Anda di halaman 1dari 149

TIPS MUDAHNYA

MENULIS TESIS

Disediakan Oleh
Prof. Madya Datin Dr. Fauziah Ibrahim
Prof. Madya Dr. Khadijah Alavi
Disediakan Oleh
Dr. Mohd Suhaimi Mohamad
Dr.Madya
Prof. Ezarina Zakaria
Datin Dr. Fauziah Ibrahim
Dr. Norulhuda Sarnon
Prof. Madya Dr. Khadijah Alavi
Dr. Dr. Nur Saadah
Mohamad Mohamad
Suhaimi Aun
Mohamad
Dr. Dr. Nor Jana
Ezarina Saim
Zakaria
Dr. Dr. Aizan Sofia
Norulhuda Amin
Sarnon
Dr. Dr.
NurNazirah
SaadahHassan
Mohamad Aun
Dr. Nor Jana Saim Akhir
Dr. Noremy Md.
Dr. Nazirah Hassan
Dr. Noremy Md Akhir
2018
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Kandungan

Prakata …………………………………………………………..... 3

Bab 1 Pendahuluan ……………………………………………... 4


Noremy Md Akhir & Nor Jana Saim

Bab 2 Sorotan literatur …………………………………………. 30


Khadijah Alavi

Bab 3A Metod Kajian Kuantitatif ……………………………….. 51


Fauziah Ibrahim & Mohd Suhaimi Mohamad

Bab 3B Metod Kajian Kualitatif ……………………………….. 77


Aizan Sofia Amin, Ezarina Zakaria & Norulhuda Sarnon

Bab 4 Hasil Kajian dan Perbincangan ………………………… 114


Nur Saadah Mohamad Aun

Bab 5 Kesimpulan, Implikasi dan Cadangan …………………. 129


Nazirah Hassan

2
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Prakata

Buku Tips Mudahnya Menulis Tesis ini adalah siri bacaan umum yang dijadikan panduan
dan rujukan kepada pelajar tahun tiga yang mengambil kursus SKPW3013 Seminar Kerja
Sosial. Buku ini ditulis dan dijayakan oleh semua pensyarah daripada Program Kerja
Sosial, Pusat Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat, Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penyelidikan merupakan satu proses sistematik yang melibatkan proses merancang


kaedah penyelidikan, mengumpul data, menghurai data dan melaporkan maklumat.
Penyelidikan dilakukan untuk memberi jawapan kepada ketidakpastian sesuatu isu yang
timbul dalam kalangan masyarakat. Secara ringkasnya, penyelidikan merupakan satu
bentuk disiplin yang sistematik terhadap mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah.
Justeru itu, ia perlu dilakukan secara berilmu, rasional, tersusun dan dianalisis
bersesuaian dengan rekabentuk dan analisis yang bertepatan dengan kajian yang hendak
dijalankan.

Sebanyak enam (6) koleksi bab telah dihimpun dalam buku ini. Penulisan buku ini
mempunyai tiga matlamat. Pertama, buku ini dapat dijadikan maklumat asas kepada
bahan pengajaran dan pembelajaran untuk kursus yang berkaitan dengan penyelidikan
kepada para pelajar universiti khasnya pelajar tahun tiga yang mengikuti kursus
SKPW3013 Seminar Kerja Sosial sebagai persediaan dalam menyedia dan membina
proposal kajian dan seterusnya melengkapkan penyelidikan. Kedua, buku ini diharap
memberi sumbangan dan tips berguna kepada para pelajar dalam pengkayaan korpus
ilmu dalam bidang penyelidikan sains sosial terutama dalam membantu melaksanakan
kajian dan memahami keseluruhan proses penyelidikan dengan mudah dan sistematik.
Buku ini juga boleh dijadikan panduan dan rujukan umum untuk memahami langkah-
langkah berkesan dalam pembinaan proposal dan penyelidikan yang dijalankan.

Kepada para penyumbang bab dalam buku ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kerana memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang menjayakan penulisan
buku yang telah dirancang.

Sekian Terima Kasih.

3
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

BAB 1
PENDAHULUAN
Noremy Md Akhir dan Nor Jana Saim

Penulisan pendahuluan merupakan bahagian pertama yang penting bagi penulisan


sesebuah tesis. Oleh itu, bab awal ini disediakan untuk menerangkan tentang panduan
penulisan Bab Pertama (Pendahuluan) dalam sesuatu penyelidikan. Terdapat sembilan
(9) sub topik yang diterangkan bagi memandu penulis memulakan penulisan tesis. Ia
meliputi perkara-perkara seperti diringkaskan dalam Rajah1.1 berikut:

1.1 Pengenalan
1.2 Latar belakang Kajian
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Persoalan Kajian
1.5 Objektif Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.7 Skop Kajian
1.8 Definisi Konseptual dan Operational
1.9 Rumusan Bab

4
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Pengenalan

Latar belakang Kajian

Pernyataan Masalah

Persoalan Kajian

Bab 1
Pendahuluan Objektif Kajian

Kepentingan Kajian

Skop Kajian

Definisi Konseptual dan


Operational

Rumusan Bab

Rajah 1.1: Ringkasan Panduan Penulisan Bab 1 (Pendahuluan)

5
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

1.1 Pengenalan
Di awal setiap bab, penulis perlu memulakan penulisan dengan
memperkenalkan secara umum dan ringkas, kandungan yang akan
dibincangkan oleh penulis dalam bab kajian tersebut. Misalnya bahagian
pengenalan dalam bab pertama ini dimulakan dengan menerangkan tentang
apa yang akan dibincangkan dalam Bab Pertama (Pendahuluan). Ia meliputi
semua elemen-elemen yang perlu ada dalam Bab Pendahuluan. Contoh
penulisan dalam bab sub topik pengenalan ini adalah seperti berikut:

Contoh:
Pengenalan

Bab satu (1) membincangkan maklumat latar belakang


kajian dan ia diikuti dengan pernyataan masalah, persoalan
kajian dan objektif kajian. Seterusnya kepentingan kajian dari
aspek teoretikal dan praktikal turut dihuraikan dan diikuti oleh
skop kajian. Akhir sekali, definisi konseptual dan operational
turut dinyatakan di bahagian akhir bab ini.

Penulisan bahagian sub topik pengenalan ini akan diulangi pada awal setiap
bab yang berikutnya.

1.2 Latar belakang Kajian

Di bahagian latar belakang kajian ini, penulis perlu menyampaikan sesuatu


yang boleh menarik minat pembaca terhadap kajian yang ingin dijalankan
dengan mengaitkan kajian dengan isu semasa yang berlaku dalam bidang yang
dikaji. Pada bahagian ini juga penulis perlu membincangkan secara umum asas
yang membawa kepada minat penulis untuk menjalankan kajian tersebut.

6
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Dalam erti kata lain, pada bahagian ini penulis perlu memberi gambaran awal
tentang latar belakang isu yang dikaji hingga menimbulkan keyakinan kepada
pembaca bahawa wujud permasalahan yang perlu diselesaikan. Latar belakang
kajian seharusnya memberikan penyataan tentang keseluruhan kajian yang
perlu diterangkan secara ringkas dan jelas. Ia juga mampu memberi idea
kepada pembaca tentang keseluruhan bidang yang ingin dikaji dan seterusnya
memberi tumpuan khusus kepada bidang yang ingin dikupaskan. Zairul Anuar
dan Dayang Maryama (2016) mencadangkan dalam penulisan latar belakang
kajian, penulis digalakkan untuk menggunakan aliran penceritaan berbentuk
piramid terbalik seperti rajah 1.2 berikut:

UMUM

SPESIFIK

Rajah 1.2 Struktur penulisan latar belakang

Berdasarkan Rajah 1.2 di atas, piramid terbalik yang dimaksudkan oleh Zairul
Anuar dan Dayang Maryama (2016), adalah penulis memulakan penerangan
mengenai latar belakang dengan menyatakan isu secara umum dan meluas
berkaitan tajuk kajian yang ingin dijalankan. Kebiasaannya, ia dimulakan
dengan sejarah tentang isu yang ingin dikaji. Tips berguna yang boleh
diamalkan dalam penulisan latar belakang adalah dengan menggunakan kata
kunci tajuk kajian sebagai panduan dalam membincangkan latar belakang
kajian. Ini bagi menggelakkan penulis membincangkan topik yang tidak
mempunyai kaitan dengan kajian yang dijalankan.

7
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Setelah sejarah dan latar belakang topik dinyatakan secara umum, penulis
seterusnya perlu memastikan asas topik atau isu yang dibincangkan perlu
membawa pembaca kepada permasalahan yang ingin dikaji. Di akhir penulisan
bahagian latar belakang kajian ini, penulis perlu menyentuh masalah yang
ingin dikaji dengan lebih spesifik atau khusus. Kebiasaannya ia dinyatakan
dalam bentuk persoalan bagi memastikan pembaca turut sama berfikir tentang
masalah yang ingin diselesaikan oleh penulis. Walau bagaimanapun, pada
bahagian ini penulis perlu mengelakkan dari menulis dalam bentuk ayat
penerangan. Panjang penulisan bahagian latar belakang adalah bergantung
kepada kata kunci yang terdapat pada tajuk kajian. Sekiranya bilangan kata
kunci yang digunakan banyak, maka penulisan akan lebih panjang. Ini kerana
penulis perlu memastikan asas topik diterangkan dengan jelas bagi membantu
pembaca memahami dan menghubungkaitkannya dengan permasalahan
kajian. Walau bagaimanapun, pada kebiasaannya tajuk kajian bersifat spesifik.
Oleh itu, panjang penulisan bagi latar belakang kajian tidak melebih dua (2)
hingga tiga (3) muka surat.

1.3 Pernyataan Masalah


Pernyataan masalah adalah bahagian paling penting di mana penulis perlu
memberikan maklumat tentang kewujudan masalah yang perlu dikaji dan
potensi untuk sesuatu kajian memberi penyelesaian kepada permasalahan yang
timbul. Ia perlu di tulis dengan jelas dan disokong dengan bukti-bukti yang
jelas menunjukkan wujud permasalahan besar yang memerlukan kajian
dilakukan bagi mencari penyelesaian. Pada bahagian ini, penulis perlu
membezakan kajian yang bakal dilakukan dengan kajian-kajian yang pernah
dijalankan oleh pengkaji lain dalam isu yang dikaji. Pernyataan masalah tidak
akan dapat dinyatakan secara jelas jika penulis tidak membaca dan meneliti
keseluruhan perkembangan berkaitan dengan kajian yang ingin dijalankan
secara menyeluruh. Ia juga bergantung kepada pembacaan penulis daripada
kajian terkini yang perlu dikupas secara kritis. Di bahagian pernyataan masalah
ini juga, penulis perlu menyatakan jurang kajian. Menurut Othman (2013),
8
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

jurang kajian adalah aspek kajian yang masih belum dikaji sepenuhnya oleh
kajian terdahulu. Jurang kajian hanya boleh diperoleh daripada pembacaan
dalam jurnal utama yang dipilih berdasarkan bidang kajian yang ingin
dijalankan. Setelah jurang kajian diperoleh, penulis perlu menetapkan skop
dan fokus kajian yang ingin dijalankan. Maklumat-maklumat ini boleh ditulis
sebagai pernyataan masalah. Kajian dijalankan adalah bertujuan untuk mengisi
jurang dan seterusnya menyumbang kepada pengetahuan dalam bidang yang
dikaji. Penulis perlu mengetahui skop kajian terlebih dahulu dan seterusnya
penulis boleh meneroka jurang yang wujud dalam skop tersebut.

Contoh petikan yang menggambarkan wujudnya jurang kajian adalah seperti:

Contoh :
Petikan menggambarkan wujudnya jurang kajian

Terdapat banyak kajian yang dijalankan berkaitan…. Namun, kajian-kajian


ini tidak cukup menyediakan bukti empirikal tentang perlunya… Oleh itu,
kajian ini akan memfokuskan kepada …
atau
Walaupun terdapat banyak penyelidikan tentang….Namun, hanya segelintir
kajian menyentuh tentang … Oleh itu, kajian yang akan dijalankan ini akan
menekankan kepada …
atau
Walaupun banyak kajian dijalankan ke atas …. Namun, tiada kajian yang
menekankan tentang … Ini membuktikan perlunya kajian berkaitan …

Pengetahuan mengenai fakta sedia ada dan idea-idea mengenai perkara-


perkara yang berkaitan di dalam bidang yang hendak dikaji adalah penting bagi
penulis untuk mendapatkan masalah yang hendak dikaji. Sekiranya penulis
mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam tentang bidang yang hendak

9
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

dikaji, maka ia akan memudahkan penulis untuk mengetahui penyelidikan-


penyelidikan yang telah dijalankan dalam bidang itu dan pada masa yang sama
juga penulis dapat mengetahui masalah yang masih wujud dan boleh dikaji
atau juga dikenali sebagai jurang kajian seperti mana yang dibincangkan
sebelum ini. Menurut Mohd Majid (2000), terdapat beberapa sumber yang
boleh digunakan bagi mengenal pasti masalah, antaranya melalui pengalaman
seseorang, statistik atau laporan rasmi tentang sesuatu isu, perbincangan teori
terhadap sesuatu isu dan juga cadangan dari penyelidikan terdahulu. Oleh itu,
sumber-sumber tersebut boleh digunakan oleh penulis dalam mengenal pasti
sesuatu masalah.

Sebelum penulis memulakan penulisan tentang penyataan masalah, beberapa soalan


perlu dikemukakan:

Mengapa kajian ini perlu dijalankan? Adakah kajian ini mempunyai


kepentingan secara praktikal?

Bagaimanakah hasil kajian ini dapat menyumbang kepada ilmu baru dalam bidang
yang dikaji?

Rajah 1.3: Persoalan yang perlu dijawab oleh penulis sebelum menulis
pernyataan masalah.

Menurut Cheang (2016), pernyataan masalah bukan merujuk kepada masalah


yang dialami oleh penulis semasa menjalankan kajian sebaliknya merujuk
kepada sebab perlunya penyelidikan dilakukan. Untuk mendapatkan
pernyataan masalah dalam sesebuah penyelidikan, penulis perlu jelas sebab
dan sumbangan hasil kajian terhadap bidangnya dan pembangunan ilmu baru

10
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

yang dapat menyelesaikan isu yang ingin dikaji. Ramai yang keliru antara
pernyataan masalah dengan masalah yang timbul semasa kajian. Menurut
Miner (2003), pernyataan masalah merujuk kepada rasional untuk melakukan
sesuatu kajian.

Oleh itu, menurut Zairul Anuar dan Dayang Maryama (2016), terdapat tiga
perkara yang harus dipertimbangkan oleh penulis ketika menulis pada
bahagian pernyataan masalah iaitu:
1) Penulis harus menyatakan masalah dan konteks yang ingin dikaji. Bagi
mengukuhkan pernyataan masalah ini, petikan pendapat daripada individu
atau tokoh yang relevan dengan bidang yang dikaji harus dinyatakan.
2) Penulis perlu menyatakan pendekatan atau teori yang akan digunakan bagi
menyelesaikan masalah yang telah dikenal pasti.
3) Penulis perlu menyatakan potensi dan hasil penyelidikan yang dijangka
akan diperoleh.

11
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Contoh:
Pernyataan Masalah
Selain daripada kehilangan harta benda disebabkan bencana banjir yang
berlaku, mangsa banjir turut berhadapan dengan masalah kemurungan dan trauma
(Lindell & Prater, 2004; Taft et al., 2009; Walsh, 2007). Ini terbukti dari fakta yang
diperoleh daripada intervensi krisis dan sokongan psikologi yang dijalankan oleh
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) mendapati seramai 14, 995 orang
kanak-kanak serta 289 orang dewasa di kesan mengalami kemurungan dan trauma
kesan daripada kejadian bencana banjir di Kelantan pada Disember 2014 (Rohani,
2015). Malah banyak kajian terdahulu dari luar negara menyatakan impak fizikal
seperti kemusnahan, kehilangan dan kerosakan akibat bencana banjir telah
menyumbang kepada kesan tidak langsung seperti kesan psikologi, emosi dan sosial
kepada mangsa banjir (Acharya et al., 2006; Becker-Blease et al., 2010; Li et al.,
2010; Taft et al., 2009; Walsh, 2007). Begitu juga dengan kajian di dalam negara
yang mendapati timbul masalah psikologikal dan kesihatan mental kesan daripada
impak fizikal akibat banjir yang berlaku (Badiah et al., 2009; Mohd. Dahlan et al.,
2015; Norizan, 2016; Nur Saadah et al., 2015; Said, et al., 2013).

Walau bagaimanapun, menurut Norizan (2016) bantuan pengurusan emosi


masih bergantung sepenuhnya kepada kaunselor dan pegawai psikologi dan bukan
strategi tindakan yang positif dari mangsa banjir sendiri menyebabkan mangsa banjir
didapati lambat pulih daripada situasi krisis selepas banjir. Sungguhpun begitu,
tinjauan kajian terdahulu mendapati faktor resilien dikenal pasti dapat
mengurangkan komuniti daripada terdedah kepada masalah psikologikal sewaktu
berlakunya bencana (Maruzairi, Mohd Zawari & Wan Nor Arifin, 2015; Mohd
Dahlan et al., 2015; Nur Saadah et al. 2015; Rosnah et al., 2015; Salina et al., 2015;
Sagert, 1989; Schwarzer, Hahn & Schroder, 1994). Ini terbukti dengan beberapa
kajian terkini termasuk kajian yang dijalankan oleh Muzairi et al. (2015), mendapati
mangsa banjir yang lebih resilien akan mengalami kurang trauma. Walau
bagaimanapun, faktor yang boleh dikaitkan dengan resilien tidak boleh dijelaskan

12
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

secara terperinci melalui kajian kuantitatif sahaja dan kumpulan penyelidik


mencadangkan metodologi yang berbeza perlu dijalankan bagi mendapatkan
maklumat yang lebih terperinci.

Oleh itu, kajian yang yang dijalankan ini akan memfokuskan kepada kajian
kualitatif yang bertujuan untuk meneroka faktor-faktor yang mempengaruhi
resiliensi mangsa banjir di mana responden terdiri daripada mangsa banjir total loss
yang pastinya mempunyai permasalahan dan keperluan yang perlu difahami dan
diselami. Ini kerana kajian terdahulu membuktikan mangsa bencana yang
mengalami kemusnahan rumah selain kehilangan ahli keluarga adalah berpotensi
untuk mengalami post-traumatic stress disorder (PTSD) (Nolen-Hoeksema &
Morrow, 1991; Norris & Uhl, 1993). Di akhir kajian ini, diharapkan satu cadangan
model intervensi berasaskan pendekatan resiliensi bagi membantu mangsa banjir
mencapai kefungsian dan kesejahteraan fizikal dan psikososial selepas banjir dapat
dihasilkan.

13
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

1.4 Persoalan Kajian


Persoalan kajian memberi gambaran kepada pembaca tentang persoalan yang
ingin dijawab oleh penulis. Atau dengan bahasa mudahnya persoalan yang
memerlukan jawapan daripada kajian yang dijalankan. Ia juga masih berkait
dengan latar belakang kajian yang menimbulkan beberapa persoalan
berhubung masalah dan konteks kajian yang hendak dikaji. Persoalan kajian
perlu bersifat spesifik dan memberi fokus kepada sesuatu masalah yang ingin
dikaji oleh penulis. Berdasarkan persoalan kajian yang dibina, ia akan
memandu penulis untuk menentukan data yang perlu dikumpul dan kaedah
yang perlu digunakan untuk menjawab persoalan-persoalan tersebut. Menurut
Rohana (2004), persoalan kajian mempunyai peranan yang penting dalam
sesebuah penyelidikan, antaranya:
1) Memberi arah tujuan kepada kajian yang dilakukan kerana setiap persoalan
memerlukan jawapan dan setiap satu persoalan adalah perlu berkait antara
satu sama lain.
2) Membantu dalam menggariskan skop kajian dan menetapkan limitasi
kajian.
3) Memastikan penyelidik mempunyai fokus dan kembali merujuk kepada
persoalan kajian sekiranya tersasar.
4) Memberi kerangka semasa menulis laporan kerana ia akan disusun
mengikut persoalan kajian yang telah ditetapkan di awal penyelidikan.
5) Membantu dalam menulis objektif kajian.

Persoalan kajian memerlukan penulis menukar penyataan kepada bentuk


soalan dan setiap persoalan kajian perlu dijawab dan diselesaikan oleh penulis
di akhir penyelidikan yang dijalankan. Bentuk persoalan adalah seperti
“Apakah?” “Bagaimanakah” dan “Adakah?”

14
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Contoh:
Persoalan kajian

1. Apakah tahap kepuasan kerja?


2. Adakah terdapat hubungan antara motivasi dan kepuasan kerja?
atau
1. Apakah permasalahan yang dihadapi oleh mangsa banjir total loss di fasa
pemulihan selepas banjir?
2. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi resiliensi mangsa banjir total
loss untuk bangkit dan pulih selepas banjir?

1.5 Objektif Kajian


Objektif adalah tujuan khusus yang perlu dicapai bagi menyelesaikan masalah
kajian. Ia merupakan pernyataan tentang mengapa kajian dilakukan. Tanpa
objektif yang jelas, penulis mungkin akan kehilangan arah semasa
menjalankan penyelidikan. Objektif kajian juga perlu meliputi perkara-perkara
yang hendak dicapai atau dilaksanakan dalam projek kajian. Objektif kajian
yang baik hanya dapat dibina setelah penulis menjumpai jurang kajian yang
perlu diisi dengan pembentukan objektif kajian. Oleh itu, pembacaan yang
intensif dan ekstensif amat penting untuk menghasilkan pernyataan masalah
yang jelas dan seterusnya membina objektif kajian.

Objektif kajian penting kerana ia akan menjadi panduan dalam pelaksanaan


sesuatu penyelidikan yang dijalankan. Ia dijadikan sasaran dalam memandu
sebuah penyelidikan. Oleh itu, proses ke arah pencapaian matlamat tersebut
perlu jelas. Secara umumnya, objektif kajian perlu dinyatakan secara khusus,
bersifat spesifik, dapat diukur dan boleh dicapai melalui kajian yang akan

15
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

dijalankan. Penulis tidak digalakkan untuk menyenaraikan terlalu banyak


objektif kerana setiap penyelidikan yang dijalankan mempunyai limitasi dari
segi masa. Oleh itu, penetapan bilangan objektif perlu lah selaras dengan
kajian yang disasarkan.

Di akhir kajian yang dijalankan, penulis perlu merujuk kembali tajuk dan
pernyataan masalah. Objektif yang digariskan akan menjadi kayu ukur
kejayaan sesuatu penyelidikan yang telah dilaksanakan. Oleh itu, penulis perlu
memastikan ketiga-tiga elemen tersebut (tajuk, pernyataan masalah dan
objektif) perlulah selari antara satu sama lain agar dapatan yang diperoleh
menjawab kepada objektif yang disasarkan di awal kajian. Ringkasnya elemen
‘SMART’ perlu ada dalam objektif kajian dan ia diringkaskan seperti rajah 1.4
berikut:

S = Specific
(Khusus)

M = Measurable
(Boleh diukur)

Elemen Objektif
A = Achievable
(SMART) (Boleh dicapai)

R = Realistic
(Realistik)

T = Time-frame
(Tempoh masa)

Rajah 1.4: Elemen yang perlu ada dalam objektif kajian

16
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Penulis boleh menyatakan objektif kajian dengan membahagikan objektif


kepada dua iaitu objektif umum dan objektif khusus seperti berikut:

1.5.1 Objektif Umum

Adalah pernyataan tentang matlamat atau tujuan umum yang dapat memberi
gambaran tentang apa yang ingin dikaji oleh penulis. Ia bersifat umum dan
lebih menyeluruh di mana ia merangkumi kesemua objektif khusus yang
dinyatakan dalam satu atau dua ayat. Atau dengan kata lainnya, objektif
umum adalah tentang tajuk kajian yang hendak dikaji.

1.5.2 Objektif Khusus


Objektif khusus adalah objektif umum yang perlu dipecahkan kepada bahagian
yang lebih kecil. Ia bersifat lebih spesifik, jelas dan biasanya mempunyai lebih
dari satu objektif. Fungsi objektif khusus adalah untuk menyelesaikan masalah
yang dinyatakan dalam pernyataan masalah. Ia juga perlu dinyatakan secara
sistematik untuk menangani setiap persoalan kajian. Objektif khusus akan
memandu penulis untuk mendapatkan keputusan dan hasil kajian. Misalnya
jika penulis mempunyai tiga objektif khusus maka kajian akan mendapat tiga
penemuan bagi memenuhi objektif khusus tersebut.

17
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Contoh:

Berikut adalah objektif umum dan objektif khusus bagi kajian ini.

Objektif Umum

Objektif kajian ini secara umumnya adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap
kepuasan kerja dan hubungannya dengan prestasi kerja kakitangan di agensi XYZ.

Objektif Khusus

Objektif khusus bagi kajian ini adalah untuk:

1. Mengenal pasti perkaitan ciri demografi dengan tahap kepuasan kerja dan
prestasi kerja kakitangan agensi XYZ..

2. Mengukur hubungan faktor kepuasan kerja dengan prestasi kerja


kakitangan agensi XYZ..

atau

Objektif umum dan khusus bagi kajian ini adalah seperti berikut:

Objektif Umum

Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk memahami permasalahan yang dihadapi
oleh mangsa banjir di fasa pemulihan selepas banjir serta meneroka faktor-faktor
yang mempengaruhi mereka untuk bangkit dan pulih semula selepas bencana banjir.

Objektif Khusus

Objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh mangsa banjir di fasa


pemulihan selepas banjir.

2. Meneroka faktor-faktor yang mempengaruhi resiliensi mangsa banjir untuk


bangkit dan pulih selepas banjir.

18
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Penulisan objektif khusus bagi kajian kuantitatif

Dalam kajian kuantitatif, penulis perlu mengenal pasti pemboleh ubah yang
terlibat ketika membina objektif kajian. Pemboleh ubah perlu dikenal pasti
kerana penulis perlu membuat pengukuran. Misalnya objektif khusus yang
pertama dimulai dengan perkataan “mengenal pasti” (satu pemboleh ubah) dan
diikuti dengan objektif kedua iaitu “menguji” atau “mengukur” atau
“membandingkan” hubungan dua pemboleh ubah.

Contoh:
1.Mengenal pasti perkaitan ciri demografi dengan tahap kepuasan kerja dan
prestasi kerja kakitangan agensi XYZ.

2.Mengukur hubungan faktor kepuasan kerja dengan prestasi kerja


kakitangan agensi XYZ.

Penulisan objektif khusus bagi kajian kualitatif

Manakala dalam kajian kualitatif pula, walau pun tidak mempunyai pemboleh
ubah yang ingin diukur tapi pernyataan objektif perlu bersifat kepada sesuatu
yang boleh diukur seperti “mengkaji” atau “mengenal pasti” atau
“menganalisis” atau “meneroka”.

Contoh:
1.Mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh mangsa banjir di fasa
pemulihan selepas banjir.

2.Meneroka faktor-faktor yang mempengaruhi resiliensi mangsa banjir


untuk bangkit dan pulih selepas banjir.

19
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

1.6 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian memfokuskan kepada mengapa kajian yang dijalankan


penting. Di bahagian ini juga penulis boleh menjelaskan nilai kajian yang
akan dijalankan. Dalam bahagian ini pengkaji seharusnya menjelaskan
bagaimana kajiannya dapat memberikan sumbangan kepada pihak yang
berkepentingan (secara mikro, mezzo dan makro). Selain itu pengkaji juga
seharusnya menjelaskan bagaimana kajiannya dapat memberikan manfaat
kepada pelbagai peringkat mikro, mezzo dan makro.

1) Contoh kepentingan di peringkat makro:

Contoh:

Di dalam era globalisasi, isu kehamilan remaja sentiasa menjadi topik


perbincangan utama kerana bilangannya yang semakin bertambah dan juga
kesannya kepada remaja dari pelbagai aspek seperti persekolahan,
kesihatan, kesihatan mental dan masa hadapan.
atau
Kajian ini adalah fundamental kepada kajian yang ….
atau
Kajian ini penting bagi memartabatkan…

20
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

2. Contoh kepentingan kajian terhadap bidang

Contoh:
Penyelidikan terhadap kehamilan dalam kalangan remaja sentiasa berevolusi atas
keprihatinan pengkaji sosial terhadap kesejahteraan remaja yang menjadi ibu
dalam usia yang muda.
atau
Isu kehamilan tanpa nikah bukan sahaja membimbangkan kepada ibu bapa
malahan ianya turut mendapat perhatian media perdana dan pemimpin negara.

Contoh C

3. Contoh kepentingan kajian berasaskan masalah

Contoh:
Sebagaimana yang diperjelaskan di bahagian sebelum ini, literatur kajian berkaitan
ibu tanpa nikah banyak berkisar kepada isu perundangan, moral dan norma
masyarakat. Walau bagaimanapun, masih sedikit kajian sedia ada yang mengkaji
apakah isu utama ibu tanpa nikah dari perspektif mereka, bagaimanakah ibu tanpa
nikah melihat situasi mereka sebagai ibu tanpa suami dan memiliki anak tidak sah
taraf. Justeru kajian yang akan dilakukan ini tepat pada masanya dalam memberikan
perspektif yang lebih segar dan menyeluruh dalam kaedah menyantuni ibu tanpa
nikah.
atau
Kajian seumpama ini adalah yang pertama kalinya sepanjang pengetahuan penulis

atau
Kepentingan dan novelti kajian ini adalah kerana kajian ini akan mengambil kira
beberapa aspek yang kurang diberikan perhatian oleh pengkaji terdahulu.

21
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Secara umumnya penulis boleh memperjelaskan kepentingan kajian


berdasarkan kepada peringkat mikro – peringkat individu, orang
perseorangan; peringkat mezzo – peringkat keluarga, masyarakat; dan
peringkat makro – peringkat polisi, perundangan, budaya, adat resam.

Contoh aspek mikro, mezzo dan makro kajian.

Mikro

Mezzo

Makro

Adaptasi dari Saim (2013)

1.7 Skop Kajian

Di peringkat ini, kebiasaannya penulis telah mempunyai idea berkaitan


kajiannya dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kajian tersebut. Penulis
seharusnya jelas kajiannya mencakupi daripada aspek yang bagaimana. Di
bahagian ini, penulis perlu menjelaskan apakah ruang lingkup kajiannya.

22
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Contoh:
Penulis sedar topik kajian merupakan isu yang sensitif dalam konteks
Malaysia. Topik kajian ibu tanpa nikah pastinya mengundang pelbagai
persoalan - bagaimana mereka melalui kehidupan dalam keadaan mereka
muda, dan hamil tanpa suami. Kajian ini akan hanya memfokuskan kepada
pengalaman seharian ibu tanpa nikah ketika di rumah perlindungan.

Limitasi Kajian

Contoh:
Limitasi kajian

Penulis sedar topik kajian ibu tanpa nikah berkait rapat dengan isu anak
tidak sah taraf, walaubagaimanapun ianya tidak menjadi skop kajian kerana
limitasi skop kajian dan masa.
atau
Oleh kerana kekangan dari segi tenaga dan masa, justeru kajian ini tidak
akan mengkaji aspek hubungan ibu tanpa nikah dan anak tidak sah taraf.
atau
Oleh kerana kekangan dari segi tenaga dan masa, justeru kajian ini tidak
dapat menyediakan maklumat yang komprehensif berkaitan anak tidak sah
taraf.
atau
Walaupun penulis sedar akan kepentingan kajian anak tidak sah taraf tetapi
limitasi perlu dibentuk untuk mengelakkan skop kajian terlalu besar untuk
dikaji.

23
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

1.8 Definisi Konseptual dan Operasional

Bahagian ini memberikan penulis idea bagaimana pembentukan definisi


konseptual dan operasional dalam kajian ditulis.

1) Definisi Konseptual

Definisi konseptual dan operasional adalah bertujuan untuk memberikan


penjelasan berkaitan variabel yang akan dikaji di dalam kajian. Secara amnya
definisi konsep dihasilkan berdasarkan sorotan literatur. Definisi ini boleh
diperoleh dari pelbagai sumber rujukan dan kajian lepas ataupun daripada
teori. Penjelasan definisi konseptual ini boleh dinyatakan maknanya secara
langsung, aplikasi atau pendefinisian yang pelbagai.

24
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Contoh:
Definisi Konseptual
Remaja
World Health Organization (WHO) mentakrifkan remaja adalah tahap
perkembangan anak-anak menuju ke tahap dewasa, yang bukan sahaja merujuk
kepada perspektif perkembangan biologi malah termasuk perkembangan
psikososial dan status sosioekonomi (WHO 2003). Menurut Muhd, Mansur dan Siti
Nordinar (1988), remaja merupakan satu jangka masa yang sangat mencabar dalam
perkembangan seseorang manakala remaja adalah individu yang berkembang dari
masa kanak-kanak menuju kedewasaan (Neufeldt & Guralnik, 1996).

Menurut Rumini, Sri dan Sundari (2004) zaman remaja adalah peralihan dari zaman
kanak-kanak dengan zaman dewasa yang mengalami perkembangan semua aspek
untuk memasuki alam kedewasaan. Zaman remaja berumur di antara 12 tahun
sehingga 21 tahun bagi perempuan dan 13 tahun sehingga 22 tahun bagi lelaki.
Manakala menurut Zakiah (1990) remaja adalah peralihan di antara zaman kanak-
kanak dan dewasa. Dalam masa ini kanak-kanak mengalami zaman pertumbuhan
dan zaman perkembangan fizikal mahupun perkembangan fikirannya. Menurut
Santrock (2003), bahawa remaja bermaksud zaman perubahan perkembangan
antara zaman kanak-kanak dan zaman dewasa yang merangkumi perubahan biologi,
sosial dan emosi.
Diolah dari Kajian Gejala Sosial dalam Kalangan Remaja di
Daerah Sentul oleh Nurul Aina Syafiqah Mohd Supi (2018)
Latihan Ilmiah.
atau
Istilah remaja lebih sinonim dengan adolescence bererti masa remaja. Istilah ini
diambil daripada perkataan Latin adolescere. Menurut istilah ini zaman remaja
didefinisikan sebagai suatu proses yang berubah secara beransur-ansur kepada
proses kematangan dari aspek fizikal, biologi, emosi, dan kognitif.

25
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Setelah penulis jelas dengan definisi pemboleh ubah secara konseptual,


barulah definisi pemboleh ubah secara operasional dapat dibina.

2) Definisi Operasional
Definisi operasional menjelaskan cara yang spesifik bagaimana variabel akan
dikaji di dalam kajian. Definisi operasional juga merujuk kepada
pendefinisian yang dipilih oleh pengkaji dalam kajiannya berdasarkan
definisi variabel berdasarkan sorotan literatur. Berkemungkinan kajian lain
telah mengukur variabel yang sama tetapi dengan cara berbeza. Justeru di
bahagian inilah pengkaji berpeluang menjelaskan kepada pembaca
bagaimana pemboleh ubah yang akan dikaji berbeza kaedah pengukuran nya.

Contoh:
Definisi Operasional
Berdasarkan definisi operational, remaja pula merupakan remaja yang
sudah melalui proses baligh di mana sudah boleh berfikir secara logik yang
mana benar dan salah yang berumur di dalam lingkungan 13 hingga 21
tahun. Oleh itu, kajian ini akan memfokuskan kepada remaja yang berumur
dalam lingkungan 13 sehingga 21 tahun sahaja.

Diolah dari Kajian Gejala Sosial dalam Kalangan Remaja di


Daerah Sentul oleh Nurul Aina Syafiqah Mohd Supi (2018)
Latihan Ilmiah.
atau
Di dalam kajian ini, remaja didefinisikan sebagai….
atau
Di dalam kajian ini, istilah remaja dan kanak-kanak akan digunakan bagi
merujuk remaja yang berusia di bawah 18 tahun.

26
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Sekiranya istilah yang digunakan sukar untuk didefinisikan, penulis boleh


menjelaskan kesukaran dalam pendefinisian tersebut.

Contoh:

Pendefinisian istilah X masih menjadi perdebatan dalam kalangan


pengkaji. Sebagai contohnya Smith (2011) mendefinisikan X sebagai….
Manakala Saim (2009) mendefinisikan X sebagai…. Justeru masih tiada
pendefinisian X yang diterima secara umumnya.
atau
Walaupun kepelbagaian pendefinisian istilah X dilihat pelbagai, majoriti
pengkaji berpendapat X adalah…..
atau
Walaupun kepelbagaian pendefinisian istilah X dilihat pelbagai, pengkaji
bidang kerja sosial seperti Saim (2013) berpendapat X adalah…..

1.9 Rumusan Bab

Di akhir setiap bab, penulis perlu merumuskan penulisan dengan menyatakan


secara umum dan ringkas kandungan yang telah dibincangkan oleh penulis
dalam bab tersebut. Ia meliputi semua elemen-elemen yang dibincangkan
dalam Bab (1) Pendahuluan. Penulisan bahagian sub topik rumusan bab ini
perlu diulangi pada akhir setiap bab yang berikutnya. Contoh penulisan dalam
bab sub topik rumusan bab ini adalah seperti berikut.

27
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Contoh:
Rumusan Bab
Bab ini telah menjelaskan pengenalan dan latar belakang kajian serta
pernyataan masalah yang dikaji. Selain itu, bab ini juga membincangkan
pembinaan persoalan dan objektif kajian. Seterusnya bab ini juga telah
membincangkan bagaimana penulis boleh menjelaskan kepentingan kajian,
skop kajian serta mendefinisikan istilah yang digunakan dalam kajian
secara konseptual dan operational.

28
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Rujukan

Cheang, S. C. 2016. Asas kepada penulisan kertas cadangan (proposal) penyelidikan


kualitatif. Dlm. Saidatul Nornis Mahali & Cheang, S.C. (pnyt.). Asas Penulisan
Tesis, hlm.33-50. Kota Kinabalu, Sabah: Penerbit Universtiti Malaysia Sabah.
Mohd Majid Konting. 2000. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Miner, Lynn E. & Miner, Jeremy, T. 2003. Proposal Planning and Writing.
Greenwood Press: Westport, CT.
Nurul Aina Syafiqah Mohd Supi. 2018. Kajian Gejala Sosial dalam Kalangan
Remaja Daerah Sentul. Latihan ilmiah prasiswazah. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Othman Talib. 2013. Asas Penulisan Tesis Penyelidikan & Statsistik. Serdang,
Selangor: Penerbit Universiti Putera Malaysia.
Rohana Yusof. 2004. Penyelidikan Sains Sosial. Pahang: PTS Publications &
Distributers Sdn. Bhd.
Saim, N.J. 2013. Social support, coping, resilience and mental health in
Malaysian unwed young pregnant women and young mothers: Their experiences
while living in a shelter home. Doctoral thesis. Department of Social Work,
Faculty of Social Sciences, Umeå University, Sweden.
Zairul Anuar Md Dawam & Dayang Maryama Awang Daud. 2016. Teknik penulisan
pengenalan dalam penyediaan ketas cadangan penyelidikan. Dlm. Saidatul
Nornis Mahali & Cheang, S.C. (pnyt.). Asas Penulisan Tesis, hlm.51-66. Kota
Kinabalu, Sabah: Penerbit Universtiti Malaysia Sabah.

29
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

BAB 2
SOROTAN LITERATUR
Khadijah Alavi

2.0 Pengenalan
Sorotan literatur dalam menulis tesis dan disertasi bukan tugas yang mudah. Penulis
memerlukan kemampuan membuat perancangan, pemetaan sorotan literatur dalam
bidang tujahan, ketelitian (meticulous) melihat hubungan antara pelbagai data, kajian-
kajian lepas dalam bidang dan akhirnya yang paling utama ialah seseorang penulis perlu
ada imajinasi minda. Imajinasi minda dalam sorotan literatur boleh menentukan hasil
penyelidikan bermanfaat, relevan, keaslian dan novelty bagi keseluruhan penulisan tesis
atau disertasi. Ciri-ciri sorotan literatur berkesan adalah literatur yang tersusun dan
mempunyai perkaitan antara satu konsep dengan konsep yang lain; penilaian literatur
yang mengikut turutan penulisan kritis dan kreatif; mengenalpasti tren dan corak literatur
mengikut kronologi dan setiap penulisan perlu literatur sintesis bagi menampilkan
penulisan akademik berkualiti. Penulisan akademik berkualiti dalam sorotan literatur
berpandukan kepada definisi operasional sehingga menampilkan ringkasan pelbagai
kajian lepas dalam bentuk penceritaan ilmiah terhadap fenomena kajian.

2.1 Tujuan Sorotan Literatur


Sorotan literatur bertujuan untuk menghuraikan pengetahuan, konsep, teori yang
berhubungkait dengan penyelidikan yang belum diteroka, kurang difahami atau
diabaikan. Dalam penulisan tesis dan disertasi terdapat beberapa tujuan sorotan literatur
(Kiteley & Stogdon, 2014; Jesson et al. 2011; Fink 2005 dan Hart 1998) seperti berikut:
a. Memberi gambaran keseluruhan sumber mengenai topik yang dikaji bagi
menghuraikan kepada pembaca mengenai kesesuaian topik penyelidikan dalam
bidang pengajian yang lebih meluas.
b. Memaparkan perkembangan sorotan literatur secara kronologi (urutan masa)
fokus penyelidikan.

30
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

c. Merumuskan pengetahuan dalam sesuatu bidang dan menggabungkan pelbagai


keputusan kajian lepas bagi menyakinkan kepentingan penyelidikan yang hendak
dikaji.
d. Mengemukakan satu penambahan korpus ilmu dengan mencadangkan idea baru
melalui teori, dasar dan praktis kerja sosial.
e. Mengenalpasti jurang atau percanggahan dengan menganalisis sorotan literatur
terdahulu untuk membentuk satu tajuk baru dalam penulisan tesis atau disertasi.
f. Mengenalpasti kaedah, pendekatan dan teknik pengumpulan data yang telah
dijalankan oleh pengkaji lain.
g. Meneroka idea, kesimpulan, cadangan teori dan metodologi melalui persamaan
dan perbezaan dalam persembahan sorotan literatur secara penilaian kritikal.
h. Mengemukakan konteks dan fokus penyelidikan yang akan dijalankan.

Pengkaji boleh menghasilkan sorotan literatur yang berkesan apabila mampu untuk
menjawab beberapa persoalan berikut:

Apakah idea, konsep,


Apakah sumber teori dan praktis?
maklumat yang utama?
Apakah epistimologi, ontologi
dan metodologi yang
Apakah isu utama dan Pencarian mendasari disiplin
perdebatan topik kajian sorotan penyelidikan anda?
anda? literatur
berpadukan Apakah persoalan utama dan
persoalan permasalahan terkini yang
Apakah dasar atau polisi dan objektif telah anda kenalpasti ?
yang berkaitan topik kajian
kajian? Apakah pengetahuan
dalam topik penyelidikan
Apakah takrif dan definisi anda di struktur dan di
topik kajian anda? organisasikan?

Bagaimanakah persoalan ini mampu dijawab sehingga meningkatkan pemahaman dan


pengetahuan bagi mengklasifikasikan kecakupan sorotan literatur mengikut persoalan
dan objektif penyelidikan yang bakal anda jalankan?

Rajah 1: Membuat sorotan literatur berkesanSumber: Adaptasi Kiteley & Stogdon,


2014; Jesson et al. 2011; Fink 2005 dan Hart 1998

31
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Rajah 1 memaparkan beberapa persoalan yang perlu dijawab untuk mencapai pencarian
sorotan literatur yang berkesan. Diakhir pencarian sorotan literatur penulis mampu
menjawab kecakupan persoalan dan objektif sesuatu penyelidikan yang hendak
dijalankan. Tips apabila melakukan sorotan literatur adalah pencarian teori yang sesuai
dengan fokus kajian anda; bagaimana penyelidikan terdahulu (metode dan kaedah kajian)
dilakukan dan apakah jurang kajian lepas (berkaitan tajuk, persoalan kajian,
permasalahan kajian, metodologi dan teknik analisis data) yang anda ingin mencari bagi
memenuhi keaslian dan novelty dalam merangka tesis atau disertasi anda.

2.2 Pengurusan Data Sorotan Literatur


Memulakan penulisan merupakan satu perkara bukan mudah tetapi terdapat beberapa
cara untuk membantu pelajar memulakan penulisan sorotan literatur dalam tesis dan
disertasi. Menurut Hart (1998) mendapati bahawa dalam tahap menulis sorotan literatur
mempunyai tiga tahap penting iaitu, input, proses dan output.

2. PROSES

i. Pengetahuan sorotan literatur


ii. Pemahaman tentang sorotan
1. INPUT literatur 3. OUTPUT
iii. Perlaksanaan
iv. Analisis
v. Sintesis
vi. Penilaian
Kualiti Input Menulis deraf tesis:
• mampu
(sumber
mengukur
pencarian • mentafsir
maklumat) • hasil jangka
pendek dan
jangka panjang

Rajah 4: Tahap Penulisan Sorotan Literatur


Sumber: Hart 1998

32
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

a) Input ( Sumber dan Alat Pencarian Maklumat)


Pencarian sumber maklumat untuk sorotan literatur melalui dua cara iaitu alat pencarian
maklumat dan sumber maklumat. Pertama, alat pencarian maklumat merangkumi
pencarian perpustakaan, online database, katalog perpustakaan, laman sesawang
(internet), END NOTE, mendeley, BibMe (sistem pengurusan rujukan APA, MLA atau
Chicago) dan MindMup (online mind mapping canvas). Terdapat pelbagai alat pencarian
sumber maklumat secara percuma bagi memudahkan penulisan tesis dan disertasi.
Kemahiran dalam penggunaan Microsoft Word, Excel, SPSS, Atlas Ti dan sebagainya
bagi memudahkan pelajar mengedit tesis dan penyimpanan rekod penambahbaikan tesis.

Kedua, sumber maklumat ialah jurnal yang berimpak tinggi dibawah ISI WoK; Scopus
dan disiplin specifik (sains sosial, perubatan, kejururawatan dan sebagainya).
Kebolehpercayaan sumber maklumat terdiri daripada buku dan jurnal ilmiah berkualiti,
laporan kerajaan, laporan kewangan, laporan perangkaan, bahan arkib, tesis dan disertasi
yang terdahulu serta lain-lain jenis sumber maklumat yang sesuai merupakan data
sekunder bagi penulisan tesis dan disertasi.
b) Proses Sorotan Literatur
Memproses sorotan literatur terdiri daripada beberapa perkara iaitu pengetahuan dan
pemahaman tentang fokus kajian; perlaksanaan; analisis; sintesis dan penilaian.
Pengetahuan dan pemahaman sorotan literatur bergantung kepada kecakupan sesuatu isu
dan permasalahan yang ingin dikaji oleh penulis. Ianya sangat bergantung kepada
persoalan dan objektif kajian yang telah ditetapkan. Perlaksanaan dalam proses penulisan
sorotan literatur pula dimulakan dengan mengenalpasti konsep, topik dan subtopik yang
bersesuaian dengan fokus persoalan kajian dengan membuat pemetaan setiap kategori
tersebut. Diperingkat analisis data, penulis perlu memahami hipotesis, model yang akan
digunakan bagi menghuraikan perbezaan dan persamaan antara literatur. Dalam
peringkat ini penulis perlu mencari jurang kajian atau kekurangan kajian lepas.

Apa itu jurang kajian dalam penulisan sorotan literatur? Apakah perbezaan jurang kajian
(research gap) atau jurang pengetahuan (knowledge gap)? Dalam penulisan tesis, pelajar
perlu memberi sumbangan baru kepada korpus ilmu atau mengisi jurang untuk

33
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

pengetahuan sedia ada (filling knowledge gap or research gap). Bagi membantu pelajar
mengenalpasti jurang kajian adalah melalui hipotesis di mana pelajar akan
mengembangkan ilmu pengetahuan, metodologi dan cadangan praktis kerja sosial dalam
bidang tujahan masing-masing. Pada tahap mencari jurang kajian pelajar perlu sintesis
dan analisis sumber rujukan, mengeluarkan sesuatu konsep atau paradigma baru daripada
sorotan literatur terdahulu dengan mengenalpasti isu dan masalah yang belum dikaji, idea
baru, permasalahan daripada model atau rekabentuk kajian lepas dan memperincikan
kesimpulan dan cadangan (Hart 1998).

c) Output Sorotan Literatur


Proses penulisan output sorotan literatur merupakan tugas yang paling sukar terutama
menghasilkan penulisan akademik berkualiti tinggi. Biasanya deraf seterusnya lebih
mudah daripada deraf pertama. Penulisan sorotan literatur perlu dalam bentuk sebuah
penceritaan yang berbentuk sistematik. Penulisan sistematik ialah mudah difahami,
bahasa yang tepat, menarik dan tersusun sebagai sebuah penceritaan bagi merungkaikan
isu atau permasalahan tujahan kajian. Penulisan sorotan literatur perlu
mempertimbangkan konsep-konsep yang dibincangkan boleh empirik (boleh diukur);
mudah untuk ditafsirkan dan mempunyai implikasi jangka pendek dan jangka panjang.
Pelajar perlu menjadikan proses penulisan tesis dan disertasi sebagai aktiviti harian
dimana satu muka surat atau 350 perkataan setiap hari. Menurut Vijay dan Bujang (2011)
penyelia perlu mengalakkan pelajar pascasiswazah untuk menulis 500 hingga 1000
perkataan satu hari. Pelajar juga perlu mengelak daripada sikap menulis selepas
menjalankan pengumpulan data atau semasa menganalisis data. Terdapat empat (4)
prinsip utama dalam menghasilkan output dalam penulisan sorotan literatur iaitu i)
pembelajaran berlaku melalui proses penulisan; ii) kualiti terhasil melalui ulangkaji
(revision); iii) kefasihan penggunaan bahasa melalui kebiasaan amalan penulisan dan iv)
menjadikan penulisan sebagai tabiat.

Walaubagaimanapun, semua calon pascasiswazah ditahap permulaan akan mengalami


perasaan di mana kalimat yang ditulis itu cetek, kosong, tidak bermakna, tidak
mendalam, tidak dapat menyampai maklumat yang tepat. Maka timbul perasaan tidak

34
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

puashati, kecewa dan gagal yang membawa kepada pelarian, melemahkan semangat, rasa
tidak berdaya untuk meneruskan penulisan tesis atau disertasi. Menurut Salleh dan Zuriah
(2010) emosi negatif dalam kalangan pelajar pascasiswazah seperti risau, bimbang, takut,
curiga, rendah diri, tidak berkeyakinan menjadi penghalang untuk mengambil risiko
melanjutkan keinginan untuk menulis tesis terutama bab sorotan literatur.

Pelajar perlu memastikan bahawa rujukan dalam sorotan literatur terbahagi kepada tiga
bahagian iaitu sumber sejarah, sumber kontemporari dan sumber terkini. Sumber sejarah
dalam bidang tujahan penyelidikan pelajar yang menghuraikan sesuatu peristiwa atau
rentetan definasi teori lama (grand theory) misalnya teori-teori psikologi dan sosiologi.
Sumber kontemporari ialah rangkuman rujukan dan kajian lepas dalam tempoh 10 tahun
kebelakang yang membincangkan isu dan fenomena kajian lepas berkaitan tujahan
penyelidikan pelajar. Pelajar juga perlu memastikan kajian terdahulu dalam tempoh 5
tahun kebelakang juga perlu diambil kira dalam penulisan sorotan literatur.

2.3 Penulisan Rangka Sorotan Literatur


Rangka sorotan literatur dalam penulisan ilmiah mempunyai struktur penulisan yang
sama dalam semua bidang sains sosial. Ianya terdiri daripada tiga bahagian iaitu
pengenalan, isi penting dan rumusan. Rajah 2 memperincikan penulisan rangka sorotan
literatur bagi pelajar merangka penulisan sorotan literatur.

35
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Semua bentuk penulisan ilmiah


mempunyai struktur penulisan yang
hampir sama

PENGENALAN

ISI PENTING

RUMUSAN

Menulis rangka sorotan literatur

Rajah 2: Penulisan Rangka Sorotan Literatur

(a) Pengenalan
Dalam bab sorotan literatur, bahagian pengenalan membincangkan fokus kajian dan idea
utama dalam sesuatu permasalahan yang dijalankan. Pengenalan amat penting untuk
menarik minat pembaca untuk memahami fokus penyelidikan. Ianya menyediakan latar
belakang atau kronologi isu, permasalahan kajian dan pengkaji perlu membincangkan
perbezaan dan persamaan yang menimbulkan persoalan berpandukan kajian lepas
sehingga menarik minat pembaca keseluruhan penulisan. Pengkaji juga boleh
memperincikan justifikasi mengapa dan bagaimana kajian ini akan dijalankan
berpandukan kepada perangkaan terkini, laporan kementerian, laporan kewangan dan
pelbagai data yang berwibawa.

(b) Isi penting dalam penulisan ilmiah


Penulisan memerlukan banyak fakta, pembuktian dan sumber maklumat dalam
mengklasifikasikan sebagai penulisan akademik. Pelajar sering bertanya soalan berapa
banyak maklumat yang diperlukan dalam sorotan literatur? Berapa muka surat
mencukupi untuk menulis sorotan literatur? Berapa teori yang diperlukan untuk
mencakupi sorotan literatur dan sebagainya. Justeru, kecukupan perdebatan sorotan

36
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

literatur tidak ada salah betul tetapi ianya bergantung kepada naluri pengkaji memberi
maklumat terperinci dengan pembuktian berbentuk statistik, petikan, carta dan rajah.
Perdebatan sumber maklumat daripada penulis terdahulu perlu dibahas dengan
menyokong idea atau menolak idea, konsep dan teori tersebut. Setiap perbahasan perlu
ada justifikasi kenapa menyokong atau menolak idea penulis terdahulu. Penulisan perlu
ada suara dalam membahas penemuan dan pendapat orang lain. Pembuktian sumber
rujukan amat penting kerana 90% maklumat dalam bab sorotan literatur yang
dikemukakan adalah sumbangan kesarjanaan orang lain. Maka cara membuat petikan
mesti tepat, transparen dalam memanfaatkan pendapat orang lain dan hormati hak
intelektual.

Sivachandralingam (1999) setiap perenggan perlu ada tiga perkara iaitu penonjolan idea
utama, urutan idea dan berakir dengan kesatuan idea. Dalam mengemukakan penonjolan
idea utama adalah perlu menggunakan ayat penyambung. Misalnya justeru, manakala,
sebaliknya, walau bagaimanapun, tetapi, selari dengan, sehubungan dengan itu dan
sebagainya. Penggunaan kata penghubung bagi memastikan kelancaran idea dalam
penulisan ilmiah dan memberi penekanan membahaskan maklumat kepada pembaca.
Sehubungan dengan itua, penulisan ilmiah mesti utuh daripada segi isi, struktur,
persembahan, analisis kandungan dan penggunaan gaya bahasa. Bahagian tubuh bab
sorotan literatur mempunyai perkaitan dengan argumentasi hujah. Penulis perlu
mengemukakan hujah dan perbahasan sesuatu permasalah kajian yang akan
menyakinkan pembaca. Penguasaan perbendaharaan kata dan gaya bahasa yang kemas,
teratur, berkesan dan mengikut keutamaan berdasarkan persoalan dan objektif kajian
Sivachandralingam (1999).

Gaya penulisan ilmiah perlu padat, tepat, analitikal, tidak berulang, lancar dan
bersinambung. Perkara yang perlu dielak ialah kerat dan tampal (copy and paste) serta
ayat atau perenggan yang melompat-lompat. Tips pertama melancarkan penulisan gaya
penulisan ilmiah adalah membaca dengan mengeluarkan suara sehingga tidak tersekat-
sekat atau terhenti semasa membaca ayat atau perenggan yang telah ditulis. Tips kedua
ialah memberi pembaca kedua untuk mengenalpasti kelancaran penulisan ayat dan

37
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

perenggan. Perbahasan mesti dianalisis dan memberi makna kepada setiap jadual atau
rajah yang dikemukakan dalam tesis atau disertasi. Ambil berat tentang penggunaan
bahasa kerana menulis adalah satu seni kreatif dan juga menambah kuantiti dan kualiti
korpus ilmu sains. Menyulam ayat penghubung adalah seni dan memberi pembuktian
logik berasaskan rujukan adalah sains. Sorotan literatur merupakan gabungan seni dan
sains dalam penulisan akademik.

(c) Rumusan bab


Bahagian rumusan dalam sorotan literatur perlu merangkumkan semua perbahasan yang
telah dikemukakan dalam bahagian pengenalan dan isi penting (badan). Ukuran
perenggan memadai dengan satu atau dua perenggan. Anggaran jumlah perkataan ialah
sebanyak 50 hingga 100 patah perkataan untuk penulisan rumusan setiap bab dalam tesis
dan disertasi. Senarai semak untuk bahagian rumusan adalah mengemukakan jurang
kajian, bagaimana kajian terdahulu mencetuskan idea penyelidikan sekarang dan
pemilihan metodologi. Rumusan juga perlu menerangkan secara ringkas perlaksanaan
teori dan amalan serta implikasi penyelidikan masa depan.

2.4 Penggunaan Konsep, Hipotesis, Teori Dan Model


Teori ditakrifkan daripada pelbagai aspek dan pandangan para penyelidik. Teori
merupakan serangkai andaian, konsep, konstruk, takrifan dan proposisi untuk
menerangkan sesuatu fenomena atau gejala sosial secara sistematis dengan
memperincikan hubungan antara pembolehubah bagi menjelaskan dan meramalkan
fenomena yang dikaji. Menurut Garrison (2000) teori merupakan satu penyusunan idea,
konsep dan model secara koheren dan sistematik bagi tujuan membina makna untuk
menjelaskan, mentafsirkan dan mencorakkan amalan. Teori membekalkan persepktif
yang dapat mengurangkan kerumitan dalam menjelaskan fenomena yang kompleks dan
pada masa yang sama, mencadangkan generalisasi. Himpunan pengetahuan yang
disebutkan sebagai satu teori ialah satu set pernyataan yang telah disusun dan diolah bagi
tujuan memahami fenomena dan memandu pengkaji kepada praktis atau amalan.

38
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Kebergunaan suatu teori berkait secara langsung dengan kebolehan teori tersebut untuk
memandu penyelidikan dan amalan praktikal dalam disiplin ilmu yang tertentu. Nik Aziz
(2003) mendapati bahawa kebergunaan teori dapat membantu penyelidik mengenal pasti
pembolehubah-pembolehubah (variabel) yang signifikan, menggabungkan pelbagai hasil
penyelidikan untuk membentuk satu himpunan pengetahuan yang padu, saling berkait
dan mengenalpasti gejala sosial yang relevan untuk kajian lanjutan. Tanpa teori yang
signifikan, keberangkalian memandu penyelidik untuk memperoleh hasil kajian
berkualiti adalah amat rendah.

Kedudukan perbahasan teori dalam bab sorotan literatur adalah kerana penyelidik perlu
melakukan penelaahan bahan bacaan perpustakaan sebanyak 70% penggunaan masa
untuk membaca dan merumus teori-teori yang dikenalpasti. Maka data sekunder daripada
sumber bacaan merupakan tunjang kepada penulisan bab sorotan literatur. Pembentukan
suatu teori pada awalnya berpandukan kepada sumber rujukan daripada teori-teori
penyelidik terdahulu. Menurut Manase (1985) terdapat dua cara pembentukan teori iaitu
induksi dan deduksi. Cara induksi ialah proses penarikan kesimpulan secara umum
daripada sejumlah fenomena sosial khusus. Bermula dengan fenomena khusus yang
akhirnya disimpulkan secara umum. Cara deduksi pula ialah penurunan kesimpulan
fenomena umum kepada lebih khusus.

Penggunaan teori dalam tesis dan disertasi bermula pada bab 1 bagi membimbing pelajar
membincangkan permasalahan kajian; bab 2 membantu pelajar membincangkan kata
kunci yang diperolehi daripada objektif yang disusun melalui 3 hingga 5 patah perkataan
dalam konsep dan operasional yang dihuraikan lebih terperinci dalam bab sorotan
literatur; bab 3 pula memandu pelajar semak metod yang digunakan dalam pembentukan
teori yang telah dibina oleh penyelidik terdahulu; bab 4 dan 5 hasil kajian dan
perbincangan mengaitkan penemuan hasil penyelidikan dengan kajian-kajian terdahulu
dan akhirnya bab 6 memperincikan teori terdahulu, mencadangkan teori baru dan
membina kerangka metodologi bagi penyelidik akan datang. Perbahasan teori bukan
sahaja dalam bab sorotan literatur tetapi mencakupi keseluruhan tesis atau disertasi
pelajar.

39
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Kebanyakan pelajar menggunakan teori yang umum berasal daripada pelbagai sumber
disiplin dan bidang. Antara disiplin dan bidang yang digunakan dalam membincangkan
teori kerja sosial ialah sosiologi, psikologi, gerontologi, ekonomi dan sebagainya.
Perbahasan bab ini ingin membimbing pelajar kerja sosial menggunakan teori dengan
lebih tepat dan jitu. Menurut Carolyn et al. (2014) mendapati bahawa dua istilah yang
kerap digunakan dalam profesi kerja sosial ialah teori tingkah laku manusia dalam
persekitaran sosial (human behavior in the social environment [HBSE]) dan pelbagai
teori praktis kerja sosial. Teori HBSE dalam kerja sosial mefokuskan kepada timbal-balik
antara individu dan persekitaran sosial. Diperingkat makro merangkumi perkembangan
manusia sepanjang hayat yang mengabungkan teori-teori besar (grand theory) dengan
pendekatan psikodinamik, ketaksamaan sosial dan sebagainya. Penggunaan gabungan
teori ini dapat membantu pekerja sosial memahami isu sosial klien dan persekitaran
dengan lebih komprehensif terutama dalam mengenalpasti permasalahan kajian sehingga
perancangan rawatan sosial. Sebaliknya, penggunaan teori dalam praktis kerja sosial
boleh membantu klien untuk membimbing kekuatan dan kemampuan strategi daya tindak
bagi mencari sumber daya tindak dalam membina kesesuaian antara persekitaran fizikal,
sosial dan emosi. Formula yang digunakan ialah seperti berikut:
 Lewin Kurt (1951) iaitu person-environment interaction dalam bentuk persamaan
B=f (P, E).
o B (tingkah laku)/ Behavior adalah fungsi manusia
o f (fungsi)/fungsional
o P (person) dan E (persekitaran)/Environment.

Hubungan antara individu, sosial dan persekitaran membentuk personaliti seseorang.


Maka pengaruh luaran amat perlu bagi membentuk penyesuaian antara individu dan
persekitaran. Dalam mengaplikasikan praktis kerja sosial memerlukan analisis kritiakal
bagi memandu pekerja sosial mengkaji sistem sosial, diagnosis dan merancang intervensi
yang sesuai bagi klien. Selepas meninjau sorotan literatur, jelas menunjukkan bahawa
garis pemisah antara teori HBSE dan teori praktis agak kabur dalam mengaplikasikan
penulisan tesis atau disertasi kerja sosial. Garis pemisah antara dua jenis teori (teori

40
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

umum dan teori praktis) dalam kerja sosial saling berkaitan dan bertindih antara satu
sama lain (Carolyn et al. 2014). Berpandukan sorotan literatur terdapat lapan definisi
teori dalam kerja sosial bagi membantu pelajar mengenalpasti peranan teori dalam kerja
sosial adalah seperti berikut (Jadual 1):

Jadual 1: Definisi Teori Kerja Sosial


PENGARANG DEFINISI
Simon (1994) Teori praktis menghubungkan pengetahuan, mengenalpasti
masalah dan gabungan konteks pengetahuan dan intervensi
berorientasikan kajian tindakan berasaskan kajian lepas.

Tyler (2001) Teori yang berkaitan dengan menjelaskan dan meramalkan


pelbagai aspek tingkah laku individu.

Greene (2008) Teori yang membantu pekerja sosial menghuraikan


mengapa individu melakukan sesuatu tindakan, teori juga
dapat memandu memahami bagaimana persekitaran dapat
memberi impak kepada tingkah laku individu, merancang
intervensi dan meramalkan keberangkalian hasil atau kesan
intervensi kerja sosial tertentu terhadap klien.

Townland (2009) Teori dapat membantu pekerja sosial menjelaskan sesuatu


fenomena, kebarangkalian dan bagaimana fenomena boleh
berlaku.

Howe (2009) Teori adalah sesuatu pemikiran yang logik yang membantu
pekerja sosial memahami corak tingkah laku individu,
keluarga, kumpulan dan komuniti yang biasa berlaku dalam
kelemahan praktis kerja sosial.

Babbie & Rubin Teori adalah satu set pernyataan sistematik bertujuan untuk
(2010) menerangkan aspek kehidupan sosial dan memperkaya
pengetahuan bagi menangani masalah sosial dan mencari
makna kehidupan harian dalam kalangan individu, keluarga,
kumpulan dan komuniti.
Sumber: Adaptasi Carolyn et al. 2014; Payne 2014 dan Maclean & Harrison 2008

Terdapat beberapa teori dan model utama kerja sosial yang boleh diaplikasikan dalam
penulisan tesis dan disertasi. Perbincangan sesuatu teori dan model perlu dibuat
perbandingan bagi mencari kesesuaian teori dan model dengan tujahan penyelidikan

41
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

pelajar. Bagi mencari teori dan model yang sesuai dengan permasalahan kajian, pelajar
harus memahami jenis, konsep utama, kebaikan dan kelemahan teori atau model tersebut.
Antara teori dan model (Jadual 2) dalam kerja sosial yang dicadangkan adalah seperti
berikut:

Jadual 2: Perbandingan Teori dan Model Kerja Sosial


Jenis Teori Konsep Utama Kebaikan Kelemahan
Sistem terdiri Fokus kepada bentuk Teori ini tidak
Teori Sistem/ informal (keluarga, bukan kepada sebab menjelaskan
Model Ekologi kawan dll) dan musabab. Penekanan mengapa sesuatu
formal (sekolah, kepada perubahan gejala sosial berlaku.
hospital dll) persekitaran
berbanding individu

Pendekatan Pekerja kes dan Fokus kepada jangka Tidak sesuai untuk
Task Centred klien bekerjasama pendek - klien lebih jangka panjang – isu
dalam komited psikologi klien yang
menyelesaikan kompleks.
masalah

Intervensi krisis Intervensi kepada Fokus kepada Teori ini kurang


ego-psikologi, hubungan membantu individu
tingkah laku interpersonal dengan atau kumpulan yang
kognitif dan penyediaan mengalami krisis
kemampuan strategi bimbingan individu berterusan spt
daya tindak untuk kepada perasaan kemiskinan atau
perubahan positif social exclusion

Cognitive- Hubungan peristiwa Kegunaan dalam Teori tidak


behavioral kepada kepercayaan membantu klien mengambilkira
approach / pemikiran sehingga dalam mencari sosio-ekonomi klien.
Rational menghasilkan penyelesaian Lebih fokus kepada
Emotive emosi dan tindakan masalah dan strategi isu berbanding punca
Behavior daya tindak. Teori masalah klien.
Therapy ini berkesan dalam
pelbagai masalah
klien

Solution- Pendekatan kognitif Penekanan kepada Kurang sesuai dalam


Focused dipelopori kemahiran kalangan klien yang
Approach Milwaukee center mendengar masalah tidak boleh
for Brief Therapy klien, mencari menjawab soalan.
penyelesaian dengan Teori ini fokus

42
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

menggunakan kepada persepsi


pendekatan tingkah laku
optimistik berbanding perasaan
yang mungkin
membatasi efikasi.

Person Centred Dipelopori oleh Memberi laluan Kesukaran untuk


Approach Carl Rogers yang kepada klien mencari aplikasi pendekatan
berasaskan kepada penyelesaian ini jika klien kurang
semua individu mengikut masa bermotivasi untuk
mempunyai kapasiti mereka sendiri. terlibat dalam
untuk berkembang aktiviti.
dan membangun.

Model Tingkah laku Membantu masalah Kurang memberi


Psikososial individu emosi klien dan perhatian kepada
dipengaruhi oleh penekanan kepada “power of
persekitaran sosial kepentingan oppression”
dan dorongan kesedaran diri
psikolgi

Recovery Model ini Pendekatan positif Persetujuan daripada


model digunakan untuk dimana kawalan autoriti profisi
kesihatan mental - lebih kepada perubatan dalam
penekanan individu/klien penyediaan
pencegahan tersebut. perkhidmatan
berbanding kepada masalah
penyembuhan. kesihatan mental

Pendekatan Manusia Membantu klien Teori ini tidak sesuai


Naratif mempunyai dalam penyesuaian bagi klien yang
peluang untuk kehidupan baru dan mempunyai masalah
membina cerita menangani tekanan keperluan asas
kehidupan bagi orang lain. (makan, tempat
menentukan Meningkatkan tinggal, kesihatan
kedudukannya di hubungan dll)
dunia nyata. interpersonal dan
penghargaan kendiri.

Sumber: Adaptasi Carolyn et al. 2014; Payne 2014 dan Maclean & Harrison 2008

Masri (1989) mendefinisi teori kepada tiga (3) perkara iaitu, a) teori adalah serangkaian
proposisi antara konsep-konsep yang saling berhubungan; b) teori menerangkan secara
sistematik sesuatu fenomena sosial dengan cara menentukan hubungan antara konsep dan

43
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

c) teori menerangkan fenomena tertentu dengan cara menentukan konsep mana yang
berhubung antara satu sama lain dan bagaimana bentuk perhubungan tersebut. Manakala
Nik Aziz (2003) mendapati bahawa lima (5) idea yang digunakan dalam mentakrifkan
teori ialah konsep, proposisi, hipotesis, keabstrakan dan generalisasi yang perlu pelajar
memahami dengan terperinci bagi merekabentuk penulisan sorotan literatur yang
dijelaskan dalam dalam rajah berikut:

Rajah 3: Hubungan dalam proses pembinaan teori


Sumber: Adaptasi Nik Azis Nik Pa (2003) & Manasse (1985)

Apakah dimaksudkan dengan konsep? konsep merujuk kepada idea, gambaran dan gejala
sosial yang dinyatakan dalam bentuk istilah atau perkataan. Konsep terbentuk daripada
keabstrakan dan generalisasi. Menurut Nik Azis (2003) konsep ialah satu idea yang telah
digeneralisasikan tentang satu kelas benda, sifat dan peristiwa yang telah diberi nama
yang khusus. Konsep juga melibatkan istilah yang menggambarkan dan penamaan benda
atau fenomena secara abstrak dan setiap konsep mempunyai tahap keabstrakan yang
berbeza. Pengunaan konsep adalah untuk menyederhanakan idea, gejala sosial atau
fenomena sosial yang mempunyai keteraturan sehingga memudahkan terbentuknya
komunikasi. Maka konsep biasanya akan didefinisikan untuk pengertian atau makna
sesuatu perkataan. Sesuatu konsep tidak boleh berdiri sendiri, ianya mempunyai
perhubungan dengan konsep-konsep lain. Misalnya konsep ‘peranan’; perhubungannya
dengan ‘pekerja sosial’, ‘kompetensi’ dan sebagainya. Sesuatu definisi konsep harus
jelas, tepat, terperinci bagi memudahkan orang lain memahami dan bersifat komunikatif
(Manasse, 1985). Konsep perlu utuh dan boleh diukur untuk menjalankan penyelidikan
emprikal. Pembentukan konsep yang utuh dan boleh diukur ini dikenali sebagai konsep

44
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

operasional. Konsep operasional ini mempunyai variasi nilai, maka terbentuk


pembolehubah (variabel). Misalnya pembolehubah latarbelakang responden terdiri
daripada jantina, umur, jenis pekerjaan, pendidikan, pendapatan, status perkahwinan,
tempat tinggal dan sebagainya. Tedapat beberapa jenis kategori pembolehubah iaitu
pembolehubah tidak bersandar (mempengaruhi satu variabel dengan yang lain);
pembolehubah bersandar; (dipengaruhi oleh pembolehubah tidak bersandar)
pembolehubah moderator (mempunyai pengaruh terhadap hubungan pembolehubah) dan
pembolehubah intervensi (intervening variabel), pembolehubah ini mempengaruhi
hubungan antara pembolehubah tidak bersandar dengan pembolehubah bersandar
sehingga membentuk hubungan tidak langsung.

Proposisi ialah hubungan logik antara dua konsep. Menurut Nik Azis (2003) proposisi
merujuk satu konsep dikaitkan dengan konsep lain dalam memberi bermakna dan
mempunyai satu perhubungan. Sesuatu pernyataan yang terdiri lebih daripada satu
konsep atau pembolehubah dikenali sebagai univariat. Manakala, penggunaan dua
konsep atau pembolehubah dikenali sebagai bivariat. Jika menggunakan lebih dua
konsep atau pembolehubah dikenali sebagai multivariat. Hipotesis yang disokong dengan
data empirikal menjadi proposisi.

Penggunaan hipotesis bergantung kepada permasalahan kajian dan metodologi. Bukan


semua penyelidikan perlu menggunakan hipotesis. Hipotesis merupakan kesimpulan
sementara (proposisi) tentang hubungan antara dua atau lebih pembolehubah. Menurut
Nasir (1990) hipotesis tersusun berdasarkan teori, maka belum tentu dapatannya selalu
mutlak benar. Sehubungan dengan itu, perlu ada data empirik untuk menguji apakah
jawapan yang tertera dalam hipotesis itu masih relevan kesahihan data. Shamsuri (2003)
mendapati penggunaan hipotesis dalam penyelidikan adalah seperti berikut:
i. Memberikan batasan dan memperkecil jangkauan dan kerja penyelidikan.
ii. Mempersiapkan penyelidik untuk menghadapi sesuatu keadaan, hubungan
antara satu fakta dengan fakta yang lain; yang kadangkala hilang daripada fokus
penyelidik.

45
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

iii. Hipotesis digunakan sebagai alat untuk sederhanakan fakta yang berpecah-
pecah kepada satu situasi kesatuan atau menyeluruh.
iv. Sebagai panduan dalam pengujian dan penyesuaian antara satu fakta dengan
fakta yang lain.
v. Hipotesis memandu penyelidik dalam memilih pembolehubah sebagai ukuran
yang tepat dan jelas bagi mengukur persoalan dan objektif kajian.

Kriteria untuk membina hipotesis yang baik merangkumi i) menggambarkan keadaan


atau hubungan diantara pembolehubah; ii) harus memberi petunjuk bagaimana
pembolehubah-pembolehubah yang dicantumkan dalam hipotesis dapat diukur dalam
penyelidikan empirik. Hipotesis perlu ditulis dalam bentuk kalimat pernyataan, bukan
berbentuk kalimat tanda tanya (Manasse 1985). Hipotesis merupakan satu pernyataan
yang boleh ditolak dan diterima kebenaran atau kesahihan konsep bagi menjelaskan
sesuatu fenomena berdasarkan proses keabstrakan dan generalisasi.

2.5 Kerangka Kajian


Pelajar perlu mengenalpasti definisi konseptual dan definisi operasional yang dibentuk
melalui permasalahan kajian, persoalan kajian dan objektif kajian. Langkah seterusnya
ialah berpandukan teori-teori yang bersesuaian dengan bidang kerja sosial yang
digabungkan atau diringkaskan kerangka teori dalam satu bentuk rajah. Maka dengan
tujahan teori-teori inilah, pelajar boleh menentukan jenis pembolehubah yang akan
digunakan dalam penyelidikan. Teori boleh menjelaskan fenomena sosial yang dikenali
sebagai pembolehubah bersandar dan fenomena yang digunakan untuk menjelaskan
fenomena bersandar (diukur oleh penyelidik) tersebut sebagai pemboleh ubah tidak
bersandar (faktor yang boleh dimanipulasi oleh penyelidik). Kebiasaan tesis dan disertasi
di Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan
Malaysia menggunakan pembolehubah bersandar atau pemboleh ubah terikat
(Dependent Variabel) dan pemboleh ubah tidak bersandar atau pemboleh ubah bebas
(Independent Variabel). Rajah 4 menerangkan contoh kerangka kajian yang perlu dibina
oleh pelajar bagi memahami jangkaan keputusan hasil kajian (outcome) yang melibatkan

46
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

pemboleh ubah bebas (IV) dan pemboleh ubah teringkat atau bersandar (DV). Setiap
pemboleh ubah menyumbang kepada persoalan hipotesis yang mempunyai perkaitan
dengan objektif kajian. Pemboleh ubah bebas (IV) merupakan ciri, sifat atau ukuran yang
boleh dikaji atau dicerap. Ianya juga memberi kesan kepada pemboleh ubah yang lain.
Pemboleh ubah teringkat atau bersandar (DV) pula dipengaruhi oleh pemboleh ubah
bebas (IV).

Rajah 4 menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai kajian hubungan antara pemboleh
ubah iaitu kebimbangan, kemurungan dan kualiti warga emas demensia di RSK Cheras.
Dalam kajian Noraini (2018) menjelaskan bahawa pemboleh ubah bebas ialah latar
belakang responden kajian, kebimbangan dan kemurungan yang boleh memberi kesan
kepada pemboleh ubah terikat atau bersandar. Pemboleh ubah terikat ialah kualiti hidup
warga emas demensia yang tinggal di RSK, Cheras yang dikaitkan dengan kebimbangan
dan kemurungan mengikut peringkat umur dan jantina. Tanda ( ) merujuk kepada
hubungan antara Pemboleh ubah bebas (kebimbangan, kemurungan) mempengaruhi
pemboleh ubah terikat (kualiti hidup).

Pemboleh ubah Bebas

Kebimbangan (Beck et al. 1993)


 Fizikal Pemboleh ubah Terikat
 Kecelaruan
 Tidak selesa dengan persekitaran Kualiti Hidup (Logsdon et al.
 Kognitif 2002)
 Takut kepada kematian  Kesihatan fizikal
 Takut kepada perkara yang pernah  Mood
berlaku sebelum ini
 Hubungan dengan kawan
 Kemurungan (Sheikh et al. 1986) di institusi
Emosi warga emas  Kehidupan di institusi
 Tidak gembira
 Murung
 Berasa cepat bosan

Rajah 4: Kerangka Kajian


Sumber: Adaptasi Tesis Pelajar Sarjana Kerja Sosial (Noraini 2018)

47
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

2.6 Rumusan
Bab sorotan literatur seperti lautan yang luas yang tiada penghujung tetapi dengan
menghasil deraf pertama sorotan literatur seolah-olah kemenangan luar biasa dalam
menulis tesis dan disertasi. Proses penulisan sorotan literatur boleh dimulakan dengan
peta minda iaitu membuat rangka berdasarkan kata kunci dalam objektif kajian, persiapan
untuk penulisan tesis, menyediakan jadual perancangan penulisan dan bermula dengan
aktiviti harian penulisan. Sorotan literatur juga perlu membincangkan metodologi yang
digunakan dalam kajian-kajian lepas dann apakah lompang (gap) pengetahuan dan
penyelidikan sedia ada yang ingin diisi dalam tesis atau disertasi anda. Tips penting untuk
pelajar dalam proses pengurusan data sorotan literatur ialah kekerapan berjumpa dan
berbincang topik penulisan sorotan literatur dengan penyelia tesis. Pelajar perlu
memastikan membentuk sorotan literatur dengan membentuk sebuah kerangka kajian
yang dimulakan dengan definisi operasional, menentukan batasan penyelidikan bagi
menghuraikan kecakupan sorotan literatur dalam menjawab persoalan dan objektif
kajian.

48
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Rujukan
Bruce, C. 1994. Research students' early experiences of the dissertation literatur review.
Studies in Higher Education, 19 (2): 217-229.
Cook, Kathleen E. and Elise Murowchick. 2014. “Do literatur review skills transfer from
one course to another?” Psychology Learning and Teaching 13 (March): 3-11.
Fink, Arlene. 2005. Conducting Research Literatur Reviews: From the Internet to Paper.
2nd ed. Thousand Oaks, CA: Sage.
Gentle-Genitty, C., Chen, H., Karikari, I. & Barnett, C. 2014. Social work theory and
application to practice: The students’ perspective. Journal of Higher Education
Theory and Practice. Vol. 14 (1): 36-47.
Garrison, D. (2000). Theoretical challenges for distance education in the 21st century: A
shift from structural to transactional issues. International Review of Research in
Open and Distance Learning, 1, 1–17.
Hart, C. 1998. Doing a literatur review: releasing the social science research
imagination, London, Sage Publications.
Jesson, J., Matheson, L. and Lacey, F.M. 2011. Doing your Literatur Review: Traditional
and Systematic Techniques. London: Sage.
Kiteley, Robin and Stogdon, C. 2014. Literatur reviews in social work. London, Sage
Publications.
Lewin, K. 1951. Field theory in social science; selected theoretical papers. D. Cartwright
(ed.). New York: Harper & Row.
Machi, L.A. and McEvoy, B.T. 2009. The literatur review: six steps to success. Thousand
Oaks, CA: Corwin Press.
Moch, Nasir. (1990). Metode penelitian. Jakarta : PT.Ghalia Indonesia.
Maclean, S & Harrison, R. 2008. Social Work Theory. Kirwan Maclean Associates,
Rugeley.
Manesse Malo. 1985. Metode penyelidikan sosial. Jakarta: Penerbit Karunika.
Masri Singarimbu & Sofian Effendi. 1989. Metode Penelitian Survai. Jakarta: Penerbit
LP3ES.
Nik Azis Nik Pa. 2003. Penggunaan teori dan kerangka teori dalam penyelidikan
pendidikan matematik. Masalah Pendidikan. Jilid 26: 29-61.
Noraini Che Sharif. 2017. Hubungan antara kualiti hidup denga tahap kebimbangan dan
kemurungan warga emas dementia di institusi. Tesis Sarjana Kerja Sosial yang
belum diterbitkan. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Payne, M. 2014. Understanding social work and its theory (4rd ed). New York: Lyceum
Press.
Salleh Amat & Zuria Mahmud. 2010. Penyeliaan efektif. Dalam Pengalaman
pembelajaran di UKM. Bangi: Penerbit UKM.
Samsuri, T. 2003. Kajian teori, kerangka konsep dan hipotesis dalam penelitian. Bengkel
Pengembangan Kelompok Belajar. Sumatera Barat, Indonesia pada 23 Jun 2003.
Sivachandralingam Sundara Raja. 1999. Pemikiran dan penulisan ilmiah di Universiti.
Kertas kerja yang dibentangkan dalam bengkel fasilitator untuk modul
pengayaan pembelajaran pelajar baru sesi 1999/2000 di Fakulti Sastera &
Sains Sosial pada 26 April, 1999.

49
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Trevor Lindsay, Jonathan Parker & Greta Bradley. 2013. Social work intervention.
Learning Matters Ltd, Exeter.
Vijay K. dan Bujang B. 2011. A handbook for postgraduate supervision. Serdang.
Penerbit UPM

50
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

BAB 3A
METOD KAJIAN KUANTITATIF
Fauziah Ibrahim dan Mohd Suhaimi Mohamad

Penulisan metod kajian merupakan aspek penting yang perlu disediakan dalam penulisan
tesis kajian. Oleh itu, bab empat ini disediakan untuk menerangkan tentang panduan
penulisan metod kuantitatif dalam sesuatu penyelidikan. Dalam penulisan tesis
kuantitatif, terdapat enpatbelas (14) sub topik perbincangan yang perlu diterangkan bagi
memenuhi bab ketiga penulisan tesis kajian berkenaan. Perkara-perkara yang perlu
diterangkan secara sistematik adalah meliputi perkara-perkara berikut:

4.1 Pengenalan
4.2 Rekabentuk Kajian
4.3 Instrumen Kajian
4.4 Lokasi Kajian
4.5 Populasi dan Sampel Kajian
4.6 Penentuan Saiz Sampel Kajian
4.7 Kebolehpercayaan Instrumen
4.8 Kesahan Instrumen
4.9 Kajian Rintis
4.10 Kaedah Pengumpulan Data
4.11 Proses Pengumpulan Data
4.12 Analisis Data
4.12.1 Analisis Deskriptif
4.12.2 Analisis Inferensi
4.15 Rumusan

51
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Pengenalan

Rekabentuk Kajian

Instrumen Kajian

Lokasi Kajian

Populasi dan Sampel Kajian


Metod (Kuantitatif)

Penentuan Saiz Sampel Kajian

Kebolehpercayaan Instrumen

Kajian Rintis

Kaedah Pengumpulan Data

Proses Pengumpulan Data

Analisis Kajian

Rumusan

Jadual 1: Ringkasan Penulisan Metod Kajian Kuantitatif

52
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

4.1 Pengenalan
Pendahuluan bab empat ini perlu dimulakan dengan menerangkan secara ringkas
berkaitan dengan bab kajian yang menerangkan perkara yang berkaitan dengan metod
kajian. Ia meliputi perkara-perkara yang dibincangkan dalam bab metod berkenaan dan
ditulis tidak melebihi enam (6) perenggan. Contoh penulisan dalam sub bab pendahuluan
metod ini adalah seperti berikut:

“Bab ini menerangkan tentang metod kajian meliputi perkara-perkara seperti rekabentuk
kajian, instrumen, lokasi, populasi dan sampel kajian, penentuan saiz sampel, prosedur
persampelan, kebolehpercayaan dan kesahan instrumen, etika penyelidikan, kajian
rintis, proses pengumpulan data dan analisis data kajian”.

4.2 Rekabentuk Kajian


Rekabentuk kajian merupakan aspek penting dalam sesuatu penyelidikan kerana ia
menerangkan tentang prosedur dan tatacara sistematik pengolahan sesuatu kajian
dilakukan. Dalam kajian berbentuk kuantitaif khasnya dalam bidang sains sosial, kajian
berbentuk tinjauan melibatkan pungutan data secara deskriptif melalui borang soal selidik
sering dipilih oleh pengkaji. Dalam penerangan sub penulisan kajian ini, pengkaji perlu
mengelak memberi penerangan tentang beberapa perkara yang tidak seharusnya
diterangkan dalam sub bahagian ini. Penerangan yang perlu dielakkan adalah
menerangkan tentang:
1. Analisis kajian yang digunakan,
2. Lokasi kajian

Oleh itu, perkara yang perlu ditekankan dalam penulisan rekabentuk kajian adalah
pengkaji perlu menyatakan perkara-perkara berikut:
1. Berikan definisi rekabentuk kajian secara konseptual terlebih dahulu dengan merujuk
beberapa pandangan daripada literatur.
2. Nyatakan jenis rekabentuk kajian penulis (kajian kuantitatif)
3. Nyatakan jenis kajian yang hendak dilakukan (berbentuk tinjauan keratan lintang atau
tinjauan jangka panjang).

53
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Contoh penulisan rekabentuk kajian adalah seperti berikut:

Rekabentuk kajian merupakan tindakan yang memperlihatkan secara terperinci


bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan (Sabitha, 2006). Menurut Mohd Najib (1999),
rekabentuk sesuatu kajian adalah kaedah tertentu untuk memperoleh maklumat yang
diperlukan untuk menjelaskan objektif kajian. Dalam kajian ini, rekabentuk kajian
adalah memfokus kepada kajian berbentuk tinjauan dengan menggunakan reka bentuk
tinjauan keratan-lintang (cross-sectional survey) secara kuantitatif. Berdasarkan kepada
Malhotra, Sham, & Crsip (1996), reka bentuk keratan-lintang melibatkan kaedah
pengumpulan data terhadap satu jenis sampel daripada populasi yang dikaji secara
sekali sahaja berdasarkan kepada atribut responden yang sedia ada. Manakala Chua
(2011) mendefinisikan kajian tinjauan sebagai penyelidikan bukan experimen dengan
mengggunakan borang soal selidik kepada subjek kajian. Kajian tinjauan ini digunakan
untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi ketahanan diri dalam kalangan
mahasiswa di UKM.

4.3 Instrumen Kajian


Dalam penyelidikan sains sosial, instrumen kajian merupakan soal selidik yang
direka khas untuk mengumpul data kajian (Chua, 2011). Soal selidik yang baik
tidak seharusnya menimbulkan rasa bosan responden, malah boleh menarik
minat responden untuk menjawab dengan ikhlas dan jujur.

Dalam penulisan tesis, bab penerangan instrumen kajian ini perlu memfokus
kepada penerangan tentang soalselidik kajian yang dikaji. Soalselidik ini
biasanya merujuk kepada domain atau pembolehubah yang digunakan iaitu
merangkumi pembolehubah bebas dan juga pembolehubah bersandar dalam
kajian. Pembolehubah-pembolehubah ini telah dinyatakan dengan jelas dalam
soalselidik yang dikaji. Setiap bahagian dalam soalselidik yang dirangka perlu
dijelaskan mengikut bahagian berdasarkan soalselidik yang dirangka. Misalnya
seperti berikut:

54
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Kajian ini menggunakan set soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian bagi
mendapatkan data kajian sepertimana berikut:-

Bahagian A: Profil Responden


Bahagian ini mengandungi soalan berkaitan dengan latarbelakang responden dan
pengalaman penggunaan dadah. Jenis item yang digunakan dalam bahagian ini adalah
berbentuk (1) item pilihan tunggal (single choice item) di mana responden diminta
untuk membuat pilihan dengan cara memangkah (x) pada kotak yang disediakan
berdasarkan pernyataan item yang sesuai dengan diri mereka, contohnya, etnik, agama,
status perkahwinan, taraf pendidikan dan pekerjaan. (2) item bebas yang meminta
responden untuk menyatakan pendapat mereka sendiri tanpa diberi sebarang pilihan
atau kategori. Contohnya, umur resonden, umur mula mengambil dadah, berapa tahun
sudah menagih dan kekerapan masuk ke pusat pemulihan dadah dan (3) item aneka
pilihan (multiple-choice item) yang meminta responden memilih lebih daripada satu
item yang dipersetujui. Misalnya soalan tentang jenis dadah yang pernah diambil dan
sumber bekalan dadah yang diperolehi

Bahagian B: Skala Kecenderungan Relaps


Bahagian ini mengandungi 42 soalan yang dibina oleh Marlatt & Gordon (1986)
berkaitan dengan skala kecenderungan relaps yang merangkumi tiga aspek iaitu:

1. Emosi Negatif: bermaksud situasi yang berada dalam keadaan marah, kecewa,
berdukacita, murung dan berada dalam keadaan kebosanan sehingga membawa
kepada kecenderungan penagihan relaps. Alat ukuran skala penagihan relaps
sebanyak 15 soalan yang dibina oleh Marlatt & Gordon (1985) telah digunakan
untuk mengukur tahap emosi negatif penagih. Marlatt & Gordon (1985) mendapati
nilai kebolehpercayaan bagi skala emosi negatif adalah kuat iaitu 0.82.

2. Konflik Interpersonal: merujuk kepada keadaan perselisihan faham yang wujud


dengan ahli keluarga, rakan sekerja ataupun masyarakat sekeliling yang membawa
kepada kecenderungan penagihan relaps. Alat ukuran skala penagihan relaps
sebanyak 15 soalan yang dibina oleh Marlatt & Gordon (1985) telah gunakan untuk

55
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

mengukur tahap konflik interpersonal penagih. Marlatt & Gordon (1985) mendapati
nilai kebolehpercayaan bagi skala konflik interpersonal adalah kuat iaitu 0.78.
3. Tekanan Sosial: merujuk kepada situasi atau keadaan tekanan daripada keadaan
persekitaran yang berupaya mencetuskan kepada kecenderungan penagihan relaps.
Alat ukuran skala penagihan relaps sebanyak 12 soalan yang dibina oleh Marlatt &
Gordon (1985) telah digunakan untuk mengukur tahap tekanan sosial penagih.
Marlatt & Gordon (1985) mendapati nilai kebolehpercayaan bagi skala tekanan
sosial adalah kuat iaitu 0.73

Bahagian C: Skala Faktor Persekitaran Sosial


Bahagian ini mengandungi 30 soalan berkaitan dengan pengaruh faktor-faktor
persekitaran sosial seperti:

1. Sokongan Rakan: mengukur tahap sokongan sosial yang diterima daripada rakan-
rakan berasaskan kepada alat ukuran sokongan sosial (rakan) yang diasaskan oleh
Procidano dan Heller (1983). Sebanyak 15 soalan dikemukakan dalam bahagian ini
dan kesemua soalan berbentuk skala ala Likert iaitu (1) sangat tidak setuju, (2) tidak
setuju, (3) setuju dan (4) sangat setuju. Procidano dan Heller (1983) mendapati nilai
kebolehpercayaan skala ini adalah tinggi iaitu 0.88.

2. Sokongan Keluarga: mengukur tahap penerimaan dan sokongan sosial yang


diterima daripada keluarga berasaskan kepada alat ukuran penerimaan sokongan
sosial (keluarga) yang diasaskan oleh Procidano dan Heller (1983). Sebanyak 15
soalan dikemukakan dalam bahagian ini dan kesemua soalan berbentuk skala ala
Likert iaitu (1) sangat tidak setuju, (2) tidak setuju, (3) setuju dan (4) sangat setuju.
Procidano dan Heller (1983) mendapati nilai kebolehpercayaan skala ini adalah tinggi
iaitu 0.90. Manakala Chua (1990) yang juga telah menggunakan alat pengukuran
tersebut mendapati nilai kebolehpercayaan bagi skala ini adalah kuat iaitu 0.85

Perkara-perkara yang perlu dijelaskan dalam penerangan instrumen ini adalah:


1. Nyatakan bahagian dan nama instrumen (Misalnya Bahagian A: Profil Responden,
B: Skala Kecenderungan relaps, C: Skala Faktor Persekitaran Sosial dan
sebagainya)

56
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

2. Nyatakan definisi operasi instrumen berkenaan (tujuan instrumen yang digunakan)


3. Nyatakan sumber mana skala ini digunakan beserta tahun.
4. Nyatakan jumlah soalan yang terkandung dalam skala tersebut (Misalnya
mengandungi 20 soalan, 30 soalan dan sebagainya).
5. Nyatakan jenis skala yang digunakan (Misalnya skala 4 likert atau 5 likert atau
sebagainya dengan merujuk kepada instrumen yang digunakan).
6. Nyatakan nilai kebolehpercayaan instrumen berkenaan.

Setelah penerangan diberikan, penulis disarankan untuk menyediakan ringkasan jadual


instrumen kajian dan sumber pengukuran pembolehubah berkenaan seperti maklumat
berikut:

Jadual 1: Ringkasan instrumen kajian dan sumber pengukuran pembolehubah bebas


dan bersandar.
Pembolehubah Bebas Soalan
Kecenderungan Relaps
 Emosi Negatif Bahagian B: Soalan 1-10
(Marlatt & Gordon, 1985)
 Konflik Interpersonal Bahagian B: Soalan 11-21
(Marlatt & Gordon, 1985)
 Tekanan Sosial Bahagian B: Soalan 22-42
(Marlatt & Gordon, 1985)

Pembolehubah Bersandar Soalan

Pengaruh Faktor-Faktor Persekitaran Sosial


 Sokongan Rakan Bahagian C: Soalan 1-7
(Procidano dan Heller (1983)
 Sokongan Keluarga Bahagian C: Soalan 1-15
(Procidano dan Heller (1983)

57
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

4.4 Lokasi Kajian


Dalam penerangan berkaitan dengan lokasi kajian, penulis diminta untuk menyatakan
tentang lokasi kajian yang hendak dijalankan. Pemilihan lokasi kajian ini penting
supaya pembaca mengetahui di mana kajian ini hendak dijalankan. Setelah pemilihan
lokasi kajian ditentukan, penulis juga diminta untuk memberi justifikasi mengapa
lokasi kajian tersebut dipilih dalam kajian yang hendak dijalankan. Justifikasi dan
rasional pemilihan lokasi kajian kebiasaannya berkaitan dengan isu dan permasalahan
yang hendak dijalankan dan dimana responden dalam kajian berada.

Dalam penerangan sub penulisan kajian ini, pengkaji perlu mengelak memberi
justifikasi dan rasional pemilihan lokasi kajian seperti berikut:
4.4.1 Lokasi kajian ini dipilih disebabkan ia berdekatan dengan rumah saya.
4.4.2 Lokasi kajian ini dipilih kerana ia merupakan tempat saya bekerja dan memberi
khidmat.

Penerangan berkaitan dengan justifikasi dan rasional pemilihan lokasi sewajarnya


diterangkan oleh pengkaji secara ilmiah berlandaskan isu, permasalahan dan dimana
responden kajian tersebut berada. Berikut adalah perkara yang perlu diberikan
penekanan dalam penulisan lokasi kajian.

Berikan justifikasi dan


Nyatakan dimana lokasi
rasional mengapa lokasi
kajian hendak dijalankan
kajian tersebut dipilih

4.5 Populasi dan Sampel Kajian


Menurut Ary, Jacobs dan Razavieh (2002), populasi merupakan ahli yang terkandung
dalam sesuatu kelompok atau kumpulan manusia. Manakala Noraini (2013) pula
mendefinisikan populasi sebagai kumpulan yang menarik perhatian penyelidik
sehingga membolehkan seseorang penyelidik membuat generalisasi melalui dapatanya.
Dalam melaksanakan penyelidikan, sebelum sesuatu sampel ditentukan adalah penting
untuk pengkaji mengetahui siapa populasi yang akan terlibat dalam kajian. Populasi
itu merujuk kepada siapa individu atau kumpulan tertentu yang akan terlibat dalam
kajian yang hendak dijalankan.

58
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Antara contoh populasi ialah semua bekas penagih dadah yang sedang mendapatkan
khidmat rawatan dan pemulihan di Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC),
semua mahasiswa kerja sosial yang sedang melanjutkan pengajian di UKM dan semua
banduan yang sedang menjalani tempoh tahanan di Penjara Kajang.

Dalam ruangan sub populasi ini, penyelidik perlu memberikan definisi konsepsual
tentang populasi. Seterusnya menyatakan siapa populasi yang terlibat dalam kajian.
Kemudian setelah penyelidik menyatakan siapa populasi yang terlibat dalam kajiannya,
penyelidik seterusnya perlu menyatakan bilangan atau jumlah keseluruhan populasi
yang dinyatakan mengikut statistik yang terkini daripada sumber yang sahih. Bilangan
jumlah populasi diperlukan dalam kajian kuantitatif kerana daripada jumlah populasi
tersebut jumlah sampel yang diperlukan ddalam kajian dapat ditentukan dengan tepat.
Perkara yang perlu diberikan perhatian dalam penulisan populasi adalah seperti berikut:

Nyatakan siapa Nyatakan berapa


Berikan definisi populasi yang jumlah populasi
konsepsual terlibat dalam tersebut mengikut
tentang populasi kajian statistik terkini

4.6 Penentuan Saiz Sampel Kajian


Perkara yang sering timbul dalam sesuatu penyelidikan ialah bagaimana untuk
menentukan saiz sampel yang sesuai bagi sesuatu populasi kajian. Menurut Chua
(2011), persampelan adalah perkara yang berkaitan dengan proses memilih sebilangan
subjek daripada sesuatu jumlah populasi untuk dijadikan sebagai responden dalam
sesuatu kajian. Bagi mengurangkan ralat pengukuran penyimatan masa dan kos
perbelanjaan dalam menjalankan sesuatu penyelidikan, maka perancangan bagi
menentukan persampelan adalah diperlukan.

Dalam kajian kuantitatif, terdapat beberapa jadual penentuan saiz sampel yang boleh
digunakan sebagai panduan dalam menentukan saiz sampel sesuatu penyelidikan
(Jadual 4.1). Antaranya jadual penentuan saiz sampel yang disediakan oleh Krejic dan
Morgan (1970) dan jadual penentuan saiz sampel yang disediakan oleh Cohen, Manion
dan Morrison (2001). Kedua-dua jadual tersebut memberi panduan dalam menentukan
59
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

saiz sampel yang sesuai dalam sesuatu penyelidikan yang hendak dijalankan. Namun,
saiz sampel yang hendak ditentukan dalam kajian hendaklah berdasarkan jumlah
populasi kajian yang telah diperoleh oleh penyelidik sepertimana yang telah
diterangkan dalam perkara 4.5.

Berdasarkan jadual penentuan saiz sampel yang disediakan oleh Krejic dan Morgan
(1970) sepertimana yang ditunjukkan dalam Jadual 4.1, sekiranya bilangan populasi
kajian yang diperoleh berdasarkan statistik yang terkini daripada sumber yang sahih
adalah berjumlah 2800 orang, maka saiz sampel yang diperlukan untuk kajian tersebut
adalah sejumlah 338 orang. Manakala sekiranya populasi kajian sejumlah 360 orang
maka, jumlah sampel yang diperlukan dalam kajian tersebut adalah sejumlah 191 orang.
Populasi

Populasi

Populasi

Populasi

Populasi

Populasi
Sampel

Sampel

Sampel

Sampel

Sampel

Sampel
10 10 85 70 220 140 440 205 1200 291 4000 351
15 14 90 73 230 144 460 210 1300 297 4500 354
20 19 95 76 240 148 480 214 1400 302 5000 357
25 24 100 80 250 152 500 217 1500 306 6000 361
30 28 110 86 260 155 550 226 1600 310 7000 364
35 32 120 92 270 159 600 234 1700 313 8000 367
40 36 130 97 280 162 650 242 1800 317 9000 368
45 40 140 103 290 165 700 248 1900 320 10000 370
50 44 150 108 300 169 750 254 2000 322 15000 375
55 48 160 113 320 175 800 260 2200 327 20000 377
60 52 170 118 340 181 850 265 2400 331 30000 379
65 56 180 123 360 186 900 269 2600 335 40000 380
70 59 190 127 380 191 950 274 2800 338 50000 381
75 63 200 132 400 196 1000 278 3000 314 75000 382
80 66 210 136 420 201 1100 285 3500 346 1000000 384
Jadual 4.1 Jadual Penentuan saiz sampel Krejic dan Morgan (1970)

Begitu juga dengan jadual penentuan saiz sampel yang disediakan oleh Cohen, Manion
dan Morrison (2001). Jadual penentuan saiz sampel yang disediakan oleh mereka

60
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

dilihat mengambil kira aras kesignifikanan dan ralat persampelan dengan menentukan
saiz sampel berdasarkan aras kesignifikanan pada p<.05 (aras kebolehpercayaan =
95%) dan p<.01 (aras kebolehpercayaan = 99%). Jadual penentuan saiz sampel oleh
Cohen, Manion dan Morrison (2001) adalah seperti Jadual 4.2. Berdasarkan jadual
tersebut, sekiranya populasi kajian adalah sejumlah 1,000 orang dan aras
kesignifikanan yang diperlukan adalah .01, maka saiz sampel yang diperlukan dalam
sesuatu kajian yang hendak dijalankan adalah berjumlah 907 orang. Manakala
sekiranya jumlah populasi adalah sejumlah 200 orang, maka aras kesignifikanan pada
aras .01 adalah sejumlah 196 orang.

Ralat Persampelan 5% & Aras Ralat Persampelan 5% &


Kebolehpercayaan 95% Aras Kebolehpercayaan 95%
Saiz (Aras Kesignifikanan =.05) (Aras Kesignifikanan =.05)
Populasi Saiz Sampel Saiz Sampel
50 44 50
100 79 99
200 132 196
500 217 476
1,000 278 907
2,000 322 1,661
5,000 357 3,311
10,000 370 4,950
20,000 377 6,578
50,000 381 8,195
100,000 383 8,926
1,000,000 384 9,706
Jadual 4.2 Jadual Penentuan saiz sampel oleh Cohen, Manion dan Morrison (2001)

Penerangan tentang sampel dan bagaimana penentuan saiz sampel ditentukan perlu
diterangkan oleh pengkaji dalam bab metod penulisan sesuatu kajian. Penerangan
tersebut membantu pembaca atau penilai tesis untuk memahami bagaimana sesuatu
sampel dalam kajian kuantitatif ditentukan secara sistematik dan bersesuaian. Namun
bagi pelajar prasiswazah, penentuan saiz sampel kajian boleh ditentukan sekurang-
kurangnya minima 60 orang tanpa merujuk kepada jadual penentuan yang dinyatakan.

61
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Ini kerana disebabkan oleh batasan tempoh kajian dijalankan adalah terhad dan agak
pendek serta membatasi perancangan dan proses pengumpulan data sekiranya ia hendak
dilaksanakan. Namun bagi pelajar siswazah yang mengikuti pengajian PhD dan master,
jadual penentuan saiz sampel yang dinyatakan perlu dipatuhi disebabkan oleh tempoh
waktu kajian yang panjang dan dianggap boleh dilaksanakan. Prosedur penentuan saiz
sampel berdasarkan jadual yang diterangkan wajib dirujuk oleh mereka untuk
mendapatkan prosedur persampelan yang sistematik.

Berikut adalah perkara –perkara yang perlu diberikan perhatian dalam menerangkan
sampel dan penentuan saiz sampel dalam sesuatu kajian:

Berikan definisi sampel berdasarkan literatur

Berpandukan jumlah populasi yang telah diperoleh oleh penyelidik,


rujuk jadual penentuan saiz sampel samada oleh Krejic dan Morgan
(1970) atau Cohen, Manion dan Morrison (2001)

Nyatakan jumlah sampel yang diperlukan dalam kajian berdasarkan


penentuan jadual yang telah disediakan.

4.7 Kebolehpercayaan Instrumen


Menurut Noraini (2013), kebolehpercayaan merujuk kepada pengukuran yang
mempunyai kebolehpercayaan yang sama atau hampir sama pada setiap kali
pengukuran dijalankan oleh seseorang penyelidik ke atas seseorang individu yang
sama. Ia boleh didefinisikan sebagai ketekalan atau kestabilan sesuatu ukuran. Dalam
kajian kuantitatif, nilai kebolehpercayaan kesemua instrumen yang digunakan dalam
kajian perlu dinyatakan dalam penulisan bagi menentukan nilai kebolehpercayaan yang
baik dan instrumen tersebut sesuai untuk digunakan dalam kajian yang seterusnya.
Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk membina kebolehpercayaan
pengukuran kajian sepertimana berikut iaitu:

62
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

1. Kaedah ujian pra- pasca

2. Kaedah pemisahan separa

3. Kaedah konsistensi dalaman

Dalam kajian sains sosial kebiasaanya pengkaji menggunakan kaedah konsistensi


dalaman (internal consistency approach) dalam menentukan kebolehpercayaan
instrumen kajian. Melalui kaedah ini, item-item soalan yang mempunyai nilai korelasi
yang tinggi dengan skor indeks ujian mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi,
manakala item-item soalan yang mempunyai nilai korelasi yang rendah akan
disingkirkan daripada ujian tersebut. Tips bagi memperoleh nilai cronbach alpha dalam
menentukan kebolehpercayaan instrumen kajian boleh diperoleh melalui program
Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) berdasarkan langkah-langkah
berikut:

63
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Langkah 1: Masukkan data ke dalam SPSS Data


Editor.

Langkah 2: Pastikan semua skor item negatif


diterbalikkan. Sekiranya tidak, nilai cronbach
alpha akan menjadi rendah.

Langlah 3: Klik Analyze, diikuti Scale dan pilih


Reliability Analysis untuk membuka kotak dialog
Reliability Analysis

Langkah 4: Pilih semua item yang berkaitan


dengan konstruk yang diuji. pindahkan item-item
berkenaan ke dalam kotak Items.

Langkah 5: Klik petak Model dan pilih Alpha.

Langkah 6: seterusnya klik butang Statistics.


dalam kotak Descriptives, pilih Item, Scale dan
Scale if Item Deleted.

Langkah 7: Klik butang Continue dan tekan


butang OK

Penyelidik khasnya dalam kalangan pelajar prasiswazah digalakkan untuk memilih dan
menggunakan instrumen yang telah digunakan oleh pengkaji terdahulu dan
memperoleh nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Nilai kebolehpercayaan instrumen
yang baik adalah 0.65 ke atas. Nilai kebolehpercayaan instrumen yang rendah iaitu
0.65 ke bawah perlu dielakkan kerana instrumen berkenaan tidak relevan untuk
digunapakai dalam kajian. Pelajar prasiswazah juga tidak digalakkan untuk membentuk
instrumen baharu dalam kajian mereka. Ini kerana pembentukan instrumen yang
baharu perlu melalui proses yang panjang dan kajian rintis perlu dijalankan untuk
mengukur nilai kebolehpercayaan pembolehubah yang dibangunkan sebelum ianya
boleh digunakan untuk kajian yang sebenar. Faktor ini dikhuatiri menyebabkan kajian
64
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

tidak dapat dilaksanakan atau tidak dapat diselesaikan dalam tempoh waktu yang
ditetapkan. Namun untuk pelajar siswazah mereka boleh membangunkan instrumen
baharu sekiranya pembolehubah yang hendak dikaji tiada dalam literatur. Ini kerana
tempoh masa pengajian untuk pelajar siswazah adalah agak panjang dan dianggap
sesuai untuk dilaksanakan dalam tempoh yang panjang berkenaan.

4.8 Kajian Rintis


Kajian rintis dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti kebolehlaksanaan atau
kemunasabahan sesuatu kajian yang bakal dilakukan (Chua, 2011). Kebiasaannya
kajian rintis dilakukan sebelum kajian sebenar dilakukan di lapangan. Ia menggunakan
sampel yang kecil dan dijalankan setelah borang soalselidik lengkap disempurnakan.
Kajian rintis juga dilakukan bertujuan untuk menentukan kebolehpercayaan dan
kesahan sesuatu instrumen atau alat ujian yang digunakan dalam kajian. Chua (2011)
telah menyenaraikan beberapa fungsi kajian rintis iaitu ia dilakukan bertujuan untuk:
1. Menguji dan membina keberkesananan alat ukuran kajian.
2. Menilai kebolehlaksanaan atau kemunasabahan kajian sebenar.
3. Menilai kesesuaian rekabentuk kajian.
4. Menilai sama ada rangka dan teknik persampelan berkesan.
5. Mengenalpasti masalah yang mungkin timbul dalam kajian sebenar.
6. Menilai kesesuaian soalan kajian.
7. Melatih pengkaji untuk menguruskan kajian sebenar dengan lancar dan berkesan.

Manakala Pallant (2001) berpandangan kajian rintis dijalankan bertujuan untuk:


1. Menentukan kandungan borang kaji selidik sama ada boleh dipercayai atau
sebaliknya.
2. Menjangkakan tempoh masa yang diambil oleh responden menjawab soalan
3. Mengelakkan salah tafsir soalan kaji selidik dan juga memastikan bahawa bahasa
yang digunakan mudah difahami dan sesuai
4. Memastikan soalan-soalan kaji selidik terletak dalam turutan yang betul dan
5. Menentukan data yang dikumpulkan boleh dianalisis secara kuantitatif.

65
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Dalam sub bahagian ini, pengkaji perlu menerangkan perkara-perkara berikut:

Berikan definisi kajian rintis berdasarkan literatur

Terangkan tujuan dan mengapa kajian rintis perlu dilaksanakan


dalam kajian.

Nyatakan jumlah sampel yang digunakan dalam kajian rintis.

Nyatakan ciri-ciri populasi kajian rintis berkenaan dan dimana


lokasi atau kawasan kajian rintis dijalankan.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian dalam melakukan
kajian rintis:

1. Sampel yang digunakan dalam kajian rintis perlu mempunyai


ciri-ciri yang sama dengan populasi dalam kajian sebenar

2. Sampel yang digunakan dalam kajian rintis tidak boleh


digunakan untuk kajian sebenar

3. Anggaran responden yang digunakan dalam kajian rintis adalah


memadai iaitu sekurang-kurangnya 30-60 orang responden.

Bagi pelajar prasiswazah, kajian rintis ini tidak perlu dilakukan sekiranya mereka
menggunakan instrumen yang telah sedia ada dan mempunyai nilai kebolehpercayaan
yang tinggi sepertimana yang telah diterangkan.

4.9 Kaedah Pengumpulan Data


Kaedah pengumpulan data merujuk kepada jenis data yang diambil dan direkodkan di
mana ianya bergantung kepada rekabentuk dan objektif kajian. Pengkaji selalunya perlu
menetapkan dua jenis data yang akan dikumpulkan iaitu data primer dan data sekunder.
Data primer adalah data yang diambil dari responden kajian secara langsung dari kerja
lapangan yang dibuat. Manakala data sekunder adalah data yang diambil dari sumber
bertulis seperti laporan kajian lepas, monograf, laporan jabatan/ agensi, buku dan
sumber-sumber bercetak yang lain.

66
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Dalam kajian kuantitatif terdapat dua kaedah pengumpulan data yang biasanya
digunakan dalam penyelidikan kerja sosial iaitu kaedah tinjauan atau survei dan kaedah
analisis data sekunder.

A) Pengumpulan Data Primer


Kaedah tinjauan (survei) digunakan untuk mendapatkan data primer daripada
responden. Kaedah ini boleh dilakukan dengan beberapa cara seperti menggunakan
soal-selidik yang ditadbir sendiri oleh responden, survei secara temubual berpandunkan
kepada soal-selidik, survei melalui telefon dan survei secara dalam talian (online).

Bagi kaedah survei yang ditadbir sendiri oleh responden, pengkaji boleh menghantar
borang soal selidik yang dibangunkan melalui surat dan hendaklah meletakkan sampul
surat berserta alamat dan setem untuk dipos kembali kepada pengkaji. Selalunya setiap
survei yang dibuat harus mempunyai surat pengenalan kajian (cover letter) dengan
menyatakan tujuan dan objektif kajian dan bagaimana data kajian ini akan digunakan
kelak. Pengkaji yang memilih kaedah ini hendaklah selalu membuat follow-up supaya
kadar respon kajian adalah tinggi. Menurut Rubin & Barbie (2017), terdapat tiga tahap
kadar respon yang boleh diterima dalam membuat kajian penyelidikan kerja sosial iaitu:

a. Kadar Respon 50-59%: dikira mencukupi untuk dianalisis dan dilaporkan


b. Kadar Respon 60-69%: dikira baik untuk analisis dan laporan
c. Kadar Responden 70% dan ke atas: dikira sangat baik untuk analisis dan laporan

Bagi kaedah survei secara temubual adalah melibatkan pengkaji dan enumerator (iaitu
orang yang dilatih dan diupah untuk mengumpulkan data). Terdapat peranan
penemubual yang perlu ditekankan dalam kaedah ini di mana satu panduan temubual
mengunakan borang soal selidik hendaklah dibangunkan. Semua penemubual
(enumerator) hendaklah diberi latihan yang sama akan cara untuk mentadbir soal selidik
yang dibangunkan. Pengkaji perlu membuat penerangan tentang tujuan dan objektif
kajian, penggunaan instrumen kajian dan memastikan setiap borang soal selidik
dilengkapkan oleh enumerator sebelum meninggalkan kawasan lapangan. Borang soal
selidik yang ditadbir oleh enumerator hendaklah dilabelkan supaya pengkaji boleh
mengawal jumlah responden yang diperlukan dan tiada pertindihan dalam menjawab
borang soal selidik.

67
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Selain itu, kaedah survei boleh dilakukan menggunakan telefon atau email. Kedua-
duanya memerlukan komitmen pengkaji untuk memastikan maklumat asas responden
dapat diperolehi terlebih dahulu iaitu nama, no telefon dan alamat email. Sekiranya
tiada maklumat asas ini, kaedah survei yang lain harus digunakan. Sama seperti kaedah
survei melalui temubual, pengkaji perlu membangunkan satu panduan menemubual
yang standard supaya kaedah pengumpulan data adalah konsisten. Kadar respon juga
perlu dititiberatkan supaya jumlah responden adalah memadai untuk tujuan analisis dan
perlaporan data. Bagi kaedah survei dalam talian, pengkaji boleh menggunakan perisian
applikasi survei yang percuma secara online seperti Survey Monkey dan lain-lain lagi.

Jadual 4.10 di bawah menerangkan tentang perbandingan beberapa kaedah survei dari
aspek kekuatan dan kelemahan setiap kaedah yang dipilih. Bagi kaedah survei yang
ditadbir sendiri oleh responden dikira paling murah dan cepat berbanding kaedah survei
secara bersemuka. Ianya paling popular dikalangan pelajar kerana tidak melibatkan kos
yang tinggi dalam pengumpulan data. Selain itu, jika anda menggunakan survei secara
surat menyurat, telefon dan email ia melibatkan kos yang lebih tinggi dengan kadar
respon yang rendah.

Jadual 4.9 Perbandingan pelbagai kaedah survei


Asas Survei secara Survei secara Survei melalui
Perbandingan tadbir-sendiri temubual telefon, surat,
email
Kos Paling murah kerana Paling mahal kerana Mahal kerana kos
pengkaji tidak perlu kos perjalanan pengurusan untuk
pergi-balik untuk pengkaji dan bil telefon, setem,
mengumpul data menggunakan tenaga sampul surat dan bil
manusia internet
Keupayaan Rendah kerana Tinggi kerana Sederhana kerana
untuk prob pengkaji tidak penemubual boleh pengkaji boleh
soalan yang semestinya berada bertanya dan beberapa kali
lebih semasa proses tunjukkan apa-apa menghubungi
kompleks menjawab borang bahan bantuan responden untuk
soal selidik kepada responden mendapatkan
maklumbalas
Peluang untuk Rendah kerana Sederhana kerana Tinggi kerana
hasil yang bias borang soal selidik suara dan ayat ekpresi suara dan
dilengkapkan sendiri pengkaji boleh wajah penemubual
oleh responden mempengaruhi boleh
responden

68
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

mempengaruhi
responden
Kerahsiaan Tinggi kerana tiada Sederhana kerana Sederhana kerana
responden maklumat peribadi maklumat peribadi perjumpaan secara
yang lengkap seperti nama, bersemuka
diperlukan dan alamat, no telefon
dikira sulit dan email

B) Pengumpulan Data Sekunder

Selain dari kaedah survei, pengkaji juga boleh menggunakan kaedah analisis data
sekunder (secondary data analysis) iaitu bagi mengumpulkan data-data sekunder.
Kaedah ini juga amat popular dalam penyelidikan kerja sosial kerana pengkaji boleh
melihat trend semasa berdasarkan statistik, rekod dan maklumat tentang subjek kajian
yang ingin dikaji. Terdapat tiga kaedah yang boleh digunakan dalam mendapatkan data
sekunder iaitu analisis sekunder, analisis kandungan dan analisis sejarah.

Bagi analisis sekunder, pengkaji boleh menggunakan sumber-sumber data yang telah
dikumpulkan oleh pengkaji terdahulu untuk dianalisis semula menggunakan
pengukuran yang baru. Ini penting kerana semua pengkalan data yang ada berpotensi
dianalisis semula mengikut keperluan semasa. Walau bagaimanapun, pemilihan
analisis hendaklah bersandarkan kepada persoalan dan objektif kajian yang baru.
Sumber-sumber data yang boleh dicapai adalah dari laporan penyelidik di university,
agensi kerajaan, agensi perkhidmatan kemanusiaan, United Nation dan pertubuhan-
pertubuhan professional yang lain.

Bagi analisis kandungan pula, pengkaji mentransformasi data kualitatif kepada data
kuantitatif. Sebagai contohnya, pengkaji menggunakan sumber data kualitatif iaitu
vervatim untuk melihat kekerapan sesuatu kata kunci itu. Ia digunakan untuk
mengambarkan frekuensi sesuatu hasil yang dianalisis secara kuantitatif. Selain itu,
data temubual atau rakaman suara atau video juga boleh dianalisis untuk mendapatkan
frekuesi sesuatu tema itu berulang dan diberikan peratusan mengikut keperluan objektif
kajian. Analisis kandungan mempunyai impak besar kepada praktis kerja sosial secara
langsung dalam membuat kerja kes (casework) atau sesi terapi bersama klien (Fischer
1978). Ini kerana rekod kerja kes atau sesi tersebut boleh dianalisis secara kuantitatif
bukan sekadar kualitatif.

69
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Di samping itu, analisis sejarah turut boleh digunakan dalam analisis data sekunder di
mana pengkaji boleh membuat perbandingan data dalam siri masa yang berbeza-beza
asalkan rekod maklumat adalah sama dari segi pembolehubah yang dikumpulkan. Ia
juga dikenali sebagai sorotan literatur menggunakan kata kunci yang sama. Analisis
sejarah boleh digunakan untuk memformulasi semula hipotesis kajian yang telah dibuat
oleh pengkaji terdahulu dengan merujuk kepada sumber literatur yang terkini dan lepas.
Kadang-kala kaedah analisis sejarah ini dikenali sebagai systematic review. Ia satu
kaedah meninjau literature yang terdapat dalam pengkalan data tertentu dan dianalisis
untuk mengemaskini garis panduan praktis supaya pengubal polisi berupaya memilih
praktis terkini yang ternyata keberkesanannya.

4.10 Proses Pengumpulan Data


Proses pengumpulan data adalah bergantung kepada objektif kajian. Pengkaji
hendaklah memastikan jenis data yang ingin dikumpulkan. Dengan memilih jenis data,
pengkaji turut akan memilih kaedah pengumpulan data yang spesifik. Selepas itu,
pengkaji perlulah membangunkan satu leaflet atau risalah mengenai kajian
penyelidikan yang dijalankan. Dalam leaflet tersebut, pengkaji akan menerangkan latar
belakang kajian, objektif kajian dan bagaimana proses penggunaan data responden
dapat dijaga. Dalam penyelidikan kerja sosial, semua maklumat yang dikumpulkan
diklasifikasikan sebagai sulit dan hanya boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan dan
pendidikan sahaja dengan syarat maklumat peribadi responden di anonymous.

Bagi memastikan maklumat penyelidikan dan etika kajian ini difahami oleh responden,
pengkaji digalakkan untuk membuat satu borang kebenaran kajian (informed consent)
yang perlu ditanda tangani oleh responden sebagai tanda mereka faham dan bersetuju
untuk menjadi responden kajian. Walau bagaimanapun, pengkaji juga boleh mendapat
informed consent secara verbal dan tidak semestinya bertulis. Proses ini perlu
dinyatakan di bahagian etika penyelidikan di bab metodologi kajian.

Sebelum pengkaji turun ke lapangan, pengkaji digalakkan supaya mendapat kebenaran


bertulis daripada pihak agensi yang berkaitan di mana data tersebut dikumpulkan.
Pengkaji boleh menulis surat kepada agensi terbabit untuk mendapatkan kebenaran

70
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

agensi tersebut. Terdapat agensi yang tidak membenarkan sebarang kajian dilakukan
tanpa ada surat kebenaran agensi atau organisasi yang bertanggungjawab. Sekali lagi,
ia bergantung kepada sejauh mana sensitiviti data yang dikumpulkan daripada
responden.

Selepas mendapat surat kebenaran agensi, pengkaji boleh terus membuat kerja lapang
samada dengan mengedarkan borang soal selidik kepada responden atau pergi merujuk
sumber-sumber data yang terkumpul di setiap agensi terbabit. Kemudian pengkaji
dikehendaki mengumpul semula borang soal-selidik atau data sekunder yang diperolehi
dan disimpan dengan selamat. Semasa proses penyimpanan, pastikan maklumat sulit
responden tidak didedahkan kepada pihak lain dan hanya digunakan untuk tujuan
penyelidikan dan pendidikan sahaja.

Semua data kuantitatif yang dikumpulkan terutamanya data dari borang soal selidik
boleh diuruskan dengan memasukkan data tersebut ke dalam perisian IBM SPSS bagi
memudahkan proses analisis data. Proses pengumpulan data boleh berlaku dalam satu
tempoh masa tertentu dan dinyatakan tempoh tersebut di dalam prosedur pengumpulan
data kajian di bab metodologi nanti. Berikut adalah Jadual berkaitan proses
pengumpulan data yang perlu dipaparkan dan dihuraikan secara ringkas dalam sub
penerangan bahagian ini.

71
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Jadual 4.10 : Ringkasan Proses Pengumpulan Data di Lapan Buah Pusat Serenti

Mohon Kebenaran Ketua Pengarah AADK

LULUS

Menghubungi/ Temujanji - Komanden Pusat Serenti


(penetapan tarikh pengumpulan data)

Dibantu Ketua Kaunselor & Pegawai Pusat

Beri taklimat kepada Ketua Kaunselor


& Pegawai Pusat

Responden boleh membaca Responden tidak boleh membaca

Menjawab secara sendirian & Pegawai Pusat membantu


diawasi oleh Penyelidik membacakan satu persatu soalan &
diawasi oleh Ketua Kaunselor

Pengembalian borang soal


selidik

Pemeriksaan pada borang


soal selidik

Tidak lengkap? Lengkap?

Terima

n = 400

72
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

4.11 Analisis Data


Analisis data adalah sangat penting dalam sesebuah kajian. Bagi penyelidikan
kuantitatif dalam bidang kerja sosial, secara umumnya dua bentuk analisis yang
dilakukan iaitu analisis deskriptif dan analisis inferensi. Semua analisis yang hendak
dijalankan hendaklah dipetakan kesesuaiannya dengan objektif kajian. Dari peringkat
awal lagi, para pengkaji sudah boleh menilai jenis analisis yang akan digunakan dalam
penyelidikan mereka.

a. Analisis Deskriptif
Analisis deskriptif yang dilakukan adalah bertujuan untuk mendapatkan bilangan
atau kekerapan atau juga disebut sebagai frekuensi tentang maklumat latar belakang
responden yang dikumpulkan. Selain itu, analisis deskriptif menggunakan
peratusan turut dilakukan ke atas data frekuensi tersebut. Pada kebiasaanya,
pengkaji meletakkan analisis deskriptif di awal bab hasil untuk menceritakan latar
belakang responden atau untuk membentuk profil responden kajian. Di samping itu,
pengkaji juga boleh membuat analisis deskriptif iaitu frekuensi dan peratusan ke
atas kecendurungan respon responden mengikut item dan skala yang ditetapkan
dalam instrumen kajian.

Data deskriptif boleh dipersembahkan dalam bentuk jadual atau rajah mengikut
kesesuaian pembolehubah yang dikaji. Pengkaji digalakkan membuat variasi
kepada persembahan data deskriptif supaya menampakkan keupayaan pengkaji
dalam kemahiran analisis data deskriptif. Dalam penyelidikan kerja sosial, pengkaji
boleh membuat rajah atau geraf mengikut maklumat latar belakang responden yang
bersesuaian.

b. Analisis Inferensi
Namun begitu, sebelum analisis inferensi dilakukan, pengkaji hendaklah
memastikan dahulu jenis data yang dikumpulkan supaya memudahkan jenis analisis
yang hendak dipilih. Menurut Chua Yan Piaw (2011) terdapat dua bentuk data
kuantitatif iaitu data nominal atau ordinal dan data selang atau nisbah. Sila rujuk
Rajah 4.12.

73
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Ujian Khi Kuasa Dua


(untuk kebagusan),
Satu pembolehubah
Ujian Mann-Whitney
bebas
dan Ujian Kruskal-
Wallis H
Perbezaan

Dua pembolehubah Ujian Khi Kuasa Dua


bebas (untuk kebebebasan)
Norminal/ Ordinal
Ujian Spearman rho
(ordinal-ordinal), Phi,
Cramer, Lambda
Perhubungan
(nominal-nominal)
atau Rank-biserial
(nominal-ordinal)

Jenis Data
Satu pembolehubah
bebas dengan dua Ujian t
kumpulan
Perbezaan
Satu pembolehubah
bebas dengan banyak Ujian ANOVA
kumpulan
Selang/ Nisbah
Satu pembolehubah
Ujian Korelasi Parson
bebas
Perhubungan
Dua atau lebih Ujian Regrasi
pembolehubah bebeas Pelbagai

Rajah 4.12: Jenis Skala Pengukuran dan jenis analisis yang sesuai

Analisis perbezaan antara kumpulan boleh digunakan bagi menganalisis data dari skala
Likert. Bagi data skala ordinal, di antara analisis yang biasa digunakan adalah ujian Khi
Kuasa Dua, ujian Mann-Whitney U dan Ujian Kruskal-Wallis H (Rajah 4.12).
Sekiranya data skala pilihan samada selang atau nisbah digunakan, pengkaji boleh
menggunakan ujian-t atau ujian ANOVA untuk melihat perbezaan antara kumpulan.

Analisis perhubungan di antara satu pembolehubah dengan pembolehubah lain boleh


juga dibuat berdasarkan jenis data yang dikumpulkan dalam skala Likert. Sekiranya
pengkaji menggunakan data ordinal tetapi ingin melihat perhubungan, maka pengkaji
boleh menggunakan ujian Spearman rho, Phi Cramer, Lambda atau Rank-biserial. Bagi
data nisbah dalam skala pengukuran, pengkaji boleh menggunakan Ujian Korelasi

74
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Pearson atau Ujian Regresi Pelbagai. Sila rujuk Rajah 4.12 untuk syarat analisis data
kuantitatif.

4.12 Rumusan
Secara keseluruhannya, bab ini telah menerangkan tentang penggunakan metod
kuantitatif dalam penyelidikan kerja sosial. Pengkaji boleh menulis bab metodologi
bagi tesis atau kertas projek masing-masing mengikut sub-topik yang dibincangkan
dalam bab ini. Setiap komponen dalam bab ini adalah penting dan perlu dinyatakan
dalam penulisan bab. Pastikan pengkaji membuat semakan bahawa rekabentuk kajian
dengan pemilihan sampel sehinggalah pengumpulan dan analisis data adalah seiring.
Jika tidak, pengkaji mungkin akan menghadapi kesilapan dalam memilih analisis data
yang tepat. Sebaiknya, pengkaji telah pun berupaya menjangkakan jenis analisis data
yang akan dilakukan semasa membangunkan objektif kajian.

75
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Rujukan
Ary, D., Jacobs, L.C., & Razavieh, A. (2002). Introduction to Research in Education
Sixth Edition). Belmont: Wadsworth/Thomson Learning.
Chua Yan Piaw. (2011). Kaedah Penyelidikan: Edisi Kedua. Mc Graw Hill
Education, Selangor
Cohen, L., Manion, L. & Morrison, K. (2001). Research Methods In Education (5th
ed.). London: Routledge Falmer.
Fischer, J. (1973). “Is Social Work Effective: A Review”,” Social Work, 18(1), 5-20.
Krejic, R.V., & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research
activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 608.
Mohd Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai Johor: UTM
Noraini Idris. (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Edisi Kedua. Mc Graw Hill
Education, Selangor.
Rubin, A., & Babbie, E. R. (2017). Research methods for social work. Boston, MA :
Cengage Learning.
Sabitha Marican. (2006). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya,
Selangor: Pearson Prentice Hall.

76
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

BAB 3B
METOD KAJIAN KUALITATIF
Aizan Sofia Amin, Ezarina Zakaria dan Norulhuda Sarnon

3.0 Pengenalan
Bab ini menerangkan tentang metod kajian kualitatif meliputi rekabentuk kajian, lokasi
kajian, persampelan kajian, etika penyelidikan, kaedah pengumpulan data, analisis data
serta kebolehpercayaan dan kredibiliti kajian. Metod kajian kualitatif berbeza dengan
kajian kuantitatif dan bab ini memberi panduan bagaimana cara untuk menulis dan
menjalankan kajian kualitatif.

3.1 Rekabentuk Kajian Kualitatif


Bagi pengkaji yang menjalankan kajian menggunakan pendekatan kualitatif, terdapat
lima reka bentuk utama yang perlu diberi perhatian iaitu reka bentuk naratif,
fenomenologi, grounded theory, etnografi dan kajian kes. Walau bagaimanapun,
pengkaji hanya digalakkan menggunakan satu sahaja reka bentuk bagi lebih mendalami
dan memahami proses keseluruhan kajian dijalankan. Bahagian ini membentangkan
ciri-ciri lima reka bentuk kajian kualitatif dalam satu rajah mudah bagi memandu
pengkaji memahami dengan lebih jelas perbezaan antara reka bentuk.

77
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

i. Kajian Naratif

Temu bual
Meneroka cerita hidup Kaedah Analisa dokumen (diari,
Fokus
individu pengumpulan data surat, gambar, pengenalan
yang utama diri formal)

Pernyataan masalah Analisis data


Keperluan menceritakan yang sesuai Reka bentuk
pengalaman peribadi menggunakan reka Kajian Naratif Analisis kepada cerita
individu bentuk kajian naratif i.penceritaan semula
ii. membangunkan tema
iii. mengutamakan kronologi
cerita
Latarbelakang
disiplin asas
Penulisan
Laporan
Unit analisis Kajian
Antropologi, Sastera
Sejarah, Psikologi
Sosiologi Menulis naratif tentang cerita
Mengkaji satu atau hidup individu yang dikaji –
beberapa individu/tokoh biografi, autobiografi, sejarah
hidup, sejarah lisan

78
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

i. Kajian Kes

Temu bual
Pengenalan dan analisis Pemerhatian
Fokus Kaedah Analisis Dokumen
lengkap bagi satu kes
pengumpulan data
atau beberapa kes Analisis artifak

Analisis data
Pernyataan masalah
Keperluan memahami yang sesuai Reka bentuk Analisis data dengan
sesuatu kes atau menggunakan reka Kajian Kes membuat deskripsi kepada
beberapa kes secara bentuk kajian kes kes, kenalpasti tema kes
mendalam tunggal dan kenalpasti tema
yang timbul daripada silang
kes (beberapa kes)
Latarbelakang
disiplin asas

Unit analisis Penulisan Laporan


Psikologi, Undang-undang Kajian
Sains politik, Perubatan Mengkaji peristiwa, program,
aktiviti yang berlaku atau Melaporkan analisis
dijalankan oleh sebilangan lengkap satu atau
beberapa kes
individu

79
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

i. Reka bentuk Grounded Theory

Temu bual antara 20


Membangunkan teori
Kaedah hingga 60 orang informan
menerusi data yang Fokus
pengumpulan data kajian
dikutip dari lapangan

Pernyataan masalah Analisis data


Membentuk teori yang sesuai
Reka bentuk
menggunakan menggunakan reka Grounded Analisis data secara
perspektif atau bentuk grounded theory Theory open coding, axial
pandangan informan coding dan selective
yang dikaji coding

Latarbelakang Penulisan
Sosiologi disiplin asas Unit analisis Laporan Kajian

Mengkaji proses, Melaporkan teori yang


tindakan atau interaksi dihasilkan/ilustrasi dalam bentuk
melibatkan ramai rajah. Huraian tentang makna atau
individu
hubungan antara data

80
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

i. Reka bentuk Etnografi

Membuat interpretasi dan Pemerhatian turut serta


Fokus Kaedah
menerangkan tentang budaya yang Pemerhatian tidak turut serta
pengumpulan data
dikongsi oleh kumpulan atau Temu bual
komuniti

Analisis data
Pernyataan masalah
yang sesuai Reka bentuk
Keperluan untuk membuat menggunakan reka Etnografi Analisis tema yang muncul tentang
deskripsi dan interpretasi bentuk etnografi kumpulan yang dikaji
tentang pola budaya Membuat deskripsi tentang
kumpulan atau komuniti perkongsian budaya dalam
kumpulan

Penulisan Laporan
Latarbelakang Unit analisis Kajian
disiplin asas
Mengkaji kumpulan dan Melaporkan fungsi budaya serta
Antropologi komuniti yang berkongsi bagaimana perkongsian budaya
Sosiologi budaya berlaku dalam kumpulan atau
komuniti

81
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

i. Reka bentuk Fenomenologi

Kaedah utama adalah temu bual


individu
Memahami asas kepada Kaedah
Fokus Pengkaji boleh juga menggunakan
sesuatu pengalaman pengumpulan data
kaedah pemerhatian dan analisa
dokumen

Analisis data
Pernyataan masalah
keperluan menerangkan yang sesuai
menggunakan reka
Reka bentuk
intipati atau asas sesuatu Analisis pernyataan signifikan,
fenomena hidup yang bentuk fenomenologi Fenomenologi analisis makna, membuat
berlaku deskripsi tekstural dan
struktural, deskripsi kepada
asas atau intipati pengalaman
berhadapan fenomena
Latarbelakang
disiplin asas

Unit Penulisan
Ilmu Falsafah Laporan Kajian
Psikologi analisis
Mengkaji sekumpulan individu yang
Pendidikan
berhadapan dengan pengalaman Menerangkan intipati
serupa tentang sesuatu peristiwa pengalaman berhadapan
atau fenomena fenomena

82
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

3.3 Lokasi Kajian


Bahagian ini menerangkan tentang lokasi di mana kajian dilakukan. Ia perlu dinyatakan
secara terperinci dan bagaimana pemilihan lokasi dilakukan. Berikan justifikasi yang
sesuai dengan persoalan dan skop kajian. Pemilihan lokasi kajian bagi penyelidikan
kualitatif bergantung kepada persoalan dan fokus kajian. Bagi sesetengah kajian, latar
atau lokasinya adalah spesifik (spesifik-latar). Maksudnya, dalam persoalan kajian
telah dinyatakan secara spesifik tempat kajian akan dijalankan (Othman, 2015).
Contohnya, apakah cabaran yang sering dihadapi oleh pekerja sosial yang bertugas di
agensi swasta? Jadi, kajian ini menumpukan kepada pekerja sosial yang bertugas di
agensi swasta berbanding agensi kerajaan. Pengkaji boleh menetapkan beberapa agensi
swasta yang ingin dikaji atau lokasi khusus seperti di sesebuah agensi, negeri atau
daerah.

Manakala bagi sesetengah kajian pula telah menyatakan persoalan kajian secara lebih
terperinci lagi tentang tempat khusus yang ingin dikaji. Contohnya, apakah cabaran
yang sering dihadapi oleh pekerja sosial di Agensi ABC? Maka, kajian ini hanya akan
melibatkan pekerja sosial yang bertugas di Agensi ABC. Namun, sesetengah kajian
pula mempunyai persoalan kajian yang agak umum. Contohnya, apakah pandangan
masyarakat setempat terhadap hukuman rotan di sekolah? Persoalan ini lebih terbuka
dan memberi ruang kepada pengkaji untuk memilih latar atau lokasi kajian yang
bersesuaian dengan skop kajian.

Lokasi kajian juga bergantung kepada pemilihan sampel kajian. Menurut Merriam
(2001) dan Othman (2015), pengkaji boleh bertanyakan beberapa soalan dalam
menentukan pemilihan sampel kajian:
i. Di mana pemerhatian/kajian dibuat?
ii. Bila pemerhatian/kajian akan dibuat?
iii. Siapa yang akan diperhatikan/dikaji?
iv. Apa yang akan diperhatikan/dikaji?
v. Sampel mudah diakses dan dihubungi

83
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

vi. Pengkaji mudah untuk membina hubungan percaya mempercayai dengan


sampel kajian
vii. Kualiti dan kredibiliti data dapat dipastikan

Tips: Elakkan daripada pernyataan yang menunjukkan seolah-olah pengkaji mengambil


mudah akan pemilihan lokasi kajian. Contohnya, pengkaji menyatakan lokasi kajian dipilih
atas faktor ia berdekatan dengan rumah atau tempat belajar pengkaji. Pastikan pemilihan
lokasi kajian mempunyai justifikasi yang kukuh dan memenuhi persoalan serta skop kajian.

3.4 Persampelan Kajian


Bahagian ini menerangkan secara terperinci siapa atau apa sampel yang terlibat dalam
kajian. Jenis persampelan dan strategi pemilihan sampel perlu dihuraikan dalam bahagian
ini termasuk saiz sampel dan bagaimana sampel kajian dicapai (didapati).

Kajian kualitatif menumpukan kepada pemahaman mendalam tentang isu yang dikaji
(Liamputtong, 2014). Oleh itu, fokus kajian adalah bergantung kepada informan yang boleh
memberikan banyak huraian tentang pengalaman mereka berpandukan kepada sesuatu isu
atau fenomena yang dikaji. Kajian kualitatif tidak mementingkan jumlah atau bilangan
sampel yang terlibat tetapi lebih menumpukan kepada “kekayaan” pengalaman yang
dikongsikan oleh informan kajian. “Penyelidik kualitatif melihat sampel untuk makna,
bukan fekuensi. Kita bukannya berminat dengan berapa banyak, atau berapa bilangan, tetapi
dalam apa” (Morse 2006: 530). Kaedah kualitatif meletakkan penekanan utama pada
ketepuan (iaitu, mendapatkan pemahaman yang komprehensif dengan meneruskan sampel
sehingga tiada maklumat substantif baru diperoleh) (Miles & Huberman, 1994). Sampel
kajian boleh terdiri daripada manusia atau tempat atau latar kajian (Othman 2015).

Tips: Bagi kajian kualitatif, sampel yang terdiri daripada manusia selalunya disebut
sebagai informan atau peserta kajian. Berbeza dengan kajian kuantitatif, sampel kajian
selalunya disebut sebagai responden atau subjek kajian.

84
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Terdapat dua jenis persampelan dalam kajian kualitatif iaitu persampelan bertujuan dan
persampelan mudah. Persampelan bertujuan adalah kaedah pemilihan sampel yang
memfokuskan kepada individu-individu khusus, kejadian, atau persekitaran yang
mempunyai ciri-ciri yang relevan dengan persoalan kajian. Manakala persampelan mudah
pula merujuk kepada kaedah pemilihan sampel yang senang didapati dan sanggup untuk
menyertai kajian tanpa terikat dengan ciri-ciri khusus yang ditetapkan (Liamputtong,
2014). Bagi persampelan bertujuan, terdapat tiga strategi yang dicadangkan oleh Patton
(2002) dan Teddlie dan Yu (2007) seperti jadual berikut:

Strategi Persampelan Bertujuan Teknik

1. Teknik Persampelan Perwakilan i. Persampelan kes tipikal


atau Perbandingan ii. Persampelan kes ekstrem atau kes
melencong
iii. Persampelan intensiti
iv. Persampelan variasi maksimum
v. Persampelan seragam
2. Teknik Persampelan Istimewa/Unik i. Persampelan kes pendedahan
ii. Persampelan kes kritikal
iii. Persampelan kriteria
3. Teknik Persampelan Berurutan i. Persampelan oportunis
ii. Persampelan kes-kes pengesahan dan
tidak mengesahkan
iii. Persampelan bola salji
iv. Persampelan teoretikal

Tips: Kajian kualitatif boleh (dan selalunya) menggunakan lebih daripada satu teknik
persampelan bertujuan dalam sesebuah penyelidikan kerana isu-isu yang dikaji kompleks
dan memerlukan lebih sampel untuk mendapatkan data yang kaya dan mendalam
(Liamputtong, 2014).

85
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

3.4.1 Strategi Capaian Sampel


Sampel kajian boleh dicapai melalui beberapa cara seperti:
i. Pemimpin komuniti
ii. Penjaga kepentingan (gatekeepers) seperti NGO, agensi kerajaan, ibu bapa,
penjaga, sekolah, rumah perlindungan, pakar perubatan dan pihak-pihak
lain yang menjaga kepentingan sampel kajian.
iii. Informan kajian melalui teknik persampelan bola salji
iv. Pengiklanan di tempat-tempat khusus (pusat kesihatan, hospital, pusat
membeli-belah, universiti dan lain-lain tempat yang sesuai dengan skop
kajian) atau melalui iklan cara khusus (radio, internet, surat khabar, media
sosial dan lain-lain medium pengiklanan)

Tips: Penyertaan informan dalam kajian adalah secara sukarela dan tanpa paksaan daripada
mana-mana pihak termasuk pihak penjaga kepentingan yang mungkin mempunyai autoriti
ke atas sampel kajian. Pengkaji perlu memastikan tidak ada sebarang paksaan atau tekanan
diberikan ke atas informan kajian untuk terlibat dalam penyelidikan.

3.4.2 Saiz sampel


Bahagian ini perlu menghuraikan berapa bilangan sampel yang terlibat dan
apakah justifikasi bagi pemilihan saiz sampel tersebut.

Kajian kualitatif tidak menekankan kepada berapa besar saiz sampel tetapi kepada
kekayaan dan kedalaman data bagi topik yang dikaji. Tidak ada set formula
khusus yang digunakan untuk menentukan saiz sampel bagi kajian kualitatif
(Patton 2002). Pemilihan sampel dan analisis data adalah beterusan sehingga
sampai kepada tahap ketepuan data. Maksudnya, pengkaji akan terus menambah
sampel kajian sehingga mendapati tidak ada lagi maklumat baru yang ditemui
tanpa bertindan dengan maklumat yang telah diperoleh daripada sampel-sampel
sebelumnya (Glaser & Strausss 1967; Guba 1978). Selain itu, terdapat beberapa
faktor lagi yang boleh dipertimbangkan dalam menentukan saiz sampel seperti

86
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

skop penyelidikan, sifat isu penyelidikan, sumber penyelidikan, metodologi dan


kaedah kajian yang digunakan (Carpenter & Suto 2008).

Sesetengah pengkaji ada mencadangkan beberapa panduan untuk menentukan saiz


sampel kajian. Contohnya bagi kajian fenomenologi, Creswell (1998) mencadangkan
saiz sampel di antara 5 – 25 dan Morse (1994) mencadangkan sekurang-kurangnya 6.
Manakala bagi kajian etnografi, Morse (1994) mencadangkan dalam 30 – 50 informan.
Bagi kajian grounded theory pula Morse (1994) mencadangkan sebanyak 30 – 50 temu
bual, sementara Creswell (1998) mencadangkan hanya 20 – 30. Cadangan-cadangan
ini boleh membantu pengkaji menentukan jumlah saiz sampel tetapi ia hanya sekadar
panduan. Aspek yang paling penting dalam menentukan saiz sampel bagi kajian
kualitatif adalah apabila ketepuan data dapat dicapai.

3.5 Etika Penyelidikan


Etika penyelidikan perlu dibincangkan secara terperinci dalam bahagian ini untuk
menunjukkan bahawa kajian kualitatif yang dijalankan adalah baik, sah dan boleh
dipercayai. Antara etika kerja lapangan yang perlu ditekankan adalah mendapat
persetujuan termaklum (informed consent) dan kerahsiaan (confidentiality) (Smith
1980). Persetujuan termaklum perlu diperoleh daripada sampel kajian – persetujuan
informan untuk terlibat dalam kajian perlu diberikan secara sukarela dan tanpa
sebarang paksaan atau tekanan daripada mana-mana pihak termasuk penyelidik sendiri.
Persetujuan termaklum boleh diperoleh secara lisan (verbal) atau secara bertulis.
Walaubagaimanapun, persetujuan secara bertulis lebih digalakkan berbanding secara
lisan agar rekod persetujuan informan dapat didokumenkan. Bagi kerahsiaan pula, ia
amat penting untuk dipelihara bagi melindungi maklumat peribadi informan kajian
daripada diketahui oleh pihak yang tidak berkaitan selain daripada penyelidik.
Maklumat seperti nama sebenar, alamat rumah atau tempat kerja dan maklumat-
maklumat peribadi yang sulit tidak boleh didedahkan tanpa persetujuan informan
kajian.

87
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

3.4.3 Kebenaran Menjalankan Kajian


Dalam bahagian etika kajian, perlu dinyatakan secara jelas bagaimana kebenaran
menjalankan kajian di peroleh dan daripada pihak mana ia diperoleh untuk
menunjukkan transparensi pengumpulan data kajian.

Setiap penyelidikan perlu mendapatkan kebenaran untuk menjalankan kajian.


Kebenaran untuk menjalankan kajian boleh dimohon sama ada daripada
jawatankuasa etika penyelidikan sesebuah institusi atau agensi, agensi kerajaan
atau swasta yang menjadi penjaga kepentingan (gatekeepers) sampel kajian, atau
institusi pengajian penyelidik. Contohnya, penyelidik di Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) yang ingin menjalankan kajian melibatkan manusia sebagai
sampel kajian, perlu mendapatkan kebenaran menjalankan kajian daripada
Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM (Manusia) atau daripada pihak Fakulti.
Sekiranya kajian tersebut melibatkan sampel yang berada di bawah jagaan mana-
mana agensi kerajaan atau swasta misalnya, penyelidik perlu mendapatkan
kebenaran daripada agensi tersebut juga sebelum menjalankan kajian. Contohnya:
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia,
Kementerian Kesihatan Malaysia, pihak sekolah yang terlibat, NGO, atau rumah-
rumah perlindungan yang berkenaan.

3.4.4 Penyimpanan Rekod Kajian


Penerangan tentang bagaimana rekod kajian perlu diberikan dalam bahagian etika
penyelidikan. Semua bahan-bahan dan rekod kajian yang sulit seperti rakaman
audio temu bual, transkrip temu bual, persetujuan termaklum (informed consent),
laporan atau profil informan dan lain-lain yang berkaitan perlu disimpan di tempat
yang selamat dan tidak boleh di akses oleh orang lain selain daripada penyelidik.
Kerahsiaan dan identiti setiap informan perlu dipastikan terpelihara. Tempoh
penyimpanan semua rekod dan dokumen sulit informan perlu dinyatakan secara
jelas dalam bahagian etika penyelidikan dan terangkan bagaimana ia dilupuskan.

88
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

3.6 Kaedah Pengumpulan Data


Bahagian ini perlu menjelaskan bagaimana kutipan data dijalankan oleh pengkaji.
Kaedah pengumpulan data perlu ditulis dengan terperinci agar pembaca dapat
memahami proses bagaimana data diperolehi. Proses pengumpulan data kualitatif
sangat berkait rapat dengan falsafah penyelidikan dan andaian pengkaji terhadap dunia
sosial iaitu aspek antologi dan epistimologi. Oleh itu, adalah sangat baik jika pengkaji
dapat mengaitkan justifikasi memilih kaedah pengumpulan data dengan andaian
tentang falsafah penyelidikan.

Sebelum melaksanakan kutipan data, pengkaji perlu memikirkan apakah sumber data
yang ada dan boleh diperolehi bagi menjawab persoalan atau mencapai objektif kajian
yang telah ditetapkan. Ini bagi memastikan kelancaran proses pengumpulan data agar
tidak bermasalah kemudiannya terutama dalam aspek bilangan informan yang
mencukupi untuk mencapai ketepuan data. Sifat data kualitatif yang menggunakan
sampel dengan kriteria tertentu, dokumen/kumpulan yang sensitif atau sukar
diperolehi, dan maklumat yang dikaji secara mendalam, memerlukan pengkaji untuk
berhati-hati dengan kaedah yang dipilih bagi memastikan kebolehcapaian
mendapatkan informan dan sempadan agar tidak menyalahi etika penyelidikan.

Tips:
Beberapa persoalan yang perlu difikirkan untuk memilih kaedah pengumpulan data;
 Bagaimana untuk mendapatkan informan yang mempunyai cukup pengalaman
bagi isu yang akan dikaji?
 Bagaimana dokumen-dokumen yang ingin dikaji itu akan diperolehi?
 Apakah risiko memperolehi data melalui informan atau dokumen yang ingin
dikaji?
 Adakah sebarang kesukaran etika dalam mendapatkan sumber data tersebut?

89
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Persoalan-persoalan tersebut akan memandu pengkaji untuk memikirkan pilihan bagi


memperolehi data kajian supaya data mampu dijana dengan baik. Sekiranya pengkaji
menggunakan pelbagai sumber dalam mengkaji set isu yang sama, maka ia boleh dianggap
sebagai triangulasi dan boleh meningkatkan kesahan kajian. Proses pengumpulan yang
dilakukan secara sistematik juga akan membantu meningkatkan trustworthiness data
kajian. Menurut Creswell (2018) empat kaedah yang biasa digunakan dalam pengumpulan
data ialah;
i) temu bual
ii) pemerhatian
iii) dokumen dan
iv) audiovisual

Manakala Mason (2018) pula menggabungkan kaedah dokumen dengan kaedah visual,
menjadikan hanya tiga kaedah utama dalam pengumpulan data iaitu temu bual,
pemerhatian dan dokumen/visual. Pengkaji boleh memilih sama ada menggunakan satu
kaedah pengumpulan data, atau kombinasi kaedah, atau mengambilkira dapatan daripada
satu kaedah untuk digunakan kepada kaedah yang lain berdasarkan keperluan untuk
menjawab persoalan kajian. Sebagai contoh, pengkaji ingin memahami fenomena
berkaitan gelandangan. Maka untuk mencapai objektif kajian, pengkaji memilih
melakukan beberapa siri pemerhatian ke atas informan yang terdiri daripada gelandangan
untuk mengenal pasti aktiviti harian, amalan dan tingkah laku mereka. Oleh itu bagi
memahami dengan lebih mendalam berkaitan hasil dapatan pemerhatian terhadap
gelandangan itu, maka temu bual semi-struktur turut dilakukan. Namun, walau apapun
kaedah yang pengkaji pilih, adalah penting untuk memastikan kaedah tersebut dapat
menjana data yang akan membantu menjawab persoalan kajian (Willig, 2008).

3.6.1 Temu bual


Jika pengkaji memilih kaedah temu bual, ia perlu ditulis dengan terperinci rasional kaedah
ini dipilih dan bagaimana temu bual dijalankan. Pengkaji juga perlu menerangkan apakah
jenis tembual sama ada berstruktur, separa struktur atau tidak berstruktur. Temu bual
adalah interaksi aktif antara dua orang atau lebih untuk memandu perbincangan hasil

90
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

berasaskan konteks kajian (Silverman, 1993). Temu bual dalam kajian kualitatif bertujuan
untuk memahami peserta daripada terma mereka sendiri dan bagaimana mereka memberi
makna ke atas kehidupan, pengalaman serta proses kognitif (Brenner, 2006). Oleh sebab
itu Yin (2011) dan Mason (2018) menggunakan terma ‘temu bual kualitatif’ yang
menggambarkan temu bual yang dilakukan biasanya adalah temu bual yang bersifat
mendalam (indepth interview) secara separa-struktur atau tidak berstruktur.

Temu bual boleh dilakukan secara individu atau perbincangan kumpulan fokus (Focus
Group Discussion). Temu bual secara individu boleh digunakan untuk meneroka
pandangan, pengalaman, kepercayaan dan motivasi informan atau individu, manakala
perbincangan kumpulan fokus menggunakan dinamika kumpulan untuk menjana data.
Temu bual mendalam secara individu sesuai untuk meneroka topik yang sensitif, di mana
peserta mungkin tidak mahu membincangkan isu-isu tersebut secara terbuka atau dalam
persekitaran kumpulan. Yin (2011) mencadangkan beberapa perkara yang perlu diberi
perhatian semasa temu bual dijalankan;
i) bercakap dalam jumlah yang sederhana
ii) tidak direktif
iii) bersikap neutral
iv) mengekalkan hubungan (rappo)
v) menggunakan protokol temu bual
vi) menganalisis semasa menemubual

Manakala Mason (2018) pula berpandangan bahawa pengkaji perlu melakukan latihan agar
proses temu bual berjalan dengan baik. Lima perkara yang ditekankan dalam pelaksanaan
temu bual ialah;
i) Mendengar dengan baik. Amalan ini perlu ada bagi setiap diri penyelidik
ii) Mengingat apa yang diperkatakan oleh informan dan apa soalan yang telah ditanya
terutama apabila terdapat aktiviti lain yang sedang dijalankan atau jika
mengendalikan beberapa sesi temu bual dalam sehari.

91
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

iii) Seimbang antara bertanya dan mendengar mengikut situasi, dan jangan banyak
memotong atau mencelah apa yang sedang diperkatakan oleh informan
iv) Mengamati isyarat lisan dan bukan lisan mengenai situasi sosial, dinamika, dan
mood peserta yang ditemu bual
v) Kejayaan dalam aspek praktikal temu bual; seperti mengambil catatan, merakam
secara visual atau lisan dan seumpamanya.

Tempoh temu bual juga perlu ditulis oleh pengkaji agar pembaca mendapat gambaran
jangka masa temu bual dijalankan. Tempoh temu bual biasanya bergantung kepada
persoalan kajian dan keselesaan informan. Walau bagaimanapun, secara purata, temu bual
biasanya memakan masa antara satu hingga dua jam untuk sekali pertemuan. Temu bual
boleh dilakukan pada satu kali atau beberapa siri pertemuan mengikut keperluan
mendapatkan data sehinggalah data tersebut mencapai tahap tepu. Pengkaji juga sangat
digalakkan membuat catatan tarikh, masa dan tempat temu bual dijalankan untuk
mengetahui tempoh keseluruhan data dikutip, purata jam, dan kekerapan menemubual
informan. Selain itu, pengkaji juga digalakkan membuat catatan tentang pemerhatian dan
tingkah laku bukan lisan atau refleksi yang dipanggil memoir sebaik sahaja satu-satu sesi
temu bual tamat. Memoir ini boleh membantu menyokong data temu bual semasa
melaporkan hasil kajian kelak.

Tips
Pengkaji perlu tahu membezakan jenis-jenis temu bual yang dipilih. Dalam kajian
kualitatif, amat jarang sekali pengkaji menggunakan kaedah temu bual berstruktur
melainkan jika pengkaji menggunakan kaedah campuran dengan kuantitatif.

3.6.2 Temu bual secara berkumpulan (Perbincangan Kumpulan Fokus)


Perbincangan Kumpulan Fokus (FGD) merupakan temu bual ke atas sekumpulan individu
yang membincangkan pengalaman, pandangan, kepercayaan, perasaan dan sikap terhadap

92
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

sesuatu fenomena atau perkara yang hendak dikaji. Jika pengkaji memilih untuk
menggunakan kaedah ini, tujuan penggunaan FGD amat perlu dijelaskan dalam penulisan.
Walaubagaimanapun kebanyakan pelajar prasiswazah tidak memilih kaedah semu bual
secara berkumpulan kerana ia memerlukan kemahiran yang lebih tinggi untuk
melaksanakannya. Tujuan perbincangan kumpulan fokus dijalankan adalah untuk
memahami makna dan mendapatkan pemahaman mengenai isu tertentu daripada perspektif
dan tafsiran sekumpulan individu yang terpilih (Liamputton, 2009). FGD juga bertujuan
untuk menggalakkan pelbagai pandangan yang memberikan pemahaman yang lebih besar
mengenai sikap, tingkah laku, pendapat atau persepsi peserta mengenai isu yang hendak
dikaji (Hennink 2007).

Pengkaji juga perlu menerangkan bagaimana proses FGD dijalankan. Penerangan boleh
bermula dengan menceritakan pra pelaksanaan FGD seperti persediaan moderator dan
pembantu moderator, tempat dijalankan, saiz kumpulan, bahan yang digunakan dan
seumpamanya. Dalam FGD, peserta kumpulan akan berkumpul untuk membincangkan isu
tertentu dengan bantuan moderator dalam suasana tertentu selama satu atau dua jam.
Moderator yang biasanya terdiri daripada pengkaji sendiri perlu mahir untuk
mengendalikan kumpulan. Peranan moderator bukan sahaja untuk menguruskan hubungan
antara sesama peserta, malah ia juga penting untuk mewujudkan persekitaran yang selesa
terutama bagi peserta yang tidak dikenali. Begitu juga, peranan pembantu moderator pula
adalah adalah termasuk membuat pemerhatian interaksi bukan lisan dan kesan dinamik
kumpulan, serta mendokumentasikan kandungan umum perbincangan yang mampu
menambah data kajian (Kitzinger,1995). Perbincangan antara peserta juga memberi
peluang kepada penyelidik untuk mendengar isu-isu yang mungkin tidak timbul daripada
interaksi peserta dengan penyelidik sahaja. Interaksi dalam kalangan para peserta sendiri
mungkin membawa lebih banyak makna daripada kaca mata peserta sendiri (Abrams &
Gaiser 2017).

Perkara lain yang penting untuk ditulis di bahagian ini ialah bilangan informan dan
kumpulan yang terlibat. Dalam memilih peserta yang akan terlibat, ia banyak bergantung

93
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

kepada tujuan utama penyelidikan. Oleh itu, Krueger (1994), mencadangkan supaya para
peserta dapat berkongsi ciri-ciri yang sama seperti jantina, peringkat umur, latar belakang
kelas etnik dan social bagi membantu mendapat data yang dapat benar-benar solid tentang
isu yang hendak dikaji. Kesediaan untuk terlibat sepenuhnya dalam perbincangan
kumpulan adalah penting dalam menghasilkan data yang berguna dan dapat dicapai lebih
mudah dalam kumpulan homogenous. Walaubagaimanapun, menurut Willig (2008)
pemilihan peserta FGD boleh terdiri daripada;
I. Homogen (homogenous) iaitu para peserta berkongsi ciri-ciri utama yang sama
ATAU heterogen (heterogeneous) para peserta adalah berbeza
II. Pra-sedia (pre-exist) iaitu sekumpulan rakan atau rakan kerja ATAU baru (new)
iaitu tidak mengenali antara satu sama lain
III. Berkenaan (concerned) iaitu para peserta mempunyai kepentingan dalam hal
perkara yang ingin dikaji ATAU naif (naïve) iaitu para peserta tidak mempunyai
komitmen tertentu berhubung dengan perkara itu).

Para peserta dipilih kerana mereka dilihat dapat memberikan sumbangan dalam menjana
data penyelidikan. FGD boleh terdiri sama ada kecil atau besar saiznya. Secara amnya
bilangan informan yang terlibat adalah antara enam hingga lapan peserta bagi satu-satu
kumpulan (Krueger & Casey, 2000), namun banyak kajian-kajian yang menggunakan
minimum empat orang informan dan maksimum adalah sebanyak lima belas informan.
Satu kelemahan dalam perbincangan kumpulan fokus ialah kurangnya jaminan bahawa
semua yang diambil akan menghadiri perbincangan. Untuk mengatasi masalah ini, Rabiee
(2004) mencadangkan supaya para penyelidik dapat menjemput lebih ramai informan
daripada bilangan yang ditetapkan iaitu 10-25%.

3.6.3 Protokol Temu bual


Dalam bahagian ini, pengkaji perlu menulis set soalan yang akan ditanya kepada
informan sama ada temubual secara individu mahupun berkumpulan. Jika set
tersebut mengandungi beberapa bahagian, pengkaji perlu menerangkan fungsi
setiap bahagian contohnya bahagian A mengandungi soalan berkaitan demografi,

94
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

bahagian B soalan berkaitan dengan pengalaman hidup sebagai ibu tunggal dan
seumpamanya. Apabila merangka soalan temu bual juga, seboleh-bolehnya soalan-
soalan yang dibina mampu menjana sebanyak mungkin maklumat mengenai
fenomena yang hendak dikaji seterusnya dapat mencapai matlamat dan objektif
penyelidikan. Dalam temu bual kualitatif, soalan yang baik harus terbuka, neutral,
sensitif terhadap budaya/kumpulan tertentu dan mudah difahami. Mulakan dengan
soalan yang mudah dijawab oleh informan dan kemudian meneruskannya ke lebih
banyak topik yang sukar atau sensitif. Ini dapat membantu memberi keselesaan
kepada informan, meningkatkan keyakinan hubungan dan mampu menghasilkan
data yang kaya hingga kemudian membawa kepada temu bual yang selanjutnya.
Protokol temu bual mengandungi;
• Tajuk kajian
• Soalan-soalan utama mengikut bahagian (jika ada set bahagian)
• Soalan-soalan kecil yang mengikuti soalan utama
• Ruang untuk merekod mesej
• Ruang untuk merekod nota reflektif

Tips:
Elakkan daripada membina soalan tertutup seperti “adakah’. Soalan tertutup akan
menyebabkan informan menjawab sama ada ya atau tidak dan tidak dapat mencungkil
data dengan baik.

3.6.4 Pemerhatian
Kebanyakan pelajar prasiswazah yang menjalankan kajian kualitatif kurang
meggunakan teknik pemerhatian sewaktu menjalankan penyelidikan. Ini adalah
kerana kebanyakan pengkaji di peringkat prasiswazah lebih berminat meneroka
factor-faktor yang membawa kepada sesuatu isu berbanding untuk mengkaji
sesuatu budaya yang memerlukan pemerhatian. Sekiranya pengkaji memilih
kaedah pemerhatian, pengkaji perlu menulis justifikasi mengapa kaedah ini

95
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

digunakan. Harus difahami bahawa kaedah pemerhatian bukan sahaja


digunakan dalam pendekatan kualitatif, namun pendekatan kuantitatif juga
menggunakan kaedah pemerhatian iaitu bagi rekabentuk yang melibatkan
eksperimen. Dalam kualitatif, pemerhatian dilakukan untuk melihat atau
merakam tingkah laku informan. Pengkaji menggumpul data dengan
pemerhatian sendiri melalui apa yang dilihat dan disaksikan berbanding dengan
berkomunikasi secara langsung dengan informan bagi mendapatkan maklumat
tentang isu yang ingin dikaji.

Dalam penulisan di bahagian ini juga, pengkaji perlu menjelaskan beberapa perkara
penting iaitu sejauhmana peranan pemerhati, apa yang diperhatikan, sejauhmana
pendedahan diri pemerhati, bagaimana catatan dilakukan, siapakah yang melakukan
pemerhatian dan berapa lama jangka masa kutipan data dilakukan. Jadual 3.6 menunjukkan
perkara-perkara yang perlu dijelaskan dalam penulisan berkaitan dengan kaedah
pemerhatian.
Jadual 3.6: Aspek penting kaedah pemerhatian
Sejauhmana peranan pemerhati?
Participant versus nonparticipant
Pengkaji turut serta dalam Pengkaji memerhati aktiviti-aktiviti informan
kumpulan informan, tetapi tidak turut serta dengan informan
memerhati aktiviti-aktiviti
mereka, dan dalam masa
sentiasa berjaga-jaga untuk
memerhati apa yang sedang
berlaku

Apa yang diperhatikan?


Direct versus indirect
Memerhati tingkah laku Memerhati kesan daripada tingkah laku
yang dapat dilihat/terjadi berbanding dengan memerhati tingkah laku
itu sendiri

96
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Sejauhmana pendedahan diri pemerhati?


Covert versus Overt
Informan tidak sedar Informan sedar dirinya diperhatikan
bahawa diri mereka sedang
dikaji
Bagaimana catatan dilakukan?
Structure versus unstructured
Pengkaji tetapkan dari awal Tiada kerigidan ke atas apa yang perlu
tingkah laku yang mana dicatatkan. Semua episode yang berlaku
yang ingin diperhatikan dan semasa diperhatikan dirakamkan
dirakam

Siapakah yang melakukan pemerhatian?


Human versus mechanical
Pemerhati adalah pengkaji Menggunakan alat yang static untuk
itu sendiri atau diupah oleh memerhati/merakam
pengkaji

Berapa lamakah kutipan data pemerhatian dilakukan?


Jangkamasa pendek versus Jangka masa panjang
Singkat (contoh 1 jam bagi 1 Lama, (contoh: bulan, tahun), biasanya
tempat) biasanya melibatkan pemerhatian pelbagai
melibatkan pemerhatian
tunggal

Sebagai maklumat tambahan, pengkaji juga boleh menambah nilai ke atas penulisan di
bahagian ini dengan menjelaskan usaha yang telah dilakukan bagi menjadikan kutipan data
lebih berkredibiti. Penerangan yang terperinci mampu meningkatkan kesahan dan
kebolehpercayaan kajian. Paton (2002) mencadangkan penyelidik perlu menjalankan
beberapa latihan bagi kutipan data pemerhatian iaitu:
i) Belajar untuk memberi perhatian; lihat apa yang ada untuk dilihat dan dengar
apa yang ada untuk didengar
ii) Buat latihan menulis secara deskriptif
iii) berdisiplin untuk mencatat nota lapangan

97
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

iv) tahu untuk memisahkan prerincian daripada perkara yang penting untuk
mendapatkan sesuatu perkara sebelum ini tanpa menyusahkan orang yang
terkini.
v) Menggunakan kaedah yang tepat untuk membuat pengesahan dan triangulasi
pemerhatian
vi) Melaporkan kekuatan dan limitasi tentang perspektif peribadi seseorang yang
memerlukan pengetahuan diri dan pendedahan diri.

3.6.5 Dokumen/Visual
Sekiranya pengkaji memilih untuk menggunakan dokumen atau visual sebagai
kaedah kajian, pengkaji perlu menerangkan terlebih dahulu mengapa kaedah ini
dipilih. Biasanya kaedah menggunakan sumber dokumen dipilih kerana ia
mengandungi pelbagai maklumat dan boleh menerangkan beberapa isu berbentuk
pembuktian yang berkaitan dengan populasi yang dikaji. Pada peringkat awal,
pengkaji perlu mengetahui apakah objektif atau persoalan kajian yang mendorong
untuk mendapatkan dokumen sebagai kaedah memperolehi data.

Sebagai contoh pengkaji yang ingin mengkaji tentang bagaimana pengurusan kes
dilakukan oleh pekerja social memerlukan dokumen seperti fail kes yang
mengandungi dokumen catatan lapangan, borang assessment, borang rancangan,
borang penilaian, laporan aduan pelanggan, dan seumpamanya. Istilah dokumen
adalah merangkumi bahan-bahan seperti surat, fail, laporan, filem, video, fotograf,
diari, rekod klinikal dan seumpamanya. Menurut Meriam (2001) terdapat tiga jenis
dokumen utama yang boleh diperoleh oleh penyelidik iaitu rekod awam (boleh
diperolehi di organisasi seperti rekod kelahiran, perkahwinan, rekod polis dan
seumpamanya), dokumen peribadi (seperti diari, surat, video, gambar), dan bahan
fizikal (seperti peralatan, perkakasan, alat permainan dan sebagainya).

98
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

3.7 Analisis Data


Analisis data merupakan bahagian paling kritikal dan mencabar bagi kajian kualitatif
(Creswell, 2018). Oleh yang demikian, penulisan bahagain ini perlu dilakukan
dengan berhati-hati. Pengkaji perlu menerangkan secara terperinci bagaimana
analisis dilakukan. Creswell (2018) turut mencadangkan analisis dilakukan mengikut
jenis kaedah yang digunakan sama ada etnografi, grounded theory, case study,
fenomenalogi atau naratif. Manakala bagi Yin (2011) proses analisis mempunyai
lima fasa iaitu compiling, dissembling, reassembling, interpreting dan concluding.
Bagi Willis pula (2009), proses analisis data melibatkan tujuan data itu dikumpul
sama ada untuk membina theori umum atau teori tempatan, deskriptif objektif,
pemahaman heumanistik, penceritaan dan naratif.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa proses analisis secara umum yang boleh


difahami bagi memahami asas analisis dan ia diguna pakai secara meluas dalam
kajian kualitatif. Menurut Sandelowski dan Barroso (2003), penemuan penyelidikan
boleh diletakkan pada kontinium yang menunjukkan tahap transformasi data semasa
proses analisis data daripada tahap deskriptif hinggalah kepada interpretatif. Analisis
kandungan, tematik dan fenomenologi deskriptif adalah merupakan kaedah
menganalisis data yang boleh digunakan untuk melakukan interpretasi yang rendah
berbanding dengan kaedah lain yang lebih memerlukan darjah interpretasi yang lebih
kompleks seperti fenomenologi heumanistik, grounded theory dan seumpamanya
(Vaismoradi, Turunen & Bondas, 2013). Braun dan Clarke (2014) turut
berpandangan bahawa analisis tematik adalah analisis asas yang merupakan kaedah
yang fleksibel dalam membuat analisis data. Sebelum melakukan analisis, adalah
penting untuk menyediakan data teks yang telah ditukarkan ke bentuk transkrip atau
data imej yang telah ditukarkan dalam bentuk gambar.

99
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Tips
Pengkaji perlu memberikan contoh-contoh yang berkaitan dengan data yang diperoleh bagi
setiap tahap analisis supaya pembaca memahami bagaimana proses analisis dilakukan.
Elakkan daripada memberi penerangan sahaja tanpa mengemukakan contoh-contoh.

3.7.1 Analisis Tematik


Jika pengkaji memilih menggunakan analisis tematik, pengkaji perlu menerangkan
serba sedikit tentang apakah itu analisis tematik bagi memberi impresi kepada pembaca
bahawa pengkaji mempunyai pengetahuan tentang analysis ini. Analisis tematik adalah
proses mengenal pasti pola atau tema dalam data kualitatif. Braun & Clarke (2006)
mencadangkan bahawa ia adalah kaedah kualitatif asas yang perlu dipelajari kerana ia
menyediakan kemahiran teras yang berguna untuk menjalankan pelbagai jenis analisis.
Ini bermakna, tidak seperti banyak metodologi kualitatif, ia tidak terikat dengan
perspektif epistemologi atau teori tertentu. Ini menjadikan analisis tematik satu kaedah
yang sangat fleksibel dan mempunyai kelebihan yang boleh diaplikasikan dalam
banyak kajian kualitatif.

Matlamat analisis tematik pula adalah untuk mengenal pasti tema, iaitu corak dalam
data yang penting atau bermakna, dan menggunakan tema tersebut sebagai suatu yang
mampu menjelaskan isu yang ingin dikaji. Analisis tematik bukan sekadar
meringkaskan data, namun analisis tematik yang baik adalah mampu menafsirkan dan
memberi makna ke atas data-data yang berkaitan dengan sesuatu isu. Seterusnya
pengkaji perlu menerangkan dengan terperinci pula bagaimana proses analisis tematik
yang telah dilakukan hingga dapatan kajian diperolehi. Pengkaji boleh memilih mana-
mana sarjana atau tokoh dalam bidang analisis kualitatif sebagai panduan untuk
melakukan analisis ini. Hal ini adalah kerana terdapat perbezaan teknik menganalisis
yang dikemukakan oleh pelbagai tokoh atau sarjana hingga adakalanya amat pengkaji
merasa keliru. Dalam konteks analisis tematik, pengkaji boleh menggunakan
pandangan Clarke & Braun, (2013) berkaitan enam langkah dalam melakukan analisis
tematik iaitu;

100
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Langkah 1: Membiasakan diri dengan data


Pengkaji perlu membiasakan diri dengan seluruh data atau data korpus (iaitu semua temu
bual dan data lain yang mungkin digunakan) sebelum ke peringkat seterusnya. Pada
peringkat ini, pengkaji perlu membaca berulang kali data dan membuat nota pandangan
awal pengkaji terhadap data tersebut.

Langkah 2: Mencipta kod permulaan


Dalam fasa ini, pengkaji mula menyusun data dengan cara yang bermakna dan sistematik.
Pengekodan mengurangkan banyak data ke dalam kategori yang semakin sedikit namun
dianggap bermakna. Terdapat pelbagai cara untuk mengekod dan kaedah tersebut banyak
bergantung oleh perspektif dan persoalan kajian. Pengkaji sentiasa perlu menganalisis
data dengan mengingat persoalan kajian yang spesifik. Kemudian, pengkaji mengekodkan
setiap segmen data yang berkaitan atau mengenalpasti sesuatu yang bermakna bagi
menjawab persoalan penyelidikan. Pengkaji tidak perlu mengekodkan setiap teks
sebaliknya hanya mengekodkan perkataan, frasa atau ayat yang memberi makna bagi isu
yang dikaji. Walau bagaimanapun, jika pengkaji melakukan analisis yang lebih induktif,
pengkaji mungkin perlu melakukan pengekodan baris demi baris.

Langkah 3: Mencari tema


Tema adalah corak yang muncul sebagai sesuatu yang penting atau menarik mengenai
data berkaitan persoalan kajian. Tidak ada peraturan yang tepat dan cepat tentang apa
yang membentuk tema kerana satu-satu tema itu dicirikan oleh kepentingannya (Braun
& Clarke, 2006). Semasa analisis dilakukan, mungkin berlaku pertindihan antara
pengekodan dan ia dikenali sebagai tema awal. Dalam kes ini, pengkaji mengkaji kod-
kod dan ada sesetengah data yang jelas boleh dipadankan bersama-sama menjadi satu
tema. Seterusnya, kod-kod disusun ke dalam tema yang lebih luas yang seolah-olah
menunjukkan sesuatu yang spesifik. Lazimnya kebanyakan tema adalah deskriptif dan
menggambarkan corak data yang relevan dengan persoalan kajian.

101
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Langkah 4: Menyemak semula tema


Semasa fasa ini pengkaji perlu mengkaji semula, mengubahsuai dan membangunkan
tema awal yang telah dikenalpasti dalam langkah 3. Adakah ianya logik? Pada peringkat
ini adalah baik untuk mengumpulkan semua data yang berkaitan dengan setiap tema.
Pengkaji boleh melakukan ini dengan menggunakan fungsi ‘cut and paste’ ke transkrip
atau menggunakan suatu perisian seperti Microsoft Excel. Penggunaan mana-mana
perisian analisis data kualitatif seperrti Nvivo atau AtlasTi sangat membantu proses ini
lebih cepat dan mudah. Harus diingat bahawa tema sepatutnya lebih spesifik dan ia harus
berbeza daripada satu sama lain. Beberapa perkara yang perlu difikirkan semasa
membentuk tema ialah seperti:
• Adakah tema itu masuk akal atau logik?
• Adakah data menyokong tema?
• Adakah pengkaji cuba menyesuaikan diri dengan tema?
• Jika tema bertindih, adakah ia benar-benar memisahkan tema?
• Adakah terdapat tema dalam tema (subtema)?
• Adakah terdapat tema lain dalam data?

Langkah 5: Tentukan tema.


Peringkat ini adalah penyempurnaan terakhir tema dan matlamatnya adalah untuk
'mengenal pasti' intipati 'tentang apa tema masing-masing.' (Braun & Clarke, 2006, p.92).
Apakah tema yang dikatakan? Jika ada subtema, bagaimana ia berinteraksi dan berkaitan
dengan tema utama? Bagaimanakah tema berkaitan dengan satu sama lain? Dalam
analisis ini, apa yang pengkaji perlu beri perhatian adalah keseluruhan tema yang berakar
umbi daripada tema-tema lain.

Langkah 6: Penulisan.
Biasanya perkara akhir dalam penyelidikan adalah menghasilkan laporan seperti artikel
jurnal atau apa sahaja bentuk penulisan dalam bidang pembelajaran dan pengajaran. Maka
pada perringkat ini, data yang terhasil melalui analisis tematik mestilah telah bersedia
untuk dilaporkan.

102
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

3.7.2 Analisis Kandungan


Analisis kandungan adalah istilah yang digunakan untuk menganalisis teks atau
dokumen. Pengkaji yang memilih menganalisis menggunakan kaedah ini perlu
berkemampuan menjelaskan kaedah ini dengan baik. Pengkaji boleh mulakan
penulisan dengan sedikit maklumat asas berkaitan jenis analisis kandungan. Analisis
kandungan adalah pengkodan dan pengkategorian yang sistematik dan digunakan
untuk meneroka beberapa jenis maklumat yang berguna untuk menentukan tren dan
corak perkataan yang digunakan, frekuensi, hubungan, struktur dan bentuk komunikasi
(Mayring, 2000). Analisis kandungan juga digunakan adalah untuk menerangkan ciri-
ciri kandungan dokumen dengan mengkaji siapa yang mengatakan, kepada siapa, dan
dengan apa kesannya.

Pengkaji juga perlu menerangkan satu demi satu langkah bagaimana analisi dilakukan.
Apabila menggunakan analisis kandungan, matlamat utama adalah untuk menerangkan
fenomena dalam bentuk konseptual (Elo & Kyngäs, 2008). Pengkaji perlu melihat data
sebagai perwakilan bukan peristiwa fizikal, sebaliknya dalam bentuk teks, imej, dan
ekspresi yang dibuat, dibaca, ditafsirkan, dan yang diberi perhatian (Krippendorff,
2004). Menurut (Elo & Kyngäs, 2008), terdapat tiga langkah melakukan analisis
kandungan iaitu;

Langkah 1: persediaan
Memiliki rasa sebati dengan data, memilih unit analisis, menentukan analisis
kandungan yang nyata atau kandungan tersirat.

Langkah 2: menyusun
Mengekod dan membuat kategori, kod pengelompokan di bawah tajuk susunan yang
lebih besar, merumuskan keterangan umum topik penyelidikan menerusi kategori dan
subkategori.

103
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Langkah 3: melaporkan
Melaporkan proses analisa dan hasil melalui model, sistem konseptual, peta konsep
atau kategori, dan garis cerita.

Manakala Shruti (2016) pula mencadangkan lapan langkah dalam membuat analisis tema
iaitu;
1. Penyediaan data
Seperti yang telah dibincangkan sebelumnya, terdapat beberapa cara untuk
melakukan analisis kandungan. Walau bagaimanapun, pengkaji perlu memindahkan
data sebelum analisa boleh bermula. Dari set data yang dikumpul oleh penyelidik,
pilihan "kandungan" perlu ditakrifkan dengan jelas dan wajar. Pada peringkat
penyediaan data, penyelidik perlu mengetahui jawapan kepada soalan berikut:
 Semua data yang dikumpul telah disalin dalam bentuk transkrip atau tidak.
 Sekiranya data verbal, perlu ditranskrip mengikut data asal
 Sekiranya data pemerhatian, juga perlu ditranskrip mengikut data asal
Jawapan kepada soalan-soalan ini adalah bergantung kepada objektif kajian. Walau
bagaimanapun, semuanya harus ditranskripsikan pada awal untuk menjimatkan masa
semasa analisis.

2. Menentukan unit atau tema analisis


 Unit atau tema analisis bermakna mengelaskan kandungan ke dalam tema yang
boleh menjadi perkataan, frasa atau ayat. Apabila menentukan unit analisis, satu
tema harus menggambarkan "idea". Ini bermakna data berkaitan dengan tema perlu
ditambah di bawah unit itu. Tambahan pula, unit atau tema harus berdasarkan
objektif kajian.

3. Membangunkan kategori dan skema pengekodan


Langkah seterusnya adalah untuk membangunkan sub-kategori dan skema
pengekodan untuk analisis. Ini berasal dari tiga sumber, iaitu data primer, teori
mengenai topik yang sama dan kajian empirikal. Oleh kerana analisis kandungan

104
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

kualitatif boleh berdasarkan pendekatan induktif dan deduktif, kategori dan kod perlu
diwujudkan berdasarkan pendekatan yang digunakan.

Sekiranya menggunakan pendekatan deduktif, adalah penting untuk menghubungkan


interpretasi yang dibuat dengan teori sedia ada untuk membuat kesimpulan.
Bagaimanapun, dalam hal pendekatan induktif, tujuannya adalah untuk
mengembangkan teori-teori baru. Oleh itu, penting untuk menilai sumber-sumber
sekunder untuk merangsang idea asal. Untuk memastikan kod yang konsisten,
kategori perlu didefinisikan terlebih dahulu.

4. Pra-ujian skema pengkodan pada sampel


Seperti data kuantitatif, data kualitatif pra-ujian juga penting. Untuk memastikan
konsistensi, penyelidik perlu memasukkan kod data sedia ada. Sekiranya tahap
konsistensi rendah di kalangan para penyelidik maka re-coding perlu dilakukan
semula.

5. Mengekodkan semua teks


Selepas konsistensi pengekodan pada peringkat sebelumnya berjaya, maka adalah
penting untuk mengaplikasikan proses pengekodan data.

6. Menilai konsistensi pengekodan yang digunakan


Selepas pengekodan kesemua set data kesahan dan kebolehpercayaan hendaklah
diperiksa.

7. Melukis kesimpulan berdasarkan kod atau tema


Dalam langkah ini, seseorang perlu membuat kesimpulan berdasarkan kod dan
kategori yang telah dihasilkan. Adalah penting untuk meneroka sifat-sifat, dimensi
dan mengenal pasti hubungan dan mendedahkan pola untuk mengemukakan
analisis.

105
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

8. Membentang hasil
Untuk membentangkan keputusan di bawah setiap tema dengan kesimpulan
hasilnya harus disokong oleh data sekunder dan petikan daripada kod yang
dibangunkan. Selanjutnya, berdasarkan analisis, penyelidik juga boleh
membentangkan hasil dalam bentuk graf, matriks, atau kerangka konseptual.
Hasilnya hendaklah dibentangkan sehingga pembaca dapat memahami asas
interpretasi.

Jika pengkaji mempunyai kod berulang yang banyak dalam bentuk material atau temu
bual, maka analisis frekuensi kategori induktif berkod boleh dilakukan. Ia akan
menjadikan dapatan kajian lebih menarik, menunjukkan kategori mana yang paling
kerap berlaku dan ini boleh menunjukkan faktor menyumbang. Langkah seterusnya
ialah membandingkan kategori yang paling kerap antara kumpulan orang yang
berlainan (contohnya wanita dan lelaki). Crosstabs boleh digunakan jika informan
tertentu menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam berlakunya kategori tertentu.

Bagi memberi kefahaman pengkaji mengenai perbezaan antara analisis tematik dengan
analisis kandungan, Vaismoradi telah membuat ilustrasi sepertimana Rajah xxxx yang
menunjukkan perbezaan antara dua kaedah tersebut.

106
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Sumber: Vaismoradi, Turunen & Bondas (2013)

3.8 Kebolehpercayaan dan Kesahan Kajian


Kesahan dan kebolehpercayaan dalam kualitatif menjamin sejauhmana dapatan kajian
menggambarkan dunia yang dikaji adalah tepat. Ramai pengkaji yang meninggalkan penulisan
bahagian ini sedangkan ia amat penting diutarakan dalam sesebuah kajian. Menurut Othman
(2015), kesahan dalam kualitatif secara ringkasnya boleh dikaitkan dengan sama ada dapatan
kajian adalah benar dan pasti. ‘Benar’ menggambarkan dengan tepat situasi sebenar manakala
‘pasti’ bermakna ia disokong oleh bukti dan tidak ada asas untuk meraguinya. Guba & Lincoln
(1985) mengemukakan terma yang agak berbeza iaitu credibility, transferability, dependability
dan comfirmability bagi menangani isu kebolehpercayaan dan kesahan kajian kualitatif dan
memberi penyamarataan dengan konsep kesahan dan kebolehpercayaan dalam kuantitatif..
Rujuk Jadual: 3.8 menunjukkan perbandingan kesahan dan kebolehpercayaan yang dilihat
daripada perspektif naturalistic dengan positivis.

107
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Jadual 3.8: Perbandingan kesahan dan kebolehpercayaan antara naturalistik dengan


positivis
Naturalistik Positivis
Kredibiliti (Credibility) Kesahan Dalaman
 Adakah dapatan boleh dipercayai?
Kebolehpindahan (transferability) Kesahan Luaran
 Adakah dapatan boleh diaplikasikan di tempat lain?
Kebolehsandaran (dependability) Kebolehpercayaan
 Sekiranya kajian diulang, adakah dapatan yang lebih kurang
sama akan diperolehi?
Kebolehsahan (confirmability) objektiviti
 Adakah bias penyelidik mempengaruhi dapatan?

Daripada jadual di atas, kredibiliti boleh dicapai apabila hasil kajian dilihat sebagai
dipercayai oleh informan. Teknik untuk mendapatkan kredibiliti termasuk;
i) Prolonged engagement
ii) Persistent observation
iii) Triangulasi
iv) Peer debriefing
v) Analisis kes negative
vi) Referential adequacy
vii) Member checking

Kebolehpindahan (transferability) pula wujud apabila hasil kajian boleh digunakan untuk
konteks yang lain. Ia menngunakan deskripsi tebal. Pengkaji perlu menerangkan secara
terperinci tentang konteks dan andaian asas, namun pengkaji tidak bertanggungjawab
terhadap hasil kajian yang dipindahkan kepada konteks yang berbeza. Manakala konsep
kebolehsandaran (dependability) menekankan kestabilan data setiap masa. Pengkaji perlu
boleh mengambil kira perubahan kekal konteks di mana kajian dijalankan, menjelaskan
sebarang perubahan yang terjadi dan bagaimana perubahan ini memberi kesan terhadap

108
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

pengkaji. Ia juga dikenali sebagai progressive subjectivity. Kebolehsandaran yang juga


dikenali sebagai auditabiliti (Lincoln & Guba, 1986) yang merujuk kepada tahap yang
mana segala prosedur direkodkan untuk tujuan bersedia jika diberi kritikan oleh seseorang
yang tidak terlibat dengan kajian ini (Padgett, 2008).

Konsep kebolehsahan (comfirmbility) pula menunjukkan persoalan tentang bias, nilai dan
prejudis. Pengkaji perlu memastikan data kajian adalah hasil daripada pengalaman dan idea
informan, bukannya pandangan pengkaji semata-mata (Shenton, 2004).
i) Triangulasi
ii) reflective commentary
iii) Jejak Audit

Cresswell (2009) pula menjelaskan bahawa kesahan dalam kualitatif bermakna pengkaji
perlu menyemak ketepatan hasil kajian dengan menggunakan prosedur yang sesuai.
Manakala kebolehpercayaan dalam bidang kualitatif pula adalah pendekatan yang
digunakan oleh pengkaji adalah konsisten merentasi pelbagai pengkaji dan projek yang
berbeza. 8 teknik bagi meningkatkan kesahana ialah;
i) Triangulasi
ii) Member checking
iii) Kaya dengan deskripsi
iv) Pengelakkan bias:
a. Reflexivity (researcher self-awareness dan self-reflection)
b. Researcher journaling
v) Aanalisis kes negative
vi) Prolonged engagement
vii) Peer debriefing
viii) Audit luaran

Dalam meningkatkan kebolehpercayaan pula, Yin (2003) telah mencadangkan beberapa


perkara yang boleh dilakukan iaitu;

109
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

i) Mendokumenkan prosedur kajian


ii) Dokumenkan langkah demi langkah prosedur sebanyak mungkin yang boleh
iii) Merangka perincian protokol kajian dan database

Manakala pada pandangan Gibbs (2007) pula prosedur untuk meningkatkan


kebolehpercayaan adalah seperti berikut iaitu;
i) Semak transkrip jika ada kesilapan
ii) Semak secara kerap maksud makna koding
iii) Selaraskan komunikasi sesama pengekod
iv) Semak semula kod yang dibentuk oleh pengkaji-pengkaji

Tips
Pengkaji tidak perlu menggunakan semua kaedah kesahan dan kebolehpercayaan.
Pilih beberapa kaedah yang benar-benar dilakukan dan laporkan dalam penulisan.

3.9 Rumusan
Bab ini telah membincangkan elemen-elemen penting dalam menulis dan
menjalankan kajian berbentuk kualitatif. Ia perlu ditulis secara terperinci dan
menerangkan tentang setiap proses yang terlibat. Kesimpulannya, kajian kualitatif
memerlukan ketelitian bermula daripada persoalan kajian, proses kutipan data,
hinggalah kepada menganalisis dan melaporkan kajian. Kajian kualitatif tidak
mementingkan saiz sampel yang besar tetapi lebih berminat kepada pemahaman
mendalam tentang isu yang dikaji, sesuai dengan sifatnya yang mementingkan
kualiti data yang mendalam dan bermakna berbanding dengan kuantiti.

110
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Rujukan
Abrams, K. M., & Gaiser, T. J. (2017). Online focus groups. Sage Handbook of
Online Research Methods, 435-450.
Berends, Mark, & Garet, Michael S. (2006). In (re)search of evidence-based school
practices: Possibilities for integrating nationally representative surveys and
randomized field trials to inform educational policy. Peabody Journal of
Education, 77, 28–58.
Braun, V., & Clarke, V. (2014). Successful qualitative research: A practical guide for
beginners. London: SAGE.
Carpenter, C. & Suto, M. 2008. Qualitative Research for Occupational and Physical
Therapists: A Practical Guide. Oxford: Blackwell Publishing.
Clarke, V. & Braun, V. (2013) Teaching thematic analysis: Overcoming challenges
and developing strategies for effective learning. The Psychologist, 26(2), 120-
123.
Creswell, J. W. 1998. Qualitative inquiry and research design: Choosing among five
traditions. Thousand Oaks, CA: Sage Publications.
Creswell, J. W., & Poth, C. N. (2018). Qualitative inquiry and research design:
Choosing among five approaches. 4th edition. Los Angeles, CA: Sage
Elo S, Kyngäs H. The qualitative content analysis process. J. Adv. Nurs. 2008; 62:
107–115
Glaser, B. G. & Strauss, A. L. 1967. The discovery of grounded theory: Strategies for
qualitative research. Piscataway, New Jersey: Transaction.
Hennink, M.M. (2007). International focus group research: A handbook for the health
and social sciences. Cambridge University Press: Cambridge.
Kitzinger, J. (1995). Introducing Focus Group. British Medical Journal, vol 311; 299-
302
Liamputtong, . (2012). Qualitative research methods. Melbourne: Oxford University
Press Australia and New Zealand.
Liamputtong, P. 2014. Kaedah Penyelidikan Kualitatif. Edisi ketiga. Terj. Haliza
Mohd Riji & Shamsuddin Ahmad. Serdang: Universiti Putra Malaysia Press.

111
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Marshall, Catherine and Gretchen B. Rossman. 1999. Designing Qualitative


Research. 3rd Ed. London: Sage Publications, p. 115
Mason, J. (2018). Qualitative researching. London Sage Publications Ltd Los Angeles
: SAGE, 2018. 2017. Third Edition.
Merriam, S. B. 2001. Qualitative Research and Case Study Applications in Education.
San Francisco: Jossey-Bass Pub.
Morse, J. 2006. Strategies of Intraproject Sampling’. Dalam P.L. Munhall (ed).
Nursing Research: A Qualitative Perspective, 4th ed. Sudbury, MA: Jonesdan
Bartlett Publishers.
Morse, J. M. 1994. Designing funded qualitative research. In Denizin, N. K. &
Lincoln, Y. S., Handbook of qualitative research (2nd Ed). Thousand Oaks, CA:
Sage.
Patton, M. 2002. Qualitative Research and Evaluation Methods. 3rd ed. Thousand
Oaks, CA: Sage Publications.
Philipp Mayring. 2014. Qualitative Content Analysis. Theoretical Foundation, Basic
Procedures and Software Solution. Klagenfurt, Austria,
Ritchie, J. (2014). Qualitative research practice: A guide for social science students
and researchers. Los Angeles, Calif: SAGE.
Sandelowski M, Barroso J. Classifying the findings in qualitative studies. Qual.
Health Res. 2003b; 13: 905–923.
Silverman, D. (2015). Interpreting Qualitative Data. London: SAGE Publications. 5th
edition.
London : SAGE Publications, 2015
Silverman, D. (2016). Qualitative research: Issues of theory, method and practice. 4th
edition. London : SAGE Publications.
Teddlie, C. & Yu, F. 2007. Mixed Method Sampling: A Typology with Examples.
Journal of Mixed Methods Research, 1(1), 77-100.
Vaismoradi, M., Turunen, H., Bondas, T. (2013) : Content analysis and thematic
analysis: Implications for conducting a qualitative descriptive study. Nursing
and Health Sciences (2013), 15, 398–405

112
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Willis, J., Jost, M., & Nilakanta, R. (2009). Foundations of qualitative research:
Interpretive and critical approaches. Thousand Oaks: SAGE.
Yin, R. K. 2003. Case Study Research. 3rd ed. London: Sage Publications.

113
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

BAB 4
HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Nur Saadah Mohamad Aun

4.1 Pengenalan
Bab empat merupakan bab yang sangat penting dalam penulisan tesis. Ini kerana, bab
ini akan mempersembahkan hasil kajian setelah pengkaji mengutip dan menganalisis
data yang diperoleh. Pada kebiasaannya, pelajar di UKM mengasingkan bab hasil dan
perbincangan. Walau bagaimanapun, tiada peraturan yang menyatakan bahawa kedua-
dua bab ini perlu ditulis secara berasingan ataupun diletakkan dalam satu bab yang sama.
Perkara yang penting adalah semua hasil kajian dipersembahkan dengan betul dan
perbincangan perlu ditulis secara kritis dan kritikal. Haliza dan Shamsuddin (2014)
menyatakan terdapat tiga cara membentangkan hasil kajian :

(i) hasil kajian dibentangkan tanpa membincangkan penemuan kajian atau


pentafsiran. Ini kerana perbincangan boleh dijelaskan kemudian pada bab
lain yang kebiasannya dinamakan bab perbincangan.
(ii) pentafsiran boleh ditambah pada mana-mana tempat (tidak semestinya di bab
hasil kajian) untuk memberikan perkaitan atau sebagai bukti, tetapi ,
perincian lanjut juga diberikan pada bab perbincangan.
(iii) hasil kajian dan perbincangan digabungkan atau ditulis bersama jika
perbincangan mendalam diperlukan untuk memberi makna kepada
penemuan.

Pada bahagian pengenalan bab ini, pelajar perlu menjelaskan bahawa bab ini akan
membincangkan mengenai dapatan hasil kajian dan perbincangan serta struktur bab ini
ditulis.

114
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Contoh penulisan bahagian pengenalan bab bagi penulisan yang menggabungkan hasil
kajian dan perbincangan:

4.1 PENGENALAN

Bab ini akan melaporkan serta membincangkan hasil kajian yang telah
diperoleh daripada temu bual yang telah dijalankan ke atas tujuh orang informan.
Bab ini juga akan menghuraikan satu per satu data yang telah diperoleh dari
lapangan secara keseluruhan. Perbincangan dalam bab ini meliputi aspek
pengetahuan mahasiswa Program Kerja Sosial di Universiti Kebangsaan Malaysia
berkaitan perundangan kanak- kanak serta program yang sesuai dilaksanakan
untuk meningkatkan pengetahuan mahasiswa berkaitan perundangan yang
melibatkan penderaan seksual terhadap kanak- kanak.

(Dipetik dan diolah dari latihan ilmiah: Nurul Farehah 2018)

Contoh penulisan bahagian pengenalan bab bagi penulisan yang memisahkan hasil kajian
dan perbincangan:

4.1 PENGENALAN
Bab ini membincangkan dan melaporkan tentang hasil kajian yang diperoleh.
Perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 20 digunakan
untuk menjalankan ujian normaliti, Khi Kuasa Dua dan korelasi Spearman.
Hasil kajian dilaporkan dalam bentuk analisis deskriptif dan analisis inferensi.
Analisis deskriptif seperti kekerapan dan peratusan digunakan untuk
menerangkan profil subjek kajian. Ujian Khi Kuasa Dua digunakan untuk
analisis inferensi iaitu melihat perkaitan dan ujian Korelasi Spearman pula
digunakan untuk melihat hubungan antara pembolehubah.

(Dipetik dan diolah dari tesis sarjana: Noor Zulaikha 2018)

115
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

4.2 Bagaimana Menulis Hasil Kajian?

Hasil kajian adalah dapatan yang diperoleh dari pengumpulan data semasa kajian
dilakukan sama ada kajian tersebut berbentuk kuantitatif ataupun kualitatif. Setiap data
yang dikumpul perlu dianalisis dan dibentangkan di bab ini. Namun, apa yang perlu ada
dalam bab ini? Oliver (2014) menjelaskan bahawa adalah penting untuk mengenal pasti
tajuk-tajuk dalam penulisan bab ini. Tambah beliau lagi, adalah lebih baik ia ditulis
dengan tema-tema yang muncul atau hipotesis dalam analisis data supaya pembaca
dapat memahami apa yang ditulis dan dapat melihat interaksi antara kesemua tema atau
hipotesis. Bagi penulisan kajian kualitatif, Attig dan Winichagoon (1993) menjelaskan
bahawa struktur penulisan kajian kualitatif ‘muncul daripada interaksi antara topik yang
dikaji dan gaya penyelidik sendiri dan sistem logik’. Manakala bagi penulisan kajian
kuantitatif, ia adalah sebuah laporan yang mengandungi pembentangan ringkas dan
padat tentang hasil kajian dan sangat bergantung kepada jadual dan ringkasan. Justeru,
penulis akan cuba menerangkan satu persatu agar penulisan bab ini dapat ditulis dengan
baik dan tersusun oleh pelajar.

TIPS:
Jangan Sesekali Menyangkakan Pembaca Faham Apa Yang
Ingin Disampaikan Tanpa Adanya Penjelasan Dan Susunan Yang Baik.

4.2.1 Maklumat Demografi Responden/Informan atau Sampel Kajian

Perkara pertama yang perlu ditulis dalam hasil kajian adalah melaporkan maklumat
demografi responden/informan atau sampel kajian. Lazimnya, maklumat demografi
responden/informan/sampel adalah merangkumi jantina, umur, taraf pendidikan, agama,
bangsa, status perkahwinan, pendapatan isi rumah dan lain-lain latar belakang sosio-
ekonomi responden/informan/sampel. Bagi kajian berbentuk kuantitatif, perlu
dinyatakan bahawa maklumat ini dianalisis secara deskriptif. Pelajar boleh
mempersembahkan hasil kajian bahagian ini dalam bentuk grafik tetapi penerangan

116
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

mengenai maklumat demografi perlu ditulis. Pelajar sering melakukan kesalahan


dengan tidak menerangkan mengenai jadual atau rajah yang ditunjukkan. Ini merupakan
kesalahan besar dalam penulisan akademik! Setiap grafik yang dipaparkan WAJIB
diterangkan. Seperti hasil kajian kuantitatif, hasil kajian kualitatif juga menggunakan
paparan grafik seperti jadual, rajah, gambar dan ilustrasi (Haliza dan Shamsuddin 2014).

Contoh 1 adalah penerangan dan jadual maklumat demografi informan (kajian kualitatif):

4.2 DATA PROFIL INFORMAN

Dalam kajian ini pengkaji telah melaksanakan kajian terhadap tujuh orang informan. Data
profil berkenaan informan ini diperoleh berdasarkan temu bual yang telah dijalankan.
Beberapa etika dipatuhi sepanjang menjalankan temu bual dan butiran maklumat
temu bual serta rakaman tidak didedahkan melainkan hanya untuk tujuan kajian.

4.2.1 Maklumat Demografi

Berdasarkan Jadual 4.1, dapat dilihat bahawa jumlah informan perempuan yang telah
ditemu bual adalah lebih ramai iaitu seramai empat orang berbanding lelaki hanya tiga
orang sahaja. Selain itu, rata-rata umur bagi informan yang telah ditemu bual ialah
berumur 23 tahun. Hanya dua orang sahaja informan berumur 22 tahun. Berdasarkan
kepada data yang diperoleh juga menunjukkan majoriti daripada informan yang telah
ditemu bual merupakan pelajar program pengajian Pendidikan Khas dan bakinya
adalah pelajar TESL (Teaching English as Second Language) dan kesemua mereka
berada pada tahun 4 pengajian. Selain itu, melihat kepada status perkahwinan, hanya
dua orang informan yang telah berkahwin manakala yang lain masih bujang. Hal ini
kerana mereka mengatakan bahawa terlalu muda untuk mereka mendirikan rumah
tangga di samping belum tamat pengajian.

117
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Jadual 4.1 Maklumat demografi

Informan Jantina Umur Program Tahun Status


(tahun) Pengajian Pengajian Perkahwinan

1 Perempuan 22 Pendidikan Khas 4 Bujang


2 Perempuan 23 TESL 4 Bujang
3 Lelaki 23 Pendidikan Khas 4 Bujang
4 Perempuan 23 TESL 4 Berkahwin
5 Lelaki 23 Pendidikan Khas 4 Bujang
6 Lelaki 23 Pendidikan Khas 4 Bujang
7 Perempuan 22 Pendidikan Khas 4 Berkahwin

(Dipetik dan diolah dari latihan ilmiah: Nurul Farehah 2018)

Contoh 2 adalah penerangan dan jadual maklumat demografi responden (kajian kuantitatif):

4.2 ANALISIS DESKRIPTIF


Analisis deskriptif telah dijalankan bagi menerangkan latar belakang responden bagi
kajian ini iaitu merangkumi faktor demografi, tahap penggunaan media sosial, sikap
cemburu dan kualiti hubungan perkahwinan.

4.2.1 Maklumat Demografi


Analisis deskriptif ini menerangkan maklumat demografi responden seramai 190 orang
individu dewasa awal yang berumur 20 tahun hingga 39 tahun yang sudah berkahwin.
Latar belakang responden merangkumi jantina, umur, kaum, agama, tempat tinggal,
status pendidikan, status pekerjaan, tempoh perkahwinan, bilangan dan jenis akaun media
sosial yang ada serta akaun media yang sering digunakan. Hasil analisis ditunjukkan
seperti dalam jadual dan rajah berikut:

4.2.2 Jantina
Kajian ini melibatkan 33 orang bersamaan 17. 4% responden lelaki dan 157 orang
bersamaan 82.6% responden perempuan. Jadual 4.2 menunjukkan bilangan responden
perempuan lebih ramai berbanding responden lelaki.

118
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Jadual 4.2 Bilangan dan peratusan berdasarkan jantina

Jantina Bilangan (N) Peratus (%)

Lelaki 33 17.40
Perempuan 157 82.60
Jumlah 190 100.00

a. Tempoh perkahwinan
Rajah 4.1 menunjukkan tempoh perkahwinan. Majoriti tempoh perkahwinan
responden kajian ini adalah bawah 5 tahun iaitu seramai 126 orang (66.3%).
Manakala, bagi tempoh 6 tahun hingga 10 tahun adalah 51 orang (26.8%) dan
lebih dari 11 tahun adalah seramai 13 orang (6.8%).

Tempoh Perkahwinan

150
126

100
51

50
13

0
> 11
< 5 Tahun 6-10 Tahun Tahun

Rajah 4.1 Tempoh Perkahwinan


(Dipetik dan diolah dari tesis sarjana: Noor Zulaikha 2018)

119
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

4.3 MENULIS MENGIKUT TEMA/OBJEKTIF ATAU HIPOTESIS

Pada bahagian ini, pelajar akan mula membentangkan tema yang muncul daripada
kajian kualitatif dan hipotesis yang dikaji dalam kajian kuantitatif serta perbincangan.
Oliver (2014) ada menyatakan bahawa bahagian ini selalunya akan panjang kerana
pelajar akan memperoleh data yang banyak dan bilangan yang diekstrak daripada data
yang pelajar peroleh lazimnya akan bercambah. Maka, adalah sangat penting pelajar
menganalisis mengikut prosedur dan sistematik. Bagi memastikan kajian lebih
bermakna, hasil analisis yang diperoleh perlu dibincangkan dengan mengemukakan
bukti-bukti yang menyokong atau menentang hujah pelajar.

TIPS:
Analisis Perlu Mengikut Prosedur Yang Betul Dan Sistematik

Contoh 3 adalah hasil dan perbincangan (kajian kualitatif):

4.3 JENIS-JENIS TEKANAN YANG MEMBEBANI INFORMAN

Tekanan adalah fenomena yang sering dikaitkan dengan ahli keluarga yang menjaga
ahli keluarga yang sakit (McCubbin et al., 1996). Jenis-jenis tekanan yang berpotensi
tinggi mewujudkan krisis dalam kalangan anggota keluarga boleh berpunca daripada
masalah kewangan, emosi, konflik, keletihan, status kesihatan ahli keluarga dan
perubahan kitaran hidup keluarga (Riper, 2007; Walsh, 2003; Patterson, 2002; Tak &
McCubbin, 2002; Kosciulek et al., 1993). Tak dan McCubbin (2002) contohnya
menegaskan bahawa tidak kira usia dan jantina pesakit, mahupun jenis penyakit yang
dialami, semua perkara di atas mampu memberi tekanan kepada penjaga tidak formal.
Malah, ini turut memberi kesan terhadap kesejahteraan dan tahap kesihatan penjaga
tidak formal (Van Ryn et al., 2011; Haley et al., 2003). Bahagian ini akan
mempersembahkan hasil kajian seterusnya membincangkan jenis-jenis tekaan yang
membebani informan berdasarkan objektif pertama kajian.

120
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

4.3.1 Tekanan kewangan

Dalam kajian ini, hampir semua (13 daripada 15 orang) informan kajian ini menyatakan
yang mereka merasa tertekan dengan keadaan kewangan keluarga mereka. Walaupun
Ana dan Ali ‘enggan’ mengakui berhadapan dengan masalah ini secara terang-
terangan, namun dalam beberapa temu bual mereka telah menyatakan secara tidak
langsung kesukaran untuk memenuhi keperluan perbelanjaan bulanan keluarga mereka.
Sekiranya dinilai secara kasar, bolehlah dikatakan semua informan kajian ini
mengalami tekanan kewangan ini.

Tekanan kewangan adalah bebanan dari segi kemampuan ekonomi yang menggugat
kelancaran perbelanjaan harian dan bulanan keluarga (Hill, 2010). Ia lazimnya
berkaitan rapat dengan faktor ekonomi seperti kemampuan bekerja, pekerjaan yang
dilakukan, perbelanjaan bulanan keluarga dan kos-kos pembiayaan yang berkaitan
dengan penggunaan keluarga. Bagi konteks kajian ini, kos perbelanjaan bulanan
keluarga, kos penjagaan perubatan dan kesukaran penjaga untuk bekerja telah dikenal
pasti menyumbang kepada bebanan kewangan yang dialami oleh informan kajian ini.

Kajian oleh Riper (2007) dalam kalangan penjaga tidak formal pesakit Sindrom Down
di Amerika Syarikat mendapati 38.2% mengalami kesukaran untuk memenuhi
keperluan asas seperti makanan dan pakaian. Senario ini juga dialami oleh informan
kajian ini. Contohnya, Timah yang merupakan ibu kepada pesakit kanak-kanak yang
didiagnosis dengan Palsi Serebrum, menyatakan yang beliau sekeluarga bukan sahaja
mengalami kesukaran untuk membeli makanan, malah terpaksa tinggal dalam rumah
yang daif fizikalnya yang tidak selesa untuk didiami olehnya sekeluarga. Ketika
menceritakan mengenai hal ini, beliau menyatakan:

…macam ni lah…hari-hari berlaukkan telur atau buat nasi goreng (sambil menunjukkan
nasi yang dijamu)...kalau tak ada duit langsung, selalu buat bubur nasi. Nak makan
sedap? Jangan mimpilah...tengok rumah pun dah tak selesa…nak masuk ke sini pun
dah berlopak sana-sini…rumah belakang pulak selalu bunyi bising sebab ada bukak
bengkel kecik baiki motor…kesian kat dia..baru nak tidur dah bunyi motor…nak tegur
pun dah malas dah…hmmm…dengan atap bocor lagi... (Sumber verbatim: Timah
(KK)/02/TkK)

121
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Bagi Ah Siew yang menjaga anak yang didiagnosis dengan Idiopatik Skoliosis,
kebergantungan penuh kepada suami yang menjual sayur dan makanan basah lain
memang tidak mencukupi. Beliau menceritakan:

Haiya...sekarang mana cukup lor...ini rumah sewa bulan-bulan 5 ratus lebih, api, air...1
ratus lebih...makan itu dalam 3-4 ratus...itu anak belajar lagi...itu pampers patient
lagi...itu pun tarak tentu jugak...kalau hujan, mana boleh jual itu sayur...ikan semua....
(Sumber verbatim: Ah Siew (D)/01/TkK)

(Dipetik dan diolah dari tesis Ph.D: Nur Saadah 2013)

Contoh 4 adalah hasil dan perbincangan (kajian kuantitatif):

4.3 ANALISIS INFERENSI


Analisis inferensi telah dijalankan bagi menguji hipotesis kajian ini sama ada hipotesis
diterima atau ditolak. Hasil analisis ini menerangkan perkaitan dan hubungan antara
pemboleh ubah terikat dan pemboleh ubah bebas serta mencapai objektif kajian.
Analisis Khi Kuasa Dua digunakan untuk melihat perkaitan manakala korelasi
Spearman digunakan untuk mengenal pasti hubungan antara pemboleh ubah.

4.3.1 Perkaitan antara tempoh perkahwinan dan kualiti hubungan.


i. Ha1 Terdapat perkaitan yang signifikan antara tempoh
perkahwinan dan kualiti hubungan.

Berdasarkan jadual 4.11, bagi tempoh perkahwinan bawah 5 tahun seramai 57 orang
responden (30.0%) menunjukkan mempunyai kualiti hubungan yang rendah.
Manakala 69 orang responden (36.3%) mempunyai kualiti hubungan yang tinggi.
Responden yang tempoh perkahwinan 6 hingga 10 tahun tidak menunjukkan
perbezaan yang ketara antara kualiti hubungan yang rendah dan tinggi. Seramai 23
orang (12.1%) mempunyai kualiti hubungan yang rendah dan 28 orang (14.7%)
mempunyai kualiti hubungan yang tinggi. Tempoh perkahwinan lebih 11 tahun
menunjukkan seramai 9 orang (4.7%) mempunyai kualiti hubungan yang rendah

122
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

manakala 4 orang (2.1%) mempunyai kualiti hubungan yang tinggi. Hasil analisis Khi
Kuasa Dua di bawah (X2 = 2.81, df = 2, p > .0.5) mendapati tidak terdapat perkaitan
yang signifikan antara tempoh perkahwinan dan kualiti hubungan. Maka Ha1 ditolak.

Jadual 4.11 Keputusan Ujian Khi Kuasa Dua bagi tempoh perkahwinan dan kualiti
hubungan dalam kalangan dewasa awal

Kualiti Hubungan
n (%) X2 p
Rendah Tinggi

Tempoh Perkahwinan 2.81 .25


Bawah 5 Tahun 57 (30.0%) 69 (36.3%)
6 Hingga 10 Tahun 23 (12.1%) 28 (14.7%)
Lebih 11 Tahun 9 (4.7%) 4 (2.1%)
Jumlah 89 (46.8%) 101 (53.2)

Nota: *p > .05

Hal ini menunjukkan tempoh perkahwinan bukan salah satu faktor yang memberi kesan
kepada kualiti hubungan perkahwinan. Namun begitu, komponen berahi menunjukkan
terdapat perkaitan dengan tempoh perkahwinan. Ini kerana, lebih ramai menunjukkan
tahap berahi yang tinggi bagi tempoh perkahwinan bawah lima tahun. Manakala bagi
tempoh perkahwinan lebih 11 tahun lebih ramai mempunyai tahap berahi yang rendah.
Berahi merupakan salah satu komponen dalam cinta romantik dimana hanya
mendominasi pada peringkat awal hubungan cinta (Santrock 2016). Justeru itu, dapat
disimpulkan bahawa, di awal perkahwinan kualiti hubungan terutama dalam konteks
berahi adalah tinggi namun apabila semakin lama tempoh perkahwinan, semakin
menurun tahap berahi.

Menurut Asmawati et al. (2015), pada tahap perkembangan dewasa awal, hubungan
dalam perkahwinan boleh menimbulkan banyak isu dan permasalahan, antaranya
adalah masalah perhubungan intim, tiada kesefahaman antara suami dan isteri serta

123
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

masalah komunikasi. Teori perkembangan psikososial Erik Erikson menyatakan hasil


hubungan interpersonal yang negatif akan menyebabkan kekurangan komitmen
terhadap pasangan dan menyebabkan pengasingan. Manakala dalam kajian Saidur
Rahaman (2015), mendapati tempoh perkahwinan mempunyai hubungan negatif
dengan konflik yang berkaitan Facebook dan menjadi pengantara antara hubungan
tempoh perkahwinan dengan tanggapan kepuasan hubungan, komitmen, cinta. Ini
bermaksud, tempoh perkahwinan yang pendek boleh menyebabkan peningkatan
berlakunya konflik yang berkaitan dengan Facebook dan secara tidak langsung
tanggapan kepuasan hubungan, komitmen dan cinta juga akan menurun.

Di samping itu, Sánchez et al. (2017) mendapati tempoh perkahwinan mempunyai


hubungan negatif terhadap kualiti pasangan dalam talian. Ini kerana pasangan yang
sudah stabil hubungan perkahwinannya iaitu pasangan yang lebih berusia kurang
terlibat dengan tingkah laku curang dan pengawasan serta kurang menggunakan
teknologi. Mereka lebih cenderung untuk memfokuskan kepada menikmati dan
menjaga perhubungan yang sedia ada berbanding melibatkan diri dengan tingkah laku
yang boleh menimbulkan konflik dalam perkahwinan terutamanya melibatkan
penggunaan media sosial.

(Dipetik dan diolah dari tesis sarjana: Noor Zulaikha 2018)

124
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Seperti yang dimaklumkan di awal bab sebelum ini, bab hasil kajian boleh
digabungkan atau dipisahkan dengan bab perbincangan. Terpulang kepada pelajar dan
penyelia untuk memastikan hasil kajian dan perbincangan ditulis dengan baik dan
tersusun. Begitu juga dengan tema-tema atau hipotesis yang dijadikan sebagai
subtopic bab ini. Mungkin boleh jadi sehingga lima subtopik atau pun 10 subtopik.
Ini bergantung kepada hasil kajian yang diperoleh. Namun, perkara-perkara dibawah
perlu ada apabila menulis bab hasil kajian dan perbincangan:

Cara analisis mengikut prosedur yang betul. Nyatakan cara anda


menganalisis. Contoh: Analisis tematik (bagi kualitatif), atau
menggunakan ujian-t bagi kuantitatif.

Perbincangan mencakupi bagaimana tema, konsep dan kategori


ditemui.

Terdapat bukti-bukti menyokong dan menentang hujah anda


dalam perbincangan.

Terdapat sebarang pencarian kes yang mungkin menyanggah hasil


kajian.

4.4 Rumusan

Bahagian ini ditulis bagi merumuskan apa yang telah anda terangkan dalam bab ini.
Ia meliputi penemuan yang anda telah peroleh selepas analisis data secara ringkas.
Tidak perlu menulis bahagian ini dengan panjang lebar. Contoh-contoh dibawah boleh
dijadikan panduan.

125
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Contoh penulisan rumusan 1:

4.4 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati, tekanan-tekanan yang dialami dalam


kalangan informan adalah saling bersangkut-paut. Ini kerana, tidak dapat dipastikan
tekanan yang mana satu yang terlebih dahulu dialami, serta terdapat pelbagai jenis
tekanan yang dialami serentak. Rajah 4.16 meringkaskan gambaran keseluruhan jenis-
jenis tekanan yang dialami oleh penjaga-penjaga tidak formal. Pengkaji juga
mendapati ciri-ciri bagi setiap jenis tekanan yang dialami oleh informan-informan
kajian ini adalah sama dengan model tekanan oleh Lazarus dan Folkman (1984) dan
model oleh McCubbin et al. (1996). Situasi status sosio-demografi yang rendah,
sumber ekonomi yang kurang, persekitaran sosial yang kurang memberi galakan
antara satu sama lain dan penjagaan kesihatan yang lemah menyebabkan penjaga tidak
formal tertekan. Punca-punca tekanan ini juga dalam masa yang sama boleh dilihat
sebagai ciri-ciri tekanan yang dialami oleh penjaga tidak formal. Mengikut bidang
perancangan strategik, intervensi yang berkesan kepada sesuatu masalah sosial perlu
bertindak ke atas punca atau akar masalah. Intervensi bagi membantu penjaga tidak
formal berhadapan dengan tekanan yang mereka alami berkesan apabila tindakan
diambil ke atas punca-puncanya. Perkara ini akan diterangkan dengan lebih terperinci
dalam bab enam tesis ini.

(Dipetik dan diolah dari tesis Ph.D: Nur Saadah 2013)

126
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Contoh penulisan rumusan 2:

4.4 RUMUSAN

Kesimpulan yang diperoleh daripada dapatan kajian, mendapati majoriti golongan


dewasa awal mempunyai kualiti hubungan perkahwinan yang tinggi. Tempoh
perkahwinan mempunyai perkaitan terhadap komponen berahi dalam kualiti
hubungan. Di samping itu, penggunaan media sosial tidak menunjukkan mempunyai
hubungan dengan kualiti hubungan perkahwinan. Namun begitu, sikap cemburu
menunjukkan mempunyai hubungan dengan kualiti hubungan perkahwinan. Oleh
yang demikian, jadual 4.49 menunjukkan rumusan bagi penerimaan dan penolakan
hipotesis kajian.

(Dipetik dan diolah dari tesis sarjana: Noor Zulaikha 2018)

127
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Rujukan

Attig, G. A.& Winichagoon, P. 1993. Effective proposal writing: from ideals to projects.
Salaya: Mahidol University.
Liamputtong, P. 2014. Kaedah penyelidikan kualitatif (Ed.-3). Terj. Haliza Mohd Riji &
Shamsuddin Ahmad. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Oliver, P. 2014. Writing your thesis (3rd Ed.). London: Sage Publication Ltd.
Noor Zulaikha Binti Che Razali. 2018. Tahap penggunaan media sosial dan sikap
cemburu terhadap kualiti hubungan perkahwinan dalam kalangan dewasa awal.
Tesis Sarjana Sains Sosial, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Nur Saadah Mohamad Aun. 2013. Strategi daya tindak dalam kalangan penjaga tidak
formal pesakit kronik: kajian kes di Lembah Kelang. Tesis Dr. Fal, Fakulti Sastera
dan Sains Sosial, Universiti Malaya.
Nurul Farehah Binti Shaffiee. 2018. Pengetahuan Mahasiswa Mengenai Perundangan
Membabitkan Penderaan Seksual Kanak-Kanak. Latihan Ilmiah, Program Kerja
Sosial, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

128
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

BAB 5
KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
Nazirah Hassan

5.1 Pengenalan

Jumlah bab dalam tesis adalah tidak terhad. Penentuan jumlah bab adalah bergantung
kepada konteks kajian dan corak penulisan laporan kajian. Kebiasaanya, setiap tesis
merangkumi sekurang-kurangnya 5 bab, bermula dengan bab pengenalan dan berakhir
dengan bab penutup. Bab penutup adalah bab terakhir dalam tesis dan seringkali dirujuk
sebagai bab kesimpulan atau rumusan dan cadangan. Berbeza dengan bab-bab sebelumnya,
bab kesimpulan membincangkan kesemua bab dalam tesis secara ringkas dan padat.
Sesetengah pembaca memberi fokus hanya kepada bab kesimpulan untuk memahami
keseluruhan tesis atau kajian. Hal ini kerana bab tersebut memberi gambaran jelas tentang
keseluruhan proses kajian bermula dari tujuan kajian, kaedah dan dapatan kajian (James &
Slater, 2014). Tambahan pula, sesetengah pembaca cenderung untuk meneliti bab
kesimpulan kerana mereka lebih tertarik untuk mengetahui tentang implikasi kajian dan
cadangan-cadangan yang diutarakan oleh penulis. Oleh yang demikian, penyediaan bab ini
harus dilakukan dengan tepat dan teliti. Walaupun pengulangan maklumat akan berlaku
pada bab ini, penulis tidak seharusnya dengan mudah menyalin kembali penyataan-
penyataan yang telah dibincangkan pada bab-bab sebelumnya. Harus diingatkan bahawa
penulisan pada bab ini akan menjadi lebih mudah sekiranya penulis benar-benar
memahami keseluruhan proses kajian.

Kesimpulan yang baik membincangkan sekurang-kurangnya 4 perkara iaitu, rumusan


kajian, implikasi kajian, limitasi dan cadangan kajian (Evans, Gruba & Zobel, 2014).
Seperti bab-bab sebelumnya, bab kesimpulan harus dimulakan dengan perenggan
pengenalan kepada bab. Berikut adalah contoh pengenalan kepada bab:

129
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Bab ini adalah penutup bagi keseluruhan kajian. Empat bab terdahulu telah
membincangkan secara terperinci mengenai permasalahan dan tujuan kajian, sorotan
literatur, metod kajian dan hasil kajian. Dalam bab ini, pengkaji merumus secara ringkas
keseluruhan kajian dengan mengambilkira perbincangan berdasarkan empat bab tersebut.
Seterusnya, bab ini akan membincangan limitasi kajian, implikasi dan cadangan yang wajar
diutarakan sebagai refleksi kepada keseluruhan kajian yang telah dilaksanakan.

5.2 Rumusan Kajian


Bahagian ini memaparkan rumusan kajian secara menyeluruh. Berpandukan kesemua bab
yang dibincangkan dalam tesis, bahagian ini harus membincangkan kembali secara ringkas
beberapa perkara penting yang menjadi asas kepada kajian yang dilakukan. Tujuan kajian,
teori atau konsep yang digunakan, kaedah kajian dan dapatan kajian adalah perkara-perkara
penting yang seharusnya dipaparkan kembali pada bahagian ini. Kajian literatur dan
perbincangan hasil kajian juga relevan untuk dibincangkan pada bahagian ini, namun
perbincangannya haruslah berdasarkan idea penulis secara menyeluruh. Harus diingatkan
bahawa rumusan adalah bahagian utama dalam bab kesimpulan (Gruba & Zobel, 2017).
Maka, penulisan bahagian ini haruslah dilakukan secara teliti supaya dapat memberi
kefahaman yang jelas kepada pembaca. Pembaca mungkin terlepas pandang atau terlupa
beberapa perkara penting sewaktu membaca tesis dan demikian menyebabkan pembaca
gagal untuk memahami keseluruhan kajian. Maka, bahagian rumusan ini akan membantu
pembaca untuk memahami tesis atau kajian yang dilakukan secara mudah dan jelas.

Tujuan kajian

Perkara pertama yang harus dibincangkan adalah tujuan kajian. Dalam penulisan tesis,
tujuan kajian sememangnya akan dinyatakan secara berulang-ulang pada setiap bab. Hal ini
bagi mengingatkan pembaca tentang tujuan kajian dilakukan dan membolehkan pembaca
membuat perkaitan antara tujuan kajian dan setiap perkara yang dibincangkan dalam bab.
Pada bahagian ini, kebiasaanya, tujuan kajian akan dibincangkan pada awal penulisan.
Lebih spesifik lagi, penulis boleh memaparkan tujuan kajian dengan menyatakan kembali
persoalan kajian, objektif kajian atau kedua-duanya. Hal ini bertujuan untuk melihat sejauh

130
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

mana kajian yang telah dilakukan berjaya menjawab persoalan kajian dan mencapai objektif
yang ditetapkan. Demikian, penulis juga harus membuat kesimpulan secara kritikal tentang
status kajian yang dilakukan dalam mencapai tujuan kajian. Perkara ini adalah penting untuk
dibincangkan kerana ia memberi gambaran dan ukuran terhadap kualiti kajian yang di
lakukan. Salah satu kajian yang berkualiti adalah kajian yang berjaya menjawab persoalan
kajian dengan baik (Bryman, 2016). Berikut adalah contoh perbincangan tujuan kajian pada
bahagian rumusan:

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji fenomena buli dalam kalangan pelajar sekolah
menengah di Malaysia. Untuk mencapai tujuan kajian tersebut, tiga persoalan kajian telah
dibina:

i) Sejauh mana tingkah laku buli menular dalam kalangan pelajar sekolah?
ii) Apakah faktor-faktor sosial yang mendorong pelajar terlibat dalam tingkah laku
membuli?
iii) Apakah strategi-strategi yang diambil oleh pihak sekolah untuk mencegah tingkah
laku buli?

Kajian ini berjaya menjawab kesemua persoalan tersebut, justeru mencapai objektif kajian
yang telah ditetapkan. Perkara ini dapat dilihat melalui perbincangan dapatan-dapatan
kajian yang telah dianalisis dan dipersembah mengikut persoalan/objektif kajian. Dengan
menjawab ketiga-tiga persoalan kajian yang dikemukakan ini, kajian mampu merungkai
fenomena buli di sekolah menengah di Malaysia secara komprehensif. Maka, kajian ini
mampu memberi implikasi positif kepada pengurangan budaya buli di sekolah menengah
di Malaysia.

Teori atau model yang digunakan

Perkara kedua yang harus dibincangkan pada bahagian rumusan adalah teori atau model
yang digunakan dalam kajian. Teori atau model adalah perkara penting untuk dibincangkan
bagi mengingatkan pembaca tentang idea atau pemahaman penulis tentang topik yang

131
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

dikaji. Justeru, membantu pembaca untuk memahami keseluruhan kajian dari konteks teori
atau model yang digunakan. Namun, teori atau model ini haruslah dibincangkan secara
ringkas dan menyeluruh. Kerangka konseptual atau kerangka kajian (dalam bentuk rajah)
tidak perlu dipaparkan kembali pada bahagian ini. Pada perbincangan ini, penulis harus
menyatakan kembali kesemua teori atau model yang telah digunakan dalam kajian ini dan
menyatakan bagaimana kesemua teori ini berkait antara satu sama lain. Penulis juga perlu
menyatakan pandangan secara kritikal tentang keupayaan teori atau model yang digunakan
untuk memahami topik atau fenomena yang dikaji. Berikut adalah contoh perbincangan
teori atau model kajian:

Kajian ini telah menggunakan beberapa teori delinkuensi untuk memahami tingkah laku
membuli. Dalam kajian ini, tingkah laku membuli telah difahami melalui empat teori iaitu
teori subkultur, teori kawalan, teori peneutralan dan model pengimportan. Walaupun tiap-
tiap teori memberi pemahaman yang berbeza-beza tentang tingkah laku membuli, namun
kesemua teori bersetuju bahawa tingkah laku buli didorong oleh faktor kendiri dan sosial
yang pelbagai. Melalui teori-teori tersebut juga, tingkah laku buli boleh dikonsepkan
sebagai salah satu tingkah laku delinkuensi yang kompleks. Hal Ini membuktikah bahawa
teori-teori tersebut mampu memahami fenomena buli di sekolah secara komprehensif.

Metodologi kajian
Perkara ketiga yang harus dibincangkan pada bahagian rumusan adalah metodologi kajian.
Metodologi adalah enjin yang menggerakkan sesebuah kajian. Seperti yang telah
dibincangkan sebelum ini, metodologi kajian merangkumi tatacara merekabentuk,
mengumpul dan menganalisis data. Metodologi kajian yang baik akan menjadikan kajian
yang dijalankan lebih sistematik dan menyebabkan perjalanan kajian lebih terarah dalam
mencapai tujuan kajian (Bryman, 2016; Rubin & Babbie, 2016). Maka, adalah penting bagi
penulis untuk membincangkan semula metodologi pada bahagian rumusan ini supaya
pembaca dapat mengingat kembali tatacara menjalankan kajian. Pada bahagian ini,
perbincangan metodologi harus meliputi sekurang-kurangnya rekabentuk kajian, lokasi
kajian, persampelan kajian, intrumen kajian dan kaedah pengumpulan data. Namun,

132
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

perbincangan haruslah ringkas dan tidak perlu terperinci. Penulis juga harus
membincangkan secara kritikal dan menyeluruh tentang keberkesanan metodologi yang
digunapakai dalam mencapai tujuan kajian. Berikut merupakan contoh perbincangan
metodologi kajian:

Kaedah gabungan (mixed-method) telah digunakan untuk menjawab persoalan-persoalan


kajian yang dikemukakan. Dengan menggunakan rekabentuk sequential, kajian
tinjauan telah dilaksanakan dan diikuti dengan temubual mendalam. Seramai 489 orang
pelajar lelaki dan perempuan dari 10 buah sekolah di semenanjung Malaysia telah terlibat
dalam kajian tinjauan. Manakala, 36 orang pelajar lelaki dan perempuan dari 2 buah
sekolah telah terlibat dalam temubual mendalam. Melalui kaedah gabungan ini, persoalan-
persoalan kajian berjaya dijawab. Kaedah gabungan memberi hasil keputusan kajian yang
komprehensif. Keputusan kajian bukan sahaja boleh digeralisasikan, malah ia bersifat
mendalam. Jumlah responden yang diperolehi bagi kedua-dua kajian tinjuan dan temubual
mendalam adalah mencukupi untuk merungkai fenomena buli di sekolah. Malah, jumlah
responden bagi kajian tinjauan adalah mencukupi dan hal ini membolehkan keputusan
kajian digeneralisasikan kepada populasi.
.
Hasil kajian
Perkara keempat pada bahagian rumusan merangkumi hasil kajian. Hasil kajian adalah
perkara utama yang harus dibincangkan kerana hasil kajian melaporkan maklumat-
maklumat yang diperlukan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian dan mencapai
tujuan kajian. Disini, penulis harus membincangkan kesemua hasil dapatan kajian yang
penting secara menyeluruh. Hasil dapatan tersebut termasuklah dapatan-dapatan utama
yang menjawab persoalan dan objektif kajian, dapatan-dapatan baru dan dapatan-dapatan
yang tidak dijangka. Penulis juga harus memberi pandangan tentang sejauh mana dapatan-
dapatan tersebut menjawab persoalan kajian dan mencapai tujuan kajian. Malah, penulis
harus membuat kesimpulan menyeluruh yang lebih mendalam tentang kesemua dapatan
yang diperolehi. Kesimpulan ini harus menjawab persoalan sedemikian, ‘apa maksud

133
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

kesemua hasil dapatan ini?’. Berikut adalah contoh perbincangan hasil kajian pada
bahagian rumusan:

Hasil kajian mendapati tingkah laku membuli adalah tinggi di sekolah menengah.
Sebanyak 70 peratus pelajar melaporkan tingkah laku membuli sekurang-kurangnya sekali
dalam seminggu. Rakan sebaya dan persekitaran persekolahan yang membosankan
dilaporkan sebagai faktor yang mendorong pelajar terlibat dengan tingkah laku membuli.
Menariknya, pelajar perempuan melaporkan tingkah laku membuli yang lebih tinggi
berbanding pelajar lelaki. Secara keseluruhannya, kesemua hasil kajian yang
dilaporkan berjaya menjawab persoalan-persoalan kajian, justeru mencapai tujuan kajian.
Melalui perbincangan hasil kajian tersebut, dapat disimpulkan bahawa persekitaran
sekolah adalah tidak selamat kepada para pelajar berikutan kes buli yang tinggi. Sekolah
seolah-olah menjadi tempat melatih pelajar-pelajar untuk bertingkah laku agresif dan
perkara ini boleh mendorong pelajar untuk terlibat dengan jenayah yang lebih berat.

Secara keseluruhan, bahagian rumusan ini seharusnya membincangkan tujuan kajian, teori
dan model yang digunakan, metodologi dan hasil kajian. Kesemua perkara ini harus
dibincangkan secara ringkas, namun kritikal. Malah, penulis harus meminimakan
penggunaan rujukan kerana bahagian kesimpulan ini seharusnya menyajikan idea-idea asli
daripada penulis itu sendiri. Pada fasa ini penulis dijangkakan sudah menguasai topik atau
fenomena yang dikaji dan mampu membuat kesimpulan sendiri. Justeru, adalah
dinasihatkan supaya penulis memahami topik yang dikaji dan memahami proses kajian
yang dilaksanakan dengan baik.

5.3 Limitasi Kajian

Selepas rumusan, limitasi kajian adalah antara perkara penting yang harus dibincangkan
pada bab kesimpulan. Setiap kajian sosial mempunyai limitasi tersendiri. Kajian sosial
adalah kajian yang melibatkan manusia. Kajian-kajian yang melibatkan manusia tidak
mungkin bersifat objektif sepenuhnya kerana pengkaji tidak mungkin berupaya untuk

134
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

mengawal pengaruh-pengaruh luar yang boleh menganggu tatacara menjalankan kajian


dan mempengaruhi interpretasi keputusan kajian. Kajian sosial adalah bersifat subjektif
kerana sentiasa dipengaruhi oleh nilai-nilai peribadi dan bias dalam proses interpretasi data
(Shipman, 2014). Demikian, kajian sosial adalah berisiko untuk terdedah kepada limitasi
tertentu. Limitasi merangkumi kelemahan-kelemahan atau perkara-perkara yang muncul
tanpa disengajakan sewaktu menjalankan kajian dan boleh mempengaruhi interpretasi atau
hasil dapatan kajian (Shipman, 2014). Malah, limitasi-limitasi tertentu boleh mengancam
kesahan dapatan kajian. Bagaimana? Limitasi kajian sememangnya boleh memberi kesan
kepada kesahan dapatan kajian. Seperti yang telah dibincangkan pada bab sebelum ini,
dalam kajian kuantitatif, kesahan kajian merangkumi sekurang-kurangnya dua jenis iaitu,
kesahan dalaman dan kesahan luaran.

Kesahan dalaman merujuk kepada keupayaan pengkaji mengawal perhubungan antara


pembolehubah mengikut hipotesis yang telah ditetapkan. Limitasi kajian seperti saiz
sampel yang kecil boleh memberi keputusan yang menolak hipotesis kajian atau kenyataan
alternatif yang menunjukkan hubungan antara pembolehubah. Limitasi seperti pengaruh
faktor persekitaran yang memberi kesan kepada pembolehubah-pembolehubah yang dikaji
juga boleh memberi keputusan kajian yang menolak hipotesis alternatif kajian. Kesahan
luaran pula merujuk kepada keupayaan keputusan kajian untuk digeneralisasikan keatas
populasi. Namun, limitasi seperti pemilihan teknik persampelan yang kurang tepat (i.e.
pemilihan sampel bukan rawak) akan menyebabkan keputusan kajian tidak boleh
digeneralisasikan. Limitasi seperti saiz sampel yang kecil juga boleh menggugat
keupayaan keputusan kajian untuk digereneralisasikan.

Dalam kajian kualitatif, kesahan merujuk kepada ‘ketepatan’ kajian dari aspek rekabentuk
kajian yang digunakan, proses menjalankan kajian dan data yang diperolehi (Leung, 2015).
Pemilihan rekabentuk kajian yang bersesuaian, perlaksanaan prosedur kajian yang betul,
dan pengumpulan data yang mencukupi dan tepat seharusnya mampu merungkai fenomena
yang dikaji secara komprehensif, justeru meningkatkan kesahan kajian. Namun, limitasi
dalam aspek-aspek tersebut akan mengancam kesahan dapatan kajian. Sebagai contoh,

135
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

penggunaan kaedah pemerhatian dalam meneroka isu-isu sensitif (e.g. seksualiti, rasis,
buli) mungkin akan menghasilkan dapatan kajian yang bias dan tidak mendalam. Malah,
penggunaan satu kaedah dalam mengumpulkan data akan menyebabkan data yang
diperolehi tidak boleh dibandingkan, dan proses triangulasi tidak boleh dilaksanakan.
Selain itu, pengumpulan data berdasarkan satu kumpulan sampel sahaja (e.g pelajar) turut
menggugat kesahan dapatan kajian. Dalam kajian kualitatif pengumpulan data dari sampel
yang berlainan (e.g. pelajar, pensyarah dan kakitangan sokongan) adalah penting untuk
menyokong dapatan kajian. Tanpa kepelbagaian ini, data yang diperolehi tidak dapat
dibandingkan dan hal sedemikian boleh menggugat kesahan dapatan kajian.

Kebiasaannya, limitasi kajian berkait dengan isu-isu metodologi. Namun, limitasi juga
boleh berkait dengan keupayaan pengkaji dalam menjalankan kajian. Jadual 5.1. hingga
5.4 menggariskan contoh limitasi kajian yang mungkin memberi kesan kepada interpretasi
dan hasil dapatan kajian.

5.1 Contoh limitasi kajian dari aspek rekabentuk kajian


Bil. Limitasi Penjelasan/contoh
1. Tidak mendalam - Kaedah yang digunakan seperti tinjauan dan kaedah
kuantitatif lain tertumpu kepada data numerik yang
menjelaskan corak dan hubungan antara pembolehubah.
- Penjelasan topik hanya tertumpu kepada pembolehubah-
pembolehubah yang digunakan.
- Topik yang dikaji tidak dapat dirungkai secara
mendalam.
2. Tidak boleh - Kaedah kualitatif seperti temubual bertujuan untuk
digeneralisasikan meneroka topik yang dikaji secara mendalam.
- Kaedah-kaedah tersebut menyediakan asas yang lemah
bagi menghasilkan generalisasi saintifik.
3. Kesan kajian - Kajian jangka panjang mengumpulkan data dari pelbagai
jangka panjang sumber dan data yang dikumpulkan diperolehi secara
berperingkat dan berterusan dalam jangka masa panjang.
- Data mungkin akan berubah berikutan respon dari
responden yang mungkin akan berubah.
- Kajian jangka panjang memerlukan tempoh masa yang
lama dan memerlukan kos yang tinggi.

136
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

4. Kesan kajian - Kajian gabungan menyediakan data yang komprehensif


gabungan dengan menggabungkan kaedah kuantitatif dan
kualitatif.
- Kesukaran untuk menggabungkan data dan
menginterpretasi keputusan dari kedua-dua sumber
secara efektif.
- Kajian gabungan juga memakan tempoh masa yang
lama dan memerlukan kos yang tinggi.

5.2 Contoh limitasi kajian dari aspek data dan alat pengumpulan data
Bil. Limitasi Penjelasan/contoh
8. Alat ujian self- - Soal selidik self-report terlalu panjang dan sukar untuk
dikendalikan.
report
- Kemungkinan responden memberi jawapan yang kurang
tepat dan sambil lewa.
9. Kebolehpercayaan - Soal selidik yang digunakan melaporkan
kebolehpercayaan yang rendah.
dan kesahan
- Soal selidik yang digunakan dalam kajian kurang
digunakan oleh pengkaji lain. Maka, kesahihannya
adalah tidak pasti.
- Soal selidik direka untuk tujuan kajian. Maka,
kebolehpercayaan dan kesahihannya adalah tidak pasti.
12. Data tidak lengkap - Data yang diperolehi tidak menjawab objektif kajian
dengan lebih terperinci.
- Ramai responden gagal melengkapkan soal selidik dan
menyebabkan soal selidik tidak boleh diambil kira dalam
analisis data.
13. Akses data yang - Tidak mendapat kebenaran untuk mengakses data (e.g.
terhad statistik, laporan, maklumat organisasi). Maka, data
kajian mungkin tidak lengkap.
14. Bias dalam - Kemungkinan bias dalam interpretasi kualitatif data.
interpretasi data - Kemungkinan bias dalam interpretasi data meningkat
tanpa data dari sampel kumpulan lain atau data lain
yang boleh dibuat perbandingan.

137
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

5.3 Contoh limitasi kajian dari aspek sampel dan persampelan


Bil. Limitasi Penjelasan/contoh
5. Saiz sampel - Saiz sampel yang terlalu kecil bagi kajian kuantitatif
terlalu kecil atau akan mengancam kesahihan dapatan kajian.
besar - Sampel saiz yang terlalu besar untuk kajian kualitatif
akan menyebabkan lambakan data dan menyukarkan
proses analisis dan interpretasi data.
6. Satu kumpulan - Bagi kajian kualitatif, penggunaan satu kumpulan
sampel sampel sahaja menyebabkan data tidak dapat
dibandingkan. Hal ini mengancam kesahihan data.
7. Teknik - Untuk kajian kuantitatif, penggunaan teknik
persampelan persampelan yang tidak tepat (i.e. bukan rawak)
menyebabkan kajian tidak dapat digeneralisasikan.

5.4 Contoh limitasi kajian dari aspek proses menjalankan kajian


Bil. Limitasi Penjelasan/contoh
15. Tempoh masa - Tempoh masa menjalankan kajian terlalu panjang dan
menelan kos yang banyak.
- Tempoh masa menjalankan kajian-kajian seperti
etnografi terlalu pendek dan menyebabkan data yang
dikumpul adalah kurang.
- Tempoh masa yang singkat menyebabkan kajian terhad
kepada beberapa lokasi tertentu sahaja.
16. Kekangan - Kekangan kewangan menyebabkan kajian terhad kepada
kewangan lokasi tertentu sahaja.
17. Isu etika - Kajian bersifat sensitif dan berpotensi mengancam
menjalankan kesejahteraan dan keselamatan responden.
kajian - Pengkaji tidak mampu mengambil tindakan yang efektif
terhadap ancaman yang dilaporkan oleh responden.
18. Tidak mendapat - Tidak mendapat kebenaran untuk menjalankan kajian di
kebenaran beberapa lokasi tertentu. Maka, data terhad kepada lokasi
tersebut.

Dalam bab kesimpulan, limitasi harus dibincangkan dengan melihat sejauhmana ia


mempengaruhi kesahan dapatan kajian dan bagaimana pengkaji meminimakan pengaruh
limitasi keatas interpretasi dapatan kajian (Price & Murnan, 2004). Walaubagaimanapun,
penulis harus mengehadkan perbincangan limitasi kajian. Perbincangan limitasi yang tidak
bersesuaian akan menjejaskan persepsi pembaca terhadap kualiti kajian yang dilakukan.

138
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Justeru, penulis harus memahami cara-cara menulis limitasi yang baik. Berikut adalah
kaedah berkesan dalam membincangkan limitasi kajian:
1. Limitasi harus dibincangkan secara terperinci dengan menggunakan terma-terma
yang bertepatan.
2. Perbincangan harus dimulakan dengan menyatakan kelebihan perkara-perkara
yang ingin dibincangkan.
3. Nyatakan bagaimana limitasi boleh berlaku.
4. Nyatakan mengapa setiap limitasi tidak boleh dielak.
5. Nyatakan bagaimana pengkaji meminimakan limitasi-limitasi tersebut.
6. Membuat penilaian sejauhmana limitasi memberi kesan keatas keseluruhan dapatan
kajian.
7. Sekiranya perlu, nyatakan bagaimana limitasi kajian boleh diatasi pada kajian akan
datang.

Seperti yang telah dibincangkan, limitasi kajian boleh dikaitkan dengan kelemahan dalam
isu-isu metodologi dan kekangan pengkaji dalam menjalankan kajian. Harus diingatkan
kepada penulis bahawa limitasi adalah kelemahan yang boleh diatasi dan bukannya
kesilapan dalam melakukan kajian. Walaupun ia memberi kesan kepada dapatan kajian,
namun dapatan yang diperolehi masih boleh digunapakai dalam menjawab persoalan-
persoalan kajian. Justeru, perbincangan limitasi ada hadnya. Perbincangan yang tidak
bersesuaian boleh mencetuskan persoalan tentang kualiti kajian yang dilakukan. Sekiranya
penulis mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang ketara sehingga boleh menjejaskan
kesahan dapatan kajian, penulis harus memberi justifikasi yang kukuh dalam meyakinkan
pembaca bahawa kelemahan-kelemahan tersebut boleh diperbaiki dan diatasi pada kajian
akan datang.

5.4 Implikasi Kajian

Implikasi kajian adalah perkara yang harus dibincangkan selepas limitasi kajian. Implikasi
kajian membincangkan tentang bagaimana keputusan kajian memberi kesan keatas praktis,

139
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

polisi, teori dan bidang yang dikaji. Kajian saintifik menyajikan dapatan-dapatan empirikal
tentang topik atau fenomena tertentu yang boleh digunakan sebagai bukti atau panduan
kepada penambahbaikan dan pemerkasaan praktis, polisi, teori dan bidang yang dikaji.
Disini penulis seolah-olah menekankan kegunaan kajian yang dilakukan dalam praktis dan
pembinaan polisi terutamanya. Walaupun prosedur tiap-tiap satu kajian adalah berbeza-
beza, kajian saintifik boleh digunakan sebagai panduan kepada penyelesaian masalah
sosial yang dikaji dan penambahbaikan praktis dan polisi sedia ada (Bryman, 2016).

Implikasi praktis
Dalam konteks ini, praktis merujuk kepada amalan profesional yang terkait secara
langsung mahupun tidak langsung dengan topik atau fenomena yang dikaji. Amalan ini
melibatkan individu, kumpulan atau organisasi yang terdiri dari kumpulan pengamal
mahupun kumpulan sasaran. Sebagai contoh, Kementerian Pendidikan (kumpulan
pengamal) dan pelajar sekolah (kumpulan sasaran). Maka, implikasi praktis
membincangkan tentang sejauh mana kajian yang dilakukan memberi kesan keatas
kumpulan pengamal dan kumpulan sasaran yang terkait. Kebiasaanya, perbincangan
implikasi praktis merujuk kepada kegunaan laporan kajian sebagai:
1. Panduan dan rujukan kepada organisasi dan pengamal untuk menambahbaik praktis
sedia ada.
2. Memberi kesedaran kepada pengamal atau pihak berwajib tentang topik atau fenomena
(yang dikaji), justeru meningkatkan usaha menambahbaik praktis sedia ada.
3. Mendorong pengamal atau pihak berwajib untuk mewujudkan perkhidmatan yang
dapat membantu mengurangkan masalah yang terkait dengan topik yang dikaji.
4. Mendorong pengamal atau pihak berwajib untuk memperkasa kumpulan sasaran (yang
dikaji) dengan menyediakan sokongan dan perkhidmatan yang diperlukan.

Implikasi dasar
Dasar atau polisi merujuk kepada prinsip-prinsip yang digunapakai sebagai garis panduan
untuk mencapai sesuatu matlamat (Weimer & Vining, 2017). Kebiasaanya, dasar digubal
dan digunapakai oleh sekumpulan individu yang berada dalam sesebuah organisasi samada

140
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

badan kerajaan mahupun badan bukan kerajaan untuk mencapai matlamat tertentu. Sebagai
contoh, Dasar Kanak-Kanak Negara digubal oleh Kerajaan dan digunapakai oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat untuk memastikan setiap kanak-kanak mendapat hak untuk hidup
sejahtera. Kajian sosial yang berkualiti sememangnya memberi kesan keatas penggubalan
dan pemantapan dasar bagi sesebuah organisasi. Rata-rata pembuat dasar akan mendalami
fenomena atau isu tertentu dengan merujuk kajian-kajian sosial terdahulu sebelum
sesebuah dasar digubal. Bagi implikasi dasar, kajian yang dilaksanakan sememangnya
boleh:
1. Memberi kesedaran kepada pihak yang berkuasa dan pembuat dasar tentang
kepentingan untuk mewujudkan dasar (berkaitan dengan topik).
2. Mendorong pihak yang berkuasa dan pengamal untuk menilai semula dasar sedia
ada dan membuat penambahbaikan terhadap polisi sedia ada.
3. Memberi kesedaran kepada pengamal untuk melaksanakan dasar secara efektif dan
bersifat terbuka dalam membuat keputusan.

Implikasi teori
Selain dari praktis dan polisi, kajian sosial juga memberi kesan keatas pembangunan teori-
teori saintifik mahupun konsep-konsep saintifik yang berkaitan dengan topik atau
fenomena yang dikaji. Secara ringkasnya, teori adalah satu set idea yang dibangunkan
secara saintifik untuk memahami fenomena tertentu. Kebanyakkan teori telah dibangunkan
berdasarkan kajian-kajian empirikal dan telah diuji secara saintifik. Banyak teori-teori
saintifik yang telah mengalami perubahan atau penambahbaikan kesan daripada kajian
saintifik yang dilakukan (Thomas, 2007). Maka, antara perbincangan yang boleh
diketengahkan bagi implikasi kajian terhadap teori adalah:
1. Mewujudkan teori baru yang boleh digunapakai untuk memahami topik atau
fenomena yang dikaji.
2. Menyokong teori-teori saintifik yang kurang dikaji dan meningkatkan kesahan teori
tersebut dalam memahami topik atau fenomena yang dikaji.
3. Menambahbaik teori-teori saintifik dengan menggunakan bukti-bukti dapatan
kajian dan hujahan yang kritikal sebagai sokongan.

141
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

4. Menggalakkan penggabungan teori untuk memahami topik atau fenomena yang


dikaji dengan lebih komprehensif.

Implikasi bidang yang dikaji


Kajian saintifik juga memberi kesan keatas bidang yang dikaji. Bidang yang dikaji merujuk
kepada ilmu atau disiplin yang berkait secara langsung mahupun tidak langsung dengan
kajian yang dilakukan. Sebagai contoh, kajian berkaitan gejala buli dalam kalangan pelajar
sekolah memberi kesan keatas bidang pendidikan, delinkuensi juvana dan kriminologi.
Kajian saintifik kebiasaanya memberi implikasi keatas bidang yang dikaji seperti berikut:
1. Mewujudkan pengetahuan baru dalam bidang atau disiplin yang berkaitan.
2. Menyumbang kepada penambahan dan pemantapan literatur dalam bidang atau
disiplin yang berkaitan.
3. Memberi kesan keatas kepelbagaian metodologi kajian dalam bidang atau disiplin
yang berkaitan.
4. Topik atau fenomena yang dikaji berupaya mewujudkan elemen rentas bidang.

Seperti yang telah dibincangkan, implikasi kajian boleh dilihat melalui empat aspek iaitu
praktis, dasar, teori dan bidang yang dikaji. Sesetengah penulis hanya memberi fokus
kepada beberapa aspek yang difikirkan penting untuk dibincangkan. Sebagai contoh,
penulis memilih untuk membincangkan implikasi kajian dari dua aspek sahaja iaitu praktis
dan bidang yang dikaji. Pembacaan dan pemahaman yang mendalam tentang topik atau
fenomena yang dikaji adalah sangat penting untuk menentukan aspek implikasi kajian.
Untuk ini, penulis harus tahu bagaimana kajian yang dilakukan mampu memberi kesan
keatas aspek-aspek tertentu. Penulis juga harus tahu sejauhmana kajian memberi kesan
keatas aspek-aspek yang berkaitan. Perbincangan haruslah realistik dan berkait rapat
dengan kajian yang dilakukan. Harus diingatkan bahawa implikasi kajian boleh dijadikan
sebagai kayu pengukur kepada kualiti sesebuah kajian. Maka, penulisan implikasi ini
haruslah dilaksanakan dengan teliti dan disokong oleh dapatan kajian. Berikut adalah
contoh perbincangan implikasi kajian:

142
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Kajian yang dilaksanakan ini sememangnya memberi impak kepada penambahbaikan


teori. Sehingga kini, tiada satu teori pun yang dapat memperjelaskan fenomena buli secara
menyeluruh. Kajian ini telah menggunakan beberapa teori delinkuensi untuk memahami
buli. Didapati bahawa, teori neuralisasi adalah lebih tepat digunakan untuk memahami
tingkah laku buli dalam kalangan pelajar sekolah. Namun, teori ini tidak menitikberatkan
elemen-elemen persekitaran sebagai faktor penyebab tingkah laku buli. Kajian ini
mendapati faktor persekitaran sekolah sebagai penyebab utama tingkah laku buli. Dapatan
ini juga disokong oleh kajian- kajian terdahulu (i.e. Nazirah, 2014; Fatimah, 2011). Maka,
teori neutralisasi boleh ditambahbaik dengan memasukkan elemen-elemen persekitaran.

5.5 Cadangan
Cadangan kajian adalah perkara penting yang harus dibincangkan pada bab kesimpulan.
Berbeza dengan implikasi kajian, cadangan kajian membincangkan usaha-usaha atau
strategi-strategi yang boleh dilaksanakan untuk menangani isu atau masalah yang dikaji.
Perbincangan ini menyediakan cadangan-cadangan praktikal yang boleh dilaksanakan oleh
individu, kumpulan mahupun organisasi (Joyner, Rouse & Glatthorn, 2013). Cadangan
kajian juga menggariskan idea-idea kajian saintifik yang boleh dilakukan pada masa akan
datang. Pada bahagian ini, penulis boleh memberi fokus kepada cadangan-cadangan untuk
menambahbaik kajian berkaitan topik atau fenomena yang dikaji. Aspek cadangan kajian
adalah pelbagai. Namun, dalam penulisan tesis cadangan kajian yang baik seharusnya
merangkumi tiga aspek iaitu profesion, organisasi dan penyelidikan akan datang.

Cadangan kepada Profesion


Dalam konteks ini, profesion merujuk kepada kumpulan profesional atau pengamal yang
berkait secara langsung mahupun tidak langsung dengan topik atau fenomena yang dikaji.
Sebagai contoh, dalam kajian buli di sekolah, profesional yang mungkin terlibat adalah
guru-guru dan kaunselor sekolah. Dalam hal ini, penulis harus mengemukakan cadangan-
cadangan yang boleh membantu profesional yang terlibat dalam usaha meningkatkan
kualiti perkhidmatan mereka dan menangani isu atau masalah yang dikaji. Antara
cadangan-cadangan yang boleh dikemukakan adalah:

143
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

1. Mencadangkan cara untuk meningkatkan kualiti dalam menyalurkan


perkhidmatan dengan mewujudkan polisi cara kerja yang efektif.
2. Mencadangkan cara untuk meningkatkan pemantauan yang sistematik dari pihak
atasan (e.g. guru besar dan guru-guru kanan harus membuat pantauan terhadap
guru-guru yang melaksana polisi)
3. Mencadangkan cara untuk memperkukuh profesion melalui latihan dan kemahiran
yang berkaitan (e.g. menghantar guru-guru ke kursus kemahiran mengendalikan
buli)

Cadangan kepada Organisasi


Selain dari profesional, organisasi memainkan peranan penting dalam menangani isu atau
masalah sosial yang dikaji. Organisasi adalah unit sosial yang terdiri daripada sekumpulan
individu yang berkongsi matlamat yang sama untuk dicapai (O’Connor & Netting, 2009).
Organisasi ini termasuklah badan-badan kerajaan (i.e. Kementerian, sekolah, institusi) atau
badan-badan bukan kerajaan (NGO, organisasi swasta). Sesebuah organisasi sosial
sememangnya mempunyai profesional atau pengamal yang bertauliah untuk menyalurkan
perkhidmatan dan kebajikan sosial secara efektif. Sebagai contoh, Jabatan Penjara
mempunyai pegawai penjara, kaunselor, pakar psikologi dan pekerja sosial. Maka, sebagai
sebuah organisasi, Jabatan Penjara mempunyai tanggungjawab untuk menggerak kesemua
profesional atau pengamal yang terlibat untuk menyalurkan perkhidmatan sosial kepada
kumpulan sasaran. Dalam hal ini, penulis harus mengenalpasti organisasi yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung terhadap kajian yang dilakukan. Kebiasaannya,
kajian yang dilakukan adalah melibatkan organisasi-organisasi tertentu. Maka, cadangan-
cadangan penambahbaikan harus diberi fokus kepada organisasi yang terlibat dalam kajian.
Dalam hal ini, penulis boleh:
1. Merangka program berdasarkan dapatan kajian untuk digunapakai oleh organisasi
yang terlibat.
2. Menyediakan cadangan kepada organisasi bagaimana untuk meningkatkan
pemantauan perlaksanaan dasar.

144
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

3. Mencadangkan cara kepada organisasi bagaimana untuk mewujudkan persekitaran


sihat.
4. Menyediakan cadangan kepada organisasi bagaimana untuk meningkatkan budaya
kerja efektif dalam kalangan profesional atau pengamal.

Cadangan kepada Penyelidikan Akan Datang


Cadangan kajian tidak terhad kepada cadangan penambahbaikan profesion dan organisasi
sahaja. Cadangan kajian turut merangkumi cadangan-cadangan untuk menambahbaik
kajian (yang berkaitan dengan topik atau fenomena yang dikaji) pada masa akan datang.
Perbincangan cadangan ini seharusnya menyediakan idea-idea yang boleh digunapakai
oleh kumpulan pengkaji dalam bidang yang terkait. Dalam hal ini, penulis harus
membincangkan secara praktikal bagaimana kajian akan datang boleh dilaksanakan.
Kebiasaannya, cadangan-cadangan tersebut meliputi aspek-aspek berikut:

1. Memberi fokus kepada isu-isu yang dibincangkan dalam limitasi kajian


2. Memberi fokus kepada isu-isu metodologi (e.g. menggunakan reka bentuk kajian
yang boleh menghasilkan data yang lebih komprehensif, menambah bilangan sampel
dan menggunakan kumpulan sampel lain)
3. Memberi fokus untuk mengkaji pembolehubah-pembolehubah lain yang berkaitan
dengan topik atau fenomena yang dikaji (e.g. mengkaji faktor-faktor lain dan
mengambilkira faktor-faktor mediator atau moderator)

Perbincangan cadangan adalah penting bagi sesebuah kajian saintifik. Secara tidak langsung,
ia membuktikan bahawa kajian yang dilakukan sememangnya memberi impak kepada
masyarakat. Ia turut membuktikan bahawa pengkaji memainkan tanggungjawab penting
dalam usaha membantu dan memperkasa masyarakat (i.e. kumpulan sasaran yang dikaji)
melalui cadangan-cadangan yang diutarakan. Maka, cadangan kajian ini harus dibincangkan
secara terperinci dan disokong oleh dapatan-dapatan kajian yang dilakukan. Haruslah
diingatkan bahawa, perbincangan cadangan ini perlu diperincikan dalam bentuk perenggan

145
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

beserta bukti-bukti yang menyokong cadangan dan contoh yang dapat membantu pembaca
memahami cadangan tersebut. Berikut adalah contoh perbincangan cadangan kajian:

Dalam usaha menangani tingkah laku buli di sekolah, pihak pentadbiran (organisasi)
haruslah mengambil tindakan yang proaktif. Pihak pentadbiran boleh melantik beberapa
orang guru sebagai skuad utama mencegah budaya buli di sekolah. Sebagai contoh, guru-
guru yang dilantik boleh dipertanggungjawabkan untuk mengendali aduan-aduan insiden
buli dan menyelesaikan insiden tersebut (contoh). Dapatan kajian mendapati bahawa rata-
rata pelajar yang menjadi mangsa buli tidak melaporkan insiden buli kerana mereka tidak
tahu bagaimana untuk melaporkannya (bukti). Dengan adanya skuad pencegah dalam
kalangan guru-guru, insiden-insiden buli akan dilaporkan dan sekaligus mengurangkan
tingkah laku buli di sekolah.

5.6 Rumusan

Seperti pendahuluan, bab kesimpulan adalah pelengkap sesebuah tesis. Bab kesimpulan
seharusnya mengandungi rumusan kajian dan membincangkan limitasi dalam menjalankan
kajian. Bab ini juga seharusnya membincangkan beberapa perkara penting yang menjadi
asas menjalankan kajian iaitu implikasi dan cadangan kajian. Rumusan kajian memberi
gambaran keseluruhan kajian secara ringkas, bermula dari fasa mencadangkan kajian,
mengumpul data dan menganalis data. Pada bahagian ini, penulis juga seharusnya
merumuskan keseluruhan dapatan kajian secara kritikal dengan menggunakan logik untuk
mentafsir keseluruhan dapatan dan menghubungkannya dengan kajian-kajian terdahulu
mahupun teori-teori yang berkaitan. Limitasi kajian juga harus dilaporkan secara ringkas
pada bab ini. Setiap kajian sememangnya mempunyai limitasi yang tersendiri. Limitasi
merujuk kepada wujudnya kelemahan diluar kawalan dalam menjalankan kajian.
Kebiasaannya, limitasi terkait dengan metodologi seperti saiz sampel yang kecil, pemilihan
sampel bukan rawak dan kesan-kesan pembolehubah luar. Selain rumusan dan limitasi,
implikasi kajian adalah perkara penting untuk dibincangkan pada bab ini. Implikasi ini
termasuklah kesan kajian keatas pengukuhan bidang ilmu dan praktis yang berkaitan dengan
topik yang dikaji. Cadangan kajian pula harus dibincangkan selepas implikasi. Cadangan

146
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

kajian boleh dibahagikan kepada tiga fokus, iaitu profesion, organisasi dan penyelidikan
akan datang. Dengan adanya cadangan-cadangan tersebut, hal ini membuktikan bahawa
kajian yang dilakukan adalah berkualiti kerana mampu menyumbang kepada pemantapan
profesion, penambahbaikan praktis dan pengukuhan ilmu atau topik yang dikaji.

Penulis dinasihatkan untuk tidak mengambil mudah penyediaan bab kesimpulan. Sebelum
memulakan penulisan pada bab ini, penulis harus meneliti dan memahami keseluruhan bab
dan membuat refleksi terhadap setiap proses menjalankan kajian. Penelitian dan pemahaman
yang rapi akan memudahkan penulis untuk membuat rumusan yang baik dan mudah
difahami. Malah, ia membantu penulis untuk berhujah secara kritikal demi menyokong
kajian yang dilakukan. Harus diingatkan bahawa bab kesimpulan seharusnya mengandungi
idea-idea baru dari penulis itu sendiri. Melalui bab ini, pembaca dapat mengenalpasti sejauh
mana penulis benar-benar memahami topik yang dikaji dan sejauh mana penulis
menyumbang kepada penghasilan ilmu baru. Kajian yang berkualiti sememangnya mampu
mengemukakan cadangan-cadangan baru yang bernas dan realistik, justeru mampu memberi
impak positif kepada pengukuhan praktis dan teori.

147
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

Rujukan

Evans, D., Gruba, P., & Zobel, J. (2014). How to write a better thesis. Switzerland:
Springer.

Gruba, P. & Zobel, J. (2017). How to write your first thesis. SwitzerlandL Springer.

James, E. A. & Slater, T. (2014). Writing your doctoral dissertation or thesis faster. Los
Angeles: Sage.

Joyner, R. L., Rouse, W. A., & Glatthorn, A. A. (2013). Writing the winning thesis or
dissertation: a step-by-step-guide (3rd ed.). California: Corwin.

Leung, L. (2015). Validity, reliability, and generalizability in qualitative


research. Journal of family medicine and primary care, 4(3), 324-327.

O’Connor, M. K. & Netting, F. E. (2009). Organization practice: a guide to


understanding human service organizations (2nd ed.). New Jersey: John Wiley &
Sons.

Price, J. H. & Murnan, J. (2004). Research limitations and the necessity of reporting
them. American Journal of Health Education, 35(2), 66-67.

Rubin, A., & Babbie, E. R. (2016). Empowerment series: research methods for social
work. Belmont, CA: Cengage Learning.

Shipman, M. (2014). The limitation of social research (4th ed.). London: Routledge.

Thomas, G. (2007). Education and theory: strangers in paradigms. Berkshire, Engladn:


Open University Press.

Weimer, D. L., & Vining, A. R. (2017). Policy analysis: concepts and practice (6th ed.).
New York: Routledge.

148
TIPS MUDAHNYA MENULIS TESIS 2018

149

Anda mungkin juga menyukai