Anda di halaman 1dari 2

Di sini dapat difahami betapa besarnya kepentingan sembahyang kepada orang-

orang Islam yang beriman, di antaranya:

1. Solat dapat meningkatkan seseorang untuk sentiasa mengingati


Allah.

Firman Allah SWT:

Yang bermaksud: "Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku,


oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati
daku."
(Surah Toha ayat : 14)

Berdasarkan maksud ayat tersebut sembahyang adalah jalan bagaimana untuk


kita sentiasa mengingati Allah SWT. Sekaligus sembahyang juga merupakan
tanda pengabdian dan syukur seorang hamba kepada Allah SWT. Atas segala
nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita.

2. Solat dapat menghapus dosa.

Kita umat Islam tidak terlepas dari melakukan dosa dan solat lima kali sehari
semalam dapat menghapuskan dosa yang dilakukan. Sebagaimana yang
dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis:

ُ‫لص الَة‬ َ َ‫ص لَّى اهلل َعلَْي ِه َو َس لَّ َم ق‬


َّ َ‫ ا‬:‫ال‬ ِ
َ ‫َن َر ُس ْو َل اهلل‬ َّ ‫ض ي اهللُ َع ْن هُ أ‬ِ ِ َ
َ ‫"ع ْن أَب ْي ُه َر ْي َرةَ َر‬
".‫ش الْ َكبَائَِر‬ ِ ‫ْج ُم َع ِة َك َّف َارةٌ لِ َما َب ْيَن ُه َّن َما لَ ْم َت ْغ‬
ُ ‫ْج ُم َعةُ إِلَى ال‬
ُ ‫س َوال‬
ُ ‫الْ َخ ْم‬
Bermaksud: "Dari Abi Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
Sembahyang lima waktu dan sembahyang Jumaat hingga Jumaat berikutnya
adalah penebus dosa antara jarak waktu sembahyang-sembahyang itu, selama
dijauhinya dosa-dosa besar."
(Hadis riwayat Muslim)

3. Solat dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.

Solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukun-rukunnya


boleh mencegah orang yang melakukannya dari melakukan maksiat dan
kemungkaran. Firman Allah SWT:
Yang bermaksud: "…. Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari
perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah
lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan
apa yang kamu kerjakan."
(Surah al-Ankabut : 45)

4. Solat dapat memberi barakah hidup dan berbahagia kehidupan.

Kehidupan orang yang memelihara solat jauh berbeda dengan orang yang
meninggalkannya. Ini Jelas kita melihat orang yang memelihara solat
kehidupannya dipenuhi dengan keberkatan dan kebahagiaan. Sebagaimana
Firman Allah yang berbunyi:

Maksudnya: "Sesungguhnya berbahagia \ berjayalah orang-orang beriman.


(Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya."
(Surah al-Mukminun : 1-2)

Perlu diingatkan, bahawa solat adalah ibadah yang diterima oleh Baginda nabi SAW
secara langsung daripada Allah SWT, ketika nabi SAW mengadap Allah SWT di
“Sidratul Muntaha” dalam peristiwa Isra’ Mikraj adalah berbeza dengan ibadah lain
seperti ibadah puasa, zakat, haji dan lain-lain yang diterima melalui wahyu dengan
perantaraan malaikat Jibril AS pembawa wahyu. Ini adalah satu kenyataan bahawa
ibadah sembahyang itu terlalu istimewa di sisi Allah SWT.

Anda mungkin juga menyukai