Anda di halaman 1dari 2

Guru kaunselor yang memberikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

kelompok pasti akan menghadapi masalah atau konflik yang susah untuk diselesaikan yang
dipanggil sebagai masalah keseriusan. Masalah ini dibahagikan kepada tiga tahap iaitu
tahap rendah, sederhana dan tahap yang paling serius. Masalah yang dikongsikan oleh ahli-
ahli kelompok perlu diselesaikan dalam kelompok kaunseling yang diadakan tanpa mengira
tahap keseriusan masalah. Guru kaunselor adalah berperanan untuk berfikir strategik yang
bijak dalam menguruskan masalah ini mengikut tahap masalah masing-masing. Hal ini
disebabkan proses menolong adalah berbeza mengikut ketahapan masalah yang dihadapi
oleh ahli kelompok.

Masalah Tahap rendah:

Masalah Tahap rendah merupakan masalah yang biasa dihadapi oleh ahli kelompok dan
bukan merupakan masalah yang serious. Contoh masalah pada tahap ini adalah masalah
silang budaya.Setiap individu mempunyai nilai dan budaya yang berbeza. Dalam kaunseling
memang tidak dapat dielak bahawa sistem nilai pemimpin akan sedikit sebanyak
mempengaruhi pandangan pemimpin mengenai matlamat kelompok dan jenis pendekatan
yang digunakan. Konflik nilai akan timbul apabila ahli kelompok datang dari pelbagai latar
belakang dan pengalaman yang berbeza dari segi budaya tahap sosioekonomi, perbezaan
umur dan gender, sistem kepercayaan, etnik dan agama yang berbeza.

Dalam masyarakat Malaysia pendekatan kaunseling pelbagai budaya khususnya dalam


perjalanan sesebuah kelompok adalah penting memandangkan negara ini terdiri dari
pelbagai etnik iaitu Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun dan sebagainya. Oleh yang
demikian seorang pemimpin kelompok harus tahu tentang kepercayaan dan sikap sesuatu
etnik apabila mengadakan proses menolong dalam kaunseling kelompok supaya ahli
kelompok merasai kaum mereka adalah diterima dan dihormati dalam kelompok.

Masalah tahap sederhana:

Masalah tahap sederhana merupakan masalah yang lebih serious daripada masalah tahap
rendah tetapi masih boleh dikawal. Masalah ini perlu diselesaikan dalam sesuatu tempoh
masa, sekiranya tidak diselesaikan ,masalah tahap sederhana akan menjadi lebih masalah
yang tahap kronik .Contoh masalah tahap sederhana adalah masalah kerahsiaan ahli
mendedahkan pemikiran, perasaan dan maklumat peribadi kepada pemimpin dan ahli
kelompok yang lain dan mengharapkan supaya maklumat itu tidak didedahkan kepada
individu lain di luar kelompok. Semua ahli kelompok mengharapkan kelompok ini memberi
peluang untuk berkongsi masalah dan yakin masalah ini tidak akan dikongsi oleh orang lain,
melainkan ia menggugat keselamatan dan kesejahteraan individu ataupun orang ramai.
Oleh itu, masalah kerahsiaan akan menjadi masalah yang sederhana serius sekirannya
berlakunya pembocoran rahsia kepada orang lain. Pemimpin kelompok perlu menjamin
kerahsiaan daripada semua pihak luaran kecuali apabila pendedahan diperlukan daripada
segi undang-undang iaitu melibatkan bahaya yang jelas dan nyata kepada keselamatan ahli
ataupun orang lain. Bagi menyelesaikan masalah ini berlaku dalam kaunseling kelompok
yang dijalankan, Pemimpin kelompok perlu mengatakan peraturan-peraturan dahulu
sebelum menjalanlan sesi kelompok supaya ahli kelompok tidak bebas berbincang dengan
sesiapa saja di luar sesi.

Masalah tahap kronik:

Masalah tahap kronik merupakan masalah yang paling serious berbanding dengan
masalah tahap rendah dan sederhana.Masalah tersebut merupakan masalah yang akan
memudaratkan nyawa diri atau mempunyai tindakan untuk mencederakan orang lain.
Masalah ini adalah sukar dikawal dalam kaunseling kelompok tetapi perlu didedahkan
kepada pihak yang lebih professional untuk penyelesaian yang lebih segera. Contoh
Masalah tersebut boleh berpunca daripada pelbagai aspek sama ada diri sendiri atau orang
lain seperti bunuh diri , membunuh orang lain, kemurungan dan emosi tidak stabil . Masalah
tahap kronik tidak dapat diselesaikan dengan sekadar dalam kaunseling kelompok tetapi
perlu diserahkan kepada pihak yang lebih berkuasa dalam bidang ini. Untuk menolong ahli
yang mempunyai masalah tahap kronik, kaunselor kelompok perlu mendedahkan kes ini
kepada perjumpaan dengan pakar atau orang yang dapat membantu ahli tersebut seperti
doktor psikologi.

Anda mungkin juga menyukai