Anda di halaman 1dari 21

Jurnal Pengajian Islam

ISSN: 1823 7126


E-ISSSN: 0127-8002
2018, Bilangan 11, Isu II, Halaman 14-34

SUMBER HADIS KARYA PERUBATAN ISLAM DI MALAYSIA

SOURCE OF HADITH IN WORKS OF ISLAMIC MEDICAL IN MALAYSIA

Farhah Zaidar Mohamed Ramli1, Dr. Phayilah Yama @ Fadilah Zakaria 2*, Ikmal Zaidi
Hashim3
1
Pensyarah, Jabatan al-Quran & al-Sunnah, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor, farhahzaidar@kuis.edu.my.
2
Pensyarah, Jabatan al-Quran & al-Sunnah, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor, phayilah@kuis.edu.my.
3
Pensyarah, Jabatan Tahfiz al-Quran & al-Qira’at, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor, ikmalzaidi@kuis.edu.my.

* Penulis Penghubung

Artikel diterima: 10 Oktober 2018 Selepas Pembetulan: 25 Oktober 2108 Diterima untuk terbit: 1 November 2018

Abstrak
Perubatan Islam dalam konteks Malaysia mengalami transisi perkembangan yang semakin positif
dan memberangsangkan sejajar kewujudan Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016
(Akta 775). Kemasukan kategori perubatan Islam dalam akta ini disifatkan sebagai tanda aras
pengiktirafan serta penerimaan kerajaan terhadap peranan penting yang turut dimainkan oleh
perubatan Islam dalam meningkatkan kualiti kesihatan masyarakat Malaysia arus perdana seiring
dengan perubatan moden. Antara bentuk sumbangan signifikan dalam menyebarluaskan lagi
konsep dan pengamalan perubatan Islam tempatan adalah penghasilan karya-karya dalam bidang
berkenaan. Namun kebanyakan teks-teks arab (kecuali ayat al-Quran) yang disandarkan dalam
karya perubatan Islam tersebut jarang dijelaskan sumber asal pengambilannya secara lengkap.
Justeru dalam konteks disiplin ilmu hadis, kekurangan ini perlu ditampung dengan usaha
pentakhrijan supaya penzahiran lengkap sumber hadis dapat dilakukan. Artikel ini bertujuan untuk
menganalisis sumber hadis empat karya perubatan Islam terpilih yang ditulis oleh tiga tokoh
pengamal perubatan Islam terbilang di Malaysia iaitu Dr. Jahid Sidek, Dato' Ismail Kamus dan
Dato' Dr. Haron Din. Reka bentuk kajian adalah kualitatif daripada jenis kajian kes. Dapatan
dianalisis berdasarkan analisa kandungan. Dapatan dihuraikan berdasarkan spesifikasi taburan
jumlah hadis, sumber hadis, tematik dan klasifikasi hadis, status hadis dan ralat cetakan hadis.
Kesimpulan menunjukkan bahawa 120 buah hadis yang terdapat dalam empat buah karya utama
responden adalah mempunyai rekod-rekod detail periwayatan dalam 25 buah kitab hadis
muktabar sepanjang zaman seperti kutub al-sittah, Musnad Ahmad, Muwatta' Malik dan 17 buah
kitab hadis yang lain. Implikasi daripada penemuan sumber hadis ini membuktikan keselarasan
penjenamaan "perubatan Islam" sebagaimana yang dilabelkan oleh responden.

Kata Kunci
Sumber, Hadis, takhrij, karya, perubatan Islam, tokoh, Malaysia.

Abstract
Islamic medicine in Malaysia context had experienced a gradual positive developmental transition,
parallel with the issuance of Traditional and Complementary Medicine Act 2016 (Act 775). The
inclusivity of Islamic medicine in this act is considered as a benchmark of recognition and
government acknowledgment towards the important roles that Islamic medicine possess in
elevating the Malaysian health quality in today’s world, vis-à-vis with modern medical technologies.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 14


Significant attempts in making the concept and practices of Islamic medicine to be more
widespread was including the production of written works in the above-mentioned field. However,
most of the Arabic textual sources (except the Quranic verses) that were referred in those works
seldom made credible by comprehensive referral to the original source. Hence, in the discipline of
sciences of hadith, this shortcoming needs to be tended by takhrij, in order to made complete
source of the hadith disclosure possible. This article was aimed to analyse the sources of hadiths
from four selected works by three Malaysian eminent scholars and practitioners in Islamic
medicine; Dr. Jahid Sidek, Dato’ Ismail Kamus and Dato’ Dr. Haron Din. The research was
conducted qualitatively according to the type of case study involved. The findings were analysed
based on the content. The findings also elaborated in accordance with specifications in hadith total
distribution, source of hadith, thematic and hadith classification, hadith status, and error in printing.
It can be concluded that 120 hadiths available in those major works have the detailed records of
conveyance in 25 prominent books of hadith, which include kutub al-sittah, Musnad Ahmad, and
Muwatta' Malik. The implication of the discovery of the original sources of the hadiths evidently
express the corresponding label by the respondent in rebranding Islamic medicine.

Keywords
Hadith, works, Islamic medicine, scholars, Malaysia.

1.0 PENGENALAN
Sihat dan sakit merupakan dua senario yang lumrahnya bersilih ganti perlu ditempuhi
dalam kehidupan manusia. Setiap manusia yang diciptakan selaku khalifah Allah 
secara normalnya tidak dapat mengelakkan diri daripada menghadapi ujian kesihatan
yang merosot pada suatu hari kelak khasnya akibat pertambahan usia dan lain-lain.
Rasulullah  sendiri pada penghujung usianya telah mengalami kemerosotan kesihatan
yang seterusnya membawa kepada kewafatan baginda . Walaupun ajal merupakan
ketentuan yang tidak dapat dielakkan, namun Islam sebagai agama yang mempunyai
cara hidup yang sempurna masih tetap menitik beratkan amalan penjagaan kesihatan,
pencegahan dan perawatan penyembuhan penyakit sejak 1400 tahun dahulu lagi
sehingga kini.
Fenomena keprihatinan ini dapat ditelusuri menerusi dua sumber ilmu Islam
teragung iaitu al-Quran dan Hadis. Statistik menunjukkan terdapat enam ayat al-Quran
yang menyentuh tentang konsep penyembuhan iaitu surah al-Taubah ayat 14, surah
Yunus ayat 57, surah al-Nahl ayat 69, surah al-Isra' ayat 82, surah al-Syu'ara' ayat 80
dan surah al-Fussilat ayat 44. Manakala, Sahih al-Bukhari sebagai kitab hadis yang
paling benar selepas al-Quran pula menyenaraikan kitab al-tibb yang terkandung
dalamnya lapan bab berkaitan ruqyah. Teks-teks wahyu ini bukan sahaja membicarakan
tetapi memberi garis panduan tentang aspek penjagaan kesihatan, pencegahan dan
perawatan penyembuhan penyakit. Bahkan ayat al-Quran itu sendiri di samping
perkataan Rasulullah SAW merupakan antara teks doa yang ditegaskan oleh Allah 
sebagai mempunyai unsur penyembuhan penyakit. Antaranya firman Allah  dalam
Surah al-Isra': 82:

٨٢ ‫َ ٗر‬
َ َ ِ ٰ ‫ ّ ِ ۡ ُ ۡ ِ ِ َ َو َ َ ُ ٱ‬ٞ َ ۡ ‫ َو َر‬ٞ‫َو ُ َ ّ ُل ِ َ ٱ ۡ ُ ۡ َءان َ ُ َ ِ َ ٓء‬
ِ‫إ‬ ِ ِ ِ ِ
Dan kami turunkan daripada al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat
bagi orang yang beriman.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 15


Manakala Nabi Muhammad SAW selaku utusan Allah  turut mengisyaratkan betapa
mustahaknya penjagaan kesihatan supaya terhindar daripada mendapat penyakit. Imam
al-Bukhari meriwayatkan hal ini sebagaimana dalam hadis berikut:

ِ ِ ‫ان مغْبو ٌن فِي ِهما َكثِﲑ ِمن الن‬


ِ ِ ِ َ َ‫اس َر ِض َي ا ﱠُ َعنْهُ ق‬
ُ‫الص ﱠحة‬
ّ ‫ﱠاس‬ ْ ٌ َ ُ َ َ‫صلﱠى ا ﱠُ َعلَْيه َو َسلﱠ َم ن ْع َمت‬ ‫ال قَ َال النﱠِ ﱡ‬
َ ‫ﱯ‬ ٍ ‫َع ْن ابْ ِن َعبﱠ‬
.ُ‫َوالْ َفَراغ‬
Maksudnya:

Daripada Ibn 'Abbas semoga Allah meredahainya, beliau berkata, Nabi SAW telah
bersabda, dua ni'mat yang kebanyakan manusia tidak menyedarinya, iaitu kesihatan dan
masa lapang. (al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Bab la 'Isy illa 'isy al-akhirah, no. Hadis 5933)

Selain itu, Baginda SAW menegaskan keistimewaan seseorang mukmin yang


kuat dalam erti kata mempunyai kesihatan tubuh badan yang optima sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Imam Muslim menerusi hadis berikut:

ِ ِ‫ب إِ َﱃ ا ﱠِ ِمن الْم ْؤِم ِن الضﱠع‬


"....‫يف‬ ‫َح ﱡ‬ ‫صلﱠى ا ﱠُ َعلَْي ِه َو َسلﱠ َم الْ ُم ْؤِم ُن الْ َق ِو ﱡ‬ ِ ُ ‫قال رس‬ َ َ‫َع ْن أَِﰊ ُهَريْـ َرةَ ق‬
ُ ْ َ ‫ي َخ ٌْﲑ َوأ‬ َ ‫ول ا ﱠ‬ ُ َ َ َ‫ال‬

Maksudnya:
''Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, bersabda Rasulullah , mukmin yang kuat lebih
baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding mukmin yang lemah.'' (Muslim, Sahih
Muslim, Bab fi al-amr bi al-quwwah wa tarak al'ajz wa al-istighathah, no. Hadis 4816)

Rasulullah SAW juga mendorong umat Islam bertindak untuk berikhtiar dalam mengubati
penyakit yang dialami. Imam Tirmidhi meriwayatkan sebuah hadis yang menunjukkan
dorongan ini iaitu:

ِ ِ َ َ‫ول ا ﱠِ أََﻻ نـَتَ َد َاوى ق‬ ٍ ‫َعن أُسامةَ ب ِن َش ِر‬


َ َ‫ال نـَ َع ْم َ عبَ َاد ا ﱠ تَ َد َاوْوا فَإِ ﱠن ا ﱠَ َﱂْ ي‬
ً‫ض ْع َداء‬ َ ‫اب َ َر ُس‬ ُ ‫ت ْاﻷ َْع َر‬
ْ َ‫ال قَال‬
َ َ‫يك ق‬ ْ ََ ْ
ِ ِ ِ
َ ‫ض َع لَهُ ش َفاءً أ َْو قَ َال َد َواءً إِﱠﻻ َداءً َواح ًدا قَالُوا َ َر ُس‬
.‫ال ا ْﳍََرُم‬
َ َ‫ول ا ﱠ َوَما ُه َو ق‬ َ ‫إِﱠﻻ َو‬
Maksudnya:
Daripada Usamah bin Syarik, beliau telah berkata, telah bertanya sekumpulan orang
Arab, Wahai Rasulullah, adakah kami perlu berubat, baginda menjawap, ya, wahai
hamba Allah, berubatlah, sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit kecuali ia
telah menetapkan baginya penawar kecuali satu. Mereka bertanya, apakah yang satu
itu? Baginda menyatakan iaitu tua. (al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, Kitab Ma Ja'a fi al-
Dawa' wa al-Hath 'alayh, no. hadis 1961)

Sehubungan itu, perubatan Islam yang mengikuti tradisi amalan turun menurun
berasal daripada Rasulullah  sama ada berdasarkan skop al-Quran mahu pun hadis
masih kekal dipraktiskan sehingga abad ini. Rentetan kesinambungan ini menyebabkan
perubatan Islam dalam konteks Malaysia kini dapat diklasifikasikan secara standardnya
sebagai salah satu kaedah rawatan tradisional dan komplementari sejajar dengan
penubuhan Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK) oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2004 (TCM, 2016). Penubuhan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 16


BPTK merupakan satu pengiktirafan rasmi daripada pihak kerajaan Malaysia bahawa
sistem perubatan tradisional dan komplementari (PT&K) termasuk kategori Perubatan
Islam adalah merupakan salah satu komponen penting dalam sistem penjagaan
kesihatan. Ianya berfungsi seiring dengan perubatan moden untuk meningkatkan
kesihatan dan kualiti kehidupan rakyat Malaysia (Dasar Perubatan Tradisional dan
Komplementari Kebangsaan, 2007).

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN


Menurut Mahyuddin (2011), pengaruh penubuhan BPTK itu sendiri kemudiannya telah
mencetuskan keperluan untuk menubuhkan sebuah organisasi yang tersusun sebagai
wadah untuk menghimpunkan para pengamal perubatan Islam patuh syariah di
Malaysia. Justeru itu, sekitar tahun 2012, gabungan pengamal perubatan Islam telah
ditubuhkan. Ianya dikenali sebagai Gabungan Persatuan Perawat Islam Malaysia
(GAPPIMA). Salah satu misi utama GAPPIMA adalah untuk melakukan kolaborasi
dengan agensi kerajaan bagi memartabatkan Perubatan Islam. Misi ini pula adalah untuk
merealisasikan visi GAPPIMA iaitu mencapai kecermerlangan dalam bidang Perubatan
Islam dengan mengembeleng tenaga yang terlatih dan kompeten bagi menyokong
sistem kesihatan optima yang berasaskan syarak. Penubuhan GAPPIMA juga adalah
dinyatakan untuk mencapai objektif membangunkan modal insan dalam Perubatan Islam
yang cemerlang melalui pelan Perancangan, Penyelidikan dan Latihan yang strategik
(gappima.blogspot, 2016).
Meski pun baru ditubuhkan, GAPPIMA telah memainkan peranan yang
berkesan dalam mendorong kerajaan memasukkan perubatan Islam dalam akta
Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Akta 775). Justeru masa depan
pengamal perubatan Islam tidak akan terjejas apabila akta ini dikuatkuasakan kelak pada
bila-bila masa pada tahun 2016. Sejajar dengan persediaan ke arah penguatkuasan akta
ini, berkuatkuasa mulai 1 Jun 2015, KKM tidak lagi menerima permohonan pendaftaran
secara sukarela pengamal PT&K tempatan sebagaimana sebelum ini. Pengamal PT&K
buat masa ini hanya disaran untuk berdaftar dengan badan pengamal yang dilantik oleh
KKM berdasarkan kategori masing-masing.
Seterusnya sehingga 2016, GAPPIMA pada dasarnya telah berfungsi sebagai
badan induk yang menjadi penaung kepada 18 persatuan yang mengamalkan perubatan
Islam yang berpotensi diiktiraf oleh Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari
yang bakal ditubuhkan sejurus selepas akta 775 dikuatkuasakan kelak. Manakala
Persatuan Perubatan Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa) yang
diasaskan oleh Tuan Guru Dato' Harun Din, Persatuan Perubatan Islam Darussalam
Malaysia yang diasaskan oleh Dato' Ismail Kamus dan Pusat Rawatan Islam Manarah
yang diasaskan oleh Dr. Jahid Sidek merupakan tiga persatuan utama daripada 18
persatuan yang bernaung di bawah GAPPIMA. Kesemua persatuan ini diasaskan oleh
tiga individu berprofil tinggi dalam bidang perubatan Islam di Malaysia. Tidak keterlaluan
untuk menyatakan mereka adalah tokoh berpengaruh yang menjadi peneraju dasar
Perubatan Islam di Malaysia pada abad 21 hijrah.
Justeru kajian berkaitan karya-karya perubatan Islam yang ditulis oleh ketiga-
tiga tokoh berkenaan perlu dianalisis secara mendalam. Mereka merupakan antara
ilmuwan Islam tempatan yang bersilih ganti antara generasi demi generasi yang
memberi sumbangan besar dalam memartabatkan sunnah Rasulullah  dalam konteks
perubatan Islam di Malaysia. Dalam jurus pandang yang lain, usaha tokoh-tokoh ini
adalah signifikan untuk menonjolkan pengaruh Islam sebagai agama persekutuan yang
dominan di Malaysia dalam sektor industri perubatan tradisional dan komplementari di
samping kategori perubatan berasaskan kebangsaan seperti melayu, cina dan india.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 17


Pada masa yang sama masyarakat Islam umumnya dan komuniti perawat muslim arus
perdana khususnya memerlukan sekumpulan individu pengamal perubatan Islam
tempatan yang dapat ditonjolkan sebagai ikon dan suri teladan.

3.0 PERMASALAHAN KAJIAN


Sementara itu, kajian mendapati antara tokoh berprofil tinggi sebagai peneraju dan
pemimpin kepada perkembangan serta kemajuan perubatan Islam, pengubatan Islam
dan juga ruqyah di Malaysia adalah pengasas kepada tiga pusat rawatan yang antara
tertua di Malaysia yang telah dipilih menjadi responden dalam kajian ini. Ketokohan dan
sumbangan para pengasas tersebut salah satunya dapat ditonjolkan menerusi
penghasilan karya perubatan Islam di Malaysia. Namun kebanyakan teks-teks arab
(kecuali ayat al-Quran) yang digunakan dalam karya-karya tersebut masih belum
dijelaskan sumber asal pengambilannya secara lengkap. Justeru dalam konteks disiplin
ilmu hadis, kekurangan ini perlu ditampung dengan usaha pentakhrijan supaya
penzahiran lengkap sumber amalan ruqyah perubatan Islam dalam konteks hadis dapat
dilakukan.
Kepentingan penzahiran lengkap hadis-hadis yang dijadikan sandaran dalam
membentuk kerangka pemikiran perubatan Islam dan pengamalannya dalam kalangan
responden adalah sejajar dengan tiga faedah utama takhrij hadis sebagaimana yang
telah dikenal pasti oleh ilmuwan hadis. Faedah Pertama; pentakhrij dapat mengenal
pasti kewujudan hadis tersebut dalam satu sumber atau sejumlah sumber hadis dengan
dapat menukilkan nama tokoh ulama penyusun sumber yang meriwayatkan hadis
tersebut dan kedudukan asalnya dalam kandungan sumber berkenaan. Faedah Kedua;
pentakhrij dapat mengenal pasti status hadis tersebut dengan menukilkan keputusan
ulama berkenaan dalam memutuskan penarafan status tersebut dalam perspektif
kesahihan atau kedaifan kecuali hadis-hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim serta
lain-lain kitab sahih. Ini adalah kerana hadis kedua-dua kitab ini (termasuk juga lain-lain
kitab sahih) telah dimuktamadkan sebagai sahih kesemuanya ('Abd al-Hadi, 1987; al-
Akayilah, 1999; Khayr Abadi, 2003). Faedah ketiga: pentakhrij dapat mengenal pasti
kesalahan nukilan dalam salinan-salinan sumber hadis yang dicetak ('Abd al-Hadi,
1987). Justeru ketiga-tiga faedah tersebut adalah wajar dicapai dalam kajian ini sebagai
penambahbaikkan terhadap ketidaklengkapan pernyataan sumber hadis serta
kemungkinan terdapat ralat cetakan hadis dalam empat buah karya perubatan Islam
para responden tersebut.

4. 0 METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini mengkaji kedudukan hadis-hadis yang dijadikan sumber dalil dalam empat
karya perubatan Islam responden yang terpilih berdasarkan analisis takhrij hadis.
Kedudukan hadis-hadis ini ditakhrij berdasarkan kitab-kitab hadis muktabar dalam
kategori sumber asli terutamanya al-kutub al-sittah. Analisa kedudukan tersebut
dinyatakan sebagaimana format takhrij iaitu: Nama Penyusun – Nama Kitab Sumber
Takhrij – Nama Kitab kecil - nama bab – nombor hadis (Mohd. Khafidz, 2012). Setelah
itu, analisa turut menampilkan huraian data-data takhrij tersebut menurut perspektif
taburan jumlah hadis, taburan sumber hadis, taburan status hadis, taburan tematik hadis
dan taburan klasifikasi sunnah perkataan, perbuatan dan perakuan Rasulullah  serta
taburan ralat cetakan hadis. Metodologi takhrij yang diaplikasikan adalah menerusi
metode takhrij berkomputer. Ianya melibatkan penggunaan perisian Maktabah
al-Syamilah edisi 3.46 dan talian internet https://www.dorar.net/hadith dan
http://library.islamweb.net/newlibrary/index.php. Data-data takhrij yang diperolehi

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 18


kemudiaannya turut disemak secara langsung dalam kitab-kitab asal hadis yang dicetak
dalam pasaran.

Sumber
Lengkap

Taburan
Taburan
Ralat
Jumlah
Cetakan
hadis
Hadis

Analisis
Takhrij
Hadis

Taburan
Klasifikasi
Taburan
Sunnah
Sumber
Perkataan,
hadis
Perbuatan
& Perakuan

Taburan
Tematik
Hadis

Rajah 1.1 Analisis Data Takhrij Hadis

Persampelan kajian dipilih berdasarkan kriteria-kriteria sampel yang bertepatan


dengan objektif kajian iaitu jenis persampelan bertujuan (Merriam S.B., 1998). Latar
belakang sampel dikenal pasti terlebih dahulu semasa penerokaan awal kajian (Ahmad
Sunawari, 2007). Keputusan pemilihan melibatkan tiga responden utama yang dianggap
pakar (Marohaini Yusoff, 2004) dan mempunyai pengalaman yang spesifik dengan
subjek kajian yang telah digariskan (Merriam S.B., 1998). Dalam erti kata lain, responden
yang terpilih adalah dikenal pasti menepati lapan kriteria utama yang dispesifikkan
selaras dengan subjek kajian iaitu sebagai pengasas persatuan perubatan Islam yang
berdaftar, berpengalaman lebih daripada 20 tahun dalam dunia rawatan Islam, memiliki
pencapaian pendidikan agama paling kurang peringkat ijazah sarjana muda, memiliki
penulisan karya dalam perubatan Islam yang belum ditakhrij secara lengkap, mendapat
pengiktirafan rasmi kerajaan menerusi penganugerahan Tokoh Maal Hijrah dan lain-lain,
penasihat atau panel peringkat kebangsaan berkaitan perubatan Islam, memiliki
testimoni keberkesanan ruqyah dalam menangani isu-isu kesihatan yang kurang atau
tidak dapat dipulihkan menerusi perubatan moden dan tiada penetapan bayaran
rawatan. Lapan kriteria yang ditentukan tersebut adalah dapat menonjolkan penglibatan
responden yang ketara dan berpengaruh sebagai ikon pengamal perubatan Islam di
Malaysia. Justeru kajian berpendapat ketiga-tiga responden mempunyai maklumat yang
kaya dan banyak berkaitan dengan permasalahan yang ingin diteroka (Merriam S.B.,
1998). Selain itu, kesudian ketiga-tiga individu tersebut memberi persetujuan rasmi
sebagai responden kajian turut menjadi salah satu faktor pemilihan.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 19


5.0 DAPATAN DAN ANALISIS KAJIAN
Terdapat lima dapatan yang ditemui hasil daripada analisis kajian secara analisa
dokumen yang diperbincangan di bawah topik tertentu iaitu taburan jumlah hadis,
taburan sumber hadis, taburan tematik dan klasifikasi hadis, taburan status hadis dan
taburan ralat cetakan hadis.

5.1 Taburan Jumlah Hadis


Analisis merumuskan penemuan taburan jumlah hadis kajian menunjukkan terdapat
empat buah karya perubatan Islam responden yang mengandungi 120 buah hadis yang
terpilih menjadi sample takhrij hadis dalam kajian ini. Asas pemilihan sampel adalah
berdasarkan ketidaklengkapan data takhrij hadis-hadis dalam karya-karya berkenaan.

Jadual 1.1 Taburan Jumlah Hadis


Bil. Judul Karya Perubatan Islam Responden Jumlah
Hadis
1. Berpawang dan Bersahabat dengan Jin daripada Jahid Sidek 16
Perspektif Islam
2. Isu-isu Berkaitan Akidah Dan Syariah Dalam Jahid sidek 41
Perubatan Tradisional dan Komplementari
3. Jin, Hakikat dan Pengubatan Ismail Kamus 55
4. Ruqyah Asas Pengubatan Islam Haron Din 8
Jumlah 120

5.2 Taburan Sumber Hadis


Analisis merumuskan penemuan taburan sumber hadis kajian menunjukkan terdapat 25
buah sumber kitab yang merekodkan periwayatan 120 buah hadis responden. Lapan
buah kitab daripada jumlah ini dikategorikan sebagai karya asli hadis yang utama iaitu
kutub al-sittah, Musnad Ahmad dan Muwatta' Malik. Manakala 17 buah kitab lagi
dikategorikan kepada lain-lain kitab. Perincian penemuan taburan sumber hadis dalam
25 buah kitab adalah seperti yang tertera dalam jadual 1.2. Penemuan ini menunjukkan
120 buah hadis yang diguna pakai oleh responden adalah mempunyai sumber dalam
erti kata mempunyai rekod detail periwayatan dalam kitab-kitab hadis. Manakala
ringkasan taburan sumber hadis dapat dirujuk pada rajah 1.2.

Jadual 1.2 Taburan Sumber Hadis

Bil. Kitab Hadis Jumlah Hadis


1. Sahih Bukhari 36
2. Sahih Muslim 52
3. Sunan Abi Daud 28
4. Sunan Tirmidhi 26
5. Sunan Nasaei 25
6. Sunan Ibn Majah 21
7. Musnad Ahmad 12
8. Muwatta’Malik 1

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 20


9. Lain-lain Kitab: 31
a. Musannaf Ibn Abi Syaibah 3
b. Mustadrak Hakim 6
c. Khulq Af’al al-‘Ibadah 1
d. Al-Fathul Bari 1
e. Zad al-Mi’ad 1
f. Musnad al-Bazzar 2
g. Jam’ al-Ahadith 4
h. Kanzul ‘Ummal 4
i. Takhrij Ahadith al-Ihya’ 1
j. Al- ‘Udzmah 1
k. Sahih Ibn Hiban 1
l. Al-Mu’jam 1
m. Lami’ al-Anwar al-Bahiyyah 1
n. Al-Silsilah Al-Da’ifah 1
o. Al-Dhu’afa’Al-‘Aqili 1
p. Al-Kamil fi Du’afa’ 1
q. Majmu' al- Fatawa Ibn Taymiyyah 1

Taburan Sumber Hadis

Sahih al-Bukhari
1 31 36
Sahih Muslim
12 Sunan Abi Dawud
Sunan al-Tirmidhi
21 Sunan al-Nasa'i
52
Sunan Ibn Majah
25 Musnad Ahmad
Muwatta' Malik
26 28 Lain-lain

Rajah 1.2 Taburan Sumber Hadis

5.3 Taburan Tematik dan Klasifikasi Hadis


Analisis merumuskan penemuan taburan tematik dan klasifikasi hadis kajian adalah
terbahagi kepada 178 penjudulan. Judul-judul ini membentuk penamaan bab dalam 25
buah kitab hadis yang menjadi sumber dokumentasi periwayatan 120 buah hadis yang
menjadi sample takhrij kajian. Penamaan bab ini kemudiannya diadaptasikan oleh kajian
sebagai tematik kajian. Jadual 1.3 berikut memperincikan statistik jumlah tematik yang
ditemui oleh kajian dalam 25 buah kitab hadis tersebut. Manakala klasifikasi hadis 120
buah hadis kajian adalah daripada jenis sunnah perkataan Rasulullah SAW.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 21


Jadual 1.3 Taburan Tematik Hadis dan Klasifikasi Hadis
BIL. KITAB HADIS JUMLAH TEMATIK HADIS
1. Sahih al- Bukhari 32
2. Sahih Muslim 37
3. Sunan Abi Daud 21
4. Sunan Tirmidhi 21
5. Sunan Nasaei 19
6. Sunan Ibn Majah 17
7. Musnad Ahmad 82
8. Muwatta’Malik 1
9. Lain-lain Kitab: 22
a. Musannaf Ibn Abi Syaibah 3
b. Mustadrak Hakim 5
c. Khulq Af’al al-‘Ibadah 1
d. Al-Fathul Bari 1
e. Zad al-Mi’ad 1
f. Musnad al-Bazzar 2
g. Jami’ al-Ahadith 2
h. Kanzul ‘Ummal 2
i. Takhrij Ahadith al-Ihya’ 1
j. Al- ‘Udzmah 1
k. Sahih Ibn Hiban 1
l. Al-Mu’jam 1
m. Lami’ al-Anwar al-Bahiyyah 1
n. Al-Silsilah Al-Da’ifah 1
o. Al-Dhu’afa’Al-‘Aqili 1
p. Al-Kamil fi Du’afa’ 1
q. Majmu' al- Fatawa Ibn Taymiyyah 1

Klasifikasi Hadis: 120 hadis Jenis Sunnah


Perkataan Rasulullah SAW

Taburan Statistik Jumlah Tematik Hadis


Sahih al-Bukhari

81 22 32
Sahih Muslim
Sunan Abi Dawud
Sunan alTirmidhi
17
Sunan al-Nasa'i
37 Sunan Ibn Majah
19
Musnad Ahmad
21 21 Muwatta' Malik
Lain-Lain Kitab

Rajah 1.3 Taburan Statistik Jumlah Tematik Hadis

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 22


‫‪Penemuan 178 tematik ini membawa signifikasi perubatan Islam, pengubatan‬‬
‫‪Islam dan ruqyah adalah merupakan tema yang agak besar yang mendapat respon‬‬
‫‪utama dan keprihatinan yang tinggi oleh Rasulullah  pada zaman hayat baginda SAW.‬‬
‫‪Justeru usaha para responden meneruskan kelangsungan perubatan Islam ini adalah‬‬
‫‪suatu bentuk sumbangan yang besar dan bernilai tinggi dalam perspektif agama. Jadual‬‬
‫‪1.4 di bawah merupakan paparan contoh sebahagian tematik yang ditemui oleh kajian‬‬
‫‪dalam Sahih al-Bukhari. Frasa-frasa utama yang kerap diulang sebut dalam penjudulan‬‬
‫‪bab sebagaimana yang tertera dalam jadual 1.4 tersebut adalah ruqyah, sihir dan‬‬
‫‪penyakit.‬‬

‫‪Jadual 1.4 Contoh Taburan Tematik dan Klasifikasi Hadis Sahih al-Bukhari‬‬
‫‪BIL.‬‬ ‫‪KERATAN HADIS‬‬ ‫‪TEMATIK HADIS‬‬
‫ث ِﰲ َكفْﱠي ِه‬ ‫ِ‬ ‫َكا َن رس ُ ِ‬
‫‪1.‬‬
‫صلﱠى ا ﱠُ َعلَْي ِه َو َسلﱠ َم إِذَا أ ََوى إِ َﱃ فَر ِاش ِه نـَ َف َ‬ ‫ول ا ﱠ َ‬ ‫َُ‬ ‫النفث ﰲ الرقية )خ(‬
‫ﲔ‬‫َح ٌد والْم َع ِو َذتَ ْ ِ‬ ‫ِ‬
‫ب ُق ْل ُه َو ا ﱠُ أ َ َ ُ ّ‬
‫‪2.‬‬ ‫ضنَا‬‫بِس ِم ا ﱠِ تـُربةُ أَر ِضنَا بِ ِري َق ِة بـع ِ‬ ‫رقية النﱯ صلى ﷲ عليه وسلم )خ(‬
‫َْ‬ ‫َْ ْ‬ ‫ْ‬
‫‪3.‬‬ ‫ﱠاﰲ‬‫ت الش ِ‬ ‫ف أَنْ َ‬‫ﱠاس أَ ْذ ِهب الْباس وا ْش ِ‬ ‫ب الن ِ‬ ‫اللﱠ ُه ﱠم َر ﱠ‬ ‫دعاء العائد للمريض )خ(‬
‫ْ َ َ‬
‫‪4.‬‬ ‫ب أ َْو يـُ َؤ ﱠخ ُذ َع ْن ْامَرأَتِِه أ َُﳛَ ﱡل َعْنهُ أ َْو يـُنَشُﱠر؟‬ ‫َر ُج ٌل بِِه ِط ﱞ‬ ‫هل يستخرج السحر؟ )خ(‬
‫ص َفَر‬ ‫ِ‬
‫َﻻ َع ْد َوى َوَﻻ ط ََﲑَة َوَﻻ َه َامةَ َوَﻻ َ‬ ‫ﻻ صفر وهو داء خذ البطن )خ(‬
‫‪5.‬‬

‫ورِﰐ‬ ‫ِ ِ‬ ‫ِ‬
‫صَ‬ ‫ﱠل ِﰲ ُ‬ ‫ِ ِ‬
‫إﰒ من كذب على النﱯ صلى ﷲ عليه وسلم َم ْن َرآﱐ ﰲ الْ َمنَام فَـ َق ْد َرآﱐ فَإ ﱠن الشْﱠيطَا َن َﻻ يـَتَ َمث ُ‬
‫‪6.‬‬

‫)خ(‬
‫ول ا ﱠِ صلﱠى ا ﱠ علَي ِه وسلﱠم عن الْ ُك ﱠه ِ‬
‫ان‬ ‫س َر ُس َ‬
‫َسأ ََل أُ َ ٌ‬ ‫قول الرجل للشيء )خ(‬
‫‪7.‬‬
‫َ ُ َْ ََ َ َْ‬
‫ت الْبَا ِر َحةَ‬ ‫قول ﷲ تعاﱃ "ووهبنا لداود سليمان )خ( إِ ﱠن ِع ْف ِريتا ِمن ِْ‬
‫اﳉ ِّن تَـ َفلﱠ َ‬
‫‪8.‬‬
‫ً ْ‬
‫‪9‬‬ ‫ك إِ ْن َﱂْ تَ ُك ْن تَـَراهُ فَِإنَهُ يـََراك‬ ‫ك تَـَراهُ فَِإنَ َ‬ ‫ب سؤال جﱪيل النﱯ صلى ﷲ عليه وسلم ا ِﻹ ْح َسا ُن‪ :‬أَ ْن تَـ ْعبُ َد ﷲَ َكأَنَ َ‬
‫)خ(‬
‫ات‪ِ ِ ِ ِّ :‬‬
‫الس ْح ُر‬ ‫ب قوله تعاﱃ‪" :‬إن الذين كلون أموال اجتنِبوا ال ﱠسبع الْموبَِق ِ‬
‫الش ْرُك ﱠ َو ّ‬
‫‪10.‬‬
‫َْ ُ ْ َ ُ‬
‫اليتامى‪) "..‬خ(‬
‫ِ‬
‫‪11.‬‬ ‫ﱠاس َشرا‬ ‫ك َعلَى الن ِ‬ ‫يت أَ ْن يُثِ َﲑ ذَل َ‬ ‫ِ‬
‫أَﱠما أَ َ فَـ َق ْد َش َف ِاﱐ ا ﱠُ َو َخش ُ‬ ‫صفة إبليس وجنوده )خ(‬
‫‪12.‬‬ ‫صلُ َح اﳉَ َسد ُكله‬ ‫صلُ َحت َ‬ ‫ضغَة إِذَا َ‬ ‫أﻻَ َوإِ ﱠن ِﰲ اﳉَ َس ِد ُم ْ‬ ‫فضل من استﱪأ لدينه )خ(‬
‫ات واقْـتُـلُوا َذا الطﱡ ْفيَـتَ ْ ِ‬
‫ﲔ‬ ‫ِ‬
‫قوله تعاﱃ‪" :‬وبث فيها من كل دآبة" )خ( اقْـتُـلُوا ا ْﳊَيﱠ َ‬
‫‪13.‬‬

‫ان َْﳎَرى الدِﱠم‬ ‫الشيطَا َن َﳚ ِري ِمن اﻹنْس ِ‬


‫إِ ﱠن َ ْ‬ ‫ز رة اﳌرأة ﰲ اعتكافه )خ(‬
‫‪14.‬‬
‫ْ َ َ‬
‫‪15.‬‬ ‫ال‪ْ ِ :‬س ِم ا ﱠِ اللﱠ ُه ﱠم َجنِّْبـنَا الشْﱠيطَا َن‬ ‫َح َد ُك ْم إِذَا أَتَى أ َْهلَهُ قَ َ‬ ‫لَ ْو أَ ﱠن أ َ‬ ‫التسمية على كل حال وعند الوقاع )خ(‬
‫‪16.‬‬ ‫خﲑ مال اﳌسلم غنم يتبع ا شغف اﳉبال إِذَا َكا َن ُجنْ ُح اللﱠْي ِل‪ ،‬أ َْو أ َْم َسْيـتُ ْم‪ ،‬فَ ُك ﱡفوا ِصْبـيَانَ ُك ْم‬
‫)خ(‬
‫يسى‬ ‫ِ‬ ‫ُك ﱡل ب ِﲏ آدم يطْعن الشﱠيطَا ُن ِﰲ جْنـبـي ِه ِِ ِ ِ ِ‬
‫ﲔ يُولَ ُد َغ ْ َﲑ ع َ‬ ‫صبَعه ح َ‬ ‫صفة إبليس وجنوده )خ(‬
‫‪17.‬‬
‫َ َْ ْ‬ ‫َ ََ َ ُ ُ ْ‬
‫ِ‬
‫ابْ ِن مرَﱘَ َذ َهب يطْعن فَطَعن ِﰲ ا ْﳊج ِ‬
‫اب‬ ‫َ‬ ‫َ َ ُُ ََ‬ ‫َْ‬

‫‪JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II‬‬ ‫‪23‬‬


‫ﲬَّروا آنِيـت ُكم واذْ ُكروا اسم ا ﱠِ‬‫ِ ِ‬ ‫ِ‬
‫اس َم ا ﱠ َو ُ َ َ ْ َ ُ ْ َ‬ ‫َوأ َْوُكوا قَربَ ُك ْم َواذْ ُكُروا ْ‬ ‫تغطية اﻹ ء )خ(‬
‫‪18.‬‬

‫ت‬ ‫أََﻻ أُ ِريك امرأَةً ِمن أَه ِل ا ْﳉن ِﱠة قـُ ْلت بـلَى قَ َ ِ ِ‬
‫‪19.‬‬
‫ال َهذه الْ َم ْرأَةُ ال ﱠس ْوَداءُ أَتَ ْ‬ ‫َ َْ ْ ْ َ ُ َ‬ ‫فضل من يصرع من الريح )خ(‬
‫صلﱠى ا ﱠُ َعلَْي ِه َو َسلﱠ َم‬ ‫ﱠﱯ َ‬ ‫النِ ﱠ‬
‫‪20.‬‬
‫ك إِ َﱃ َما َﻻ يَِريبُ َ‬
‫ك‪.‬‬ ‫َد ْع َما يَ ِريبُ َ‬ ‫اﳊﻼل بﲔ واﳊرام بﲔ )خ(‬
‫‪21.‬‬ ‫الغنم والباديةَ‪ ،‬فإذا كنت ﰲ غنمك و ديتك‪ ،‬فأذﱠ َن‬ ‫ﲢب َ‬ ‫إﱐ أراك ﱡ‬ ‫ب رفع الصوت لنداء )خ(‬
‫لصﻼة‬
‫ب‬ ‫ِ‬ ‫ﲔ فَِإنَهُ يُ ْس ِق ُ‬ ‫ب خﲑ مال اﳌسلم غنم يتبع ا شعف ﻻَ تَـ ْقتُـلُوا اﳉِنَا َن إِﻻَ ﱡك ﱡل أَبَِْﱰ ِذي طََفيﱠـتَ ِ‬
‫الولَ َد َويُ ْذه ُ‬ ‫ط َ‬
‫‪22.‬‬

‫صَر فَاقْـتُـلُوه‪.‬‬‫البَ َ‬ ‫اﳉبال )خ(‬


‫‪23.‬‬ ‫ب قول ﷲ تعاﱃ ﳌا خلقت بيدي )خ( عيسى عبد ﷲ ورسوله وكلمة ﷲ وروحه‪.‬‬
‫‪24.‬‬ ‫ف‪ ،‬فَ َما تَـنَا َكَر ِمْنـ َها‬ ‫ف مْنـ َها ائْـتَـلَ َ‬
‫ﱠدةٌ‪ ،‬فَما تَـعار َ ِ‬
‫ود ُﳎَن َ َ َ َ‬ ‫اح ُجنُ ٌ‬ ‫اﻷ َْرَو ُ‬ ‫اﻷرواح جنود ﳎندة )خ(‬
‫ف‪.‬‬ ‫اختَـلَ َ‬
‫ْ‬
‫‪25.‬‬ ‫ِ‬
‫اﳉ ِّن‬ ‫ِ‬
‫ُﳘَا م ْن طَ َعام ْ‬‫ِ‬ ‫ذكر اﳉن )خ(‬
‫ِ‬ ‫ِ‬
‫صا ِر ًخا‬‫ﲔ يُولَ ُد‪ ،‬فـَيَ ْستَ ِه ﱡل َ‬ ‫ود إِﻻﱠ ﳝََ ﱡسهُ الشْﱠيطَا ُن‪ ،‬ح َ‬ ‫َما م ْن بَِﲏ َ‬
‫آد َم َم ْولُ ٌ‬ ‫"واذكر عبد داود‪) "..‬خ(‬
‫‪26.‬‬
‫س الشﱠيطَانِ‬ ‫ِ‬
‫م ْن َم ِّ ْ‬
‫‪27.‬‬ ‫ص َﻼةِ‪.‬‬ ‫ضوءَ َك لِل ﱠ‬ ‫ضأْ ُو ُ‬ ‫ك فَـتَـ َو ﱠ‬‫ض َج َع َ‬ ‫ت َم ْ‬ ‫إِذَا أَتَـْي َ‬ ‫من ت على الوضوء )خ(‬
‫‪28.‬‬ ‫ورةِ الْبَـ َقَرةِ َم ْن قَـَرأ َُﳘَا ِﰲ لَْيـلَ ٍة َك َفتَاهُ‪.‬‬ ‫ِِ ِ‬
‫ْاﻵيـَتَان م ْن آخ ِر ُس َ‬ ‫ب رقم ‪) 12‬خ(‬
‫‪29.‬‬ ‫إذا م وﱂ يصل ل الشيطان ﰲ أنيه )خ( ذاك رجل َ َل الشْﱠيطَا ُن ِﰲ أُذُنِِه‪.‬‬
‫التَـثَ ُاؤب ِمن َ ِ‬
‫استَطَاع‪.‬‬ ‫َح ُد ُك ْم فَـلْيَ ْكظُم َما ْ‬ ‫بأَ‬ ‫الشْيطَان فَِإ َذا تَـثَ ُاؤ َ‬ ‫صفة إبليس وجنوده )خ(‬
‫‪30.‬‬
‫ْ‬
‫ي‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫إِ ﱠن أَح َد ُكم إِذَا قَام ي ِ‬
‫س َعلَْيه َح ﱠﱴ َﻻ يَ ْدر َ‬ ‫صلّي َجاءَهُ الشْﱠيطَا ُن فَـلَبَ َ‬ ‫السهو ﰲ الفرض والتطوع )خ(‬
‫‪31.‬‬
‫ََُ‬ ‫َ ْ‬
‫ِ‬ ‫ِ‬
‫س‪.‬‬ ‫ِ‬
‫َح ُد ُك ْم فَـلْيَ ْس ُج ْد َس ْج َدتَ ْﲔ َوُه َو َجال ٌ‬ ‫كأَ‬ ‫صلﱠى فَِإ َذا َو َج َد َذل َ‬ ‫َك ْم َ‬
‫ِ‬ ‫ِ ِِِ ِ‬ ‫ِ‬
‫لسﻼَ ِح فَإنﱠهُ ﻻَ يَ ْد ِرى أ َ‬
‫َح ُد ُك ْم لَ َع ﱠل الشْﱠيطَا َن‬ ‫َح ُد ُك ْم إ َﱃ أَخيه ّ‬ ‫قول النﱯ صلى ﷲ عليه وسلم من ﲪل علينا ﻻَ يُشﲑُ أ َ‬
‫‪32.‬‬

‫يـَنْ ِزعُ ِﰱ يَ ِدهِ فَـيَـ َق ُع ِﰱ ُح ْفَرةٍ ِم َن النﱠا ِر‪.‬‬ ‫السﻼح فليس منا )خ(‬

‫‪Selain itu, penemuan taburan sumber hadis dan taburan tematik serta klasifikasi‬‬
‫‪hadis ini sinonim dengan salah satu faedah takhrij hadis yang digariskan oleh ilmuwan‬‬
‫‪hadis iaitu pentakhrij dapat mengenal pasti kewujudan hadis tersebut dalam satu sumber‬‬
‫‪atau sejumlah sumber hadis dengan dapat menukilkan nama tokoh ulama penyusun‬‬
‫‪sumber yang meriwayatkan hadis tersebut dan kedudukan asalnya dalam kandungan‬‬
‫‪sumber berkenaan ('Abd al-Hadi, 1987; al-Akayilah, 1999; Khayr Abadi, 2003).‬‬
‫‪Penemuan analisis taburan-taburan ini dalam karya responden adalah signifikan untuk‬‬
‫‪menunjukkan kepentingan kegiatan pentakhrijan hadis dalam aspek kesahihan‬‬
‫‪kewujudan rekod-rekod detail periwayatan hadis-hadis tersebut dalam senarai koleksi‬‬
‫‪kitab hadis muktabar sepanjang zaman.‬‬

‫‪5.4‬‬ ‫‪Taburan Status Hadis‬‬


‫‪Analisis merumuskan penemuan taburan status hadis menunjukkan terdapat 94 buah‬‬
‫‪hadis adalah dikenal pasti sahih. Manakala enam buah hadis lagi berstatus hasan dan‬‬

‫‪JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II‬‬ ‫‪24‬‬


20 buah hadis pula berstatus da'if. Penemuan ini menunjukkan hadis sahih dan hasan
mempunyai pengaruh yang besar sebagai sandaran penghujahan serta menjadi dasar
utama pembentukkan kerangka ilmu perubatan Islam responden dalam aspek teori
mahu pun amali.

Taburan Status Hadis

6 20
Sahih
Hasan
94
Da'if

Rajah 1.4 Taburan Status Hadis

Penemuan taburan status hadis ini adalah sinonim dengan salah satu faedah
utama takhrij hadis sebagaimana yang digariskan oleh ilmuwan hadis iaitu pentakhrij
dapat mengenal pasti status hadis tersebut dengan menukilkan keputusan ulama
berkenaan dalam memutuskan penarafan status tersebut dalam perspektif kesahihan
atau kedaifan kecuali hadis-hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim serta lain-lain kitab
sahih ('Abd al-Hadi, 1987; al-Akayilah, 1999; Khayr Abadi, 2003). Penemuan analisis
status hadis-hadis dalam karya-karya responden adalah signifikan untuk menunjukkan
kepentingan kegiatan pentakhrijan hadis dalam aspek menganalisis kualiti dalil yang
disandarkan dalam kerangka ilmu perubatan Islam yang dihuraikan dalam kandungan
karya-karya berkenaan. Seterusnya dipaparkan lima contoh dapatan analisis takhrij
hadis untuk hadis berkualiti sahih.

a. Hadis (1)

i. Teks Hadis:
.‫يمنَا ِِ ْذ ِن َربِّنَا‬ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
ُ ‫ب ْسم ا ﱠ تُـ ْربَةُ أ َْرضنَا ب ِري َقة بـَ ْعضنَا يُ ْش َفى َسق‬
ii. Maksud Hadis:
“Dengan menyebut asma Allah, tanah bumi ini dengan air ludah sebagian di antara kami
dapat menyembuhkan penyakit di antara kami dengan izin tuhan kami.”

iii. Dapatan Sumber Takhrij, Status dan Klasifikasi Jenis Sunnah (Perkataan,
Perbuatan dan Perakuan).

Bil. Nama Nama Kitab/ Bab Nombor Status


Pengarang Buku Hadis Hadis
Hadis Musnad
1. Imam al- Sahih al- ‫الطب‬ ‫رقية النﱯ صلى ﷲ عليه وسلم‬ 5745 Sahih
Bukhari Bukhari

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 25


2. Imam Muslim Sahih ‫السﻼم‬ ‫استحباب الرقية من العﲔ‬ 5848 Sahih
Muslim
‫والنملة واﳊمة والنظرة‬
3. Imam Abi Sunan Abi ‫الطب‬ ‫كيف الرقى‬ 3897 Sahih
Dawud Daud
4. Imam al-Nasa'i Sunan al- ‫الطب‬ ‫النفث ﰲ الرقية‬ 7550 Sahih
Kubra
5. Imam Ibn Sunan Ibn ‫الطب‬ ‫ما عوذ به النﱯ صلى ﷲ عليه‬ 3521 Sahih
Majah Majah
‫وما عوذ به‬
Jenis Sunnah Sunnah Perkataan

b. Hadis (2)

i. Teks Hadis:
.‫ُح ِاذ ُر‬ ِ ِ ِِ ِ ِ ِ ‫ أ‬.ِ‫بِس ِم ﷲ‬
َ ‫َعوذُ بعﱠزةِ ﷲ َوقُ ْد َرته م ْن َشِّر َما أَج ُد َوأ‬
ُ ْ
ii. Maksud Hadis:
“Bismillah, Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya dari setiap kejelekan yang
aku jumpai dan aku takuti”

iii. Dapatan Sumber Takhrij, Status dan Klasifikasi Jenis Sunnah (Perkataan,
Perbuatan dan Perakuan).

Nama Nama Buku Kitab/ Nombor Status


Bil. Bab
Pengarang Hadis Musnad Hadis Hadis
1. Imam Abi Daud Sunan Abi ‫الطب‬ ‫كيف الرقى‬ 3983 Sahih
Daud
2. Imam Tirmidhi Sunan ‫الطب‬ 29 ‫ب رقم‬ 2080 Sahih
Tirmidhi
3. Imam Ibn Sunan Ibn ‫الطب‬ ‫ما عوذ به النﱯ صلى ﷲ‬ 3522 Sahih
Majah Majah
‫عليه وسلم‬
Jenis Sunnah Sunnah Perkataan

c. Hadis (3)

i. Teks Hadis:
.‫س َقما‬
ً َ ‫ﱠاﰲ َﻻ ِش َفاءَ إِﱠﻻ ِش َف ُاؤ َك ِش َفاءً َﻻ يـُغَ ِاد ُر‬
ِ ‫ت الش‬ ِ ‫اس أَ ْذ ِهب الْباس وا ْش‬
َ ْ‫فَ أَن‬ َ َ ْ ‫اللﱠ ُه ﱠم َر ﱠ‬
ِ ‫ب النﱠ‬
ii. Maksud Hadis:
“Hilangkan penyakit ini wahai Penguasa manusia. Sembuhkanlah, Engkau Maha
Penyembuh. Tidak ada kesembuhan kecuali penyembuhanMu, ubat yang tidak
meninggalkan kesakitan”.

iii. Dapatan Sumber Takhrij, Status dan Klasifikasi Jenis Sunnah (Perkataan,
Perbuatan dan Perakuan).

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 26


Bil. Nama Nama Buku Kitab/ Bab Nombor Status
Pengarang Hadis Musnad Hadis Hadis

1. Imam al- Sahih al- ‫اﳌرضى‬ ‫دعاء العائد للمريض‬ 5675 Sahih
Bukhari Bukhari
2. Imam Muslim Sahih ‫السﻼم‬ ‫استحباب رقية اﳌريض‬ 5836 Sahih
Muslim
3. Imam Abi Sunan Abi ‫الطب‬ ‫ﰲ تعليق التمائم‬ 3885 Sahih
Daud Dawud
4. Imam Sunan ‫الدعوات‬ ‫ﰲ دعاء اﳌريض‬ 3565 Sahih
Tirmidhi Tirmidhi
5. Imam Nasa'i Sunan ‫الطب‬ ‫دعاء العائد للمريض‬ 7508 Sahih
Nasa'i
6. Imam Ibn Sunan Ibn ‫ما جاء ﰲ ذكر مرض رسول اﳉنائز‬ 1619 Sahih
Majah Majah
‫ﷲ صلى ﷲ عليه وسلم‬
Jenis Sunnah Sunnah Perkataan

d. Hadis (4)

i. Teks Hadis:
."‫ص َفَر‬ ِ
َ ‫َ"ﻻ َع ْد َوى َوَﻻ ط ََﲑةَ َوَﻻ َه َامةَ َوَﻻ‬
ii. Maksud Hadis:

“Abu Hurairah r.a bahawa nabi Muhammad s.a.w bersabda: Tiada suatu jangkitan (yang
berkuasa membawa penyakit) tiada bersial, tiada burung hantu (membawa sial), tiada
bulan safar (membawa sial)”.

iii. Dapatan Sumber Takhrij, Status dan Klasifikasi Jenis Sunnah (Perkataan,
Perbuatan dan Perakuan).

Bil. Nama Nama Buku Kitab/ Bab Nombor Status


Pengarang Hadis Musnad Hadis Hadis
1. Imam al- Sahih al- ‫الطب‬ ‫ﻻ صفر وهو داء خذ البطن‬ 5717 Sahih
Bukhari Bukhari

2. Imam Muslim Sahih Muslim ‫السﻼم‬ ‫ﻻ عدوى وﻻ طﲑة وﻻ هامة‬ 5920 Sahih

‫وﻻ نوء‬
3. Imam Abi Sunan Abi ‫الطب‬ ‫ﰲ الطﲑة‬ 3913 Sahih
Dawud Dawud

Jenis Sunnah Sunnah Perkataan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 27


e. Hadis (5)

i. Teks Hadis:
ِ ‫الشيطَا َن َﳚ ِري ِمن اﻹنْس‬
.‫ان ﳎََْرى الدِﱠم‬ َ َ ْ ْ َ ‫إِ ﱠن‬
ii. Maksud Hadis:

“Sesungguhnya syaitan itu berlari dalam tubuh tubuh manusia melalui salur darah”.

iii. Dapatan Sumber Takhrij, Status dan Klasifikasi Jenis Sunnah (Perkataan,
Perbuatan dan Perakuan)

Bil. Nama Nama Buku Kitab/ Bab Nombor Status


Pengarang Hadis Musnad Hadis Hadis
1. Imam Bukhari Sahih Bukhari ‫اﻹعتكاف‬ ‫ز رة اﳌرأة ﰲ اعتكافه‬ 2038 Sahih

2. Imam Muslim Sahih Muslim ‫السﻼم‬ ‫بيان أنه يستحب ﳌن رؤى‬ 5807 Sahih

‫خاليا‬
3. Imam Abi Sunan Abi ‫الصوم‬ ‫اﳌعتكف يدخل البيت‬ 2472 Sahih
Daud Daud
‫ﳊاجته‬
4. Imam Tirmizi Sunan Tirmizi ‫الرضاع‬ ‫الرضاع‬ 1172 Sahih

5. Imam Nasaei Sunan Nasaei ‫اﻻعتكاف‬ ‫تشييع زائر اﳌعتكف والقيام‬ 3357 Sahih

‫معه‬
6. Imam Ibn Sunan Ibn ‫ﰲ اﳌعتكف يزوره أهله ﰲ الصيام‬ 1779 Sahih
Majah Majah
‫اﳌسجد‬
Jenis Sunnah Sunnah Perkataan

Seterusnya dipaparkan tiga contoh dapatan analisis takhrij hadis untuk hadis berkualiti
hasan.

a. Hadis (1)

i. Teks Hadis:
.ُ‫يمة فَﻼَ أَﰎ ﷲ لَهُ َوَم ْن تـَ َعلَق َوَد َعة فَﻼَ َوَدع ﷲ لَه‬ِ
َ ‫َم ْن تَـ َعلَ َق َﲤ‬
ii. Maksud Hadis:
“Sesiapa yang menggantung tamimah, Allah tidak menyempurnakan apa yang
dimilikinya, dan sesiapa yang menggantungkan wada’ah (bahan-bahan berupa
cengkerang seperti kulit siput atau kerang yang dijadikan sebagai kalung bertujuan
menjaga diri dari gangguan), Allah tidak membiarkannya dalam ketenangan.”

iii. Dapatan Sumber Takhrij, Status dan Klasifikasi Jenis Sunnah (Perkataan,
Perbuatan dan Perakuan).

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 28


Bil. Nama Nama Buku Kitab/ Bab Nombor Status
Pengarang Hadis Musnad Hadis Hadis

1. Imam Ahmad Musnad ‫حديث عقبة بن عمار اﳉهﲏ الشاميﲔ‬ 17440 Hasan
Ahmad
‫عن النﱯ صلى ﷲ عليه و سلم‬
Jenis Sunnah Sunnah Perkataan

b. Hadis (2)

i. Teks Hadis:
.ِ‫َم ْن تَـ َعلَ َق َشْيئاً ُوّكِ َل إِلَْيه‬
ii. Maksud Hadis:
“Sesiapa yang menggantungkan sesuatu (berupa tangkal), maka segala urusannya
akan diserahkan kepadanya (kepada tangkal”

iii. Dapatan Sumber Takhrij, Status dan Klasifikasi Jenis Sunnah (Perkataan,
Perbuatan dan Perakuan).

Bil. Nama Nama Buku Kitab/ Bab Nombor Status


Pengarang Hadis Musnad Hadis Hadis
1. Imam Sunan ‫الطب‬ ‫كراهية التعليق‬ 2072 Hasan
Tirmidhi Tirmidhi
Jenis Sunnah Sunnah Perkataan

c. Hadis (3)
i. Teks Hadis:

،‫َستَـ ْفتِ ِيه‬ ِ


ْ ‫صلﱠى ا ﱠُ َعلَْيه َو َسلﱠ َم أ‬ ‫ت النِ ﱠ‬
َ ‫ﱠﱯ‬ َ ‫ضةً َكبِ َﲑًة َش ِد‬
ُ ‫يد ًة فَأَتَـْي‬ َ ‫اض َحْي‬
ُ ‫ُستَ َح‬
ْ‫تأ‬ ُ ‫ ُكْن‬:‫ت‬
ْ َ‫ش قَال‬
ِ ‫عن ﲪَْنَةَ بِْن‬
ٍ ‫ت َج ْح‬
.‫ "إﳕا هي ركضة من الشيطان‬:‫فقال‬
ii. Maksud Hadis:
Dari Hamnah binti Jahsyi beliau berkata: Adalah aku mengalami haid yang teruk dan
berpanjangan. Maka aku bertemu Nabi s.a.w. dan meminta pandangan darinya. Lalu
baginda s.a.w. bersabda: “Hanyasanya istihadah itu adalah gangguan berupa sepakan
syaitan”.

iii. Dapatan Sumber Takhrij, Status dan Klasifikasi Jenis Sunnah (Perkataan,
Perbuatan dan Perakuan).

Bil. Nama Nama Kitab/ Bab Nombor Status


Pengarang Buku Musnad Hadis Hadis
Hadis
1. Imam Hakim Mustadrak ‫الطهارة‬ ‫الطهارة‬ 615 Hasan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 29


Jenis Sunnah Sunnah Perkataan

Seterusnya dipaparkan lima contoh dapatan analisis takhrij hadis untuk hadis berkualiti
da'if.

a. Hadis (1)

i. Teks Hadis:
ِ ِ ‫ لَي‬: ‫ول ﷲِ صلى ﷲ عليه وسلم‬ َ َ‫ ق‬: ‫ قَ َال‬، ُ‫ﲔ َر ِض َي ا ﱠُ َعْنه‬
ٍ ْ‫ص‬ ِ
َ‫ أ َْو تُط ﱠﲑ‬، ‫س منﱠا َم ْن تَطَﱠَﲑ‬
َ ْ ُ ‫ال َر ُس‬ َ ‫َع ْن ع ْمَرا َن بْ ِن ُح‬
ِ ‫ ومن أَتَى َك‬، ‫ من ع َق َد ع ْق َد ًة‬: ‫ أَو س ِحر لَه ومن ع َق َد ع ْق َد ًة أَو قَ َال‬، ‫ أَو تُكِ ِهن لَه أَو سحر‬، ‫لَه أَو تَ َك ﱠهن‬
‫اهنًا‬ ْ ََ ُ َ َْ ْ ُ َ ْ ََ ُ َ ُ ْ ََ َ ْ ُ َ ّ ْ َ ْ ُ
ٍ ِ
.‫ رواه البزار سناد جيد‬.- ‫ صلى ﷲ عليه وسلم‬- ‫ول فَـ َق ْد َك َف َر ﲟَا أُنْزَل َعلَى ُﳏَ ﱠمد‬ِ ِ
ُ ‫ص ﱠدقَهُ ﲟَا يـَ ُق‬
َ َ‫ف‬
ii. Maksud hadis:
Bukan daripada (golongan) kami (umat Nabi Muhammad s.a.w) sesiapa yang bersial-
sial atau dibuatkan baginya kepercayaan bersial-sial atau orang yang mengerjakan
amalan pawang atau orang yang dipawangkan baginya atau orang yang membuat
pekerjaan sihir atau orang yang dibuatkan sihir baginya, dan sesiapa yang menjumpai
pawang lalu dia membenarkan terhadap apa yang diperkatakan maka sesungguhnya
dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

iii. Dapatan Sumber Takhrij, Status dan Klasifikasi Jenis Sunnah (Perkataan,
Perbuatan dan Perakuan).

Bil. Nama Nama Kitab/ Bab Nombor Status


Pengarang Buku Musnad Hadis Hadis
Hadis
1. Imam Bazzar Musnad ‫ا لد الثاﱐ‬ ‫مسند بن‬ 3578 Da'if
Bazzar
‫حصﲔ‬
Jenis Sunnah Sunnah Perkataan

b. Hadis (2)

i. Teks Hadis:
ِ ‫إِ َذا أَتَى الﱠرجل امرأَتَه وهي حاِئض سبـ َقه الشﱠيطَا ُن إِلَيـها فَحملَت فَجاءت ِ ﳌخن‬
.‫ﱠث فَاﳌ َخنـﱠثُو َن أ َْوﻻ ُد اﳉِ ِّن‬
ُ َ ْ َ َ ْ ََ َْ ُ ََ ٌ َ َ َ ُ َْ ُ ُ
ii. Maksud Hadis:
Apabila seorang suami menyetubuhi isterinya di dalam keadaan haid, ia didahului oleh
syaitan. Apabila perempuan itu hamil, ia akan mengandungkan khunsa (pondan). Kaum
pondan itu adalah anak-anak jin.

iii. Dapatan Sumber Takhrij, Status dan Klasifikasi Jenis Sunnah (Perkataan,
Perbuatan dan Perakuan).

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 30


Bil. Nama Nama Buku Hadis Kitab/ Bab Nombor Status
Pengarang Musnad Hadis Hadis

1. Ibn ‘Adi Al-Kamil fi Du’afa’ - - 58 Da’if

Jenis Sunnah Sunnah Perkataan

c. Hadis (3)

i. Teks Hadis:
ُ ‫ِذ ْكُر ﷲ ِش َفاء‬
.‫القلُوب‬
ii. Maksud Hadis:
“Berzikir mengingati Allah itu adalah penyembuh bagi hati”.

iii. Dapatan Sumber Takhrij, Status dan Klasifikasi Jenis Sunnah (Perkataan,
Perbuatan dan Perakuan).

Bil. Nama Nama Buku Kitab/ Bab Nombor Status


Pengarang Hadis Musnad Hadis Hadis
1. Imam al-Sayuti Jam’ al-Ahadis - - 45085 Da'if

Jenis Sunnah Sunnah Perkataan

d. Hadis (4)

i. Teks Hadis:

َ َ‫ك َما َه ِذ ِه؟ ق‬


‫ ِم ْن‬:‫ال‬ َ َ‫ َوْﳛ‬:‫ال‬ َ ‫ فَـ َق‬،‫ص ْف ٍر‬ ِ َ َ‫أَ ﱠن النِﱠﱯ صلَى ﷲ علَي ِه وسلﱠم أَبصر علَى عض ِد رج ٍل حلْ َقةً أُراه ق‬
ُ ‫ م ْن‬:‫ال‬ ُ َ َ ُ َ ُ َ َ ََ ْ َ َ َ ْ َ ُ َ ّ
ِ ِ َ َ‫ ق‬،‫الو ِاهنَ ِة‬
.ً‫ت أَبَدا‬
َ ‫ك َما أَفْـلَ ْح‬ َ ‫ت َوه َى َعلَْي‬
‫ﱠك لَ ْو م ﱠ‬
َ ‫ك فَإن‬ ُ ‫ "أ ََما إِ ﱠَا ﻻَ تَـَز‬:‫ال‬
َ ‫يد َك إِﻻﱠ َوْهناً انْبِ ْذ َها َعْن‬ َ
ii. Maksud Hadis:
“Bahwa Rasulullah s.a.w. ternampak satu besi tembaga yang melingkari lengan seorang
lelaki, lalu baginda berkata: “Celaka kamu! Apakah ini? Orang itu menjawab: “Tangkal
untuk mengatasi badan yang lemah”. Lalu Baginda bersabda: “Adapun ianya ini tidak
menambahkan kepadamu kecuali kelemahan. Buanglah ia segera! Maka sesungguhnya
jika engkau mati sedang engkau masih memakainya nescaya engkau tidak akan
mendapat kebahagiaan selama-lamanya”.

iii. Dapatan Sumber Takhrij, Status dan Klasifikasi Jenis Sunnah (Perkataan,
Perbuatan dan Perakuan).

Bil. Nama Nama Buku Kitab/ Bab Nombor Status


Pengarang Hadis Musnad Hadis Hadis
1. Imam Ahmad Musnad ‫الكوفيﲔ‬ ‫حديث عمران بن حصﲔ‬ 20014 Da'if
Ahmad
‫رضي ﷲ عنه‬
Jenis Sunnah Sunnah Perkataan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 31


e. Hadis (5)

i. Teks Hadis:
ِ ِْ ُ‫السح ِر وِ ا فَس َقة‬
ِ ِ ِ ِ ِ ِ‫َﻻ َﲣْرج إِلَيـها أ َِمﲑ الْم ْؤِمن‬
.‫ال‬
ُ‫ض‬ َ ُ‫اﳉ ِّن َو َا الدﱠاءُ الْع‬ َ َ َ ْ ّ ‫ﲔ فَإ ﱠن َا ت ْس َعةَ أ َْع َشار‬
َ ُ َ َ َْ ُْ
ii. Maksud Hadis:
“Wahai Amirul Mu’minin, janganlah engkau ke sana kerana di sana ada sembilan
persepuluh sihir dan di sana juga ada kumpulan jin yang fasik serta wabak penyakit yang
berjangkit”.

iii. Dapatan Sumber Takhrij, Status dan Klasifikasi Jenis Sunnah (Perkataan,
Perbuatan dan Perakuan).

Bil. Nama Nama Kitab/ Bab Nombor Status


Pengarang Buku Musnad Hadis Hadis
Hadis
1. Imam Malik Muwatta’ ‫اﳉامع‬ ‫وحدثﲏ مالك‬ 3577 Da'if

Jenis Sunnah Sunnah Perkataan

5.5 Taburan Ralat Cetakan Hadis

Analisis merumuskan taburan ralat cetakan hadis menunjukkan terdapat tujuh ralat yang
ditemui terdapat pada teks hadis yang tercetak dalam karya responden. Penemuan ini
sejajar dengan salah satu faedah takhrij hadis sebagaimana yang digaris oleh ilmuwan
hadis iaitu pentakhrij dapat mengenal pasti kesalahan nukilan dalam salinan-salinan
sumber hadis yang dicetak ('Abd al-Hadi, 1987).

Jadual 1.5 Taburan Ralat Cetakan Hadis


Bil. Ralat Cetakan Hadis Pembetulan Jenis Kesalahan

1. ‫ﰲ مسنده‬ ‫مصنفه ﰲ‬ Nama kitab tidak bertepatan


dengan nama pengarang
2. ِ‫ج ِده‬ ‫َجسده‬ Tertinggal huruf ‫س‬
َ
3. ‫عمارة بن حزم‬ ‫عمرو بن حزم‬ Ejaan nama perawi tidak
tepat
4. ‫ﳉرب‬ ‫اﳉرب‬ Tertinggal huruf ‫أ‬

5. ‫بشفر‬ ‫ﲟشفر‬ Tertinggal huruf ‫ ب‬dan ‫م‬

6. ‫فحلوا‬ ‫فخلوا‬ Tashif-kesalahan titik

7. ‫عرضا‬ ‫غرضا‬ Tashif-kesalahan titik

Penemuan analisis taburan ralat cetakan hadis dalam karya responden ini
signifikan untuk menunjukkan kepentingan kegiatan pentakhrijan hadis dalam aspek
pemeliharaan teks hadis daripada tercemar dengan perubahan yang tidak sepatutnya.
Faedah ini menunjukkan kesalahan yang ditemui dalam karya-karya responden ini tidak
akan dibiarkan kekal tetapi dapat dibetulkan dalam cetakan pada masa hadapan.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 32


Taburan Jenis Ralat Nukilan Hadis

Tertinggal Huruf
1
Tashif-Kesalahan Titik
1 3
Ejaan Nama Perawi tidak tepat

2 Nama Kitab Tidak Bertepatan dengan Nama


Pengarang

Rajah 1.5 Taburan Jenis Ralat Nukilan Hadis

Implikasi daripada dapatan kajian dalam perspektif penzahiran sumber hadis


yang lebih lengkap adalah untuk meningkatkan lagi tahap keyakinan beramal dengan
amalan ruqyah yang diaplikasi serta disebarkan secara meluas oleh responden selaku
pengamal perubatan Islam berprofil tinggi di Malaysia. Dalam perspektif yang lain,
dapatan kajian juga membawa implikasi kerelevenan berterusan kegiatan takhrij hadis
berasaskan sumbangan penentuan muktamad kewujudan rekod detail periwayatan
sesebuah hadis, kepastian kualiti hadis berdasarkan keputusan ilmuan hadis dan sekuriti
teks nukilan hadis daripada terpesong secara tidak sengaja menerusi ralat dalam
cetakan hadis.

6.0 KESIMPULAN
Rumusan keseluruhan dapatan dan penemuan kajian menunjukkan keselarasan
penjenamaan "perubatan Islam" sebagaimana yang dilabelkan oleh responden
berdasarkan penemuan sumber hadis. Kesimpulan daripada rumusan juga
menunjukkan hasil takhrij hadis melibatkan 120 buah hadis yang terdapat dalam empat
buah karya utama responden adalah memuaskan. Keseluruhan hadis tersebut
mempunyai rekod-rekod detail periwayatan dalam 25 buah kitab hadis muktabar
sepanjang zaman seperti kutub al-sittah, Musnad Ahmad, Muwatta' Malik dan 17 buah
kitab hadis yang lain.
Selain itu, kajian ini juga berjaya melengkapkan pernyataan sumber hadis dalam
buku-buku ruqyah responden berdasarkan format takhrij hadis yang standard. Informasi
lengkap tersebut merupakan antara aspek pengetahuan yang wajar diketengahkan
kepada pesakit dan perawat pelatih yang berguru serta menjalani latihan di bawah
kendalian responden. Pada masa yang sama juga, hal ini dapat mengukuhkan kredibiliti
responden berkenaan sebagai pengamal ruqyah contoh yang boleh dipercayai oleh
masyarakat Islam di Malaysia. Kajian ini turut merupakan suatu bentuk penghargaan
kepada para pengamal tersebut yang banyak berjasa dalam memberi sumbangan
terhadap ikhtiar penyembuhan penyakit berdasarkan pedoman sunnah Rasulullah .

Penghargaan
Artikel ini merupakan sebahagian daripada dapatan kajian projek penyelidikan berjudul
Analisis Takhrij Hadis dan Kaedah Pengamalan Perubatan Pengamal Perubatan Islam
di Malaysia, Kod Projek: KUIS/PB/2016/GPIK 1/GPI/014, Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor, 2017.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 33


Rujukan
Ahmad Sunawari Long. 2007. Pengenalan metodologi penyelidikan pengajian Islam.
Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
al-Akayilah, Sultan Sanad et.al. 1999. Al-Wadih fi Fann al-Takhrij wa Dirasah al-Asanid.
Jordan: 'Amman al-Dar 'al-'Alamiyyah li al-Nasyhr wa al-Tawzi'.
'Abd al-Hadi, Abu Muhammad 'Abd al-Mahdi bin 'Abd al-Qadir. 1987. Turuq Takhrij
Hadith Rasulullah . Mesir: Dar al-I'tisam.
Al-Bukhari, Muhammad bin Isma’il. 1994, Sahih al-Bukhari. Beirut: Dar al-Ma’rifah.
Dasar Perubatan Tradisional dan Komplementari Kebangsaan. 2007. Atas talian
tcm.moh.gov.my dalam http://tcm.moh.gov.my/v4/pdf/NationalPolicy.pdf (8
Disember 2016)
Haron Din. 2014. Ruqyah Asas Pengubatan Islam. Bangi: Persatuan Kebajikan dan
Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa') & Koperasi Darussyifa' Berhad.
Ismail Kamus. 2006. Jin Hakikat dan Pengubatan. Kuala Lumpur: Telaga Biru.
Jahid Sidek dan Mahyuddin Ismali. 2015. Isu-isu berkaitan Akidah dan Syariah dalam
Perubatan Tradisional dan Komplementari. Kuantan: Penerbit Universiti
Malaysia Pahang.
Jahid Sidek. 2004. Berpawang dan Bersahabat Dengan Jin daripada Perspektif Islam.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Khayr Abadi, Muhammad Abu Layth. 2003. Takhrij al-Hadith Nasyatuh wa
Manhajiyyatuh. Selangor: Darul Syakir.
Mahyuddin Ismail. 2011. Penyelewengan Akidah dan Syariat Dalam Perkhidmatan
Rawatan Alternatif: Isu Kepenggunaan dan Akidah Umat Islam. Kertas Kerja
Seminar Hukum Islam Semasa VII. Anjuran Universiti Malaya. Kuala Lumpur,
15 Disember.
Merriam, S.B. 1998. Qualitative Research and Case Study Applications in Education.
San Francisco: Jossey-Bass Inc.
Marohaini Yusoff. 2004. Pertimbangan kritikal dalam pelaksanaan kajian kes secara
kualititatif. Dlm. Marohaini Yusuff (pnyt.). Penyelidikan kualitatif pengalaman
kerja lapangan kajian, hlm. 37. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Mohd. Khafidz Soroni. 2012. Kaedah-Kaedah Takhrij al-Hadith. Bangi: Institut Kajian
Hadith Selangor.
Muslim, al-Hajaj bin Muslim al-Qusyairi. t.t. Sahih Muslim. Beirut: Dar al-Jayl.
TCM 2016 atas talian
(http://tcm.moh.gov.my/v4/bmelayu/modules/mastop_publish/?tac=2. 16 Jun
2016).
Al-Tirmidhi, Abu ‘Isa Muhammad bin ‘Isa bin Sawrah.t.t. al-Jami’ al-Sahih. Beirut: Dar
Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.
https://www.dorar.net/hadith http://library.islamweb.net/newlibrary/index.php.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 34

Anda mungkin juga menyukai