Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2019

1. Mengumumkan ketibaan pegawai Tuan Mohammad Azwan Bin Ahmad, Penyelia Sukan
PPD Jempol & Jelebu dan Pegawai Perhubungan SJKT Ldg. Senama.

Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Hadirin dan hadirat semua
dijemput duduk di tempat masing-masing.

Petang yang indah penuh ceria.


hari yang berbahagia penuh bermakna
kita raikan,
Majlis hari anugerah kecemerlangan SJKT LADANG SENAMA 2019

2. Bagi memulakan Majlis pada petang ini, dif-dif kehormatan dan para hadirin diminta
berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku.

*****************Negaraku************

Para hadirin dipersilakan duduk.

3. SALAM SAYANGI MALAYSIAKU; MALAYSIA BERSIH DAN


SELAMAT SEJAHTERA

1. Yang Berusaha Tuan Mohammad Azwan Bin Ahmad, Penyelia Sukan PPD Jempol &
Jelebu dan Pegawai Perhubungan SJKT Ldg. Senama.

2. Yang Berusaha Pn Safinah Binti Abdullah Guru Besar SJKT Lgn. Senama.

3. Yang Dihormati En.Rakesh Naidu , Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru
SJKT Lgn. Senama.

4. Yang Dihormati Pn. Vaniswary Candran, Penolong Kanan Pentadbiran SJKT Lgn
Senama.

5. Yang Dihormati Pn. Letchumy Muthusamy, Penolong kanan Hal Ehwal Murid SJKT
Lgn. Senama.

6. Yang Dihormati Pn.Saraswathy Suppaiah, Penolong kanan Kokurikulum SJKT Lgn


Senama.

7. Guru-guru SJKT Lgn. Senama,

8. Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SJKT Lgn. Senama,

9. murid-murid yang disayangi,

seterusnya hadirin dan hadirat yang sekalian.

Selamat datang ke :

Majlis hari anugerah kecemerlangan SJKT Ladang Senama 2019.


Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan terima kasih kerana kita dapat bersama-sama
berhimpun pada petang ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang
Kurikulum, Sahsiah dan kokurikulum.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin
sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini, kerana sudi meluangkan masa
untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah.

4. Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita berdiri untuk menyanyikan Thevaram.Untuk itu, Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Adik Rajeswary Sekaran dari Tahun 5.

*********** (Thevaram)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Adik


Rajeswary Sekaran atas Nyanyian Thevam itu tadi.

5. Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha Pn Safinah Binti Abdullah Guru Besa
SJK T Ldg Senama untuk menyampaikan ucapan aluan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

************(Ucapan GB.)

Ucapan terima kasih kepada Pn Safinah Binti Abdullah Guru Besar SJKT Ldg Senama
atas ucapan aluan tadi.

6. Majlis diteruskan dengan menjemput yang dihormati En.Rakesh Naidu Yang Dipertua
Persatuan PIBG untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan.
************(Ucapan YDP.)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati, En.Rakesh Naidu
selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa Dan Guru-guru Sekolah ini atas ucapan
tersebut.

7. Seterusnya, Divyan Barathithasan, Darshini Gajendran dan Thaswini Aanandan, murid


murid tahun 6 akan mengacarakan majlis ini.

8. Persembahan murid.
- Baratham
- Tarian Klasik Thn 4
- Fashion Show Thn 1
- Action Song Thn 2
- Tarian Moden Barat Thn 3

9. Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Mohammad Azwan Bin Ahmad
Penyelia Sukan PPD Jempol & Jelebu dan Pegawai Perhubungan SJKT Ldg. Senama.
, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Hari Anugerah
Kecemerlangan Pelajar bagi tahun 2019. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

***********(Ucapan VIP )

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang
Berusaha Tuan Mohammad Azwan Bin Ahmad, Penyelia Sukan PPD Jempol & Jelebu
dan Pegawai Perhubungan SJKT Ldg. Senama, atas ucapan dan perasmian majlis ini.

10. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan. Usaha
yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh
itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjad
pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita mereka.
Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk prestas
pelajar terbaik.

Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha Puan Safinah Abdullah, Guru Besa
SJKT L.Senama, mengiringi Yang Berusaha Tuan Mohammad Azwan Bin Ahmad
Penyelia Sukan PPD Jempol & Jelebu, ke atas pentas untuk menyempurnakan acara
Dipersilakan.

(1)************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan)

Kita mulakan dengan penerima hadiah kedudukan dalam kelas

Tahun 4
Tempat pertama: _______________________
Tempat kedua : _________________________
Tempat ketiga : _________________________

Tahun 5
Tempat pertama: ______________________
Tempat kedua : _____________________
Tempat ketiga : ______________________

Tahun 6
Tempat pertama: _______________________
Tempat kedua : ___________________
Tempat ketiga : ___________________

(2.) Seterusnya penerimaan hadiah bagi Pencapaian cemerlang.(1.2)


(3.) Akhirnya, penerimaan hadiah bagi Pencapaian PBD terbaik dan Lulus Penuh.(1.3)
(~PENYAMPAIAN CENDERAHATI~)

Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit tanda kenangan sebaga
penghargaan dan tanda ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, Tuan Mohammad
Azwan Bin Ahmad, Penyelia Sukan PPD Jempol & Jelebu kerana telah sudi hadir ke
‘Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2019’ pada kali ini. Terlebih dahulu, majlis menjempu
Yang Berusaha Puan Safinah Binti Abdullah, Guru Besar Sekolah SJKT L.Senama bag
menyampaikan cenderamata.
Majlis dengan ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan
Mohammad Azwan Bin Ahmad, Penyelia Sukan PPD Jempol & Jelebu.

Anda mungkin juga menyukai