Anda di halaman 1dari 5

5 Langkah Penyediaan Ekstrak Neem

(Semambu), Kawal Serangga Perosak


Secara Organik
Irfan Muhd July 4, 2015 5 comments
47610
Nota Editor: Buat mereka yang mencari-cari resepi penyediaan ekstrak minyak
neem/semambu, kami kongsikan bersama peminat setia DIY untuk mencuba resepi
yang disediakan oleh Puan Salina Shamsudin. Artikel ini kami kongsikan bersama
anda setelah mendapat keizinan daripada penulis.

BACA: Ektrak Semambu (Neem Oil) Bertindak Sebagai Anti Kulat Dan
Penghindar Serangga

Mungkin ada di antara kita pening dengan pelbagai usaha yang telah dibuat untuk
banteras makhluk yang tidak diundang di persekitaran kebun mini anda.

Nah, resepi buat ekstrak daun neem ini juga mampu menghindar serangan
serangga perosak yang merosakkan tanaman kesayangan anda.

BACA: Semburan Kawalan Serangga

Resepi ini juga selamat digunakan untuk semua jenis tanaman, baik sayuran
mahupun buah-buahan. Untuk perbincangan dan persoalan, anda boleh rujuk
pada group Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri. Selamat mencuba.
Sembur pada keseluruhan kanopi

Bahan-bahan:
1. 3 ranting (atau lebih) daun mambu. Jika ada buahnya masukkan juga.
2. 5 sudu kecil bunga cengkih
3. 500ml minyak masak
4. Pendidih dua tingkat

Langkah Penyediaan:
1. Campur dan kisar dedaun mambu dan bunga cengkih bersama minyak masak
sehingga halus.
2. Panaskan bahan-bahan yang dikisar tadi dengan pendidih dua tingkat. Gunakan
api kecil.
3. Masak antara dua hingga tiga jam untuk mengeluarkan ekstrak minyak neem itu.
4. Biarkan ektrak minyak neem sejuk.
5. Tapiskan ke dalam botol simpanan.

Daun Semambu

1 Besen daun semambu


Kisar ramuan

Masak dengan pendidih dua tingkat

Siap dimasak setelah 2-3 jam


Biarkan sejuk, ditapis dan disimpan dalam bekas bertutup

Cara Penggunaan:
1 sudu makan minyak neem + 1 sudu makan cecair pencuci pinggan + 1 liter air,
sembur pada tanaman yang kena serangan perosak. Perosak boleh dihapuskan
dengan semburan minyak ini.

Kaedah dan Kekerapan Semburan:


Untuk pencegahan serangga, semburkan pada tanaman secara berkala, seminggu
atau 2 minggu sekali, mengikut keperluan.

Nota tambahan:
Minyak neem ini boleh dicampurkan dengan minyak serai wangi dan minyak
bawang putih semasa penggunaan. Cara pembuatan minyak serai wangi dan
bawang putih lebih kurang sama dgn cara membuat minyak neem, cuma bunga
cengkih tak perlu dimasukkan.

Anda mungkin juga menyukai