Anda di halaman 1dari 42

PENGAKUAN

Saya membuat pengakuan bahawa laporan ini adalah sepenuhnya hak milik saya melainkan mana-
mana ayat tertentu sahaja. Semua maklumat di dalam laporan ini berpandukan rujukan. Jika saya
ditangkap kerana disyaki qmelakukan penipuan dan peniruan, tindakan disiplin akan diambil.

Tandatangan:
Nama Pelajar:
No. Pendaftaran:
Tarikh:
PENGHARGAAN

Setinggi penghargaan diberikan kepada Pengasas “Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur
Berhad” En. Suhaimi Hj Abas kerana sudi menerima saya untuk menjalani latihan industri
bagi memenuhi syarat kelayakan untuk mendapatkan Diploma Vokasional Malaysia (DVM).
Tidak lupa juga kepada Puan Hafifah Binti Awadz @ Hussin selaku pengurus kepada Otai
Franchise yang menguruskan segalanya dan banyak mengajar saya ilmu baru pada bahagian
perakaunan dan memberikan pengetahuan yang lebih mendalam sepanjang saya menjalani
latihan industri di sini dalam tempoh 5 bulan.

Selain itu, jutaan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Kolej Vokasional Klang yang
telah bertungkus lumus membantu saya untuk mendapatkan Diploma Vokasional Malaysia
(DVM). Tidak dilupakan juga, terima kasih juga diucapkan kepada kedua ibubapa dan
keluarga yang turut membantu dalam memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk
meneruskan perjuangan dalam Pendidikan Vokasional Malaysia dan mereka telah memberi
pemudah cara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberi saya segala
kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya menghabiskan
tugasan ini.
BAB 1:

PENGENALAN

1.1 Pengenalan Kepada Latihan Industri

Latihan industri adalah satu mata pelajaran yang menjadi satu syarat atau kewajipan
bagi setiap pelajar di Kolej Vokasional Tanjung Puteri Semester 4 Diploma. Saya bersyukur
kepada Tuhan kerana dengan izinnya dapatlah saya menamatkan latihan industri dengan
sempurna pada tempoh yang ditetapkan serta menyediakan laporan akhir OJT saya pada masa
dan waktu yang dikehendaki oleh jabatan saya. Dalam tempoh 6 bulan tetapi dipendekkan
kepada 3 bulan susulan pandemik Covid-19 yang melanda di Malaysia, ia bermula pada
Januari 2020 sehingga Mac 2020, saya telah menjalani latihan industri di “Otai Group” atau
dikenali juga sebagai “Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad (KUiKLB)

Dalam tempoh saya berada di organisasi ini, saya dapat melalui pengalaman baru
terutama di dalam alam pekerjaan. Sewaktu saya berada di organisasi ini saya dapat
mempraktikkan apa yang saya pelajari secara teori dan amali sewaktu di kolej dan mengenali
bahan, kelengkapan dan peralatan yang digunakan dalam latihan industri. Hasil daripada On-
The Job Training (OJT) ini, Kolej Vokasional Tanjung Puteri (KVTP) kelak dapat melahirkan
para graduan yang berkualiti bagi melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi atau
terus melangkah ke alam pekerjaan seiring dengan matlamat kerajaan untuk menghasilkan anak
didik yang lebih bermutu dan berkualiti disamping melahirkan tenaga kerja separuh mahir yang
amat diperlukan oleh kakitangan pekerjaan di sektor awam mahupun swasta.
Selain itu, latihan industri merupakan cara terbaik untuk melatih pelajar tentang
bagaimana berkomunikasi dengan baik bersama rakan sekerja dan juga pihak atasan. Ini kerana
tingkah laku juga adalah satu aspek penting yang dititikberatkan dalam alam pekerjaan. Secara
tidak langsung iannya juga dapat mewujudkan sikap lebih berdisplin, bertanggungjawab dan
berupaya menguji keyakinan diri dalam membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu
masalah yang dihadapi. Justeru itu, latihan industri dapat memenuhi objektif untuk melahirkan
graduan yang berkualiti dari segi mental dan fizikal bagi mengisi kekosongan di dalam alam
pekerjaan pada masa akan datang.
1.2 Objektif Latihan Industri

Para pelajar yang berada di Kolej Vokasional perlulah menjalani latihan industri atau
On-The-Job Training (OJT) dalam satu tempoh yang telah ditetapkan iaitu selama 6
bulan. Justeru itu, latihan ini merupakan salah satu syarat wajib keatas setiap pelajar
sebelum mendapatkan sijil atau diploma daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.
Setiap pelajar perlu lulus latihan industri sebelum mendapat sijil atau diploma. Di antara
objektif utama latihan industri ialah:

1. Mendedahkan kepada para pelajar tentang alam pekerjaan.


2. Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik sesama pekerja di firma
tersebut.
3. Dapat meningkatkan pengetahuan pelajar dan dapat membuka minda dalam
mengenalpasti dan menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul semasa berada di
tempat kerja.
4. Pelajar juga akan diberi pendedahan dan pengalaman dari segi perkembangan
teknologi, komunikasi yang baik, peraturan dan etika profesional organisasi

Selain itu, pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang telah dipelajari sepanjang On-The-Job
Training (OJT) dengan lebih efisen iaitu dengan mendokumentasikan aktiviti-aktiviti dan
gerak kerja pelajar semasa menjalani latihan secara sistematik melalui laporan yang
dibuat.
1.3 Objektif Laporan Latihan Industri

Apabila tamat latihan industri yang dijalankan disebuah firma tersebut itu, maka setiap
pelajar diharuskan membuat atau menyediakan laporan lengkap dan mengikut piawaian yang
telah ditetapkan oleh pihak kolej. Ia adalah bertujuan untuk menilai sejauh manakah
keberkesanan latihan industri yang dijalankan oleh pelajar sepanjang tempoh tersebut. Laporan
ini dibuat kerana ia merupakan satu dokumen penting dimana untuk dijadikan sebagai bahan
bukti terhadap latihan yang diikuti. Ia juga sebagai garis panduan dan rujukan ketika temuduga
kelak.

Laporan yang telah lengkap akan diserahkan dan disemak oleh pensyarah-pensyarah
yang berkenaan apabila pelajar kembali semula mendaftar semesta yang berikutnya. Suatu
kerja yang dilakukan secara baik tidak memberi makna jika ia tidak dicatit atau dimuatkan
dalam bentuk buku laporan untuk dijadikan bahan rujukan kelak.

Oleh itu, penulisan laporan memerlukan kepada pemerhatian khusus dari pelajar.
Piawaian ini juga melatih pelajar supaya mematuhi kepada arahan-arahan dan segala peraturan
yang ditetapkan. Laporan ini juga mestilah mudah difahami oleh pensyarah yang memeriksa
dan juga firma serta pihak-pihak lain untuk penilaian serta rujukan terhadap laporan tersebut.
Dengan itu, dapatlah saya menyiapkan sebuah buku laporan dimana ia memuatkan segala
ternik-teknik latihan dan maklumat bidang Perakaunan khususnya. Saya berhararap buku
laporan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak secara langsung atau tidak langsung

.
1.4 Kepentingan On-The Job Training (OJT) Kepada Pelajar.

Latihan industri merupakan satu cabang bidang ilmu yang memberi peluang kepada
seseorang pelajar untuk mengaplikasikan setiap proses pembelajaran yang dilalui semasa sesi
di dalam bilik kuliah. Ia dapat dilihat dari pelbagai perspektif, contohnya secara tidak langsung
ia dapat melipat gandakan kemahiran yang sedia ada yang terdapat di dalam diri seseorang
pelajar itu sendiri di samping mendapat kemahiran dan pengetahuan yang baru dalam sesuatu
bidang kerja yang dilalui. Pengalaman dan pengetahuan tersebut sangat penting untuk
dijadikan seseorang pelajar itu yang terbaik dalam bidang yang akan diceburi kelak.

Selain itu, pelajar dapat mengenalpasti diri sendiri dari segi kebolehan, kesanggupan dan
sikap terhadap majikan apabila menghadapi dalam alam pekerjaan yang sebenar. Ini
bermakna, pelajar mampu untuk bekerja pada tahap under pressure, mampu belajar mengenai
perkara baru dalam organisasi juga mampu untuk menjadi seorang yang professional.
Seterusnya, pelajar dapat membiasakan diri dengan situasi alam pekerjaan sekali gus
mendewasakan para pelajar yang bakal bergelar sebagai pekerja. OJT sebagai pendedahan
awal kepada para pelajar untuk bersikap lebih matang. Ia memberikan impak mendalam
dalam memupuk semangat kerjasama dalam pasukan dan mendidik pelajar yang bakal
menjejaki alam pekerjaan supaya menghormati antara satu sama lain . Dalam situasi ini,
pelajar mampu untuk mengaplikasikan kemahiran komunikasi apabila berada dalam alam
pekerjaan sebenar. Kemahiran ini merupakan salah satu kemahiran yang sangat berguna
terutamanya apabila seseorang telah melangkah ke dalam dunia profesional.

Walau bagaimanapun, input yang diperolehi daripada latihan ini adalah sangat besar.
Pelajar dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang diperolehi semasa tempoh
latihan sebagai panduan dan bekalan untuk dimasa akan datang. Selain daripada itu, segala
susah payah yang ditempuhi semasa dalam tempoh tersebut akan menjadi pendorong dan
pemangkin kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi ke tahap yang tinggi serta menjadikan
diri sebagai seorang pelajar dan pekerja yang berdedikasi dan cemerlang kelak.
BAB 2

2.1 PENGENALAN

Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad (KUIKLB) ditubuhkan sejak tahun
2016 merupakan koperasi yang bekerjasama dengan Kumpulan Syarikat OTAi @ OTAi
Group. Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad (KUIKLB) diasaskan oleh Suhaimi
Hj Abas. Kumpulan Syarikat OTAi mempunyai banyak anak syarikat antaranya ialah OTAi
Trading, OTAi Burger, OTAi Metalwork, OTAi Automotif dan banyak lagi. OTAI yang
bermaksud Organisasi Tempat Ambil Ilmu merupakan tempat dimana para usahawan menimba
ilmu tentang perniagaan mengikut cara Islam.

Suhaimi Hj Abas sudah mempunyai pengalaman berniaga selama 24 tahun. Naik jatuh
beliau telah membuktikan bahawa beliau mampu bersaing dan berdiri standing dengan
usahawan yang berjaya. Selain itu, tujuan Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad
(KUIKLB) ialah memberi pinjaman kepada para usahawan untuk memulakan perniagaan
dengan menggunakan jenama OTAi.
2.2 LATAR BELAKANG SYARIKAT.

2.2.1 KOPERASI USAWAN ISLAM KUALA LUMPUR BERHAD (KUIKLB)

Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad merupakan koperasi yang


berkerjasama dengan OTAi Group. Syarikat ini merupakan “bank” yang memberikan pinjaman
tanpa faedah kepada syarikat atau francaisi-francaisi yang ingin membuka perniagaan burger
OTAi. Koperasi ini merupakan penggerak utama agar ramai usahawan mampu membuka
syarikat sendiri dan membuat pinjaman atau pelaburan serta simpanan bagi masa hadapan.

Selain itu, Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad (KUIKLB) telah
bekerjasama dengan kementerian dan agensi-agensi Kerajaan supaya tetap mengikuti
perkembangan terkini untuk mengambil para pelajar dari Kolej Vokasional, Kolej Komuniti
dan beberapa Kolej untuk menjalani latihan industri di sini. Dan pada tahun 2016, syarikat ini
telah berjaya mengambil pelajar Kolej Vokasional untuk menjalani latihan industri dan diserap
masuk untuk menguruskan cawangan OTAi disini. Seterusnya, syarikat ini telah membuat
“Roadshow Keusahawan Islam” ke beberapa buah Kolej Vokasional di Malaysia untuk
pengenalan tentang Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad dan OTAi Group.

2.2.2 OTAi GROUP

OTAi Group @ Kumpulan syarikat OTAi merupakan syarikat yang telah bekerjasama
dengan Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad (KUIKLB). OTAi Group mempunyai
banyak anak syarikat antaranya ialah:

 OTAi AKADEMI KEUSHAWANAN ISLAM


- Disini tempat untuk melatih usahawan tunas untuk menjadi usahawan muda.
Dengan mempunyai 12 cawangan Otai Akademi yang diuruskan oleh cikgu-cikgu
yang mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan.
 Brookland Vintage International Institute
- Institut Latihan Antarabangsa yang melatih usahawan muda dalam bidang Business
Administrative (Keusahawanan Islam) di Persijilkan Sijil SKM dan Sijil
Antarabangsa lain

 OTAi HOLDING SDN BHD


- Membeli aset seperti bangunan, rumah-rumah bangle dan rumah-rumah teres, gerai
burger, food truck untuk disewakan kepada usahawan-usahawan dibawah OTAi
GROUP

 OTAi FRANCHISE SDN BHD (OTAi BURGER)


- Membekalkan dan mengedar barangan burger dan sejuk beku kepada francaisi dan
usahawan-usahawan muda untuk berniaga di zon masing-masing.

 OTAi METALWORK
-Membuat gerai-gerai burger, grill, owning, kerja-kerja ubah suai rumah, bangunan dan
projek-projek lain yang berteraskan besi.

 OTAi CONSTRUCTION
- Mendirikan rumah-rumah teres, rumah-rumah bangle dan bangunan untuk dijual
kepada usahawan-usahawan OTAi Group dan orang ramai.

 SELINSING AQUAFARM SDN BHD


- Menternak udang putih di Selinsing Kerian, Perak dengan kerjasama Koperasi
Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad, Koperasi Kelab Generasi Transformasi
Ruminan Malaysia Berhad dan Koperasi Pekebun Kecil Wilayah Johor Selatan di
bawah pihak berkuasa Projek Koridor Utara (NCIA)

 MAJOR TRANSGLOBAL SDN BHD


- Mengimport kambing dan lembu dari Australia untuk pasaran tempatan dan
melahirkan usahawan ternakan kambing di Pondok Tanjung Selama, Perak di
bawah pihak berkuasa Projek Koridor Utara Northern Corridor Investment
Authority (NCIA)

 ANGELIC GLOW
- Menjual barangan kosmetik dan menerima tempahan make up untuk majlis makan
malam, pertunangan dan perkahwinan.
 OTAi TAILOR
- Menjahit pakaian lelaki dan wanita serta menerima tempahan yang lain seperti
jubah, baju, tudung dan langsir.

 OTAi AUTOMOTIF
- Menyediakan perkhidmatan membaik pulih kenderaan

 OTAi FARM
- Menanam sayur-sayuran untuk dijual kepada penduduk tempatan dan pemborong.

2.2.3 OTAI AKADEMI

OTAi Akademi merupakan tempat barisan Usahawan Muda, Usahawan Tunas dan
pelajar latihan industri untuk menuntut ilmu. Setiap 3 kali seminggu akan diadakan Kuliah
Pemantapan Ilmu di 12 cawangan OTAi Akademi oleh cikgu-cikgu dan barisan usahawan
muda yang berpengalaman untuk menceritakan hal-hal semasa atau ilmu perniagaan agar dapat
memberi manfaat kepada semua Jemaah OTAi. OTAi Akademi mempunyai 12 cawangan di
sekitar Selangor antaranya ialah:

1. OTAi Akademi cawangan Gombak


2. OTAi Akademi cawangan Setapak
3. OTAi Akademi cawangan Shah Alam
4. OTAi Akademi cawangan Sungai Buloh
5. OTAi Akademi cawangan Bukit Raja
6. OTAi Akademi cawangan Cheras
7. OTAi Akademi cawangan Bangi
8. OTAi Akademi cawangan Puchong
9. OTAi Akademi cawangan Kota Damansara
10. OTAi Akademi cawangan Semenyih
11. OTAi Akademi cawangan Alam Impian
12. OTAi Akademi cawangan Klang
Saya telah diterima untuk menjalani latihan industri di Koperasi Usahawan Islam Kuala
Lumpur Berhad ( KUIKLB). Semasa menjalani latihan industri, saya telah ditempatkan di
cawangan OTAi Kota Damansara selama 6 bulan. Selain itu, untuk bulan yang ke 1 dan 2 saya
ditempatkan di OTAi Automotif. Untuk bulan yang ke 3, saya ditempatkan di OTAi Kota
Damansara untuk mempelajari ilmu pengurusan..

Selain itu, OTAi Akademi cawangan Kota Damansara atau SKD burger merupakan
singkatan bagi nama Shamrie Kota Damansara. Pengarah syarikat ini yang bernama Muhd
Syamrie dan mempunyai seorang pengurus untuk menguruskan syarikat. Beliau telah lama
berkecimpung dalam bidang perniagaan dan berjaya melahirkan banyak usahawan. SKD
Burger juga berjaya membuka perniagaan lain seperti OTAi Automotif dan diuruskan sendiri
oleh En. Muhd Syamrie bersama-sama dengan pekerja OTAi.

2.3 Visi
- Melahirkan 10 ribu usahawan muda Islam menjelang 2030

2.4 Misi
 Kearah membuka sebuah universiti yang menggunakan kaedah 70% praktikal dan 30%
teori untuk mengeluarkan graduan Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah dengan
kerjasanama dengan 3 negara iaitu Jerman, United Kingdom dan Australia.
 Memperbanyakkan lagi syarikat middle stream dan up stream untuk melahirkan
usahawan usahawan di peringkat downstream.
 Melahirkan usahawan-usahawan, mentor/guru yang mampu mengajar usahawan muda
yang baru.
 Mencari pelabur-pelabur untuk menyumbang modal bagi mempercepatkan pergerakan
sepertimana yang disasarkan.
 Mendapat suntikan dana modal dari SKM dan ANGKASA

2.3 Slogan syarikat


 SATU HATI
 SATU KUMPULAN
 SATU PERJUANGAN
2.4 Objektif penubuhan
 Melahirkan 10 ribu usahawan muda dikalangan belia dengan memperbanyakkan lagi
rangkaian perniagaan middle stream dan up stream.
 Melahirkan usahawan-usahawan mentor/guru supaya dapat melahirkan usahawan muda
yang baru.
 Kongsi kejayaan dan keuntungan dengan memberi dividen yang tinggi kepada ahli
koperasi dan pelabur daripada keuntungan rangkaian perniagaan supaya orang-orang
Melayu kembali menguasai ekonomi di Malaysia.

2.6 Logo Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad

2.6.1 Logo Kumpulan OTAi

2.6.2 Logo OTAi Akademi


2.6.3 Logo OTAi Akademi cawangan Kota Damansara

2.6.4 Maklumat Tambahan

OTAi Burger merupakan jenama unggul di pasaran dengan mempunyai 200 kiosk di sekitar
Lembah Klang dan Selangor. Telah menjadi objektif dan perkara utama syarikat untuk
memastikan para pelanggan berpuas hati dengan kualiti, produk dan harga yang sesuai agar dapat
bersaing dengan pengusaha-pengusaha lain.

2.7 Profil Syarikat

Nama Syarikat KOPERASI USAHAWAN ISLAM KUALA LUMPUR BERHAD

Jenis Perniagaan PERKONGSIAN

Produk Pelaburan dan memberi pinjaman kepada francaisi

Alamat Berdaftar No 1-2, Jalan Melati Utama 4, 53100 Setapak, Kuala Lumpur

Email Syarikat Kui.kuilb@gmail.com


2.8 SIJIL PERAKAUAN PENDAFTARAN KOPERASI
2.8.1 SIJIL KEANGGOTAAN DARI ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN
MALAYSIA BERHAD
2.9 NOSS MATRIK SKM bagi OTAi Akademi yang diluluskan oleh BPTV

Carta Organisasi Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad

Pengerusi
EN. SUHAIMI HJ ABAS

Timbalan Pengerusi
EN. PUAT BIN MAZNAN

Setiausaha Bendahari Jabatan Pemasaran dan


Latihan
CIK NADZIRAH PN. HAFIFAH EN. FARID
PROSEDUR PERMOHONAN PINJAMAN KUIKLB
1. Isi borang pinjaman dan sediakan dokumen yang diperlukan seperti:

a) Satu salinan kad b) Satu salinan penyata c) Satu salinan lesen


pengenalan bank 3 bulan terkini kenderaan
kereta/motor

d) Salinan sijil e) Surat permohonan


pendaftaran perniagaan pinjaman
BAB 3

RINGKASAN MINGGUAN

3.1 PENGENALAN

Bab ini adalah ringkasan keseluruhan aktiviti mingguan yang telah dilakukan sepanjang
menjalani latihan industri di Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad. Semasa pelajar
menjalani On-The-Job Training (OJT), adalah menjadi suatu kewajiban untuk menulis catatan
aktiviti harian di dalam buku log yang telah diberikan oleh pihak Kolej Vokasional masing-
masing kepada setiap pelajar dan secara ringkas akan diterangkan dalam bab yang meliputi
tugas yang diberikan oleh penyelia. Ringkasan aktiviti On-The Job Training (OJT) ini ditulis
dalam bentuk ringkasan mingguan yang bermula dari minggu pertama hingga minggu terakhir.

Oleh itu, bahagian ini akan menjelaskan secara ringkas aktiviti – aktiviti dan tugas
yang saya telah dijalankan semasa menjalani latihan industri. Segala aktiviti yang dilakukan
akan diterangkan dari minggu ke minggu supaya dapat menyimpulkan kerja kerja yang
dilakukan dalam seminggu di samping memudahkan proses penyemakan. Hari kerja dalam
seminggu tidak semestinya sama setiap minggu kerana terdapat cuti yang diumumkan oleh
pihak syarikat.
3.2 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

Minggu Pertama [6/1/2020 – 11/1/2020]


Aktiviti Mingguan -Diberi penerangan oleh penyelia tentang

beberapa “special tools” yang ada di

bengkel.

-Diberi penerangan etika yang perlu

diterapkan ketika mula dan habis kerja.

-Ditugaskan untuk melakukan “minor

service”.

-Ditugaskan untuk melakukan penukaran

“mounting transaxle”.
Pengetahuan/ Kemahiran Diperolehi -Dapat mengenalpaasti fungsi setiap

peralatan dan “special tools” yang

disediakan.

-Mempelajari teknik yang betul melibatkan

servis kenderaan.
Minggu Kedua [13/1/2020 – 18/1/2020]
Aktiviti Mingguan -Berperluang melakukan servis pada kereta

Mercedes jenis sedan.

-Diberi tugasan untuk membantu

memisahkan enjin daripada kenderaan

untuk tujuan overhaul.

-Menukar propeller shaft yang telah rosak

akibat penggunaan yang lasak daripada

pengguna tersebut.

Pengetahuan/ Kemahiran Diperolehi -Menimba pengetahuan tentang prosedur

yang betul dalam melakukan kerja servis


dan penyelenggaraan.

-Setiap kerja-kerja yang dilakukan

mestilah mengaplikasikan keselamatan di

tempat kerja.
Minggu Ketiga [20/1/2020 – 25/1/2020]
Aktiviti Mingguan -Telah diberi tugasan untuk membantu

menanggalkan setiap kompenen yang

bersambung pada gearbox sebelum proses

menurukan gearbox dari kenderaan

dilakukan.

-Menjadi pembantu mekanik dalam proses

menurunkan gearbox daripada kenderaan.

-Diberi kepercayaan untuk kerja-kerja

menukar driveshaft pada model GLA200

Mercedes.
Pengetahuan/ Kemahiran Diperolehi -Mengetahui prosuder yang betul untuk

menurunkan gearbox.

-Mempelajari teknik yang betul melibatkan

servis kenderaan.
Minggu Keempat [27/1/2020 – 1/2/2020]
Aktiviti Mingguan -Melakukan kerja servis seperti menukar

minyak enjin dan penapis minyak enjin.

-Menanggalkan “rear axle” daripada

kereta terbengkalai.

- Turut diberi peluang untuk melakukan

pembaikian “doorlock” sambil

diperhatikan mekanik berpengalaman.


Kemahiran/Pengetahuan Diperolehi -Menimba pengetahuan tentang prosedur

yang betul dalam melakukan kerja servis

dan penyelenggaraan.

-Setiap kerja-kerja yang dilakukan


mestilah mengaplikasikan keselamatan di

tempat kerja.
Minggu Kelima [3/2/2020 – 8/2/2020]
Aktiviti Mingguan -Ditugaskan untuk melakukan servis pada

gearbox seperti penukaran minyak, filter,

serta gasket.

-Ditugaskan untuk menanggalkan “rear

drive shaft” pada kenderaan Mercedes

yang sudah terbengkalai kerana keadaan

komponen tersebut masih boleh digunakan.

-Menukar bateri kenderaan Mercedes

model W124.
Pengetahuan/ Kemahiran Diperolehi -Menjadi lebih cekap dalam melakukan

servis dan kerja-kerja penyelengaraan yang

lain.

-Mempelajari teknik yang betul melibatkan

servis kenderaan.
Minggu Keenam [10/2/2020 – 15/1/2020]
Aktiviti Mingguan -Diberi penerangan oleh penyelia tentang

beberapa “special tools” yang ada di

bengkel.

-Diberi penerangan etika yang perlu

diterapkan ketika mula dan habis kerja.

-Ditugaskan untuk melakukan “minor

service”.

-Ditugaskan untuk melakukan penukaran

“mounting transaxle”.
Pengetahuan/ Kemahiran Diperolehi -Dapat mengenalpaasti fungsi setiap

peralatan dan “special tools” yang

disediakan.

-Mempelajari teknik yang betul melibatkan


servis kenderaan.
Minggu Ketujuh [17/2/2020 – 22/2/2020]
Aktiviti Mingguan -Berperluang melakukan servis pada kereta

Mercedes jenis sedan.

-Diberi tugasan untuk membantu

memisahkan enjin daripada kenderaan

untuk tujuan overhaul.

-Menukar propeller shaft yang telah rosak

akibat penggunaan yang lasak daripada

pengguna tersebut.

Pengetahuan/ Kemahiran Diperolehi -Menimba pengetahuan tentang prosedur

yang betul dalam melakukan kerja servis

dan penyelenggaraan.

-Setiap kerja-kerja yang dilakukan

mestilah mengaplikasikan keselamatan di

tempat kerja.
Minggu Kelapan [24/2/2020 – 25/1/2020]
Aktiviti Mingguan -Telah diberi tugasan untuk membantu

menanggalkan setiap kompenen yang

bersambung pada gearbox sebelum proses

menurukan gearbox dari kenderaan

dilakukan.

-Menjadi pembantu mekanik dalam proses

menurunkan gearbox daripada kenderaan.

-Diberi kepercayaan untuk kerja-kerja

menukar driveshaft pada model GLA200

Mercedes.
Pengetahuan/ Kemahiran Diperolehi -Mengetahui prosuder yang betul untuk

menurunkan gearbox.

-Mempelajari teknik yang betul melibatkan


servis kenderaan.
Minggu [27/1/2020 – 1/2/2020]
Aktiviti Mingguan
Kemahiran/Pengetahuan Diperolehi
Minggu [3/2/2020 – 8/2/2020]
Aktiviti Mingguan
Pengetahuan/ Kemahiran Diperolehi
Minggu [27/1/2020 – 1/2/2020]
Aktiviti Mingguan
Kemahiran/Pengetahuan Diperolehi
Minggu [3/2/2020 – 8/2/2020]
Aktiviti Mingguan
Pengetahuan/ Kemahiran Diperolehi
Minggu [27/1/2020 – 1/2/2020]
Aktiviti Mingguan
Kemahiran/Pengetahuan Diperolehi
Minggu [3/2/2020 – 8/2/2020]
Aktiviti Mingguan
Pengetahuan/ Kemahiran Diperolehi
Minggu [27/1/2020 – 1/2/2020]
Aktiviti Mingguan
Kemahiran/Pengetahuan Diperolehi
Minggu [3/2/2020 – 8/2/2020]
Aktiviti Mingguan
Pengetahuan/ Kemahiran Diperolehi
Bab 4

LAPORAN TEKNIKAL

4.1 PENGENALAN

Bab ini menerangkan bahagian kerja yang dilakukan dan dipelajari sepanjang menjalani latihan
industri selama 5 bulan di Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad dan beberapa anak
syarikat OTAi Group. Semasa menjalani latihan industri, saya banyak mempelajari ilmu baru
dan saya sentiasa bergiat aktif untuk lebih mengetahui kerja-kerja disini dan mempelajarinya.
Selain itu, bab ini juga akan menerangkan beberapa kerja yang dilakukan dengan lebih
mendalam berserta beberapa gambar rajah.

4.2 BORANG PINJAMAN KUI/AKE

KUI merupakan akaun pinjaman yang baru dan AKE pula merupakan akaun pinjaman yang
lama. Bagi francaisi yang membuat pinjaman pada tahun 2016 dan kebawah akan membayar di
akaun AKE. Akaun AKE merupakan pinjaman yang lama dan koperasi mengutip faedah caj
pinjaman sebanyak 2%. Bagi usahawan muda yang baru, membuat pinjaman pada tahun 2017
dan ke atas akan membayar semula duit pinjaman ke dalam akaun KUI tanpa sebarang faedah
dikenakan 0% faedah. Borang pinjaman ini perlulah dikemaskini setiap kali menerima
pembayaran secara tunai atau online daripada francaisi dengan telus dan jujur dan direkod ke
dalam fail follow up pinjaman dan fail pinjaman serta laptop. Antara salah satu francaisi yang
membuat pinjaman dan menjelaskan pembayaran pinjaman pada setiap bulan sehingga baki
hutang telah habis dijelaskan:
MG Burger yang membuat pinjaman daripada Koperasi melalui akaun KUI.

MG Burger yang membuat pinjaman daripada Koperasi melalui akaun AKE


4.3 SIMPANAN HILUX

Simpanan Hilux merupakan simpanan yang dibuat oleh francaisi yang belum mempunyai
kereta Hilux. Tujuan diadakan simpanan Hilux ialah bagi memudahkan urusan francaisi kerana
mereka hanya menyimpan duit ke dalam koperasi di samping menggalakkan mereka untuk
membeli kenderaan Hilux. Sekiranya duit mereka masih tidak mencukupi untuk mebayar
deposit kereta Hilux. Pihak koperasi akan memberikan pinjaman untuk membayar muka
hadapan kereta tersebut. Setiap simpanan Hilux dan informasi setiap penyimpan perlu direkod
ke dalam fail simpanan Hilux dan juga laptop bagi mengelakkan tersalah informasi.
4.4 SIMPANAN TLLN

Simpanan TLLN bermaksud Tabung Lawatan Luar Negara. Simpanan ini dibuat oleh Mantan
dan Hardcore sebanyak RM100 setiap bulan dan dikutip pada 2hb atau mereka akan membayar
secara “online”. Tujuan simpanan TLLN dibuat ialah kerana mereka akan keluar negara
bersama SiFU Suhaimi Abas atas urusan kerja atau lawatan ke tempat-tempat ilmu seperti
madrasah atau sekolah pondok. Duit tersebut akan digunakan sebagai perbelanjaan di sana atau
dana untuk disumbangkan kepada orang yang kurang berkemampuan ketika di luar negara.
Setiap penerimaan wang dan data-data penyimpan perlu direkod ke dalam fail simpanan TLLN
dan ke dalam laptop.
4.5 BORANG BK 7

BK 7 bermaksud penyata untung rugi syarikat. BK7 terkandung beberapa kandungan seperti
BK1 yang merupakan rekod jualan burger. BK2 pula bermaksud rekod pembelian bahan
mentah. BK3 merupakan kos overhead perbelanjaan syarikat. BK4 pula ialah perbelanjaan
peralatan gerai. BK5 pula ialah bahagian hari pekerja bekerja dan gaji pekerja. BK6
menunjukkan control short bahan mentah. Manakala BK7 yang akan disemak oleh para
penyelia setiap 2hb, BK7 merupakan penyata untung rugi yang ditunjukkan selama sebulan
oleh syarikat.

RAJAH Penyata Untung Rugi Syarikat MG BURGER bagi bulan MAC di dalam laptop (BK7)
4.6 MENYEDIAKAN CEK

Saya juga diajar untuk menyediakan cek. Cek syarikat daripada CIMB Bank. Bagi Otai
Akademi Cawangan, mereka akan mengeluarkan cek 2 kali seminggu mengikut pengurus
masing-masing. Cek perlu ditulis dengan amaun yang betul dan tanpa ada kesilapan. Jika tidak
cek itu tidak akan diterima. Di belakang cek boleh ditulis no akaun syarikat bagi pembayaran
bahan mentah, pembayaran kereta dan lain-lain. Selepas cek dikeluarkan dan perlu pergi ke
bank dengan mengambil nombor 1 iaitu “CASH CHEQUE”. Pihak bank juga akan memberi
wang tunai dan dijadikan sebagai duit petty cash syarikat.

4.7 KERTAS PESANAN

Kertas pesanan atau kertas order merupakan borang yang perlu dikemaskini pada setiap hari
oleh pengurus operasi atau orang yang bertanggungjawab untuk membuatnya. Ianya
merupakan rekod bahan mentah yang tinggal dan yang telah digunakan untuk berniaga di
setiap gerai. Kertas itu direkod dengan menyemak pada rekod kertas pesanan semalam.Sebagai
contoh, jika bahan mentah seperti roti burger masih mencukupi tidak perlu menambah roti
tersebut. Dan jika tidak mencukupi, pengurus operasi perlu menambah roti ke gerai tersebut.
Selain itu, untuk merekod juga perlu melihat kepada beberapa faktor seperti jualan gerai
tersebut tinggi atau tidak pada setiap hari. Jika tinggi bahan mentah perlu diletak lebih banyak
untuk mengelakkan bahan mentah tidak mencukupi. Dan jika jualan gerai rendah, bahan
mentah perlu diletakkan kurang sedikit untuk mengelakkan pembaziran.
4.6 JADUAL PENGIRAAN DUIT JUALAN GERAI BURGER

Jadual pengiraan duit jualan gerai burger @ Closing paper merupakan borang penutupan yang
direkod setiap hari oleh pengurus operasi setelah kesemua pekerja memberikan kertas pesanan
dan wang berniaga pada hari mereka bekerja. Closing paper perlu merekod jualan yang
diterima pada hari berniaga setiap gerai dan jumlah jualan yang diterima pada hari tersebut.
Duit jualan akan diikat dan ditulis jumlah jualan ke atas kertas dan dimasukkan ke dalam peti
besi. Selain itu, merekod nama pekerja yang menjaga gerai, pinjaman pekerja, perbelanjaan
gerai dan tuntutan minyak kenderaan serta berapa keping wang tunai agar tidak berlakunya
sebarang penipuan dan kesilapan. Keesokan pagi, pengurus akan mengambil duit di dalam peti
besi dan mengira duit tersebut sambil melihat rekod di dalam jadual pengiraan sama atau tidak.
BAB 5

DAPATAN DAN CADANGAN

5.1 PENGENALAN

Para pelajar yang menjalani ON-THE-Job Training (OJT) akan memberikan dapatan dan
cadangan berkaitan syarikat mereka. Saya akan memberikan dapatan dan cadangan berkaitan
Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad agar pihak koperasi dapat menambah baik
dan memberi kemudahan serta digunakan untuk manfaat bersama.

5.2 DAPATAN

Sepanjang saya menjalani ‘On Job Training’ di Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur
Berhad selama 3 bulan, OTAi Cawangan Gombak selama 1 bulan dan OTAi cawangan Bukit
Raja selama 1 bulan. Secara keseluruhan, latihan industri dapat memberikan ilmu dan
pengalaman yang cukup banyak dan bagus bagi pengenalan awal ketika di alam pekerjaan
selain ianya merupakan salah satu syarat wajib untuk mendapatkan Diploma Vokasional
Malaysia (DVM). Hasil dapatan saya ialah latihan industri dapat membantu pelajar untuk
memantapkan lagi tahap komunikasi setiap pelajar dan dapat mengaplikasikan pengetahuan
dan kemahiran yang dipelajari selama 4 tahun di Kolej Vokasional. Dalam tempoh 21 minggu,
saya telah didedahkan dengan cara untuk membuat pinjaman daripada pihak bank dan
berurusan sendiri dengan pihak bank. Saya telah belajar cara untuk berkomunikasi dan
berurusan dengan orang luar dan ianya membantu saya untuk lebih yakin dan berani. Selain itu,
saya juga diajar cara untuk mahir dalam ACCOUNT, HR & MARKETING. Dengan
mempunyai ketiga-tiga ilmu ini, seseorang akan lebih yakin untuk maju ke hadapan. Saya perlu
mempratikkan diri lagi agar mahir dalam HR, Account & Marketing kerana ianya berguna jika
saya ingin membuka perniagaan sendiri.

Saya amat bersyukur dan berpuas hati dengan kerjasama, perhatian serta ilmu yang dicurahkan
dengan banyak oleh kakitangan Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad tanpa
mengira pangkat dan kedudukan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh telah banyak
membantu saya dalam meningkatkan prestasi, kemampuan dan mengenal pasti kelemahan yang
ada di samping mengaplikasikan teori dan amali yang dipelajari di dalam kelas. Koperasi
Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad juga menggalakkan kesemua pelajar perempuan
latihan industri untuk ke kelas malam dan memasuki pertandingan Pidato, Perutusan Pengasas
dan Solat. Pertandingan ini dibuat bagi meningkatkan jati diri dan kefahaman terhadap
Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad dan OTAi Group. Kelas malam pula diajar
berkenaan account, zakat persendirian, zakat perniagaan, KWSP, perbetul solat dan pelbagai
lagi ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat.
5.3 CADANGAN

Kesedaran tentang betapa pentingnya latihan industri kepada pelajar-pelajar, industri


dan institusi pendidikan. Oleh itu, saya ingin memberikan sedikit cadangan agar Koperasi
Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad dapat menambah baik sebarang kelemahan yang ada
untuk kebaikan semua pihak.

Bagi pendapat saya, pihak syarikat yang menerima pelajar untuk menjalani latihan
industri ini seharusnya menyediakan satu rancangan program latihan industri bagi tempoh yang
ditetapkan bersesuaian dengan kursus atau bidang yang mereka pelajari. Selain mengambil
berat tentang tujuan sebenar pelajar menjalani sesi latihan di syarikat tersebut. Seterusnya,
adalah lebih baik sekiranya kesemua pelajar praktikal lelaki dan perempuan diberi peluang
untuk belajar di tempat yang lain mengikut putaran selama 5 bulan. Oleh itu pelajar praktikal
dapat meniba ilmu pengetahuan dengan lebih luas sekali gus mengeratkan silaturrahim antara
pekerja dan lebih memahami cara kerja setiap syarikat dan menambah pengalaman.

Disamping itu, pihak organisasi syarikat juga harus meningkatkan informasi atas talian
sebelum pelajar memulakan latihan industri di syarikat tersebut dan pihak syarikat juga harus
menyediakan khidmat nasihat kepada pelajar praktikal. Pihak syarikat juga boleh menyatakan
hasrat mereka sekiranya mereka berasa tidak puas hati terhadap prestasi kerja pelajar praktikal
dengan memberi nasihat dan cadangan agar pelajar tersebut meperbaiki kelemahan diri dan
tidak mengulangi kesilapan yang sama.

.
BAB 6

KESIMPULAN

Melalui latihan industri ini, terdapat banyak perkara yang saya telah pelajari. Bukan
hanya pengetahuan berkenaan dengan bidang yang saya pelajari, tetapi juga pendedahan
kepada perkara-perkara yang penting dalam dunia pekerjaan, perniagaan dan akhirat. Selain
itu, banyak ilmu dan pengalaman yang amat berharga yang saya terima daripada usahawan-
usahawan OTAi yang sudah berjaya dan lebih berpengalaman. Teori semata-mata tidak
mencukupi di alam pekerjaan yang sebenar, ianya memerlukan teori dan praktikal seiring
dengan apa yang diajar oleh pihak Koperasi iaitu praktikal 70% dan teori 30%.

Selain daripada itu komunikasi merupakan aset yang sangat penting kepada syarikat
dan didalam diri seseorang kerana ianya melambangkan tahap keyakinan individu itu sendiri.
Tanpa kemahiran komunikasi yang berkesan, seseorang itu akan menghadapi kesukaran dalam
menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Melalui komunikasi yang berkesan, banyak
perkara yang boleh dicapai dan secara tidak langsung, mampu memberi keuntungan kepada
individu dan juga syarikat.

Dapat saya simpulkan bahawa program On-The Job Training (OJT) banyak memberi
manfaat kepada para pelajar walaupun terdapat kelemahan kecil yang sedikit sebanyak
mencacatkan keadaan, semoga kelemahan ini dapat di perbaiki pada masa hadapan. Daripada
latihan industri ini saya dapat mempelajari perkara-perkara mengenai usahawan dan cara untuk
menjadi usahawan yang berjaya serta menerima pendedahan dalam dunia luar.
RUJUKAN

http://zharifbasyir.blogspot.my/2017/02/contoh-laporan-ojt-praktikal-

kolej.html

otaifranchise.blogspot.my

www.otaigroup.com
LAMPIRAN

KERJA YANG DILAKUKAN KETIKA DI KOPERASI USAHAWAN ISLAM


KUALA LUMPUR BERHAD SELAMA 3 BULAN
KERJA YANG DILAKUKAN DI MG BURGER SELAMA 1 BULAN

Anda mungkin juga menyukai