Anda di halaman 1dari 1

Ketahanan kerja adalah keupayaan seseorang untuk mengekalkan prestasi apabila berhadapan

tekanan di tempat kerja.Tekanan kerja secara umumnya berpunca daripada tanggungjawab atau
beban tugas yang tidak berpadanan dengan pengetahuan, kemahiran atau jangkaan individu
tersebut sehingga menyebabkan mereka sukar untuk menghadapinya.Selain itu daya tahan diri
adalah "proses kebolehan untuk berjaya dalam penyesuaian tanpa mengira keadaan yang
mencabar atau terdapat ancaman yang membantu menbina dalam proses ketahanan kerja.
Di samping itu, tekanan boleh berpunca daripada individu, jenis pekerjaan, tempoh bekerja yang
panjang atau faktor persekitaran serta persekitaran kerja yang baru, jauh dari tempat tinggal serta
waktu bekerja yang panjang dan sukar mengambil cuti turut menjadi tekanan kerja . Fenomena
buli di tempat kerja turut menjadi punca. Adakalanya pekerja bukan sahaja dibuli oleh majikan
tetapi juga oleh rakan sejawat yang lebih ‘’senior’’. Selain daripada buli, ada pekerja yang
didera dalam bentuk emosi seperti disindir atau diherdik serta mengalami gangguan seksual.
Cara- cara membina ketahanan diri di tempat kerja rancang kerja dan masa dengan baik seperti
senaraikan tugasan mengikut kepentingan dan tarikh yang perlu disiapkan. Amalkan “work-life
balance” atau keseimbangan antara kerja dengan kehidupan. Tetapkan matlamat hidup,
kepentingan anda serta pisahkan kerja dari rumah. Tinggalkan apa yang berkaitan dengan kerja
di tempat kerja Meningkatkan ketahanan diri dengan mengamalkan cara hidup sihat seperti
beriadah, makan makanan seimbang dan tidur secukupnya. Disarankan, senaman dilakukan tiga
kali seminggu dengan 30 sehingga 45 minit setiap sesi. Elakkan mengambil terlampau banyak
kafein, alkohol atau merokok.Merehatkan minda dengan melakukan amalan seperti senaman
pernafasan dan relaksasi otot, meningkatkan ibadah serta berfikir secara positif.

Anda mungkin juga menyukai