara pelbagai aspek personaliti yang lain dan berkait rapat dengan tabiat kebiasaan,

sikap, nilai kepercayaan, keadaan emosi, sentimen dan motif; juga asas fizikal di dalam urat

saraf, kelenjar dan keadaan tubuh badan manusia.

10.0 Motivasi

Motivasi merupakan suatu kuasa yang menjana dan mengarahkan sesuaatu tingkah

laku. Menurut Tan (2003) Konsep motivasi dianggap suatu usaha untuk memenuhi sesuatu

keperluan dan keinginan yang terdiri daripada aspek sosial, seksual, artistik dan

keselamatan. Motivasi dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menaruh minat dan

harapan terhadap sesuatu aktiviti pebelajaran dalam meningkatkan tahap pencapaian

akademik. Seorang guru kompeten haruslah sentiasa mengetegahkan fakta-fakta kepada

pelajar bertujuan memotivasikan pelajarnya agar terus memupuk minat untuk belajar.

11.0 Rumusan

Kesimpulanya, sebagai seorang guru yang berkeperibadian kompeten haruslah

menyediakan dan menyiapkan diri dengan ilmu psikologi perkembagan kanak-kanak dan

mengaplikasikannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharian. Seorang guru

boleh diketogorikan sebagai guru kompeten apabila berjaya megenali tahap-tahap

perkembagan setiap pelajar dan merangcang pegajaran serta bahan pegajaran yang

bersesuaian dengan tahap perkembagan pelajarnya dalam usaha mencapai objektif

pengajaran yang diiginkan. Guru kompeten juga haruslah memahami bahawa setiap individu

adalah berbeza dan cara pembelajaran setiap individu juga berbeza antara sama lain. Oleh

8
itu, guru haruslah menggunakan kaedah dan aktiviti yang pelbagai dalam proses pengajaran

dan pembelajaran supaya apa yang diajarkan dapat diterima dan diaplikasikan dengan baik

oleh semua pelajar megikut kaedah atau cara belajarnya yang tersendiri.

9
Rujukan

Mok Soon Sang. (2002). Ilmu Pendidikan untuk KPLI. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Subang Jaya

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor. (2008). Psikologi

Pendidikan. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

http://ipgkpt.edu.my/kdc%20interim/2017/modul/EDUP2023_PSIKOLOGI

%20PENDIDIKAN.doc

https://www.researchgate.net/publication/46405353_Bab_2_Teori-

teori_Perkembanganhttp://tujuhpen.blogspot.com/2014/07/teori-perkembangan-moral-

lawrence.html?m=1

https://www.academia.edu/31878789/Perkembangan_Kanak-

kanak_Jean_Piaget_and_Vygotsky_

https://www.academia.edu/7716344/Tokoh_Psikologi_-_Jean_Piaget

https://www.google.com/amp/s/dokumen.tips/amp/documents/teori-perkembangan-

sosioemosi-erik-erikson-kohlberg.html

https://www.google.com/amp/s/dokumen.tips/amp/documents/teori-perkembangan-

sosioemosi-erik-erikson-kohlberg.html

https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/download/usuluddin.vol45no1.1/5162/

https://bkupm.upm.edu.my/berita/memahami_personaliti_diri-49341?L=en

10

Anda mungkin juga menyukai