Anda di halaman 1dari 19

Topik X AlatBerfikir

10ȱ
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan empat alat berfikir yang dicakup, iaitu peta minda,
pengurusan grafik, CoRT 1 dan soalan dan penyoalan;
2. Membincangkan bagaimana alat berfikir ini dapat membantu proses
berfikir; dan
3. Merancang penggunaan alat berfikir dalam pengajaran dan
pembelajaran.

X PENGENALAN
Andaian penyelidik bidang pemikiran ialah kemahiran berfikir individu boleh
diajar, diasuh dan dipertingkatkan melalui latihan dan amalan yang dibantu
dengan alat berfikir. Semua orang boleh berfikir, tetapi ada yang boleh berfikir
dengan lebih baik lagi berbanding dengan yang lain. Bagaimana untuk berfikir
dengan lebih baik?

Alat berfikir merupakan instrumen yang dapat membantu kita menggunakan


minda kita dengan lebih sistematik dan berkesan. Topik ini menerangkan dan
menunjukkan beberapa jenis alat berfikir yang sesuai digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dan boleh juga dipraktikkan dalam kehidupan
seharian. Perbincangan tentang alat ini dimulakan dengan alat peta minda dan
diikuti pula dengan pengurusan grafik, alat CoRT 1 dan akhir sekali soalan dan
penyoalan.
TOPIK 10 ALAT BERFIKIR W 197

10.1 PETA MINDA


Anda tentu biasa dengan perkataan 'peta minda'. Apakah sebenarnya peta
minda ini?

Peta minda adalah suatu lakaran grafik sebagai satu cara untuk mencatat nota
dengan ringkas dan berkesan. Peta minda merupakan satu binaan di atas suatu
satah (kertas) di mana isi-isi penting tentang sesuatu diletakkan di tengah-tengah
dan idea-idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama. Konsep
peta minda ini dipelopori oleh Tony Buzan.

Dengan melakar peta minda, seseorang dapat mengorganisasikan fikirannya


dalam bentuk gambar ataupun kata kunci yang dapat menjimatkan masa belajar
dan terbukti dapat meningkatkan daya ingatan. Peta minda dibentuk
berdasarkan alasan bahawa otak lebih mudah menerima rangsangan yang
berbentuk pola.

Rupa bentuk peta minda biasanya penuh kreatif dan tidak formal. Penggunaan
warna, anak panah, rajah dan kod dibuat untuk menunjukkan kaitan penting. Di
samping membantu proses ingatan, peta minda juga dapat membantu
mempertingkatkan kreativiti seseorang. Penggunaan peta minda dapat
membantu kita mencatat nota atau membentuk gambaran mental yang lengkap
daripada perkara yang didengar, dilihat atau dibaca dan apa yang sedang
difikirkan. Sekaligus kita dapat merancang dan menyusun idea dalam bentuk
kerangka pemikiran untuk digunakan kemudian dalam bentuk penulisan esei,
atau dalam persembahan lisan.

(a) Kegunaan Peta Minda


Biasanya peta minda digunakan sebagai:
(i) Teknik mencatat nota syarahan, taklimat atau bahan bacaan;
(ii) Teknik merancang dalam membina kerangka penulisan seperti
laporan, esei, atau persembahan;
(iii) Teknik membuat sinopsis atau rumusan apabila membaca buku;
(iv) Alat grafik dalam persembahan untuk lebih menarik dan ringkas; dan
(v) Bantuan untuk kita mengingat sesuatu tanpa merujuk semula pada
bahan asal.
198 X TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

(b) Cara Membina Peta Minda


Mari kita lihat cara atau langkah membina peta minda.
(i) Tuliskan tajuk di tengah-tengah kertas. Buatkan bentuk yang unik.
(ii) Lukiskan beberapa garisan yang menarik bersesuaian dengan tajuk.
Lebih unik lebih baik. Tuliskan sub-tajuk yang penting di atas
garisan-garisan ini.
(iii) Wujudkan pula beberapa kelompok atau kategori kata pada akhir
garisan-garisan tadi.

(c) Ciri-ciri Peta Minda


Peta minda perlulah ringkas, unik dan menarik. Untuk itu kita perlu:
(i) Gunakan kata kunci atau imej, atau perkataan yang ringkas dan
padat;
(ii) Gunakan warna warni yang menarik;
(iii) Jadikan corak yang unik;
(iv) Gunakan anak panah atau kod; dan
(v) Jadikannya sesuatu yang kreatif dan menyeronokkan anda.

(d) Contoh-contoh Peta Minda


Untuk mendalamkan lagi pemahaman anda tentang peta minda, lihat
contoh-contoh dalam Rajah 10.1 dan 10.2.
(i) Senaraikan kegunaan buah kelapa
(ii) Senaraikan kegunaan televisyen
TOPIK 10 ALAT BERFIKIR W 199

Rajah 10.1: Contoh peta minda kegunaan buah kelapa

Rajah 10.2: Contoh peta minda kegunaan televisyen


200 X TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

Setelah mempelajari dan melihat beberapa contoh peta minda, sekarang cuba
aktiviti di bawah untuk mempertajamkan lagi pemahaman anda.

LATIHAN 10.1

Bentukkan peta minda tentang faedah membaca.

10.2 PENGURUSAN GRAFIK


Dalam bahagian ini kita akan mempelajari tentang pengurusan grafik.

(a) Apakah Dia Pengurusan Grafik?


Cuba anda jawab soalan ini. Terangkan bahagian yang terdapat pada
sebatang pokok dan huraikan fungsinya. Apakah gambaran yang wujud
dalam minda anda? Pastinya anda akan melihat gambaran pokok, daun,
akar, buah, bunga dan lain-lain lagi. Ada pula yang menggambarkan
pokok dari akar ke pucuk, ada yang akan menggambarkan dari pucuk ke
akar dan ada yang mungkin menggambarkan pokok dari peringkat biji
benih sehingga mati. Soalan kedua, anda ingin membeli-belah di pasaraya,
bagaimanakah cara untuk menyenaraikan barangan yang hendak dibeli?
Satu cara ialah dengan mengetahui susunan barangan di pasaraya
berkenaan dan menyenaraikan barangan mengikut susunan tersebut.

Dalam dua situasi di atas, kita mengawal pemikiran berdasarkan ciri-ciri


atau kumpulan tertentu. Sekiranya kita tidak membina gambaran atau
kumpulan ini, idea atau jawapan yang kita cari akan berada dalam keadaan
bersepah-sepah. Pemikiran yang sistematik sebegini boleh dilatih
menggunakan pengurusan grafik. Dengan latihan minda, kita secara
spontan akan menguruskan maklumat dengan cara yang lebih sistematik.
Alat yang boleh digunakan dipanggil alat pengurusan grafik.

Pengurusan Grafik (PG) atau Graphic Organizer (GO) merupakan


pemetaan atau pola penyusunan yang mewakili perhubungan antara
maklumat-maklumat tentang sesuatu idea. Ia merupakan illustrasi
bergambar/grafik yang mewakili sesuatu pernyataan. Mengikut Som dan
Mohd Dahalan (1998), pengurusan grafik ialah satu bentuk ilustrasi atau
lakaran yang digunakan sama ada untuk merancang, mengurus, meneliti,
menganalisis atau menghasilkan sesuatu idea atau pemikiran dengan lebih
sistematik, jelas dan berkesan.
TOPIK 10 ALAT BERFIKIR W 201

(b) Bagaimana Pengurusan Grafik Membantu Pemikiran?


Pengurusan grafik dapat membantu kita dalam:
(i) Melihat perbezaan sesuatu perkara atau idea dengan lebih tepat;
(ii) Membentuk sistem pengkelasan atau klasifikasi dengan lebih
tersusun;
(iii) Menerangkan satu-satu proses atau aliran dengan lebih sistematik;
(iv) Mengelakkan tercicir maklumat-maklumat penting yang
dibincangkan;
(v) Menjadikan kita supaya lebih fokus kepada apa yang sedang
difikirkan;
(vi) Menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan lebih tepat;
dan
(vii) Mengelakkan daripada berfikiran sempit, kabur, terburu-buru dan
berkecamuk.

(c) Jenis-jenis Pengurusan Grafik


Pengurusan Grafik (PG) terdiri dari bentuk atau lakaran grafik dan
Pengurusan Lisan. Lakaran grafik berbentuk seperti borang dan jaringan
yang perlu diisi dengan maklumat yang berkaitan. Terdapat beberapa
bentuk PG yang telah sedia ada dan bila anda telah mahir dalam
menggunakan grafik, anda boleh mencipta sendiri lakaran yang anda
ingini dan sesuai dengan keperluan anda.

Perlu diingat bahawa alat PG hanya membantu kita dalam proses berfikir
tetapi PG tidak boleh menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
untuk kita. Pengurusan Lisan pula merupakan soalan-soalan atau arahan
yang boleh memandu kita mengenal pasti, menyusun dan boleh digunakan
sebagai satu cara untuk kita membuat refleksi dan metakognisi.

Berikut adalah contoh pengurusan grafik yang sesuai digunakan untuk


kemahiran dalam berfikir:
(i) Membanding membeza.
(ii) Membuat kategori.
(iii) Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan.
(iv) Menerang sebab.
(v) Membuat ramalan.
(vi) Mengusul periksa andaian.
202 X TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

(vii) Membuat keputusan.


(viii) Menyelesai masalah.
(ix) Carta aliran, pusingan, kitaran.

Beberapa contoh PG akan dijelaskan seterusnya dalam Rajah 10.3 dan 10.4.
Bagi contoh-contoh yang lain, sila rujuk kepada buku rujukan oleh Som
dan Mohd Dahalan (1998).

Rajah 10.3: Pengurusan grafik dan pengurusan lisan membanding dan membeza

Rajah 10.4: Pengurusan grafik dan pengurusan lisan membuat kategori


TOPIK 10 ALAT BERFIKIR W 203

LATIHAN 10.2
Anda perlu membeli kereta sekarang. Pilihan yang ada adalah Waja
atau Iswara. Gunakan pengurusan grafik banding beza dalam
membantu anda membuat keputusan ini.

Setelah mempelajari peta minda dan pengurusan grafik, mari kita lihat apa pula
yang dikatakan CoRT I.

10.2 CoRT I
Istilah CoRT ialah singkatan kepada perkataan Cognitive Research Trust yang
dipelopori oleh Edward De Bono. Terdapat sebanyak enam bahagian dalam
program CoRT. Bahagian-bahagian tersebut adalah seperti dalam Jadual 10.1:

Jadual 10.1: Bahagian-bahagian CoRT

Bahagian Penerangan
CoRT I Keluasan persepsi
CoRT II Organisasi proses berfikir
CoRT III Pemikiran kritis
CoRT IV Pemikiran kreatif
CoRT V Maklumat dan perasaan
CoRT VI Tindakan

Modul ini menjurus penerangan tentang alat CoRT I. Alat ini bertujuan untuk
menilai keluasan persepsi terhadap sesuatu yang sedang difikirkan supaya apa
jua keputusan yang dibuat akan lebih berkesan lagi.

Alat CoRT I mengandungi tujuh teknik. Teknik-teknik tersebut adalah seperti


yang dapat dilihat pada Rajah 10.5.
204 X TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

Rajah 10.5: Teknik-teknik CoRT I

Sekarang mari kita teliti setiap teknik dengan lebih mendalam.

(a) Baik, Buruk, Menarik (Plus, Minus, Interesting - PMI)


Teknik ini dipanggil PMI. Teknik ini digunakan untuk meluaskan sudut
pandangan seseorang. Minda dilatih untuk berfikir berbagai-bagai arah
seperti berfikir tentang kebaikan, keburukan dan yang menarik tentang
sesuatu sebelum membuat keputusan. Ini amat bertepatan dengan konsep
berfikir di mana sesuatu keputusan ditangguhkan sehingga mendapat
maklumat yang lengkap.

Langkah perlaksanaan:
(i) Perdengarkan isu atau masalah.
(ii) Katakan "Mari kita lakukan PMI"
(iii) Sumbang saran tentang kebaikan.
(iv) Sumbang saran tentang keburukan.
(v) Sumbang saran tentang yang menarik.
(vi) Buat keputusan berdasarkan maklumat terkumpul di atas.
TOPIK 10 ALAT BERFIKIR W 205

(b) Ambil Kira Semua Faktor (Consider all Factors-CAF)


Teknik ini disebut CAF. Kita perlu sedar bahawa setiap keputusan yang
dibuat akan mempengaruhi kita dan individu di sekeliling kita.
Adakalanya, sesuatu keputusan itu akan memberi kesan negatif kepada
individu lain. Oleh itu, amalan melakukan CAF dalam mencapai sesuatu
keputusan dapat memastikan semua individu atau faktor lain diambil kira
terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat.

Langkah perlaksanaan:
(i) Perdengarkan isu atau masalah.
(ii) Katakan "Mari kita lakukan CAF"
(iii) Sumbangsaran semua faktor yang terlibat.
(iv) Membuat pertimbangan setiap faktor.
(v) Membuat keputusan.

(c) Kesan Mengikut Jangka Masa (Consequences & Sequal-C&S)


Teknik ini dipanggil C&S. Kita tahu bahawa sesuatu tindakan yang diambil
selepas keputusan dibuat mengakibatkan kesan-kesan tertentu sama ada
serta-merta, dalam masa terdekat (5 tahun) atau jangka panjang (lebih
daripada lima tahun). Kita mungkin mendapat satu atau beberapa
alternatif keputusan yang perlu dipilih. Teknik C&S dapat membantu kita
mengenal pasti kesan-kesan ini terlebih dahulu sebelum kita membuat
keputusan. Dengan ini kita juga dapat bersedia menangani akibat yang
akan terjadi pada masa hadapan.

Langkah perlaksanaan:
(i) Perdengarkan tindakan yang dipilih.
(ii) Katakan "Mari kita lakukan C&S".
(iii) Senaraikan kesan-kesan serta-merta daripada tindakan tersebut.
(iv) Senaraikan kesan-kesan jangka pendek (5 tahun) yang diramalkan.
(v) Senaraikan kesan-kesan jangka panjang yang diramalkan.
(vi) Lakukan C&S lagi untuk tindakan alternatif yang lain.
(vii) Nilai akibat-akibat dan buat keputusan.

(d) Tujuan, Matlamat, Objektif (Aims, Goals, Objectives-AGO)


Teknik ini dipanggil AGO. Teknik ini membantu kita menentukan hala tuju
atau fokus sesuatu yang sedang dilakukan. Ia dapat membantu individu
206 X TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

memikirkan tujuan asal dan mengelaknya daripada menyeleweng dari


tujuan asal semasa perbincangan atau pemikiran sedang berjalan.

Langkah perlaksanaan:
(i) Ketengahkan isu atau masalah.
(ii) Katakan "Mari kita lakukan AGO".
(iii) Sesi perbincangan berjalan.
(iv) Sekali-sekala sedarkan diri kita atau semua ahli yang terlibat dalam
perbincangan tersebut dengan mengulangi sebutan "Apakah AGO
kita?"
(v) Teruskan sehingga keputusan dibuat.

(e) Kepentingan Utama (First Important Priorities-FIP)


Teknik ini dipanggil FIP. Teknik ini membantu kita mengenal pasti
keutamaan, yang terpenting dan yang memerlukan tindakan. Dalam hal-
hal yang kita mesti membuat pilihan, FIP boleh digunakan. FIP juga
biasanya digunakan dengan teknik yang lain.

Langkah perlaksanaan:
(i) Buat pilihan atau keputusan berdasarkan kepentingan utama.
Suarakan isu atau masalah.
(ii) Katakan "Mari kita lakukan FIP".
(iii) Senaraikan semua perkara yang penting dan utama.

(f) Alternatif, Kemungkinan, Pilihan (Alternatives, Possibilities, Choices- APC)


Teknik ini dipanggil APC. Teknik ini membantu individu menyenaraikan
alternatif dan kemungkinan-kemungkinan yang ada sebelum ia buntu
dengan satu pilihan keputusan. Dengan mengamalkan teknik ini, kita
memaksa diri kita untuk mencari beberapa alternatif dan pilihan sebelum
kita membuat keputusan. Teknik ini juga melatih kita berfikir serentak
tentang pilihan dan kemungkinan yang kita ada.

Langkah perlaksanaan:
(i) Suarakan masalah.
(ii) Katakan "Mari kita lakukan APC".
(iii) Janakan sebanyak mungkin pilihan dan alternatif.
(iv) Buat keputusan dan pilihan.
TOPIK 10 ALAT BERFIKIR W 207

(g) Pandangan Orang Lain (Other People's View-OPV)


Teknik ini dipanggil OPV. Ia memerlukan kita mementingkan pandangan
dan pendapat orang lain tentang apa jua keputusan yang akan diambil.
Oleh itu, sebelum kita membuat keputusan, kita perlu terlebih dahulu
mengkaji akibat atau pengaruh yang wujud daripada keputusan terhadap
orang lain. Setiap orang yang terlibat dengan apa jua tindakan atau
keputusan yang kita buat, mempunyai pandangan yang berbeza kerana
mereka melihat dari sudut atau kedudukan yang sudah tentunya berbeza.

Kita perlu sedar dan menerima hakikat bahawa perbezaan pendapat


wujud. Ia disebabkan oleh latar belakang, status, pengetahuan, pengalaman
dan sistem nilai yang berbeza di kalangan individu. Kaedah OPV ini sesuai
digunakan apabila terdapat kemungkinan perbalahan pendapat daripada
berbagai-bagai pihak. Semasa menggunakan kaedah ini, kita harus
bersikap terbuka dalam mendengar pendapat atau idea orang lain dan
jadikan pendapat itu sebagai panduan dalam membuat keputusan yang
akan diambil.

Langkah perlaksanaan:
(i) Nyatakan masalah.
(ii) Sebutkan keputusan yang akan diambil.
(iii) Kenal pasti individu yang mungkin menerima kesan akibat
keputusan tersebut.
(iv) Minta pendapat individu tersebut tentang keputusan yang akan
diambil.
(v) Buat keputusan selepas meneliti pendapat individu terlibat.
(vi) Ulang semula sekiranya keputusan itu tidak sesuai.

Sehingga ini anda telah membaca tentang teknik-teknik dalam alat CoRT.
Walaupun penerangan tentangnya dibuat berasingan, beberapa teknik boleh
digunakan sekaligus dalam menyelesaikan satu-satu masalah dan akhirnya
membuat keputusan. Contohnya, dalam menyelesaikan masalah pengaruh
budaya kuning dari internet, kita boleh gabungkan teknik PMI, C&S dan OPV
supaya penyelesaian yang terhasil itu adalah yang terbaik.

Sekarang, cuba selesaikan aktiviti di bawah. Semoga dengan latihan ini, anda
akan lebih memahami apa yang dikatakan CoRT I.
208 X TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

LATIHAN 10.3

Selesaikan masalah yang dinyatakan di bawah menggunakan teknik


baik-buruk-menarik dalam alat CoRT di atas secara individu dan
kemudian secara kumpulan. Perhatikan hasil penyelesaian tersebut.
Kementerian Pendidikan Malaysia ingin melanjutkan jangka waktu
sekolah sehingga jam 5.00 petang. Bincangkan. Lakukan PMI.

10.4 SOALAN DAN PENYOALAN


Soalan merupakan alat dalam bentuk pertanyaan yang boleh digunakan untuk
mencungkil dan mendapatkan maklumat, meninjau kefahaman dan memperoleh
pendapat dari seseorang. Penyoalan pula merupakan teknik soalan itu
dikemukakan.

Perbincangan dalam bahagian ini termasuklah penerangan tentang tujuan


menyoal, jenis-jenis soalan, persediaan dan perlaksanaan penyoalan. Kalau
ditanya mengapa kita menyoal, banyak jawapan yang akan diterima. Sebagai
ringkasan tentang ini, berikut disenaraikan beberapa tujuan seseorang itu
menyoal:
(a) Memperkembangkan proses berfikir secara kritis dan kreatif.
(b) Mengumpul dan menganalisis maklumat.
(c) Meningkatkan tingkah laku metakognitif dan reflektif .
(d) Merangsang penglibatan aktif.
(e) Berkongsi idea.
(f) Menguji kebolehan dan menilai kemajuan.

10.4.1 Jenis-jenis Soalan


Soalan juga telah dikategorikan dalam pelbagai cara. Antaranya soalan
dikategorikan sebagai soalan bertumpu dan bercapah. Ada juga kita dengar
orang menyebut soalan Socrates. Pada guru-guru pula, soalan aras Taksonomi
Bloom merupakan sesuatu yang tidak asing lagi. Apakah sebenarnya jenis atau
kategori yang diperkatakan tadi?
TOPIK 10 ALAT BERFIKIR W 209

(a) Soalan Socrates


Teknik penyoalan ini bukanlah satu teknik yang baru. Teknik ini telah
diperkenalkan oleh seorang ahli falsafah Greek bernama Socrates, lebih
2500 tahun dahulu. Beliau menegaskan bahawa soalan amat penting dalam
menjana seseorang untuk berfikir dengan lebih kritis lagi. Teknik "deep
questioning" yang kadang-kadang juga dikenali sebagai perbincangan
Socratic merupakan teknik yang diketengahkan oleh beliau.
Melalui perbincangan Socratic, pemikiran pelajar dicabar dan
diperkembangkan. Dengan itu, isu yang dibincangkan akan menjadi lebih
jelas lagi. Di samping itu, seseorang akan sedar dan dapat menilai cara ia
sendiri berfikir. Contoh-contoh soalan dalam perbincangan Socratic adalah
seperti berikut:
(i) Soalan untuk mendapatkan penjelasan:
 Apakah yang anda maksudkan dengan ?
 Bagaimana  berkait dengan ? Bolehkah anda beri contoh?
 Apakah yang anda maksudkan dengan jawapan tadi?
 Mengapa anda berpendapat sedemikian?
(ii) Soalan yang menyiasat andaian:
 Apakah andaian anda tentang kejadian tersebut?
 Apakah andaian yang dibuat oleh penulis cerpen tersebut?
 Mengapakah seseorang akan membuat andaian yang serupa?
(iii) Soalan menyiasat sebab dan bukti:
 Mengapa anda kata benar?
 Apakah buktinya?
 Bagaimana kita dapat memastikan ia benar?
(iv) Soalan yang mendapatkan pandangan /pendapat:
 Mengapa anda membuat pilihan tersebut?
 Apakah pandangan alternatif?
 Apakah yang akan dikatakan oleh pihak pembangkang?
(v) Soalan yang menyiasat implikasi dan kesan:
 Apakah implikasi daripada tindakan yang anda buat?
 Apakah kesannya?
210 X TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

(vi) Soalan mengenai soalan:


 Mengapakah soalan ini penting?
 Bolehkah kita perincikan lagi soalan ini?
 Sejauh manakah kita bersetuju dengan soalan ini?
Setelah meneliti bentuk-bentuk soalan yang disarankan oleh Socrates,
mungkin anda akan lebih sedar tentang perkara dan tindakan yang ingin
kita lakukan. Soalan Socrates ini lebih dikaitkan dengan soalan bercorak
kritis. Mungkin anda telah biasa menggunakannya tetapi sekurang-
kurangnya soalan ini akan membuat kita sedar dengan proses berfikir yang
berlangsung dalam minda kita.

(b) Soalan Bertumpu dan Soalan Bercapah


Soalan bertumpu atau bercapah merupakan jenis soalan yang memberi
penumpuan kepada sama ada sesuatu soalan itu berkehendakkan jawapan
respon yang terhad atau tidak terhad.

Soalan bertumpu mempunyai respon atau jawapan yang terhad. Respon


atau jawapan terhad untuk soalan bertumpu bermaksud, soalan itu
mempunyai satu atau beberapa bilangan jawapan yang boleh diterima
yang dikatakan betul. Jawapan kepada soalan juga terhad kepada fakta
yang terdapat dalam teks bacaan dan ia tersurat. Soalan bentuk ini pada
kebiasaannya memerlukan individu mengingat kembali maklumat dan
mengembalikannya sebagai jawapan. Jawapan yang diberi juga lebih
objektif iaitu jelas betul salahnya.

Contoh soalan bertumpu:


(i) Namakan ibu negara Malaysia.
(ii) Namakan sungai terpanjang di Malaysia.
(iii) Senaraikan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia.

Soalan bercapah merupakan soalan yang memerlukan jawapan yang lebih


subjektif, terbuka dan luas malah tersirat. Ini bermakna jawapan yang
dijemput adalah pelbagai tidak terhad kepada isi yang terdapat dalam teks
bacaan yang dirujuk. Soalan jenis ini sering dikaitkan dengan soalan aras
tinggi.

Contoh soalan bercapah:


(i) Apakah pandangan anda tentang remaja masa kini?
(ii) Apakah perbezaan masalah remaja masa kini berbanding dengan
masa dulu?
TOPIK 10 ALAT BERFIKIR W 211

(iii) Jika anda berpeluang menjadi remaja semula, apakah perkara yang
anda ingin lakukan?
Ringkasan tentang soalan jenis ini boleh dilihat dalam Rajah 10.6.

Rajah 10.6: Soalan bertumpu dan bercapah

(c) Soalan Berasaskan Taksonomi Bloom


Penyoalan yang menggunakan Taksonomi Bloom lebih menitikberatkan
aspek kognitif atau pengetahuan. Aras-aras soalan dalam taksonomi ini
bercorak hieraki, iaitu bermula dari tahap rendah ke tahap yang tertinggi.
Aras-aras ini dikenal pasti untuk membantu guru atau pendidik membuat
soalan pelbagai aras yang dikatakan dapat menguji tahap berfikir, dari aras
rendah ke aras yang lebih tinggi. Aras-aras soalan yang dikemukakan oleh
Bloom adalah seperti dalam Rajah 10.7.

Sekarang kita teliti penerangan tentang aras-aras taksonomi dan contoh soalan.

(i) Aras 1: Pengetahuan


Soalan yang dibina pada aras ini menjemput jawapan yang berbentuk
mengingat kembali fakta, definisi, atau perkara yang telah dipelajari.

Contoh
Berikan definisi KBKK

(ii) Aras 2: Pemahaman


Soalan yang dibina pada aras ini memerlukan pelajar menerangkan idea
atau perkara yang telah difahami. Aras ini lebih tinggi dari aras
pengetahuan di mana pelajar bukan sahaja mampu meluahkan kembali
fakta, tetapi juga dapat menjelaskan dengan contoh-contoh berkaitan yang
boleh menunjukkan yang ia telah benar-benar faham tentang apa yang
telah dipelajari.
212 X TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

Contoh
Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan grafik?

Rajah 10.7: Aras soalan Taksonomi Bloom

(iii) Aras 3: Aplikasi


Soalan yang dibina pada aras ini boleh menguji pelajar untuk
menggunakan pengetahuan dan kefahaman yang telah diperolehi dalam
situasi yang baru. Ia merupakan proses memindahkan penggunaan sesuatu
pengetahuan kepada suatu keadaan yang baru.

Contoh
Nisbah dalam membuat kek asas ialah 1:1:1 untuk lemak, tepung dan gula.
Kirakan keperluan bahan untuk membuat tiga adunan.

(iv) Aras 4: Analisis


Soalan yang dibina pada aras ini memerlukan pelajar untuk mengasingkan
idea atau perkara utama. Ia juga disebut sebagai mencerakinkan sesuatu
maklumat kepada komponen-komponen yang lebih kecil, yang menunjukkan
mereka memahami kaitan dan hubungan antara komponen tersebut.

Contoh
Huraikan faktor yang mempengaruh masalah remaja masa kini.
TOPIK 10 ALAT BERFIKIR W 213

Soalan analisis ini memerlukan pelajar menggunakan pengetahuan dan


pemahaman tentang sesuatu situasi dan dapat mengasingkan komponen.
Contoh di sini ialah faktor rakan, faktor keluarga, faktor media dan faktor
pendidikan. Setelah boleh mengenal pasti faktor-faktor tersebut, ia boleh
menerangkan bagaimana faktor-faktor tersebut menjadi penyebab kepada
masalah remaja.

(v) Aras 5: Sintesis


Soalan yang dibina pada aras ini memerlukan pelajar untuk
menggabungkan atau mencantumkan unsur-unsur yang terdapat dalam
sesuatu perkara untuk menghasilkan sesuatu yang baru.

Contoh
Rancangkan satu program untuk menyelesaikan masalah sosial di
kalangan remaja.

Untuk menjawab soalan aras sintesis ini, pelajar perlu terlebih dahulu
membuat analisis tentang faktor-faktor yang mempengaruhi masalah sosial
di kalangan remaja. Kemudian, cadangkan aktiviti yang mengambil kira
faktor-faktor tersebut yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah
keruntuhan moral remaja. Misalnya, satu faktor yang telah dikenal pasti
ialah keluarga. Maka salah satu sesi program yang bakal dirancang harus
melibatkan ibu bapa seperti mengadakan sesi pelajaran keibubapaan. Jelas
kita lihat di sini, aras sintesis ini sendiri lebih tinggi dari aras analisis.

(vi) Aras 6: Penilaian


Soalan yang dibina pada aras ini memerlukan murid melakukan pemilihan,
membuat diskriminasi, memberi rasional, memberi penghakiman, memberi
alasan pada pendapat yang diaju, menentukan baik-buruk, betul-salah dan
kekuatan-kelemahan terhadap sesuatu isu atau idea.

Contoh
Pada pendapat anda, haruskah sistem berkurung dipraktikkan kepada
remaja dalam usaha menangani masalah sosial di kalangan remaja? Beri
rasional kepada jawapan anda.

Soalan aras penilaian ini memerlukan pelajar untuk menunjukkan yang


mereka telah menguasai soalan aras rendah dalam taksonomi Bloom dan
segala pengetahuan dan kefahaman dirumuskan untuk menjadi rasional
pada pilihan jawapan yang dibuat.
214 X TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

Untuk memastikan anda faham, sila jawab soalan berikut.

LATIHAN 10.4
Baca soalan berikut dan kenal pasti aras soalan tersebut.
Nyatakan peraturan berpakaian pelajar universiti.

 Topik 10 membincangkan alat berfikir. Ahli penyelidik otak mengandaikan


bahawa kemahiran berfikir merupakan sesuatu yang boleh dipelajari oleh
individu.

 Alat berfikir adalah instrumen yang dapat membantu kita berfikir dengan
lebih sistematik dan berkesan. Beberapa alat berfikir seperti peta minda,
grafik, penyoalan dan alat CoRTS telah pun dikaji dan perlaksanaannya
telahpun dibincangkan dengan contoh yang relevan. Walaupun topik ini
dibincangkan sebagai satu topik yang berasingan, perlu diingatkan sekali lagi
bahawa alat-alat ini perlu diaplikasikan dalam proses berfikir kita sama ada
berfikir secara kritis atau kreatif.

CoRT Peta minda


Pengurusan grafik

Anda tentu biasa dengan pita minda. Apakah sebenarnya peta minda ini?
Adakah peta minda membolehkan kita mendalami konsep dengan jelas dan
memahaminya dengan baik?

Huraikan aras taksonomi Bloom pada peringkat teratas dan terbawah, iaitu pada
tahap pengetahuan dan penilaian.

Anda mungkin juga menyukai