Anda di halaman 1dari 18

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)

SEMESTER 2 (2019/2020)

BLHW 1762 FALSAFAH DAN ISU SEMASA

IBN-TAYMIYYAH: TOKOH FALSAFAH ISLAM

NAMA PELAJAR NO. MATRIK


Asyran Bin Tajul Azhar B051810180
Amir Syafiq Bin Sidek B051910015
Muhammad Afiq Izzuddin Bin Hairunizam B051910023
Muhammad Alif Hanif Bin Mohamad Shokri B051910052
Muhamad Adib Farhan Bin Mohd Narawai B051910058
Muhammad Fitri Naim Bin Hamed B051910066

KURSUS: IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN PEMBUATAN (BMFG)

FAKULTI: FAKULTI KEJURUTERAAN PEMBUATAN (FKP)

PENSYARAH: PUAN NOR AZILAH BINTI AHMAD


ISI KANDUNGAN

1.1 PENGENALAN
1.2 OBJEKTIF KAJIAN
1.3 KAEDAH PENYELIDIKAN
1.4 PENEMUAN DAN PERBINCANGAN HASIL KAJIAN
1.5 RUMUSAN
1.6 SENARAI RUJUKAN
1.1 PENGENALAN
1.2 OBJEKTIF KAJIAN
1.3 KAEDAH PENYELIDIKAN

Dalam mengumpul maklumat tentang tokoh falsafah islam iaitu Ibn-Taymiyyah, kami telah
menggunakan beberapa kaedah bagi memperoleh maklumat tersebut. Proses penyelidikan kali
ini amatlah berat bagi kami. Hal ini demikian, kerana pengerakkan kami sangat terbatas ekoran
wabak Pandemik Covid-19 yang melanda di negara kita sekarang. Walau bagaimanapun, ia tidak
memutus atau melemahkan semangat kami untuk menyelesaikan masalah ini bagi memastikan
info-info dapat diperolehi.

Antara salah satunya kaedah penyelidikan kami ialah penggunaan internet. Dengan adanya
teknologi pada zaman sekarang informasi dapat dicari dengan hujung jari sahaja dan informasi
yang diperolehi sangat banyak dan jelas. Proses ini sangat lah jelas kerana ia akan memberi
maklumat dari sejarah tokoh, Tarikh yang dikeluarkan maklumat serta nama pengarang tentang
tokoh tersebut. Oleh itu, ia sangat memudahkan kerja kami bagi mengetahui sama ada maklumat
tersebut tulen atau rekaan semata-mata. Laman sesawang tersebut (laman web) dapat dijadikan
rujukan untuk pensyarah melihat bukti akan informasi tersebut.

Selain itu, kami membuat perbincangan menerusi alam maya dengan menggunakan aplikasi
Whatsapp sebagai medium untuk kami berkongsi maklumat serta perbincangan sesama ahli
kumpulan. Dalam perbincangan tersebut segala informasi, kerja, kesimpulan dan sebagainya
dapat diketahui oleh semua ahli kumpulan. Dalam perbincangan ini juga kami dapat menentukan
segala informasi, kerja dan kaedah dapat dijalankan dengan betul. Selanjutnya, kami dapat
mengetahui pelbagai info yang diperolehi oleh setiap ahli kumpulan yang menyebabkan tahap
pengetahuan tentang tokoh tersebut semakin meningkat dan terbuka dikalangan kami.

Akhirnya, kami melakukan pembacaan untuk mendapatkan fakta yang lebih jelas mengenai
tokoh tersebut. Sungguhpun begitu, buku ataupun risalah yang diperoleh mengenai tokoh
amatlah terhad dan hanya diperolehi daripada simpanan peribadi sahaja, bukan daripada
perpustakaan kerana pergerakan terbatas.
1.4 PENEMUAN DAN PERBINCANGAN HASIL KAJIAN

1.4.1 BIOGRAFI TOKOH

1.4.1.1 BIOGRAFI

Ibnu Taimiyah lahir pada tahun 1263 di Harran di dalam keluarga yang alim. Sebuah buku
biografi kurun ke-15 bertajuk At-Tibyan li badi'at al-Bayan menulis beliau adalah dari keturunan
puak Arab Banu Numayr. Datuk beliau, Abu al-Barkat Majd ad-deen ibn Taymiyyah al-Hanbali
(meninggal dunia pada tahun 1255), adalah seorang guru terkenal dalam mazhab Hanbali. Bapa
Ibnu Taimiyah, Shihabuddeen Abd al-Haleem ibn Taymiyyah (meninggal dunia pada tahun
1284) juga dikenali dengan pencapaiannya ilmunya yang membanggakan.

Apabila tentera Mongol menceroboh, keluarga Ibnu Taimiyah berpindah ke Damsyik pada tahun
1258 yang pada masa itu diperintah oleh kerajaan Mamluk yang berpusat di Mesir. Di Damsyik,
bapanya menyampaikan kuliah agama di Masjid Umayyad dan Ibnu Taimiyyah mengikut jejak
bapanya dengan belajar dari sarjana Islam terulung pada masa itu, di antaranya ilmu hadith dari
Zaynab binti Makki.

Ibnu Taimiyah adalah seorang pelajar yang rajin dan membiasakan diri beliau dengan ilmu
agama dan sains pada zaman itu. Beliau juga memberi tumpuan khusus kepada sastera Arab dan
berjaya menguasai nahu dan tatabahasa Arab serta matematik dan kaligrafi. Beliau mempelajari
fiqah dari bapanya dan menguasai ilmu tentang al-Quran dan Hadith. Beliau juga belajar
mengenai ilmu kalam, falsafah, dan sufisme yang kemudiannya dikritik hebat oleh beliau.

Keberanian beliau terserlah ketika beliau bersama delegasi ulama mengadap Qazaan, seorang
Khan Tartar, untuk memintanya menghentikan serangan ke atas orang Islam. Tiada seorang pun
ulama yang berani berkata-kata kecuali Ibnu Taimiyah yang berkata: "Kamu mendakwa kamu
seorang Islam dan kamu mempunyai Mu'adhdhin, Mufti, Imam dan Sheikh tetapi kamu
menceroboh kami dan datang ke negeri kami untuk apa? Walaupun bapa dan datuk kamu,
Hulagu seorang kafir, mereka tidak menyerang dan mematuhi janji mereka. Kamu pula berjanji
tetapi ingkar.
1.4.1.2 PENDIDIKAN DAN KARYANYA

Di Damaskus beliau belajar dengan ramai guru, dan menimba pelbagai bidang ilmu diantaranya
ilmu hisab (matematik), khat (ilmu tulis menulis Arab), nahu, usul fiqh. Beliau dianugerahi
dengan keistimewaan mudah menghafal dan sukar lupa. Dalam usia yang masih kanak-kanak,
beliau telah hafal Al-Qur'an. Kemampuannya dalam menuntut ilmu mulai terlihat pada usia 17
tahun. Dan usia 19, beliau telah memberi fatwa dalam masalah masalah keagamaan.

Ibnu Taymiyyah amat menguasai ilmu rijalul hadits (perawi hadits) yang berguna dalam
menelusuri Hadits dari periwayat atau pembawanya dan Fununul hadits (macam-macam hadits)
baik yang lemah, cacat atau shahih. Ia memahami semua hadits yang terkandung di dalam
Kutubus Sittah dan Al-Musnad. Dalam mengemukakan ayat-ayat sebagai hujjah (dalil), beliau
memiliki kehebatan yang luar biasa, sehingga mampu mengemukakan kesalahan dan kelemahan
para mufassir atau ahli tafsir. Tiap malam beliau menulis tafsir, fiqh, ilmu 'ushul sambil
mengomentari para filusuf. Sehari semalam beliau mampu menulis empat buah kurrosah (buku
kecil) yang memuat berbagai pendapatnya dalam bidang syari'ah. Ibnul Wardi menuturkan dalam
Tarikh Ibnul Wardi bahwa karangannya mencapai lima ratus judul. Karya-karyanya yang
terkenal adalah Majmu' Fatawa yang berisi masalah fatwa fatwa dalam agama Islam.
1.4.1.3 HUKUMAN

Kerana Ibnu Taimiya seorang yang berani dan mempunyai pendirian yang teguh, beliau telah
dipenjarakan beberapa kali kerana bertentangan pandangan dengan ahli agama yang lain.

Pada awal tahun 1293 beliau berkonflik dengan pihak berkuasa tempatan kerana membantah
hukuman agama ke atas seorang Kristian yang dituduh menghina Nabi Muhammad. Pada tahun
1298 beliau dituduh menyebar fahaman anthropomorphisme (menyamakan sifat manusia ke atas
Tuhan) dan kerana mempersoalkan ilmu kalam.

Beliau mengepelai barisan pertahanan ketika pencerobohan Mongol ke atas Damsyik pada tahun
1300. Pada tahun berikutnya, Ibnu Taimiyah berhadapan dengan polemik terhadap (1) Syiah
Kasrawan di Lebanon, (2) aliran Sufi Rifa'i, dan (3) aliran ittihadiyah yang berasal dari ajaran
Ibnu Arabi, yang beliau anggap menyesatkan.

Pada tahun 1306, Ibnu Taimiyah dipenjaran di Mesir selama 18 bulan kerana dituduh
menyokong fahaman anthropomorphisme (menyamakan sifat manusia ke atas Tuhan). Beliau
dipenjarakan kembali pada tahun 1308 untuk beberapa bulan.

Ibnu Taimiyah menghabiskan 15 tahun terakhirnya di Damsyik bersama murid-muridnya.


Seorang muridnya yang terkenal adalah Ibnu Qayyim. Pada bulan Ogos 1320 sehingga Februari
1321, Ibnu Taimiyah dipenjarakan di Damsyik kerana menyokong doktrin tentang talak (talak
tiga boleh dilakukan dengan satu talak).

Pada bulan Julai 1326, kerajaan Mesir sekali lagi mengarahkan beliau dipenjarakan kerana beliau
terus mengutuk tradisi melawat kubur orang alim. Beliau meninggal dunia di dalam kurungan di
Damsyik pada malam Isnin 27 September 1328 ketika berumur 65 tahun. Beliau dimakamkan di
Damsyik berdekatan dengan kubur ibunya.

Ibnu Taimiyah terkenal dengan daya ingatannya yang kuat dan ilmunya yang seperti sebuah
ensiklopedia.
1.4.2 PERKEMBANGAN IDEOLOGI

Pemikiran Ibn Taymiyyah (661-728/1263-1328) walaupun ada aslinya, banyak menimbulkan


isu-isu kontroversi dalam masyarakat dan dunia Islam sejak dahulu sehingga sekarang. Dari segi
asas perjuangan, beliau ingin mengembalikan masyarakat dan dunia Islam kepada tafsiran asal
yang bersumber teks al-Quran dan al-Sunnah dan amalan generasi awal Islam (salaf). Dengan
kata lain, perjuangan untuk mengembalikan umat Islam kepada amalan golongan salaf dan
menolak pendekatan lain termasuk pendekatan bermazhab yang nampak berpecah, pendekatan
falsafah yang melebihkan akal, pendekatan sufi yang membawa penyelewengan dan pendekatan
Syiah yang melampau. Pendekatan Ibn Taymiyyah membawa kepada penggunaan nama-nama
seperti aliran Salafiyyah, gerakan Salafi, Salafisme dan sebagainya.

Pendekatan Ibn Taymiyyah mendapat dokongan gerakan Islam yang baru seperti di Najd, Saudi
dengan kelahiran tokoh reformisaliran Wahabi, iaitu Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab (1115-
1206/1703-1792) dan mempengaruhi gerakan modenisasi di Mesir bermula dengan Muhammad
Abduh (1849-1905) dan muridnya Muhammad Rashid Rida (1865-1935) dan seterusnya. Apa
yang membezakan antara aliran-aliran ini ialah pendekatan keagamaan ini ada yang digabungkan
dengan pendekatan politik seperti aliran Wahabi dan ada yang bersifat hanya teoris dan
akademik tanpa politik seperti aliran Abduh di Mesir.Aliran Abduh juga melahirkan aliran
pendekatan sekularis di samping aliran agama sebagaimana yang dipelopori Rida.

Pada umumnya slogan dan metod pendekatan kepada ‘kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah’
mendapat dokongan ramai. Ini berdasarkan beberapa faktor antaranya keperluan untuk
kembalinya kepada ajaran Islam yang asli, kemunduran yang berlaku kepada umat dan dunia
Islam semasa, berlaku konflik dan perbalahan sesama sendiri, adanya keperluan kepada elemen
penyatu dalam masyarakat dan kesatuan pimpinan dan fikrah. Bagaimanapun, pendekatan
tersebut membawa kepada kontroversi apabila timbul isu-isu sampingan yang menyebabkan
ketegangan dalam masyarakat seperti tuduhan bidahkepada amalan semasa masyarakat,
umpamanya bacaan qunut dalam solat Subuh, tahlil, talqin, tawassul, tarikat, ziarah kubur dan
sebagainya. Ia tidak berhenti setakat itu apabila berlaku fitnah dan tuduhan kafir-mengkafirkan
(takfir)sesama Muslim dalam isu-isu ini kerana ada sikap keras dalam pendekatan tersebut.

Akibatnya masyarakat dan dunia Islam banyak menghabiskan masa dan tenaga untuk berbahas
sesama sendiri dalam isu-isu sampingan. Sebenarnya kalau ia dikaji ia hanya melibatkan isu
furu’ (kecil-kecilan) dan bukan usul (asas-asas agama). Pendekatan berbentuk kepercayaan
(ideologi) seperti ini dilihat boleh menyebabkan perbahasan menjadi lebihtegang sehingga
membawa pertelingkahan yang lebih besar apabila asas kepercayaan digunakan dalam menilai
sesuatu perkara sehingga membawa kepada pembunuhan, peperangan dan sebagainya sesama
sendiri.Boleh dikatakan sekarang ini tiada lagi titik temu antara dua kumpulan yang berbalah
dalam isu ini.Lebih-lebih apabila ada kepimpinan semasa menyokong aliran minority sama ada
secara langsung atau tidak. Kekuatan politik tersebut digunakan untuk memaksa aliran tersebut
dalam masyarakat.

Sebagai contohnya, di Malaysia pernah berlaku konflik antara Kaum Muda dan Kaum Tua (yang
mewakili penganut mazhab Shafie). Pada permulaannya ia berlaku di sekitar tahun 1920 dan
1930-an. Ia bermula apabila Kaum Muda mengemukakan idea-idea baru berbeza dengan
pegangan sedia ada dalam masyarakat Melayu. Umumnya konflik menjadi reda seketika dan
muncul kembali dalam tahun 1940 dan 1960-anapabila masalah khilafiyyah didebatkan seperti
isu “usalli” dalam solat, talqin kematian, tahlil arwah, bacaan Yasin dan sebagainya. Berkat
kerjasama dan semangat perpaduan akhirnya masyarakat Islam bersepakat untuk dalam memilih
khilafiyyah sebagai amalan yang diterima negara ini. Bagaimanapun, berbanding dengan negeri-
negeri lain Perlis nampaknya cenderung untuk menerima aliran Kaum Muda. Ini dapat dilihat
dengan adanya Undang-Undang Pentadbiran Agama Negeri Perlis pada tahun 1959.

Seterusnya konflik antara Kaum Muda dan Kaum Tua muncul kembali bermula 1970-an apabila
ramai pelajar pulang selepas menamat pengajian di Saudi dan juga Indonesia. Semenjak
kepulangan mereka ke tanah air, mereka mula berjuang untuk membebaskan masyarakat dari
pengaruh mazhab semasa, iaitu dalam konteks di Malaysia pegangan mazhab Shafie. Mereka
juga melihat banyak amalan bidah dalam masyarakat yang tidak menurut ajaran al-Quran dan al-
Sunnah. Menurut mereka lagi masyarakat Islam tidak sepatutnya terikat dengan satu mazhab
sahaja. Ini menyebabkan berlaku pergolakan dalaman masyarakat Islam.

Sehingga kini konflik dalaman umat Islam masih berterusan sama ada di kalangan Kaum Muda
dan Kaum Tua di Malaysia. Ini ditambah dengan pengikut-pengikut yang taksub kepada
pemimpin masing-masing. Ini boleh dilihat dengan adanya cabar mencabar antara NGO
ASWAJA dan Mufti Perlis dan pengikut masing-masing sejak kebelakangan ini. Keadaan
semasa juga bertambah getir dengan berlakunya konflik antara golongan Sunni dan Syiah yang
juga berlaku bukan sahaja di Malaysia malah di negara-negara Islam yang lain di Timur Tengah.
Di Syria, Iraq dan Yaman jelas menampakkan konflik sektarian yang mendalam antara golongan
yang dikatakan mewakili pihak Sunni dan Syiah.

Seruan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah supaya “umat Islam
memperkukuhkan permuafakatan dan memantapkan ukhuwah Islamiah bagi menghindari
daripada perpecahan disebabkan perbezaan yang berlaku” perlu diambil perhatian sewajarnya.
Islam kata Baginda “melarang perbezaan pendapat dalam perkara pokok iaitu usul dan segala
perkara yang boleh membawa kepada perpecahan sesama umat Islam.”

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman SAC
Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam kenyataan selepas membentangkan kertas kerja di
Seminar Ancaman Daesh dan Istilah Kafir Harbi baru-baru ini pernah mencadangkan agar pihak
berkuasa agama memantau mana-mana ahli akademik dan agamawan yang menggunakan
petikan atau fatwa dari Ibn Taymiyyah apabila ia banyak diselewengkan untuk kepentingan
penganas Daesh. Antaranya, fatwa Ibn Taymiyyah tentang aliran Asha’irah sebagai sesat, syirik
dan kafir digunakan untuk menghalalkan tindakan membunuh sesama sendiri termasuk rakyat
Malaysia (“Polis gesa pantau agamawan guna petikan, fatwa Ibnu Taimiyyah,” 

Ini termasuk dalam ancaman keselamatan kerana majoriti masyarakat Islam mengikut aliran
akidahSunni dari Imam Abu ’l-Hasan al-Ash’ari (874-936) dan Abu ’l-Mansur al-Maturidi(853-
944).Pihak berkuasa agama perlu mengambil perhatian sebaik dalam menyelesaikan isu ini. Ia
perlu diselesaikan sebaik mungkin sebelum berlaku pergaduhan yang lebih besar dalam
masyarakat. Dengan kata lain, kenyataan polis sedemikian perlu diambil perhatian agar
masyarakat tidak terpengaruh dengan metod pendekatan pemikiran Ibn Taymiyyah yang
diselewengkan demi kepentigan masing-masing.

Pendekatan Ibn Taymiyyah boleh dilihat sebagai kritikan dan seruan untuk meninggalkan
pegangan ajaran tradisi dan adat setempat juga mendapat sokongan yang mereka yang berfikiran
liberal atau berfahaman bebas berikutan wujudnya pengaruh barat dalam masyarakat Islam
semasa. Boleh dikatakan bahawa aliran Kaum Muda memudahkan pengaruh aliran
liberalismedalam masyarakat. Berikutan itu kelahiran kelompok-kelompok liberal yang
memperjuangkan Islam reformis seperti Kumpulan G25, Islamic Renaissance Front (IRF) dan
Sisters in Islam (SIS) dan sebagainya. Mereka ini nampaknya tidak mengikat diri mereka dengan
asas epistemologi Islam. Dalam memahami teks al-Quran dan al-Sunnah mereka juga
meninggalkan kaedah asas sehingga membawa ajaran yang bercelaru dan tersasar dari ajaran
Islam.Mereka juga terpengaruh dengan fahaman dan tafsiran yang individualistik mirip kepada
ideologi liberal barat. Mereka ini melihat fahaman barat lebih baik dari amalan masyarakat Islam
semasa.
1.4.3 KEPENTINGAN IDEOLOGI

Ibn Taymiyah merupakan seorang tokoh ulama islam yang berpengaruh pada suatu zaman
dahulu. Beliau juga merupakan contoh ulama yang digeruni oleh orang kafir kerana beliau
seorang yang bijak dalam berhujah serta mampu menguasai banyak bidang ilmu agama mahupun
ilmu sains. Oleh sebab itu, beliau dapat mengemukakan fatwa dan behujah sehinggakan
pemimpin politik pada zaman itu menghukumnya disebabkan banyak tentangan pendapat dengan
mereka. Selain itu, cara pemikiran beliau banyak memberi kepentingan kepada kita semua untuk
dijadikan sebagai contoh ikutan kerana beliau seorang yang berpegang teguh kepada Al-Quran
dan hadis. Oleh itu, beliau telah berjuang untuk mengembalikan masyarakat dan dunia Islam
kepada tafsiran asal yang bersumber teks al-Quran dan al-Sunnah dan amalan generasi awal
Islam (salaf). Pada umumnya slogan dan metod pendekatan kepada ‘kembali kepada al-Quran
dan al-Sunnah’ mendapat dokongan ramai. Ini berdasarkan beberapa faktor antaranya keperluan
untuk kembalinya kepada ajaran Islam yang asli, kemunduran yang berlaku kepada umat dan
dunia Islam semasa, berlaku konflik dan perbalahan sesama sendiri, adanya keperluan kepada
elemen penyatu dalam masyarakat dan kesatuan pimpinan dan fikrah. Walau bagaimanapun,
sebahagian besar masyarakat islam pada hari ini telah menjadikan beliau sebagai rujukan dalam
menyebarkan islam di seluruh dunia.
1.4.4 KRITIKAN TERHADAP IDEOLOGI
1.4.5 ADAKAH IDEOLOGI IBN-TAYMIYYAH RELEVAN DENGAN SITUASI
MASYARAKAT PADA HARI INI?

Ya, ideologi Ibn-Taymiyyah ini relevan dengan situasi masyarakat pada hari ini kerana beliau
menggunakan slogan “Kembali kepada al-Quran dan al-sunnah”,jelaslah bahawasanya
masyarakat sekarang terutamanya umat islam perlu berpegang teguh pada al-Quran dan al-
sunnah bagi mengelakkan penyelewengan akidah.Selain itu juga.Beliau sangat lantang
mengkritik golongan dan kumpulan – kumpulan yang menyeleweng dan ekstremis.Ini
menunjukkan beliau bukan sahaja menyanyangi agama malahan beliau juga menyanyangi
bangsa dan negara kerana beliau menolak kepada golongan dan kumpulan ekstremis dimana ia
boleh mencetuskan peperangan dan perbalahan kaum atau masyarakat kerana perbezaan ideologi
yang dihasilkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
1.5 RUMUSAN
1.6 SENARAI RUJUKAN

1.6.1 Buku Rujukan

Mohamad Kamil Hj. Ab. Majid, Mat Zain Ab. Ghani, Hasan Jali. 2016. Biografi Tokoh Dakwah:
Ibnu Taimiyyah - Perjuangan dan Permikirannya Memurnikan Islam. Dewan Bahasa Pustaka.

1.6.2 Jurnal

George Grigore. 2006. 1st International Symposium of Mardin History Papers. Istanbul: Istanbul
Temmuz

1.6.3 Carian Laman Sesawang

Abu ‘Abdullaah. 17 Januari 2016. Ibn Taymiyyah in prison. fatwa-online.com

Wikipedia Ensiklopedia Bebas. 26 Oktober 2014. IbnTaymiyyah.


ms.wikipedia.org/wiki/Ibn_Tay

1.6.4 Akhbar Online

Al-Khateeb, Motaz, Dr. “Daesh’s Intellectual Origins: From Jurisprudence to


Reality,” AlJazeera, Sunday,18 January 2015 

http://studies.aljazeera.net/en/dossiers/decipheringdaeshoriginsimpactandfuture/2014/12/201412
3981882756.html

Maisarah Sheikh Rahim dan Azrul Hakimi Anuer, “Mantapkan ukhuwah, hindari perpecahan”
03 Oktober 2016, 

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mantapkan-ukhuwah-hindari-perpecahan-
1.390056#sthash.sVeFu8sZ.dpuf

“Polis gesa pantau agamawan guna petikan, fatwa Ibnu


Taimiyyah,” http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/polis-gesa-pantau-
agamawan-guna-petikan-fatwa-ibnu-taimiyyah#sthash.6dLNJ4r3.dpuf

Abdull Rahman Mahmood, Dr. & Engku Ibrahim Engku Wok Zin, Pemikiran Imam Ibn
Taymiyyah dan Muhammad Abdul Wahab: Satu Analisis Pebandingan,” Seminar Pemikiran
Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya Kuala Lumpur, http://saidaneffendi-
darussalam.blogspot.my/2012/02/pemikiran-imam-ibn-taymiyyah-dan.html (akses 27/9/16)

Hassan, Hassan “The Sectarianism of the Islamic State: Ideological Roots and Political
Context”, http://carnegieendowment.org/2016/06/13/sectarianism-of-islamic-state-ideological-
roots-and-political-context-pub-63746

Ibn Naqib, Ahmad al-Misri, Tradition Sunni Manual of Shari’ah Reliance of the Traveller
(‘Umdat al-Salik), trj, Noah Ha Min Keller, Sunnah Books, 1991 “Ibn Taymiyyah: The Founder
of ISIS,” Islamic Philosophy, http://islam.hilmi.eu/ibn-taymiyyah-the-founder-of-isis/

Al-Khateeb,Motaz,Dr. “Daesh’s Intellectual Origins: From Jurisprudence to Reality,” AlJazeera,


Sunday, 18 January
2015 http://studies.aljazeera.net/en/dossiers/decipheringdaeshoriginsimpactandfuture/2014/12/20
14123981882756.html

Maisarah Sheikh Rahim dan Azrul Hakimi Anuer,  “Mantapkan ukhuwah, hindari
perpecahan”03 Oktober 2016, http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mantapkan-ukhuwah-
hindari-perpecahan-1.390056#sthash.sVeFu8sZ.dpuf

“Polis gesa pantau agamawan guna petikan, fatwa Ibnu


Taimiyyah,” http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/polis-gesa-pantau-
agamawan-guna-petikan-fatwa-ibnu-taimiyyah#sthash.6dLNJ4r3.dpuf

Usaid Subki, “Benarkah ideologi Ibn Taimiyyah punca keganasan?, ” The Malay Mail, 14 Ogos
2016 http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/pendapat/article/benarkah-ideologi-ibn-
taimiyyah-punca-keganasan-usaid-subki#sthash.7DtxniVF.dpuf

Anda mungkin juga menyukai