Anda di halaman 1dari 20

[7]

Penggunaan Rawatan Moden Berasaskan Darah Mengikut


Prinsip Maqasid Syariah
Nurhidayah Muhamad Sharifuddin, Mohd Anuar Ramli,
Tg Fatimah Azzahra Tg Md Fauzi & Nur Diyana Azizi

Pendahuluan
Islam menganjurkan supaya berubat dengan menggunakan bahan
suci. Penggunaan bahan-bahan yang halal dan suci wajib
dititikberatkan untuk merawat penyakit. Islam turut menganjurkan
supaya berubat dengan bahan suci kerana ianya akan memberi
kesan kepada ibadah seseorang individu Muslim. Terdapat beberapa
hadis Nabi SAW mengenai larangan penggunaan elemen tidak halal
atau tidak suci/ kotor dalam perubatan. Antaranya termasuklah
hadis daripada Abi Darda’ yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud:
‫أن اهلل أنز ززلد ا ز ززواء وا ز ززوواء ودوز ززت از ززت الاء الواء ز ززواووا و ز ززواووا‬
‫مبحرم‬
“Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat
dan dijadikan bagi setiap penyakit itu ubatnya. Maka
berubatlah kamu dan jangan kamu berubat dengan yang
diharamkan.”

Selain itu, terdapat juga hadis yang diriwayatkan daripada


Abu Hurairah mengenai larangan Nabi SAW menggunakan ubatan
yang kotor.
‫هنى رسود اهلل صلى اهلل عليه وسلم عن ا وواء اخلبيث‬
“Rasul SAW melarang daripada ubat yang kotor.”

Umum diketahui, agama Islam menggalakkan manusia


berikhtiar untuk mengubati penyakit yang dihadapi, bukan hanya
bertawakal kepada takdir sahaja. Pada zaman sekarang banyak
perubatan-perubatan moden yang telah dicipta untuk merawat
pelbagai jenis penyakit. Pelbagai jenis ubat-ubatan turut dicipta dan
digunakan untuk tujuan yang sama. Penggunaan bahan-bahan yang
halal dan suci wajib diberi perhatian dan di ambil kira kerana ianya
akan memberi kesan kepada ibadah seseorang individu Muslim. Ini
115
kerana di dalam fikrah Islam, halal dan haram adalah suatu amanah
serta tanggungjawab besar yang perlu dipikul oleh manusia. 1 Oleh
yang demikian, kajian ini akan meninjau penggunaan rawatan
moden yang berasaskan darah dan seterusnya menganalisis rawatan
tersebut dari sudut maqasid syariah.

Terminologi Maqasid
Maqasid dari sudut bahasa adalah jamak dari perkataan maqsad iaitu
qasad yaqsud qasada wa maqsadan. Al-Qasd mempunyai pelbagai
maksud dari sudut bahasa.2 Antaranya ialah bercita-cita (al-i’tizam),
pegangan (al-i’timad), bersengaja (al-amm), meminta sesuatu dan
mendatangkannya. Ia juga membawa maksud jalan yang benar atau
lurus (istiqamat al-tariq). Al-Qasd juga merupakan sebahagian dari
jalan lurus yang tiada penyelewengan dari kebenaran. Manakala al-
Shari’ah3 pula berasal dari perkataan shara’a yang bererti
memperkenalkan, mengadakan dan menetapkan. Al-Shari’ah dari
sudut bahasa bermaksud jalan menuju sumber air yang diminum
oleh manusia. Selain itu, ia juga adalah sesuatu yang diwujudkan
oleh Allah daripada urusan agama dan diperintahkan untuk
melakukannya.
Definisi maqasid syariah telah dihuraikan secara terperinci
oleh ulama mutaqaddim dan kontemporari. Imam al-Ghazali
berpendapat maqasid syariah adalah matlamat syarak terhadap
manusia ialah lima iaitu penjagaan agama, diri, akal, keturunan dan
harta.4 Al-Amidi juga berpandangan ia adalah matlamat dari
pensyariatan hukum sama ada untuk mencapai kemaslahatan atau
menolak kemudaratan atau kedua-duanya sekali.5 Selain itu, ‘Allal
al-Fasi turut mendefinisikan maqasid syariah sebagai matlamat dan
rahsia-rahsia yang telah ditentukan oleh syarak terhadap semua

1 Yusuf al-Qaradawi, Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam (Damshiq: Al-Maktab al-


Islami, 1980)
2 Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab, (Beirut: Dar Sadir, 1414H)
3 Ibid.
4 Al-Ghazali, Al-Mustasfa min ‘Ilm al-Usul (Beirut: Dar al-Ihya’ al-Turath al-‘Arabi,
1993).
5 Al-Amidi, Al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, (Riyadh: Dar al-Sami‘ie, 2003).

116
hukum-hakam.6 Manakala al-Raysuni menyatakan bahawa ia
merupakan matlamat yang ditentukan oleh syarak untuk
merealisasikan kemaslahatan manusia. 7
Beberapa sarjana mutakhir turut memberi pandangan
mengenai maqasid syariah. Jasser Auda menyatakan ia adalah
objektif disebalik hukum Islam dan terdapat hubungan yang rapat
antaranya dengan maslahah. Menurut beliau, maslahah itu perlu
memenuhi tujuan syarak dan sesuatu maqasid syariah tidak sah
sehingga ia memenuhi maslahah atau menjauhi mafsadah. 8 Selain
itu, Mahmood Zuhdi turut berpendapat bahawa maqasid syariah
adalah objektif syariah Islam dalam menentukan dasar dan pelan
tindakan Islam sebagai panduan hidup manusia dalam mencari
kebahagiaan di dunia dan di akhirat.9

Sejarah al-Tibb al-Nabawi Mengenai Penggunaan Najis Dalam


Rawatan Perubatan
Penggunaan najis dalam rawatan perubatan telah digunakan sejak
zaman Rasulullah lagi. Nabi SAW pernah menganjurkan supaya
meminum air kencing unta sebagai penawar penyakit pada tubuh
akibat keadaan cuaca di Madinah. Sabda Nabi SAW:
‫عن أنس بن ما ك قاد (قوم أناس من عات أو عرينة اد ووا‬
‫املوينة أمرهم ا نيب صلى اهلل عليه وسلم بلقح وأن يشربوا من‬
‫أبواهلا وا باهنا انطلقوا لما صحوا ق لوا راعي ا نيب صلى اهلل عليه‬
‫وسلم واس اقوا ا نوم‬
Diriwayatkan dari Anas, ia berkata, “Suatu ketika datang
sekelompok manusia dari suku Ukl atau Urainah, tetapi

6 ‘Allal al-Fasi, Maqasid al-Shari‘ah al-Islamiyyah wa Hakamuha, (Beirut: Dar al-Gharab


Islami, 1993).
7 Ahmad al-Raysuni, Madkhal ila Maqasid al-Shariah, (Qaherah: Dar al-Kalimah,
2010).
8 Nora’inan Bahari, Maqasid Shari’ah dan Istilah Berkaitan: Metode
Pengenalpastian dan Kawalan, Prosiding Seminar Fiqh Semasa SeFis, UFRC, 2015,
USIM.
9 Mahmood Zuhdi Haji Abd Majid, Maqasid Syariah Sebagai Pendekatan Bagi Realisasi
Ajaran Islam Di Malaysia: Satu Prospek.
http://www.iais.org.my/e/attach/2015/maqasid2015/pdf/keynote5_paper.pdf

117
mereka tidak sesuai dengan cuaca di Madinah (yang
menyebabkan mereka selalu mengalami sakit). Maka Nabi
SAW memerintahkan mereka mencari unta betina yang
sedang menyusui dan menyuruh mereka supaya minum air
kencing dan susu unta itu. Maka mereka pun berangkat
dan melakukan apa yang disuruh oleh Nabi SAW Setelah
mereka sihat, mereka membunuh pengembala milik Nabi
SAW lalu pergi membawa unta.”
Bagi hukum air kencing unta, para fuqaha’ turut berselisih
pendapat dalam menentukan sama ada ianya najis atau tidak. 10.
Kebanyakan fuqaha’ seperti Imam Malik, Ahmad dan sebahagian
kaum salaf berpendapat bahawa air kencing haiwan yang boleh
dimakan daging haiwan tersebut, maka hukumnya adalah suci.
Menurut Ibn al-‘Arabi, mereka menggunakan hadis Nabi SAW
sebagai dalil mengenai penganjuran penggunaan air kencing unta
adalah harus untuk mengubati penyakit tersebut. Sabda Nabi SAW:
‫إن يف أبواد اإلبت وأ باهنا شفاء لذربة بطوهنم‬
“Hendaklah kamu menggunakan air kencing unta dan
susunya kerana ia menyembuhkan bagi penyakit di dalam
perut.”
Namun, jumhur ulama’ dan Imam Syafi’i berbeza pendapat
mengenai perkara ini. mereka berpendapat bahawa air kencing
haiwan adalah najis sama ada daging haiwan tersebut boleh
dimakan ataupun tidak. Pendapat ini berdasarkan hadis Abu
Hurairah yang telah disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dan lain-lain.
Sabda Nabi SAW:
‫اس نلهوا من ا بود إن عامة عذاب ا قرب منه‬
“Jauhilah atau berhati-hatilah kalian dari air kencing,
kerana sesungguhnya kebanyakan azab kubur itu
bersumber darinya”.

10 Al-Nawawi, Al-Majmu‘ Sharh al- Muhadhdhab lil Shiyrazi, (Beirut: Dar al-Fikr,
t.t.)2:567., Al-Shiyrazi, Al- Muhadhdhab fi Fiqh al-Imam Al-Shafi’i, (Beirut: Dar al-
Kutub al-‘Ilmiyah, 1995) 1:91; Al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 1:131; Ibn Qudamah,
Al-Mughni, 1:55; Al-‘Asqalani, Fath Al-Bari (Qaherah: Dar Al-Diyan lil Turath:
1986), 1:304; Al-Mubarikafuri, Tuhfat Al-Ahwadhi Bi Syarh Jami‘ al-Tirmidhi
(Beirut: Dar Al-Kutub Al-‘Ilmiyah, 1990), 1:204.

118
Jelas secara lahiriah menunjukkan hadis di atas mencakupi
segala jenis air kencing termasuklah air kencing unta. Akan tetapi,
rawatan berasaskan air kencing unta seperti di dalam hadis Nabi
SAW tersebut perlu dilihat dari aspek darurat, iaitu ketika mana
suatu keadaan yang membolehkan penggunaan sesuatu yang
diharamkan seperti penggunaannya untuk tujuan perubatan, 11
seperti firman Allah SWT:

         


Al-Baqarah : 173
“Maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat)
sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui
batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah
ia berdosa.”

Selain itu pakar sains moden turut melakukan analisis


terhadap air kencing unta dan telah membuktikan bahawa terdapat
kandungan penting yang boleh digunakan untuk merawat beberapa
jenis penyakit. Salah seorang pakar telah menemui kewujudan
hormon Ursgistrone dan hormon Anthelone yang boleh digunakan
untuk merawat penyakit ulser perut.12 Oleh yang demikian, ini
terbukti bahawa air kencing unta turut mempunyai khasiat
tersendiri untuk digunakan merawat penyakit.

Metodologi
Kajian ini adalah kajian kualitatif berdasarkan penelitian literatur
yang dilakukan melalui pengumpulan maklumat menerusi kajian
kepustakaan untuk menganalisis penggunaan darah dalam
perubatan dari perspektif maqasid syariah. Pengkaji merujuk buku-
buku ilmiah, makalah, jurnal, dokumen-dokumen berautoriti,
koleksi kertas kerja persidangan dan seminar yang berkaitan serta
penulisan-penulisan kontemporari berkaitan wakaf bagi membantu

11 Al-Nawawi, Al-Majmu‘ Sharh al-Muhadhdhab li al-Shirazi, 2:568; Al-Sharbini,


Mughni al-Muhtaj, 1:131; Al-Shawkani, Nayl al-Awtar, 41; ibid., 1664.
12 Muhammad ‘Abd Al-Hamid al-Sayid Matuwali, “Al-Tadawi bi al-Wasa’il al-
Tibbiyah al-Mu‘asirah” (Rekod Ilmiah Persidangan Kedua Fiqh (Perundangan
Islam), Isu Perubatan Kontemporari, Kerajaan Saudi Arabia, Kementerian
Pengajian Tinggi, Universiti Islam Imam Muhammad Bin Sa‘ud, Jil. 1, 2010), 33.

119
penyelidikan kajian ini. Di samping itu, bagi membentuk landasan
konsep dan teori bagi kajian ini, maka rujukan dibuat terhadap
bahan-bahan semasa yang terdapat dalam perpustakaan sama ada
secara manual mahupun secara dalam talian mengenai tajuk yang
berkaitan.

Perbincangan
Pada zaman era globalisasi ini, dengan berbekalkan kaedah sains
dan teknologi yang canggih, pelbagai bentuk rawatan yang baharu
telah dicipta dengan menggunakan pelbagai jenis bahan serta
kaedah untuk merawat penyakit. Salah satunya yang telah
diperkenalkan pada masa kini ialah Platelet-Rich Plasma, iaitu suatu
rawatan alternatif moden yang menggunakan darah sebagai bahan
utama di dalam rawatan tersebut. Rawatan ini boleh digunakan di
dalam rawatan kecederaan dan rawatan kecantikan.

Platelet-Rich Plasma (PRP)


Platelet-Rich Plasma (PRP) adalah suatu rawatan yang berasaskan
darah manusia. Elemen-elemen di dalam darah diasingkan dengan
menggunakan mesin centrifuge untuk menghasilkan lapisan plasma
dan platlet asli yang digunakan dalam kaedah rawatan PRP. 13 PRP
merupakan suatu konsep yang mana jumlah autologos plasma
mempunyai kepekatan platlet yang melewati garis dasar plasma
darah biasa.14
Antara jenis rawatan kecederaan yang menggunapakai PRP
termasuklah kecederaan saraf 15, penyakit tendinitis (tendon yang

13 Marx R.E., “Platelet-Rich Plasma (PRP): What Is PRP And What Is Not PRP?”,
Implant Dentistry 10, No. 4 (2001), 225-228.
14 Marx R.E., ibid.
15 W Yu, J Wang dan J Yin, “Platelet-Rich Plasma: A Promising Product For
Treatment Of Peripheral Nerve Regeneration After Nerve Injury”, International
Journal Of Neuroscience 121, No. 4 (2011), 176-180., Funda ATAMAZ et al.,
“Effects Of Platelet-Rich Plasma On Nerve Regeneration In A Rat Model”, Acta
Orthopaedica Et Traumatologi Turcica 48, No. 4 (2014), 449-454., R.F. Elgazzar et
al., “Platelet-Rich Plasma May Enhance Peripheral Nerve Regeneration After
Cyanoacrylate Reanastoomosis: A Controlled Blind Study On Rats”, International
Journal Of Oral And Maxillofacial Surgery 37, No. 8 (2008), 748-755., Tarik Y.
Farrag et al., “Effect Of Platelet-Rich Plasma and Fibrin Sealant On Facial Nerve
Regeneration In A Rat Model”, The Laryngoscope 117, No. 1 (2007), 157-165.,
120
diregangkan atau digunakan secara berlebihan) 16 seperti tendinitis
lutut (patella), tendinitis tumit (Achilles) dan tendinitis bahu (rotator
cuff), ligamen17, kecederaan otot seperti otot belakang paha
(harmstring)18, kecederaan sendi (osteoarthritis)19, pembaikan dan

Sariguney Y. et al., “Effect Of Platelet-Rich Plasma On Peripheral Nerve


Regeneration”, Journal Of Reconstructive Microsurgery 24, No. 3 (2008), 159-167.
16 Marieke de Mos et al., “Can Platelet-Rich Plasma Enhance Tendon Repair?”. The
American Journal of Sports Medicine 36, No. 6 (2008). 1171-1178., A Mishra dan T.
Pavelko, “Treatment Of Chronic Elbow Tendinosis With Buffered Platelet-Rich
Plasma”, American Journal Of Sports Medicine 34 (2006), 1774-1778., Christophe
Charousset et al., “Are Multiple Platelet-Rich Plasma Injections Useful For
Treatment Of Chronic Patellar Tendinopathy In Atheletes?”. The American
Journal Of Sports Medicine 42, No. 4 (2014), 906-911., P Randelli et al., “Platelet
Rich Plasma In Arthroscopic Rotator Cuff Repair: A Prospective RCT Study”,
Journal Of Shoulder And Elbow Surgery 20, No. 4 (2011), 518-528.
17 Luga Podesta et al. “Treatment Of Partial Ulnar Collateral Ligament Tears In The
Elbow With Platelet-Rich Plasma”. The American Journal Of Sports Medicine 41.
No. 7 (2013), 1689-1694., Maureen Leahy, “PRP Effective for Acute Lateral Ankle
Ligament Injuries”, American Academy of Orthopaedic Surgeons, April 2014., J
Paoloni et al., “Platelet-Rich Plasma Treatment For Ligament And Tendon
Injuries”, Clinical Journal of Sport Medicine 21, No. 1, 37-45., Ting Yuan, Chang-
Qing Zhang dan James H-C. Wang, “Augmenting Tendon And Ligament Repair
With Platelet-Rich Plasma”, Muscle, Ligaments and Tendons Journal 3, No. 3, 139-
149.
18 Mohamad Shariff A Hamid et al., “Platelet-Rich Plasma Injections For The
Treatment Of Hamstring Injuries”, The American Journal Of Sports Medicine 42,
No. 10 (2014), 2410-2418., Gustaaf Reurink et al., “Platelet-Rich Plasma Injections
In Acute Muscle Injury”, The New England Journal Of Medicine, No. 370 (2014),
2546-2547., I. Andia, M. Sanchez dan N. Maffulli, “Platelet-Rich Plasma Therapies
For Sports Muscle Injuries: Any Evidence Behind Clinical Practice?”, Expert
Opinion on Biological Therapy 11, No. 4 (2011), 509-518., Mohamad Shariff A
Hamid et al., “Platelet-Rich Plasma (PRP): AN Adjuvant To Hasten Hamstring
Muscle Recovery. A Ranomized Controlled Trial Protocol (ISCRTN66528592)”,
BMC Musculoskeletal Disorders 138, No. 13 (2012), 1-8.
19 Sandeep Patel et al., “Treatment With Platelet-Rich Plasma Is More Effective Than
Placebo For Knee Osteoarthritis”, The American Journal Of Sports Medicine 41,
No. 2 (2013), 356-364., I Andia, M Sanchez, N Maffulli, “Joint Pathology And
Platelet-Rich Plasma Therapies”, Expert Opinion On Biological Therapy 12, No. 1,
7-22., Jang Soo-Jin, Kim Jae-Do dan Cha Seong-Sook, “Platelet-Rich Plasma (PRP)
Injections As An Effective Treatment For Early Osteoarthritis”, European Journal
Of Orthopaedic Surgery & Traumatology 23, No. 5 (2013), 573-580., Giuseppe
Filardo et al., “Platelet-Rich Plasma Intra-Articular Injections For Cartilage
Degeneration And Osteoarthritis: Single-Versus Double-Spinning Approach”,
Knee Surgery, Sports Traumatology, Arthroscopy 20, No. 10 (2011), 2082-2091.,
121
pertumbuhan semula tulang20 serta pembedahan gigi21. Manakala
untuk rawatan kecantikan, PRP turut digunakan kerana rawatan ini
berpotensi untuk digunakan ketika pembedahan plastik, peremajaan
kulit, rambut gugur dan termasuklah rawatan dalam bidang
dermatologi seperti ulser kronik, ulser diabetik, luka bakar. 22

Giuseppe Filardo et al., “Platelet-Rich Plasma Intra-Articular Knee Injections Fot


The Treatment Of Degenerative Cartilage Lesions And Osteoarthritis”, Knee
Surgery, Sports Traumatology, Arthroscopy 19, No. 4 (2011), 528-535., Isabel
Andia dan Nicola Maffulli, “Platelet-Rich Plasma For Managing Pain and
Inflammation In Osteoarthritis”, Nature Reviews Rheumatology, No. 9 (2013),
721-730., Steven Sampson et.al., “Injection Of Platelet-Rich Plasma In Patients
With Primary And Secondary Knee Osteoarthritis: A Pilot Study”, American
Journal of Physical Medicine & Rehabilitation 89, No. 12 (2010), 961-969.
20 J. Alsousou et al., “The Biology Of Platelet-Rich Plasma And Its Application In
Trauma And Orthopaedic Surgery”. The Bone & Joint Journal 91, No. 8 (2009),
987-996., Griffin XL, Smith CM dan Costa ML, “The Clinical Use Of Platelet-Rich
Plasma In The Promotion Of Bone Healing: A Systematic Review”, Injury 40, No.
2 (2009), 158-162., M. David et al., “Classification Of Platelet Concentrates
(Platelet-Rich Plasma-PRP, Platelet-Rich Fibrin-PRF) For Topical And Infiltrative
Use In Orthopedic And Sports Medicine: Current Consensus, Clinical Implications
And Perspectives”, Muscle, Ligaments and Tendons Journal 4, No. 1 (2014), 3-9.,
Kathleen M. Floryan dan William J. Berghooff, “Intraoperative Use Of Autologous
Platelet-Rich And Platelet-Poor Plasma For Orthopedic Surgery Patients”,
Association of PeriOperative Registered Nurses Journal 80, No. 4 (2004), 667-672.,
Andre F. Steinert et al., “Platelet-Rich Plasma In Orthopaedic Surgery And Sports
Medicine: Pearls, Pitfalls and New Trends In Research”, Operative Techniques in
Orthopaedics 22, No. 2 (2012), 91-103.
21 Nathan E. Carlson dan Robert B. Roach Jr., “Platelet-Rich Plasma Clinical
Applications In Dentistry”. The Journal Of The American Dental Association 133,
No. 10 (2002), 1383-1386., M Aimetti et al., “Sinus Grafting Using Autogenous
Bone And Platelet-Rich Plasma: Histologic Outcomes In Humans”, International
Journal Of Periodontics & Restorative Dentistry 28, No. 6, 585-591.
22 Natsuko Kakudo et al., “The Use Of Autologous Platelet-Rich Plasma In The
Treatment Of Intractable Skin Ulcer: A Case Series”, Open Journal Of
Regenerative Medicine 1, No. 3 (2012), 29-32., Adi Satriyo, Eddy Karta Dukardi
dan Farida Zubeir. “Peran Plasma Kaya Trombosit (Platelet-Rich Plasma) Di
Bidang Dermatologi”, 22-28., Alessio Redaelli MD, Domenico Romano MD dan
Antonio Marciano MD, “Face And Neck Revitalization With Platelet-Rich Plasma
(PRP): Clinical Outcome In A Series Of 23 Consecutively Treated Patients”,
Journal Of Drugs In Dermatology 9, No. 5, (2010), 466-472. Gabriella Fabbrocini et
al., “Combined Use Of Skin Needling And Platelet-Rich Plasma In Acne Scarring
Treatment”, Cosmetic Dermatology 24, No. 4, April 2011, 177-183., Joseph Greco dan
Robert Brandt, “The Effect Of Autologous Platelet-Rich Plasma And Various
Growth Factors On Non-Transplanted Miniaturized Hair”, Hair Transplant Forum
122
Pandangan Ulama Mengenai Hukum Darah
Jumhur fuqaha’ berpendapat bahawa semua darah yang keluar dari
tubuh manusia adalah najis.23 Firman Allah SWT:

         

 
“Sesungguhnya Dia hanya al- Baqarah : 173
mengharamkan ke atasmu bangkai, darah, daging babi dan
(daging) haiwan yang disembelih dengan (menyebut nama)
selain Allah.”
Pengharaman darah turut dinyatakan di dalam firman Allah
SWT:

           

         


Al-An‘am: 145

International, March/April 2009, 49-50., M Sendhil Kumaran, “Platelet-Rich Plasma


In Dermatology: Boon Or A Bane?”. Indian Journal Of Dermatology, Venereology And
Leprology 80, No. 1 (2014), 5-14., Dae Hun Kim et al., “Can Platelet-Rich Plasma Be
Used For Skin Rejuvenation? Evaluation Of Effects Of Platelet-Rich Plasma On
Human Dermal Fibroblast”. Korean Dermatological Association 23, No. 4 (2011),
424-431.
23 Al-Kasani, Bada‘i al-Sonai‘ fi Tartib al-Sharai‘ (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah,
1986), 1:61; Ibn ‘Abd al-Bir, Al-Tahmid Lamma Fi al-Muwatta’ min al-Ma‘ani wa al-
Asanid (1990), 22:230; Ibn ‘Abidin, Rad al-Mukhtar (Riyadh: Dar ‘Alam al-Kutub,
2003), 1:130; Ibn Hazm, Al-Muhalla (Mesir: Idarah al-Tiba‘ah al-Maniriyah, 1933),
1:92; Al-Nawawi, Al-Majmu‘ Sharh al-Muhadhdhab lil Shiyrazi (Jeddah: Maktabah
al-Irshad, t.t), 2:565; Ibn Hazm, Maratib al-Ijma‘ (Beirut: Dar Ibn Hazm, 1998), 39;
Al-Qurtubi, Al-Jam‘i Li Ahkam al-Qur’an (Beirut: Mua’ssasah al-Risalah, 2006),
2:291; Ibn Qudamah, Al-Kafi (Qaherah: Dar Hajar, t.t), 1:187; Al-Shiyrazi, Al-
Muhadhdhab fi Fiqh al-Imam al-Shafi’i (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah, 1995), 1:91;
Ibn Qudamah, Al-Mughni, (Riyadh: Dar ‘Alam al-Kutub, 1997), 1:247; Al-Sharbini,
Mughni al-Muhtaj (Beirut: Dar al-Ma‘rifah, 1997), 1:130; Al-Shafi’i, Al-Umm (Beirut:
Dar al-Ma‘rifah, 1990), 1:252.

123
“Katakanlah, Tidak kudapati di dalam apa yang
diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan
memakannya bagi yang ingin memakannya, kecuali daging
haiwan yang mati (bangkai), darah yang mengalir, daging
babi kerana semua itu kotor.”

Para ulama’ turut menggunakan hadis mengenai kenajisan


darah haid sebagai hujah untuk pengharaman darah. Sabda Nabi
SAW:
‫ إحوانا‬:‫ داءت امرأة إىل رسود اهلل قا ت‬:‫عن أمساء رضى عنها قا ت‬
‫ حت ه مث قرصه باملاء‬:‫يصيب ثوهبا من الم احليض كيف صنع به؟ قاد‬
‫مث نضحه مث صلي به‬
Terjemahan: “Dari Asma’ radhiyallahu ‘anha berkata:
telah datang seorang perempuan kepada Rasulullah
SAW dan bertanya: Baju salah seorang daripada kami
terkena darah haid, apa yang harus dilakukannya?
Maka Rasulullah SAW berkata: Kikislah darah itu,
kemudian gosok bahagian baju yang terkena darah itu
menggunakan hujung jari dengan air, lalu mencucinya,
kemudian bersolatlah.”

Allah SWT menyifatkan pengharaman bangkai, darah yang


mengalir dan daging babi adalah ‫رجس‬.24 Ulama mentafsirkan
perkataan ‫ رجس‬iaitu kotoran yang membawa maksud najis.25 Dalam
kitab al-Ahkam al-Qur’an turut menerangkan bahawa darah adalah
najis dan haram untuk dimakan dan diambil manfaat padanya
secara mutlak.26
Walaupun begitu, terdapat satu pandangan daripada Imam
al-Shawkani, al-Shaykh Siddiq Hasan Khan dan lain-lain
berpendapat bahawa darah yang keluar dari tubuh manusia adalah

24 Yusuf bin Hasan bin ‘Abd al-Rahman Maghribi, “Hukum Dam al-Insan fi al-Fiqh al-
Islami”, Majalah al-‘Ulum wa al-Buhuth al-Islamiyah (Julai 2010)
25 Al-Kasani, Badai‘ al-Sonai‘ fi Tartib al-Sharai‘,
26 Ibn ‘Arabi, Ahkam al-Qur’an,

124
suci kecuali yang keluar melalui dua jalan.27 Pendapat kedua ini
berdasarkan sabda Nabi SAW:
‫أن ا نيب صلى اهلل عليه وسلم كان يف غلوة ذات ا رقاع رمي ردت‬
‫بسهم نل ه ا وم ركع وسجو ومضى يف صال ه‬
Terjemahan: “Sesungguhnya ketika Nabi saw berada dalam
keadaan perang Dhat al- Riqa’, ketika itu ada seorang lelaki
terkena panah sehingga mengeluarkan banyak darah,
kemudian orang tersebut ruku’, sujud dan meneruskan
solatnya.”
(Riwayat Al-Bukhari)
Walaupun terdapat perbezaan pendapat antara ulama’-
ulama’, pengkaji melihat kedudukan hukum darah yang mengalir
adalah najis dan Allah SWT mengharamkannya bagi manusia selaras
dengan hukum bangkai dan daging babi. Ini berdasarkan firman
Allah SWT:

          
Al-Maidah: 3
“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging
babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain
Allah.”
Bagi hukum penggunaan bahan najis terutamanya darah
dalam rawatan perubatan, fuqaha’28 bersepakat mengharamkan
berubat dengan bahan najis secara mutlak sekiranya pada keadaan
yang mempunyai pilihan (bukan dalam keadaan darurat) iaitu
ketika mana wujud ubat dari sumber yang suci 29 walau dalam apa
jumlah sekalipun. Nabi SAW telah bersabda:

27 Al-Shawkani, Al-Saylu al-Jarar (Mesir: Dar Ibn Hazm, 2004), 23; Al-Albani, Al-
Tamam al-Minnah (Mesir: Dar al-Rayah, t.t), 52; Ibn Al-‘Athimin, Al-Sharh al-
Mumtani‘ ‘ala Zad al-Mustaqni‘ (Al-Mamlakah al-’Arabiyah al-Sa‘udiyah: Dar Ibn
al-Jawzi, 2002), 1:441.
28 Ibn Qudamah, Al-Mughni, 1:127.
29 Ibtisam al-Matrafi, “Al-Tadawi bi al-Muharramat” (Rekod Ilmiah Persidangan
Kedua Fiqh (Perundangan Islam), Isu Perubatan Kontemporari, Kerajaan Arab
Saudi, Kementerian Pengajian Tinggi, Universiti Islam Imam Muhammad Bin
Sa‘ud, Jil. 1, 2010), 875.

125
‫إن اهلل مل جيوت شفاءكم يما حرم عليام‬
“Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhan kamu
pada apa yang Dia haramkan ke atas kamu.”

Menurut Wahbah al-Zuhayli, sebatian kimia yang diekstrak


dengan najis atau benda haram seperti darah atau cecair mengalir
yang tidak menggunakan proses istihalah yang mengikut Syarak
tidak harus untuk digunakan dalam perubatan. 30

Aplikasi Rawatan Platelet-Rich Plasma Mengikut Prinsip Maqasid


Syariah
Penggunaan sesuatu bahan di dalam sesebuah rawatan untuk tujuan
perubatan atau kecantikan wajib dititikberatkan sumber asalnya
sama ada halal atau haram seperti yang telah digariskan oleh syarak.
Sekiranya ia menggunakan bahan yang halal, maka rawatan tersebut
tiada masalah untuk digunakan. Namun jika sebaliknya, kita
perlulah meneliti kembali penggunaan rawatan tersebut agar ianya
selari dengan objektif syariah. Tujuan maqasid syariah itu sendiri
adalah untuk menjaga maslahah dan kepentingan ummah serta
menolak kemudaratan.31
Menurut al-Shatibi, Allah menciptakan syariat adalah untuk
merealisasikan pemeliharaan terhadap kepentingan manusia. Beliau
membahagikannya kepada tiga katogeri iaitu maqasid daruriyyat,
hajiyyat dan tahsiniyyat. Oleh itu, pengkaji akan menghuraikan
penggunaan rawatan PRP ini berdasarkan ketiga-tiga katogeri
maqasid ini.

Penggunaan rawatan untuk keperluan hidup (Daruriyyat)


Daruriyyat merupakan maslahah yang berhubung dengan keperluan
asas manusia di dunia dan di akhirat. Sekiranya ia tidak wujud dan
diabaikan, maka akan berlakulah kepincangan hidup manusia,
kehilangan nikmat yang abadi di dunia dan mengalami keseksaan

30 Wahbah al-Zuhayli, Ahkam al-Mawad al-Najasah wa al-Muharramah Fi al-Ghidha’ Wa


al-Dawa’, (Damshiq: Dar Maktabi, 1997) 1:80.
31 Abdul Halim Abd Kadir, Nor ‘Azzah Kamri dan Baharom Kassim, Maqasid
Syariah: Isu Kepenggunaan, Realiti dan Cabaran. Selangor: Persatuan Ulama’
Malaysia, 2013, 1-27.

126
serta penyesalan di akhirat.32 Seperti yang diketahui, bahan utama
yang digunakan di dalam rawatan PRP adalah bersumberkan darah
dan majoriti ulama berpandangan bahawa darah adalah najis dan
haram untuk digunakan dalam apa jua keadaan sekalipun. Namun,
implikasi hukum berubah kepada harus ketika mana ianya
digunakan dalam situasi darurat. Ini adalah berdasarkan firman
Allah SWT:

         
Al-An’am: 145
“Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa sedangdia tidak
menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka
sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.”

Para fuqaha’ berpendapat harus berubat menggunakan


bahan najis (darah) pada keadaan darurat iaitu ketika mana
sekiranya tiada bahan suci yang boleh menggantikan darah
tersebut.33 Yusuf al-Qaradawi turut menetapkan beberapa syarat
mengenai keringanan penggunaan darah dalam perubatan. 34
Menurut beliau, sekiranya ubat tersebut tidak dimakan, maka akan
mengakibatkan berlakunya perkara yang buruk kepada manusia
serta tidak ada bahan suci yang boleh mengantikan rawatan
tersebut. Namun, sekiranya wujud bahan yang suci, maka tidak
harus untuk menggunakan rawatan tersebut. Di samping itu, beliau
turut mensyaratkan penggunaan darah tersebut akan memberi
jaminan kesembuhan kepada pesakit setelah diberitahu oleh doktor
Muslim yang arif dalam bidang perubatan.

32 Syahabudin, Pandangan Al-Syatibi Tentang Maqasid Syari’ah, An-Nisa’a, 9, No. 2,


Disember 2014, 81-100.
33 Al-Nawawi, Al-Majmu‘ Sharh Al- Muhadhdhab lil Shiyrazi, 2:568., ibid., 9:43; Al-
Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 1:127; Sekumpulan ulama India, Al-Fatawa al-
Hindiyyah al-Ma‘rufah Bi al-Fatawa al-‘Alamkiriyyah Fi Mazhab al-Imam Li A‘zom Abi
Hanifah al-Nu‘man, 5:435; Al-Shawkani, Nayl al-Awtar (Bayt al-Afkar al-Dauliyah,
2004), 41; ibid., 1664; Ibn ‘Abidin, Rad al-Mukhtar, 1:365; Al-Shawkani, Al-Dari al-
Madiyah (Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi, 2004), 1:266.
34 Yusuf al-Qaradawi, Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, 51-52.

127
Oleh yang demikian, hukum penggunaan rawatan PRP
untuk tujuan merawat kecederaan adalah harus. Ini adalah kerana
ianya termasuk dalam perubatan dan diklasifikasikan sebagai
darurat. Maqasid syariah amat menitikberatkan penjagaan daruriyyat
yang lima iaitu menjaga agama (ad-Din), nyawa (al-Nafs), akal (al-
‘Akal), keturunan(al-Nasab) dan harta (al-Mal) kerana ia adalah
keperluan yang terpenting dalam kehidupan manusia. Hal ini
kerana ianya bertujuan untuk menghindarkan dari berlaku
kemudaratan kerana sebarang kemudaratan yang berlaku kepada
perkara tersebut dianggap sebagai mafsadah.

Penggunaan rawatan untuk keperluan kelengkapan (Hajiyyat)


Hajiyyat merupakan suatu tujuan untuk menghilangkan kesempitan,
yang mana kebiasaannya kesempitan itu akan menimbulkan
kesulitan dan kesukaran kepada mereka.35 Sekiranya maqasid ini
tidak dipelihara dengan baik, ia tidaklah membawa kepada
kepincangan hidup manusia sebagaimana ketiadaan maslahah
daruriyyat, akan tetapi boleh membawa kesulitan hidup kepada
manusia.36
Bagi hukum penggunaan rawatan PRP di dalam aspek
kecantikan turut memberi implikasi hukum yang berbeza mengikut
tujuan rawatan tersebut digunakan. Sekiranya pesakit berhajat
merawat wajah dan tubuh mereka untuk tujuan menghilangkan aib
serta mengembalikan bentuk kepada fitrah asal. maka diharuskan
penggunaan rawatan ini. Hal ini termasuklah melakukan
pembedahan kosmetik yang bertujuan yang bertujuan untuk
memperbaiki kecacatan akibat kemalangan atau kebakaran. 37 Ini
adalah kerana tujuan rawatan tersebut bukanlah untuk kecantikan,
akan tetapi untuk menghilangkan kesempitan dan kesukaran yang
dialami oleh individu tersebut.

35 Syahabudin, Pandangan Al-Syatibi Tentang Maqasid Syari’ah, An-Nisa’a, 9, No. 2,


Disember 2014, 81-100.
36 Rahimin Affandi Abdul Rahim, Paizah Ismail dan Idris Awang, “Pendekatan
Baru Maqasid Al-Shariah Dalam Pengajian Syariah Di Malaysia: Satu Analisis”,
Jurnal Fiqh, No. 3, 2006, 35-80.
37 Norkhairatul Hafizah Kamis dan Mohd Izhar Ariff Mohd Kassim, Aplikasi
Darurat Dalam Pembedahan Kosmetik, Prosiding Seminar Fiqh Semasa SeFis, UFRC,
2015, USIM.
128
Di samping itu, salah satu dari maqasid syariah adalah
untuk menghapuskan kesukaran dalam hidup (‫)رفع الحرج‬. Menurut
Yusuf al-Qaradhawi, sekiranya seseorang itu mempunyai kecacatan
yang boleh menyebabkan kekacauan jiwa dan emosi individu
tersebut, maka diharuskan berubat selagi ianya untuk tujuan
perubatan. 38 Hal ini kerana Allah SWT tidak menjadikan agama
untuk hambanya dengan penuh kesukaran. Oleh itu, hukum
penggunaan rawatan PRP dalam bidang dermatologi seperti
penyakit luka bakar, ulser kronik, ulser diabetik dan merawat
rambut gugur adalah diharuskan.
Penggunaan rawatan untuk keselesaan (Tahsiniyyat)
Tahsiniyyat adalah maslahah yang diperlukan oleh manusia untuk
menambah kemudahan dan kesenangan dalam hidup mereka. Ia
berkaitan dengan tuntutan maruah yang berkehendak berpegang
dengan adat yang baik dan budi pekerti yang mulia. Namun,
ketiadaan maslahah ini tidaklah membawa kepada kepincangan
hidup manusia sepertimana dalam maslahah daruriyyat dan tidak
pula membawa kepada kesukaran hidup mereka sebagaimana
berlaku di dalam maslahah hajiyyah, hanya untuk menjamin
kelancaran hidup manusia di dalam masyarakat.39
Rawatan peremajaan kulit yang menggunakan rawatan PRP
adalah diharamkan kerana ianya digunakan untuk menampakkan
kesempurnaan pada wajah dan kulit supaya kelihatan lebih cantik
serta lebih muda berbanding usia sebenar tanpa wujud keperluan
darurat untuk berbuat demikian. Pembedahan kosmetik yang
dilakukan untuk menyembunyikan kesan penuaan dan mengubah
identiti diri juga turut diharamkan di dalam penggunaan rawatan
ini.

Penutup
Secara umumnya, ketiga-tiga aspek daruriyyat, hajiyyat dan
tahsiniyyat wujud dalam isu rawatan ini adalah mengikut situasi
yang berbeza. Kondisi daruriyyat dalam perubatan merujuk kepada
keadaan yang berkait dengan faktor keselamatan nyawa berbanding

38 Yusuf al-Qaradhawi, Min Hadi al-Islam Fatawa Mua‘sirah, Al-Masurah: Dar al-
Wafa, 1993.
39 Rahimin Affandi et al., “Pendekatan Baru Maqasid Al-Shariah”. .

129
dengan kondisi hajiyyat dan tahsiniyyat. Ianya perlu diutamakan
kerana Islam amat mementingkan kebaikan dan kesihatan tubuh
badan supaya tidak bercanggah dengan maqasid syariah yang telah
digariskan. Ini adalah kerana objektif utama syarak adalah untuk
menghindarkan kemudaratan serta mendatangkan manfaat kepada
manusia.

Bibliografi
‘Allal al-Fasi, Maqasid al-Shari‘ah al-Islamiyyah wa Hakamuha, Beirut:
Dar al-Gharab Islami, 1993.
A Mishra dan T. Pavelko, “Treatment Of Chronic Elbow Tendinosis
With Buffered Platelet-Rich Plasma”, American Journal Of
Sports Medicine 34 (2006), 1774-1778.
Abdul Halim Abd Kadir, Nor ‘Azzah Kamri dan Baharom Kassim,
Maqasid Syariah: Isu Kepenggunaan, Realiti dan Cabaran.
Selangor: Persatuan Ulama’ Malaysia, 2013, 1-27.
Adi Satriyo, Eddy Karta Dukardi dan Farida Zubeir. “Peran Plasma
Kaya Trombosit (Platelet-Rich Plasma) Di Bidang
Dermatologi”, 22-28.
Ahmad al-Raysuni, Madkhal ila Maqasid al-Shariah, Qaherah: Dar al-
Kalimah, 2010.
Al-‘Asqalani, Ahmad bin ‘Ali bin Hajar, Fath al-Bari, Qaherah: Dar
al-Diyan lil Turath, 1986.
Al-Albani, Muhammad Nasir al-Din, Al-Tamam al-Minnah, Mesir:
Dar al-Rayah, t.t.
Al-Amidi, Al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, Riyadh: Dar al-Sami‘ie, 2003.
Al-Ghazali, Al-Mustasfa min ‘Ilm al-Usul, Beirut: Dar al-Ihya’ al-
Turath al-‘Arabi, 1993.
Al-Kasani, Abu Bakar bin Mas‘ud, Bada’i al-Sona’i fi Tartib al-Shara’I,
Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah, 1986.
Al-Mubarikafuri, Abu al-‘Ala Muhammad ‘Abd al-Rahman, Tuhfat
al-Ahwadhi Bi Sharh Jami‘ Al-Tirmidhi, Beirut: Dar al-Kutub al-
‘Ilmiyah, 1990.
Al-Nawawi, Yahya bin Sharaf, Al-Majmu‘ Sharh al- Muhadhdhab lil
Shiyrazi, Beirut: Dar al-Fikr, t.t.
Al-Qurtubi, Abi ‘Abdullah Muhammad bin Ahmad, Al-Jam‘i Li
Ahkam al-Qur’an, Beirut: Mua’ssasah al-Risalah, 2006.

130
Al-Shafi’i, Muhammad bin Idris, Al-Umm, Beirut: Dar al-Ma‘rifah,
1990.
Al-Shawkani, Muhammad bin ‘Ali, Al-Dari al- Madiyah (Beirut: Dar
al-Kitab al-‘Arabi, 2004.
__________, Muhammad bin ‘Ali, Nail al-Autar, Bayt al-Afkar al-
Dauliyah, 2004.
Al-Shiyrazi, Abi Ishaq Ibrahim, Al- Muhadhdhab fi Fiqh al-Imam Al-
Shafi’i, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah, 1995.
Andia, M. Sanchez dan N. Maffulli, “Platelet-Rich Plasma Therapies
For Sports Muscle Injuries: Any Evidence Behind Clinical
Practice?”, Expert Opinion on Biological Therapy 11, No. 4 (2011),
509-518.
Andre F. Steinert et al., “Platelet-Rich Plasma In Orthopaedic
Surgery And Sports Medicine: Pearls, Pitfalls and New Trends
In Research”, Operative Techniques in Orthopaedics 22, No. 2
(2012), 91-103.
Barry L. Eppley, William S. Piertzak dan Matthew Blanton, “Platelet-
Rich Plasma: A Review Of Biology And Applications In Plastic
Surgery”, Plastic And Reconstructive Surgery Journal 118, No. 6
(2006), 147e-159e.
Christophe Charousset et al., “Are Multiple Platelet-Rich Plasma
Injections Useful For Treatment Of Chronic Patellar
Tendinopathy In Atheletes?”. The American Journal Of Sports
Medicine 42, No. 4 (2014), 906-911.
Dae Hun Kim et al., “Can Platelet-Rich Plasma Be Used For Skin
Rejuvenation? Evaluation Of Effects Of Platelet-Rich Plasma
On Human Dermal Fibroblast”. Korean Dermatological
Association 23, No. 4 (2011), 424-431.
Funda ATAMAZ et al., “Effects Of Platelet-Rich Plasma On Nerve
Regeneration In A Rat Model”, Acta Orthopaedica Et
Traumatologi Turcica 48, No. 4 (2014), 449-454.
Gabriella Fabbrocini et al., “Combined Use Of Skin Needling And
Platelet-Rich Plasma In Acne Scarring Treatment”, Cosmetic
Dermatology 24, No. 4, April 2011, 177-183.
Giuseppe Filardo et al., “Platelet-Rich Plasma Intra-Articular
Injections For Cartilage Degeneration And Osteoarthritis:

131
Single-Versus Double-Spinning Approach”, Knee Surgery,
Sports Traumatology, Arthroscopy 20, No. 10 (2011), 2082-2091.
__________, “Platelet-Rich Plasma Intra-Articular Knee Injections Fot
The Treatment Of Degenerative Cartilage Lesions And
Osteoarthritis”, Knee Surgery, Sports Traumatology, Arthroscopy
19, No. 4 (2011), 528-535.
Griffin XL, Smith CM dan Costa ML, “The Clinical Use Of Platelet-
Rich Plasma In The Promotion Of Bone Healing: A Systematic
Review”, Injury 40, No. 2 (2009), 158-162.
Gustaaf Reurink et al., “Platelet-Rich Plasma Injections In Acute
Muscle Injury”, The New England Journal Of Medicine, No. 370
(2014), 2546-2547.
Ibn ‘Abd al-Bir, Al-Tahmid Lamma Fi al-Muwatta’ min al-Ma‘ani wa al-
Asanid, 1990.
Ibn ‘Abidin, Rad al-Mukhtar, Riyadh: Dar ‘Alam al-Kutub, 2003.
Ibn al-‘Arabi, Abi Bakr Muhammad Bin ‘Abd Allah, “Ahkam al-
Qur’an”, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Alamiyyah, t.t.
Ibn Al-‘Athimin, Al-Sharh al-Mumtani‘ ‘ala Zad al-Mustaqni‘ (Al-
Mamlakah al-’Arabiyah al-Sa‘udiyah: Dar Ibn al-Jawzi, 2002.
Ibn Hazm, Al-Muhalla, Mesir: Idarah al-Tiba‘ah al-Maniriyah, 1933.
Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab, Beirut: Dar Sadir, 1414H.
Ibn Qudamah, Al-Kafi, Qaherah: Dar Hajar, t.t.
Ibtisam al-Matrafi, “Al-Tadawi bi al-Muharramat” (Rekod Ilmiah
Persidangan Kedua Fiqh (Perundangan Islam), Isu Perubatan
Kontemporari, Kerajaan Arab Saudi, Kementerian Pengajian
Tinggi, Universiti Islam Imam Muhammad Bin Sa‘ud, Jil. 1,
2010), 875.
Isabel Andia dan Nicola Maffulli, “Platelet-Rich Plasma For
Managing Pain and Inflammation In Osteoarthritis”, Nature
Reviews Rheumatology, No. 9 (2013), 721-730.
J. Alsousou et al., “The Biology Of Platelet-Rich Plasma And Its
Application In Trauma And Orthopaedic Surgery”. The Bone &
Joint Journal 91, No. 8 (2009), 987-996.
Jang Soo-Jin, Kim Jae-Do dan Cha Seong-Sook, “Platelet-Rich Plasma
(PRP) Injections As An Effective Treatment For Early
Osteoarthritis”, European Journal Of Orthopaedic Surgery &
Traumatology 23, No. 5 (2013), 573-580.

132
M Sendhil Kumaran, “Platelet-Rich Plasma In Dermatology: Boon Or
A Bane?”. Indian Journal Of Dermatology, Venereology And
Leprology 80, No. 1 (2014), 5-14.
Mahmood Zuhdi Haji Abd Majid, Maqasid Syariah Sebagai
Pendekatan Bagi Realisasi Ajaran Islam Di Malaysia: Satu
Prospek. http://www.iais.org.my/e/attach/2015
/maqasid2015/pdf/keynote5_paper.pdf
Marieke de Mos et al., “Can Platelet-Rich Plasma Enhance Tendon
Repair?”. The American Journal of Sports Medicine 36, No. 6
(2008). 1171-1178.
Marx R.E., “Platelet-Rich Plasma (PRP): What Is PRP And What Is
Not PRP?”, Implant Dentistry 10, No. 4 (2001), 225-228.
Maureen Leahy, “PRP Effective for Acute Lateral Ankle Ligament
Injuries”, American Academy of Orthopaedic Surgeons, April
2014.
Mohamad Shariff A Hamid et al., “Platelet-Rich Plasma (PRP): AN
Adjuvant To Hasten Hamstring Muscle Recovery. A
Ranomized Controlled Trial Protocol (ISCRTN66528592)”,
BMC Musculoskeletal Disorders 138, No. 13 (2012), 1-8.
__________, “Platelet-Rich Plasma Injections For The Treatment Of
Hamstring Injuries”, The American Journal Of Sports Medicine
42, No. 10 (2014), 2410-2418.
Nathan E. Carlson dan Robert B. Roach Jr., “Platelet-Rich Plasma
Clinical Applications In Dentistry”. The Journal Of The
American Dental Association 133, No. 10 (2002), 1383-1386.
Norkhairatul Hafizah Kamis dan Mohd Izhar Ariff Mohd Kassim,
Aplikasi Darurat Dalam Pembedahan Kosmetik, Prosiding
Seminar Fiqh Semasa SeFis, UFRC, 2015, USIM.
Ouyang Xiang-ying dan Qiao Jing, “Effect Of Platelet-Rich Plasma In
The Treatment Of Periodontal Intrabony Defects In Humans”,
Chinese Medical Journal 119, No. 18 (2006), 1511-1521.
P Randelli et al., “Platelet Rich Plasma In Arthroscopic Rotator Cuff
Repair: A Prospective RCT Study”, Journal Of Shoulder And
Elbow Surgery 20, No. 4 (2011), 518-528.
R.F. Elgazzar et al., “Platelet-Rich Plasma May Enhance Peripheral
Nerve Regeneration After Cyanoacrylate Reanastoomosis: A

133
Controlled Blind Study On Rats”, International Journal Of Oral
And Maxillofacial Surgery 37, No. 8 (2008), 748-755.
Rahimin Affandi Abdul Rahim, Paizah Ismail dan Idris Awang,
Pendekatan Baru Maqasid Al-Shariah Dalam Pengajian
Syariah Di Malaysia: Satu Analisis, Jurnal Fiqh, No. 3, 2006,
35-80.
Sandeep Patel et al., “Treatment With Platelet-Rich Plasma Is More
Effective Than Placebo For Knee Osteoarthritis”, The American
Journal Of Sports Medicine 41, No. 2 (2013), 356-364.
Sariguney Y. et al., “Effect Of Platelet-Rich Plasma On Peripheral
Nerve Regeneration”, Journal Of Reconstructive Microsurgery
24, No. 3 (2008), 159-167.
Sekumpulan ulama India, Al-Fatawa al-Hindiyyah al-Ma‘rufah Bi al-
Fatawa al-‘Alamkiriyyah Fi Mazhab al-Imam Li A‘zom Abi
Hanifah al-Nu‘man.
Shams al-Din Muhammad bin al-Khatib al-Sharbini, Mughni al-
Muhtaj, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah, 1994.
Steven Sampson et.al., “Injection Of Platelet-Rich Plasma In Patients
With Primary And Secondary Knee Osteoarthritis: A Pilot
Study”, American Journal of Physical Medicine & Rehabilitation
89, No. 12 (2010), 961-969.
Tarik Y. Farrag et al., “Effect Of Platelet-Rich Plasma and Fibrin
Sealant On Facial Nerve Regeneration In A Rat Model”, The
Laryngoscope 117, No. 1 (2007), 157-165.
W Yu, J Wang dan J Yin, “Platelet-Rich Plasma: A Promising Product
For Treatment Of Peripheral Nerve Regeneration After Nerve
Injury”, International Journal Of Neuroscience 121, No. 4 (2011),
176-180.
Wahbah al-Zuhayli, Ahkam al-Mawad al-Najasah wa al-Muharramah Fi
al-Ghidha’ Wa al-Dawa’, (Damshiq: Dar Maktabi, 1997) 1:80.
Yusuf al-Qaradawi, Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, Damshiq: Al-
Maktab al-Islami, 1980.

134

Anda mungkin juga menyukai