Anda di halaman 1dari 7

Perkahwinan merupakan impian setiap insan yang berpasanganan dan mereka akan

berusaha sebaik mungkin untuk mengekalkan hubungan mereka. Perkahwinan juga sering
diibaratkan sebagai satu perjudian, ada yang bernasib baik mampu bertahan dan kekal
Bahagia sehingga ke hujung nyawa. Namun perancangan manusia adalah usaha dan
perancangan allah adalah takdir. Sungguh Allah adalah sebaik-baik perancang. Perceraian
adalah jalan terakhir jika semua usaha memulihkan perkahwinan gagal.
Perceraian ialah situasi bercerai antara suami isteri. Perceraian bermaksud menamatkan
hubungan perkahwinan sama ada dengan pilihan suami atau dengan keputusan qadi.
Perceraian melibatkan kerosakan hubungan silaturahim antara dua keluarga, anak-anak,
dan masyarakat. Allah telah berfirman dalam al-Quran berkaitan perceraraian dan cara
menghadapinya dengan begitu jelas, antaranya dalam surah albaqarah ayat 229:
‫ك ِب َم ۡعرُوفٍ أَ ۡو َت ۡس ِري ۢ ُح ِبإِ ۡح ٰ َس ۗ ٖن‬
ُ <ۢ ‫ان َفإِ ۡم َسا‬ ٰ َّ
ِ ۖ ‫ٱلطلَ ُق مَرَّ َت‬
Mafhumnya: talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah dia
(rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau
melepaskannya (menceraikannya) dengan cara yang baik.”
surah al-Talaq ayat 1:
‫ٰ َٓيأ َ ُّي َها ٱل َّن ِبيُّ إِ َذا َطلَّ ۡق ُت ُم ٱل ِّن َسٓا َء َف َطلِّقُوهُنَّ لِ ِع َّدت ِِهنَّ َوأَ ۡحصُو ْا ۡٱل ِع َّد ۖ َة َوٱ َّتقُو ْا ٱهَّلل َ َر َّب ُك ۡۖم‬
Mafhumnya: Wahai Nabi! Apabila kamu - (engkau dan umatmu) - hendak menceraikan
isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan
idahnya, dan hitunglah masa idah itu (dengan betul), serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan
kamu.
Namun Nabi SAW dalam sebuah hadis bersabda:

َّ ِ ‫أَ ْب َغضُ ْال َحاَل ِل إِلَى هَّللا‬


‫الطاَل ِق‬

Maksudnya: “Perkara halal yang paling dimurkai Allah adalah talak.”

 [Riwayat Abu Daud (2178) dan Ibn Majah (2018)]

Daripada ayat al-Quran dan hadis di atas jelas bahawa perceraian adalah diharuskan
namun ia adalah perkara yang paling dibenci Allah SWT. Jika seorang suami melafaz talak
kepada isterinya, perbuatan itu tidak berdosa namun ia dibenci Allah.

……………………………………………………………………………………………………….
Kes perceraian dalam masyarakat besut terus meningkat dari tahun ke tahun. Ustaz Zulhafiz
selaku Pegawai Pejabat Agama Islam Besut berkata mengikut rekod, sebanyak 284 kes
perceraian dicatatkan pada tahun 2017, 251 kes pada tahun 2018 dan meningkat mendadak
sebanya 454 kes sehingga Disember 2019. Fenomena ini adalah suatu trend yang serius
dan membimbangkan.
Perceraian sering berlaku apabila masalah yang dihadapi dalam sebuat pertalian kasih
menemui jalan buntu atau ikatan perkahawinan tidak dapat dibaiki lagi. Berdasarkan
temubual yang dilaksanakan mendapati bahawa punca utama berlakunya perceraian adalah
disebabkan usia yang muda. Perkahwinan di usia yang muda menyebabkan perceraian
berlaku sebelum usia perkahwinan mencecah 5 tahun (Berita Harian, 2016). Hal ini
demikian kerana usia pasangan yang masih muda, tidak matang dan masih mentah untuk
memahami konsep perkahwinan dan tanggungjawab yang perlu digalas sebagai seorang
yang sudah berkahwin.
Menurut Ustaz Zulhafiz, memang benar perkahwinan dalam islam telah disyariatkan oleh
alquran dalam surah alnur ayat 33:
٣٢ ‫ِيم‬ٞ ‫ضلِ ِهۦۗ َوٱهَّلل ُ ٰ َوسِ ٌع َعل‬
ۡ ‫ِين م ِۡن عِ َبا ِد ُكمۡ َوإِ َمٓا ِئ ُكمۡۚ إِن َي ُكو ُنو ْا فُ َق َرٓا َء ي ُۡغن ِِه ُم ٱهَّلل ُ مِن َف‬ َّ ٰ ‫َ]وأَن ِكحُو ْا ٱأۡل َ ٰ َي َم ٰى مِن ُكمۡ َوٱل‬
َ ‫صلِح‬
Mafhumnya: dan kahwinilah orang2 bujang lelaki dan perempuan dari kalangan kamu dan
.orang yang soleh dari kalangan hamba2 kamu lelaki dan perempuan
Nabi SAW juga menasihatkan jika sudah ada kemampuan maka bersegeralah berkahwin.
Sabda Nabi SAW :
ْ‫اع ِم ْن ُك ُم ْال َبا َء َة َف ْل َي َت َزوَّ ج‬
َ ‫َيا َمعْ َش َر ال َّش َبابِ! َم ِن اسْ َت َط‬
Maksudnya: Wahai sekalian pemuda, jika ada antara kalian yang mampu (untuk bernikah)
maka nikahlah.”
Riwayat Muslim (2577)
Namun begitu, Jika tiada persiapan mental, kehidupan selepas kahwin muda mungkin
berakhir dengan tragedi. Buktinya, terdapat rekod kes yang menunjukkan pasangan suami
isteri yang berumur 20-an tahun serta tidak mempunyai pekerjaan bercerai setelah 3 bulan
berlayar dalam bahtera perkahwinan.
Selain itu, faktor perceraian yang berlaku di besut adalah disebabkan jenayah domestik.
Terdapat kes perceraian di besut dilaporkan akibat isteri dipukul suami kerana terlibat
dengan dadah, panas baran serta tidak mampu mengawal emosi dan pasangan terlibat
dengan kes jenayah. Kajian mendapati faktor utama berlakunya kes fasakh adalah
disebabkan penglibatan penggunaan dadah(Nur Juwariyah Binti Mohammed, 2011). Hal ini
Mendatangkan kemudaratan fizikal dan mental kepada si isteri dan membawa kepada
pembubaran perkahwinan secara talak atau fasakh. Natijahnya, keganasan rumah tangga
ialah satu kezaliman yang amat dibenci Islam.
Allah juga telah merakamkan dalam alquran bahawa Suami sememangnya telah
diperintahkan oleh Allah untuk melayan isteri dengan penuh kebaikan. Firmanya dalam
surah alnisa ayat ke-19:

َ ‫ض َم<<ٓا َءا َت ۡي ُت ُم<<وهُنَّ إِٓاَّل أَن َي< ۡ<أت‬


َ ‫ِين ِب ٰ َفح‬
ٖ‫ِش <ةٖ ُّم َب ِّي َن< ۚ<ة‬ ِ ‫ض <لُوهُنَّ لِ َت< ۡ<ذ َهبُو ْا ِب َب ۡع‬ َ ‫ٰ َٓيأ َ ُّي َه<<ا ٱلَّذ‬
ُ ‫ِين َءا َم ُن<<و ْا اَل َي ِح < ُّل لَ ُكمۡ أَن َت ِر ُث<<و ْا ٱل ِّن َس <ٓا َء َك ۡر ٗه< ۖا َواَل َت ۡع‬
ٗ
١٩ ‫ُوفِ َفإِن َك ِر ۡه ُتمُوهُنَّ َف َع َس ٰ ٓى أَن َت ۡك َرهُو ْا َش ۡ ٔ‍يا َو َي ۡج َع َل ٱهَّلل ُ فِي ِه َخ ۡي ٗرا َكث ِٗيرا‬ ۚ ‫َوعَاشِ رُوهُنَّ ِب ۡٱل َم ۡعر‬

Mafhumnya: Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-
perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan
menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian
dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan
perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu)
dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan
tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu
bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan
yang banyak (untuk kamu).
Faktor seterusnya adalah disebabkan pasangan yang main kayu tiga atau curang. Hal ini
telah menjadi barah dalam masyarakat kita kerana Mereka bagaikan seolah-olah tidak
bersalah dengan mengadakan ‘urusan’ di belakang pasangan masing-masing. Bukan
sekadar lelaki sahaja, ramai perempuan melakukan perkara yang sama (Zainab Ismail, Wan
Ibrahim Wan Ahmad & Norlailahusna Razali, 2011). Perbuatan terkutuk seperti ini amat dimurkai
oleh Rasulullah SAW yang turut disebut dalam sebuah hadis:
‫ليس منا من خبب ( اي فسد ) إمـــرأة على زوجها‬
“Bukan dalam golongan kami (umat Nabi Muhammad) orang yang merosakkan ikatan
seseorang isteri dengan suaminya.” (hadis riwayat abu daud: 2175 juga dinilai sahih oleh
As-Syaikh Al-Albani dalam "Sahih wa dho’if sunan abi daud”
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menerusi kajiannya
mendapati, penggunaan media sosial secara meluas dan penganjuran program pertemuan
tautan kasih alumni sekolah (reunion), menjadi antara pencetus kecurangan sehingga
menyebabkan pasangan suami isteri bercerai (berita harian, 20). Jadi, apabila pasangan
mengetahui perkara ini, sudah tentu perceraian adalah pilihan terakhir kerana tidak sanggup
meneruskan perhubungan Bersama penzina.
Selain itu, faktor enggan dimadukan juga menyebabkan si isteri meminta cerai dengan
suami. Ramai isteri yang tidak mahu dimadukan dan rela diceraikan walaupun dalam
alquran terdapat hukum yang membenarkan suami untuk berpoligami. Hal ini berdasarkan
firman Allah SWT dalam Quran Surah An – Nisa ayat 3 yang berbunyi:

‫ت‬ْ ‫ َف<<إِنْ ِخ ْف ُت ْم أَاَّل َتعْ< ِدلُوا َف َوا ِح< َد ًة أَ ْو َم<<ا َملَ َك‬  ۖ‫<اع‬ َ ‫<اب َل ُك ْم م َِن ال ِّن َس<ا ِء َم ْث َن ٰى َو ُثاَل‬
َ <‫ث َو ُر َب‬ ُ <‫َوإِنْ ِخ ْف ُت ْم أَاَّل ُت ْق ِس‬
َ <‫طوا فِي ْال َي َت<<ا َم ٰى َف<<ا ْن ِكحُوا َم<<ا َط‬
‫ك أَ ْد َن ٰى أَاَّل َتعُولُوا‬ ‫ل‬ َ
‫ذ‬ ٰ   ۚ   ‫م‬‫ك‬ُ ُ
‫ن‬ ‫ا‬‫م‬‫ي‬ْ َ ‫أ‬
َ ِ ْ َ

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim
(bilama kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi ;
dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka
(kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah
lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya”

Namun sesetengah wanita enggan dimadukan kerana Isteri hanya cuma mahukan suami di
sisi untuk melayan mereka secara eksklusif, bukan dengan perempuan lain, walaupun
berstatus halal. Selain itu, si isteri lebih mengenal perangai dan status ekonomi si suami.
Terdapat suami yang tidak dapat berlaku adil serta tidak mampu dari segi kewangan untuk
berpoligami. dalam surah An – Nissa , Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.
‫َولَنْ َتسْ َتطِ يعُوا أَنْ َتعْ ِدلُوا َبي َْن ال ِّن َسا ِء َولَ ْو َح َرصْ ُت ْم‬
“Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara istri-istri (mu) walaupun kamu
sangat ingin berbuat demikian”
akhirnya, si isteri lebih memilih untuk bercerai daripada meneruskan perkahwinan yang tidak
membahagiakan
Akhir sekali, perceraian turut berlaku ekoran sebab-sebab yang remeh dan sukar diterima
akal seperti tiada keserasian, berbeza fahaman politik, suami keluar bekerja tidak tentu
masa, pasangan terlalu cerewet, masalah kesihatan pasangan, masalah tiada zuriat,
masalah pasangan tidak bertanggungjawab, masalah cemburu yang berlebihan, suami
meninggalkan isteri tanpa berita dan sebagainya. Kebiasaannya, masalah-masalah ini
muncul kerana wujudnya perasaan dendam dan marah yang menyebabkan berlakunya
pertengkaran dan pertelingkahan (Mohd Saleh, 2009). Jika kita lihat, setiap masalah ini
adalah ujian yang diberikan oleh Allah untuk menguji manusia. Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud: “Apabila Allah menyayangi seseorang hamba-Nya, Allah menguji dengan
kesusahan sama ada pada diri, keluarga, anak mahupun pada harta supaya dibersihkan
daripada dosanya. Sekiranya dosa masih ada, Allah akan membuatkan matinya menjadi
susah supaya apabila bertemu Allah dalam keadaan tidak berdosa.” Maka, setiap ujian dan
musibah yang diturunkan ke atas seseorang hamba itu sebenarnya bertujuan untuk
menghapuskan dosanya
……………………………………………………………………………………………………
Pelbagai pendekatan dilakukan oleh pejabat agama islam dalam usaha menangani isu
perceraian rumah tangga di daerah Besut seperti program kursus pra-perkahwinan, kursus
pasca perkahwinan, seminar dan program kekeluargaan, khidmat nasihat, ceramah
kekeluargaan dan sebagainya. Namun menurut Ustaz Zulhafiz kebanyakkan masyarakat
besut sukar untuk diubah fikiran dan kebanyakkan pasangan yang datang ke pejabat untuk
memfailkan perceraian adalah kerana sudah tekad.
Program kursus pra-perkahwinan iaitu kursus yang diwajibkan untuk dihadiri oleh setiap
muslim dan muslimat sebelum bernikah. Modul Kursus ini mengguna pakai modul yang
telah disusun oleh jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai pendedahan awal
kepada bakal pasangan yang akan melayari bahtera perkahwinan. Natijahnya, kursus ini
adalah satu alternative untuk mengatasi masalah yang berlaku dalam rumah tangga
masyarakat Islam di besut.
Selain itu, pihak pejabat agama islam besut juga telah melaksanakan kursus pasca
perkahwinan iaitu bagi pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga. Kursus ini
dilaksanakan mengikut modul yang telah ditetapkan oleh pihak jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) yang dikategorikan kepada empat fasa. Fasa tersebut ialah fasa bulan
madu iaitu bagi usia perkahwinan pasangan yang kurang lima tahun, fasa sehati sejiwa iaitu
usia perkahwinan 6 hingga 10 tahun, fasa semarak kasih iaitu usia perkahwinan 11 hingga
20 tahun dan fasa terakhir iaitu fasa syurga cinta untuk pasangan yang telah mencecah
lebih 21 tahun dalam alam perkahwinan. Namun begitu, program ini telah diberhentikan
mulai tahun
Akhir sekali, unit khidmat nasihat telah diwujudkan untuk membantu pasangan yang
menghadapi masalah rumah tangga dengan menjalani khidmat kaunseling. Namun setelah
melalui metod ini, kebanyakkan pasangan tetap memilih perceraian kerana tidak mampu
bertahan lagi dengan pasangan masing-masing. Oleh itu, kesedaran dalam diri sendiri
dalam usaha penyaluran ilmu pengetahuan terutama ilmu agama, ilmu komunikasi rumah
tangga, ilmu psikologi dalam rumah tangga, pendidikan anak-anak bagi pasangan suami
dan isteri amat penting (Sapora Sipon & Rohaya Hussin, 2012). Pengamalan serta
meningkatkan amal ibadah yang betul adalah merupakan salah satu kaedah efektif bagi
membendung timbulnya masalah dalam rumah tangga sekaligus perceraian dalam kalangan
pasangan suami dan isteri.
……………………………………………………………………………
Anak tidak sah taraf atau anak luar nikah merujuk kepada anak yang dilahirkan hasil
perzinaan dan bukan daripada perkahwinan yang sah atau persetubuhan syubhah. Oleh itu
kesahtarafan seseorang anak adalah merujuk kepada perkahwinan yang sah daripada
kedua-dua ibu bapanya. Sebelum ini, mereka disebut sebagai anak zina, dan disebabkan
panggilan itu agak hina masyarakat kemudiannya melunakkan panggilan tersebut sehingga
disebut sebagai anak tak sah taraf. Walaubagaimanapun, konsepnya masih tetap sama.
Insan yang dinamakan sebagi anak luar nikah ini bukanlah seorang yang berdosa. Tidak
seharusnya kita menghukum anak hasil zina di atas kesalahan yang dilakukan oleh dua
pasangan berzina sepertimana firman Allah S.W.T dalam surah al-Fathir ayat ke-18:

‫ب‬ ِ ‫ِين َي ْخ َش< ْو َن َر َّبهُم ِب<<الغَ ْي‬ َ <‫از َرةٌ ِو ْز َر أ ُ ْخ َرى َوإِن َت ْد ُع م ُْث َقلَ ٌة إِلَى ِح ْملِ َها اَل يُحْ َم ْل ِم ْن< ُه َش<يْ ٌء َولَ< ْ<و َك‬
َ ‫<ان َذا قُ<<رْ َبى إِ َّن َم<<ا ُتن< ِذ ُر الَّذ‬ ِ ‫َواَل َت ِز ُر َو‬
‫صاَل َة َو َمن َت َز َّكى َفإِ َّن َما َي َت َز َّكى لِ َن ْفسِ ِه َوإِلَى هَّللا ِ ْالمَصِ ي ُر‬ َ
َّ ‫َوأ َقامُوا ال‬

Maksudnya: Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang
lain; dan jika seseorang yang berat tanggungnya (dengan dosa), memanggil (orang lain)
untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikitpun
daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari kerabatnya sendiri.
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada orang-
orang yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhan semasa mereka tidak dilihat orang dan
semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, serta mereka mendirikan sembahyang. Dan
sesiapa yang membersihkan dirinya (dari segala yang dilarang) maka sesungguhnya ia
melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri dan (ingatlah), kepada Allah
jualah tempat kembali.
Rasulullah juga telah bersabda bahawa setiap insan yang dilahirkan itu adalah dalam
keadaan fitrah berdasarkan hadis tersebut:
‫ص< َرا ِن ِه أَ ْو‬ ِّ ‫ َف<<أ َ َب َواهُ ُي َهوِّ َدا ِن< ِه أَ ْو ُي َن‬،ِ‫َعنْ أَ ِبي ه َُري َْر َة ـ رضى هللا عنه ـ َقا َل َقا َل ال َّن ِبيُّ صلى هللا عليه وسلم " ُك ُّل َم ْولُو ٍد يُولَ ُد َعلَى ْالف ِْط< َرة‬
‫ُي َمجِّ َسا ِن ِه‬
Maksudnya: Setiap anak yang dilahirkan itu dalam keadaan fitrah (suci bersih), kedua
ibubapanyalah yang mencorakkanya menjadi yahudi atau nasrani atau majusi. (Hadis
riwayat Bukhari 1385)
Intihanya, anak tak sah taraf ialah sebahagian daripada umat islam dan hamba Allah sama
seperti anak2 yang lain. Mereka juga berpeluang untuk menjadi anak2 soleh dan berguna
untuk agama dan ummah. Kewajipan manusia adalah untuk mendidik dan membimbing
mereka kearah kebaikan dan bukanlah merendahkan maruah mereka apalagi memandang
mereka dengan serong serta mengabaikan mereka.
………………………………………………………………………………………
Statistik kelahiran anak tak sah taraf yang tinggi di besut membuktikan masyarakat sedang
mengalami krisis keruntuhan moral yang sangat meruncing. Hal ini jelas bertentangan
dengan prinsip Islam yang menekankan tentang kemuliaan nasab dan keturunan dalam
kehidupan berkeluarga.
faktor ibu bapa yang tidak cakna juga menjadi penyebab kepada kelahiran anak luar nikah.
Dalam situasi negara yang mempunyai kos sara hidup tinggi menjadikan ibu bapa sibuk
mengejar harta tanpa sedar didikan agama dan perhatian kepada anak2 diabaikan. Hal ini
menyebabkan anak2 cenderung untuk bergaul dengan orang yang sembarangan dan
melampaui batas agama yang membawa diri mereka untuk terjebak ke dalam kancah
maksiat dan impaknya si anak hamil anak luar nikah. Padahal ibu bapa berperanan penting
dalam memberikan didikan kepada anak2 lebih2 lagi didikan agama. Oleh itu, telah menjadi
tanggungjawab ibu bapa untuk mengajar anak dari segi batas pergaulan dan mementingkan
aspek aurat dengan menunjukkan contoh yang betul agar anak akan mencontohinya.
Firman Allah dalam surah al-ahzab ayat ke-33:
‫َو َقرْ َن فِي ُبيُو ِت ُكنَّ َوال َتبَرَّ جْ َن َتبَرُّ َج ْال َجا ِهلِ َّي ِة األُولَى‬
“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku
seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu.”
Selain itu, faktor berlakunya anak tak sah taraf ialah disebabkan individu yang suka hidup
berfoya-foya dan mengamalkan aktiviti salah laku seperti merokok, minum arak, melayani
video pornografi, penyalahgunaan dadah dan pergaulan bebas. Aktiviti yang tidak sihat ini
biasanya dilakukan oleh insan yang rebel iaitu memberontak dan menolak peraturan
sekolah, masyarakat dan negara kerana terpengaruh dengan nafsu dan rakan sebaya.
Melalui aktiviti secara beramai-ramai dan melibatkan percampuran lelaki dan perempuan
secara bebas membawa kepada hubungan seks liar dan akhirnya kelahiran anak luar nikah
berlaku.
Seterusnya, pengaruh daripada media massa dan penyalahgunaan internet serta gajet juga
menjadi punca terjadinya hubungan persetubuhan diluar nikah dan anak tak sah taraf.
Rancangan televisyen yang menyiarkan cerita aksi yang tidak positif serta Penggunaan
telefon yang tidak dipantau oleh orang dewasa akan membuatkan remaja mudah untuk
akses atau memuat turun gambar lucah dan menghantar sms perkataan lucah kepada rakan
ajnabi mereka. Tuntasnya, individu mudah terdorong untuk melakukan zina tanpa
memikirkan kesan yang akan dihadapi kemudian hari.
………………………………………………………………………………………………………
System Pendidikan iaitu memulakan Pendidikan dari dalam rumah terlebih dahulu iaitu
peranan ibu bapa dalam menguasai ajaran agama islam dan kemudian memberikan ajaran
agama islam yang kukuh. Anak2 perlu kenal Allah dan rasul terlebih dahulu sebelum
menguasai ilmu duniawi. Hal ini agar mereka sedar dan tahu tujuan untuk hidup di dunia
allah yang sementara ini adalah untuk mendapat keredhaan ilahi. Selain itu, perhatian yang
cukup oleh ibu bapa amat diperlukan bagi merapatkan hubungan antara ibu bapa dan
anak2. Dengan ini, Anak2 yang mempunyai masalah akan segera menceritakan dan
berkongsi rasa Bersama ibu bapa dan bukan mencari kawan sebaya yang belum matang
mengenai kehidupan sebenar.
Selain itu, sistem Pendidikan disekolah juga memainkan peranan yang signifikan. Guru perlu
menerapkan kaedah pengajaran yang tidak melibatkan percampuran antara murid lelaki dan
perempuan, manakala kawalan disiplin pula haruslah diperketatkan. Guru perlu mengenal
pasti murid yang terlibat dengan masalah disiplin seperti ponteng, merokok, peras ugut,
masalah ketagih, masalah sosial yang seius serta mengadakan sesi kaunseling kepada
mereka sama ada secara individu atau kelompok.
Seterusnya, sistem masyarakat pula berperanan untuk menjalankan program kesedaran
dalam masyarakat tentang anak tak sah taraf. Contohnya program ‘anak kami’ yang
dianjurkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (ppim) (bernama, 2019) bagi membantu
ibu terlanjur dan bayi mereka di mana keutamaan ialah bagi menjaga kebajikan bayi, ibu
kandung dan keluarga angkat. Program seperti ini telah membuka minda dan menukar
mentality masyarakat bahawa setiap penzina itu tidak semestinya selama-lamanya adalah
pendosa dan anak luar nikah tersebut tidak bersalah dalam hal ini serta tidak pernah berdoa
meminta untuk dilahirkan sebagai anak tak sah taraf. Di samping itu, jabatan agama islam
pula berperanan untuk menjalankan pemeriksaan mengejut di Kawasan yang sunyi dan
terbiar yang menjadi pusat kegiatan sosial seperti zina dilakukan.
……………………………………………………………………………………………………………
Hati adalah punca segala perbuatan dan sifat-sifat manusia yang tercela. Individu yang
gagal menjaga iman dan hatinya akan cenderung untuk membuat maksiat Perintah Tuhan
diabaikan sebaliknya cenderung mengikut kata hati atas pujukan dan tipu daya syaitan.
Justeru itu, dengan menularnya isu perceraian dan masalah pergaulan bebas antara
individu masa kini, sudah tiba masanya guru menanamkan ilmu dan inspirasi kepada murid
untuk menjadi insan yang berguna dan berakhlak baik demi agama, negara dan bangsa,

Anda mungkin juga menyukai