Anda di halaman 1dari 11

PERSEMPELAN

Mohd. Majid Konting (1993) menjelaskan sampel ialah sebahagian individu yang

diambil melalui persampelan bagi mewakili sesuatu populasi yang dikaji atau

sebahagian individu dalam populasi19.

Richard Levin dan David Rubin (2000) menghuraikan sampel sebagai

pengumpulan sebahagian tetapi bukan semua unsur populasi yang dikaji dan

digunakan untuk menghuraikan populasi20. Menurut Fraenkel dan Norman (1996)

sampel adalah :

… is any part of a population of individuals on whom


information is obtained21.

Sampling pula ialah proses memilih sejumlah individu untuk tujuan kajian,

manakala persampelan ialah cara untuk mendapatkan maklumat bagi menyelesaikan

sesuatu masalah tanpa menggunakan seluruh ahli sesuatu populasi22.

Sedangkan populasi itu sendiri membawa maksud; keseluruhan individu untuk

mengumpulkan semua unsur yang dikaji, yang mana kesimpulan mengenainya sedang

19
Mohd. Majid Konting (1993), Kaedah Penyelidikan Pendidikan, c.2., Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka, h. 63.
20
Richard I. Levin and David S.Rubin (2000), Statistic Untuk Pengurusan. Susila Muniasamy dan
Halimah Awang (terj.), Petaling Jaya : Printice Hall, h. 44.
21
Fraenkel Jack R. and Norman E. Wallen (1996), How to Design and Evaluate Research. United
State of America : Mc Graw-Hill, Inc., h. 111
22
Mohd. Majid Konting, (1993), op.cit., h. 63.

1
cuba dibuat23. Pendapat yang sama dikemukakan oleh Fraenkel dan Norman (1996)

dalam menjelaskan populasi sebagai

… to all the members of a particular group, it’s the group


of interest to the researcher, the group to whom the researcher
would like to generalize the results of a study24.

Jika seseorang penyelidik mengambil keseluruhan individu dalam populasi

maka kajian tersebut tidak menggunakan sampel tetapi menggunakan populasi iaitu

‘target population’. Kajian yang baik adalah kajian yang menggunakan populasi

sebagai sampel kajian atau dengan mengambil sebanyak-banyak sampel yang

menghampiri jumlah dalam populasinya. Hal ini dijelaskan oleh Abdul Fatah dan

Mohd Majid (1993) dalam pemilihan sampel yang terbaik hendaklah mengikut

langkah-langkah berikut :

i. memberi definisi populasi


ii. mendapatkan satu senarai yang tepat dan lengkap dalam populasi
iii. memilih unit-unit yang representatif daripada senarai tersebut
iv. mendapatkan sampel yang cukup besar untuk mewakili ciri-ciri
populasi yang berkenaan25 .

Juga seperti yang dijelaskan oleh Fraenkel dan Norman (1996), jika pengkaji

mengambil kesemua individu yang ingin dikaji sebagai sample kajian, maka ia

dinamakan sebagai; target population atau populasi sasaran26.

23
Richard I. Levin and David S.Rubin (2000), op.cit., h. 44
24
Fraenkel Jack R. and Norman E. Wallen (1996), op.cit., h. 111.
25
Abdul Fatah Abdul Malik & Mohd. Majid Konting (1993), Memahami Penyelidikan Pendidikan :
Satu Pengenalan. Edisi Keempat, Fakulti Pengajian Pendidikan : Universiti Putra Malaysia., h. 120.
26
Fraenkel Jack R. and Norman E. Wallen (1996), op.cit., h. 92-93 & 111
Fraenkel dan Norman menjelaskan; A target populations is the actual population to whom the
researcher would like to generalize. Target population is always all of the individuals who possess a
certain characteristic, for example all student enrolled in teacher training programs.

2
Kajian kuantitatif dengan menggunakan soal selidik biasanya akan

menggunakan populasi dan sampel kajian. Manakala kajian kualitatif yang

menggunakan instrumen temu bual dan pemerhatian biasanya akan menggunakan sub-

populasi sebagai sampel kajian dalam bentuk purposive sample27.

Kajian yang menggunakan dua bentuk populasi (N = 268 / n = 158 – kajian

kuantitatif) dan sub-populasi (n = 3 – kajian kualitatif) dinamakan sebagai sampel

parallel bagi mengukuhkan data-data kajian yang diperolehi melalui total populasi28.

Pada kebiasaannya maklumat seperti ini akan dikumpul setelah sesuatu kajian

dijalankan agar data-data yang diperolehi daripada sampel menjadi lebih stabil,

maklumat seperti ini digunakan untuk memperbaiki dan mengemaskan kajian dari segi

isi dan urutan supaya lebih sesuai dengan matlamat dan objektif kajian yang hendak

dijalankan29.

Sebenarnya tiada peraturan yang khusus bagaimana memilih sesuatu sampel

yang mencukupi (oleh pembuat teori dan kaedah persampelan) telah dirumuskan
27
Ibit, h. 111 & 445.
Fraenkel dan Norman menjelaskan : … in almost all qualitative research, the sampel is a purposive
sampel. Random sampling ordinarily is not feasible.
A purposive sampling is nonrandom sampling methods. A purposive sample is a sample selected
because the individuals have special qualifications of some sort, or because of pior evidence of
representativeness.
28
William Wieersma (2000), Research in Education : An Introduction, h. 164.
Sampel parallel hanya digunakan dalam kajian survey dengan reka bentuk cross-sectional di mana
sampel dispesifikkan secara sub-populasi, jika dua atau lebih populasi yang digunakan secara serentak
dalam sesuatu kajian.
29
Arfah Aziz (1992), Perancangan Kursus Dalam Perkhidmatan . Kuala Lumpur : Bahagian
Pendidikan Guru, h. 18

3
kerana setiap situasi membentangkan masalahnya yang tersendiri biar pun terdapat

formula pengiraan sampel bagi sesuatu populasi30.

Sekiranya fenomena di bawah kajian bersifat homogen, maka sampel yang

kecil sudah memadai, yang penting ialah cara yang boleh menentukan

representatifnya sesuatu sampel31 dan boleh digeneralisasikan32. Dengan itu, prosidur

yang selamat ialah dengan menggunakan sampel yang sebesar mungkin iaitu sampel
30
Rober V. Krejcie dan Daryle W. Morgan (1970), “Determining Sample Size for Research
Activities”, Educational and Psychological Measurement, Vol. 30, Duluth : University of Minnesota, h.
607-610.
Krejcie dan Morgan memperkenalkan rumus bagi menentukan jumlah sampel bagi sesuatu populasi
dengan formula persempelan, S = X NP (1 - P) d (N – 1) + X P (1 – P)
S = require sample size
X = the table value of chi-square for 1 degree of freedom at the desired confidence level
(3.841)
N = the population size
P = the population propotion (assumed to be .50 (0.5) since this would provide the maximum
sample size).
d = the degree of accuracy experessed as a proportion ( .05)
Contoh pengiraannya seperti berikut (diberi N = 268)
S = X NP (1 - P) d (N – 1) + X P (1 – P)
S= 3.841 (268) (0.5) (1 – 0.5) (0.05) (268 – 1) + (3.841) (0.5) (1 – 0.5)
= 3.841 (268) (0.5) (0.5) 0.6675 + 0.96025
= 3.841 (67.0) 1.62775
= 257.35 1.62775
= 158.106
= 158
31
Fraenkel Jack R. dan Norman E. Wallen (1996), op.cit., h. 111.
A representative sample is a sample that similar to the population on all characteristics.
Representatif merujuk kepada kombinasi probability (random) sampling dan non-probability
(nonrandom)sampling. Keadaan ini berdasarkan kepada effect neutrality dan bukan kepada concept of
everage yang boleh dinyatakan dalam dua keadaan :
i. Menggunakan probability sample pada tahap awal kajian kemudiannya diakhiri
dengan menggunakan non-probability sampel. Bias pada tahap akhir persempelan akan
dineutralkan pada tahap awal persampelan.
ii. Non-probability sample digunakan pada awal persampelan dan diikuti dengan
probability sample iaitu teknik untuk melengkapkan proses pemilihan sampel. Bias
pada tahap awal persampelan akan diopsetkan pada tahap akhir persampelan oleh
probability sample.
32
Mak Lan Fong (1981), Evaluating Validity and Reliability of Selected Qualitative Research
Methods. Singapore : National University of Singapore, h. 5-6
Generalisasi bermaksud boleh membuat kesimpulan umum yang menyeluruh. Probability sampling
boleh mencapai maklumat-maklumat yang boleh digeneralisasikan.

4
yang baik hendaklah yang paling hampir mewakili seluruh populasi berkenaan dan

menggunakan sampel yang sebesar mungkin dan maksimum adalah amat penting

dalam keadaan tertentu33. Oleh itu, cara pemilihan sampel kajian secara target

populasi, tidak melibatkan random (probability) sampling techniques atau nonrandom

(nonprobability) sampling techniques.

Cara pemilihan sampel adalah berkait rapat dengan jenis kajian yang dibuat.

Terdapat dua jenis sampel; random (probability) dan nonrandom (nonprobability)

seperti rajah berikut:

1. Random Sampling Methods (Quantitative research)

C E T V ABCD E AB CD AB
Q Y I 25% EFG EF CD
R U N HI NO
W A M P FGHIJKLMN LM GH JKL
X L O 50% JK PQ PQR
B J OPQRS MNO
25%

Sample of CD
clusters GH
MNO

Sample of
C T Y BC(25%) CD individual
W L GJKM(50%) LM HCNO
B X J PRS(25%) JK
HI

Simple Stratified Cluster Two-Stage


Random Random Random Random

33
Abdul Fatah Abdul Malik dan Mohd. Majid Konting, op.cit, h. 122.

5
1. Simple Random

Memilih sampel secara rawak berdasarkan kepada populasi yang diketahui. Biasanya

teknik undian dalam pemilihan sampel jenis ini lebih adil terhadap populasinya.

2. Stratified Random

Membuat strata terhadap populasi mengikut peratusan kemudiannya memilih secara

rawak berdasarkan peratusan yang dikehendaki. Jenis sampel ini amat sesuai

digunakan bagi kajian yang berasaskan kepada zon, negeri, bahagian dan daerah atau

pemilihan sampel berasaskan kepada beberapa katogeri.

3. Cluster Random

Mengelumpukkan sampel kepada beberapa kumpulan dalam populasinya kemudian

memilih secara rawak kumpulan-kumpulan sampel tersebut.

4. Two-Stage Random

Terdapat dua langkah dalam pemilihan sampel. Pertama mengelumpukkan sampel

kepada beberapa kumpulan dalam populasinya kemudian memilihnya secara rawak

kumpulan-kumpulan sampel tersebut.

Langkah kedua adalah memilih secara rawak kumpulan-kumpulan sampel yang telah

diasingkan daripada populasinya seterusnya memilih secara rawak sekali lagi bagi

tujuan mengecilkan saiz sampel.

6
2. Nonrandom Sampling Methods (Qualitative research)

C E T V G J L A B CD
Q Y I W R U I P E F GH
R U N D E X Z
W A M P H J K C B I J KL
X L O N A M M N OP
B J Q R ST

Easily Especially
Accessible Qualified

U J B
A M P F
L O D J
A N

Convenience Purposive Systematic


SAMPLES

1. Convenience

Memilih sampel secara sembarangan atau membuat cekupan mana-mana individu

dalam populasinya.

2. Purposive

Memilih sampel kepada individu yang ada kepentingan atau tujuan dalam populasinya

atau sampel dipilih hanya kepada mereka yang berkenaan sahaja yang disebabkan

individu tersebut ada maklumat, sifat, ciri dan kategori yang dikehendaki.

7
3. Systematic

Membuat beberapa senarai individu dalam populasinya dan memilih setiap satu

individu dalam dalam senarai-senarai berkenaan.

Reka bentuk dan teknik persampelan perlu dibuat dengan mengambil kira

jenis kajian samada kajian berbentuk kuantitatif (menggunakan random sampling)atau

kajian kualitatif (menggunakan nonrandom sampling). Jika pengkaji ingin membuat

kajian dengan menyatukan kedua-dua jenis kajian, kuantitatif dan kualitatif maka

kedua-dua jenis semping tersebut hendaklah digunakan.

Ketika membuat pilihan teknik atau jenis persempelan, pengkaji mestilah

menjaga unsur-unsur representatif sample, hasil dapatan yang boleh

digeneralisasikan dan bias persampelan.seperti mana yang dijelaskan oleh Abdul

Fatah Abdul Majid dan Mohd. Majid Konting (1993), …. Umumnya terdapat tiga

faktor yang menentukan saiz sesuatu sampel : sifat populasi dalam sesuatu sample,

jenis penyelidikan dan darjah ketepatan yang dikehendaki34.

Bagi mengelakkan ‘bias’ persampelan, para pembuat teori penyelidikan

sains sosial telah menentukan saiz sampel. Dalam penyelidikan deskriptif, sebaik-baik

sampel ialah sebanyak yang mungkin. Minimum sampel bagi kajian deskriptif ialah 10

peratus daripada jumlah populasi, 20 peratus bagi jumlah populasi yang kecil dan

34
Abdul Fatah Abdul Majid dan Mohd. Majid Konting (1993), op.cit., h. 122.

8
minimum 30 peratus yang membenarkan pengguanaan statistik. L.R.Gay (1992) (juga

dalam Roscoe, J.T (1975)) menjelaskan :

in general, the minimum number of subjects believed to be acceptable


for study depend upon the type of research involved. For descriptive
research, a sample of 10 % of the population is considered minimum.
For smaller populations 20 % may be required. For correlation
studies at least 30 subjects are needed to establish the existence or
nonexistence of a relationship. For causal-comparative studies and
many experimental studies with tight experimental controls may be
valid with as few as is subject per group35.

Manakala Fraenkel, J.R (1996) pula menjelaskan, minimum sampel dalam

kajian berbentuk deskriptif ialah 100, 50 sampel bagi kajian kolerasi dan 30 sampel

bagi setiap kumpulan diperlukan dalam experimental methods dan cousal comperative

seperti mana pendapat beliau mengenainya :

“ Sample should be as large as researcher can obtain with a


reasonable expenditure at time and energy. A recommended
minimum number of subject is 100 for a descriptive study,
50 for correlation study and 30 in each group of for
experimental and causal-comparative studies” 36..

Untuk mengelakkan berlakunya bias persampelan dan mendapatkan sampel

yang lebih bersifat representatif dan boleh digeneralisasikan, pengkaji perlu

menentukan perkara-perkara berikut dilakukan sendiri :

i. Bagaimana - bersemuka terus dengan sampel


ii. Masa - menetapkan tarikh dan masa temu janji
iii. Cara - mengutip sendiri data
iv. Tempat - mengunjungi sendiri di mana sampel berada
v. Siapa - penyelidik sendiri bukan diwakilkan kepada orang37
35
L.R Gay (1992), Educational Research : Competencies for Analysis and Application. Fourt Edition,
New York : MacMillan Publishing, Company, h. 138.
36
Fraenkel Jack, R. dan Norman E. Wallen (1996), op.cit., h. 111
37
Abdul Fatah Abudl Malik dan Mohd. Majid Konting (1993), op.cit., h. 125-126.
Bias persampelan akan wujud sekiranya subjek atau responden yang telah dipilih menolak atau

9
Sebagai contohnya table bagi pecahan sampel mengikut jantina adalah seperti yang

ditunjukkan dalam jadual berikut :

Pecahan Sampel Mengikut Jantina Dan Lokasi Kajian

Sampel Kajian Lokasi Unit Jantina

Pengajian L % P % J %

1. Guru Pelatih MP. Islam PA-BA 42 16.0 39 14.9 81 30.9


PA-KT 17 06.4 20 07.6 37 14.0
PA-PJ 18 06.9 14 05.3 32 12.2
PA-PM 15 05.7 17 06.5 32 12.2
MP. Sarawak PA-KT 13 04.9 16 06.1 29 11.0
MP. Kent PA-PM 09 03.4 15 05.7 24 9.1
MP.Keningau PA-PM 03 01.4 24 09.2 27 10.6

Jumlah 117 44.7 145 55.3 262 100.0

Berdasarkan jadual di atas pecahan peratus bagi jantina hampir seimbang atas

kadar sampel lelaki 44.7 peratus (117) dan sampel wanita 55.3 peratus (145) n = 276.

Ini menunjukkan populasi dalam kajian ini bersifat heterogenous.

menarik diri daripada peserta yang masih tinggal dari segi ciri yang memang diketahui mempunyai
perkaitan dengan fenomena dalam kajian . Bias persampelan bermaksud data-data yang tidak didapati
itu boleh membiaskan hasil kajian sekiranyaa mereka yang gagal memberi jawapan itu semua asasnya
berbeza daripada subjek lain berhubung dengan fenomena yang dikaji. Untuk mengatasi bias
persampelan ini, sesorang penyelidik boleh membentuk sampel kedua secara rawak (random). Sampel
ini membabitkan mereka yang terdahulunya tidak memberi tindak balas terhadap instrurmen yang
diberikan. Untuk mendapatkan data balik, pengkaji boleh menemu bual subjek. Sekiranya jawapan
mereka tidak berbeza dalam sebarang cara secara signifikan daripada jawapan responden terdahulu,
maka penyelidik bolehlah mengandaikan bahawa data yang diperolehi daripada sekumpulan responden
yang terdahulu itu telah mewakili sampel yang tidak bias. Oleh itu data berkenaan bolehlah
digeneralisasikan kepada populasi.
Satu lagi cara untuk mengatasi bias persampelan ialah melalui :
i. persampelan berganda
ii. persampelan pelbagai tahap.
Kedua-dua teknik persempelan ini dilakukan untuk membuat pemeriksaan mengejut ke atas tahap data.

10
Bibliografi

Abdul Fatah Abdul Malik & Mohd. Majid Konting (1993), Memahami Penyelidikan
Pendidikan : Satu Pengenalan. Edisi Keempat, Fakultiu Pengajian
Pendidikan : Universiti Putra Malaysia.

Arfah Aziz (1992), Perancangan Kursus Dalam Perkhidmatan . Kuala Lumpur :


Bahagian Pendidikan Guru.

Fraenkel, J. R. and Wallen, E. N. (1996), How to Design and Evaluate Research.


United State of America : Mc Graw-Hill, Inc

Gay, L.R. (1992), Educational Research : Competencies for Analysis and Application.
Fourt Edition, New York : MacMillan Publishing, Company.

Krejcie, V. R and Morgan, W.D. (1970), “Determining Sample Size for Research
Activities”, Educational and Psychological Measurement, Vol. 30, Duluth :
University of Minnesota.

Levin, L. R. and Rubin, S. D. (2000), Statistic Untuk Pengurusan. Susila Muniasamy


dan Halimah Awang (terj.), Petaling Jaya : Printice Hall.

Mak Lan Fong (1981), Evaluating Validity and Reliability of Selected Qualitative
Research Methods. Singapore : National University of Singapore

Mohd. Majid Konting (1993), Kaedah Penyelidikan Pendidikan, c.2., Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wieersma, W. (2000), Research in Education : An Introduction. Boston : Allyn


and Bacon..

11

Anda mungkin juga menyukai