Anda di halaman 1dari 1

TEORI ELIT

Model Elit terdiri daripada dua, iaitu Elit Tradisional dan Elit Baru atau Moden. Bagi
memudahkan kefahaman kita, Teori Elit boleh merumuskan bahawa masyarakat dibahagikan
kepada beberapa golongan yang mempunyai kuasa dan sebilangan besar lagi terdiri dari
mereka yang tidak mempunyai kuasa. Golongan yang mempunyai kuasa merupakan
kumpulan minoriti yang bertanggung jawab dalam memperuntukkan nilai untuk masyarakat.
Sementara sebilangan besar rakyat yang terdiri dari kumpulan minoriti tidak menentukan
dasar awam.

Kumpulan minoriti yang memerintah tidak melambangkan sebilangan besar rakyat


yang diperintah. Golongan elit disalurkan secara tidak seimbang dari susur-galur
sosioekonomi masyarakat. Pergerakan orang bukan elit kepada kedudukan elit berlaku secara
perlahan dan berterusan. Ini bertujuan untuk memelihara kemantapan sistem dan
mengelakkan berlakunya perubahan secara mendadak. Orang yang bukan elit yang sudah
menerima pendapat elit yang asas sahaja boleh diterima masuk ke dalam golongan ini.

Elit berkongsi pendapat ramai berhubung dengan nilai-nilai asas dalam sistem sosial
dan pengekalan sistem. Dasar-dasar awam yang dilahirkan tidak mencerminkan permintaan
atau tuntutan orang ramai, tetapi lebih kepada nilai-nilai elit sendiri. Perubahan-perubahan
dasar awam akan dibuat sedikit demi sedikit dan tidak diubah secara mendadak.Golongan elit
yang aktif tertakluk secara relatif ke atas pengaruh secara langsung dari sikap “tidak kisah”
atau tidak mengambil berat orang ramai. Golongan elit mempengaruhi orang ramai lebih dari
orang ramai yang mempengaruhi elit.

Teori elit menjelaskan bahawa dasar awam merupakan pilihan dan nilai elit yang
memerintah. Misalnya dalam sistem politik sesebuah negara kumpulan elit memberikan
pengaruh yang besar dan golongan ini membentuk pandangan dan pendapat ramai
berkaitan dengan sesuatu dasar. Peranan rakyat adalah menentukan siapa yang akan
memerintah. Golongan rakyat hanya memainkan peranan yang kecil sebaliknya golongan
elitlah yang mempengaruhi rakyat. Oleh itu dasar-dasar awam berdasarkan kepada tuntutan
kepada kepentingan golongan elit itu sendiri dan tidak mementingkan pandangan dan
kepentingan rakyat. Golongan elit bersatu dan berkompromi dalam banyak perkara atau hal-
hal yang penting untuk kepentingan mereka sendiri.

Anda mungkin juga menyukai