Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik PDF
Topik 1 Pengenalan Ilmu Linguistik PDF
Ilmu
1 Linguistik
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan ilmu linguistik;
2. Menyatakan bidang-bidang kajian ilmu linguistik;
3. Menerangkan cabang ilmu linguistik;
4. Menjelaskan linguistik sebagai satu disiplin;
5. Membincangkan bahasa sebagai objek kajian linguistik; dan
6. Mengenal pasti sifat-sifat bahasa.
X PENGENALAN
Bidang linguistik merupakan bidang yang telah lama dikaji oleh pengkaji bahasa
di Malaysia dan serata dunia. Pengkajian bidang ini adalah penting sejak dahulu
hingga kini. Tidak hairan jika subjek ini diajar pada peringkat tinggi seperti di
institusi pengajian tinggi, institut perguruan, dan juga peringkat yang lebih
rendah, iaitu di sekolah-sekolah. Jelasnya, subjek ini terus menjadi penting,
walaupun negara sedang menuju ke arah globalisasi yang menjadikan teknologi
sebagai fokus utama. Meskipun pada masa ini, bidang teknologi diberi perhatian
oleh kerajaan, namun ilmu linguistik terus diberi perhatian untuk mengimbangi
keperluan rohaniah dalam kalangan rakyat.
2 X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK
Apakah yang anda faham dengan ilmu linguistik? Adakah anda fikir
ilmu linguistik perlu dikuasai oleh guru di sekolah-sekolah, khususnya
guru Bahasa Melayu?
Dalam bahasa Melayu, istilah ahli linguistik disebut „linguis‰ yang dipinjam
daripada istilah bahasa Inggeris linguist. Manakala dalam penggunaan bahasa
Inggeris seharian, istilah linguist merujuk kepada makna „seseorang yang fasih
dalam berbagai bahasa‰. Sebagai contoh, ungkapan „He is quite a linguist‰ yang
bererti „Dia fasih dalam beberapa bahasa‰. Dalam istilah ilmiah pula, linguist
dapat diertikan sebagai ahli bahasa. Berdasarkan keterangan tersebut, kita dapat
merumuskan bahawa orang yang fasih dalam berbagai bahasa tidak sama
dengan ahli linguistik. Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa kita perlu
membuat perbezaan di antara kata bahasa Inggeris linguist di dalam bahasa
seharian dengan istilah linguist sebagai ahli linguistik.
Selain itu, kajian ilmu linguistik meliputi bahasa-bahasa di dunia yang berbeza
sifatnya. Dengan wujudnya kelainan bahasa-bahasa tersebut, maka bidang kajian
linguistik dikatakan bersifat umum. Kelainan bahasa-bahasa ini merupakan
bidang kajian ahli linguistik.
Ilmu linguistik juga dikatakan sebagai ilmu pengetahuan spesifik. Ini bermakna
bidang kajian linguistik, seperti juga disiplin ilmu yang lain, mempunyai sistem
yang teratur bagi merealisasikannya sebagai salah satu bidang ilmu yang
dipelajari. Selain itu, ilmu linguistik dikaitkan juga dengan ilmu yang bersifat
empiris. Ini bermakna ilmu linguistik dan bidang ilmu yang lain dikaitkan
dengan fakta dan data yang dapat diuji kesahihannya oleh ahli-ahli tertentu dan
semua ahli yang lain.
Dalam kajian ilmu linguistik ini juga, bahasa sering dikaitkan sebagai objek bagi
kajian bidang ini. Istilah-istilah bahasa dalam kajian ilmu linguistik pula
dikaitkan dengan pelbagai tafsiran. Umpamanya, bahasa dikaitkan dengan erti
kiasan yang membawa pelbagai tafsiran makna. Selain daripada itu, bahasa juga
dikaitkan dengan istilah harfiah, yakni dalam ungkapan „ilmu bahasa‰ seperti
dalam contoh bahasa Melayu, bahasa Indonesia dan sebagainya. Dalam
menjelaskan tafsiran bahasa, istilah harfiah ini dianggap sebagai objek dalam
bidang ilmu kajian linguistik.
4 X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK
Terdapat banyak definisi linguistik yang dikemukakan oleh ahli linguistik sejak
dahulu hingga kini. Banyak definisi yang dikemukakan oleh mereka berfokus
kepada pengertian kata linguistik itu sendiri yang membawa pelbagai tafsiran
yang berbeza di kalangan mereka seperti dalam Jadual 1.1 yang berikut.
Kita dapat melihat fungsi fonetik dan fonologi ini dengan menjelaskannya
bersertakan contoh yang memaparkan wujudnya perbezaan penelitian
mengikut bidang kajian masing-masing. Sebagai contoh, bunyi „p‰ secara
lazimnya menurut sifat fonetiknya diapit oleh tanda condong. Ia disebut
dengan menutup kedua-dua bibir dan melepaskannya sehingga udara
keluar dengan „menghasilkan suatu bunyi letupan‰. Penghasilan bunyi
„p‰ tersebut merupakan deskripsi fonetik sahaja.
(b) Morfologi
Nik Safiah Karim et al. (1993), mentakrifkan morfologi sebagai „bidang
ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata‰,
manakala Arbak Othman (1968) menjelaskan morfologi sebagai peninjauan
linguistik yang menitikberatkan hubungan antara morfem dan varian
morfem. Sebagai rumusan, dapat disimpulkan bahawa morfologi ialah
bidang yang mengkaji cara kata dibentuk. Bentuk kajian morfologi yang
terkecil ialah morfem dan bentuk yang terbesar ialah kata. Kata
mempunyai bentuk yang bebas, bermakna dan dapat berdiri sendiri
manakala morfem terdiri daripada dua bahagian, iaitu bentuk bebas dan
bentuk terikat.
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W 7
Dalam bahasa Melayu, terdapat bentuk kata utama; yakni kata nama, kata
kerja dan kata adjektif. Contoh kata nama ialah „sabun‰, „cangkul‰ dan
„penyapu‰. Contoh kata kerja pula ialah kata „gerak‰, „kumpul‰ dan
„letup‰ manakala contoh kata adjektif ialah kata „baik‰, „gemuk‰ dan
„panjang‰. Selain kata utama, terdapat juga kata tugas yang mempunyai
tugas tertentu, sama ada dalam perkataan atau binaan ayat.
(c) Sintaksis
Perkataan „sintaksis‰ berasal daripada perkataan Yunani „suntutein‰ yang
bermaksud menyusun atau susunan. Dalam bidang linguistik, sintaksis
bermaksud „kajian pembentukan ayat‰.
Kajian sintaksis melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat
serta hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari cara penggabungan
dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membina ayat.
Kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-
jenis ayat dan ragam ayat seperti ayat penyata, ayat perintah, ayat seruan,
ayat tanya, ayat aktif dan ayat pasif.
Sifat telaah linguistik meliputi bidang linguistik mikro yang bidang kajiannya
lebih sempit dan bersifat dalaman, sementara linguistik makro bersifat luas dan
luaran. Pendekatan objek linguistik meliputi bagaimana menganalisis bahasa.
Dengan demikian, bahasa dapat dilihat secara deskriptif, historis komparatif,
kontrastif, sinkronik dan diakronik. Instrumen linguistik pula ialah penggunaan
komputer atau linguistik komputer. Ilmu lain yang berkaitan dengan linguistik
ialah psikologi, antropologi, sosiologi dan sebagainya.
(a) Dialektologi;
(c) Leksikostatistik.
Linguistik dilihat dari segi teori, aliran struktur dan aliran transformasi yang
melahirkan linguistik struktural dan linguistik transformasi. Ini akan dijelaskan
seterusnya.
Kategori yang pertama meliputi pola atau bentuk masyarakat yang terbentuk
atau tersusun daripada pelbagai jenis unsur yang mempunyai hubungan di
antara satu sama lain. Kata „struktur‰ juga ditakrifkan sebagai bukan cara
sesuatu yang terbentuk daripada pelbagai bahagian, unsur atau aspek tertentu
12 X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK
sehingga menjadi suatu pola, sistem atau bentuk tertentu. Kategori takrifan yang
kedua ialah sistem rangka sesebuah karya sastera yang terlebih dahulu
dirancang (Kamus ZaÊba, 2001). Takrifan yang sama juga boleh diperoleh bagi
kata ÂstrukturÊ jika dirujuk dalam Kamus Melayu Global (Kamus Melayu Global,
1997).
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pula, kata „struktur‰ didefinisikan sebagai
cara sesuatu terbina atau terbentuk daripada pelbagai bahagian, unsur atau
aspek hingga menjadi suatu pola, sistem atau bentuk tertentu seperti struktur di
dalam bahasa Melayu.
Menurut Tesaurus Bahasa Melayu, kata „struktur‰ merujuk kepada binaan atau
rangka (Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, hlm. 297). Kamus Pelajar Terkini
pula mendefinisikan kata „struktur‰ yang merupakan binaan kata daripada
cantuman kata struk + tur (KN). Ia membentuk kata nama sesuatu yang
dibentuk, dibina atau binaan dan cara menyusun sesuatu (susunan atau
gubahan) yang merujuk kepada bahasa, ekonomi dan sebagainya (Ahmad
Mahmood Musanif, 1996). Menurut buku Glosarium Bahasa dan Sastera,
struktur bahasa wujud akibat adanya aturan-aturan bahasa. Maka, terdapatlah
struktur bahasa iaitu ketetapan peristiwa bahasa. Ianya dapat dilihat pada
susunan fonem, susunan kata dan susunan frasa serta lagu bicara dan intonasi. Ia
juga termasuk struktur bahasa yang harus diketahui seseorang kalau dia ingin
berbicara dalam sesuatu bahasa (A. Hamid Hasan Lubis, 1994).
Menurut Kamus Linguistik edisi ketiga, kata „struktur‰ merujuk kepada struktur
batin, struktur fonemis, struktur frasa, struktur lahir, struktur praleksikal,
struktur semantik (makna) dan struktur tematis (Harimurti Kridalaksana, 1993).
Di dalam A Dictionary of Linguistics and Phonetics, edisi keempat, ada
menyatakan seperti berikut:
Adakah bahasa satu fenomena penting di dalam hidup kita? Kita sering
menganggap kebolehan bertutur sebagai salah satu daripada kebolehan asasi
manusia, sama seperti kita berjalan dan bernafas. Kita tidak pernah menyoal
sama ada kebolehan manusia bertutur itu sebagai satu kejadian semula jadi, iaitu
berlaku secara tidak sengaja ataupun ia satu perkara yang mesti dipelajari oleh
manusia. Bahasa yang digunakan di dalam pertuturan merupakan satu alat
perhubungan yang penting di antara manusia dengan manusia (kadang-kadang
dengan binatang). Alat perhubungan ini amat kompleks tetapi teratur dengan
menggunakan kod tertentu.
Menurut A. Bakar Hamid (1960), linguistik atau ilmu bahasa ialah suatu sains
yang mempelajari bahasa manusia (Abdullah Hassan, 1992). Ahli ilmu bahasa
dapat membuat sejarah bahasa dan rumpun bahasa, selain membandingkan
bahasa untuk mencapai suatu rumusan tentang ciri umum yang terdapat di
dalam semua bahasa. Misalnya, semua bahasa mempunyai bentuk-bentuk
fonem, morfem, kata, frasa, klausa, ayat dan wacana.
14 X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK
Apabila kita berbicara berkenaan struktur bahasa, kita mesti mengetahui tata
tingkat bahasa yang terdiri daripada fonem, morfem, kata, frasa, klausa, ayat dan
wacana. Strukturnya dapat kita lihat seperti hierarki di dalam Rajah 1.3 berikut.
(a) Fonem
Fonem ialah unit bahasa yang diwujudkan bagi memudahkan deskripsi
bunyi. Fonologi pula ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi bahasa
(Abdullah Hassan, 2006). Manusia dapat menghasilkan banyak bunyi atau
fon, tetapi daripada fon-fon tersebut, hanya beberapa sahaja yang distingtif
atau berbeza. Bagi menentukan sama ada fon itu adalah distingtif, fon-fon
dibandingkan dan dikontraskan antara satu dengan yang lain. Dengan
demikian, kita dapat mengenal pasti fon-fon yang distingtif daripada yang
hanya berbeza sebutan. Ini ialah kerana mereka dihasilkan pada konteks
yang berlainan, tetapi tidak distingtif. Hanya golongan fon-fon yang
distingtif itulah yang dikenali sebagai fonem.
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W 15
(b) Morfem
Morfem pula merupakan unit yang terkecil di dalam bahasa yang
mempunyai makna dan menjadi unsur terbentuknya kata. Misalnya, kata
„minum‰ ialah morfem kerana ia adalah unit yang terkecil, unit yang
mengandungi makna dan tidak boleh dipecahkan menjadi unit yang lebih
kecil dan bermakna. Morfem dengan sendirinya boleh menjadi kata.
Morfem biasanya diapit oleh tanda { }. Contohnya, „kelima‰ terdiri
daripada morfem {ke-} dan {lima}. Ada kata yang terbentuk daripada satu
morfem dan ada juga yang terbentuk daripada lebih daripada satu morfem.
Misalnya, kata „minum‰ terdiri daripada satu morfem, manakala
„minuman‰ terdiri daripada dua morfem, iaitu {minum} dan {-an}. Morfem
dapat juga dibezakan berdasarkan jenis maknanya. Ada golongan morfem
yang mempunyai makna yang menunjukkan benda, perkara, perbuatan
atau sifat yang terdapat di sekeliling kita. Morfem seperti ini dikatakan
mempunyai makna yang leksikal dan disebut morfem leksikal. Contohnya,
„pokok‰, „kerusi‰, „duduk‰, „tidur‰ dan sebagainya. Golongan morfem
yang tidak atau hampir tidak mempunyai makna asas, tetapi kehadirannya
16 X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK
Morfem bebas boleh wujud sendiri tanpa perlu bergabung dengan unsur
lain untuk membentuk kata. Umpamanya „rumah‰, „tidur‰, „sedih‰,
„takut‰ dan sebagainya. Morfem bebas juga boleh bergabung dengan
morfem lain untuk membentuk kata terbitan, kata ganda atau kata
majmuk. Contohnya, „batu‰ boleh diterbitkan menjadi „berbatu, membatu,
batuan, batu-batan, batu api, kepala batu dan berbatu-batu‰.
Morfem bebas juga terdiri daripada dua jenis, iaitu yang bersifat terbuka
dan tertutup. Morfem bebas yang bersifat terbuka boleh bergabung dengan
morfem lain dan boleh menjadi dasar manakala morfem bebas tertutup
tidak boleh bergabung dengan morfem lain dan tidak dapat menjadi kata
akar. Contohnya, „dan, ke, dari atau serta dengan‰. Morfem terikat pula
tidak dapat wujud sendiri tanpa unsur lain dan tidak boleh berdiri sebagai
kata asal atau kata dasar. Contohnya; imbuhan ber-, ke-, -kan, men-, -kan
dan sebagainya yang mesti bergabung dengan unsur lain. Morfem terikat
juga terdiri dari dua jenis, iaitu morfem terikat yang dapat bergabung
dengan morfem dasar seperti ke-, di-, ber-, pe-, se-, -an, -i dan em-, dan
morfem terikat yang dapat bergabung dengan morfem lain seperti „tapa
(bertapa), juang (berjuang) dan renang (berenang)‰.
(c) Kata
Kata adalah bentuk bebas yang terkecil. Menurut Abdullah Hassan (2002),
bebas mempunyai kesatuan tertentu untuk wujud sebagai sebuah ayat
yang terdiri daripada satu kata. Misalnya „pergi‰ dapat berdiri sendiri
sebagai sebuah ayat perintah. Kata juga merupakan bentuk terkecil yang
bermakna dan dapat digunakan bersendirian sebagai ayat minimal yang
disebut bentuk bebas (Ahmad Khair Mohd Nor, 2006). Kata adalah unsur
yang terbesar di dalam proses pembinaan kata dan berada di atas fonem
dan fonem.
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W 17
(d) Frasa
Frasa adalah unsur bahasa di dalam binaan sintaksis bersama-sama dengan
klausa dan ayat. Melalui binaan ini, kita akan dapat melihat bagaimana
frasa menjadi klausa dan seterusnya klausa menjadi ayat. Frasa ialah unsur
terkecil di dalam bidang sintaksis. Frasa digunakan bagi membina ayat. Di
dalam tata tingkat unsur bahasa, frasa adalah unsur yang terkecil dan
terletak di bawah unsur yang dipanggil klausa. Binaan frasa dapat
dibentuk daripada satu kata atau lebih. Namun begitu, harus diingat
bahawa frasa bukanlah rangkai kata. Ini kerana rangkai kata mesti terdiri
lebih daripada satu kata, tetapi frasa tidak. Lihat contoh ayat yang
seterusnya:
Di dalam ayat „Fatihah menjadi pengawas‰, ada dua frasa. Frasa pertama
ialah „Fatihah‰ yang menjadi subjek. Frasa kedua ialah „menjadi
pengawas‰ yang bertindak sebagai predikat. Frasa subjek „Fatihah‰ terdiri
daripada satu kata sahaja. Frasa predikat „menjadi pengawas‰ terdiri
daripada dua kata.
18 X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK
Frasa berbeza dengan klausa dan ianya dapat dilihat dengan jelas kerana
frasa adalah unsur klausa, tetapi tidak sebaliknya. Perbezaan yang dapat
dilihat ialah frasa menggunakan kata penunjuk „itu‰ dan „ini‰ (binaan
frasa ditutup oleh kata penunjuk „itu‰ dan „ini‰). Frasa juga boleh
menerima sisipan „yang‰, sekiranya frasa yang terlibat itu terdiri daripada
dua perkataan atau lebih. Perkataan „yang‰ boleh digunakan bagi
membezakan frasa daripada klausa. Sekiranya ungkapan itu sebuah frasa,
maka „yang‰ boleh disisipkan antara bahagian-bahagiannya dengan tidak
mengubah tarafnya sebagai frasa. Frasa juga mempunyai inti dan penerang
tetapi klausa mempunyai subjek dan predikat. Dengan mengenal pasti
frasa menurut kata yang menjadi intinya, maka frasa dapat dijeniskan
kepada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, frasa sendi nama dan frasa
adverba. Di dalam ayat, fungsi frasa ialah menjadi subjek dan predikat.
(e) Klausa
Walaupun klausa dan frasa adalah unsur di dalam ayat, tetapi kedua-
duanya adalah berbeza. Binaan sebuah frasa terdiri daripada kata inti dan
kata penerang. Ada juga frasa yang terdiri daripada satu kata, iaitu kata
inti sahaja tanpa kata penerang. Binaan klausa terdiri daripada subjek dan
predikat. Sebenarnya, klausa adalah sebuah ayat di dalam ayat iaitu ayat
yang menjadi unsur kepada ayat lain ataupun dikenali sebagai anak ayat.
ZaÊba memanggilnya ayat kecil yang terkandung dalam ayat besar. Contoh
ayat adalah seperti berikut;
Di dalam ayat „Aminah tidak datang kerana dia sakit‰, terdapat dua
klausa, iaitu „Aminah tidak datang‰ dan „dia sakit‰. Kedua-duanya
digabungkan oleh kata hubung „kerana‰. Klausa „Aminah tidak datang‰
boleh berdiri sendiri, jadi ungkapan ini adalah sebuah ayat. Klausa
„Aminah tidak datang‰ mempunyai subjek „Aminah‰, dan predikat „tidak
datang‰. Klausa „dia sakit‰ juga mempunyai subjek, iaitu „dia‰ dan
predikat, „sakit‰. Klausa „dia sakit‰ digabungkan dengan klausa „Aminah
tidak datang‰ menggunakan kata hubung „kerana‰.
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W 19
Dengan kata lain, klausa dapat dibahagikan kepada dua, iaitu klausa bebas
dan klausa tak bebas. Klausa bebas boleh berdiri sendiri sebagai ayat yang
sempurna yang menjadi sebahagian daripada ayat yang lebih besar. Klausa
tak bebas pula dapat dibahagikan kepada dua, iaitu klausa nama dan
klausa adverba. Klausa nama berfungsi sebagai kata nama. Malah klausa
ini dapat digantikan dengan satu kata nama. Klausa adverba pula memberi
penerangan lanjut mengenai kata kerja. Ada beberapa jenis keterangan,
antaranya ialah keterangan waktu, tempat, syarat, sebab, kesungguhan dan
lain-lain.
(f) Ayat
Ayat ialah unsur yang paling tinggi di dalam tatabahasa. Di dalam ayat,
terdapat unsur-unsur seperti kata, frasa dan klausa. Penggabungan unsur
inilah yang membentuk binaan yang dikatakan ayat. Jika dikaji dari aspek
bebas, ayat didefinisikan sebagai bentuk bahasa yang bebas. Bloomfield
(1930) mengatakan ayat ialah satu bentuk bebas di dalam bahasa yang
tidak tertakluk dengan mana-mana bentuk lain yang lebih besar. Ada
kalanya bentuk kata, frasa dan klausa menjadi bentuk bebas. Tetapi, ia
masih belum berdiri sendiri kerana unsur-unsur ini tertakluk kepada
bentuk lain yang lebih besar, iaitu ayat.
Bagi Chomsky (1967), ayat itu terdiri daripada rentetan kata yang
diterbitkan oleh rumus tatabahasa. Secara keseluruhannya, kata ialah unit
yang dapat berdiri sendiri di dalam tata tingkat tatabahasa. Di dalam
mengkaji sintaksis, kita harus dapat menentukan apa yang dikatakan pola-
pola ayat tersebut. Di antaranya ialah apa yang menjadi pola dasar dan
pola yang terbentuk daripada pola dasar tersebut melalui proses
transformasi.
20 X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK
(g) Wacana
Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Oleh itu, wacana boleh
terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, susunan ayat, ceraian bab, buku,
dialog, siri buku dan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan
perkembangan fikiran yang berurutan. Di dalam sesebuah wacana,
perkaitan antara unit bahasa yang terlibat melahirkan satu kesatuan yang
utuh. Sesuatu wacana, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan diujarkan
bagi tujuan menyampaikan sesuatu maklumat tentang sesuatu perkara. Di
dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada kedudukan yang tertinggi
selepas ayat. Wacana mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Menurut
Beaugrande dan Dressier (1981), terdapat tujuh ciri ketekstualan yang perlu
dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang utuh iaitu tautan, runtutan,
tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks. Ini ditunjukkan
dalam Rajah 1.4.
Sistem ini dibentuk oleh sejumlah unsur atau komponen yang berhubungan
secara fungsional di antara satu sama lain dan bersifat sistematis dan sistemis.
Sistematis bermaksud bahasa itu tersusun menurut satu pola iaitu ia tidak
tersusun secara sembarangan. Manakala sistemis pula bermaksud bahasa itu
bukan merupakan sistem tunggal tetapi terdiri daripada sub-sub sistem atau
sistem bawahan yang terdiri daripada fonologi, morfologi, sintaksis dan
semantik. Unit atau unsur bahasa disusun mengikut cara tertentu, contohnya
fonem, mofem, kata, frasa, klausa dan ayat. Sistem bunyi dalam bahasa Melayu
dan bahasa Arab misalnya adalah berbeza.
1.7.4 Bermakna
Semua ujuran bahasa yang dihasilkan perlu difahami oleh masyarakat
pendengar. Contohnya, bahasa Jepun yang diucapkan oleh penuturnya hanya
difahami oleh masyarakat Jepun tetapi tidak difahami oleh penutur Turki.
Lambang-lambang bunyi bahasa yang bermakna itu di dalam bahasa merupakan
satuan-satuan bahasa yang mewujudkan mofem, kata, frasa, klausa, ayat dan
wacana. Semua satuan ini memiliki makna. Oleh kerana bahasa itu bermakna,
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W 25
maka segala ucapan tidak mempunyai makna adalah bukan bahasa. Jadi,
bentuk-bentuk bunyi yang tidak bermakna dalam bahasa apapun bukanlah
bahasa kerana fungsi bahasa adalah menyampaikan mesej, konsep, idea atau
pemikiran.
1.7.5 Arbitrari
Tidak akan berlaku hubungan hayati antara bunyi yang dilafazkan atau ditulis
dengan benda atau objek. Walaubagaimanapun, ia perlu bersifat konvensional.
Arbitrari iaitu sewenang-wenangnya, berubah-ubah atau tidak tetap iaitu, tidak
adanya hubungan wajib antara lambang bahasa dengan konsep atau pengertian
yang dimaksudkan oleh lambang tersebut. Contohnya, antara [unta] dengan
yang dilambangkannya iaitu „sejenis binatang berkaki empat biasa ditunggani‰.
Kita tidak dapat menjelaskan mengapa binatang tersebut dilambangkan dengan
bunyi [unta] bukannya [tanu] atau [unat]. Tentu hanya ada satu bahasa yang
meskipun berbeza tetapi perbezaannya tidak terlalu banyak. Ada pendapat yang
mengatakan bahawa ada sejumlah kata dalam bahasa apa sekali pun yang
lambangnya berasal dari bunyi yang diwakilinya. Selain itu, penutur asli juga
tidak boleh bertanya mengapa binatang itu diberi unta kerana sebahagian
daripada nama yang telah diberikan itu tidak mempunyai jawapan atau
bersebab.
1.7.7 Produktif
Apabila bahasa dikatakan bersifat produktif, ini bererti, walaupun unsur bahasa
terhad tetapi jumlah yang dibentuk oleh bahasa tidak terbatas. Ini bermaksud
banyak hasilnya atau lebih tepat terus-menerus menghasilkan. Sekiranya bahasa
itu dikatakan produktif meskipun unsur-unsur bahasa itu terbatas tetapi, dengan
unsur yang jumlah yang terbatas itu dapat dibuat satuan-satuan bahasa yang
jumlahnya tidak terbatas meskipun secara relatif, sesuai dengan sistem yang
berlaku dalam bahasa itu. Contohnya, fonem-fonem /m/, /a/, /a/ dan /s/
dapat menghasilkan satuan-satuan bahasa /m/-/a/-/s/-/a/, /s/../a/-/m/-
/a/, /a/-/a/-/s/-/a/-/m/ dan lain-lain.
1.7.8 Unik
Bahasa yang bersifat unik bermaksud mempunyai ciri-ciri khas yang spesifik
yang tidak dimiliki oleh bahasa lain. Ini bermaksud mempunyai ciri yang
tersendiri. Salah satu keunikan yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah ia
bersifat aglutinasi (kata dasar menerima imbuhan untuk menukar makna).
Contohnya: jalan, berjalan, menjalankan, jalanan dan dijalankan.
1.7.9 Universal
Setiap bahasa mempunyai kesamaan ciri-ciri tertentu dengan bahasa lain.
Maksud universal iaitu adanya ciri-ciri yang sama yang dimiliki oleh setiap
bahasa yang ada di dunia ini. Ciri-ciri yang universal ini merupakan unsur
bahasa yang paling umum yang biasanya boleh dikaitkan dengan ciri-ciri atau
sifat-sifat bahasa lain. Oleh kerana bahasa itu merupakan ujaran, maka ciri
universal dari bahasa yang paling umum adalah bahawa bahasa itu mempunyai
bunyi bahasa yang terdiri dari vokal dan konsonan. Contohnya, dalam bahasa
Melayu terdapat enam vokal tiga diftong dan sembilan belas konsonan.
Manakala, dalam bahasa Arab terdapat tiga vokal pendek, tiga vokal panjang
dan 28 konsonan. Bahasa Inggeris pula mempunyai enam belas vokal termasuk
diftong dan 24 konsonan. Contoh yang lain ialah semua bahasa mempunyai kata
kerja misalnya dalam bahasa Melayu terdapat kata kerja transitif, manakala
dalam bahasa Inggeris terdapat transitive verb.
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W 27
1.7.10 Dinamis
Bahasa boleh menerima pengaruh bahasa lain. Bahasa adalah satu-satunya milik
manusia yang tidak pernah lepas dari segala kegiatan dan gerak manusia
sepanjang keberadaan manusia itu sebagai makhluk yang berbudaya dan
bermasyarakat. Tidak ada kegiatan manusia yang tidak disertai oleh bahasa.
Oleh kerana keterikatan dan keterkaitan bahasa itu dengan manusia sedangkan
dalam kehidupannya dalam masyarakat, kegiatan manusia itu tidak tetap dan
selalu berubah maka, bahasa itu juga menjadi ikut berubah iaitu menjadi tidak
tetap dan tidak statik. Oleh kerana itulah bahasa disebut dinamis iaitu bahasa
boleh menerima pengaruh bahasa lain. Misalnya bahasa Melayu menerima atau
meminjam perkataan seperti dari bahasa Arab (akhirat), bahasa Cina (mee),
bahasa Inggeris (komputer), bahasa Sanskrit (dunia), bahasa Tamil (kedai) dan
lain-lain.
1.7.11 Bervariasi
Variasi disebabkan oleh ramainya penuturnya dalam sesuatu bahasa dan
luasnya kawasan bahasa tersebut. Variasi bahasa dilihat dari segi idiolek, dialek
dan ragam bahasa. Anggota masyarakat sesuatu bahasa biasanya terdiri dari
pelbagai status sosial dan latar belakang. Oleh kerana latar belakang dan
lingkungannya tidak sama, maka bahasa yang mereka gunakan menjadi
bervariasi atau beragam. Idiolek adalah variasi atau ragam bahasa yang bersifat
perseorangan. Manakala dialek pula merupakan variasi bahasa yang digunakan
oleh sekelompok anggota masyarakat pada suatu tempat atau suatu waktu.
Misalnya di Indonesia, terdapat bahasa Jawa dialek Banyumas, bahasa Jawa
dielek Tegal dan sebagainya. Isoglos adalah satu istilah bagi merujuk sempadan
antara satu dialek dengan dialek yang lain. Variasi bahasa lazimnya disebut
dengan nama dialek regional, dialek areal atau dialek geografi. Ragam bahasa
pula adalah variasi bahasa yang digunakan dalam situasi, keadaan atau untuk
keperluan tertentu. Untuk situasi formal digunakan ragam bahasa yang disebut
ragam baku, untuk situasi tidak formal digunakan ragam yang tidak baku.
28 X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK
1.7.12 Bebas
Bahasa yang bersifat bebas atau bukan mandotari bermaksud tidak boleh
dipaksa oleh individu atau individu atau kerajaan untuk memaksa masyarakat
itu menerima atau mengguna pakai apa-apa aspek bahasa seperti perkataan-
perkataan tertentu secara paksaan. Misalnya, jika ada seorang menteri memaksa
atau memperkenal penggunaan perkataan „infotaimen‰ sebagai satu perkataan
yang merujuk kepada sesuatu konsep, maka perkataan tersebut jika tidak dapat
diterima oleh masyarakat bahasa itu, maka perkataan tersebut akan lenyap
begitu sahaja.
1.7.13 Manusiawi
Bahasa manusia adalah milik manusia. Bahasa adalah suatu aktiviti manusia dan
bukannya aktiviti makhluk lain. Hanya manusia yang boleh berbahasa. Makhluk
lain seperti haiwan tidak boleh berbahasa. Telah diketahui juga bahawa burung,
monyet, dan orang hutan dapat mengeluarkan bunyi pertuturan seperti
manusia. Tetapi ternyata bahasa manusia lebih baik kerana keupayaan manusia
untuk mencantumkan bunyi-bunyi itu menjadi suku kata tetapi ini tidak berlaku
kepada haiwan. Banyak haiwan boleh dilatih menutur bahasa manusia seperti
burung kakaktua tetapi haiwan seperti itu hanya boleh menutur sahaja tetapi
tidak boleh menggunakan bahasa dalam konteks yang betul.
Hashim Musa. (1993). Binaan dan fungsi perkataan dalam Bahasa Melayu (Suatu
huraian dari sudut tatabahasa Generatif). Selangor: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mohd RaÊin Shaari, Alias Mohd Yatim, & Abdullah Yusof. (2010). Penyelidikan
bahasa dan linguistik. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.