Anda di halaman 1dari 24

KEBUDAYAAN MELAYU ASPEK SOSIAL

Menurut Kamus Dewan, sosial bermaksud


segala yang berkaitan dengan masyarakat,
perihal masyarakat. Secara umumnya,
sosial meliputi aspek persahabatan,
pergaulan atau ajaran yang bertujuan untuk
membangunkan masyarakat secara damai.

Nilai dan
Kesenian Falsafah
Aspek Sosial

Agama, Adat dan Perubatan


Kepercayaan

Pakaian

Bahasa

Permainan
KESENIAN

Menurut Kamus Dewan Seni didefinisikan


sebagai karya (sajak, lukisan, muzik) yang
dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil
daripada sesuatu ciptaan. Manakala kesenian
bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan
seni dan keindahan (kehalusan).

Seni
Seni Seni
Muzik
Persembahan Tampak

KESENIAN
Seni Gerak
Seni gerak mengandungi segala gerakan tubuh badan yang
mempunyai unsur-unsur keindahan. Seni ini dapat dilihat pada
gerakan tangan, kaki, badan, mata dan anggota badan yang lain.
Seni gerak orang melayu dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu
seni tari dan seni drama.

SENI TARI

Seorang ahli sejarah tarian dan muzik Jerman bernama C. Sachs telah
memberikan definisi seni tari sebagai gerakan yang berirama. Seni tari
adalah pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri berirama yang
indah.
Jenis-Jenis Seni Tari

Tarian ini dicipta berdasarkan lagu-lagu melayu asli


dengan mengikuti irama lagu-lagu melayu asli yang
tertentu. Seni tari jenis ini ialah tarian yang dicipta
daripada lagu Makan Sirih, Gunung Banang, Sapu
Tangan, Asli Selendang, Bentan, Telani, Asli Abadi
dan sebagainya.

Tarian Asli

Tarian ini adalah sejenis tarian klasik dari daerah-


daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja-raja
Kelantan dan Patani. Asyik bererti kekasih , oleh itu
tarian ini bersesuaian dengan gerak–geri bersifat
lemah lembut dan penuh dengan ketertiban. Tiga alat
muzik penting yang digunakan ialah rebab , gambang
dan gedombak.

Tarian Asyik

Tarian ini dikatakan berasal daripada gerakan


berlaga ayam, iaitu sejenis sukan yang diminati oleh
orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta
oleh ahli tarian di negeri Perlis. Tarian ini diringi
dengan nyanyian lagu ayam didik.

Tarian Ayam Didik

Kata canggung berasal dari bahasa Thai yang bererti


menari. Tarian Canggung berasal dari negeri Perlis
dan menjadi popular di negeri Kedah, Perlis dan
Pulau Pinang. Tarian ini dicipta oleh seorang ahli
tarian dari Kangar selepas perang dunia kedua .

Tarian Canggung
Tarian ini berasal dari negeri Kelantan, ditarikan pada
musim menuai sempena dengan temasya dan
permainan wau. Pada musim menuai di negeri-
negeri sebelah Pantai Timur sering diadakan
permainan seperti main gasing, main wau, rebana
ubi, rebana kertuk, rebana kayu dan lain-lain lagi.
Bersempena dengan permainan wau maka satu
tarian yang diberi nama Cik Siti Wau Bulan telah
dicipta.

Tarian Cik Siti Wau Bulan

Tarian Joget dipercayai berasal daripada tarian Kaum


Portugis iaitu Branyo. Ketika itu Joget diiringi lagu-lagu
seperti Jingkling Nona tetapi sekarang banyak lagu-lagu
dihasilkan seperti Joget Serampang Laut, Joget 106,
Joget Johore Sport Club dan lain-lain. Joget juga dikenali
sebagai ronggeng asal daripada perkataan wrong geng
kerana ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita.

Tarian Joget

Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa yang


terpengaruh dengan islam. Ciri kejawaan itu jelas
pada pakaian penari-penari dan unsur islam jelas
semasa cerita itu ditarikan iaitu mengisahkan
peperangan Rasulullah dan para sahabat.

Tarian Kuda Kepang

Tarian ini dikatakan berasal dari negeri Parsi . Ianya


diringi dengan alat-alat muzik seperti dabus dan
marwas. Pakaian yang digunakan ialah baju melayu.

Tarian Zapin
Jenis-Jenis Seni Drama

Drama tradisional ini berkembang dengan popular


sekali di desa-desa di negeri Kelantan. Main
Puteri dianggotai oleh dua watak utama iaitu Tuan
Puteri dan  yang bermain rebab dan diiringi oleh
paluan gendang ibu dan anak. Ketika Tuan Puteri
lupakan diri, semangat halus akan meresap kedalam
tubuh Tuan Puteri dan Tok Minduk akan menyoal
makhluk halus tersebut untuk memastikan punca
penyakit.

Main Puteri

Makyong (atau Mak Yong atau Makyung) merupakan


sejenis tarian Melayu tradisional. Drama tari Mak
Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari
Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual,
lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan
instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang
formal dan bersahaja.

Mak Yong

Wayang kulit merupakan sejenis hiburan pementasan


bayang yang terhasil dari patung yang dibuat
daripada belulang (kulit lembu/kerbau/kambing).
Terdapat pelbagai jenis wayang kulit bergantung
kepada tempat asal mereka.

Wayang Kulit
T
E
B
lR
A
u
t.M
s
,N
jQ
S
d
y
D
g
n
rc
e
ib
h
a
p
m
o
k
H
F
w
P
z
I
SENI SUARA

Seni suara atau seni vokal lahir daripada pita suara yang boleh
memberi kepuasan kepada pendengar. Setiap seni vokal itu berbeza
mengikut masyarakat. Dalam masyarakat Melayu terdapat seni vokal
tanpa muzik dan seni vokal yang bergabung dengan muzik.
SENI TAMPAK

Seni tampak dalam masyarakat melayu meruapakan ciptaan yang


megandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang melayu
melalui ukiran, anyaman, tenunan, seni bina dan sebagainya.
SENI MUZIK

Muzik didefinisikan sebagai gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan


irama yang indah dan menyenangkan, bunyi-bunyian (Kamus Dewan,
2004). Muzik adalah satu daya tarikan kepada manusia. Ahli-ahli falsafah
berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai minat terhadap muzik.
Keadaan ini jelas dilihat kepada reaksi manusia terhadap bunyi-bunyian
yang sudah menjadi kegemaran sejak manusia dilahirkan. Muzik
sebenarnya tidak dapat dilihat dan dinikmati dengan pancaindera
penglihatan, tetapi boleh dirasai dengan hati atau perasaan.

Nobat Tradisi Muzik Rakyat


Perkataan nobat atau naubat merujuk Disamping tradisi tinggi yang berpusat diistana,
kepada gendang besar (kettle drum) yang terdapat pula tradisi rendah dikalangan rakyat
dipalu pada waktu tertentu atau dipalu oleh biasa yang terdir daripada kaum petani dan
sebuah kumpulan muzik yang bermain di nelayan. Perkembangan seni muzik diperingkat
hadapan raja. Nobat dipercayai berasal dari masyarakat tradisi rendah lahir daripada minat
istana Iran zaman silam dan selepas itu anggota masyarakat itu sendiri. Sebahagian
menjadi bentuk muzik yang popular di daripada mereka mewarisi keahlian bermain alat-
istana Iran-Iraq, Syria, Turki, Mesir, Afrika alat muzik itu daripada keluarganya. Alat-alat
Utara, Sepanyol, India dan kepulauan muzik ini diperbuat daripada bahan-bahan yang
Melayu diperolehi disekeliling mereka seperti buluh, kayu,
kulit binatang dan lain-lain. Muzik rebana
merupakan sejenis alat muzik yang berkembang
dalam masyarakat Melayu tradisional. Rebana
dimainkan dalam persembahan yang berunsur
keislaman seperti dikir, ratib, nazam, hadrah,
rodat, maulut dan lain-lain.
AGAMA ISLAM, ADAT DAN KEPERCAYAAN

Pada awalnya, masyarakat Melayu


menganut kefahaman animisme.
Agama Islam
Kepercayaan ini telah dianut oleh
masyarakat Melayu sejak sebelum
kedatangan agama Hindu lagi

Pada abad ke-4 masihi, pengaruh Hindu-Buddha


telah mula bertapak di Tanah Melayu. Maka, bermula
abad ke-4, masyarakat Melayu tradisional mula
menganut agama ini. Terdapat dua tempat yang
menjadi tapak tersebarnya agama ini di Tanah
Melayu iaitu kawasan Kedah Tua dan Langkasuka.
Kedatangan agama ini membawa pengaruh dalam
kebudayaan masyarakat ketika itu seperti adat
bersanding dalam perkahwinan masyarakat Melayu.

Akhir sekali ialah agama Islam yang mula bertapak di


Tanah Melayu pada abad ke-7. Agama Islam ini datang
ke Tanah melayu melalui pedagang daripada China, India
dan Tanah Arab. Kedatangan agama ini telah membawa
kepada bermulanya sistem pendidikan secara formal dan
peraturan yang menjadi garis panduan masyrakat Melayu.
Seperkara yang pasti, agama Islam membawa kepada
perubahan dalam sistem sosial masyarakat Melayu
seperti pentadbiran, pendidikan dan adat budaya.
ADAT

Bangsa Melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya. Kehidupan
sehari-hari sangat dipengaruhi oleh persekitaran masyarakatnya. Adat melayu telah
menjadi amalan turun-temurun zaman-berzaman yang diwarisi dari nenek moyang mereka
walaupun arus kemodenan telah lama menyerapi kehidupan masyarakat Melayu di negara
kita ini. Pepatah melayu "Biar mati anak, jangan mati adat", merujuk kepada betapa
pentingnya adat serta amalannya dalam masyarakat melayu. Terdapat banyak pepatah
serta ungkapan yang merujuk kepada perlaksanaan sesuatu adat itu. Kebanyakkan adat
adalah juga merupakan peraturan terhadap kehidupan sehari-harian, ia juga dipanggil
ritual.

Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas


seorang isteri yang telah genap tujuh bulan hamil dan
ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di
dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian
kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si
ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut.
Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk
memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-
betul telah genap tujuh bulan hamil atau belum cukup
bulan lagi. Tangan tok bidan akan memegang satu
hujung kain dan dengan tangannya yang sebelah lagi,
dipegangnya hujung yang satu lagi. Kemudian kain itu
diangkatnya sedikit sambil dilenggang-lenggangkan
badan ibu itu. Dari sinilah terbitnya panggilan
Lenggang Perut itu.

Melenggang Perut
Semasa adat berendoi, bayi akan diletakkan di dalam
buaian dengan menggunakan kain songket atau batik
dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang
akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-
lahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga
nazam atau marhaban dialunkan oleh sekumpulan
lelaki atau wanita. Pada hari ini, masyarakat Melayu
menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi
nama dan adat cukur rambut.
.

Berendoi

Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya


dalam tempoh seminggu. Pada ketika itu, adat cuci
lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga
dipanggil adat naik buai kerana selagi bayi itu belum
tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan
tidur disamping ibunya. Adat ini seelok-eloknya
dilakukan pada hari Isnin atau Khamis. Bahan-bahan
yang digunakan untuk adat cuci lantai ialah nasi kunyit
dan lauk-lauk, seekor ayam hidup, Paku, buah keras,
asam, garam dan sirih pinang, serta hadiah untuk
bidan sepersalinan pakaian.
.

Tanggal Pusat/Cuci Lantai

Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan.


Ia turut dipanggil adat potong jambul. Kenduri nasi
kunyit dan doa selamat diadakan pada hari tersebut.
Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya
dengan potongan berkelok-kelok,siku seluang untuk
dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan
sedikit air sejuk. Biasanya kelapa itu dihias,
umpamanya dengan melilitkan rantai emas atau perak
di kelillingnya.
.

Cukur Jambul
Lazimnya untuk bayi perempuan dilakukan ketika bayi
itu masih kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan.
Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak
perempuan akan menjalani upacara ini sekurang-
kurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat
ini akan dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak
lelaki, mereka akan menjalani adat bersunat atau juga
dipanggil berkhatan ketika umur mereka dalam
lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat berkhatan akan
dijalankan oleh Tok Mudim. Di dalam ajaran Islam,
bersunat atau berkhatan adalah wajib kerana Islam
menitikberatkan kesucian zahir dan batin.
.

Bersunat atau Berkhatan

Lazimnya untuk bayi perempuan dilakukan ketika bayi


itu Tujuan asal mengadakan majlis ini untuk
bersyukur kerana tamatnya pengajian Al-Quran
seseorang pelajar. Majlis berkhatam Al-Quran selain
merupakan satu adat yang bercorak agama, ia
diadakan bertujuan untuk mengingati jasa seorang
murid kepada gurunya. Hadiah bunga telur biasanya
diberikan kepada guru tersebut.

.
Khatam Al-Quran

Kedua-dua mempelai akan memakai dengan pakaian


pengantin, lazimnya baju songket dan dihias indah
dengan perhiasannya sekali.Pengantin lelaki akan
diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan
bunga manggar dari rumah penanggak menuju ke
rumah pengantin perempuan.Pengantin akan
bersanding di atas pelamin yang dihias indah dan
antara yang terdapat di atas pelamin ialah bunga
pahar.
pahar.
Bersanding
.
KEPERCAYAAN

Bangsa Melayu dahulu banyak meninggalkan bermacam-macam


kepercayaan yang mana dalamnya mengandungi pelbagai pantang larang,
tunjuk ajar yang halus dan nasihat yang berguna kepada anak cucunya
yang masih mentah dalam kehidupan harian mereka.
BAHASA

Bahasa ialah satu kod yang digunakan oleh pakar linguistik


untuk membezakan antara bentuk dan maksud. Bahasa
Melayu yang merupakan sejenis bahasa Melayu-Polinesia di
Bahasa Melayu
bawah keluarga bahasa Austronesia telah berusia lebih 1,000
tahun lalu. Bahasa Melayu dikatakan berasal dari Sumatera
Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Rekod terawal
bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682
Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.

Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa


pengantar di semua institusi pengajian awam di Malaysia.
Bahasa Melayu yang menjadi lingua franca penduduk Dunia
Melayu (Nusantara) sejak sekian lama juga telah dipilih oleh
pemerintah Indonesia menjadi bahasa resmi negara
tersebut.
DIALEK

Loghat (loghat daerah, dialek atau bahasa daerah) ialah kelainan dalam
sesuatu bahasa yang menjadi ciri satu golongan tertentu dalam kalangan
penutur bahasa itu. Istilah ini paling biasa digunakan untuk menghuraikan
corak pertuturan setempat juga ditentukan oleh faktor-faktor lain seperti
darjat sosial. Bahasa Melayu mempunyai pelbagai dialek.

TULISAN

Bahasa Melayu mempunyai bentuk tulisan yang tersendiri. Tulisan Jawi


telah mengangkat martabat Melayu dalam bidang keilmuan.
NILAI DAN FALSAFAH

Masyarakat Melayu umumnya mempunyai banyak nilai yang menjadikan bangsa


Melayu ini penuh dengan tatasusila dan terkenal dengan sopan santunnya. Nilai
merupakan salah satu aspen yang sentiasa ditekankan oleh ahli masyarakat.
Melalui nilai, kita akan belajar untuk mencontohi sesuatu amalan yang baik dan
positif. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 muka surat: 1081, nilai adalah taksiran
harga, harga sesuatu yang dibandingkan dengan harga yang lain, kadar nisbah,
sifat ketinggian dan darjat, kualiti, mutu dan taraf. Ini bermakna, nilai adalah ukuran
kepada sesuatu seperti sifat keperibadian dan sebagainya yang ada pada individu.
PERUBATAN

Sejak beberapa abad yang lampau perubatan dan rawatan tradisional Melayu telah menjadi
suatu tradisi dan merupakan cabang ilmu perubatan. Ia sering dikaitkan dengan zaman
kegemilangannya. Bomoh dan Tok Dukun telah menjadi pilihan masyarakat melayu pada
masa itu untuk mendapatkan rawatan. Masyarakat mengiktiraf mereka kerana mempunyai
kemahiran untuk mengubati penyakit yang
berkaitandengan jasmani (fizikal)dan rohani (dalaman).  Bomoh dan Tok Dukun telah
digunakan secara meluas oleh segenap lapisan masyarakat dan menjadi orang terpenting
bagi mengubati penyakit. Masyarakat amat percaya dan mempunyai keyakinan dengan
amalan perubatan dan rawatan Bomoh dan Tok Dukun.

Pengamal perubatan tradisional Melayu (Bomoh dan Tok Dukun) banyak bergantung


kepada pengetahuan dan ingatan yang di warisi dari gurunya secara turun-temurun. Ada
juga yang dikatakan mendapat ilmu tentang perubatan dan rawatan melalui mimpi atau
ilham dengan cara-cara yang tertentu. Walau bagaimanapun perubatan dan rawatan jenis
ini memerlukan mereka mengenalpasti hakikat sebenar penyakit yang terkandung di dalam
diri pesakit berkenaan.
PAKAIAN

Pakaian lelaki Melayu dan ia terdiri dari dua jenis iaitu


Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju Cekak Musang.
Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-
majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga
semmasa menunaikan Solat Jumaat. Pemakaian baju
Melayu kelihatan lebih berseri jika digandingkan
bersama sampin dan songket.

Baju Melayu

Terdapat pelbagai gaya kebaya antaranya di Selangor,


kebaya tidak berkolar. Di Perak pula lengan
kebayanya sangat lebar berbanding dengan kebaya di
negeri-negeri yang lain. Di Pahang pula, baju
kebayanya yang dikenali sebagai baju Riau Pahang
mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti baju
kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya
juga berbelah seperti baju kebaya yang lain, malah
turut dipasangkan kerongsang di bawah kancingnya
yang berbutang.
.

Baju Kebaya
.

Sebidang kain lebar yang dicantumkan kedua-dua


hujungnya. Kain sarung diperbuat daripada benang
kapas dan sutera. Ada juga kain sarung yang
diperbuat daripada tenunan songket. Biasanya kain
sarung songket hanya dipakai apabila ada majlis rasmi
atau sebagai pakaian pengantin. Kaum lelaki
memakai kain sarung dengan baju Melayu. Manakala
sama baju kurung atau baju kebaya.

Kain Sarung
.

PERMAINAN TRADISIONAL

Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-


layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk-
penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak
kurun ke-15. Sehingga kini, Wau masih digemari dan
dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan,
Terengganu, Kedah dan Perlis. Wau dicipta dalam
pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri
seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan,
wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang
kebayan, wau sewah dan wau barat.

Wau

Permainan sepak raga telah dimainkan sejak zaman


Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan
ini dimainkan oleh golongan bangsawan. Rakyat biasa
juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang
sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw.
Permainan ini bukan hanya dimainkan oleh orang
Melayu sahaja tetapi juga bangsa-bangsa lain di
seluruh dunia. Bola sepak raga diperbuat daripada
bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga
sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

Sepak Raga
Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan
Selambut atau Serembat. Permainan ini yang
selalunya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan
pada masa lapang. Permainan batu seremban ini
memerlukan lima biji ‘buah’. Buah yang dimaksudkan
sama ada guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil
atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat.
Permainan Batu Seremban ini ada beberapa
peringkat. Setiap peringkat ini dibezakan dengan cara
sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan
peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan
sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu
hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat
yang teratas dinamakan buah tujuh.

Batu Seremban

Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu


yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau
sebagai pertandingan.Peralatan yang digunakan untuk
bermain congkak biasanya diperbuat daripada batang
pokok kayu besar yang diukir seperti perahu.
Disebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai
haiwan seperti burung manakala dibahagian badan
papan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu.
Sekiranya bermain congkak di tanah, lubang digali dan
kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan
tidak kotor terkena tanah.

Congkak

Anda mungkin juga menyukai