Anda di halaman 1dari 11

Perkembangan Peringkat Remaja

- remaja ialah tahap kehidupan antara peringkat kanak-kanak dan peringkat orang
dewasa.
- Ia mengandungi pelbagai cabaran perkembangan seperti penyesuaian yang perlu
dibuat akibat kesan dpd pertumbuhan fizikal, pencarian psikologi tentang identiti
dan peningkatan tahap sosialisasi
- Sebelum ini, tahap remaja sering dilihat sebagai tahap atau peringkat
perkembangan yang dipenuhi dengan tekanan dan pergolakan luaran dan dalaman
diri remaja.
- Jadi penumpuan kajian dan penulisan literatur adalah semata-mata kepada
permasalahan dan keadaan tidak stabil yang dihadapi oleh kaum remaja ini.
- Namun kini ramai pakar psikologi perkembangan remaja seperti Garbarino (1985)
Manning (1983) dan Petersen (1988) menyifatkannya sebagai diskriminasi
professional kerana menurut mereka, majoriti remaja berjaya menangani cabaran
dan masalah yang mereka hadapi dengan baik. Mereka tidak sepatutnya dilihat
sebagai golongan yang sering memberontak, anti sosial dan melakukan
tingkahlaku devian. Mereka juga menolak wujudnya jurang generasi antara
remaja dengan ibu bapa mereka seperti yang sering di katakan.
- Pemikiran dan perspektif seperti ini hanya akan mempengaruhi tingkahlaku kita
bila berinteraksi dengan remaja ini.

Perkembangan Fizikal

I. Proses Baligh (Puberty) dan Lonjakan Pertumbuhan

- Konsep baligh melibatkan proses biologi yang meng”transform”kan kanak-kanak


kepada orang dewasa. Asas proses baligh ialah kematangan sistem reproduksi dan
perkembangan ciri-ciri seks secondary
- Perubahan pesat ini melibatkan semua tisu dalam badan. Ia juga melibatkan
perubahan kognitif, personaliti, emosi dan sosial.
- Lonjakan pertumbuhan melibatkan peningkatan ketinggian dan berat badan.
Untuk perempuan ia bermula kira-kira umur 8 1/2 – 10 1/2 dan untuk lelaki ketika
umur 101/2 – 16 tahun.
- Oleh kerana kadar pertumbuhan adalah lebih pada bahagian kaki dpd badan,
ramai remaja kelihatan tidak stabil. Perempuan mencapai ketinggian dewasa pd
umur 17 dan lelaki 21.
- Perubahan berat badan mereka adalah disebabkan oleh peningkatan saiz organ
dalaman, rangka tulang,otot dan lemak badan.
- Perbezaan gender berlaku pada kandungan dan pengagihan lemak “subcutaneous”
dalam badan dengan perempuan lebih banyak mempunyainya mengakibatkan
bentuk badan yang lebih lembut dan bulat.
- Lelaki memiliki lebih banyak otot dan saiznya yang lebih besar. Otot lelaki
bertambah sebanyak 14 x ganda (sehingga umur pertengahan tiga puluh)
sementara otot perempuan bertambah 10 x ganda.
- Rangka badan juga berubah dari segi komposisi, propotion, berat dan panjangnya.
Rangka perempuan berkembang lebih cepat dpd lelaki dengan struktur tulang
mereka mencapai saiz matang ketika umur 1 tahun dengan lelaki 2 tahun lebih
lewat. Peningkatan rangka badan adalah lebih bagi remaja lelaki.
- Juga berlaku ketebalan dan coarsening pada sifat muka. Pada lelaki, mulut lebih
lebar, hidung mancung dan dagu lebih kelihatan menjadikan muka mereka lebih
berotot dan angular. Lapisan lemak yang lebih pada perempuan membuat muka
mereka lebih lembut.
- Perubahan fizikal ketika lonjakan pertumbuhan pd remaja ini dikaitkan dgn
konsep “tren secular” yang mengangap remaja di Negara yang lebih maju adalah
lebih tinggi dan berat, mengalami lonjakan yang lebih cepat serta mencapai
kematangan fizikal dan seksual yang cepat juga.

II. Baligh dan Kematangan Organ Pembiakan

- Ciri seks primary adalah organ seks seperti zakar dan testes pada lelaki serta
ovari, uterus, clitoris dan vagina pada perempuan.
- Ciri seks secondary adalah janggut, misai, dan payu dara. Kematangan semua
organ ini menunjukan tamatnya zaman kanak-kanak seorang individu.

- Perkembangan seksual perempuan


o Perkembangan payu dara dan organ seksual spt bulu ari-ari dan
kedatangan haid serta pelebaran pinggang akibat pengaruh estrogen dalam
bahagian pertumbuhan tulang punggung.
o Payu dara mula terbentuk – 10-11 tahun. Pada masa yang sama uterus dan
vagina matang dan organ reproduksi ini mencapai status dewasa pada
akhir zaman remaja.
o Bulu mula tumbuh bila payu dara membesar tetapi sebelun kedatangan
haid. Mulanya tumbuh di bahagian luar bibir vulva dan kemudian tumbuh
tersebar secara horizontal. Pada akhir remaja ia menjadi lebih hitam,
berkerinting dan membentuk bentuk segitiga.
o Kedatangan haid ketika umur 13-14 tahun. Ia menandakan dengan lebih
jelas kematangan seksual seorang perempuan. Namun ia tidaksemestinya
menandakan pencapai kapasiti reproduksi yang yang tinggi. Kadangkala
ovum masih belum sempurna (shed). Sering juga ada jangka waktu
“sterility remaja” kira-kira setahun hingga setahun setengah selepas
kedatangan haid.
o Bentuk badan wanita dewasa mula terbentuk – punggung lebar
(membolehkan bayi melalui tulang punggung), peningkatan lemak
subcutaneous pada punggung, bahu, belakang,perut dan kaki. Buah dada
bertambah saiz dan bentuknya bila tulang dan struktur otot dada
berkembang.
- Perkembangan seksual lelaki
o Peningkatan pertumbuhan testes pesat ketika umur 12 tahun dan hamper
mencapai saiz dan bentuk dewasa diakhir zaman remaja.
o Penghasilan spermatozoa matang berlaku pd usia 15 tahun. Remaja
mengalami pancutan nocturnal atau air mani ketika sedang tidur. Ini
mungkin berlaku kerana kesukaan seksual dalam mimpi atau kerena
bladder yang penuh atau tekanan oleh pakaian tidur.
o Bulu jembut mula tumbuh ketika umur 12-14 tahun. Dua tahun kemudian
bulu ketiak dan pada muka (janggut dan misaim) mula tumbuh. Bulu dada
mungkin tumbuh pada akhir remaja.
o Juga peningkatan aktiviti sweat dan apocine glands (ejen untuk
penghasilan sistem reproduksi) dan perubahan suara yang ketara akibat
peningkatan panjangnya vocal cords.

III. Fisiologi Proses Baligh


- perubahan badan yang berkait dengan baligh adalah kesan dpd hormone.
Sebelum proses baligh bermula, putuity glands dirangsang oleh bahagian otak
iaitu hypothalamus. Oleh kerana putuity glands adalah glands utama yang
mengawal system endoctorine, ia akan juga merangsang glands yang lain.
- Baligh bermula bila putuity gland meningkatkan jumlah hormone pertumbuhan
(somatotrophic).Ini menyebabkan meningkatan pesat perkembangan badan dan
juga menandakan lonjakan pertumbuhan remaja. Jumlah thyroxin dan adrenalin
juga akan dikeluarkan dengan lebih banyak untuk mengimbangi peningkatan sel
or keseluruhan berat badan.
- Gonadotrophins juga dikeluarkan oleh putuity glands. Ia adalah hormone yang
merangsang testes dan ovari (gonads). Testes dan ovari mengeluarkan hormone
seks mereka sendiri. Hormon seks lelaki ialah testosterone dan estrogen dan
progesterone bagi perempuan.
- Tahap hormone seks yang tinggi dalam darah menyebabkan proses baligh tamat.
Hormon akan memberi signal kpd hypothalamus dan ia akan mengurangkan
pengeluaran hormone itu.

IV. Psikologi Proses baligh


- Kebimbangan remaja tentang perubahan fizikal mereka adalah perkara lumrah.
Reaksi mereka dalam menghadapai dan menangani perubahan itu ini memberi
kesan kepada cara mereka melihat dan menilai daya tarikan dan kekurangan yang
ada pada diri mereka sendiri.
- Perubahan fizikal boleh menimbulkan perasaan tidak selesa. Contohnya, keadaan
fizikal yang tidak stabil , sempurna, dan tidak menarik boleh menimbulkan
kebimbangan. Kedatangan haid juga menimbulkan ketidakselesaan emosi pd
mereka.
- Bila perubahan ini disertai dengan rasa sedikit sakit, lenguh, kejangalan, dan suara
pecah,pastinya ini akan membuat remaja tidak selesa dan ragu-ragu dengan diri
mereka sendiri.
- Baligh yang awal atau lambat keduanya menimbulkan self-consciousness. Pada
umumnya remaja yang baligh cepat melaporkan tahap kepuasan kendiri yang
lebih tinggi. Baligh awal juga dikaitkan dengan kelebihan lain seperti penyesuaian
social yang lebih baik, berdikari, keyakinaan diri dan self-reliant.
- Remaja yang baligh lewat mempunyai atau membina konsep kendiri yang lemah
dan risau dengan perkara berkaitan dengan penerimaan social. Mereka juga lebih
merujuk kepada tingkahlaku tertentu yang dapat menarik perhatian umum.
- Baligh juga akan meyebabkan remaja sedar, sensitive dan prihatin kepada
perkara yang berkaitan dengan aktivit sekssual, reproduksi, berpasangan dan
kekasih dengan remaja berlaianan jantina.

V. Kemahiran Motor
- remaja menunjukkan peningkatan dari segi kekuatan, reaksi, kebolehan
kordinasi yang baik. Lelaki mengatasi perempuan pada keseluruhan kemahiran
motor kerana memiliki otot yang lebih besar dan kuat (daya per gram utk setiap
tisu otot).
- lelaki lebih baik dalam biang yang melibatkan kecepatan gerakbalas dan
pengawalan keseluruhan badan seperti berlari, menbaling, dan alian-laian aktiviti
lasak.

Perkembangan Mental

Tahap Perkembangan Kognitif : Piaget

I. Formal Operation

- Kemahiran mendapat dan menggunakan pengetahuan dan maklumat mencapai


tahap tertinggi pada zaman remaja iaitu pada tahap operasi formal.
- Peringkat ini adalah peringkat pemurnian dan integrasi tahap-tahap sebelumnya.
- Permikiran menjadi lebih rasional dan terus berkembang sepanjang masa dewasa.
Kebolehan strategi mental individu terus menjadi lebih baik kerana terdapatkan
banyak situasi yang melibatkan penyelesaian masalah.
- Namun tidak semua remaja memasuki tahap ini dengan sempurna. Mengikut
anggaran hanya 40- 60 % sahaja remaja memasuki tahap ini sepenuhnya.
- “Permikir Formal” sepatutnya boleh melihat dan memahami perhubungan
diantara dua idea, boleh melakukan tugasan kompleks dengan sendirinya dan
boleh memahami maklumat atau perkara yang tersirat serta dapat memberikan
penaksiran dan aplikasi terhadap sesuatu maklumat terebut.
- “pemikir konkrit” biasa menghadapi masalah melihat perhubungan antara dua
idea, perlu diterangkan tentang sesuatu perkara satu persatu, menaksir sesuatu
secara literal dan tidak dapat berpindah dari satu tugasan kepada yang lain tanpa
panduan yang tepat dan terperinci.
- Seseorang remaja juga mungkin memasuki tahap formal operasi ini dalam aspek
mental yang tertentu sahaja khususnya dalam aspek-aspek yang mereka biasa.
- Pencapaian tahap ini tidak mempunyai kaitan dengan tahap kreativiti malah ia
mempunyai korelasi yang negatif (wolf & Larson, 1981).
- Mereka berpendapat ini berlaku kerana KK mempunyai lebih pemikiran kreatif
lebih disebabkan “kebetulan (accidental)” dpd “disengajakan (deliberate)”. Ini
adalah kerana mereka tidak dapat menggabungjalinkan semua fakta dan ketidak
mampuan mereka bertukar bilamana terdapatnya fakta yang baru mungkin
memabawa kepada respon yang dianggap sebagai sesuatu yang kreatif oleh orang
dewasa.
- Remaja sebaliknya mempunyai kapasiti kognitif yang lebih yang terus
meningkatkan potensi pemikiran kreatif mereka. Namun potensi ini sering tidak
direalisasikan kerana remaja sering semakin sedar akan tekanan tambahan untuk
terus “conform” dengan perkara kebiasaan mereka, yang mana juga disebabkan
oleh peningkatan tahap perkembangan kognitif mereka.
- Terdapat juga sedikit perbezaaan jantina. Lelaki akan lebih baik dalam ujian
penaakulan dan permasalahaan visual-spatial dalam matematik. Perempuan
biasanya lebih baik dalam tugasan berbentuk verbal (Demo, 1982; Springer &
Deutsh, 1985). Namun ramai yang meragui kebenaran dapatan ini.

II. Ciri-Ciri Pemikiran Formal

- pemikiran menjadi lebih saintifik. Individu telah boleh berfikir tentang sesuatu
yang lepas, sekarang dan akan datang.
- Remaja juga sudah boleh memikirkan sesuatu permasalahan yang hypothetical.
Bila berhadapan dengan sesuatu masalah, meerka boleh berfikir tentang beberapa
kemungkinan penyelesaiannya.

(a) Pemikiran Abstak


- Penaakulan abstrak diperlukan untuk menyelesai dan memahami apa yang tidak
dapat dilihat dengan jelas. Kebolehan berfikir melebihi sesuatu sifat fizikal
sesuatu benda (abstrak) itu mempunyai implikasi yang besar kepada
perkembangan kognitif.
- Remaja tidak lagi hanya bergantung kepada perkara yang konkrit, tetapi juga
sepatutnya sudah boleh membayangkan tentang kemungkinana sesuatu perkara.
- Kerana ini juga remaja sudah boleh memikirkan dengan lebih realistik akan
identiti dan masa depan mereka sendiri termasuklah tentang peranan sosial dan
kerjaya mereka.
- Mereka juga mungkin mencuba (eksperimen) akan peranan-peranan ini.
- Ini memungkinkan perdebatan mengenai sesuatu isu politik dan moral untuk
berlaku. Contohnya soal sahnya peperangan, pengguguran anak, hak asasi
manusia, masyarakat yang ideal, dll.
- Remaja sudah boleh melihat sesuatu perkara dari sudut yang berbeza dan
mengaitkan isu serta perkara tadi dengan perhubungan sosial dan masyarakat
secara yang lebih luaas.

(b) Pendekatan Menyelesaikan Masalah


- pemikir formal boleh menghadapi masalah dan membayangkan kemungkinan
perhubungan yang munkin berkenaan. Cadangan dan data boleh diterima sebagai
hipotetical dan sementara and kemudian boleh diuji berdasarkan sebarang bukti
yang ada.
- Kini remaja boleh menganalisa semua kemungkinan yang mungkin terkandung di
dalam sesuatu masalah sebelum menerima salah satu daripadanya. Mereka
mengetahui langkah-lanagkah yang perlu diambil dalam sesuatu proses
penyelesaian masalah.
- Ini bermakna remaja boleh menggunakan penaakulan deduktif iaitu penaakulan
yang melibatkan pembentukan satu kesimpulan (conclusion) berdasarkan dpd
beberapa premis yang ada (hypothetic-deductive reasoning).
- Mereka juga mungkin boleh menggunakan penaakulan induktif iaitu pemikiran
yang bermula dengan sesuatu yang spesifik dan kemudian berkembang kepada
sesuatu yang lebih umum.

(c) Pandangan Literal


- akan lebih peka dengan fakta dan sering secara aktif mempersoalkan apa yang
mereka baca. Ini memboleh mereka mempelajari banyak sismbol, metaphors,
maksud perkataan, dan ciri-cirinya.
- Mudah memahami sesuatu yang bertentangan dan konsep abstrak. Juga
mempunyai banyak bentuk humor – riddles, karton, subtler expressions.
- Perkembangan penaakulan moral juga akan bertambah.
- Ini semua mungkin keranakematangan kognitif ini membebaskan remaja daripada
interpretasi yang konkrit dan tunggal mengenai apa yang dibaca dan didengar.

(d) Egosentrik Remaja


- ia adalah satu bentuk “self-centeredness” yang terbentuk akibat dpd kerisauan
remaja mengenai apa yang orang lain fikirkan mengenai diri mereka. Mereka
terlalu sibuk memikirkan tentang pemikiran orang lain. Ini meyebabkan
peningkatan tahap “kesedaran kendiri (self-consciousness)” yang tinggi.
- Egosentrik ini berubah dalam setiap tahap perkembangan kognitif Piaget.
Egosentrik remaja adalah satu transisi dpd tahap egosentrik yang sebelumnya.
- Walaupun ia mungkin agak negatif, namun ia adalah diperlukan dalam proses
perkembangan kognitif individu.
- Dalam setiap tahap perkembangan, egosentrik mencipta satu set perwakilan
tentang dunia yang tidak realistik dan objektif.
- Satu mekanisma yang membawa kepada penurunan egosentrik dan membawa kpd
perubahan dpd egosentrik rendah kpd tinggi ialah perkembangan
process”decentering”. Decentering membolehkan remaja utk merubahkan fokus
kesedaran (awareness) mereka dari aspek realiti dan kendiri yang sempit kpd
yang mempunyai dimensi yang pelbagai.
- Egosentrik memperkenalkan dua jenis pemikiran. Satu ialah pembinaan
“imaginary audience”. Remaja merasakan bahawa mereka sering menjadi fokus
perhatian orang lain. Kehadiran “imaginary audience” ini sering meningkat ketika
situasi yang mempunyai potensi untuk “membahayakan” remaja seperti public
speaking serta berjalan berseorangan melalui satu kolompok orang ramai.
- Jenis pemikiran kedua ialah “personal fables” iaitu cerita yang remaja reka cipta
untuk menerangkan dan menceritakan tentang diri mereka. Ia mereflek tentang
kepercayaan remaja mengenai keunikan dan kelebihan mereka. Ia mungkin
membawa kepada kepercayaan mengenai kehebatan luar biasa remaja (cth: tidak
mati, tidak mengandung, tidak mabuk, dll).
- Remaja mula hilang dua jenis pemikiran ini bila mereka boleh melihat diri mereka
sendiri dan orang lain secara yang lebih realistic. Ini membolehkan merek a
membina hubungan interpersonal yang baik.
- Dan bila perhubungan dan kepercayaan yang baik mula terbina, remaja mendapati
orang lain juga mempunyai perasaan yang sama.
- Egosentrik juga boleh dilihat dalam perhubungan remaja dengan orang berbeza
jantina. Mereka mungkin menghabiskan berjam-jam dihadapan cermin
membetulkan baju, make-up dan rambut mereka serta melihat otot mereka. Bila
bertemu mereka lebih runsing diperhatikan oleh pasangan dpd memerhati
pasangan mereka.

Perkembangan Personaliti & Sosial Remaja

- Penglibatan sosial pada peringkat remaja mempunyai makna dan tahap yang
paling signifikan berbanding pada tahap perkembangan yang lain.
- Perhubungan sosial penting kepada remaja atas sebab kepentingan penerimaan
rakan sebaya dan juga kerana mereka perlu berkongsi perasaan dan pengalaman
baru mereka dengan seseorang.
- Pada masa ini, rakan sebaya menawarkan sokongan dan keselamatan kepada
remaja yang cuba menjarakkan sedikit diri mereka dari kepompong keluarga.
- Rakan juga memberi contoh dan model kepada remaja yang sedang berusaha
mencari dan membina satu identiti diri.
- Remaja mula berminat dengan penglibatan social. Contoh atau bukti adanya
minat inii ialah kerisauan remaja dgn pakaian dan penampilan mereka, mencari
wang saku tambahan, meminjam kereta ibu bapa, bercakap panjang dalam
talipon, dll.
- Pembentuk identiti adalah satu proses memperjelaskan dan mengintegrasi
seseorang kepada dirinya yang sebenar, sempurna dan menyeluruh. Pada masa ini
remaja akan mula menilai nilai-nilai diri dan sikap mereka yang lama dan mula
mencuba yang baru, lalu menimbulkan tekanan dan kebimbangan kepada remaja
itu sendiri.
- Perubahan berterusan nilai dan norma masyarakat menjadikan pembentukan
identiti ini sesuatu yang sukar kepada remaja. Kebimbangan dan tekanan ini
dilihat sebagai sesuatu yang negatif oleh generasi dewasa. Ini menghalang mereka
daripada menjadi pembimbing dan penasihat kepada gologan remaja dalam
menghadapi kesukaran yang sedang dihadapi ini.
- Bila tekanan ini memuncak, remaja tidak akan dapat menerima status quo itu lagi
lalu bertindak lari dari tekanan melalui cara yang paling mudah seperti
penggunaan dadah.
- Lalu tahap ini hanya akan menyaksikan pertumbuhan psikologikal yang minima
kepada remaja. Daripada menjumpai identiti diri mereka sendiri, remaja akan
“prematurely” mengenali diri mereka melalui nilai dan matlamat ibubapa tanpa
sebarang soal samada ianya sesuai utk mereka atau tidak. Mereka tidak lagi peduli
bersusah payah membina dan membentuk pertumbuhan diri sendiri tetapi
sebaliknya hanya membiarkan diri mereka disosialisaikan oleh orang lain.
- Mereka hanya akan sibuk memikirkan fikiran orang lain dan lupa menilai apa
yang mereka fikir dan faham tentang diri mereka sendiri.
- Akibatnya ialah ketidak matangan sosial yang akhirnya menyebabkan ketidak
matangan psikologi dalam diri mereka.

- Perbincangan setakat ini menunjukkan bahawa perkembangan personaliti remaja


berlaku dalam konteks sosialisasi. Oleh itu, ketepatan, stabiliti dan penerimaan
konsep kendiri memberi pengaruh kepada bentuk dan tahap perhubungan sosial
remaja.
- Maklum balas dan peneguhan dpd orang lain juga mempengaruhi bagaimana
remaja melihat diri mereka sendiri.
- Perkembangan personaliti dan sosial juga disertai oleh lain-lain bentuk
perkembangan. Cth: peningkatan kemahiran social-kognitif membolehkan remaja
menilai diri mereka sendiri dan orang lain disekeliling mereka dengan kefahaman
dan kesedaran yang lebih tinggi. Oleh itu perkembangan personaliti dan sosial
tidak beroperasi berasingan dengan lain-lain perubahan.

I. Pengaruh Keluarga

- remaja umumnya mempunyai keinginan untuk bebas daripada kongkongan


keluarga. Ibu bapa sering terpaksa mengubaisuai bentuk hubungan mereka dengan
anak remaja mereka dan secara beransur-ansur memberi remaja lebih
tanggungjawab memandangkan anak mereka akan hidup berasingan dpd mereka
dan mempunyai kehidupan sendiri.
- Bentuk reaksi ibu bapa dan anak kepada perubahan terbaru ini akan
mempengaruhi keadaan iklim emosi dalam keluarga itu pada masa itu.
- Ada ibu bapa khususnya pihak ibu yang tidak mahu dan mampu memberikan
anak remaja mereka kebebasan dan tanggungjawab lagi kerana tidak sanggup
berpisah dan merasa sunyi kembali (empty nest stage) .
- Membina komunikasi yang efektif antara ibu bapa dan remaja adalah cabaran yg
penting pada masa ini. Bila ibu bapa masih cuba mengawal tingkahlaku remaja
pada masa ini dengan memaksa nilai dan standard mereka, ini pastinya akan
menimbulkan konflik. Peubahan nilai masyarakat yang sentiasa berubah juga
merumitkan lagi keadaan.
- Ramai ibu bapa yang kurang pasti samada mahu menjadi rakan atau pihak
berkuasa kpd anak mereka. Mereka takut diambil kesempatan dan kehilangan
kejelikan emosi dengan anak mereka.
- Keduanya boleh wujud. Remaja perlukan ibu bapa yang boleh dipercayai dan
yang boleh berkongi tentang masalah-masalah yang dihadapi semasa proses
membesar bersama. Mereka juga perlu dan bimbingan dan kawalan agar dapat
diajar mengenai kemahiran sosial dan kebiasaan hidup.

II. Stail Pengawalan Ibu Bapa

- Terdapat 3 jenis stail pengawalan ibu bapa iaitu authoritarian, authoritative and
permissive

o (i) Authoritarian Stail:- ibu bapa mengadakan peraturan dan standard


tentang tingkahlaku yang diterima dan anak-anak mesti mematuhinya.
Apa yang ditekaakan ialah disiplin, menghormati ibu bapa, menjalankan
tanggungjawab tertentu dan mematuhi cara dan adab yang ditekankan.
Biasanya peraturan ini ditekan dengan tegas dan keras.
o Stail ini sering menyebabkan remaja memberontak kerana terdapat
persaingan kuasa. Pada masa yg sama acra ini juga mugkin membeentuk
pergantungan , kepatuhan, dan confirmity yang sepenuhnya dpd remaja
serta.
o Jika hukuman fizikal dilaksanakan pula, masalah penderaan akan berlaku
dan mengganggu perkembangan personality dan social remaja. Sifat yang
terbentuk ialah self-reliance, tidak matang serta agresif.

o (ii) Authoritative Stail – keadaaan di mana remaja dibawa berbincang


mengenai hal keluarga, aspek kebebasan, soal peraturan dan disiplin
sering kali membawa kebaikan yang bannyak.
o Ibu bapa jenis ini lebih demokratik dan memberi ruang kepada peluang
kepada remaja membuat keputusan sendiri walaupun kuasa menentukan
masih pada ibu bapa.
o (iii) Permissive Stail – ibu bapa memberikan sokongan emosi kepad
remaja tetapi kurang memberi perhatian kepada aspek peraturan dan
kawalan anak-anak. Remaja diberikan kebebasan yang banyak dan bebas
melakukan apa yang diingini.
o Remaja seterusnya mungkin membentuk sifat memntingkan diri sendiri,
kurang matang dan tidaka rasa selamat.

III. Pengaruh Sekolah

- Sekolah bukan sahaja memberi ilmu pengetahuan kpd remaja tetapi juga menjadi
seperti sebuah masyarakat kpd mereka dimana mereka boleh berkongsi
pengalaman dan minat dengan rakan-rakan.
- Sekolah merupakan tempat untuk menguji idea dan perbincangan dan membuat
keputusan. Sekolah membolehkan remaja memperbaiki perhubungan
interpersonal, komunikasi dan sifat saling memahami dan tolak ansur.
- Sikap terhadap sekolah banyak dipengaruhi oleh faktor seperti latar belakang
keluarga, SES, gender dan rakan sebaya.
- Personality dan social remaja juga dipengaruhi oleh perwatakan dan cara guru-
guru disekolah. Cara pengawalan kelas boleh membentuk sifat kerjasama,
keprihatianan dan kesungguhan bekerja.
- Guru boleh membantu meningkatkan konsep kendiri spt identity diri, efikasi dan
estim diri remaja.

IV. Pengaruh Rakan Sebaya

- Ia adalah ejen sosialisasi yang penting. Ia juga memberi tempat remaja berkongsi
masalah, perasaan dan sikap. Ia menawarkan persahabatan yang melibatkan
konsep kepercayaan, amanah dan berpegang teguh. Rakan menawarkan nasihat
dan sokongan yang sering diperlukan.
- Interaksi remaja dengan rakan dipengaruhi oleh perkembangan kemahiran social
kognitif mereka. Kemahiran mental mereka meningkatkan kesedaran
interpersonal mereka. Meerka boleh memahami perspektif orang lain dan
sensitive kepada keperluan dan kehendak orang lain.
- Remaja tidak suka terasa berbeza dan terasing dpd kumpulannya. Untuk diterima
kumpulan rakannya, remaja akan memastikan ciri dan sifat serta keterampilan
mereka sama – spt rambut, pakaian dan aktiviti.

V. Teori-Teori Perkembangan Personaliti

(i) Sigmund Frued’s Psychosexual Theory

Tahap Genital (Selpas Baligh)


- adalah jangkamasa yang penuh dgn pergolakan khususnya yang berkaitan dengan
aspek seksual yang berkait engananggota badan mereka
- tahap ini mengulangi konflik lama spt Iedipus complex. Jadi Frued melihat remaja
sebagai “recapitulation of infantile sexuality”. Ia masih menekankan kepentingan
peranan pengalaman yang didapati pada beberpa tahun awal dalam kehidupan
seseorang.
- Ia akan mempengaruhi perasaan oedipal melalui ekespresi libido, jatuh cinta
dengan jantina berbeza yang bukan ibu bapa.

(ii) Erik Erikson Pychososial Theory

Identity Versus Role Diffusion


- tahap mencari identity bila mana remaja mendapati mereka sudah meninggalkan
alam kanak-kanak dan mula memasuki alam yang lebih dewasa.
- Oleh keran sifat egonya, remaja mula rungsing dan bimbang mengenai perbezaan
kehendak diri merek adan orang lan. Mereka juga kini terpaksa memikirkan
tentang perasaan dan pendapat orang lain.
- Remaja juga msemakin risau tentang kebolehan dan kemahiran yang mereka ada
untuk mendapat pekerjaan dalam masyrakat.
- Mula cuba memahami siapa diri mereka dan apakah maksud kejadian mereka.
- Juga mempunyai masalah memilih apakah peranan dan sifat yang mereka patut
kenalpastikan kepada diri mereka.(role diffusion)
- Mengikut Marcia (1980,1987), remaja mempunyai empat staus yang menentukan
komitmen dan krisis dalam diri remaja. Ia adalah:
o Identity achievement – remaja nilai diri mereka serta peluang yang ada
dalam hidup dan seterusnya membuat komitmen kepda sesuatu matlamat
(cth:Kerjaya) dalam hidup mereka
o Identity moratorium – memikirkan nilai diri dan matlamat ketika dilanda
krisis. Jadi tiada komitmen yang dapat dibuat.
o Identity diffusion – remaja belum lagi menilai diri mereka serta matlamat
hidup
o Identity foreclosure – matlamat remaja ditetap dan ditentukan oleh orang
lain, khususnya ibu bapa. Remaja pula membuat keputusan mengikut apa
sahaja keputusan dan kehendak 7ibu bapa.

Anda mungkin juga menyukai