Anda di halaman 1dari 1

Refleksi (Latihan Litar Kecergasan)

Setelah merancang satu latihan bagi atlit softball, satu demonstrasi latihan telah dijalankan.
Semasa menjalankan satu demontrasi tersebut, dua orang pelajar telah dipilih. Dalam kaedah
latihan ini, objektif yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

 Bagi meningkatkan kekuatan otot (khusus pada bahadian tangan dan kaki).
 Bagi meningkatkan daya tahan otot (khusus kepada otot tangandan kaki).
 Bagi meningkatkan daya tahan kardiovaskular.

Oleh itu, lapan stesyen telah dibuat dan setiap stesyen tersebut telah disediakan aktiviti
tertentu. Bagi stesyen pertama aktivi yang telah dijalankan adalah tekan tubi (bagi
meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot tangan). Bagi stesyen kedua, aktiviti yang
dijalankan adalah bangkit tubi (bagi meningkatkan kekuatan otot abdomen). Seterusnya dakah
bagi stesyen ketiga aktiviti yang telah ditetapkan adalah larian ulang aling (daya tahan
kardiovaskular). Bagi stesyen yang berikutnya, latihan yang dilakukan adalah burpee
(meningkatkan kekuatan dan adaya tahan otot bagi tangan dan kaki). Seterusnya adalah aktiviti
skipping (meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot bagi kaki). Bagi stesyen setesunya
aktiviti adalah triceps bench dips (meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot tangan). Bagi
stesyen kelapan, aktiviti yang dilakukan adalah alternate split jump (meningkat daya tahan dan
kekuatan otot kaki). Akhir sekali adalah plank (meningkat kekuatan dan daya tahan tangan,
kaki, abdomen). Setiap aktiviti di setiap stesyen telah ditetapkan bilangan ulangan berdasarkan
intensiti yang telah ditetap iaitu sebanyak 70%

Sebelum bermulanya latihan ini, kadar nadi latihan yang perlu dicapai oleh setiap atlet telah
dihitung. Bagi atlet yang bernama Syawal kadar nadi sasaran yang harus dicapai adalah 161
dan bagi Liow pula adalah 160. Setelah menjalankan latihan ini didapati kadar nadi perminit
mereka tidak mencapai. Bagi syawal, kadar nadi setelah menamatkan latihan ini adalah 150
manakala bagi Liow adalah 156. Oleh dapat disimpulkan disini adalah perlunya melakunya
penambahan intensiti bagi setiap atlet. Namun dalam hal ini, cara lain selain daripada
menabahkan bilangan bagi setiap aktiviti adalah dengan menambahkan jarak bagi aktiviti larian
ulang alik. Ini kerana jarak yang ditetapkan adalah dekat. Jarak baru yang mungkin boleh
ditetapakan adalah sebanyak 25-30 meter.

Anda mungkin juga menyukai