Anda di halaman 1dari 2

Pendahuluan

ISLAM
Islam berasal daripada beberapa perkataan Arab iaitu aslama dan salam. Aslama bermaksud
‘untuk merelakan, menyerah atau tunduk kepada Tuhan’.Manakala Salam bermaksud
‘sejahtera’. Secara rawaknya Islam bermaksud penyerahan dan penundukan kepada Allah
dan Muslim harus menunjukkan ini dengan menyembah-Nya, menurut perintah-Nya dan
mengelakkan melakukan perkara-perkara syirik dan bertentangan dengan syariat Islam.
Islam menerangkan di dalam Al-Quran bahawa ada dua jenis menyerah diri atau tunduk
kepada Tuhan : (Surah Ali Imran:83): a) seluruh ciptaan Allah tunduk kepada hukum Allah
dengan terpaksa dan menurut suatu kewajipan yang bersifat semulajadi. b) ada juga yang
berserah diri dengan keinginan sendiri mereka adalah golongan mukmin.

Ad-Din
Ad-Din atau ‘Agama’ berasal daripada perkataan “da-ya-na-“. Perkataan ini mempunyai
banyak makna mengikut persepsi Islam. Antaranya , ia boleh membawa maksud hutang
dimana didalam Surah Al-Baqarah menyatakan bahawa manusia merupakan hutang hutang
yang perlu dibayar kerana manusia diciptakan dan diberikan rezeki dan nikmat. Sebagai
seorang peminjam manusia, satu-satunya cara untuk membayar semula hutangnya adalah
dengan beribadah dan menjadi hamba Allah yang taat. Selain itu , ia juga bemaksud
kecenderungan. Menjadi fitrah seorang manusia untuk mempercayai perkara yang luar biasa,
percaya bahawa Tuhan sahajalah yang mengatur alam semesta dan perkara ghaib selain yang
boleh dicerna oleh pancaindera biasa seorang manusia.

Islam sebagai Ad-Din


 menurut Islam seperti yang telah diterangkan diatas, maka jelaslah agama menurut sudut
pandangan Islam sangat berbeza dengan persepsi Barat, agama dalam Islam adalah cara
hidup, cara berfikir, berideologi, dan bertindak. Agama meliputi sistem-sistem politik,
ekonomi, sosial, undang-undang dan ketatanegaraan. Agama berperanan besar dalam
membentuk peribadi insan yang kamil disamping juga membentuk masyarakat yang ideal,
agama menitikberatkan pembentukan moral dan kerohanian sesebuah masyarakat tetapi tidak
lupa juga agama turut dapat membangunkan nilai ketamadunan dan seterusnya membina
empayar yang kukuh dan berwibawa dimata dunia. Inilah yang dinamakan agama atau Ad-
Din menurut Islam, jadi apa yang dianggap agama oleh barat adalah bukan agama(tidak
lengkap) dari pandangan Islam, ataupun Islam bukan hanya sekadar agama dalam pengertian
Barat yang sempit.

Anda mungkin juga menyukai